buku rujukan kaedah pengajaran geografi
DESCRIPTION
Buku Rujukan Kaedah Pengajaran GeografiTRANSCRIPT
1
BAB 1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan
adalah suatu usaha yang berterusan dalam melahirkan seseorang individu
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang
individu yang seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala
tuju Negara.
Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan
masyarakat secara am nya.
Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu
perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh
mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan
masyarakat.
Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta
masyarakat dan proses ini adalah proses sepanjang hayat.
Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) yang menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati
diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi merealisasikan wawasan 2020 melalui aktiviti
pendidikan.
Modal insan yang ingin dihasilkan juga mestilah mampu berfikir secara kritis,
kreatif, menyelesaikan masalah serta mampu mencipta peluang-peluang
baru seseuai dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah
(Zulfahmi, 2008).
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah
dilaksanakan di negara Malaysia.
2
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan
diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
3
BAB 2
KURIKULUM DAN OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI
2.1 Pengenalan
Mata Pelajaran Geografi merupakan mata pelajaran teras di peringkat
sekolah rendah dan sebagai elektif di peringkat sekolah menengah.
Sebanyal lapan tema telah dipilih dan setiap tema menggambarkan proses
interaksi antara manusia dan alam sekitar.
Mata pelajaran Geografi merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian
Tempatan di sekolah rendah.
Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan kehidupan
manusia.
Penggubalan kandungan sukatan pelajaran Geografi berasaskan tiga
komponen iaitu pemahaman Geografi, perkembangan kemahiran dan
penerapan unsur-unsur patriotism serta pemupukan nilai.
Pemahaman Geografi menjelaskan tentang bumi dan alam sekitarnya adalah
ruangan kediaman manusia.
Kandungan ini meliputi kajian interaksi antara manusia dan alam sekitar
fizikal dan alam sekitar manusia.
Kajian berkaitan ruangan merangkumi pemahaman pelajar tentang
kemahiran Geografi Fizikal dan Kawasan serta Geografi Tempatan.
Konsep kedua iaitu perkembangan memberi penekanan terhadap idea dan
konsep utama berkaitan alam sekitar melalui berbagai-bagai aktiviti
termasuk kerja amali.
Penguasaan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
aplikasi serta kemahiran mencerap, merekod, menyusun, menganalisis,
menilai, meramal dan menyampaikan maklumat diberi penekanan.
Sukatan Pelajaran Geografi juga memberi penekanan terhadap pendekatan
bercorak functional yang menggalakkan perkembangan kemahiran Geografi.
Konsep ketiga iaitu penerapan unsur-unsur patriotism dan pemupukan nilai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan kepada
hakikat bahawa manusia bertanggungjawab untuk mengurus alam dan
sumber secara bijaksana.
4
Pihak sekolah hendaklah membezakan kandungan dan kehendak-kehendak
sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Pusat Kurikulum (PPK) dan sukatan
Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Sukatan peperiksaan awam untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ialah panduan bagi guru untuk
keperluan peperiksaan.
Berikut ialah senarai sukatan terkini yang perlu disediakan oleh pihak
sekolah:
i. Sukatan Pelajaran Geografi KBSM (Semakan 2003)
ii. Huraian Sukatan Pelajaran Geografi (Semakan 2003)
iii. Sukatan Pelajaran Geografi SPM (Semakan Menengah Atas 2004)
iv. Sukatan Peperiksaan STPM (Semakan 2005)
2.2 Objektif
Kurikulum Geografi Sekolah Menengah bertujuan bagi membolehkan pelajar:
i. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam
organisasi ruang.
ii. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampai data Geografi
berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
iii. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, memgenal pasti dan
mengkaji masalah semasa dalam aspek Geografi serta membuat
keputusan dengan bertanggungjawab.
iv. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia
berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan
negara-negara lain.
v. Mengenalpasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain
serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya.
vi. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam,
kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara
lain.
vii. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta
pentingnya menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab
dan bijaksana.
5
viii. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri Geografi
negara Malaysia yang istimewa dan unik.
ix. Menggabung jalin pelbagai fakta Geografi dan dapat membuat
kesimpulan yang rasional.
x. Mensyukuri dan menyintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab
ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan dan keperluan
orang lain.
2.3 Rancangan Pengajaran
Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
Perkara 8, mewajibkan semua guru menyediakan Rancangan Pengajaran
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian.
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 berkaitan Penyediaan
Pengajaran dan Pembelajaran, setiap guru perlu menyediakan rancangan
mengajar.
Rancangan itu meliputi Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH).
RPT mestilah mestilah berpandukan kepada kehendak SUkatan Pelajaran
atau Sukatan Peperiksaan STPM.
RPH merupakan terjemahan RPT.
RPH hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
i. Kelas
ii. Masa
iii. Tajuk
iv. Objektif/ Hasil Pembelajaran
v. Aktiviti Pembelajaran (Cara bagaimana hendak mencapai objektif)
vi. Refleksi (Catatan sejauh mana objektif tercapai)
Berikut merupakan contoh Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian sebagai panduan guru.
Guru boleh menyediakan rancangan ini dengan ringkas mengikut ruang yang
sedia ada dalam Buku Rekod Mengajar.
6
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Penggal : 1
Tingkatan : 2
Jumlah
Minggu
Tajuk Objektif/Hasil
Pembelajaran
Konsep Nilai BBM
1 Peta: Simbol-simbol pada peta
1. Mengembangkan penggunaan simbol dalam peta topografi.
2. Melukis peta dan melabelkan tajuk, petunjuk dan tanda arah utara.
3. Mentafsir peta bagi menerangkan taburan, pola dan saling kaitan antara pelbagai fenomena Geografi.
Simbol
Taburan dan pola
BekerjasamaBersyukurBanggakanSayangkanSabarRajinMenghargaiKejituanKetelitian
Peta
Atlas
OHP
Lutsinar
Pen Lutsinar
Kertas
2 Graf dan gambarajah
1. Membaca dan mentafsir data berasaskan graf dan gambarajah.
2. Menyusun data dalam bentuk jadual dan seterusny.
3. melukis sebagai graf palang.
Pola Taburan
Jadual
BekerjasamaBersyukurBanggakanSayangkanSabarRajinMenghargaiKejituanKetelitian
Graf
berkenaan
Gambarajah
Peta
7
8
CONTOH : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Hari : IsninTarikh : 8 Oktober 2012Masa : 11.00 am – 11.45 am (40 minit)Tingkatan : 2 IdealSubjek : GeografiBilangan pelajar : 43 orangBilangan pelajar yang hadir
: Lelaki (____orang)
: Perempuan (____orang)Tema : Kemahiran Geografi : Bahagian A (Tingkatan 2)Tajuk : ArahSubtajuk i. Menentukan arah
ii. Menentukan arah berpandukan mata angin kompasiii. Kompas magnetik
Konsep : Kedudukan
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat :1) Menyenaraikan kesemua jenis-jenis arah mata angin2) Menyatakan 1 cara lain yang boleh menentukan mata angin selain menggunakan kompas3) Mengenalpasti 4 cara mengendalikan kompas
Unsur Patriotisme / Penerapan Nilai
:
Penerapan Pedagogi / Strategi Pengajaran
: Pembelajaran Konstruktivisme dan induksi-deduksi
Bahan Bantu Mengajar : Gitar, slide, Klip video, Pembesar suara, komputer riba, LCD dan Layar besar.
KBKK : 1. Menyenarai dan menyusun susunan arah mata angin dengan betul.
2. Membezakan arah mata angin utama dengan arah mata angin perantaraan dengan tepat.
3. Menyatakan langkah-langkah mengorientasikan kompas magnetik dengan kaitan yang betul.
4. Mengenalpasti arah sesuatu tempat beerpandukan peta lakar yang diberikan.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar dapat mengetahui kedudukan arah berdasarkan alam di sekeliling mereka.
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P BBM CatatanGuru Pelajar
Set Induksi (5 minit)
1. Guru mengucapk
1. pelajar bermain
1. Gitar2.Klip
Nilai murni :-Sentiasa
9
an selamat pagi dan menanyakan khabar pelajar serta melihat tahap kebersihan kelas
2. Guru memberi petunjuk mukadimah berkenaan dengan kemahiran yang bakal diajar.
3. Guru mula untuk bernyanyi
4. Guru menyoal pelajar apakah tajuk pembelajaran hari ini.
5. Guru menyatakan hasil pembelajaran yang perlu di capai oleh pelajar pada hari tersebut.
gitar.
