cabaran inovasihabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1970-stesen... · web viewtambahan komponen...
TRANSCRIPT
CABARAN INOVASI 2015
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Objektif Program Satu Negeri Satu Sungai iaitu untuk memastikan sungai bersih,
hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air kelas II menjelang tahun 2015. Salah satu
kaedah rawatan yang diguna dan terbukti berjaya adalah dengan menggunakan teknologi
‘effective microorganisms’ (EM). Larutan EM disembur terus ke tempat-tempat cadangan
rawatan sama ada ke dalam sungai, kolam takungan atau pada lain-lain punca pencemaran
sungai.
Kaedah traditional menyembur larutan EM memerlukan tenaga manusia untuk
melakukannya selagi tiada usaha untuk menghalang bahan pencemar dari memasuki ke
dalam sungai. Di samping itu dos semburan yang digunakan adalah berlebihan kerana
ketiadaan tempat untuk menyimpan bekalan larutan EM dan ketiadaan peralatan untuk
membuat semburan oleh pihak pelanggan (JPS). Oleh yang demikian, ‘EM Biodegrader
Pump System (EM BDPS)’ telah dihasilkan untuk menggantikan kaedah semburan secara
manual.
EM BDPS mempunyai lima (5) komponen utama iaitu tangki storan larutan EM, pam
dan ‘blower’, perangkap sampah, tangki rawatan dan panel solar. Larutan EM yang
ditempatkan di dalam tangki storan dalam rumah pam dikawal semburannya dengan ‘timer’
yang boleh diset mengikut dos yang diperlukan. Semburan dibuat ke dalam perangkap
sampah. Panel solar digunakan untuk membekal tenaga letrik kepada sistem pam dan
‘blower’. ‘Blower’ digunakan untuk membekal oksigen bagi mempercepatkan proses
rawatan.
Produk ini mempunyai kelebihan kerana ia bekerja secara automatik dengan tenaga
letrik dibekalkan melalui panel solar. Inovasi ini membawa perubahan dalam pelaksanaan
kerja yang dapat memberi peningkatan dari aspek kualiti serta pengurangan dari aspek
keperluan tenaga dan penyelenggaraan di samping mengoptimumkan penggunaan bahan
rawatan. Projek perintis yang telah dipasang di Kangar, Perlis dan di Sungai Hiliran, Kuala
Terengganu telah pun membuktikan keberkesanannya.
2. PENGENALAN PRODUK
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 1
CABARAN INOVASI 2015
2.1 Pengenalan Kumpulan
Kumpulan ‘River Transformer’ ditubuhkan secara rasminya pada bulan Oktober
2014 setelah ada ahli mencadangkan untuk menyertai pertandingan cabaran inovasi.
Sebelum penubuhan secara rasmi, usaha-usaha untuk menghasikan produk inovasi
memang telah berjalan bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada beberapa isu
bersama.
Ahli kumpulan ini terdiri daripada warga kerja JPS di pejabat Bahagian Ibu
Pejabat JPS Malaysia dan pejabat JPS Negeri yang pernah atau yang sedang
berkhidmat dalam bidang pengurusan sungai kerana produk inovasi adalah berkaitan
dengan sungai. Ahli-ahlinya adalah:
1. En. Dzulkifli bin Abu Bakar Bahagian Pembangunan Modal Insan
2. Pn. Noor Hajar binti Mohd Noor Bahagian Rekabentuk dan Empangan
3. En. Che Nordin bin Abdullah JPS Negeri Perlis
4. Cik Maimunah binti Abu Hassan Ashaari JPS Negeri Kedah
5. En. Mahidi bin Mahamood JPS Negeri Perak
6. En. Mohd Nor Fais bin Suhaimi JPS Negeri Sembilan
7. Pn. Nora binti Ibrahim JPS Negeri Melaka
8. Pn. Similiana binti Sulong JPS Negeri Pahang
9. En. Alias bin Mamat JPS Negeri terengganu
10. Pn. Marziah binti Mohamad JPS Negeri Kelantan
Penasihat Kumpulan ialah YBhg. Dato’ Ir. Haji Hanapi bin Mohamad Noor,
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (mantan Pengarah
Pengurusan Lembangan Sungai)
2.2 Latar Belakang
2.2.1 Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai
Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (dahulunya dikenali sebagai
Bahagian Kejuruteraan Sungai) telah ditubuhkan pada tahun 1990 dengan
fungsi utama untuk menyediakan khidmat kepakaran dalam pengurusan sungai
secara bersepadu termasuk penggubalan dasar dan perundangan serta
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 2
CABARAN INOVASI 2015
memastikan lembangan sungai diurus dengan sempurna untuk keperluan
pemeliharaan kuantiti dan kualiti sumber air. Peranan utama bahagian ini adalah
seperti berikut:
Pelaksanaan ‘Integrated River Basin Management’ (IRBM) di seluruh
Negara bagi menyokong pembangunan lestari;
Melaksanakan program pengurusan sungai termasuk pemeliharaan alam
semulajadi sungai, pengindahan sungai, kempen kesedaran dan program
Satu Negeri Satu Sungai; dan
Melaksanakan program pemulihan dan pemeliharaan sungai termasuk
penyelesaian masalah hakisan tebing sungai, memulihkan dan
menambahbaik keadaan sungai.
