buletin stadthuys bil1/2016 · mewakili setiap kaum di negeri melaka telah mengadakan program gerai...
TRANSCRIPT
SIDANG REDAKSI
------------------------------
YBhg. Datuk Hj. Khamis bin Hj. Abas
Pengurus Besar PERZIM
:
Puan Noor Azimah binti Md Ali
Kurator Unit Kompleks Muzium Sejarah
Cik Nur Azeera binti Jamaludin
Penolong Kurator
Encik Hafizan bin Hassin
Pembantu Muzium
Encik Kamaludin bin Yahya
Puan Noor Azimah binti Md Ali
…………………………………………………………………
Warga UMSE mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penerbitan buletin ini…
Cetakan Edisi Januari 2018
Diterbitkan oleh: Unit Muzium Sejarah dan Etnografi No. Tel: 06-2841934 No. Faks: 06-2826745 Email: [email protected]/[email protected]/[email protected]
BIL PROGRAM
TARIKH TEMPAT
1. Gerai Makanan Tradisional Sempena Sambutan
Ulangtahun Ke-9 Melaka Bandaraya Warisan Dunia
7-9 Julai 2017 Perkarangan Memorial
Pengisytiharan Kemerdekaan
2. Pameran Lukisan “Atomiscope” by Thangarajoo
M.A. Kaniah
15 Sep- 31 Oktober 2017 Balai Seni Lukis Melaka
3. Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia dan
Sambutan Anak Malaysia 2017
16 September 2017 Muzium Sejarah dan
Etnografi
4. Festival Perkahwinan Tradisional Masyarakat
Melaka 2017
18-19 November 2017 Sepanjang Jalan Kota, Melaka
5. Pertandingan Doodle Art Colorful of Melaka
Heritage Sempena Festival Antarabangsa Sungai
Melaka
28 November 2017 Dataran Sungai Melaka, Kg
Morten
6. Pameran Berkumpulan RC Deaf Missions Malaysia 15 November-31 Disember
2017
Balai Seni Lukis Melaka
7. Persembahan Kesenian Masyarakat Orang Asli
Bersempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun
(Unit Promosi)
9 Disember 2017 Muzium Sejarah & Etnografi
8. Penyampaian Hadiah Pengunjung Bertuah sempena
Sambutan Hari Natal
(Unit Promosi)
25 Disember 2017 Muzium Sejarah & Etnografi
BIL PROGRAM
TARIKH TEMPAT
1. Lawatan Rasmi YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul
Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg
Ketua Menteri Sarawak
14 Ogos 2017 Muzium Sejarah & Etnografi
2. Lawatan President Jorje Jamil Mahuad Witt
Former President of Equador
14 September 2017 Muzium Sejarah & Etnografi
3. Lawatan Mrs Jaya Mohideen , Ambassador to
Finland (Singapore)
14 November 2017 Balai Seni Lukis
Melaka/Muzium Demokrasi
4. Lawatan Delegasi Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Pahang
7 November 2017 Muzium Sejarah & Etnografi
5. Lawatan YB Datuk Sim Kui Hian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak
26 November 2017 Muzium Sejarah dan Etnografi
6. Lawatan High Performance Team Setiausaha
Kerajaan Negeri Sarawak
7 Disember 2017 Muzium Sejarah & Etnografi
BIL TAHUN BILANGAN
PENGUNJUNG
1. 2015 5,961
2. 2016 4,964
3. 2017 5,343
BIL TAHUN BILANGAN
PENGUNJUNG
1 2015 1,554
2 2016 1,980
3 2017
1,379
BIL TAHUN BILANGAN
PENGUNJUNG
1. 2015
98,377
2. 2016 103,142
3. 2017 107,231
DATA PEMANDUAN PELANCONG DALAMAN ( IN HOUSE GUIDE) OLEH KAKITANGAN MUZIUM SEJARAH DAN ETHNOGRAFI 2017
BULAN PELAWAT PELAWAT
DALAM NEGARA LUAR NEGARA
JANUARI 40 173
FEBRUARI 94 121
MAC 45 256
APRIL - 3
MEI - 6
JUN - 35
JULAI - 186
OGOS 28 -
SEPTEMBER - 13
OKTOBER 111 4
NOVEMBER 21 70
DISEMBER 65 97
JUMLAH 404 964
DATA GUIDED MUSEUM TOUR 2017 MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI
BULAN BIL PELAWAT
JANUARI 166
FEBRUARI 207
MAC 165
APRIL 177
MEI 158
JUN 108
JULAI 165
OGOS 141
SEPTEMBER 149
OKTOBER 168
NOVEMBER 154
DISEMBER 166
JUMLAH 1,924
Gerai Makanan Tradisional Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-9
Melaka Bandaraya Warisan Dunia
Pada 7-9 Julai 2017 bertempat di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Perbadanan Muzium
Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan kerjasama para pengusaha makanan tradisional yang
mewakili setiap kaum di negeri Melaka telah mengadakan program Gerai Makanan Tradisional dengan
menampilkan produk dan makanan warisan Melayu, Cina, India, Chetti, Baba Nyonya, Portugis dan Punjabi.
Antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk mempromosi kebudayaan dan warisan tempatan kepada
masyarakat, Memelihara dan mempertahankan masakan dan makanan tradisional Melaka daripada terus
dilupakan serta mempromosikan masakan dan makanan tradisional ini sebagai produk pelancongan selain
membentuk jatidiri masyarakat dan perpaduan pelbagai kaum di Melaka dan Malaysia agar berbangga dengan
identiti masakan dan makanan warisan kaum masing-masing seterusnya merancakkan lagi kedatangan
pelancong ke Melaka bersempena dengan sambutan Ulangtahun Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia
Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian dan acara Sambutan Perayaan Ulangtahun ke-9
Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia dan sewajarnya usaha ini dilaksanakan bagi mempromosikan
keunikan budaya dan warisan negeri Melaka.
Pameran Lukisan “Atomiscope” by Thangarajoo M.A. Kaniah
Artis tempatan Thangajaroo M.A Kanniah lebih dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai Raj atau Rajoo, dan di kalangan pelajarnya sebagai Mr.Raj, telah menapak nama dalam seni Malaysia sejak 1970-an. Beliau kekal sebagai satu-satunya artis Malaysia etnik India untuk memenangi pertandingan Anugerah Young Contemporaries Art Gallery Nasional (1984). Beliau juga merupakan artis India pertama yang dihormati menerusi pameran tunggal di Galeri Seni Kebangsaan (NAG) dikenali sebagai 'I of the Universe' di bekas premisnya di Jalan Hishamuddin pada awal tahun 1980-an. Terdapat pelbagai pencapaian lain yang dicatatkan oleh dan beliau juga banyak terlibat dalam dunia seni sebagai guru sekolah swasta serta pensyarah untuk projek-projek tajaan kerajaan. Pada kali ini, tema pameran yang telahdibawa ke Melaka adalah "Atomiscope". Sebanyak 50 hingga 60 keping karya telahdipamerkan di Balai Seni Lukis Melaka. Kebanyakan karya beliau bertemakan atom kerana beliau melihat hubungan antara seni, sains dan falsafah menjadi lebih jelas dan menyedari bahawa motif sfera adalah perwakilan visual atom. Raj membayangkan bahawa persepsi umum tentang pemisahan atau dikotomi dalam banyak perkara (seperti kuasa menentang dan idea yang menentang) adalah suatu mitos. Pameran ini telah dirasmikan pada 21 September 2017 oleh YB Datuk M.S Mahadevan Sanacy EXCO Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan NGO negeri Melaka.