2. pelajar mendengar lagu yang di nyanyikan oleh guru
3. pelajar mentafsir bahawa ia berkaitan dengan tajuk kemahiran geografi yang bakal diajar.
4. pelajar meneka tajuk pembelajaran hari ini.
5. Pelajar mendengan hasil pembelajaran yang harus mereka capai.
video3.Pembesar suara4.komputer riba5.LCD6. Layar besar
Menjaga Kebersihan Kelas
Langkah 2(15 minit)
Penerangan Guru
1. Guru menerangkan isi pelajaran
2. Guru mengemukan soalan
1.Pelajar mendengar penerangan guru.
2.Pelajar menjawab soalan
HP 1HP 2HP 3Slide
10
guru.
Langkah 3(15 minit)
Aktiviti Kumpulan 1
Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut aras kepandaian pelajar
1. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator
2. Guru menanyakan beberapa soalan berkaitan tajuk yang dibentangkan oleh pelajar
1. Pelajar menerima tugasan daripada guru
2. Pelajar membentuk kumpulan dan berbincang untuk menjawab soalan yang diberi
1.Kad Manila HP 1
HP 2kad manila dan marker pen
Aktiviti 2 1. Guru menjadi penunjuk arah
2. guru meminta wakil kumpulan untuk mencari harta karun (emas)
1. Pelajar meneka di mana arah keberadaan guru
2. pelajar akan bergerak mencari harta karun tersebut berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru
HP 1HP 2HP 3
Penutup(5 minit)
Rumusan PdP
1.Guru memberikan rumusan pelajaran.
1.Pelajar mendengar rumusan pelajaran.
Refleksi :
11
BAB 3
SUMBER-SUMBER PENDIDIKAN GEOGRAFI
3.1 Pengenalan
Penggunaan bahan bantu mengajar seperti peta, atlas, glob, gambarajah,
gambarfoto, topografi, carta dan bahan contoh boleh menjadikan pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Bahan-bahan ini tidak semestinya dibeli tetapi guru boleh mengambil inisiatif
untuk menyediakannya sendiri.
Computer dan alat elektronik yang boleh membantu pelajar bagi
mengembangkan idea dan kemahiran Geografi.
Peralatan ini akan membantu pelajar mencari strategi alternative dalam
menyelesaikan sesuatu masalah serta membuat perbandingan antara cara-
cara penyelesaian masalah mengikut kaedah berlainan.
3.2 Sumber-Sumber Pendidikan Geografi
Sumber teknologi pendidikan Geografi boleh dirumuskan seperti berikut:
i. Sumber Rujukan:
a) Media Cetak – buku, surat khabar, majalah, kamus Geografi, Jurnal
Geografi, laporan-laporan tahunan, ensiklopedia, penerbitan kerajaan,
buku penerangan, risalah, kertas kerja dan dokumen.
b) Media Elektronik dan Laman Web.
ii. Sumber Bergambar:
a) Gambarajah, gambarfoto, ilustrasi, RAncangan TV Pendidikan, VCD dan
DVD.
iii. Sumber Kuantatif:
a) Graf, carta, data perangkaan dan jurnal.
iv. Sumber Simbolik:
a) Glob, peta dunia dan atlas
b) Pelan, peta lakar, peta topografi dan peta dinding bagi setiap kawasan
tempatan seperti yang disebut dalam sukatan pelajaran serta peta-
peta pelbagai skala dan tema.
12
c) Peta tempatan peringkat kampong, mukim, daerah, bahagian dan
negeri.
v. Bahan Contoh:
a) Spesimen galian, tumbuhan, haiwan, barangan, realia (bahan-bahan
sebenar seperti hasil kraftangan), model serta diorama (model tiga
dimensi).
vi. Kajian Luar/Kajian Geografi Tempatan (KGT)
a) Alat-alat yang digunakan:
Alat Kajian Luar – Kompas dan pita ukur.
Stesen Kajicuaca – mempunyai alat-alat asas seperti tolok hujan,
penyukat tirus bersenggat/ selinder penyukat biasa tentukur, Alat
Pelindung Stevenson, janka buli basah dan jangka buli kering,
penunjuk arah angin, thermometer dan thermometer six.
Dalam pengurusan sumber teknologi pendidikan Geografi, perkara-perkara
berikut perlu diambil perhatian:
a) Penyimpanan dan penyemakan stok.
b) Sistem penyusunan (seperti dilabel dan diindeks).
c) Rekod peminjaman.
d) Penyeliaan penggunaan.
e) Peruntukan pembelian sumber Geografi, rancangan pembelian,
anggaran perbelanjaan dan peruntukan pembelian perlu disediakan.
13
BAB 4
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI
4.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan untuk
memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh terhadap aspek-
aspek rohani, aqli dan jasmani melalui aktiviti-aktiviti yang saling berkaitan
iaitu pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran adalah interaksi di antara guru dengan
pelajar dan pelajar adalah dalam kalangan seseorang atau sekumpulan orang
sebagai pencari dan penerima pelajaran yang diperlukannya, manakala
pengajar atau pendidik merupakan seseorang atau sekumpulan orang yang
profesionnya sebagai pengolah aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa komponen, iaitu
pelajar, guru, objektif pembelajaran, isi pelajaran, kaedah pengajaran, media
dan penilaian.
Tujuan pembelajaran yang diinginkan seharusnya mencapai tahap yang
optimal, untuk itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh
pensyarah dan salah satu di antaranya adalah strategi pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu dimiliki dan
difahami oleh setiap guru, ini kerana keberhasilan proses pengajaran dan
pembelajaran bergantung pada cara mengajar gurunya.
Jika cara mengajar sesuai dan menepati kehendak pelajarnya, maka pelajar
akan tekun dan rajin, dalam menerima pelajaran yang diberikan, malah
diharapkan juga akan terjadi perubahan dan tingkah laku kepada pelajar
tersebut baik dari tutur katanya, sopan santunnya dan juga gaya hidupnya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai bentuk, guru
semestinya arif dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
dengan kaedah mengajar yang bersesuaian agar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai.
14
4.2 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Geografi
Strategi Pengajaran
Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Geografi ditentukan oleh objektif yang terkandung dalam sukatan
pelajaran dan tahap keupayaan pelajar.
Terdapat banyak pendekatan yang berlainan ke arah pengajaran
pembelajaran disebabkan oleh kepelbagaian cara manusia belajar.
i. Strategi Pendekatan Media
Strategi pendekatan media mengandungi 3 langkah;
Perancangan
Penyediaan media
Aktiviti susulan
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk membawa pengalaman pembelajaran ke
dalam bilik darjah. ‘..experiences from beyond the classroom.'
Strategi ini sangat berfaedah untuk perkembangan dan pengayaan
pengetahuan, kemahiran dan sikap daripada bahan yang spesifik dan
penyampainya.
Strategi ini didapati sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kebolehan
serta bidang seperti sains sosial, bahasa, sastera, muzik, matematik dan sains.
Supaya persembahan menggunakan media menjadi lebih efektif, beberapa
keperluan utama dipastikan ialah;
periksa Panduan Penggunaan atau pra-tonton (preview) bahan
(video/filem/slaid) untuk mempastikan program sesuai dengan umur,
kebolehan, keperluan dan minat pelajar.
persembahan memenuhi keperluan objektif pelajaran.
pelajar diberikan tugasan khusus untuk dilakukan semasa dan selepas
menonton.
guru memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas
persembahan.
ii. Strategi Pendekatan Latih Tubi
Pendekatan ini memerlukan 6 langkah utama;
15
i. Perancangan
ii. Semak makna perkataan dan kefahaman
iii. Tumpukan kepada bahagian utama pelajaran
iv. Latih tubi
v. Ujian bertulis
vi. Pemeriksaan dan pemarkahan
Tumpuan utama strategi ini ialah, melalui pengulangan dapat menghasilkan
respon yang segera atau pengingatan kembali yang cepat terhadap fakta,
nama dan perkataan.
Latih tubi melalui komputer adalah contoh yang sangat baik.
Sekiranya strategi ini dilakukan tanpa had menyebabkan pelajar menjadi
bosan dan tanpa tujuan.
Pelajar akan menghafal seperti nyanyian dengan sedikit kefahaman sahaja.
