buletin edited 9 - span.gov.my · grit & grease removal disinfection pepasang paip sistem...

20

Upload: lamnhu

Post on 23-Jul-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Menelurusi ‘Perjalanan’ Air

Aktiviti SPAN

SPAN Sumbangkan 73Komputer Terpakai

Thematic Audit: Ensuring Water and Sewerage Service Sustainability

Kawal Selia SPAN Ke AtasProduk-produk bagi KegunaanIndustri Perkhidmatan Air

KANDUNGAN

03-05

06-08

09

10-14

15-19

SIDANG PENGARANG

PenasihatDato’ Mohd Ridhuan Ismail

Ahli-AhliEncik Marzuki MohammadDato’ Ir. Mohd Shukri Abdul RazikPuan Loh Pit MuiPuan Ida Murni Marlina Ali Abdul HalimEncik Muhammad Sazwan bin SamsudinEncik Mohammad Helmie Mohd Noor Yazid

PenyelarasEncik Mohd Fazil Ismail

Diterbitkan olehSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)Aras Bawah & Aras Satu,Prima Avenue 7, Blok 3510,Jalan Teknokrat 6,63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.Tel: 03-8317 9333Fax: 03-8317 9339www.span.gov.my

Kawal Selia SPAN ke atas Produk-produk bagi Kegunaan Industri Perkhidmatan AirOleh Muzalifah Binti Mohamad, Bahagian Pembangunan Industri

Sedar tidak sedar SPAN sudah pun memasuki usia 10 tahun. Pada usia ini, SPAN juga telah banyak menyumbang ke arah memajukan industri perkhidmatan air agar lebih mampan, berdaya harap dan cekap. Selaras dengan misi perkhidmatan ini, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) salah satunya memberi kuasa kepada SPAN untuk mengawal sistem dan produk yang digunakan bagi sistem bekalan air dan sistem pembetungan melalui aktiviti pendaftaran pembekal dan produk berdasarkan peruntukan perundangan di dalam Seksyen 129 dan Seksyen 180 (m).

Seksyen 129Penggunaan atau pembekalan yang menyalahi undang-undang kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan yang tidak standard

“Seseorang yang menggunakan atau membekalkan apa-apa kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan yang tidak standard yang diketahuinya atau yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai adalah kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan yang tidak standard untuk digunakan bagi tujuan memasang, menjalankan atau mengendalikan kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Seksyen 180 (m)“Suruhanjaya boleh membuat apa-apa kaedah bagi semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang yang membekalkan pemasangan, peranti atau kelengkapan yang berhubungan dengan sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama.”

Aktiviti pendaftaran pembekal dan produk untuk kegunaan sistem bekalan air dan pembetungan telah dimulakan seawal tahun 2008. Aktiviti pendaftaran ini menjadi asas untuk penguatkuasaan ke atas keperluan-keperluan berkaitan dengan pembekalan dan penggunaan semua jenis kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan (secara kolektifnya disebut sebagai produk) yang berstandard untuk sistem bekalan air dan pembetungan.

Sebelum tarikh tersebut pendaftaran dan kelulusan produk sistem bekalan air adalah dilaksanakan oleh operator bekalan air di setiap negeri mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh operator-operator sendiri. Manakala pendaftaran dan kelulusan produk sistem pembetungan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Pada awal pelaksanaan, aktiviti pendaftaran pembekal dan produk ini telah dikendalikan oleh dua (2) bahagian yang berbeza iaitu Bahagian Pembangunan Industri (BPI) (sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (BPPI) bagi pendaftaran produk sistem bekalan air dan Bahagian Standard Teknikal dan Pematuhan (BSTP) di bawah Jabatan Kawal Selia Pembetungan (JKP) bagi pendaftaran produk sistem pembetungan. Kemudian, bermula 1 Jun 2011, semua aktiviti pendaftaran produk serta pembekal telah dipusatkan di BPI bagi tujuan penyelarasan kaedah pengurusan seperti pengendalian permohonan,maklumat kelulusan dan aduan. Walau bagaimanapun,penilaian teknikal sesuatu produk pembetungan yang belum dikenal pasti standard teknikalnya masih ditentukan oleh BSTP sehingga Januari 2015 sebelum diserahkan kepada pihak BPI.

KAWAL SELIA SPAN 03

Di bawah Kategori A terdapat tujuh (7) kategori produk yang merangkumi 116 jenis produk bagi sistem bekalan air dan tiga (3) kategori produk yang merangkumi 25 jenis produk bagi sistem pembetungan. Manakala di bawah Kategori B terdapat 10 kategori produk yang merangkumi 34 jenis produk bagi sistem bekalan air dan 18 kategori produk yang merangkumi 69 jenis produk bagi sistem pembetungan.

Produk-produk yang dikenalpasti mempunyai standard dan boleh dipersijilkan sepenuhnya oleh badan-badan pensijilan yang diiktiraf oleh SPAN.

Produk-produk yang tidak mempunyai standard atau produk-produk yang dikenalpasti mempunyai standard hanya untuk pengujian dan bukannya pensijilan. Produk bagi kategori ini adalah dinilai melalui pengujian prestasi berdasarkan standard/spesifikasi yang diiktiraf SPAN atau melaui penilaian prestasi projek perintis.

Pada 1 Mac 2012, SPAN telah mula melaksanakan prosedur baru untuk pendaftaran pembekal dan produk. Pelaksanaan prosedur baru ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah penambahbaikan berterusan untuk memantapkan sistem pengurusan dan penyampaian SPAN. Ini adalah selari dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada tahun 2011 mengarahkan supaya melaksanakan Business Process Reengineering (BPR) ke atas semua aktiviti pelesenan dan pendaftaran yang dikendalikan oleh agensi kerajaan bagi meningkatkan sistem penyampaian dan daya saing.

Prosedur baru tersebut yang diguna pakai sehingga kini menetapkan bahawa permohonan pendaftaran pembekal dan produk diuruskan mengikut dua (2) kategori iaitu Kategori A (Penyenaraian) dan Kategori B (Pendaftaran).

KATEGORI A

KATEGORI B

SISTEM BEKALAN AIR

SISTEM PEMBETUNGAN

Paip

Injap Air SupplyAeration

Clarifier

EffluentDecanting

Effluent & Water Removal

Instrumentation& Control Mixing

Raw Sewage Pump

Odour Control& Treatment Pre-Treatment

Sludge Treatment

Primary & SecondaryScreening

Sewage Conveyance

Treatment System Post Effluent

FlowControl

Grit & GreaseRemoval

Disinfection

Pepasang Paip

Sistem Rawatan

Paip dan Pepasang

Lining / Coating / Waterproof / Sealant

Injap

Paip dan Pepasang

Injap

Instrumentasi dan Kawalan

Tangki

Alat Pengukur

Produk Inovasi Baru

Peralatan PemantauanKualiti Air

Peralatan Rawatan Air

Meter

Tangki

PepasangSanitari

Bahan Kimia Rawatan Air

Bahan Kimia Rawatan Air

KATEGORI A KATEGORI B

KATEGORI A KATEGORI B

04 KAWAL SELIA SPAN

Selain itu, bagi memantapkan lagi kaedah pemprosesan penyenaraian/pendaftaran pembekal dan produk, satu sistem aplikasi dalam talian telah dibangunkan yang dikenali sebagai e-Registration telah dilancarkan pada bulan Februari 2013, di mana pembekal boleh menggunakan sistem dalam talian untuk mengemukakan permohonan bagi penyenaraian/pendaftaran produk mereka. e-Registration juga memudahkan pengguna produk untuk menyemak status penyenaraian/pendaftaran pembekal dan produk di laman web SPAN.

Sehingga Mac 2018, SPAN telah memperakui sebanyak 289 standard produk, standard industri dan teknikal spesifikasi bagi tujuan pensijilan untuk produk-produk sistem bekalan air dan sistem pembetungan. Daripada jumlah tersebut, 35% adalah standard-standard tempatan manakala selebihnya 65% adalah standard-standard antarabangsa atau standard-standard negara luar. Senarai standard dan spesifikasi ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut keperluan khususnya sekiranya terdapat perubahan/penggantian standard sedia ada, pertambahan dan penarikan semula standard.

