cabaran edu

18
Tugasan 1 : Inovasi dan perubahan dalam pendidikan berlaku dalam keadaan dirancang atau tidak dirancang. Hali ini berlaku adalah kerana perubahan system kehidupan manusi sejagat. Suka atau tidak para pendidik dan seleruh system pendidikan terpaksa berhadapan dengan perubahan positif. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini memberi gambaran yang system pendidikan Negara adalah dinamik dan apakah persediaan guru untuk mengharunginya ? Pada pendapat saya, kita boleh menyatakan bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran yang sedang mencabar kebolehan dan kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sistem Pendidikan Negara untuk memenuhi keperluan Negara dari segi globalissi, liberalisasi dan ke antarabangsaan pada masa kini. Justeru itu, setiap isu dan cabaran yang telah dikenalpasti secara global telah membentuk perubahan dan inovasi dalam sistem pendidikan yang berbentuk dinamik yang membawa kepada keperluan kesediaan guru untuk mengharungi. Perkataan dinamik pula menekankan bahawa suatu kuasa yang bertenaga dan berkekuatan membuat penyesuaian untuk menerbitkan pembaharuan dan kemajuan (2008-2014, Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Pemikiran yang dinamik akan menghasilkan kaedah membuat keputusan yang tepat, melahirkan idea yang kreatif, tidak jumud dan mempunyai objektif yang jelas. Secara umumnya, kita boleh menjelaskan bahawa perkataan dinamik membawa maksud kebolehan menyesuaikan dengan semua keadaan dan tempat, kefleksibelan dengan semua keadaan termasuk tempat, masa, suasana, emosi, jasmani dan rohani serta sesuatu keadaan yang tidak stastik iaitu sentiasa berubah tetapi kekal dengan matlamat yang sama (Rahisam Ramli, 2008, Bentuk Pemikiran Dinamik). 1

Upload: razit

Post on 10-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Tugasan 1 : Inovasi dan perubahan dalam pendidikan berlaku dalam keadaan dirancang atau tidak dirancang. Hali ini berlaku adalah kerana perubahan system kehidupan manusi sejagat. Suka atau tidak para pendidik dan seleruh system pendidikan terpaksa berhadapan dengan perubahan positif.Sejauh manakah anda bersetuju bahawa perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan ini memberi gambaran yang system pendidikan Negara adalah dinamik dan apakah persediaan guru untuk mengharunginya ?

Pada pendapat saya, kita boleh menyatakan bahawa terdapat beberapa isu dan cabaran yang sedang mencabar kebolehan dan kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sistem Pendidikan Negara untuk memenuhi keperluan Negara dari segi globalissi, liberalisasi dan ke antarabangsaan pada masa kini. Justeru itu, setiap isu dan cabaran yang telah dikenalpasti secara global telah membentuk perubahan dan inovasi dalam sistem pendidikan yang berbentuk dinamik yang membawa kepada keperluan kesediaan guru untuk mengharungi.

Perkataan dinamik pula menekankan bahawa suatu kuasa yang bertenaga dan berkekuatan membuat penyesuaian untuk menerbitkan pembaharuan dan kemajuan (2008-2014, Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Pemikiran yang dinamik akan menghasilkan kaedah membuat keputusan yang tepat, melahirkan idea yang kreatif, tidak jumud dan mempunyai objektif yang jelas. Secara umumnya, kita boleh menjelaskan bahawa perkataan dinamik membawa maksud kebolehan menyesuaikan dengan semua keadaan dan tempat, kefleksibelan dengan semua keadaan termasuk tempat, masa, suasana, emosi, jasmani dan rohani serta sesuatu keadaan yang tidak stastik iaitu sentiasa berubah tetapi kekal dengan matlamat yang sama (Rahisam Ramli, 2008, Bentuk Pemikiran Dinamik).

Pada pendapat saya, terdapat beberapa perubahan dan inovasi yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan dapat mengambarkan bahawa sistem pendidikan negara kita berbentuk dinamik. Oleh itu, setiap isu yang dibincangkan akan merangkumi cabarannya dan faktor yang mendorongnya serta implikasinya sebagai pertumbuhan kepada beberapa dasar dan program perubahan dan inovasi sebagai proses dinamik serta persediaan dari segi diri guru untuk menguruskan perubahan tersebut dengan lebih berstruktur.