Untuk melakukan strategi ini dengan lebih berkesan, beberapa prinsip perlu
diberikan perhatian utama;
bahan mestilah mudah difahami oleh pelajar, berdasarkan
contoh yang konkrit/pengalaman pelajar.
latih tubi perlu pendek, tepat, pantas dan sesi latih tubi tidak
melebihi 10 minit.
latih tubi perlu aplikasi secara praktikal.
latih tubi perlu menarik; penggunaan kad imbasan, OHP, audio
kaset, permainan akan menambahkan minat, perisian komputer
adalah salah satu cara yang sangat berkesan.
kadar kejayaan perlulah tinggi.
peneguhan seperti pujian dan maklumbalas segera akan menguatkan
lagi daya ingatan.
latih tubi perlu berdasarkan kepada keperluan dan 'individualized'
sebanyak mungkin.
iii. Strategi Pendekatan Eksposisi
Mengandungi 4 langkah utama;
i. Perancangan
ii. Persembahan bahan
16
iii. Aktiviti pelajar
iv. Uji kefahaman/pemindahan bahan ke dalam kehidupan sebenar
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk memindahkan maklumat dengan
secepat yang mungkin dan difahami.
Guru memindahkan maklumat dan pelajar pasif secara fizikal sebagai
penerima.
Strategi ini kerap digunakan kepada pelajar yang lebih matang.
Strategi ini menyebabkan pelajar menjadi bosan, terlalu lama mendengar
dan menerima maklumat dengan lemah.
Contoh strategi ini adalah syarahan dan ceramah iaitu lebih berbentuk
strategi pembelajaran berpusatkan guru.
Untuk persembahan dengan kaedah ini, beberapa perkara perlu diberikan
perhatian khusus;
strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan, minat dan
keperluan pelajar; kesesuaian ini adalah berasaskan kepada
masa penumpuan dan isi kandungan pelajaran.
bermula dari tahu kepada tidak tahu.
isi kandungan dipersembahkan dalam langkah-langkah yang
kecil.
had masa persembahan adalah kira-kira 20 minit yang
mencakupi dua hingga tiga idea utama.
persembahan adalah pantas, menarik, hidup dan bersemangat.
pelajar dilibatkan sebanyak mungkin melalui pendengaran,
komen, soal jawab dan tindakbalas
iv. Strategi Pendekatan Demonstrasi
Pendekatan ini mengandungi 3 langkah utama;
i. Perancangan
ii. Penerangan dan demonstrasi kemahiran/isi kandungan
iii. Pelajar melakukan demonstrasi dengan maklumbalas guru
iv. Penggunaan/pemindahan kemahiran/isi kandungan.
17
Tumpuan utama ialah untuk memperkenalkan kemahiran
baru, isi kandungan dan tingkah laku melalui
pengamatan/pemerhatian dan peniruan.
Ia merupakan satu kaedah tradisional tetapi sangat efektif
terutamanya kepada pelajar yang peringkat umur rendah
serta lembam.
Untuk persembahan yang efektif dalam pendekatan ini,
perkara berikut perlulah diberikan perhatian khusus;
aktiviti bersesuaian dengan umur, kebolehan, minat dan
keperluan pelajar.
tugasan yang diberikan perlu jelas, langkah demi langkah
yang mudah dan istilah yang mudah.
semua pelajar dapat melihat dan mendengar penerangan
dan demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
menyediakan penglibatan pelajar dan penilaian kendiri
sebanyak mungkin.
v. Strategi Konsep
Pendekatan ini mengandungi 4 langkah utama;
i. Perancangan
ii. Kenalpasti item yang berkaitan dengan permasalahan
iii. Kumpulkan item-item ini berdasarkan kesamaan
iv. Labelkan kumpulan
Tumpuan utama adalah untuk mengurus dan mengkategori maklumat atau
pengalaman kepada sesuatu yang intelektual dan bermakna.
Berfikir secara konsep dapat menolong pelajar berfikir dengan lebih
sempurna dan efektif dengan menjelaskan kepada mereka kaedah untuk
mengingat fakta, menggunakan berbagai cara dan mengumpulkannya
mengikut kumpulan. Contoh konsep dalam beberapa mata pelajaran:
Matematik - bentuk, set, nombor perdana, perkaitan operasi,
pengukuran, tempat, persamaan
Sains - tenaga, momentum, magnet, mamalia, hidup/bukan hidup,
serangga, labah-labah, vertebrata.
18
Sains sosial - budaya, antropologi, bangsa, perkhidmatan yang baik,
pengguna dan penghasil, lokasi, daerah, kerajaan, nilai.
Muzik - irama, mood, melodi, harmoni
Beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa strategi konsep digunakan:
konsep mestilah berkaitan.
konsep mestilah mempunyai ciri-ciri yang jelas.
pelajar mempunyai contoh dan pengalaman yang konkrit untuk
menghubungkan konsep sebelum dikaitkan dengan bentuk
yang lebih abstrak.
penglibatan pelajar yang aktif.
vi. Strategi Permainan Simulasi
Sesi pengajaran bagi strategi ini mengandungi langkah-langkah seperti
berikut;
i. Perancangan
ii. Persediaan untuk permainan simulasi
iii. Permainan simulasi
iv. Perbincangan dan rumusan
Tumpuan utama strategi ini ialah menghasilkan sedekat mungkin
pengalaman atau situasi sebenar.
Pelajar akan dapat belajar prinsip yang khusus, konsep atau kemahiran
berfikir didalam domain kognitif, psikomotor dan nilai serta sikap yang
berkaitan dengan kepercayaan empati, kebaikan (efficacy) dan akibat
(consequence).
Pelajar akan belajar dengan lebih seronok. Permainan simulasi boleh dibuat
oleh guru atau yang sudah tersedia.
Keburukannya ialah permainan simulasi ini boleh menyebabkan gangguan
kepada realiti, 'over-competitive' dan nilai yang tersembunyi.
Permainan simulasi yang dipilih perlulah memenuhi keperluan berikut:
sesuai dengan peringkat umur, peringkat kebolehan dan minat pelajar
guru perlu mahir dengan peraturan permainan terlebih dahulu
permainan dijelaskan dengan tepat dan difahami pelajar
19
guru mengawal kelas dengan baik supaya tidak berlaku salah faham
semua pelajar terlibat secara aktif
selepas permainan guru perlu memberikan penerangan dan rumusan
tentang kepentingan prinsip, kefahaman, nilai dan kemahiran daripada
permainan tersebut.
vii. Strategi Perbincangan Kumpulan
Pendekatan ini memerlukan 4 langkah utama;
i. Penyusunan kumpulan
ii. Penyediaan tugasan
iii. Perbincangan
iv. Persembahan hasilan.
Tumpuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan
kemahiran komunikasi di kalangan pelajar dalam kelas.
Menolong pelajar berfikir dan kemahiran membuat keputusan di
samping menggalakkan mereka mengeluar pendapat dan buah
fikiran.
Strategi ini tidak sesuai kepada pelajar peringkat rendah sebab
kemahiran membuat keputusan diperlukan (level of reasoning).
Kaedah ini juga berlaku dalam suasana yang bebas dalam
persekitaran kelas.
Beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum melakukan
strategi ini:
kelas telah biasa dengan kumpulan.
topik sesuai dengan umur, dan peringkat kematangan
pelajar, serta dapat merangsang ke arah perbincangan.
suasana kelas adalah koperatif dan tenang.
setiap kumpulan mempunyai tugas yang tertentu
dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan.
tugasan adalah jelas dan tersusun.
guru mengawasi kebisingan kelas dan progres
perbincangan.
20
guru memberi panduan, berbincang dan mambantu
pelajar.
viii. Strategi Penemuan Berpandu
Terdiri dari 3 langkah;
i. Guru mencetuskan masalah
ii. Pelajar mengkaji masalah
iii. Guru dan pelajar berbincang masalah dan membuat kesimpulan.
Tumpuan utama strategi ini ialah menolong pelajar
menghasilkan kemahiran menyelesaikan masalah.
Strategi ini menekankan supaya pelajar mengenali bagaimana
belajar dengan melakukan sendiri.
Strategi ini boleh digunakan kepada pelajar di peringkat rendah
tetapi lebih sesuai dan berfaedah kepada peringkat tinggi.
Kelemahannya ialah tidak sesuai untuk memindahkan maklumat
atau fakta yang banyak sekali gus.
Tanpa panduan guru, pelajar akan mengambil masa yang lebih
panjang untuk belajar dengan kaedah ini. Untuk menentukan
supaya pendekatan ini efektif dilaksanakan, beberapa perkara
perlu diberikan perhatian;
strategi ini sesuai dengan peringkat umur, kebolehan,
minat dan keperluan pelajar.
strategi sesuai dengan jadual (class routines).
guru benar-benar memahami isi kandungan dan proses
penemuan yang akan dilaksanakan oleh pelajar.
semua bahan/alat bantuan mengajar disediakan dengan
sempurna.
masalah dan tugasan diterangkan dengan jelas.
semua pelajar terlibat sepenuhnya dan diberikan panduan
sepanjang pengajaran pembelajaran.
hasilan yang utama dibuat rumusan.