SPAN juga dalam program untuk melaksanakan penggunaan MS sebagai standard keutamaan mandatori bagi pensijilan produk dalam industri perkhidmatan air bermula dari 1 Januari 2020. Ini adalah merupakan sokongan SPAN untuk memperluaskan lagi pemakaian MS oleh para penggiat industri perkhidmatan air selaras dengan inisiatif kerajaan menerusi Jabatan Standard Malaysia (JSM) dalam meningkatkan serta memperluaskan penggunaan MS di kalangan agensi kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Walau bagaimanapun, bagi mana-mana produk yang tidak mempunyai MS, SPAN akan terus mengguna pakai mana-mana standard yang diiktiraf.

Sehingga Mac 2018, sebanyak 1584 produk sistem bekalan air dan 880 produk sistem pembetungan disenaraikan/didaftarkan berbanding pada awal pelaksanaannya hanya 257 produk sistem bekalan air dan 103 produk sistem pembetungan disenaraikan/didaftarkan dengan SPAN berdasarkan rekod pada Disember 2008. Peningkatan ini menunjukkan petanda positif terhadap pengawalan penggunaan produk yang tidak standard dan pembekal yang tidak kompeten di dalam industri perkhidmatan air dan ianya dapat dimantapkan lagi dengan aktiviti penguatkuasaan yang cekap dan berterusan.

KAWAL SELIA SPAN

Standard Tempatan(101, 35%)

Malaysian Standards (MS)Standard Teknikal SPAN

Spesifikasi JKR

ISO, EN, BS, DIN, JIS, SS, AS, GB/T, ASTM, AWWA, MSS, CNS, CJ/T, KS,

SNZ, ANSI

Standard Antarabangsa &Negara Luar(188, 65%)

05

OBJECTIVE AND COVERAGE

The ultimate objective of thematic audit is to ensure the licensee performs their duties and obligations as stipulated in the Water Services Industry Act 2006 (Act 655), rules and regulations, and license conditions endorsed by Regulator. Their performance is measured by several criteria encompass of technical and non-technical perspective. The performance of each licensee is being monitored from time to time, several audit activities has been conducted in ensuring the compliance aspect adhered accordingly. The actual achievement is being evaluated as a part of the consideration for license approval and planning for year ahead target.

Planning on Water Supply and DemandAims to review and evaluate the effectiveness of the planning on water supply and demand. The scope of the audit includes actual demand and its projection, available supply, reserve margin and increasing treated water supply by the Capital Expenditure (CAPEX) projects management.

Non-Revenue Water (NRW) Management The holistic management and implementation of NRW and its accuracy in baseline calculation methods are to be reviewed and evaluated in order to be in line with the national goals and objectives.

Implementation of Capital Expenditure (CAPEX) The main scope of reviewing and evaluating the effectiveness of CAPEX works are development planning on project management, process of procurement, contract and tendering, feasibility study, risk management, project implementation (pre-contract), achievement of project (post-contract) monitoring on consultant/contractor and Key Performance Indicator.

Regulated Asset ManagementTo ensure the licensee has taken proper plan and action concerning regulated asset, with regards to financial planning, asset recording maintenance and disposal, and risk management.

Technical Key Performance Indicator (KPI)To verify and evaluate the technical key performance indicator such as NRW, reserve margin, minimum water pressure and continuity of supply.

1.

2.

3.

4.

5.

Billing ManagementTo ensure the billing management is efficiently and effectively conducted.

Collection And Billing Efficiency

Operation & Maintenance Cost Efficiency The total operational cost (excluding lease rental, finance cost, depreciation, amortization, assets write-offs and tax) against water income shows the capacity and the ability of the licensee in managing the expenses.

Non - Technical Key Performance Indicator (KPI)To verify and evaluate the non - technical key performance indicator such as Billing Efficiency, Collection Efficiency, Debt Collection and Operation Ratio.

The objective of performing billing efficiency audit is to identify the efficiency level of licensee in issuing the bills to the account holder.

Average Collection Period would indicate the efficiency level of collection within the identified period.

6.

7.

8.

9.

TECHNICAL SCOPE

NON-TECHNICAL SCOPE

The Thematic Audit is focusing on high impact activities that might bring high risk to water services industry. The auditee is selected among individual licensee holders inclusive of water services licensee, water facilities licensee, and sewerage services licensee. The scope of thematic audit originally focusing on technical as an inaugural target. However, due to the current needs and the maturity of the industry, the scope of audit has been enhanced to non-technical aspect recently.