Terdapat beberapa isu dalam pelbagai bidang yang menyeru sistem pendidikan membuat perubahan dan inovasinya. Ia boleh digambarkan sepeti di bawah.

Gambar rajah 1 : Bidang isu dan cabaran yang sedang dihadapi oleh Negara kita

Negara kita menghadapi cabaran dalam membina Pendidikan seperti yang dinyatakan di atas sebagai suatu kehendak bagi mencapai status negara maju menjelang wawasan 2020. Justeru itu,isu pemorelehan status Pusat kecemerlangan Pendidikan, dan Pendidikan Bertaraf Dunia iaitu World Class Education sebagai perkembangan persekitaran pembelajaran. Isu ini menjadi suatu cabaran kepada negara kita atas beberapa faktor seperti sistem pendidikan negara yang tidak bersistematik iaitu suatu keadaan pendidikan yang hanya memberi fokus kepada salah satu aspek sahaja termasuk educational content, educational tools ataupun educational infrastruktur. Selain itu, Sistem pendidikan negara yang sering bertukar peranan menjelaskan bahawa matlamat negara terhadap keberhasilan bidang pendidikan adalah sering bertukar-tukar dan ketidak capaian tahap yang memuaskan di sesuatu peringkat pendidikan. Tambahan lagi, ketidak penglibatan masyarakat dalam pembentukan dan pengubalan sistem pendidikan menjadikan pendidikan jauh lebih maju ataupun ketinggalan mengikut keperluan rakyat.

Sebagai buktinya, Berdasarkan satu data yang dikeluarkan dalam sumber internet, kita terletak dalam tempat 98 di antara 181 buah negara yang dipertandingkan dalam UN Education. Seterusnya, dalam pertandingan PISA juga Negara kita terletak pada tempat 39 daripada 44 buah Negara yang dipertandingkan pada tahun 2012 yang menguji kemahiran menyelesaikan masalah. Begitu juga dengan pencapaian dalam TIMMS (Trends in International Mathematics and Sicence Studies) (Kaan Soon Chen, 2013, Malaysia ranks 52 out of 65 countries in International Assessment Programme). Sebagai implikasi untuk cabaran ini, lahirnya Pembentukan Pelan Pendidikan yang baru, Pengubalan kurikulum dan Penggunaan Teknologi dalam pendidikan sebagai langkah perubahan dan inovasi untuk menjadikan sistem pendidikan Negara kita lebih dinamik. Strategi strategi ini bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara lebih berdinamik. Strategi pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dimana Pelan Tindakan Pembanguan Pendidikan (PIPP) yang dilaksanakan dari tahun 2006 hingga 2010 tidak mencapai kemajuan yang diharapkan secara sepenuhnya. Pelan baru yang digubal adalah dibuat berdasarkan Dialog Nasional Pendidikan Negara. Dasar ini lebih mengambil pendapat pihak awam termasuk Laporan Universiti Tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia, Pertubuhan pendidikan Saintifik dan Kebudayaan PBB UNESCO, Pertubuhan kerjasama ekonomi dan Pembanguan OECD, serta Bank Dunia. Pelan ini memberi tumpuan kepada 11 anjakan utama seperti jadual berikut,

Rajah 2 : 11 anjakan yang terkandung dalam PIPPKesebelas anjakan ini akan dilaksanakan dengan 5 aspirasi sistem pendidikan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan dan dibahagikan kepada tiga gelombang. Gelombang pertama berfokus kepada usaha menambah baik kualiti pendidikan Negara supaya mencapai purata global yang akan dilaksanakan dari tahun 2013 hingga 2015. Gelombang kedua pula berfokus kepada perubahan dari segi struktur iaitu menstrukturkan fizikal pejabat dan sekolah, bentuk kurikulum serta pakej kerjaya guru yang akan dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2020. Gelombang yang akhir pula memberi tumpuan kepada penstrukturan keseluruhan termasuk sumber kewangan supaya sekolah menunjukkan satu prestasi yang lebih tinggi dari standard minimum (Penganalisis Media, 2013, Mewujudkan sistem pendidikan Negara). Ini membuktikan kefleksibelitian sistem pendidikan negara dalam semua keadaan yang hanya tidak berfokuskan kepada suatu keadaan sahaja.