Penerangan Konsep
21
Guru perlu menjelaskan konsep kepad pelajar sebelum meneruskan
perkembangan pengajaran selanjutnya.
Pemahaman terhadap konsep akan memudahkan pelajar mengikuti
pengajaran tentang tajuk yang dipelajari dan boleh diaplikasikan
konsep untuk memahami fenomena Geografi.
22
Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran yang baik ialah teknik penyampaian yang
kemaskini, relevan dan penggunaan bahasa yang mudah difahami
pelajar.
Sebagai contoh, teknik “main peranan” dan simulasi dapat digunakan
untuk membantu pelajar dalam memahami topik-topik yang
disampaikan.
Sekiranya tajuk berkaitan dengan fenomena alam sekitar, maka
kaedah mentafsir, menganalisis, menilai dan membuat keputusan
boleh digunakan.
Dalam pelaksanaan kaedah ini pelajar akan dilibatkan secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran.
Penggunaan Bahan
Penggunaan bahan yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran
mampu meningkatkan kefahaman pelajar.
Contohnya penggunaan peta, gambar, carta dan perisian computer dapat
memperjelaskan lagi tajuk-tajuk berkaitan muka bumi, lokasi dan pola
taburan.
Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran mentafsir data dan
maklumat yang terdapat dalam bahan-bahan Geografi.
Penglibatan pelajar
Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti merujuk, menyiasat, memberi serta
menggunakan idea atau kemahiran dalam pelbagai situasi.
Mereka hendaklah dilatih, dibimbing dan diberi peluang untuk
mentafsir, menganalisis data dan menilai maklumat.
Penglibatan pelajar secara aktif akan berlaku melalui interaksi antara
pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan bahan.
Penilaian
23
Penilaian semasa pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dilaksanakan secara berterusan sama ada secara lisan dan
pemerhatian.
Penilaian ini adalah penting untuk mengukur pencapaian objektif
pengajaran dan tahap kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap
topik yang diajar.
24
BAB 5
PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
5.1 Pengenalan
Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.
Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan maklumbalas kesan pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan.
5.2 Jenis-jenis Penilaian
Penilaian Diagnostik
Penilaian ini dibuat pada awal tahun sebelum pelajaran pertama diajar
untuk menentukan sejauh manakah pelajar sudah mempunyai
kemahiran asas bagi setiap pelajaran yang akan diajar. Berdasarkan
maklumat tersebut, guru dapat mengetahui tahap kesediaan pelajar.
Penilaian Formatif
i) Penilaian Formatif dijalankan sepangang tahun untuk mendapatkan
maklumbalas tentang kemajuan pengajaran dan pembelajaran sesuatu
topik atau aspek. Ini membolehkan aktiviti penggayaan, pemulihan dan
ulangkaji diadakan selepas penilaian itu dijalankan.
ii) Selain daripada itu ujian dan peperiksaan, penilaian terhadap hasil kerja
harian dan sikap pelajar juga boleh dinilai. Latihan bertulis, memeta,
menulis nota, kerja amali, projek dan kajian luar juga dinilai secara
berterusan.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dijalankan dalam peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun untuk menggredkan prestasi pelajar dalam pelajaran.
25
Langkah-langkah penilaian:
i) Menentukan tujuan penilaian.
ii) Menentukan kandungan penilaian.
iii) Menentukan Jadual Spesifikasi Ujian – Kaedah yang boleh digunakan
dalam menjalankan penilaian:
a) Pemerhatian – Dijalankan secara formatif untuk menilai kemajuan
dan penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran bilik darjah,
kajian luar/ projek Luar Bilik Darjah (PLBD) dan kerja amali.
b) Temubual – suatu teknik untuk mendapat maklumat tambahan dan
pengesahan tentang sesuatu fakta secara bersemuka.
c) Ujian Objektif – Bertujuan menilai pelajaran secara menyeluruh dan
mempunyai pelbagai aras kesukaran.
d) Ujian Esei dan Subjektif – Bertujuan menilai kefahaman dan
kemahiran pelajar tentang konsep, prinsip, pandangan, tafsiran
idea serta kemahiran mengolah maklumat.
e) Analisis Data – bertujuan mengumpul data, menganalisis dan
membuat rumusan bagi mengenal pasti pola dan taburan sesuatu
fenomena.
Analisis Item
Analisis item ialah satu kaedah untuk menentukan tahap
kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu soalan.
Tujuan kaedah ini diperkenalkan untuk mengenal pasti soalan yang
dibina adalah jelas.
Jadual Penentu Ujian (JPU).
JPU bertujuan menentukan jenis-jenis dan peringakt aras
kesukaran soalan mengikut Taksonomi Bloom:
a) Pengetahuan
Soalan-soalan ini adalah untuk menilai tahap
mengingat kembali fakta-fakta utama seperti
26
istilah, definisi, kaedah, konsep dan prinsip. Contoh
istilah – definisi.
Garisan yang menyambung lokasi-lokasi suhu yang sama
dipanggil………………………………… (garisan suhu)
b) Kefahaman
Bentuk soalan ini boleh dibahagikan kepada tiga
peringkat:
i) Terjemahan: sesuatu konsep dinyatakan dengan
menggunakan perkataan yang lain atau ditukarkan
simbolnya. Misalnya, menjelaskan sesuatu graf
dengan perkataan.
ii) Interprestasi: pelajar dapat membezakan bahagian-
bahagian. Misalnya, dapat melihat hubungan
antara bahagian-bahagian dalam sesuatu graf.
iii) “Extrapolation” : pelajar dapat membuat
ramalan/interprestasi yang lebih ke depan daripada
graf yang diberi.
Contoh:
Proses pemendapan sungai bergantung kepada;
I Kecerunannya
II Panjangnya
III Isipadunya
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III
c) Aplikasi (Penggunaan)
Soalan bentuk ini cuba menilai sejauh mana pelajar
boleh menggunakan pelbagai prinsip dan kenyataan
27
umum untuk dihubungkaitkan keoada masalah-masalah
dan situasi baru.
Contohnya:
i) Boleh menggunakan fakta, konsep dan teori dalam
kehidupan sebenar.
ii) Boleh menyelesaikan masalah berdasarkan teori
dan kaedah-kaedah yang telah dipelajari.
iii) Boleh menggunakan fakta dan prinsip saintifik.
Contoh:
Apakah jenis tanaman yang sesuai ditanam di kawasan
bertanda X?
A. Getah
B. Teh
C. Padi
D. Kelapa
d) Analisis
Soalan ini cuba menilai keupayaan pelajar untuk
mencernakan sesuatu tema atau persoalan kepada
elemen-elemen dan bahagian-bahagian.
Contoh:
i) “Persaingan pelbagai jenis pengangkutan jalan raya
yang semakin maju menyebabkan cara pengangkutan
jalan keretapi menjadi semakin merosot dan
memerlukan langkah-langkah pemodenan yang berani
dan cekap”. Bincangkan.
ii) Huraikan pengaruh, jenis dan struktur batu-batan ke
atas profil rentas lurah-lurah sungai.
e) Sintesis
28
Soalan bentuk ini menilai keupayaan pelajar
mencantumkan pelbagai elemen dna bahagian
menjadi satu tema yang lengkap.
Contoh:
Terangkan ciri-ciri negara yang mengalami
penduduk yang berkurangan.
f) Penilaian
Bentuk soalan ini menilai keupayaan membuat
penilaian: misalnya, baik/tidak baik, suka/tidak
suka, sesuai/tidak sesuai dan sebagainya.
Contoh:
Berdasarkan kepada sebuah negara yang anda
telah kaji, nilaikan kesan-kesan yang timbul hasil
daripada langkah pengenalan dan penggunaan
teknologi moden secara meluas dalam sector
pertanian.
29
BAB 6
KEMAHIRAN MAKRO TEACHING
6.1 Pengenalan
Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa
melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Profesionalisme seseorang guru boleh diukur daripada kemahiran beliau
menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan pengajaran.
Semasa latihan perguruan (pra perkhidmatan) di institusi latihan perguruan,
semua bakal guru telah didedahkan kepada ilmu pedagogi dan andragogi.
Selain itu ilmu mengenai kaedah mengajar bagi subjek tertentu juga didedahkan.
Semua bakal guru dikehendaki melaksanakan micro-teaching dan latihan mengajar
sebelum diiktirafkan sebagai seorang guru yang sebenar.
Kita sebagai warga guru perlu memjaga nilai profesion ini supaya sentiasa
terpelihara dan dipandang mulia dan dihormati.
