buletin edisi 2/2016 - ppj.gov.my · bengkel bijak sifir ... tarikh : 01 april hingga 30 jun 2016...
TRANSCRIPT
BULETINBULETIN INFORMASI PUSAT PEMBELAJARAN
EDISI 2/2016
ISI KANDUNGAN EDISI 02
PERKHIDMATAN INTERAKTIF EDUCARE “GOLF SIMULATOR @
PPK Presint 11”
PROGRAM INSENTIF KEAHLIAN PPK (PROGRAM AHLI AKTIF)
ANJURAN PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK)
BENGKEL BIJAK SIFIR
Sidang redaksi Buletin PPK mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca
Email pertanyaan hendaklah ditujukan kepada:[email protected]
Seksyen Portal & Multimedia Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.
PertanyaanUntuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my
http://ppk.ppj.gov.my
Facebook/putrajaya
Facebook/perpustakaanputrajaya
Twitter@putrajayacorp
Youtube/perbadananputrajaya
Instagram/perbadananputrajaya Instagram/perpustakaanputrajaya
PUTRAJAYA MULTICULTURAL CHILDREN’S LIBRARY
Perkhidmatan Interaktif Educare “Golf Simulator @ PPK Presint 11” dibuka kepada semua ahli PPK bermula pada 09 Ogos 2016. Objektif perkhidmatan ini adalah untuk
memperkenalkan kaedah pembelajaran secara lebih interaktif serta membolehkan pengguna untuk meneroka teknologi terkini selain pembelajaran berbentuk buku.
Kadar Bayaran adalah seperti berikut:Dewasa & Remaja – RM6.00 (15 Pukulan)Kanak-kanak – RM3.00 (10 Pukulan)
Waktu Operasi:Selasa – Khamis3.00 – 5.00 petang
PERKHIDMATAN INTERAKTIF EDUCARE “GOLF SIMULATOR @ PPK Presint 11”
Putrajaya Multicultural Children’s Library telah dibuka pada 12 Mei 2016 di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Penubuhan ini adalah hasil daripada
kerjasama di antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Malaysia Board on Books for Young People (MBBY) @ Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja.
Putrajaya Multicultural Children’s Library ini memberi peluang kepada komuniti untuk mendapat bahan bacaan berkualiti serta mengalakkan sikap suka membaca terutamanya di kalangan kanak-kanak. Di antara koleksi buku kanak-kanak yang terdapat di sini adalah seperti koleksi dari negara Korea, India, China, Indonesia, Thailand dan Jepun.
Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama pihak Malaysian Board on Books for Young People (MBBY) di atas penubuhan Putrajaya Multicultural Children’s Library di Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) Presint 11 serta penganjuran Sesi Bercerita untuk kanak-kanak di Putrajaya.
PUTRAJAYA MULTICULTURAL CHILDREN’S LIBRARY
LATAR BELAKANG
Aktiviti : Program Insentif Keahlian PPK (Program Ahli Aktif) Tarikh : 01 Januari hingga 31 Mac 2016Tarikh : 01 April hingga 30 Jun 2016
OBJEKTIF
1. Memberikan penghargaan dan meraikan Ahli PPK yang aktif.2. Meningkatkan lagi jumlah keahlian PPK.3. Mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan di PPK.4. Menggalakkan lagi ahli PPK membuat pinjaman buku, menggunakan kemudahan serta menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PPK
PELAKSANAAN
Program ini terbuka kepada semua ahli PPK dan pemenang dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori Dewasa, Kategori Remaja dan Kategori kanak-Kanak.
PROGRAM INSENTIF KEAHLIAN PPK (PROGRAM AHLI AKTIF)ANJURAN PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK)
KATEGORI DEWASANOORMAIZI BIN MOHAMAD NOOR
(810819XXXXXX)25 buah buku
KATEGORI REMAJANUR AINA BT AZMI (020613XXXXXX)
20 buah buku
KATEGORI KANAK-KANAKWAN NADYA HAKIM BT FAHRUL HAKIM
(041228XXXXXX)23 buah buku
Aktiviti PPK Mei - Ogos 2016
LATAR BELAKANG
Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) telah menganjurkan Program Kaunter Khidmat Pelanggan untuk memberi
pendedahan kepada pekhidmat mengenai fungsi PPK di samping menambah jumlah keahlian.