Selain itu, pengubalan kerajaan membuat perubahan dalam kurikulum yang sedia. Sebagai contohnya, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah digubal kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Terdapat penambahbaikkan yang dibuat dalam Kurikulum terbaru ini. KBSR yang berfokus kepada 3 bidang, manakala KSSR pula memberi perhatian kepada 6 tunjang. Selain berfokus kepada aspek komunikasi, manusia dan alam sekelling dan perkembangan diri yang terdapat dalam KBSR, KSSR menekankan perkembangan fizikal dan estetika, kerohanian sikap dan nilai serta sains dan teknologi, Ini adalah kerana perkembangan bidang teknologi dunia telah menyebabkan seseorang pelajar boleh menuntut ilmu sambil mengoyangkan kaki di hadapan Komputer. Oleh itu, para guru bukan lagi memegang tugasan sebagai seorang pendidik malah tanggungjawab guru telah mula menggantikan peranan ibubapa dimana guru bertugas untuk mengajar nilai kehidupan yang sering kehilangan dengan arus perkembangan dalam diri pelajar (Azizi Jaafar, 2011, Nota Ilmu Pendidikan Bagi Kursus Dalam Cuti).

Selain itu, KSSR mempunyai tiga elemen tambahan iaitu kemahiran kreatif dan inovatif, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).Penambahan tiga kemahiran di dalam KSSR bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif,kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian yang mulia. Tidak seperti KBSR yang hanya menerapkan di dalam diri pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Perubahan ini berlaku kerana walaupun KBSR telah mengaplikasikan elemen kreatif dan kritis dalam proses pembelajarandan pengajaran, namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Pada pandangan saya, ini telah membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara kita akan menjadi lebih dinamik dimana ia dibentuk dan diubah sebagai langkah mengatasi kekurangan dalam sistem yang sedia ada.

Seterusnya ialah penggunaan pelbagai kemajuan teknologi dalam pendidikan seperti medium persembahan penyampaian, penggunaan sumber internet dalam p&p, penggunaan emel, blog dan e-jurnal sebagai sumber resos dan lain lain lagi boleh menjelaskan sistem pendidikan negara sedang berubah ke arah kemajuan negara. Ini membuktikan bahawa sistem pendidikan negara kita lebih bertendesi fleksibel berdasarkan perubahan matlamat Negara mengikut cabaran global. Oleh itu, untuk membolehkan perubahan dan inovasi ini mencapai matlamatnya seseorang guru perlulah diberi persediaan dari segi latihan guru, soal kemasukkan teknologi baru dalam pengajaran serta peningkatan kualiti profesionalisme berdasarkan kod etika perubahan. Para guru perlu menerima latihan dari segi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada latihan khusus kependidikan di IPG, guru juga perlu mengikuti Program SISC yang dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sosial yang dimulakan awak tahun 2011 (Cikgu Hailmi, 2013, Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah Bakal Gantikan Guru Cemerlang). Selain itu, Latihan seperti pengajaran bersama guru berpengalaman, menyediakan slot dalam jadual waktu bagi guru membina rancangan pengajaran, dan melantik mentor dalam kalangan guru berpengalaman sebagai pembimbing dan mendapatkan maklum balas boleh diikuti oleh guru. Dengan ini, diharapkan bahawa seorang guru dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka dalam latihan pendidikan serta mengurangkan jurang antara guru dengan Bahagian Pendidikan Kurikulum yang mengubal dasar.

Selain itu, setiap guru perlu memahami, mengerti serta kod etika perguruan yang menumpukan 3 aspek iaitu mematuhi prinsip profesionalisme, kawalan sosial terhadap kepentingan profesion dan menjaga kepentingan hubungan etika dalam kalangan keanggotaan. Guru juga perlu mementingkan khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan dan mempunyai tatasusila perkhidmatan (Galaduit, 2011). Seterusnya, Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai teknik dan kemahiran yang berteraskan TMK dimana setiap guru diberi latihan menyiapkan tugasan berdasarkan penggunaan alat multimedia seperti Microsoft powerpoint, word, excel dan sebagainya. Selain itu, TMK juga diajar sebagai satu matapelajaran wajib. Mereka juga diwajibkan untuk mengikuti sebarang kursus ICT yang diadakan dibawah JPN dan PPD sebelum pengenalan sesuatu dasar seperti Sekolah bestari dan sebagainya.

Seterusnya adalah isu pengaplikasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia (Noriati A. Rashid, 2010, Guru dan Cabaran Semasa). Ledakan ilmu yang berbentuk global telah mengutamakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. (Cikgu Zulkarnain, 2011,Isu Pendidikan : Cabaran dalam Perubahan dalam Pendidikan). Seperti yang diutarakan dalam cabaran Wawasan 2020, Negara Malaysia mempunyai cabaran membentuk masyarakat yang saintifik, progresif dan juga inovatif bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi. Cabaran ini terbentuk kerana kekurangan dan ketidakcukupan dalam menyediakan kemudahan jaringan ICT, potensi diri untuk mengembangkan kemahiran melalui Technology Powered Knowledge, kewujudan jurang digital antara kaum dan golongan berada dan miskin.

Oleh itu, sebagai implikasinya perubahan dan inovasi memperkenalkan beberapa dasar sebagai satu langkah menjadikan sistem pendidikan negara lebih berdinamik untuk mengatasi cabaran yang dinyatakan di atas. Sebagai contohnya, sekolah bestari. Beberapa sekolah biasa ditingkatnaiktarafkan dengan diberi taraf sekolah bestari. Sekolah ini melatih pelajar dengan pengamalan p&p dan pengurusan sekolah dengan berorintasikan era teknologi maklumat. Konsep Sekolah Bestari nampaknya telah Berjaya dimana ia diperkenalkan pada tahu 1997 dan menjelang tahun 2010, sebanyak 88 buah sekolah telah diberi gelaran sekolah bestari berdasarkan peningkatkan prestasi dengan penggunaan kemudahan yang disediakan dan bilangan sekolah berprestasi tinggi menjejak 115 sekolah pada tahun 2013.

Selain itu, Kerajaan juga menyediakan akses bestari net kepada semua sekolah termasuk rendah, menengah dan sekolah agama dan memastikan sekolah kurang murid (SKM) dan sekolah pedalaman turut disediakan makmal komputer. Ini membuktikan usaha kerajaan dalam perubahan sistem pendidikan yang selaras dengan keperluan global yang menitikberatkan Pembelajaran elektronik daripada pembelajaran berasaskan buku. Seterusnya adalah perkembangan perubahan persekitaran pembelajaran yang menekankan komputer sebagai pendidikan primer. Komputer didedahkan sebagai sumber Tutor iaitu komputer menjadi pengajar ke pelajar, Tutee iaitu Pelajar menjadi pengajar ke komputer, Tool sebagai alat bantu mengajar. Ilmu yang diperoleh berdasarkan kemajuan ini membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara kita melatih para pelajar untuk menuntut ilmu selaras dengan kemajuan teknologi dengan kesediaan kemudahan yang lengkap. Ia memberi ilmu global dimana ilmu itu diajar dalam bentuk praktikal supaya ia menjadi lebih fleksibel untuk pengaplikasian terhadap kehidupan seharian dan pada masa akan datang. Oleh itu, perubahan dan inovasi ini membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara kita bersifat dinamik.

Selain itu, p&p yang menggunakan komputer melalui arahan program dapat mendidik pelajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Oleh itu, berbanding dengan pendidkan konvensional yang dijalankan selama ini, kita boleh menyatakan bahawa ia memberi peluang kepada pelajar lemah juga menuntut ilmu tanpa dibebani dan dibandingi dengan pelajar yang lebih baik daripadanya. Justeru itu, pada pandangan saya penggunaan teknologi jelas sekali membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara kita boleh menjadi lebih dinamik tetapi persoalannya adakah semua guru mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya. Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru selama 10 tahun, saya mendapati ada juga guru yang masih tersekat dalam ilmu teknologi. Mereka tidak ada ilmu kepenggunaan kemudahan seperti LCD dan Interactive Board. Oleh itu, untuk memastikan matlamat perubahan dan inovasi ini tercapai, guru perlu membuat beberapa persediaan rapi. Guru perlu mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran, menjadi pencetus ke arah perubahan organisasi sekolah, mempunyai kemahiran dalam membuat keputusan yang terbaik bagi memberikan ilmu yang dipilih untuk pelajar, menyedari ketanggungjawaban dalam menyediakan maklumat tepat, mudah dan releven dan memudahkan pengurusan dan pentadbiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi peringkat sekolah.

Mengikut Kajian Christina Andin, Guru perlu diberi latihan dalam penggunaan Microsoft Frontpage yang bertujuan untuk membina laman web. Kemahiran ini juga boleh digunakan sebagai satu sumber bahan bantu mengajar. Selain itu, guru juga perlu diberi pendedahan mengenai perbicangan secara atas talian dalam web yang memudahkan pengajaran di luar bilik darjah. Mengikut kajian Abdul Wahab 2006, terdapat perhubungan antara signifikan pengetahuan, sikap dan personaliti guru dengan penggunaan TMK dalam p&p. Salah satu kajian yang dilakukan oleh Mad Noor Bin Madjapuni telah membuktikan bahawa para guru telah mencapai purata sebanyak 4.35 (skor yang paling baik dan hampir dengan maksimum iaitu 5.00) dalam pengetahuan, aplikasi dan motivasi penggunaan TMK terhadap e-pembelajaran dalam guru pelatih telah membuktikan bahawa para guru juga membuat persediaan ke arah cabaran ini. Seterusnya sebagai pelan tindakan, guru perlu mengikuti kelas atau kursus yang dianjurkan oleh badan tertentu seperti Kolej Komuniti dan Pusat Kegiatan Guru dan mengembankan ilmu heutagogi. Selain itu, untuk membolehkan guru memaksimumkan matlamat tersebut seseorang guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam p&p yang lebih terarah kepada pemusatan pelajar.

Selain itu, dengan ilmu pedagogi inovasi, guru perlu memastikan bahawa setiap kaedah dan jenis pembelajaran yang dijalankan lebih sesuai dengan keperluan pelajar yang berbeza-beza mengikut individu serta sentiasa mengutamakan proses interaktif dua hala iaitu antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Guru juga perlu memastikan bahawa penggunaan TMK dalam kalangan murid mampu menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjana idea yang baharu serta mengaplikasikan ilmu TMK dalam pelbagai situasi pembelajaran seperti penyiapan tugasan dalam bentuk Multimedia.

Isu ketiga adalah kebolehan memilih dan melaksanakan sistem penilaian dan penaksiran yang betul betul berpotensi untuk meningkatkan kualiti pendidikan (Syed Ismail Bin Syed Mustapa, 2012, Guru dan Cabaran Semasa). Seperti yang dinyatakan dalam buku siri pendidikan guru Oxford Fajar, terdapat dua persoalan yang sering diuatarakan berikutan dengan penaksiran sistem pendidikan iaitu adakah sistem pendidikan yang diberikan betul dan tepat serta apakah keberkesanan sistem pendidikan yang dijalankan (A.Noriati dan rakannya, 2010, Guru dan Cabaran). Oleh itu, antara faktor yang mendorong pertimbulan isu ini adalah perkembangan murid menjadi tidak seimbang keseluruhan negara dan terdapat implikasi sosial dan moral yang berbeza-beza dalam kalangan. Selain itu, terdapat juga faktor sosioekonomi sebagai keciciran peluang dan cabaran pendidikan dalam kalangan masyarakat luar Bandar. Selain itu, terdapat juga isu bahawa pentaksiran peperiksaan negara kita tidak selari dengan pentaksiran pengantarabangsaan. Oleh itu, kerajaan bertekad untuk membina pendidikan dinamik untuk mengatasi cabaran-cabaran yang dinyatakan di atas. Sebagai contohnya, kerajaan memperkenalkan pentaksiran berasaskan sekolah, pendidikan vokasional dan sistem peperiksaan baru. Selain itu, terdapat juga beberapa perubahan dalam kurikulum KSSR yang terbaru berperanan sebagai pembasmian pelbagai jurang yang melonggarkan perpaduan dan tujuan pembentukan bangsa Malaysia yang diidamkan. Walaupun, PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP) (2014, Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia). Ia adalah bertujuan untuk membolehkan sistem penaksiran lebih berbentuk seimbang dan mengurangkan budaya pendidik yang berorientasikan sistem peperiksaan. Selain itu, Sistem peperiksaan baru seperti SAPS. SAPS dibentuk sebagai satu sistem pemantauan dan penganalisisan terhadap sistem peperiksaan sekolah untuk tujuan penambahbaikan (Manual pengguan setiusaha peperiksaan, SAPS, KPM). Ia merupakan satu sistem yang dibangunkan di atas talian supaya memudahkan pemantauan dari pihak KPM, JPN, dan PPD. Ia juga sebagai satu sumber rujukan untuk ibubapa supaya mereka lebih jelas mengenai perkembangan pembelajaran anak mereka. Tambahan lagi, sistem kurikulum terbaru juga menyediakan pentaksiran secara fomartif dan sumatif dalam bentuk instrumen untuk diberikan kepada pelajar dalam bentuk yang diselaraskan.