Satu latihan keguruan yang menitikberatkan pengalaman dan kemahiran
yang hamper-hampir sama dengan yang diperlukan dalam situasi sebenar
bilik darjah.
Situasi-situasi pengajaran telah banyak dipermudahkan dan teknik simulasi
digunakan secara besar-besaran.
Biasanya rakaman video ada dibuat untuk menjalankan perbincangan dan
membuat analisis terhadap sesi pengajaran mikro yang dilaksanakan.
6.1 Pelopor
Pelopor pengajaran mikra ialah Robert Bush dan D.Wight Allen, seorang
pensyarah yang bertugas di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan
Pengajaran, Universiti Stanford Amerika Syarikat pada tahun 1961.
Selepas itu teknik pengajaran mikro telah digunakan dengan meluasnya di
maktab-maktab perguruan seluruh Negara.
30
6.2 Prinsip-Prinsip Pengajaran Mikro
Seorang guru pelatih akan menjadi guru dan beberapa orang lagi , antara 5
ke 10 orang menjadi pelajar.
Melaksanakan satu simulasi pengajaran seperti satu sesi pengajaran
sebenar.
Tempoh masa pengajaran berlaku antara 5 ke 15 minit.
Mengaplikasikan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro.
Aspek penilaian akan melibatkan pemerhatian, komen dan maklumbalas.
Menjalankan sesi pengajaran, diikuti sesi perbincangan dan akhirnya
pengajaran semula.
6.3 Kepentingan Pengajaran Mikro
Menjalankan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal dan
kurang menekan.
Menumpukan perhatian atas latihan untuk mencapai kemahiran-kemahiran
tertentu secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat.
Memberi maklumbalas dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih.
Memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk menjalankan aktiviti susulan
yang sesuai.
Meningkatkan aras keyakinan diri supaya guru pelatih lebih bersedia
menghadapi situasi sebenar bilik darjah
6.4 Kemahiran-Kemahiran Pengajaran Mikro
i. Kemahiran set induksi
ii. Kemahiran penggunaan papan tulis
iii. Kemahiran variasi rangsangan
ix. Kemahiran penyoalan
x. Kemahiran pengukuhan
xi. Kemahiran penerangan
xii. Kemahiran menggunakan contoh/ilustrasi
xiii. Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar.
xiv. Kemahiran penutup.
31
6.5 Kemahiran Set Induksi
Set induksi memang penting dalam satu-satu pengajaran yang dijalankan
oleh guru di dalam kelas.
Namun demikian, ada guru yang seolah-olahnya sudah melupakan set
induksi ini.
Kebiasaannya, guru akan terus membincangkan topik yang hendak diajar
tanpa menggunakan set induksi yang bersesuaian dengan topik tersebut.
Sebenarnya, set induksi ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar
menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak
dibincangkan oleh guru di dalam kelas.
Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran, sudah pasti pelajar
akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran
guru.
Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah tetapi
menarik perhatian pelajar di dalam kelas.
Antara set induksi yang boleh digunakan adalah seperti gambar, surat
khabar, majalah, benda-benda maujud seperti raket badminton, gunting, topi,
kopiah, komputer riba, telefon bimbit, radio dan sebagainya. Sebagai
contohnya, jika guru-guru hendak membincangkan sajak Tukang Gunting,
guru-guru bolehlah menggunakan gunting sebagai set induksinya.
Bagi pengajaran sajak Anak Laut, guru boleh menggunakan gambar nelayan
atau perahu sebagai set induksinya.
Set induksi mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit sahaja tetapi
memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Set induksi membolehkan guru mengawal:
disiplin pelajar.
memastikan pelajar bersedia untuk pelajaran seterusnya.
menarik minat pelajar langkah pelajaran yang seterusnya.
membantu menuetralkan emosi pelajar.
32
Rajah 1: Komponen-Komponen Kemahiran Set Induksi
Ciri Utama Set Induksi
Menarik perhatian
Mewujudkan motivasi
Membuat perkaitan
Menarik Perhatian
mewujudkan nada suara yang sesuai.
menggunakan ABM/BBM/BBB yang menarik.
menggunakan gerakan, konteks mata, dan isyarat.
menunjukkan suatu aktiviti yang menarik dan tidak pernah
terfikir oleh pelajar.
Mewujudkan Motivasi
membangkitkan rasa ingin tahu.
menggunakan teknik bercerita.
menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
menggunakan soalan yang mencabar - HOTS / KBAT
33
Membuat Perkaitan
mengaitkan pengetahuan lepas pelajar.
mengaitkan isi pelajaran baharu.
mengaitkan peristiwa semasa.
mengaitkan minat dan pengalaman pelajar.
menceritakan pengalaman guru
Tujuan Set Induksi
Memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baharu.
Memperkenalkan sesuatu konsep kepada pelajar.
Mewujudkan hubungan awal yang baik dan mesra.
Memulakan sesi komunikasi dan menggalakkan pelajar berinteraksi.
Memulakan kerja-kerja amali di makmal atau di padang.
Contoh Set Induksi
• Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang
diajar oleh guru.
• Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, menyusun
kata/puzzle, nyanyian, lakonan, simulasi, isu yang mencabar minda
pelajar, isu semasa yang berkaitan tajuk/tema, pengalaman pelajar,
pengalaman guru, dan sebarang cara yang mengambil masa yang
pendek.
Contoh set induksi:
• Guru beri salam dan pelajar jawab salam
• Seorang pelajar baca doa dan pelajar lain ikut membacakan doa
bukan meng-amin-kan doa.
• Susun meja, pungut sampah, susun buku dan alat tulis atas meja.
• Mulakan set induksi dan langkah pengajaran seterusnya.
Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Set Induksi
• Kesilapan utama semasa melaksanakan set induksi
• Menjadikan tajuk atau isi kandungan sebagai set induksi kerana set
induksi bukan tajuk atau isi kandungan tetapi set induksi merupakan
momentum yang bakal dikaitkan dengan tajuk yang akan diajar.
34
• Set induksi dilaksanakan tidak melebihi 5 minit. sekiranya kurang lebih
baik namun biarlah menarik dan menggembirakan pelajar.
Unsur Kecindan
• Ada unsur lucu.
• Memperkasakan kecerdasan interpersonal dan intrapersonal (keperluan
diri sendiri dan keperluan orang lain dalam komuniti).
• Kecerdasan logik dan ruang (faktor masa, keluasan perigi).
• Soalan provokasi…adakah tindakan suami/anak betul? Beri pendapat
dan kaitan EQ (kecerdasan emosi
• Pada pendapat anda, apakah yang berlaku akhirnya?
Rumusan
• Melalui set induksi guru boleh menimbulkan minat dan menggerakkan
pelajar supaya bersedia untuk terus belajar dalam tempoh 40 atau 80
minit bersama-sama guru.
• Set induksi membuka ruang kepada pelajar untuk bersedia belajar dan
berfikir daripada aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang akan
guru persembahkan.
• Melalui set induksi, guru akan sentiasa ditunggu oleh pelajar di dalam
kelas, di makmal, di padang, di bilik ICT, di bilik ERT, di bilik KH, di bilik
Sains Pertanian, atau di mana-mana sahaja.
6.6 Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti
pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.
Kemahiran ini memmerlukan guru merancang dan menyusun tulisan,nota,
ilustrasi dan gambarajah di atas papan tulis dengan baik.
Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan
memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat
mereka mengikuti pelajarannya.
Objektif Penggunaan Papan Tulis
35
Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang
penting di setiap peringkat pengajaran.
Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang
dihuraikan.
Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah
secara sistematik
Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran
murid
Untuk membeikan peluang kepada murid-murid mencatit mota dari
papan tulis.
Rajah 2: Komponen-Komponen Kemahiran Papan Tulis
Prinsip-Prinsip Penggunaan Papan Tulis
Rancangan penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, mota
dan gambarajah dapat diletakkan ditempat yang sesuai.
36
Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis
gambarajah yang menarik.
Tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan
kepada seluruh kelas
Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonolan
atau penekanan.
Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan
Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam
penggunaan papan tulis.
Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan
sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.
Kesan Penggunaan Papan Tulis
Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea
dengan lebih jelas dan tepat.
Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran
guru.
Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan
penuh berminat.
Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru
Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.
Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat didedalkan dalam
ingatan.
Kejelasan => Saiz tulisan yang sesuai,
Tulisan kemas dan tepat,
Gambar rajah jelas dan ringkas.
Susulan => Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan
seimbang, Susunan dapat dilihat dan teratur.