The pre-identified theme elaborated below will be selected based on the criticality and priority of current situation:

Thematic Audit: Ensuring Water and Sewerage Service SustainabilityBy Mohd Fais Bin Zianalabiden, Water Industry Audit Division

06 THEMATIC AUDIT

In addition, the boundary of audit management activities by SPAN internal Department/Division described in Table 1.

Table 1: BOUNDARY OF AUDIT MANAGEMENT IN SPAN

SPAN REGIONAL OFFICE

• Central Region• Northern Region• Eastern Region• Southern Region

INDUSTRY DEVELOPMENT DIVISION

WATER INDUSTRY AUDIT DIVISION

DEPARTMENT / DIVISION

Thematic audit focusing on high impact activities to water and sewerage industries.

Monitor the adhering of technical and operation compliance, KPI achievement and operational management pertaining to:

Operational and maintenance (O & M) technical compliances (water and sewerage) Non-Revenue Water (NRW)Customer ServiceCertified Agency (water and sewerage)Water Quality / QAP

•••

Audit on product/material compliance used in water services industry.

Audit on Water Efficient Product Labelling Scheme (WEPLS) compliance.

ACTIVITIES RELATED TO AUDIT

AUDIT IMPLEMENTATION & REPORTING

The audit implementation consist of pre-implementation, audit implementation and post-implementation audit stage within a four months execution per session. At the pre-implementation, planning process and the identification of theme will be identified, while post-implementation covers producing a report and monitoring activities.

However, the monitoring process will prolong for several period depending on the criticality of the issue raised. The audit is conducted not only on documents verification but also on physical verification of the water/sewerage system as well as regulated assets. The feedbacks from the auditees which represent their explanation or clarifications are also included in the report. Significance issues are highlighted based on the audit observation.

Thematic audit final report will be distributed to the auditee, Ministry of Energy, Green Technology and Water (KeTTHA), relevant stakeholders such as The Chief Minister, Executive committee, Board Of Directors, Government Investment Companies Division-Ministry of Finance (MOF) , State Secretary and State Economic Planning Unit (EPU).

THEMATIC AUDIT ACTIVITIES

SPAN has decided to enhance the audit scope in year 2017 in line with the maturity the industry. The 10th year of Water Services Industry Act (Act 655) being enforced, a stringent monitoring from the regulator is expected to bring better services in the future. Over the past few years, the audit coverage is narrowed to technical aspect such as water supply demand, implementation of capital works and NRW. In year 2017, SPAN has taken another step by enhancing the audit scope to a non-technical aspect. This initiative requires extensive cooperation from the licensee by means all aspect of potential finding reflected to services provider, regulator and government would be revealed and reported genuinely.

i. Technical Audit

Audit execution keep increasing year by year with numerous findings as shown in the chart below. During the year, several audit theme within the scope explained above has been chosen and been conducted in selected licensee such as non-revenue water (NRW) management for:• Pengurusan Air Pahang Berhad (2014),• Syarikat Air Perlis (2015), • Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (2016) and• Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (2017).

Planning on water supply and demand audit scope has been carried out for;• Syarikat Air Darul Ehsan (2014),• Air Kelantan Sdn Bhd (2016) and• SAJ Ranhill Sdn Bhd (2017).

THEMATIC AUDIT 07

THEMATIC AUDIT

Other than that, several audit thematic has been conducted such as implementation of capital expenditure (CAPEX) for Pengurusan Aset Air Berhad (2015) and management the delay for the major project (2017). Billing management was conducted for Air Kelantan Sdn Bhd (2015).

Regulated Asset Management audit theme has been introduced in year 2017 with the starting point of sewerage regulated asset of Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

ii. Non-Technical Audit

In midst 2017, the scope of audit thematic has been expanded to non-technical aspects. The objective of non-technical audit is to ensure the non-technical activities and KPI of economic aspect has been taken care and being monitored accordingly. The focus is on economic perspective especially on financial aspect consist of operational ratio, collection efficiency, average collection period and verifying key performance indicator achievement. The scope of audit covers comprehensively on consumer affairs such as consumer complain, enforcement matters such illegal connection and number of enforcement cases resolved, manpower strength related to specific team such as enforcement team, customer services, finance team, technical team and compliance of KPIs.

Within the second half of year 2017, BPIA has successfully conducted two non-technical audits at SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJR) and IWK respectively. The focus of audit SAJR is based on 2016 KPI focusing operational ratio and collection efficiency. This is to ensure that SAJR has the ability to manage its financial obligations against income that is derived from water charges. An audit has also been conducted at IWK the last quarter of year 2017. The focus is on the KPI concerning customer service, operation and collection efficiency. Based on our finding, several improvement can be considered on the target and indicator imposed to IWK.

The initiative on non-technical thematic audit will be carried out extensively in year 2018 as it requires a wide and dynamic perspective including financial, customer services, and enforcement to subsist the improvement in service quality and sustainability. Hence, an independent audit implementation and findings for both technical and non-technical aspects would lead to a reciprocal impact between financial position and service delivery performance, and, between service provider and consumer.

The most prominent influence from non-technical audit activities perceive to have better financial status not only to licensees but also to water services industry in Malaysia. With better financial strength, the service provider would be able to maintain and upgrade the facilities and hence better service delivery. This scenario lead to customer and stakeholder satisfaction thus creates healthy networking between service provider, consumer and stakeholder. With better understanding of each obligations and responsibilities, it would create positive supports for future plans and undertakings such as revision of tariff and charges exercises.

RESULTS AND THE CONCLUSION

The systematic follow up action program is established to ensure that action required are appropriate and achievable such as the following activities:

i. List all audit findings.ii. Establish a framework to priorities remedial action and determine the timeframe which the finding should be addressed.iii. Closely monitor the progress of the auditee in implementing the follow up activities.

BPIA keep monitoring the progress of previous audit finding in ensuring the auditees takes up the necessary actions as recommended in audit report. This process involve a comprehensive fieldwork in relation to the recommendation made in audit report.

Thematic audit should be considered by the licensee to identify and measure the effectiveness and efficiency of its practices in pursuit of the organization’s objective and compliance with the resolutions requirement.

The finding will provide very useful information to the licensee to carry out corrective or preventive activities and to be resolved within the stipulated timeframe. The finding that classified as best practices will be recorded in the report as value add in which can be implemented by other licensees for improvement.

08

53

35

14 13

39

22

2016 2017

40

58

33

43

715

2014 2015

2014 - 2017 AUDIT STATUS SUMMARY

AS AT DECEMBER 2017

TOTAL ISSUE RESOLVED ISSUE REMAINING ISSUE

SPAN melalui Bahagian Pengurusan Data, IT dan Pentadbiran (BPIP) meneruskan usaha murninya dengan menyumbangkan komputer-komputer terpakai kepada tiga (3) buah sekolah di Negeri Selangor.

Selain dapat membantu sekolah-sekolah menaik taraf peralatan komputer sedia ada kepada yang lebih terkini, inisiatif yang termasuk dalam Kaedah Pelupusan Aset ini adalah sebagai sebahagian daripada tanggung jawab khidmat masyarakat SPAN.

BPIP dengan sokongan daripada Jawatankuasa Pengurusan Aset telah menyumbang 73 buah komputer meja (jenis Dell PC Desktop Optiplex 330) yang terpakai kepada tiga (3) buah sekolah teknikal yang terpilih. Sekolah-sekolah dan tarikh-tarikh penyerahan komputer adalah seperti yang berikut:

i) Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (3 Januari 2018) ii) Kolej Vokasional Shah Alam (3 Januari 2018)iii) Sekolah Kebangsaan Petaling 2 (27 Disember 2017)

Pemilihan sekolah-sekolah berkenaan adalah di atas faktor pembelajaran mereka yang berteraskan teknikal serta sekolah yang menghadapi masalah bilangan komputer yang tidak mencukupi sebagai alat bantuan mengajar di dalam kelas (computer aided teaching aid). Hasil tinjauan mendapati masih ada sekolah yang masih lagi menggunakan versi perisian komputer yang telah lapuk dan ketinggalan zaman.

Usaha murni ini diharapkan dapat melengkapkan keperluan pengajian ICT para pelajar sesuai dengan peredaran masa dan secara tidak langsung meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh pihak sekolah.

SPAN Sumbangkan 73 Komputer TerpakaiOleh Kamaruzaman bin Mohd Noor, Unit Pentadbiran & Perolehan

KHIDMAT MASYARAKAT 09

MENELURUSI ‘PERJALANAN’ AIR10

Air merupakan satu daripada elemen terpenting kepada penghuni di muka bumi malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa air berada di tangga ke-2 terpenting selepas oksigen dalam kehidupan manusia. Justifikasinya cukup mudah; hampir kesemua aktiviti harian manusia adalah melibatkan atau memerlukan penglibatan air. Dari awal mata dibuka sehinggalah ianya dipejamkan semula, kita manusia sangat bergantung kepada sumber air bersih. Antara tujuannya adalah untuk minum, menyediakan makanan, membersihkan tubuh hatta untuk beribadat sekalipun. Maka wajarlah untuk kita mengenal, mempelajari dan menghargai sumber air agar sebarang pembaziran atau pencemaran ke atas sumber air dapat dinoktahkan.

Objektif pelaksanaan program adalah mudah dan menjurus iaitu meneliti perjalanan air dari sumber tadahan sehingga ianya sampai kepada pengguna domestik dan industri. Rata-rata dari pengguna perkhidmatan air bersih terawat masih kurang jelas tentang proses-proses awal sebelum air diterima melalui pili-pili paip di premis mereka sehingga ada yang beranggapan bahawa ianya semudah menadah air di empangan dan kemudiannya disalurkan terus ke paip-paip pengguna. Air bukan terhasil dari sesalur paip, ianya melalui proses yang panjang sebelum selamat untuk diagihkan kepada para pengguna dan hal ini perlu disampaikan kepada umum.

Bertitik tolak dari kesedaran tersebut, World Wildlife Federation (WWF) Malaysia dengan kerjasama Royal Bank of Canada (RBC) telah menganjurkan program ‘Journey of Water’ yang berlangsung pada 21-23 April 2018 yang lalu. Program inimerupakan kelangsungan daripada lima (5) program yang hampir sama dilaksanakan di negara-negara Afrika dan Brazil masing-masing dari tahun 2013 hingga 2018.

Dari Sumber Ke Pili Air

Bagi menjadikan program lebih objektif dan mampu memberi impak yang signifikan, penganjur telah mewujudkan watak ‘Water Heroes’ di kalangan peserta. Pemilihan Water Heroes tersebut dibuat di kalangan mereka yang terlibat secara langsung dengan pengurusan air di Malaysia; bermula dari sumber utama sehinggalah ianya disalurkan ke pili-pili air rumah dan industri. Antara organisasi yang dibabitkan adalah SPAN, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), pensyarah serta wakil dari badan-badan bebas yang terlibat dalam memperjuangkan kebersihan sungai dan pemuliharaan alam seperti Water Warriors Universiti Malaya dan Inspirasi KAWA. Turut dibawa bersama ke ekspidisi tiga hari ini adalah tiga (3) orang selebriti iaitu Aishah Sinclair, Wani Kayrie & Iman Corinne. Selain tujuh (7) Water Heroes, terdapat kehadiran hampir 25 peserta lain dari WWF dan RBC pada program ini.

Aktiviti pertama yang dilakukan peserta adalah memantau kualiti air di kawasan tadahan dan Pusat Konservasi Ikan Kelah di Sungai Chiling. Di situ, para peserta telah diberikan taklimat oleh warga dari Jabatan Perikanan, Jabatan Hutan dan Pejabat Daerah berkenaan kualiti air, langkah-langkah yang diambil bagi melindungi kawasan hutan simpan tersebut dan fungsi ikan kelah sebagai penentu parameter kebersihan air di Sungai Chiling. Taklimat teknikal telah disampaikan oleh Profesor Madya Ir. Dr. Zaki Zainuddin yang merupakan bukanlah nama asing dalam dunia pendidikan dan konservasi air di Malaysia. Menurut beliau, bacaan indeks kualiti di Sungai Chiling dan Sungai Pertak berada pada kelas 1 iaitu paling bersih hingga mampu menjadi habitat hidupan organisma akuatik yang sangat sensitif seperti ‘Whirligig Beetle Larva’. Kelangsungan spesis Kelah di sungai tersebut juga merupakan tanda awal bahawa kualiti air di sana sangat baik dan perlu dipelihara.

Menelurusi ‘Perjalanan’ AirOleh Mohd Fazil Bin Ismail, Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna

Wakil SPAN bergambar kenangan bersama selebriti Aishah Sinclair dan Wanie Kayrie

MENELURUSI ‘PERJALANAN’ AIR 11

Memahami Proses Pembekalan Air

Rombongan turut dibawa melawat ke Empangan Sungai Selangor yang dioperasikan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi kefahaman yang lebih baik kepada peserta tentang langkah demi langkah proses pembekalan air dari sumber ke pili rumah. Jika pada hari sebelumnya kami di bawa ke kawasan tadahan air atau sumber air, hari kedua pula kami dijelaskan tentang proses yang bakal dilalui oleh air yang terdapat di kawasan empangan sebelum ianya disalurkan kepada loji rawatan air (LRA). Mungkin ada di kalangan umum yang masih belum maklum bahawa kawasan tadahan air/empangan adalah Kawasan Keselamatan dan dipantau sepenuhnya. Sehubungan itu, orang awam tidak akan dibenarkan masuk secara sewenang-wenangnya bagi mengelakkan kejadian sabotaj ke atas sumber air.

Selain lawatan ke Empangan Sungai Selangor, peserta juga turut diberi peluang melawat ke Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa II (SSP2) yang diuruskan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AiS). Kami didedahkan tentang proses-proses rawatan yang perlu dilakukan ke atas sumber air mentah (raw water) sebelum ianya boleh dibekalkan kepada pengguna domestik mahupun industri. Lawatan dan sesi taklimat yang diadakan telah berjaya menyedarkan peserta bahawa ianya memerlukan masa yang panjang untuk sumber air mentah diproses menjadi air bersih maka pembaziran penggunaan air amatlah tidak wajar.

Peserta bergambar di Sungai Chiling

Alat yang digunakan untuk mengukur tahap kualiti air

12

KAWA merupakan ayat bahasa Jepun yang bermaskud SUNGAI dan kumpulan anak-anak muda ini adalah dari kalangan mereka yang menghargai sumber alam yang ada di persisiran sungai di Kuala Selangor. Usia ahli kumpulan ini adalah antara 12 hingga 40 tahun dan mereka aktif menanam semula pokok-pokok bakau di pesisir sungai dan turut terlibat dengan aktiviti membersihkan sungai di sekitar negeri Selangor. Peserta yang hadir turut diberi peluang untuk menanam pokok bakau di lokasi dikhaskan terutamanya bagi tujuan mengekalkan populasi kelip-kelip yang gemar hinggap di pokok bakau pada waktu malam dan ianya merupakan ikon pelancongan di Kuala Selangor.

Daya Ketiga Pemuliharaan Air

Amnya, umum maklum bahawa pembaziran penggunaan air bersih adalah tidak wajar namun dari jumlah mereka yang sedar berapa pula yang akan tampil mempraktikkan penjimatan dan seterusnya mendorong orang lain untuk berbuat hal yang sama? Di sinilah kami dipertemukan dengan satu daripada badan bebas yang menjalankan kerja-kerja konservasi alam sekitar termasuk air; Inspirasi KAWA.

Peserta bergambar berlatar belakangkan Empangan Sungai Selangor

MENELURUSI ‘PERJALANAN’ AIR

13

Peserta bergambar bersama ahli-ahli Inspirasi KAWA

Di Kuala Selangor, kualiti airnya telah berada pada tahap III atau IV (agak tercemar) disebabkan perbuatan membuang sampah ke dalam sungai dan aktiviti pembangunan yang berpotensi mengganggu ekosistem di sana. Tindakan proaktif perlu dilakukan segera bagi membendung pencemaran sungai yang semakin tidak terkawal.