Selain itu, beberapa peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR yang dikenali sebagai bebanan pelajar dan faktor keciciran pelajar dalam sistem pendidikan telah dihapuskan dan digantikan dengan sistem baru dan dibawah kurikulum ini juga beberapa buah subjek baru diperkenalkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.Mulai tahun 2016, peperiksaan UPSR akan menggunakan format baru dan termasuk juga PMR yang telah digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dimana satu ujian khas disediakan untuk menilai tahap EQ dan IQ. Perubahan ini telah menjelaskan kefleksibelan ilmu yang diperoleh hasil daripada persekolahan selama 11 tahun adalah lebih bermanfaat dan berpraktikal. Satu kajian semula yang dijalankan oleh Pearson Education Group terhadap kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR dan SPM mendapati bahawa tahap pentaksiran boleh ditingkatkan melalui soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi, termasuk aplikasi, analisis, sintesis. dan penilaian. Sebagai contoh, analisis kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR 2010 dan 2011 menunjukkan bahawa hampir 70% soalan menguji kemahiran asas pengetahuan dan pemahaman (Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025). Tindakan Tambahan lagi, perubahan dan inovasi juga mencadangan pentaksiran yang berbentuk autentik portfolio, kendiri dan komputer supaya pentaksiran menjadi lebih berefektif kepada para pelajar dan juga para guru. Selain itu terdapat juga beberapa pembaharuan dalam kurikulum baharu yang dinamik iaitu Pendidikan Sejarah akan diperkenalkan kepada Pendidikan Sekolah Negara sebagai usaha meningkatkan dan mempraktikkan konsep 1Malaysia dan Pendidikan Seks melalui pendidikan Kesihatan kepada murid-murid Tahap 1 sebagai satu kesedaran mengenai penularan budaya barat seperti pergaulan bebas. Selain itu, terdapat beberapa penambahbaikkan dalam subjek lain. Pertamanya, pengabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Melalui penambahbaikkan ini, murid dikatakan mempelajari secara hands-on dengan meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam bidang teknologi. Seterusnya, Mata pelajaran sains diajar dengan bentuk baru iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sains Bahan. Ini membolehkan pelajar belajar dengan kaedah inkuiri dimana ia membantu untuk para pelajar menambahkan kemahiran tersendiri dalam setiap bidang dengan pemikiran yang cerdik dan bernas (Azizi Jaafar, 2011, Nota Ilmu Pendidikan Bagi Kursus Dalam Cuti).

Kesemua contoh di atas membuktikan bahawa kementerian sedang merangka jalan untuk memaksimumkan peranan pendidikan dalam bentuk suatu sistem yang dinamik yang bertujuan untuk mengangkat martabat sekolah ke peringkat kemajuan tinggi. Sistem pentaksiran ini sebagai sumber analitikal untuk membolehkan bahawa kajian secara berterusan terhadap perubahan pendidikan dinilai. Oleh itu, sebagai persediaan seseorang guru perlu mempunyai ilmu pentaksiran. Beliau perlu mengambil kira penilaian aras tinggi seperti taksonomi bloom dalam pengaplikasian soalan-soalan peperiksaan mengikut sistem baharu iaitu berunsur KBAT. Perekaan bentuk sistem pentaksiran adalah lebih mengutamakan matlamat pengajaran guru. Salah satu kajian yang dijalankan oleh Yahya Buntat & rakannya, 2012, telah menyatakan bahawa para guru menghadapi cabaran dalam bersedia untuk mengikuti kurikulum di mana p&p jauh berbeza dari matlamat dan kekurangan ruang dan pengetahuan mengenai pendebatan kurikulum tersebut. Oleh itu, sebelum membuat pentaksiran guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar dan membuat tindakan susulan iaitu menetapkan alat pengukur mengikut kemampuan dan keupayaan pelajar selaras dengan matlamat kurikulum supaya terdapat pembangunan dalam diri setiap pelajar. Pentaksiran yang disediakan oleh guru juga perlu mempunyai ciri memotivasikan pelajar dari segi memberi tumpuan terhadap pengajaran guru dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Daripada pelbagai bentuk pentaksiran, Syed Ismail dan rakannya, 2010 pula mengemukakan pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran sebagai pembelajaran dan pentaksiran kepada pembelajaran yang memberi tumpuan kepada penilaian untuk mengetahui bentuk pembelajaran yang sesuai, sebagai satu pembelajaran untuk meningkatkan tahap metakognisi dan akhirnya untuk menilai keberkesanan pembelajaran.

Isu keempat adalah kejayaan strategi pengajaran inovatif yang mementingkan pendekatan berfikir secara kreatif dan strategi penyelesaian masalah menerusi sistem pendidikan (Syed Ismail Bin Syed Mustapa & rakanya, 2010, Guru dan Cabaran Semasa). Antara faktor yang mendorong kepada isu ini adalah sistem pendidikan yang kurang memperangsangkan aras pemikiran tinggi, pembentukan masyarakat yang memiliki pendidikan yang lebih berorintasikan peperiksaan (exam minded) (Tan Sri Alimuddin, 2011, Isu Pendidikan: Cabaran cabaran dalam perubahan dasar pendidikan). Oleh itu, sebagai satu faktor bahawa sistem pendidikan negara kita berdinamik, Kementerian Pelajaran telah memberi penekanan terhadap pembentukan I-Think, pembelajaran berbentuk kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan masalah serta fokus terhadap kemahiran asas literasi dan numerasi dan sekolah berprestasi tinggi. Selain itu, satu lagi kemahiran baru ditambahkan dalam alam kurikulum di bawah KSSR iaitu Kemahiran Menaakul. Ini menjelaskan keperluan Negara menginginkan rakyat yang berfikiran matang dan baik.

Tambahan lagi, melalui kurikulum KSSR, kerajaan ingin menerapkan 3 kemahiran utama iaitu kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komuniksi dan juga Kemahiran Keusahawanaan. Perubahan seperti ini di dalam kurikulum telah membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara kita sentiasa berubah tetapi berfokus kepada suatu matlamat yang asas yang menjadi punca penambahbaikkan demi mencapai matlamat falsafah pendidikan Negara dimana ia menyeru pendidikan untuk melahirkan rakyat yang berilmu, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran Negara selaras dengan kehendak Negara seperti yang diperjelaskan di atas. Oleh itu, ia sentiasa membuktikan bahawa sistem pendidikan Negara lebih berdinamik dari segi membentukkannya. Pada pendapat saya, dari segi pelaksanaan pelbagai perubahan dan inovasi seperti yang disenaraikan di atas, pendekatan untuk mencapai kejayaan unggul dalam kemahiran kreativiti dan inovasi serta penyelesaian masalah masih di tahap kurang memuaskan. Ini adalah kedua-dua kemahiran utama harus globalisasi seperti yang dinyatakan perlu diiterapkan secara terus menerus. Misalnya penggunaan i-think sebagai satu sumber p&p dan penerapan dan pengabungjalinan elemen kreativiti dan inovasi dalam p&p tidak semestinya boleh memastikan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi lebih berkemahiran.

Rajah 3 : Peta i-think Berdasarkan padangan saya, komponen ini perlu diajar sebagai satu mata pelajaran baru dan bukan sebagai komponen sampingan supaya keberhasilannya menjadi lebih baik.Oleh itu, guru perlu membuat persediaan dari aspek penumpuan terhadap kurikulum dan Kokurikulum. Seorang guru sentiasa perlu memastikan bahawa diri mereka sentiasa dilengkapi dengan ciri-ciri guru kreatif dan inovatif serta bermakna seperti kreatif, pengetahuan tinggi, komited, emosi yang stabil, berinovatif dan sebagainya. Seterusnya, seorang guru juga perlu mempunyai kemahiran mencipta ataupun mengelolah pelbagai kaedah dan strategi p&p yang digunakan secara bertahun tahun dengan mengambil kira kemajuan teknologi.