Penonjolan => Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat,
37
Penekanan => Permudahan konsep atau idea yang susah,
Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran pembelajaran,
Gunakan dalam masa yang sesuai.
6.7 Kemahiran Variasi Rangsangan
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk
mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian.
Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan
berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.
i. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di
sepanjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan
murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan
menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah
akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
ii. Gerak geri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang
semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat
menarik perhatian murid.
Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak
bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan
kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan
kepada pelajaran.
iii. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat
mengekal minat murid terhadap pelajaran.
Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan
rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang
kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap
pelajaran.
38
iv. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid
untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan
diri secara lisan dalam pelajaran.
Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
v. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan
pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat
menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga
menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
vi. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang
pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Rajah 3: Komponen-Komponen Kemahiran Variasi
Rangsangan
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-
Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam
aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
39
Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak
mengganggu perjalanan pelajaran.
Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan
bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada
tindak balas murid.
6.8 Kemahiran Penyoalan
Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah
satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas
daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang
disampaikan.
Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam
meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada
pelajar.
Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada
mereka memahami pelajaran baru.
Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan
menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan
kumpulan melalui interaksi hati ke hati.
Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik
menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan
untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 ).
40
Rajah 4: Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan
Objektif Penyoalan
Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan
memberi soalan kepada keseluruhan kelas.
Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah
guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab
soalan tersebut.
Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan
kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir.
Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.
Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas
tentang pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung
kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada
objektifnya iaitu:
41
i. Menggerak Minda Pelajar
Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi
soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir
kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru.
Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin
tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.
ii. Menilai Pemahaman Pelajar
Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.
Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi
ujian atau peperiksaan.
iii. Membimbing Pelajar
Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam
memberikan jawapan.
Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan
jawapan pelajar.
Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang
memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki
sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba
membetulkan kesalahan itu.
iv. Merentas Pembelajaran
Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif
sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan
konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada
situasi yang lain (Kamarul &Abd. Halim, 2007 : 181 ).
v. Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi
42
Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan,
penggabungan atau sintesis dan penilaian (Zawawi, 1988:215).
vi. Mengekalkan Perhatian Pelajar
Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka,
teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula
perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit
(Zawawi, 1988: 215).
vii. Mengeratkan Interaksi
Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru
dengan pelajar dan sesama pelajar.
Interaksi guru-pelajar, pelajar-guru dan pelajar sesama pelajar
penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik dan garmoni (Zawawi, 1988 :
216).
Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru
menggunakan teknik menyoal kepada para pelajar di dalam kelas.
Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas
akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan
lebih berkesan.
Aras-Aras Penyoalan
Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran
guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras
penyoalan.
Bloom dalam bukunya “Taxonomy of Education objective”
membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:
i. Pengetahuan
ii. Kefahaman
iii. Aplikasi
iv. Analisis
43
v. Sintesis
vi. Penilaian
Tidak dapat dinafikan betapa pentingkan kemahiran guru dalam aspek
penyoalan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah.
Dalam setiap borang penilaian pemerhatian bagi penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran semasa latihan perguruan atau borang
penyeliaan oleh Jemaah Nazir Sekolah atau sesiapa sahaja dalam
proses penilaian atau pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru,
pasti sahaja ada elemen ini dinilai.
Betapa pentingnya seseorang guru itu menguasai teknik dan
kemahiran menyoal adalah menentukan keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat amalan guru yang tidak memberikan perhatian kepada
teknik menyoal, umpamanya guru menyoal dengan soalan yang tidak
jelas, bersifat spontan, tidak menentukan tujuan, stereotaip dan hanya
berkisar sekitar mencungkil ingatan serta memahami fakta sahaja.
Soalan sedemikian tidak akan dapat mencapai matlamat pengajaran
dan pembelajaran.
6.9 Kemahiran Pengukuhan
Kemahiran Pengukuhan adalah merupakan salah satu daripada sepuluh kemahiran
mikro pengajaran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan.
Pengukuhan digunakan oleh guru untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini.
Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar memberikan jawapan dengan betul, guru
akan memujinya sebagai pengukuhan tingkah laku itu.
Kemahiran Pengukuhan diperjelaskan seperti berikut :
Prinsip-prinsip Kemahiran Pengukuhan;
i. Pujian, kemesraan, semangat dan unsur kecindan yang ditunjukkan oleh guru dapat
meningkatkan pencapaian pelajar serta memupuk sikap yang positif.
ii. Tukar bentuk pengukuhan dari semasa ke semasa.
44
Kepelbagaian kata-kata peransang seperti baik, betul, tepat, cantik, kemas, rajin,
pandai dan seumpanya mampu mengelakkan pelajar bosan malah mengukuhkan
tingkah laku yang diingini.
iii. Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar.
Pengukuhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar akan meninggalkan
akibat yang tidak baik kepada pelajar seperti bosan, sambil lewa, semakin sukar
dikawal atau semakin pasif.
iv. Peneguhan positif selaras dengan peringkat umur, jantina dan sosial pelajar.
v. Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti.
Lebih banyak dan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif, maka lebih
meningkat interaksi dan keceriaan kelas.
vi. Pengukuhan positif yang bersifat ikhlas adalah amat penting.
Ia tidak mendatangkan apa-apa kesan jika pelajar merasakan pengukuhan positif itu
adalah tidak jujur. Keikhlasan yang terpancar mampu melembutkan hati pelajar
yang merasainya.
Objektif Kemahiran Pengukuhan
i. Meningkatkan interaksi bilik darjah.
ii. Memperbaiki disiplin bilik darjah.
iii. Memotivasikan pelajar.
iv. Meningkatkan keyakinan pelajar.
v. Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif.
vi. Meningkatkan kefahaman pelajar.
vii. Meningkatkan pencapaian akdemik pelajar.
Komponen-Komponen Kemahiran Pengukuhan
i. Lisan positif
ii. Menggunakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus,baik, tepat sekali
dan sebagainya.
iii. Menggunakan perkataan tambahan seperti um, aha, teruskan, fikirkan sekali lagi,
untuk menggalakkan pelajar berfikir lebih lanjut.
iv. Gerak Isyarat Positif.
45
Gerak isyarat positif yang boleh diamalkan oleh guru seperti, menganggukkan
kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang,
menghampiri pelajar, mendengar dengan tekun serta memberi perhatian penuh
dan adil kepada pelajar.
v. Penggunaan Ganjaran.
Mengiktiraf kemampuan pelajar dengan memberikan peluang kepada mereka
menjalankan projek kajian, lawatan, mencari maklumat di perpustakaan, bermain
permainan yang mendidik, digemari dan bersesuaian atau membatalkan kerja
rumah sekiranya pelajar mencapai tahap masteri.
vi. Penggunaan Jawapan Pelajar.
a. Menstruktur semula jawapan pelajar.
b. Mengulangi jawapan pelajar.
c. Bina idea atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar.
d. Menulis jawapan pelajar di papan tulis.
Kesan Kemahiran Pengukuhan Ke Atas Pengajaran Dan Pembelajaran
i. Semangat ingin belajar di kalangan pelajar akan meningkat.
ii. Pelajar ingin mencuba sedaya upaya dalam pembelajaran.
Pembelajaran bertambah lebih berkesan.
iii. Disiplin bilik darjah yang lebih baik akan menjamin kelicinan serta
keberkesananpengajaran dan pembelajaran.
iv. Apabila mendapat pengukuhan positif, pelajar merasa berjaya dan dihargai.
v. Suasana sosioemosi bilik darjah bertambah sihat.
Pelajar merasa yakin dan selamat. Suasana seperti ini kondusif bagi pengajaran
dan pembelajaran.
vi. Perhubungan di antara guru dan pelajar akan bertambah baik. Pembelajaran
akan menjadi satu proses yang digemari.
Sebagai kesimpulan, kepekaan guru dalam kemahiran pengukuhan serta kesepaduan
atau pengabunganjalinan kemahiran mikro pengajaran semestinya memberikan impak
yang amat positif dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
6.10 Kemahiran Penerangan
46
Objektif Penggunaan Kemahiran Menerang
Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa
yang singkat.
Memudahkan murid memahami donsep atau isi pelajaran dengan
jelas.
Menguraikan sesuatu proses separti lamgkah-langkah menjalankan
projek, ujikaji atau masalah.
Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau
meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
Prinsip-Prinsip Panduan Kemahiran Menerang
Rancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk
penerangan yang sesuai.
Contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran hendaklah ditentukan
dan disediakan terlebih dahulu.
Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana murid –murid akan
merasa bosan jika mereka disuruh duduk dam mendengar penerangan
guru dalam tempoh masa yang lama.