Aktiviti kami tidak terhenti di situ, hari ke-3 diisi dengan lawatan ke River of Life Public Outreach Programme (ROLPOP) di Taman Keramat AU2, Ampang. Di sana peserta diberi peluang untuk mendekati komuniti yang memanfaatkan kawasan sekitar sungai bagi mewujudkan taman mini yang di dalamnya wujud

penanaman kekacang, pokok buah dan menternak ikan keli skala kecil. Hasil tanaman tersebut dijual kepada penduduk sekitar dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran. Selain itu, penduduk terlibat juga bertanggungjawab menyebarkan mesej cintai sungai kepada yang lain selain daripada mengambil inisiatif membersihkan kawasan sungai berhampiran. Peserta diberi peluang menuai hasil tanaman seperti rozelle, kacang tanah, betik dan sebagainya. Penglibatan penduduk secara langsung dalam pemuliharaan sungai sangat penting agar mereka dapat berkongsi mesej dengan yang lain bahawa menjaga sumber air adalah amat penting.

MENELURUSI ‘PERJALANAN’ AIR

14

Secara keseluruhan, para peserta telah didedahkan dengan proses yang perlu dilalui oleh air mentahsebelum ianya dapat disalurkan kepada pengguna. Ianya tidak semudah yang dijangka iaitu dari punca terus ke paip, air mentah perlu diproses sebelum ianya boleh diagihkan kepada orang awam untuk kegunaan harian. Sebagaimana ianya begitu berharga maka memastikan ianya dijaga dan tidak dibazirkan adalah tugas setiap dari kita. Hargai sumber air, jadilah pengguna yang bijak.

Selain meninjau kawasan komuniti, water heroes juga dibawa ke Masjid Jamek di tengah Kuala Lumpur bagi melihat sendiri status pelaksanaan inisiatif Kolam Biru. Berbanding keadaan sebelumpelaksanaan River of Life, sungai Klang kini sudah semakin pulih dan kawasan di persekitaran Masjid Jamek telah diperindahkan dan usaha JPS harus dipuji kerana sungai bersih boleh diwujudkan di mana sahaja asalkan penduduknya mempunyai mentaliti dan sikap yang selari dengan kehendak.

Kitaran Akhir AirLokasi terakhir yang dilawati oleh peserta adala Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Pantai II di

Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Di sini, kami diberi penjelasan berkenaan proses merawat bahan kumbahan yang dilepaskan dari sinki dan paip-paip pembetungan. Proses yang dijalankan oleh IWK bukanlah mudah kerana mereka perlu memastikan bahawa hanya air yang memenuhi piawai sahaja yang boleh dilepaskan semula ke saliran awam. Pada waktu yang sama, kami juga diberi pendedahan berkaitan konsep LRK yang kini semakin mesra penduduk seperti bau yang semakin minimum serta kawasan LRK itu sendiri yang dilengkapi kemudahan riadah seperti apa yang ada di LRK Pantai II.

Peserta bergambar di ROLPOP Taman Keramat

Perhentian terakhir peserta iaitu di LRK Pantai II

MENELURUSI ‘PERJALANAN’ AIR

15

AKTIVITI SPAN (APRIL – JUN)

03 April 2018Program 'Walkabout' di Raub Pahang bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai penggunaan alat perangkap minyak

10 April 2018Majlis Perasmian Ekspo dan Persidangan Asiawater 2018 di Kuala Lumpur Convention Center

04 April 2018Taklimat berkenaan Pengurusan Permintaan dan Pembekalan dan pameran bersempena KDU University's Engineering Day 2018

AKTIVITI

AKTIVITI16

19 April 2018Lawatan kerja SPAN ke Loji Rawatan Kumbahan Simpang Renggam

16 April 2018Operasi Penguatkuasaan Cegah Sambungan Haram di Jalan Kepong, Kuala Lumpur

24 April 2018 Lawatan Kerja delegasi daripada Indonesia ke Ibu Pejabat SPAN

24 Mei 2018Operasi Penguatkuasaan Cegah Sambungan Haram di Wangsa Maju

05 Jun 2018Lawatan Kerja delegasi daripada India, Bangladesh dan Nepal ke Ibu Pejabat SPAN

17AKTIVITI

05 Jun 2018Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Kuala Lumpur

07 Jun 2018Lawatan Kerja delegasi daripada Water Resources Headquarters, Gyonggi, Korea ke Ibu Pejabat SPAN

AKTIVITI18

08 Jun 2018 Majlis Berbuka Puasa SPAN 2018

19

13 Jun 2018 Penyerahan Sumbangan kepada asnaf oleh Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan SPAN

23 Jun 2018 Pameran sempena Hari Air Sedunia di Pulau Pinang

AKTIVITI