Pertandingan Mewarna “Negaraku Sehati Sejiwa, Malaysiaku Tercinta”
Sempena Hari Malaysia
Program Pertandingan Mewarna “Negaraku Sehati Sejiwa, Malaysiaku Tercinta” sempena
sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2017 ini telah diadakan di Muzium Yang di-Pertua
Negeri Melaka dengan disertai oleh seramai 40 orang kanak-kanak dari Tadika Perpaduan sekitar
Bandar Melaka. Antara tujuan ianya diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan informasi
kepada masyarakat tentang sejarah Pembentukan Negara Malaysia kepada generasi muda,
menanam sifat apresiasi dan cintakan sejarah dan warisan negara selain membantu menerapkan
konsep 1 Malaysia di kalangan generasi muda melalui bidang kesenian.
Sambutan Hari Lahir Anak Malaysia 2017
Pada tarikh yang sama Perbadanan Muzium Melaka turut meraikan Sambutan Hari Lahir Anak
Malaysia yang lahir pada 16 September seramai 20 orang “Anak Malaysia “dari pelbagai peringkat
umur. YB Datuk Wira Hajah Norpipah Abdol, Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan
merangkap Pengerusi PERZIM telah hadir menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan
cenderahati hari lahir kepada para peserta.
Program turut dimeriahkan dengan acara memotong kek Hari Lahir serta nyanyian Jalur Gemilang
oleh semua kanak-kanak tadika dan peserta sambutan hari lahir yang rata-ratanya gembira
semasa majlis berlangsung.
.
Festival Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melaka sempena Temasya Budaya Melaka 2017
Dalam kitaran kehidupan manusia, perkahwinan adalah kenangan manis yang akan dikenang seumur hidup seorang insan. Lebih-lebih lagi jika urusan perkahwinan itu dilaksanakan sepenuhnya mengikut adat, kepercayaan tradisi masing-masing. Melihatkan kepada kepelbagaian kaum yang ada di Melaka dan mengimbas kembali betapa gemilangnya dan uniknya sebuah adat perkahwinan tradisional suatu ketika dahulu yang hakikatnya sudah tidak lagi diamalkan masa kini, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) merasa terpanggil untuk menghidupkan kembali warisan-warisan dan upacara-upacara unik yang menjadi kebanggaan dan pernah menceriakan majlis perkahwinan orang-orang terdahulu di Melaka. Program pada kali ini telah menampilkan kembali nostalgia pelbagai kisah dan sisipan menarik cara hidup berbilang kaum di Melaka dari perspektif adat perkahwinan yang diterjemahkan dalam pelbagai acara seperti sesi seminar dan pembentangan kertas kerja oleh pakar dan tokoh budayawan tempatan, demonstrasi adat peminangan dan perkahwinan oleh setiap kaum, rewang memasak masakan majlis perkahwinan bersama para pelajar KUIM dan ADABI, serta pelbagai demontrasi bagi persiapan perkahwinan setiap kaum yang jarang-jarang dilihat pada masa kini. Turut diadakan adalah pameran busana, kraftangan dan acara joget lambak yang pernah popular di kalangan masyarakat Melaka suatu ketika dahulu. Acara ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Bin Yaakob, Gabenor Negeri Melaka pada 4 November 2017 di Perkarangan Kota A Famosa Melaka. Program telah disertai 12 kumpulan yang turut diwakili oleh 7 etnik utama dari Melaka, agensi dan penggiat kebudayaan yang terlibat dalam bidang warisan dan kebudayaan dan dihadiri hampir 30,000 pelancong.
.
Pertandingan Doodle Art Colorful of Melaka Heritage Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2017
Saban tahun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sebagai penganjur tetap dalam festival ini telah memberi kepercayaan kepada PERZIM untuk menjayakan pertandingan melukis. Pada kali ini, "doodle art" yang menjadi trend anak-anak muda telah dipilih mengisi program berkenaan. Doodle art merupakan suatu lukisan contengan oleh seseorang tanpa sedar, ditafsirkan sebagai lakaran coretan yang dilakukan tanpa perlu memikirkan perkara yang berat. Doodle art boleh dikategorikan sebagai freehand art. Doodle memiliki maksud abstrak tersendiri dengan identiti hasil dari susunan corak yang terlintas di fikiran seseorang secara pantas. Lukisan selalunya terdiri daripada landskap, watak komik dan TV, corak geometrik dan organik atau apa sahaja coretan secara ringkas dan cepat. Program telah diadakan dalam bentuk pertandingan secara berkumpulan kategori IPT dan juga sekolah. Peserta diminta melukis di atas kain rentang berwarna putih yang disediakan dengan bertemakan bertemakan objek-objek warisan, produk pelancongan, bangunan-bangunan warisan, tapak bersejarah dan ungkapan-ungkapan yang memperkenalkan Melaka sebagai negeri pelancongan dan warisan. Objektifnya adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk menyerlahkan bakat sedia ada secara berkumpulan, memberi makluman kepada pengunjung keunikan hasil karya "doodle art“ serta merapatkan hubungan dan bertukar-tukar pendapat antara pelukis dan peserta. Sebanyak 35 kumpulan (175 peserta) yang disertai seramai 5 orang ahli setiap kumpulan telah menyertai program. Pecahan penyertaan adalah sebanyak 15 kumpulan dalam kategori sekolah dan 20 kumpulan bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi. Pemenang tempat ketiga bagi peringkat sekolah ialah kumpulan Bexitos dari SBP Selandar, tempat kedua kumpulan Eagle Art dari SMK Sultan Alauddin, manakala tempat pertama adalah kumpulan The Tats juga dari SMK Sultan Alauddin. Bagi peringkat Institusi Pengajian Tinggi pula, pemenang tempat ketiga adalah kumpulan Chachos, kedua, kumpulan Grafique 98 dan tempat pertama adalah kumpulan Travesuras yang mana ketiga-tiga kumpulan ini dari Universiti Teknologi MARA, Lendu. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Paduka Nur Azmi bin Ahmad, Pegawai Khas di Jabatan Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Lembaga Pengarah PERZIM seterusnya melawat peserta dan bersama-sama melakukan aktiviti Doodle Art. Karya-karya yang memenangi pertandingan kini turut dipamerkan di beberapa buah muzium di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka.
Pameran “Deaf Expressions Melaka, Liberation Through Art”
Pameran “Deaf Expressions Melaka, Liberation Through Art” adalah sebuah pameran unik yang
mempamerkan gabungan 3 orang artis dari golongan kurang upaya pendengaran dan
percakapan menggabungkan karya Puan Zulaiha Zulkapli yang berasal dari Perak dan
dibesarkan di Pahang, Encik Lau Yok Ung yang berasal dari Sarikei Sarawak, merupakan
seorang Pereka Grafik graduan Diploma Grafik and Deisgn dari PJ College of Art and Design
dan pelukis ketiga pula ialah Encik Chong Kai Zhen lulusan Ijazah Sains dalam Bidang Hiasan
Dalaman dari Universiti Sains Malaysia. Dilahirkan cacat pendengaran dan mula meminati
bidang seni lukis sejak berusia 7 tahun.
Ketiga-tiga pelukis ini jbernaung di bawah pengurusan pihak RC Deaf Missions Malaysia yang
banyak melaksanakan program bagi membantu golongan ini untuk lebih berdaya saing dan
maju ke hadapan selain mempunyai karier dalam kehidupan masing-masing. Pameran ini telah
dirasmikan oleh YB Datuk Latipah Omar Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal
Kebajikan Negeri Melaka dan turut sama dihadiri oleh Pengarah RC Deaf Missions Malaysia ,
Puan Agnes Peter pada 16 November 2017.
Antara lain objektif pameran lukisan ini diadakan adalah untuk menghargai dan menghayati
karya lukisan yang dihasilkan oleh pelukis tempatan, berkongsi pengalaman dengan pelukis
tempatan yang menggunakan pelbagai teknik melukis dan tema yang unik, menarik minat
generasi muda untuk melibatkan diri dalam seni visual yang kian mendapat tempat sebagai
peluang kerjaya serta meluaskan rangkaian hubungan antara Perbadanan Muzium Melaka
dengan pelukis-pelukis tempatan yang pelbagai latar belakang.
Pelbagai tema karya lukisan yang bertemakan alam semulajadi, lanskap, abstrak, seni
guntingan kertas telah ditampilkan melalui gabungan 70 keping lukisan ketiga-tiga pelukis.
Pameran telah berlangsung dari 15 November 2017 hingga 12 Januari 2018 di Balai Seni Lukis
Melaka.
Sambutan Hari Bapa bersama pengunjung Stadthuys
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Melaka Young Talent Art Exhibition
Hias Ceria Raya @ Stadthuys 2017 Jamuan Hari Raya Unit Muzium Sejarah dan Etnografi
Gotong-royong @ muzium Hiasan Kolam sempena Deepavali 2017
Persembahan Masyarakat Orang Asli sempena Cuti persekolahan
Sambutan Pengunjung bertuah ke 717,717 sempena hari Natal 2017
Lawatan YAB Ketua Menteri Sarawak pada 14 Ogos 2017
Lawatan President Jorje Jamil Mahuad Witt,
Former President of Equador pada 14 September 2017
Lawatan Delegasi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang pada 7 November 2017
Lawatan Delegasi High Performance Team Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada
7 Disember 2017
Lawatan Mrs Jaya Mohideen , Managing
Director Galerie Belvedere and Ambassador to
Finland (Singapore) 14 November 2017
Lawatan YB Datuk Sim Kui Hian,
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak
pada 26 November 2017
BIL PROGRAM TARIKH
TEMPAT
1.
Pameran “ Catan Songket” Faizal Sidiq
15 Jan – 15 Mac 2018
Balai Seni Lukis Melaka
2.
Pameran Lukisan Solo “Ketika” oleh Raja Mohamad Nizam
1 April - 31 Mei 2018 Galeri Seni Rakyat Melaka
3.
Pameran Solo ”Captivating Nyonya Series” by Maisarah Loo
15 Jun – 31 Julai 2018
Balai Seni Lukis Melaka
4.
Pameran Fotografi ” Wajah Wajah Malaysia karya Pelajar Fotografi UITM Melaka.
10 Ogos – 30 September 2018
Balai Seni Lukis Melaka
5.
Pameran Seni Kaligrafi Tamil dan Bengkel Kaligrafi Tamil dengan kerjasama Persatuan Tamil Negeri Melaka.
10 Oktober– 15 Nov 2018
Balai Seni Lukis Melaka
6.
Pameran Berkumpulan Pelukis Negeri Sembilan
20 Nov- 31 Disember 2018
Balai Seni Lukis Melaka
7.
Pengkisahan Sejarah Pentadbiran Demang di Negeri Melaka
12 April 2018 Galeri Demang Abdul Ghani
8.
Santai Puisi @ Muzium Sastera 27 Oktober 2018 Perkarangan Muzium Sastera & Coyrtyard Muzium Sejarah
9.
History Talk @ Stadthuys Mei, Ogos, Oktober 2018
Stadthuys
Warga UMSE dan PERZIM mengucapkan takziah kepada :
Puan Hasnizah binti Hashan di atas pemergian Ayahanda
Beliau ke Rahmatullah pada 30 November 2017 bersamaan
11 Rabiul Awal 1438H.
juga kepada keluarga staf Unit Muzium Sejarah dan
Etnografi Allahyarham Mohd Rahim bin Kamil yang telah
kembali ke Rahmatullah pada
1 Januari 2018 bersamaan 13 Rabiulakhir 1439H
AL-FATIHAH .
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan
di kalangan orang-orang yang beriman…
BELASUNGKAWA
SELAMAT DATANG KE
WELCOME TO
KOMPLEKS MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI
MELAKA HISTORY & ETHNOGRAPHY MUSEUMS COMPLEX
Muzium Sejarah dan Etnografi
History & Ethnography Museum
Galeri Laksamana Cheng Ho
The Admiral Cheng Ho Gallery
Muzium Pendidikan
Education Museum
Muzium Sastera
Literature Museum
Muzium Pemerintahan Demokrasi
Democratic Government Museum
Muzium Yang di-Pertua Negeri Melaka
Governors Museum