Jika penerangan guru memakan masa yang lama, gunakan kemahiran
variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap
penerangan guru.
Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah
berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid lepas supya mereka
dapat mengikutnya dengan mudah dan bermakna.
Alat bantu mengajar yang digunakan dengan teknik yang berkesan.
Selepas aktiviti penerangan, galakkan murid bertanya perkara-perkara
yang tidak faham.
Rajah 5: Komponen-Komponen Kemahiran Menerang
47
Kesan-Kesan Penggunaan Kemahiran Menerang Ke Atas Pengajaran
– Pembelajaran
Murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih
cepat, mudah dan tepat.
Murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara
terperinci dan teratur.
Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru
jika penerangan menarik dan bermakna.
Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar akan dapat
merangsang pelbagai deria murid selain memudahkan kefahaman dan
memperkukuhkannya dalam ingatan mereka.
Aktiviti pengajaran guru dapat difimatkan dan ini membolehkan guru
menambah guru, menambah aktiviti pembelajaran.
Penerangan Guru
Menarik dan mengekalkan perhatian murid
Membangkit kesedian murid untuk belajar
Jelas , ringkas dan tepat
48
Kriteria-Kriteria Kemahiran Menerang Menurut Komponen
Kemahiran Ilustrasi
Penutup
Penyusunan Idea
Aras Permulaan
Komponen – komponen kemahiran menerang
Rumusan
Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis
Isi-isi disusun secara teratur
Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas.
49
6.11 Kemahiran Menggunakan Contoh/Ilustrasi
Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang
tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru
mengendalikannya dan pencapaian murid atau pelajar.
Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk
menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada
murid.
Dalam kemahiran ini guru-guru disarankan supaya menggunakan dan
memberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran.
Contoh :
Guru menerangkan pengertian Geografi dengan memberikan beberapa
contoh pengertian Geografi.
Guru hendaklah memilih cara dan bentuk pernerangan serta alat bantu
mengajar yang sesuai.
Guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis isi penting pada papan
tulis supaya murid boleh memahami dan mencatit dalam buku atau nota
masing-masing.
6.12 Kemahiran Menggunakan Bahan Bantu Mengajar
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran.
Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh
kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman.
Sungguh pun rangsangan dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua
rangsangan itu dapat diterima atau ditanggapi oleh manusia.
Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi
pengalaman.
Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat
rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan
pengalaman yang berkesan.
Oleh yang demikian peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sangat penting.
50
Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan
rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang kecerdasan dan
pengalaman pelajar.
Guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah aspek yang
memberi kesan terhadap prestasi para pelajar.
Pembelajaran dan pengajaran seseorang guru memerlukan banyak kaedah dan strategi
yang sesuai bagi membolehkan pelajar dapat memperolehi input dan memahami
pelajaran dengan lebih berkesan.
Pembelajaran berasaskan sumber pembelajaran dapat membantu seseorang guru itu
untuk mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.
Jenis Sumber Pembelajaran
Daripada dapatan psikologi kognitif seseorang pelajar, seseorang pelajar akan
dapat meningat 10 % daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang
didengar, 30% daripada apayang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan
dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang
dilakukan sendiri.
Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh
tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalamproses pengajaran dan
pembelajaran.
Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti.
Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta
berkomunikasi di antara satu sama lain.
Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti itu,
penggunaan sumber pembelajaran sangat berguna.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan
peranan penting.
Guru dan pelajar perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan
pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran.
51
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran ia lebih mengutamakan kecekapan
dan kemahiran menggunakan bahan pengajaran untuk mencapai obejktif dan
membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek yang diajar.
Ia juga bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan
pelajar serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam
bentuk “cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula
dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar
terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu
dan bosan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik
yang berkesan boleh digunakan oleh guru.
Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan
secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan
proses pembentukan konsep-konsep secaramudah dan berkesan.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar
mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan.
Pelajar merasa seronok menjalankan uji kaji aktiviti lain yang dilakukan dalam
situasi sebenar dan bermakna.
Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan
alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara
berkesan.
Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik
yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik
penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan.
Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan.
Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang kompleks kepada
sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi.
Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami
apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan
konkrit.
52
Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita,
mengemukakan metafora dan sebagainya.
Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran,
ilustrasi dan lain-lain.
Penggunaan sumber-sumber pembelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep
yang abstrak dengan lebih jelas.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga seseorang guru itu perlu
menguasai kemahiran berhubung dengan penggunaan dan pemilihan bahan
pengajaran yang sesuai.
Ini kerana melalui penggunaan bahan ini dapat membantu guru untuk
menyampaikan pengajaran dengan lebih jelas dan bermakna.
Ia juga dapat membantu seorang guru mempertingkatkan pencapaian pelajar
dan seterusnya membolehkan mereka bersedia menghadapi cabaran dan
kemajuan yang pesat dalam zaman teknologi masa kini.
Penggunaan sumber-sumber atau alat pengajaran ini juga melibatkan segala
usaha yang digunakan sama ada yang dapat dilihat, didengar dipegang, dibaca,
dirasai, dihidu, dikisahkan dan juga digunakan.
Terdapat beberapa jenis sumber pembelajaran yang biasa digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sumber-sumber pembelajaran atau alat pengajaran ini termasuklah sumber
berasaskan manusia iaitu melibatkan guru, rakan sebaya, pakar bidang,
dan juga pegawai sumber.
Selain itu, sumber pembelajaran ini juga termasuklah bahan-bahan
bercetak, seperti buku, majalah jurnal, buku teks, kamus, surat khabar ,rencana
atau artikel dan sebagainya.
Bagi bahan tidak bercetak pula termasuklah, penggunaan bahan 2 dimensi dan 3
dimensi. Bahan 2 dimensi adalah seperti papan putih dan 3 dimensi seperti
specimen, replika,glob, radas, model, boneka dan sebagainya yang biasanya
dilakukan dalam makmal.
Selain itu, jenis sumber ini juga termasuklah sumber audio seperti radio, kaset,
mikrofon dan sebagainya.
Bagi sumber daripada visual termasuklah rakaman, projektor, serta filem slide.
53
Penggunaan audio-visual atau bahan pandang dan dengar juga sering digunakan
termasuklah televisyen, video dan komputer.
Antara lain sumber bahan pembelajaran yang digunakan adalahsumber yang
berasaskan computer atau perisian.
Antara contohnya adalah penggunaan Microsoft Power point untuk slide, disket,
CD-ROM, cakera padat, cakera laser, disket video serta internet.
Kesemua bahan dan sumber pembelajaran ini dapat membantu guru untuk
memilih teknik dan strategi yang sesuai dalam proses pembelajaran.
Selain daripada penggunaan bahan bercetak dan bahan tidak bercetak dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran lain seperti
pengalaman juga penting untuk memudahkan kefahaman kepada pelajar
khususnya.
Pengalaman ini dapat dilakukan dengan membawa pelajar melawat tempat-
tempat yang berkaitan dengan mata pelajaran, mengadakan lakonan, pameran
dan juga projek.
Selain itu, seseorang guru juga boleh mendedahkan pelajar kepada penemuan
dan penciptaan baru.
Sebagai contoh, seseorang guru boleh membawa pelajarnya melawat tempat-
tempat yang bersejarah yang mempunyai perkaitan dengan mata pelajaran
seperti Sejarah dan begitu juga mata pelajaran Geografi.
Keadaan ini dapat membantu pelajar bukan sahaja memahami dengan lebih
lanjut malahan dapat mengalami dan melihat sendiri benda yang dipelajari.
Dalam psikologi kognitif, pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam
apabila sumber yang digunakan seperti surat khabar, buku teks, rakaman dan
sebagainya dikaitkan dengan mata pelajaran yang diajar.
Penggunaan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah
melibatkan pelbagai deria dalam kalangan pelajar.
Keadaan ini dapat memberikan tarikan dan ransangankepada pelajar untuk
lebih berminat dalam pembelajaran.
Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua panca
indera pelajar.
Aktiviti “hand on” serta interaksi dengan alat-alat teknologi canggih akan
mengoptimumkan proses pembelajaran.
54
Misalnya , guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan
menggunakan bahan audio, video, perisian, multimedia dan diikuti dengan
penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan
sebaya.
Pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan dengan menggunakan bahan
daripada internet untuk mendedahkan pelajar dengan maklumat terkini.
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan digalakan membuat persembahan hasil
pembelajaran melalui kumpulan dan disebarkan kepada rakan sekelas.