Aktiviti : Program Kaunter Khidmat PelangganTarikh : 25 Julai 2016 (Isnin) 24 Ogos 2016 (Rabu) 25 Ogos 2016 (Khamis)Tempat : Bazaar Ria Puspanita, PPJ Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya
OBJEKTIFObjektif utama Kaunter Khidmat Pelanggan ini adalah :i) Untuk mempromosi dan menambah keahlian PPK.ii) Mengurus kaunter dan melayan dengan segera, mesra
dan memastikan maklumat yang diberikan dengan tepat
PROGRAM KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN ANJURAN PPK
PENCAPAIAN Kaunter Khidmat Pelanggan telah menyediakan
beberapa bahan/peralatan untuk menyampaikan maklumat kepada pengunjung seperti brosur dan sebuah komputer riba. Brosur menerangkan peraturan-peraturan, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PPK. Manakala komputer riba pula disediakan untuk menyemak keahlian PPK.
Untuk mempromosi dan memperkenalkan PPK kepada komuniti Putrajaya pula, beberapa inisiatif telah diambil seperti :-
a. Menawarkan pendaftaran keahlian PPK secara percuma kepada pekhidmat Perbadanan Putrajaya
b. Menghadiahkan cenderamata berbentuk pen dan beg kepada pengunjung yang mendaftar sebagai ahli PPK.
KESAN Program Kaunter Khidmat Pelanggan yang
dijalankan telah berjaya meningkatkan pengetahuan terhadap fungsi dan pendekatan PPK di Putrajaya. Komuniti yang hadir turut berkesempatan memberikan idea, cadangan, dan komen untuk penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PPK. Kaunter Khidmat Pelanggan juga telah berjaya menambah lebih ramai lagi ahli baru PPK.
Bengkel Bijak Sifir dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK)
pada 20 dan 21 Ogos 2016 yang lalu di Auditorium 2, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Bengkel Bijak Sifir ini menggunakan Teknik Sifir Roya khusus untuk komuniti Putrajaya dan ahli Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK). Seramai 120 orang peserta dari umur 8 hingga 12 tahun telah mendaftar untuk menyertai bengkel tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 01.00 petang.
Objektif utama Bengkel Bijak Sifir ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kaedah penguasaan sifir dengan menggunakan teknik yang mudah dan berkesan di samping memupuk semangat kerjasama serta perkongsian kepakaran dan pengetahuan di antara tenaga pengajar dan peserta. Penganjuran bengkel ini juga adalah sebagai penerapan minat kepada subjek matematik bagi peningkatan kecemerlangan di sekolah.
Para peserta telah dianugerahkan sijil penyertaan pada akhir sesi bengkel. Sijil yang disampaikan oleh En. Mohammad Bin Salleh (Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komuniti) dan Puan Nornie Masiha Binti Ab. Manan (Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pusat Pembelajaran Kejiranan) adalah sebagai salah satu usaha pihak PPK dalam menghargai penglibatan para peserta di dalam bengkel ini.
BENGKEL BIJAK SIFIR
KELAS ADOBE ILLUSTRATOR
Program Kerjasama Malaysia Board on Books for Young People (MBBY)Tarikh : 22 Oktober 2016 Tempat : TBC
Program Kerjasama KL BrailleTarikh : 22 - 23 Oktober 2016 Tempat : TBC
Bengkel IT – “Perniagaan Kedai Onlone”Tarikh : 05 - 06 November 2016 Tempat : TBC
Bengkel Pengurusan Perpustakaan “Transform Our Attitude”(Kakitangan PPK)Tarikh : 07 November 2016 Tempat : TBC
Pertandingan Melukis dan Mewarna 2016Tarikh : 22 Oktober 2016 Tempat : TBC
Hari Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) 2016Tarikh : 22 - 23 Oktober 2016 Tempat : TBC
English is Fun Tarikh : 19 Nov – 10 Dis 2016 Tempat : TBC
*TBC – To Be Confirm*Segala perubahan tertakluk kepada pengurusan Seksyen Pusat Pusat Pembelajaran Kejiranan
KALENDAR AKTIVITI PUSAT PEMBELAJARAN KEJIRANAN (PPK)TAHUN 2016BAHAGIAN PERKHIDMATAN KOMUNITI JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR
YANG AKAN DATANG
Bengkel Bijak Belajar (BBB)Tarikh : 17 - 18 Dis 2016 Tempat : TBC