Guru juga sentiasa memastikan bahawa terdapat perubahan dalam daya pemikiran guru dan untuk menbantu mencapai tahap tersebut guru perlu sentiasa menyediakan p&p yang menguji tahap daya imaginasi, inkuiri dan pemikiran aras tinggi. Mengikut pandangan Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan rakannya, guru perlu menggunakan alat bantu mengajar seperti 3 dimensi, dan sistem 4MAT iaitu bentu pembelajaran yang fokus kepada 4 dimensi termasuk imaginatif (berasa dan memerhati), Analitik (memerhati dan berfikir), akal biasa (berfikir dan membuat), dinamik (membuat dan menggunakan deria). Ilmu pengetahuan pedagogi seperti ini mampu menjadikan p&p berbentuk lebih inovatif. Mengikut pendapat kajian Noor Natasha Nadia, guru juga boleh meningkatkan keupayaan inovasi mereka dengan menilibatkan diri dalam anjuran pelbagai kursus seperti Kursus Ikhtisas Pendidikan yang berfokus kepada pensyarah dan guru pelatih. Selain itu, aspek seperti keprihatinan terhadap tugas, penubuhan jawatankuasa yang mengkaji beban tugas guru dan pemberian cadangan, menyediakan jawatan pembantu guru, menambah infrastruktur sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran, menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA. Terdapat juga cadangan mengenai elaun khas untuk memaksimumkan pencapaian guru supaya lebih berkesan dalam pencapaian matlamat.Isu kelima adalah transfomasi kepimpinan pendidikan. Faktor yang mendorongnya adalah prestasi sekolah masih berada di tahap yang membimbangkan. Selain itu, kualiti pendidikan negara kita di persada dunia masih lembap dan perlu dipertingkatkan. Usaha menambah baik kecekapan dari segi peringkat mikro organisasi pendidikan atau sekolah dilihat sebagai tuntutan utama dalam menyelesaikan masalah makro peringkat komuniti dan negara. Jikalau kelemahan dapat diatasi daripada peringkat asas, kemungkinan besar produktiviti sistem pendidikan Negara kita dapat dipertingkatkan ke peringkat yang lebih baik. Oleh itu, sistem pendidikan telah dijadikan lebih berdinamik dengan peranan kerajaan dan kementerian melakukan beberapa bentuk perubahan seperti bentuk sokongan terhadap sekolah yang diberikan berdasarkan band, memperkasa dan mengupayakan JPN dan PPD untuk menyesuaikan intervensi terhadap prestasi sekolah secara keseluruhan. Tambahan lagi, kerajaan juga berfokus terhadap pendidikan murid pintar cerdas. Oleh itu, sebagai cadangan terhadap kesediaan guru adalah dengan meningkatkan aspek kepimpinan warga pendidikan.

Dengan cara ini, tahap profesionalsime pendidikan juga dapat dipertingkatkan supaya hasil produk profesionalisme menjadi berkemahiran tinggi dan berpotensi ke arah positif bagi merealisasikan matlamat sistem pendidikan iaitu lebih berdinamik dengan kemajuan Negara. Mengikut Model Kecekapan NEAC, Ke arah memperkembangkan profesionalisme perguruan yang berkait rapat dengan kepimpinan pendidikan, seseorang guru perlu dilatih dari segi ciri dan nilai mentor, pereka baharu, broker, pengeluaran, pengarah, penyelaras, pengawas dan juga fasilitator (John West-Burnham dan rakannya, 2010, Mengembangkan profesionalisme di sekolah). Seterusnya, fokus harus diberikan terhadap kemahiran dan peranan, komunikasi interpersonal yang effektif, kemahiran mentoring, kerja berpasukan pembelajaran lestari, pembangunan spiritual, serta pengaplikasian etika dengan semaksimumnya dalam hubungan kemanusiaan (Abdul Ghani Abdullah, 2010, Tansformasi Kepimpinan Pendidikan).

Oleh itu, sebagai cadangan tambahan seorang guru sentiasa perlu berusaha dan bergerak positif ke arah memantapkan kepimpinan diri sendiri dari seluruh aspek yang dibincangkan oleh John West Burnham dan rakannya. Ia adalah dapat meningkatkan tahap keprofesionalisme keguruan di samping menjadikan sistem kerja guru lebih berproduktif sejajar dengan harap sistem pendidikan negara kita yang lebih dinamik.

2