Mengikut penyelidikan yang telah dibuat oleh pakar-pakar alat pandang dengan,
konsep kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah
diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria
sentuh, 3% daripada deria rasa, 3 % daripada deria bau.
Berdasarkan kajian ini, bolehlah dikatakan bahawa pancaindera pandang dan
dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses
pembelajaran, terutamanya bagi pelajar sekolah rendah.
Bagi pelajar dalam lingkungan umur 6- 12 tahun, mereka masih banyak
bergantung kepada pengalaman konkrit dan banyak menggunakan
deriapandang dan dengar untuk menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu.
Oleh yang demikian, sumber pembelajaran khasnya alat pandang dengar,
memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
terutamanya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Selain itu, bagi membolehkan pelajar mendapat input yang tinggi daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan seseorang guru perlulah
kreatif dalammenggunakan sumber-sumber pembelajaran ini supaya ia tidak
membosankan pelajar.
Kemahiran seseorang guru dalam menggunakan sumber-sumber pembelajaran
dapat membantu mengurangkan peranan sebagai penyampai utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh, seseorang guru mestilah pandai dan mahir untuk
mencantumkan pelbagai sumber pembelajaran yang ada seperti mencantumkan
bahan audio dengan kaset, pita video dan perisian multimedia untuk
menghasilkan yang amat menarik dan berkesan.
55
Selain daripada mencantumkan pelbagai bahan pembelajaran seseorang guru itu
jugaseharusnya pandai untuk menggunakan sumber-sumber yang ada secara
serentak.
Ini kerana penggunaan pelbagai sumber pembelajaran dalam masa yang
serentak akan memberi kesankepada penggunaan pancaindera pelajar.
Daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan guru menjadi perhatian terutamanya
dalam peggunaan sumber pembelajaran ini.
Ia merupakan salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik.
Kreativiti yang tinggi ini termasuklah dalam seni lukis, seni sastera, seni suara dan
sebagainya.
Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan
menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar.
Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan
pandangan dan pendapatmereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea
baru dan sebagainya.
Dalam memilih sesuatu sumber juga seseorang guru itu haruslah menyesuaikan
sumber atau bahan yang digunakan dengan tahap pelajar yang terlibat.
Penggunaan sumber pembelajaranyang tidak bersesuaian dengan tahap pelajar
akan menyebabkan usaha pembelajaran itu hanya sia-sia.
Pemilihan sumber pembelajaran adalah bergantung kepada situasi pelajar sama
ada pelajar tersebut di tahap awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah atau
menengah.
Keadaan ini membolehkan mereka mempelbagaikan pengalaman dari mudah
kepada sukar mengikut peringkat kebolehan seperti pengalaman langsung ke
pengalaman abstrak, pengalaman rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi,
pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem dan sebagainya.
Selain itu, sumber pembelajaran yang dipilih juga mestilah menepati objektif
sesuatupembelajaran yang dikehendaki.
Sumber pembelajaran yang dipilih itu mestilah sesuatu yang boleh membantu
guru tersebut untuk mencapai objektif pembelajaran.
Faktor kesesuaian dengan objektif ini penting bagi membolehkan objektif yang
dikehendaki tercapai, kerana penggunaan media atau sumber pembelajaran ini
adalah cara yang terbaik untuk menjelaskan sesuatu konsep khususnya.
56
Penggunaan media yang sesuai membolehkan sesuatu konsep dapat difahami
dan dijelaskan dengan mudah dan seterusnya dapat membantu guru mencapai
objektif pembelajaran yang dikehendaki.
Dari aspek teknikal, pemilihan penggunaan sumber pembelajaran yang sesuai
amat penting agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar.
Sebagai contoh, sumber seperti audio mestilah mempunyai bunyi yang jelas dan
tidak kabur.
Sesuatu visual itu juga haruslah membawa satu konsep sahaja dan tidak
bercampur aduk.
Selain itu, dari segi saiz penglihatan ke atas sesuatu visual hendaklah mengikut
formula jarak dan saiz visual.
Pembinaan dan pemilihan perlulah mengikut lunas-lunas tertentu seperti jelas
(bunyi) dan mempunyai keharmonian warna seperti gambar, dan sebagainya.
Bukan sahaja dari aspek teknikal, malahan dari seri fizikal sumber itu sendiri
sangat penting dan perlu dititikberatkan terutamanya penggunaan peralatan
yang menggunakan kuasa elektrik.
Ia bukan sahaja selamat digunakan tetapi juga mudah digunakan dan tidak
memerlukankemahiran teknikal yang tinggi apabila digunakan.
Selain itu, peralatan juga perlulah diperbuat daripada bahan-bahan yang murah
dan boleh didapati secara percuma seperti sumber yang diperolehi daripada
jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat membeli belah, pihak swasta dan
sebagainya.
Justeru itu, diharap klassifikasi dan kriteria pemilihan sumber akan membantu
seseorang guru dalam mengaplikasikan sumber pembelajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi dan seterusnya
mengembangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Rumusan
Aplikasi sumber pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan kerana
penggunaannya secara sempurna dapat mempertingkatkan kefahaman pelajar-
pelajar terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengalaman langsung yang tidak dapat diadakan di dalam bilik darjah boleh
dimiliki oleh para pelajar melalui aplikasi sumber ini.
57
Jadi untuk menjamin tahap penguasaan terhadap sesuatukemahiran, aplikasi
bahan dan sumber pembelajaran diperlukan dalam proses pengajaran
danpembelajaran.
Tujuan am aplikasi sumber adalah untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna.
Dengan adanya sumber-sumber ini, para pelajar dapat membina konsep-konsep
dengan tepat.
Para pelajar dapat mengaitkan konsep baru dengan pengalaman yang lalu dan
masa kini untuk menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih jelas.
Rashidi dan Razak (1996) menyatakan fungsi utama bahan bantu mengajar
adalah untuk memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran.
Jadi media yang berkesan haruslah membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
6.13 Kemahiran Penutup
Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan
lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah
memulakan pengajaran.
Penutupan pengajaran yang baik akan meninggaalkan kesan yang berkesan
dilubuk hati para pelajar.
Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran.
Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam
bahagian penutup ini.
Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-
pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari
dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan
kepada mereka.
Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk
menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilaksanakan.
Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap
pelajaran yang berikutnya.
Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
58
i. Penutup Kognitif
Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran
yang telah dipelajari.
Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan
pengukuhan.
Cara melaksana;
Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah
dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau
papan gulung.
Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja
kepada pelajar-pelajar.
Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.
Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.
ii. Penutup Sosial
Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada
pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar.
Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik
peneguhan.
Misalnya ;“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah
luas dengan memuaskan.
Dalam pelajaran yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu
topik isipadu”.
Rajah 6 : Komponen-Komponen Kemahiran Penutup
59
Prinsip-Prinsip Penggunaan Kemahiran Penutup
Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan
kemahiran pelajar yang baru dipelajari pada peringkat perkembangan.
Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan harus
dirancang dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan
dengan licin dan berkesan.
Di samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan
untuk peringkat akhir pelajaran.
Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang hendak
dijalankan
dalam kelas, tempoh masa untuk melaksanakan penutup kognitif dan
penutup sosial tidak harus melebihi 5 minit.
Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan
tujuan untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.
Objektif-Objektif Kemahiran Penutup
Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya
mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
60
Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan
merumuskan fakta-fakta penting atau memberikan kerja bertulis.
Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan pelajar
dengan menggunakan teknik peneguhan.
Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif
pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar
dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada
masa depan.
Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan
dapat diadakan supaya pelajar diberi peluang mengaplikasikan konsep
dan kemahiran yang mereka baru pelajari.
Kesan Penutup Ke Atas Pengajaran & Pembelajaran
Jika objektif-objektif penutup dapat dicapai dengan memuaskan, maka
beberapa kesannya dapat diperlihatkan seperti berikut :-
i. Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan
kemahiran atau konsep yang baru dikuasai.
ii. Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar-pelajar dapat
membuat rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.
iii. Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi
pelajar suatu perasaan pencapaian, mereka telah dimotovasikan
supaya terus berusaha dan mencuba.
iv. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian
objektif pelajaran yang ditentukan. Keputusan penilaian ini akan
membolehkan guru membuat pengubahsuaian untuk rancangan
pelajaran yang akan datang.
61
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Mata Pelajaran Geografi
Tingkatan 1. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Mata Pelajaran Geografi
Tingkatan 2. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Mata Pelajaran Geografi
Tingkatan 3. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Mata Pelajaran Geografi
Tingkatan 4. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Mata Pelajaran Geografi
Tingkatan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum.