cabaran dan pemupukan hubungan etnik di malaysia

7
CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGI PENDIDIKAN Terdapat satu lagi cabaran dalam pemupukan etnik di Malaysia. Cabaran yang boleh dikatakan paling utama di Malaysia iaitu dalam bidang pendidikan. Segalanya bermula pada zaman pemerintahan British yang menggunakan sistem pecah dan perintah terhadap rakyat Tanah Melayu pada masa itu. Seperti yang telah kita ketahui, sistem pecah dan perintah telah memecahkan kaum mengikut kawasan petempatan. Sebagai contoh, kaum Cina telah ditempatkan di Bandar-bandar dan kaum India telah ditempatkan di kawasan eatet-estet. Kaum Melayu pula telah ditempatkan di kawasan kampung-kampung. Sistem ini dijalankan bagi mengelakkan perpaduan oleh ketiga-tiga kaum ini. Hal ini kerana, sekiranya ketiga-tiga kaum ini bersatu padu, pihak British bimbang akan wujudnya kesepakatan untuk menjatuhkan pemerintahan mereka. Kesannya, tiadanya kesepakatan oleh ketiga-tiga kaum tersebut. Perkara yang sama berlaku dalam bidang pendidikan. Disebabkan sistem pecah dan perintah ini, pendidikan juga telah dibahagikan mengikut kaum. Kaum India bersekolah di kawasan estet dan sumber rujukan serta guru telah dibawa masuk ke Tanah Melayu dari negara India. Perkara yang sama berlaku kepada kaum Cina yang bersekolah di kawasan bandar. Guru-guru dan sumber rujukan telah dibawa masuk dari negara China. Berbeza pula dengan kaum Melayu yang bersekolah di kawasan kampung. Guru-gurunya merupakan ustaz-ustaz dan para alim ulama untuk mengajar agama Islam.

Upload: khadijah-elamore

Post on 14-Apr-2016

224 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Esei ilmiah 'Cabaran dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia'

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Dan Pemupukan Hubungan Etnik Di Malaysia

CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI SEGI PENDIDIKAN

Terdapat satu lagi cabaran dalam pemupukan etnik di Malaysia. Cabaran yang

boleh dikatakan paling utama di Malaysia iaitu dalam bidang pendidikan. Segalanya

bermula pada zaman pemerintahan British yang menggunakan sistem pecah dan

perintah terhadap rakyat Tanah Melayu pada masa itu. Seperti yang telah kita ketahui,

sistem pecah dan perintah telah memecahkan kaum mengikut kawasan petempatan.

Sebagai contoh, kaum Cina telah ditempatkan di Bandar-bandar dan kaum India telah

ditempatkan di kawasan eatet-estet. Kaum Melayu pula telah ditempatkan di kawasan

kampung-kampung. Sistem ini dijalankan bagi mengelakkan perpaduan oleh ketiga-tiga

kaum ini. Hal ini kerana, sekiranya ketiga-tiga kaum ini bersatu padu, pihak British

bimbang akan wujudnya kesepakatan untuk menjatuhkan pemerintahan mereka.

Kesannya, tiadanya kesepakatan oleh ketiga-tiga kaum tersebut.

Perkara yang sama berlaku dalam bidang pendidikan. Disebabkan sistem pecah

dan perintah ini, pendidikan juga telah dibahagikan mengikut kaum. Kaum India

bersekolah di kawasan estet dan sumber rujukan serta guru telah dibawa masuk ke

Tanah Melayu dari negara India. Perkara yang sama berlaku kepada kaum Cina yang

bersekolah di kawasan bandar. Guru-guru dan sumber rujukan telah dibawa masuk dari

negara China. Berbeza pula dengan kaum Melayu yang bersekolah di kawasan

kampung. Guru-gurunya merupakan ustaz-ustaz dan para alim ulama untuk mengajar

agama Islam. Tambahan pula, setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar yang

berbeza, iaitu bahasa India, Cina dan Melayu. Selepas kemerdekaan dicapai, rakyat

Malaysia bersatu padu, namun tidak sepenuhnya dalam bidang pendidikan. Kita masih

boleh lihat dengan begitu jelas kewujudan tiga jenis sekolah yang berbeza; Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah

Kebangsaan (SK). Ketiga-tiga sekolah jenis sekolah ini menggunakan bahasa

pengantar dan buku teks yang berbeza lantas menggambarkan nilai perpaduan yang

rendah.

Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India

yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang

Page 2: Cabaran Dan Pemupukan Hubungan Etnik Di Malaysia

tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing

(Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri, 2013) Misalnya, sekolah aliran kebangsaan

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, majoriti pelajar

Melayu akan akan menuntut di sekolah kebangsaan dan secara tidak langsung

menghadkan interaksi antara para pelajar yang berbeza kaum. Selain itu,  ibu bapa

yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan tetapi menghantar anak mereka ke

sekolah jenis kebangsaan yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat

menjamin kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan antara etnik .

Tambahan lagi, jika dilihat dari kandungan pelajaran di sekolah jenis kebangsaan dan

sekolah kebangsaan, terdapat banyak pebezaan yang dapat dikesan. Sebagai contoh,

bilangan jam bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan lebih

rendah jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku

kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dan bahasa pengantar di negara ini.

Justeru, majoriti pelajar India dan Cina lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding

bahasa Melayu lantas menghadkan interaksi antara kedua-dua buah kaum ini dengan

kaum Melayu.

Saya pernah mengajar di kedua-dua SJK dan SK. Berhadapan dengan kes-kes

pergaduhan yang berpunca dari sikap perkauman menjadi suatu kebiasaan kepada diri

saya yang merupakan seorang guru disiplin. Sebagai contoh, pada tahun lepas, satu

pergaduhan telah tercetus antara sekumpulan pelajar Melayu dan pelajar India di

sekolah saya mengajar. Penjaga kepada pelajar-pelajar terbabit telah dipanggil ke

sekolah dan satu mesyuarat khas telah diadakan bagi menyelidik punca pergaduhan

tersebut. Hal ini kerana, beberapa pelajar mengalami kecederaan di kepala yang agak

teruk. Setelah diselidik, pergaduhan tersebut bermula apabila pelajar-pelajar Melayu

tersebut memanggil pelajar-pelajar India menggunakan bahasa yang kesat dan

menghina. Pelajar-pelajar India yang berang telah melepaskan tumbukan kepada

pelajar Melayu tersebut. Kes ini dianggap terburuk dan terbesar sepanjang tempoh

pengajaran saya selama 20 tahun. Hal ini kerana, pergaduhan tersebut telah

melibatkan dua puluh empat orang pelajar dan lima daripada mereka terpaksa dihantar

ke hospital bagi mendapatkan jahitan disebabkan luka yang agak besar dan dalam

akibat pergaduhan itu.

Page 3: Cabaran Dan Pemupukan Hubungan Etnik Di Malaysia

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut apakah langkah-langkah yang boleh

diambil bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia, saya ingin nyatakan serba

sedikit tentang kesan akibat ketidakharmonian antara kaum. Pertama, ia boleh

menggugat keselamatan negara. Hal ini kerana, sekiranya rakyat tidak bersatu padu,

keadaan akan menjadi tegang dan kacau bilau. Negara yang kacau bilau terdedah

kepada ancaman dari luar yang melihat situasi ini sebagai satu peluang untuk mereka

campur tangan lantas menguasai negara tersebut. Oleh itu, perpaduan kaum

merupakan aspek yang sangat penting untuk menjamin keselamtan negara. Hal ini

demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya

akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin

keselamatan sesebuah negara (Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri).

Terdapat beberapa langkah yang telah dan boleh diambil bagi mengukuhkan lagi

perpaduan kaum di Malaysia. Pertama ialah dengan kewujudan sekolah wawasan.

Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah dari aliran yang

berbeza ke dalam satu kompleks. Ini bermaksud di bawah konsep inin, terdapat dua

atau tiga buah sekolah rendah dari berlainan aliran akan ditempatkan dalam satu

kawasan yang sama. Walaupun memakai nama sekolah dan di bawah pentadbiran tiga

guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi kemudahan asas yang

sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin. Setiap sekolah pula akan

mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan

menggunakan jambatan penghubung. Idea penubuhan sekolah wawasan telah

dicernakan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad dan idea ini

diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997. Pengujudan sekolah ini mampu menjadi

jambatan untuk mencapai matlamat penyatuan etnik yang terdapat di Malaysia untuk

mencintai negara sepenuhnya. Sistem persekolahan ini memfokuskan kepada

pemusatan etnik berjiwa Malaysia. Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain

dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu akan lahir satu

generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya (Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, 2012).

Kedua ialah peningkatan jumlah waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia di

sekolah jenis kebangsaan. Jumlah waktu Bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan

Page 4: Cabaran Dan Pemupukan Hubungan Etnik Di Malaysia

telah ditingkatkan dari seratus lapan puluh minit seminggu kepada dua ratus empat

puluh minit seminggu. Penambahan masa ini dianggap perlu oleh Timbalan Perdana

Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana penguasaan kurikulum di kudua-dua buah

sekolah jenis kebangsaan itu masih rendah. Beliau juga menegaskan bahawa langkah

ini diambil bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar

sekolah terbabit. Melalui langkah ini, pelajar-pelajar di sekolah jenis kebangsaan akan

lebih mudah berinteraksi dalam bahasa Nelayu lantas merapatkan jurang perhubungan

antara pelajar India dan Cina serta pelajar Melayu. Melalui bahasa komunikasi yang

sama, perpaduan dapat dieratkan bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi juga

antara pelajar dan masyarakat setempat.

Akhir sekali ialah peranan guru sebagai penyatu antara ketiga-tiga kaum utama

di Malaysia. Guru tidak boleh bias terhadap ketiga-tiga kaum ini. Hal ini kerana, guru

merupakan sumber rujukan oleh para pelajar. Guru juga merupakan orang yang

dipercayai oleh pelajar. Peringkat remaja merupakan peringkat di mana remaja cuba

mencari identiti diri mereka dan guru merupakan salah satu sumber untuk mereka

membentuk diri mereka. Guru tidak boleh lupa bahawa mereka merupakan contoh

terdekat kepada para pelajar mereka. Sekiranya guru sendiri bersikap bias terhadap

sesuatu kaum, sudah pasti para pelajar akan mengikut jejak langkah guru tersebut.

Justeru, guru perlu bersikap terbuka dan tidak boleh memilih pelajar berdasarkan kaum

mereka.

Sebagai penutup, bidang pendidikan merupakan satu sektor dimana elemen

bersatu padu diterapkan ke dalam diri setiap individu. Para pelajar yang sedang

menuntut di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan akan menjadi

pemimpin negara pada suatu hari nanti. Oleh itu, nilai perpaduan perlu diterapkan

dalam diri mereka sejak kecil lagi agar peristiwa tiga belas Mei tidak berulang.

Page 5: Cabaran Dan Pemupukan Hubungan Etnik Di Malaysia

RUJUKAN

Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri. (2013). Negara Akan Trus Maju Jika

Perpaduan kaum Dapat Dikekalkan. Dilayari pada 28 Februari 2014, dari

http://www.mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2013/3/13/mstar_kolum_darirantau/

20130313191049&sec=mstar_kolum_darirantau

Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya. (2012) SEKOLAH WAWASAN: Sejauh manakah

Ia Mampu Melahirkan Generasi Bersatu padu di Masa Akan Datang. Dilayari pada 28

Februari 2014, dari http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf