buku program

Upload: tengku-azrin-shazila

Post on 20-Jul-2015

848 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Atur cara Majlis Penutupan Kata alu-aluan Ketua Polis Negara Kata alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Kata alu-aluan Pengarah BPM MARA Kata alu-aluan Pengetua MRSM Serting Syarat-Syarat Pertandingan Pembahagian Kumpulan MRSM Jadual Aktiviti Pertandingan Ahli Jawatankuasa Sekalung Kasih Setulus Budi Ikrar Perkhemahan Lagu Mara Lagu Polis (PDRM) Catatan

2 3 4 5 6 7 8-12 13 14-15 16-19 20 21 22 23 24

P

Pengenalan

erkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia merupakan acara tahunan bermula dari tahun 2004. Acara ini merupakan kali ke-8 di peringkat MRSM seluruh Malaysia dan pada tahun ini, MRSM SERTING telah dipilih dan diberi mandat menjadi pengelola perkhemahan dengan dibantu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. Sebanyak 41 kontinjen dengan sejumlah 1420 anggota kadet polis dan 250 orang yang terdiri daripada pegawai, jurulatih dan guru pengiring dari seluruh MRSM Se-Malaysia dijangka akan mengambil bahagian. Kehadiran 41 kontinjen ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk bersamasama bertanding bagi menguji kemampuan fizikal dan mental, di samping bekerjasama dan berganding bahu serta berintegrasi sesama pasukan dalam menjayakan segala program yang telah diaturkan. Perkhemahan ini berkonsepkan integrasi, saling menghormati serta berganding bahu bagi maksud mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kesejahteraan negara. Adalah diharapkan program-program yang disusun sepanjang empat hari dalam perkhemahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli kadet polis. Selaku pengelola dan jawatankuasa, kami berdoa semoga perkhemahan ini dapat dijayakan dengan cemerlang tanpa adanya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Objektif

1. Memantapkan kefahaman ahli mengenai kurikulum latihan Perkhemahan Kadet Polis (PKP) dari aspek pengetahuan kepolisan dan kenegaraan, kreativiti dan intelek serta kemasyarakatan. 2. Sebagai medan latihan dalam menimba ilmu pengetahuan dan maklumat tambahan serta kemahiran dan pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 3. Mempertingkatkan semangat kerjasama berpasukan dan integrasi nasional serta mengukuhkan aspek ketahanan fizikal dan disiplin. 4. Penyemaian nilai-nilai murni melalui pendekatan tidak formal serta memantapkan aspek kerohanian dan jati diri dalam setiap anggota perkhemahan kadet polis (PKP).

ATUR CARA MAJLIS PENUTUP PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS MRSM SE-MALAYSIA KALI KE 8, 2011.7.30 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi : : : : Para Peserta Mengambil Tempat Ketibaan Dif-Dif Jemputan Kawalan Kehormatan Mengambil Tempat Ketibaan YDH SAC Dato Osman Bin Haji. Salleh Ketua Polis Negeri Sembilan ( Menerima Tabik Hormat ) Ketibaan YDH Tn. Hj. Abd. Rahim bin Abd. Ghani Timb. Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA ( Menerima Tabik Hormat ) Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar Ketua Polis Negara ( Menerima Tabik Hormat ) Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ikrar Ucapan Aluan Oleh Ketibaan YDH Tn. Hj. Abd. Rahim bin Abd. Ghani Timb. Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA Ucapan Perasmian Penutup Oleh YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar Ketua Polis Negara Penyampaian Hadiah Dan Cenderahati Nyanyian Lagu Polis Sedia Berkhidmat Nyanyian Lagu MARA Kawalan Kehormatan Keluar Padang Persembahan T-Baton Oleh Polis Diraja Malaysia Lawatan Ke Tapak Perkhemahan Jamuan

8.35 pagi

:

8.40 pagi

:

: : : : :

:

: : : : : : :

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

Sekapur SirihTAN SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI OMAR Ketua Polis Negara

T4MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

erlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Maktab Rendah Sains MARA Serting kerana memberi ruang untuk saya merakamkan sepatah dua kata dalam buku program Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia Peringkat Kebangsaan untuk kali ke-8. Perkhemahan ini diadakan dengan tujuan memantapkan kefahaman ahli mengenai kurikulum latihan Perkhemahan Kadet Polis (PKP) dari aspek pengetahuan kepolisan dan kenegaraan, kreativiti serta intelek kemasyarakatan. Selain itu, perkhemahan ini juga dapat dijadikan sebagai medan latihan dalam membina ilmu pengetahuan dan maklumat tambahan serta kemahiran dan pengalaman yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Penyemaian nilai-nilai murni melalui pendekatan seperti ini dapat memantapkan aspek kerohanian dan jati diri dalam setiap anggota PKP. Sehubungan dengan itu saya mengharapkan perkhemahan ini akan memberi banyak faedah kepada pelajar-pelajar dan masyarakat setempat. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya menerima anugerah pada hari yang penuh bermakna ini. Semoga ia menjadi suntikan kepada para pelajar untuk lebih berjaya pada tahun akan datang. Akhir kata, tahniah kepada MRSM Serting kerana telah menganjurkan program perkhemahan pada kali ini dengan jayanya. Sekian, terima kasih. Ketua Polis Negara

Seulas PinangTN. HJ. ABD. RAHIM BIN ABD. GHANI Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA

M

endepani era transformasi dunia semasa, peranan sektor pendidikan MARA amat penting dalam melahirkan individu yang berpotensi maju sebagai tunjang kepimpinan negara pada masa depan. Nilai-nilai jati diri menjadi keutamaan sebagai nadi pemangkin ke arah melahirkan sebuah masyarakat bangsa yang maju, progresif yang dinamik. Sistem pendidikan MARA era transformasi ini bukan sekadar mahu melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu dan kemahiran semata-mata, tetapi apa yang paling penting adalah pembangunan nilai (values) dan sahsiah diri yang mencerminkan keunggulan peribadi mereka. Salah satu nilai terpenting yang ingin kita semai adalah entrepreneurial values. Hal ini meliputi nilai kreatif, inovatif, dinamik, risk taker, wisdom, proaktif, integriti dan sebagainya. Nilai keusahawanan inilah yang membezakan sistem pendidikan MARA berbanding dengan yang lain. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sebuah institusi pendidikan yang menjadi tapak semaian untuk kita melahirkan modal insan bagi mencapai wawasan negara. Sebagai institusi yang bertanggungjawab menjana pembentukan minda dan sahsiah pelajar yang cemerlang, MRSM perlu peka dengan setiap perubahan dan keperluan pendidikan global dengan memastikan sistem akademik dan kokurikulum mencapai tahap global dan mampu menjadi penanda aras kepada institusi pendidikan lain. Justeru, Program Perkhemahan Kor Kadet polis MRSM Se-Malaysia ini, merupakan sebahagian daripada program pembangunan karakter dan nilai yang direncanakan kursus untuk menggilap serta memacu potensi pelajar MRSM. Semoga dengan pelaksanaannya akan berjaya memupuk semangat jati diri, kerjasama dan disiplin disamping dapat memperkukuhkan kemahiran serta nilai tambah dalam diri setiap pelajar. Seharusnya peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh pelajar untuk menimba pengalaman dan pengetahuan sebanyak mungkin demi membina kerjaya dan kehidupan yang baik pada masa hadapan. Selamat Maju Jaya!

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

5MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

TN HAJI MOHD SARONI BIN KASMANI Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Seuntai Kata

T

erima kasih saya ucapkan kerana memberi kesempatan ini untuk saya menyampaikan ucapan alu-aluan dalam buku program Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia pada kali ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada warga MRSM Serting kerana berjaya menganjurkan perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia kali ke-8 di Pusat Latihan Bantuan Felda, Felda Bukit Rokan Gemencheh. Tahniah diucapkan kepada semua kontinjen yang terpilih untuk menerima anugerah pada hari yang gemilang ini. Komitmen yang dicurahkan oleh semua guru dan kakitangan MRSM Serting tanpa rasa penat lelah menghasilkan perkhemahan ini dengan jayanya.

6MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Melalui program ini, pelajar-pelajar berpeluang untuk melatih diri agar lebih berdisiplin, bekerjasama sepasukan dan mematuhi arahan ketua. Saya percaya melalui pengalaman yang dilalui semasa perkhemahan dapat membantu pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang telah diperoleh secara bijaksana untuk kehidupan seharian dan pada masa yang akan datang Saya yakin perkhemahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dalam mencungkil bakat dan potensi diri ke arah mencapai kecemerlangan dari segi minda, jasmani, rohani dan emosi. Kepada semua guru, ilmu dan pengalaman yang saudara-saudari berikan kepada pelajar-pelajar adalah teras kepada kejayaan kita semua yang berada dalam satu sistem pendidikan MRSM Sekian, terima kasih.

Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Selaut BicaraEN. SUHAIMIN BIN OMAR Pengetua MRSM Serting

B

ersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izin-Nya dapatlah kita berkumpul bagi menjayakan Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia peringkat kebangsaan kali ke-8. Saya mewakili warga MRSM Serting berasa amat berbangga kerana maktab ini telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi menganjurkan program yang berprestij ini. Tidak dilupakan juga, saya ingin menitipkan ucapan selamat datang kepada semua kontinjen dan selamat berkampung di tanah beradat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Akhir kalam, saya mewakili seluruh jawatankuasa pengelola ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih, sekalung budi, seluhur penghargaan kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini sehinggalah program ini usai. Sekian, terima kasih.

Pengetua MRSM Serting

MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Objektif penganjuran program ini adalah untuk mendidik para pelajar supaya mampu mempamerkan semangat kolaborasi yang jitu dalam satu pasukan. Sementelahan itu, program seumpama ini juga mampu menyuntik nilai akauntibiliti dan menanamkan disiplin yang utuh dalam kalangan peserta. Tambahan pula, sebagai satu acara tradisi tahunan, persediaan yang rapi haruslah dititikberatkan bagi memastikan objektif penganjuran program ini mampu menembusi titik sasarannya.

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

7

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

SYARATSYARAT PERTANDINGAN PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS MRSM SE-MALAYSIA 2011PERTANDINGAN KAWAD i. Bilangan anggota 19 orang dengan keanggotaan sama ada lelaki/wanita/campuran. Terdiri daripada 1 sarjan, 3 koperal dan 15 anggota dan yang sah mendaftar dalam pasukan kadet polis MRSM. Markah akan ditolak mengikut bilangan anggota yang tidak cukup. ii. Pakaian dan aksesori wajib Beret berlambang PDRM Tanda nama Butang plastik Rantai wisel Lencana bahu kain (KADET POLIS) Kasut kawad Tudung (perempuan) - warna biru gelap(blue black) Tanda pangkat Perhatian: Aksesori tambahan seperti mafla dan jambul (warna biru laut), angklet (Ielaki), tali pinggang putih berselepang, selepang kain untuk sarjan dan sarung tangan (putih)adalah digalakkan. Warna merah dan salaman dilarang sama sekali. iii. Sekiranya tidak memenuhi syarat di atas, 1 markah akan dipotong bagi setiap kesalahan. iv. Kekemasan diri seperti rambut dipotong slope. Bagi wanita rambut disanggul dengan kain jaring hitam atau bertudung warna pakaian kadet. Misai dan janggut tidak dibenarkan. v. Platun sarjan akan mengendalikan semua platun semasa pertandingan dijalankan. vi. Potongan markah juga dibuat kepada pergerakan kawad yang salah/hukum salah dan tidak membuat pergerakan mengikut sukatan yang ditetapkan. vii. Semasa kawad berjalan, semua platun dikehendaki berjalan 128 langkah 1 minit (Cepat Masa) dan 75 langkah seminit (Perlahan Masa). Pergerakan langkah pertama, pacak tumit, pancangan 200 meter ke hadapan, buka dada dan hayun tangan paras bahu. viii. Semasa pertandingan kawad dijalankan semua platun berjalan di dalam BUKA BARISAN. Masa yang diperuntukkan ialah 10 minit bagi setiap pasukan .

8MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

ix. Markah akan diberikan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:BIL 1 2 3 4 5 PERKARA Gaya dan Rupa (Turn Out) Mengawal Platun (Menegur) Kata-Kata Perintah Pergerakan / Gaya Rupa Berjalan Disiplin Pasukan atau Individu KESELURUHAN 20 20 20 20 20 100

MARKAH

x. Sebarang keputusan termaktub pada penganjur. PERTANDINGAN RENTAS HALANGAN i. Pertandingan dijalankan secara 1 kategori iaitu lelaki atau wanita. ii. Keanggotaan - 6 orang kadet lelaki atau wanita. iii. Pakaian - baju T dan seluar track serta kasut sukan. iv. Pertukaran peserta tidak dibenarkan semasa pertandingan sedang dijalankan. v. Setiap anggota akan melalui tidak melebihi 10 halangan dengan mengikut syarat-syarat setiap halangan. vi. Setiap anggota mesti sampai ke garisan penamat. Masa akan dikira dari garisan permulaan hingga peserta terakhir sampai ke garisan penamat. vii. Peserta diberi peluang/ cubaan kedua untuk melepasi halangan. viii. Penalti masa 1 minit akan dikenakan kepada setiap peserta yang gagal dalam membuat atau melalui setiap halangan. ix. Pemenang dikira berdasarkan kepada masa terpantas dan masa penalti. x. Keputusan pengadil adalah muktamad. PERTANDINGAN MARA LASAK i. Pertandingan dijalankan secara 1 kategori iaitu lelaki atau wanita. ii. Keanggotaan - 6 orang anggota kadet lelaki atau wanita. iii. Jarak perjalanan ialah antara 5 km -6 km. iv. Setiap platun akan berlepas dari tempat permulaan pada masa yang ditetapkan. v. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya berlaku pertukaran anggota semasa pertandingan berlangsung dan bantuan minuman daripada pihak luar. vi. Hanya peserta yang mengambil bahagian sahaja yang dibenarkan membawa bekalan minuman

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

9MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

vii. Jurulatih/ Guru pengiring dibenarkan mengiringi setiap pasukan tetapi tidak dibenarkan memberi bantuan fizikal. viii. Setiap platun yang gagal menamatkan pertandingan dalam bilangan yang ditetapkan penalti akan dikenakan dengan tambahan masa 5 minit bagi setiap anggota yang kurang. Pemenang akan dikira pada peserta akhir. ix. Pemenang berdasarkan kepada masa terpantas peserta yang terakhir. x. Peserta dibenarkan memakai trek dan baju T berkolar termasuk kasut Anti Spike. xi. Keputusan pengadil adalah muktamad. PERTANDINGAN ORIENTEERING i. ii. iii. iv. v. Pertandingan dijalankan secara 1 kategori iaitu lelaki atau wanita atau campuran. Keanggotaan 6 orang (lelaki atau wanita atau campuran) Peserta dikehendaki membawa kompas (bacaan kompas Mill) dan alat tulis sendiri. Peserta mesti melalui 5 check point yang disediakan. Kontinjen dengan jumlah point yang betul dan masa yang terpantas akan dikira sebagai pemenang. vi. Masa yang ditetapkan ialah 30 minit dan sekiranya gagal sampai maka team rescue akan membantu. vii. Keputusan pengadil adalah muktamad dan pihak penganjur berhak membuat pindaan yang sesuai dan diperlukan. PERTANDINGAN MENEMBAK i. Bilangan peserta - 10 anggota (Ielaki / wanita / campuran). ii. Pakaian anggota adalah T-Shirt berkolar dan berkasut.BIL 1 2 3 4 5 6 PERKARA Jenis senjata Kedudukan Masa Jarak Jumlah Ammunisyen Jenis sasaran TEMBAKAN PERTAMA Rifle Auto M 16 Meniarap 3 minit 100 meter 10 butir (5.56mm) Centre fire (2'x 2') TEMBAKAN KEDUA Rifle Auto M 16 Melutut 3 minit 100 meter 10 butir (5.56mm) Centre fire (2'x 2')

10MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

Syarat-syarat pertandingan menembak Setiap pasukan terdiri daripada 10 peserta. Senjata api dan round dibekalkan oleh pihak persenjataan IPD Jempol. Ketika menembak, kelopak peluru (magazine) tidak boleh menyentuh tanah. Menggunakan (1) sasaran (tembakan pertama dan kedua). Permulaan tembakan dengan kata perintah Pegawai Tapak. Setelah selesaikan tembakan pertama, semua peserta diminta berhenti menembak dan letakkan senjata sehingga mendapat arahan seterusnya. Masa tembakan 3 minit. Selepas wisel dibunyikan tanda tamat tembak, kepada sesiapa yang belum selesai tembak round di ambil. Masa keseluruhan 8 minit iaitu 2 minit untuk percubaan dan 6 minit untuk menembak sebenar. Sebarang tembakan selepas wisel dibunyikan (tamat), markah tertinggi dipotong. Markah mengikut nilaian nombor di kertas target. Jika jumlah markah sama, pemenang diambil daripada jumlah markah bull tertinggi, jika kedudukan masih sama, tembakan semula antara pemenang menggunakan satu round dan seterusnya. Jika terdapat gangguan teknikal /misfire, peluru akan diganti. Selepas gangguan tersebut, masa ditentukan oleh pegawai tapak. Setiap penembak akan diawasi oleh seorang pembantu (pembantu akan memberi arahan serta menyelesaikan masalah teknikal penembak). Penentuan pemenang berpasukan akan ditentukan melalui kiraan markah keseluruhan 10 peserta. Jika tertembak detail lain, markah tertinggi bagi detail tersebut akan ditolak. Pembahagian hadiah hanya kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja. Hadiah untuk anggota lelaki terbaik dan perempuan terbaik. Keputusan pengadil adalah muktamad sebarang bantahan tidak diterima. PERTANDINGAN KHEMAH TERBAIK Kriteria yang diambil kira: Kebersihan dalam dan luar tapak khemah (lelaki dan/ atau perempuan). Susunan/Kedudukan Khemah. Tempat tidur. Tempat memasak/makan. Tempat ampaian pakaian. Tempat membuang sampah. Kreativiti dan hiasan khemah seperti pintu gerbang, pagar kawasan khemah, reka bentuk dan kekemasan khemah.

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

11MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Peringatan: Mana-mana kontinjen yang mengubah saiz tapak perkhemahan yang telah ditentukan oleh penganjur akan dibatalkan penyertaannya. i. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dan keputusan termaktub pada penganjur. ii. Pemarkahan akan diambil sepanjang masa perkhemahan. PERTANDINGAN MEMASAK i. Setiap kontinjen dikehendaki menghantar sekumpulan yang terdiri daripada 3 anggota sahaja. ii. Setiap kontinjen dikehendaki menyediakan satu hidangan wajib (setengah ekor ayam yang dibekalkan oleh pengelola) dan satu hidangan pilihan (bahan sendiri). iii. Bekalan bahan asas dan mentah yang lain disediakan oleh kontinjen masing-masing. iv. Markah akan dikirakan berdasarkan kepada rasa keenakan makanan, hiasan/kreativiti persembahan, ketulenan resepi dan kebersihan/ kekemasan. Hiasan hendaklah daripada bahan yang boleh dimakan. v. Masa yang diperuntukan ialah 1 jam 30 minit. vi. Semua peralatan pertandingan memasak (Gas, Dapur dll) tidak akan disediakan oleh penganjur. vii. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dan keputusan adalah termaktub pada penganjur. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN i. ii. iii. iv. Satu penyertaan sahaja bagi setiap MRSM. Bilangan peserta yang membuat persembahan -maksimum 15 anggota sahaja. Tema persembahan - Kebudayaan 1Malaysia Konsep pertandingan ialah nyanyian atau tarian sama ada koir, boria, dikir barat atau tarian tradisional. v. Dialog/gerak laku hendaklah tidak melanggar tatasusila agama dan melampaui batas. Jika berlaku, persembahan tersebut akan dibatalkan. vi. Masa persembahan tidak melebihi 10 minit. Jika persembahan melebihi masa yang ditetapkan, persembahan akan diberhentikan serta merta. vii. Markah akan diberikan berdasarkan kepada kreativiti dan kesan keseluruhannya. viii. Peralatan untuk pertandingan adalah di bawah tanggungjawab setiap maktab. Penganjur akan menyediakan pemain cakera padat, mikrofon dan pembesar suara sahaja. ix. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dan keputusan termaktub pada penganjur. PERTANDINGAN DISIPLIN KONTINJEN TERBAIK Penilaian akan dibuat secara berterusan untuk memastikan setiap kontinjen sentiasa mematuhi peraturan dan berada dalam disiplin yang baik.

12MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

13

Kali Ke

8

2011

Perkhemahan

PEMBAHAGIAN KUMPULANKUMPULAN AA1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 A9 A10 KUALA BERANG KUALA KRAI PASIR SALAK B8 B9 B10 MUAR B7 PDRM KULIM B6 BESERI B5 MERSING B4 KOTA KINABALU KUALA TERENGGANU BALIK PULAU PONTIAN KUALA LIPIS KEPALA BATAS BALING KUBANG PASU B3 PENGKALAN CHEPA C3 C4 C4 C6 C7 C8 C9 C10 C11 BESUT B2 KOTA PUTRA C2 TAWAU B1 MUADZAM SHAH C1

KUMPULAN B

KUMPULAN CSERTING PENGKALAN HULU FELDA TROLAK KUANTAN TERENDAK BATU PAHAT TRANSKRIAN LENGGONG TAIPING GEMENCHEH ALOR GAJAH D1 D2 D3 D4 D5 D6 D7 D8 D9 D10

MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

KUMPULAN D

JELI

KUALA KELAWANG

TUN GHAFAR BABA

PENDANG

MERBOK

TUN ABDUL RAZAK (PEKAN)

KUCHING

KUALA KUBU BHARU

LANGKAWI

TUMPAT

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

JADUAL AKTIVITI PERTANDINGAN TARIKH / MASA JUMAAT 30 SEP 0800 1000 1030 1230

Pendaftaran Kontinjen & Persediaan Tapak Perkhemahan Kawad C & D MARA Lasak A & B Kawad A & B MARA Lasak C & D -

SABTU 1 OKT14MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Orienteering A AHAD 2 OKT Rentas Halangan C & D Menembak B

Orienteering C Rentas Halangan A & B Menembak D

ISNIN 3 OKT

MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH

Membersihkan Tapak Perkhemahan

PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS MRSM SE-MALAYSIA 1400 1830 1700 Persediaan Tapak Perkhemahan Taklimat Peserta Kontinjen Malam Kebudayaan 1 2000 2300

Kawad (Akhir) Pertandingan Memasak

Malam Kebudayaan 215

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

Orienteering B & D Menembak A & C

1700 Raptai Majlis Penutupan

Malam Kebudayaan 3 & Penyampaian Hadiah

BERSURAI

MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

AHLI JAWATANKUASA (INDUK)PENAUNG : : PENASIHAT PENGERUSI TIMB. PENGERUSI 1 TIMB. PENGERUSI 2 TIMB. PENGERUSI 3 TIMB. PENGERUSI 4 TIMB. PENGERUSI 5 PENYELARAS SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA : : : : : : : : : : Tn. Hj. Saroni bin Kasmani [Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA] Dato Osman bin Hj. Salleh [Ketua Polis Negeri Sembilan] Tn. Hj. Alias bin Muda [Ketua Seksyen Kokurikulum, BBPM MARA] En. Suhaimin bin Omar [Pengetua MRSM Serting] En. Mohd Hanif bin Hamali [Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum MRSM Serting] Tn. Hj. Wan Mohamed Saferdin bin Wan Jaafar [Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar MRSM Serting] En. Jalaini bin Ismail [Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Serting] Supt. Mohd Sabri Bin Muhammad @ Ahmad [Ketua Polis Daerah Jempol] Tn. Hj. Ahmad Naszeri bin Salleh [Ketua Penolong Pengarah Kokurikulum, BPM MARA] En. Muhamad Azri bin Abdullah Cik Nurul Fatihah binti Raidi Cik Nur Arfah binti Jelani

16MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

AHLI JAWATANKUASA (PENGELOLA)PENGERUSI TIMB. PENGERUSI 1 TIMB. PENGERUSI 2 TIMB. PENGERUSI 3 PENYELARAS SETIAUSAHA PEN. SETIAUSAHA : : : : : : : En. Suhaimin bin Omar [Pengetua MRSM Serting] En. Mohd Hanif bin Hamali [Timbalan Pengetua Hal Ehwal Kokurikulum MRSM Serting] Tn. Hj. Wan Mohamed Saferdin bin Wan Jaafar [Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar MRSM Serting] En. Jalaini bin Ismail [Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Serting] En. Muhamad Azri bin Abdullah Cik Nurul Fatihah binti Raidi Cik Nur Arfah binti Jelani

17MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM PENYELARAS SETIAUSAHA URUS SETIA : : : En. Muhamad Azri bin Abdullah Cik Nurul Fatihah binti Raidi Pn Zuhana Bt Kamaludin (K) Muhamad Afendi B. Abd. Halim Pn Noraishah Bt Mustafar Norizatul Azila Bt Ab. Latip Hashidee B. Hashim

KEM KOMANDAN KETUA PENYELARAS PERTANDINGAN PENYELARAS PERTANDINGAN (KAWAD) PENYELARAS PERTANDINGAN (MENEMBAK)

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

: : : :

Muhammad Azaruddin B. Alias Shahrulnizam B. Mohamed Kamil Raja Norma Izam Bt Raja Ismail (K) Zunida Bt Ab. Rahman Muhammad Fikri B. Kassim (K) Mohd Hainizam B. Muhammad Mohd Hakimie B. Zainal Abidin (K) Saiful Azmi B. Razali Shahrunniza B. Sidek (K) Ahmad Zakuan Arif B. Ab. Rahman

PENYELARAS PERTANDINGAN (ORIENTEERING): PENYELARAS PERTANDINGAN (MARA LASAK) :

PENYELARAS PERTANDINGAN (RENTAS HALANGAN): Hirzi Muzani B. Abdul Hadi (K) Anis Zuraimi B. Ahmad Zaini PENYELARAS PERTANDINGAN (MALAM KEBUDAYAAN): PENYELARAS PERTANDINGAN (MEMASAK) PENGHAKIMAN DAN STATISTIK : : Norhayati Bt Othman (K) Aishah Bt A. Rahman

Mahfuza Bt Mansor (K) Raja Norapidah Bt Raja Ismail Mohd Khairis B. Harun (K) Suraya Hanim Bt Rahim Noorhidayah Bt A. Rahman Ahmad Anuar B. Juhari (K) Abd. Aziz B. Harun Zurayani Bt Zakaria (K) Nur Izzaty Bt Pawanchek Abdillah B. Awang @ Nawi Abdullah Shuhaimi B. Rozlan (K) Marena Bt Mustapa Kamal Basah Mohd Najib B. M. Noor (K) Mazurah Bt Muhammad Ida Royani Bt Abd Wahab Rosselen B. Ismail Nor Hasrini Bt Che Hassan (K) Wan Izzah Bt Wan Shamshudin Kamaruza Bt Mohamed @ Sihat Norhasimah Bt Ismai

18MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

PERSEDIAAN TEMPAT PENDAFTARAN

: :

PERALATAN BUKU PROGRAM

: :

PERASMIAN PENUTUPAN

:

JEMPUTAN & SAMBUTAN

:

Nur Liyana Bt Zakaria (K) Norhasimah Bt Abu Bakar Mohd Nasrul B. Hartoyo Mohd Zaid Ali Bajunid B. Omar Norizan Bt Awang Radziah Bt Abdullah Mohd Fatah B. Abdullah (K) Mohd Mazlan B. Ahmad Roslan B. Shahadan Intan Suhana Bt Ahmad (K) Muhd Rahmat B. Mokhtar Lotfy Wan Ida Amelia Bt Wan Zainal (K) Busyra Bt Rosli Nur Rasyidah Bt Ruhizat Izrayani Bt Ismail Azleena Bt Adnan Mastura Bt Abu Bakar (K) Ummi Annuur Bt Mohd Tahir Siti Sarah Bt Abd Rahim Muhammad Fauzi B. Mat Ali (K) Hasnah Bt Idris Rusmadi B. Idris Tg. Azrin Shazila Bt Tg. Abdullah (K) Siti Yuhanis Bt Othman Mohd Afandi B. Abdul Rashid Khairie Yamanie B. Mohd Radzuan (K) Zainuddin B. Hussin Mohd Zufri B. Zukaply Haslizan B. Keliwon (K) Siti Hajar Rohaya Bt Hassan Farah Adinee Bt Ahmad Faizal (K) Rohaida Bt Yahaya Haliza Bt Sarju Siti Hajar Bt Buyong Muhammad Azaruddin B. Alias

PENGANGKUTAN

:

PERTOLONGAN CEMAS & KEBAJIKAN JAMUAN

: :

CENDERAHATI & HADIAH

:

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

19MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

SUKARELAWAN & KEBERSIHAN

:

SERANTA & DOKUMENTASI

:

JAWATANKUASA TEKNIKAL (K)

:

DISIPLIN & KESELAMATAN

:

HIASAN PENTAS & TEMPAT PERASMIAN :

PEREKA GRAFIK

:

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

Pihak MARA, Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA , Pengetua MRSM Serting serta Jawatankuasa Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia kali ke-8 merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khususnya kepada; Ketua Polis Negara Pemangku Pengarah Pengurusan(latihan)Bukit Aman Ketua Polis Negeri Sembilan Pegawai Eksekutif Felda Sekuriti Pengarah MARA Negeri Pegawai MARA Daerah Pengetua-pengetua MRSM Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Negeri Sembilan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin Pusat Latihan Polis Bantuan Felda, Felda Bukit Rokan, Gemencheh Pusat Latihan Polis Ayer Hitam Pejabat Kesihatan Daerah Tampin Klinik Kesihatan Gemencheh Syarikat Air Negeri Sembilan(SAINS) Daerah Tampin TNB Tampin Guru-guru Pengiring MRSM Se-Malaysia Jurulatih-jurulatih Perkhemahan Kor Kadet Polis dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia Kali ke-8 tahun 2011 ini.

Sekalung Kasih

Setulus Budi

20MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia Kali ke-8 2011Kami Berikrar Bahawa Kami Akan Mengambil Bahagian dalam Perkhemahan Kor Kadet Polis MRSM Se-Malaysia Kali Ke-8 Dengan Penuh Ikhlas Patuh Kepada Peraturan Dan Akan Bertanding Dengan Penuh Semangat Berpasukan Bagi Menjaga Nama Baik MRSM Dan MARA 21MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Ikrar Perkhemahan

2011

PerkhemahanKali Ke

8

KOR KADET POLIS MRSM Se-Malaysia

22MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Lagu Majlis Amanah Rakyat(MARA)MARA pemegang amanah Bumiputera Beri galakan memajukan usaha Menjujung hasrat mencipta bahagia MARA tetap bersedia Dan rakyat makmur sentiasa MARA akan sentiasa Memberi segala dorongan Menciptakan kemakmuran Rakyat menjadi tujuan MARA lah maju wahai rakyat jelata Maju MARA maju jaya Negara makmur sentiasa.

(PDRM)

Polis sedia berkhidmat Kerna negeri dan rakyat Hidup berbahagia, aman sentosa Polis sedia berkhidmat Polis sedia berkhidmat Pada negeri dan rakyat Hidup berbahagia, aman sentosa Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan Polis dengan preman Tangan bersalaman Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat Pada negeri dan rakyat Hidup berbahagia, aman sentosa Polis sedia berkhidmat

MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

Lagu Polis Sedia Berkhidmat

23

MENJANA JATI DIRI DAN PATRIOTISME KADET POLIS

24

Catatan