2.2.2 Program Satu Negeri Satu Sungai
Program Satu Negeri Satu Sungai telah dilancarkan pada 2002 dengan
objektif-objektif berikut:
Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai
kualiti air Kelas II menjelang 2015;
Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi
yang semulajadi; dan
Untuk mengekalkan nilai aset sungai.
Program ini merupakan perjanjian bersama Kerajaan Negeri di mana
setiap negeri perlu memilih satu sungai yang tercemar untuk dipulihkan. Sungai-
sungai yang telah dipilih adalah seperti berikut:
NEGERI SUNGAI
1. Perlis Sungai Perlis
2. Kedah Sungai Sungai Petani
3. Pulau Pinang Sungai Pinang
4. Perak Sungai Kinta
5. Selangor Sungai Pencala
6. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sungai Pencala
7. Negeri Sembilan Sungai Temiang
8. Melaka Sungai Melaka
9. Johor Sungai Skudai
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 3
CABARAN INOVASI 2015
10. Kelantan Sungai Pengkalan Chepa
11. Terengganu Sungai Hiliran
12. Pahang Sungai Galing
13. Sarawak Sungai Miri
14. Sabah Sungai Papar
Jadual 1: Senarai sungai di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai
Program pemulihan ini dilaksanakan dalam jangka masa 10 hingga 15
tahun melalui program-program jangka pendek berikut:
Menghalang sampah daripada masuk ke dalam sungai dangan
pemasangan perangkap sampah pada punca;
Penguatkuasaan sepenuhnya Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh
pihak berkuasa tempatan bagi semua pembangunan tanah;
Penguatkuasaan Sistem Rawatan oleh pihak berkuasa tempatan seperti
penggunaan ‘Food, Oil & Grease (FOG)’ dan ‘Gross Pollutant Trap (GPT)’
untuk gerai-gerai makanan, pasar dan aktiviti-aktiviti lain yang
menyumbang kepada pencemaran sungai;
Penempatan semula setinggan dan pemindahan ke tempat yang lebih
sesuai bagi aktiviti-aktiviti di tepi sungai yang menyebabkan pencemaran;
Mewartakan sungai dan rizab sungai dan dijadikan sebagai zon riparian
untuk pelbagai habitat, bergantung kepada jenis gunatanah di sekitar
sungai;
Mempromosi dan menggalakkan sector swasta untuk mengamalkan
Amalan Pengurusan Terbaik (BPMs) bagi semua jenis pembangunan
seperti menyediakan Pelan Pengawalan hakisan dan Kelodak (ESCP)
untuk mengawal hakisan dan kelodak; dan
Memperketatkan syarat-syarat kelulusan dan penguatkuasaan undang-
undang pengambilan pasir seperti keperluan mandatori bagi menyediakan
perangkap lumpur untuk mengawal bahan kelodak terampai.
Bagi mencapai kualiti air Kelas II, beberapa kaedah rawatan telah pernah
dicuba antaranya adalah seperti berikut:
‘infinitesimal Quantum Persistent Reflection’ (iQPR), sebagai projek
perintis JPS Pulau Ping untuk merawat air Sungai Pinang..
‘Eco Bio Block’, sebagai satu projek perintis JPS Negeri Kedah untuk
merawat air Sungai Melaka, Pulau Langkawi.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 4
CABARAN INOVASI 2015
Mikroorganisma berkesan (Effective Microorganisms, EM) digunakan oleh
semua JPS Negeri di Semenanjung Malaysia.
2.3 Tujuan
Produk inovasi kumpulan ini adalah ‘EM Biodegrader Pump System (EM
BDPS)’. Tujuan produk inovasi ini dihasilkan adalah untuk:
Membawa perubahan dalam pelaksanaan kerja yang dapat memberi
peningkatan dari aspek kualiti serta pengurangan dari aspek keperluan tenaga
dan penyelenggaraan.
Mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan.
2.4 Kronologi Cetusan Idea
2.4.1 Penghasilan Produk Inovasi
Sebelum inovasi, kaedah rawatan air sungai dilakukan secara manual.
Syarikat pembekal EM YANG diberi tanggungjawab untuk merawat air sungai
akan membuat perkiraan jumlah kuantiti larutan EM yang diperlukan untuk setiap
bulan. Pengiraan dibuat mengikut nisbah 1:1000 iaitu 1m3 EM untuk merawat
1000m3 air. Penghantaran bekalan EM dibuat sebulan sekali. Bekalan yang
sampai di tapak disembur terus ke dalam sungai oleh pekerja syarikat pembekal
EM.
Dengan menyembur terus kesemua EM yang dibawa ke tapak, dos atau
nisbahnya melebihi 1:1000. Apabila air tanpa larutan EM dari hulu mengalir ke
kawasan rawatan, nisbahnya akan mula menurun sehinggalah kesemua air yang
mengandung larutan EM mengalir ke hilir dan seterusnya ke laut. Tempoh ini
mungkin tidak sampai sebulan. Kaedah yang lebih sesuai digunakan adalah
dengan membawa bekalan yang dihantar ke tempat simpanan untuk disembur
seminggu sekali atau mengikut jadual yang dirancang. Kaedah ini memerlukan
tenaga pekerja, ruang tempat penyimpanan serta kenderaan dan peralatan
untuk membawa larutan EM ke tapak dan membuat semburan. Perkara ini sukar
dipenuhi.
YBhg. Dato’ Ir. Haji Hanapi, En. Dzulkifli, dan Pn. Noor Hajar telah
berpeluang untuk melawat ke tempat penggunaan EM di Negara Jepun dan
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 5
CABARAN INOVASI 2015
Thailand. Di Jepun, semua penggunaan EM untuk merawat air sungai dijalankan
oleh persatuan penduduk setempat tanpa bantuan kewangan daripada pihak
kerajaan. Perkara ini dilakukan kerana mereka mementingkan kebersihan dan
ada yang dapat menjana pendapatan daripada sungai yang bersih.
Perbincangan dengan wakil persatuan penduduk di Hiroshima, Jepun
Rawatan air sungai oleh persatuan pendudukdi Hiroshima, Jepun
Di Thailand, rawatan juga dijalankan oleh penduduk setempat. Kaedah
rawatan diajar oleh pihak tentera kepada penduduk setempat.
Tentera mengajar pelajar sekolah menggunakan EM untuk merawat air di Bangkok, Thaikand
Sesi taklimat penggunaan EM di Bangkok, Thailand
Di luar negara, usaha merawat pencemaran air semuanya dijalankan oleh
penduduk setempat atau pihak NGO tanpa bantuan kewangan daripada pihak
kerajaan. Di Malaysia, kebanyakkan usaha merawat pencemaran air
terutamanya sungai dibebankan kepada pihak kerajaan. Oleh yang demikian,
alternatif kepada kaedah pelaksanaan rawatan perlu dicari bagi mengatasi
keperluan tenaga pekerja, ruang penyimpanan dan peralatan membuat
semburan di samping mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 6
CABARAN INOVASI 2015
Kesedaran ini mula timbul semasa perbincangan antara YBhg. Dato’
Hanapi, En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar. EM mula digunakan di Perlis dalam
Kempen “Sungai Perlis Bersih” pada April 2006 semasa Dato’ Hanapi menjadi
Pengarah JPS Perlis. En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar terlibat dalam Program
Satu Negeri Satu Sungai semasa ia mula dilancarkan. Semasa Dato’ Hanapi
ditukarkan sebagai Pengarah JPS Pulau Pinang, beliau masih aktif
menggunakan EM untuk rawatan air sungai. En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar,
walapun dipindahkan keluar dari Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai,
masih lagi aktif dalam program-program berkaitan pengurusan dan pembersihan
sungai.
Pada mulanya, usaha mencari kaedah pelaksanaan alternatif dibuat tanpa
terfikir untuk memasuki sebarang pertandingan inovasi. Perbincangan-
perbincangan yang selalu diadakan adalah secara tidak formal. Mulanya
perbincangan adalah diantara En. Dzulkifli dan Pn. Noor Hajar bersama
penasihat kumpulan. Kemudian wakil Negeri Sembilan dan Melaka dilibatkan
kerana projek perintis dicadang untuk dilaksanakan di kedua-dua negeri ini.
Pihak syarikat pembekal EM juga turut dijemput kerana mereka akan diminta
untuk membekalkan larutan EM untuk percubaan dan pengujian apa-apa produk
yang akan dihasilkan nanti. Seterus ahli makin bertambah sehinggalah seramai
10 orang.
Dalam salah satu sesi perbincangan, cadangan telah dibuat untuk
menyediakan kaedah semburan secara automatik tanpa keperluan tenaga
manusia dan mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan. Rekod pembuktian
tidak dapat dilampirkan kerana seperti yang telah diterangkan, segala usaha ini
bukan bertujuan untuk memasuki mana-mana pertandingan inovasi.
Cadangan pertama adalah dengan menyediakan tangki storan larutan EM
yang ditempat dalam bangunan di tapak. Pam disediakan untuk menyembur
larutan EM ke dalam sungai. ‘Timer’ disetkan untuk waktu dan tempoh semburan
dibuat. Masalahnya adalah untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi
menghidupkan pam dan pihak mana perlu menjelaskan bil elektrik. Akhirnya
cadangan telah dikemukakan untuk menggunakan tenaga solar dengan
pemasangan panel solar di atas bumbung rumah pam.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 7
CABARAN INOVASI 2015
Projek perintis dicadang untuk dipasang di Negeri Sembilan (untuk Sungai
Temiang) dan di Negeri Melaka (untuk Saliran Durian Daun berhampiran Sungai
Melaka). Pihak syarikat pembekal EM juga bersetuju untuk membekal bahan
rawatan untuk menguji produk inovasi tersebut. Nasihat tentang peralatan yang
diperlukan untuk sistem beroperasi diperolehi daripada pihak pembekal
peralatan tersebut. Pembiayaan kos pemasangan ditanggung oleh pejabat JPS
Negeri.
Projek perintis di Sungai Temiang Projek perintis di Saliarn Durian Daun
Setelah pemasangan dibuat, peringkat seterusnya adalah untuk menguji
keberkesanan sistem beroperasi. Daripada maklumbalas JPS Negeri, sistem
beroperasi sepertimana yang dikehendaki. Kualiti air sungai menunjukkan
peningkatan tetapi isu berikutnya adalah sampah sarap dan bahan pencemar
yang memburukkan pemandangan. Kumpulan terus memikirkan bagaimana
untuk mengatasi masalah bahan pencemar daripada memasuki ke sungai.
Ada pihak JPS Negeri meminta pembekal EM untuk merawat GPT yang
sedia ada di kawasan-kawasan pasar dan ‘food court’ yang tersumbat dengan
sisa makanan, lemak dan minyak serta lain-lain bahan pencemar sama ada
organik mahupun bukan organik. Setelah rawatan dengan EM dibuat, didapati
bahan pencemar organik termasuk lemak dan minyak dapat dihuraikan
meninggalkan hanya bahan pencemar bukan organik seperti bekas makan
polystyrene dan botol-botol plastik yang masa sangat mudah untuk dibuang.
Daripada ini, kumpulan mendapat idea supaya rawatan seharusnya dibuat
pada punca seperti kehendak Manual Saliran Mesra Alam. Seterusnya
kumpulan mencadangkan agar dibuat projek perintis dengan memasang produk
inovasi pada punca pencemaran. Tambahan komponen terhadap produk inovasi
adalah pemasangan GPT dan tangki rawatan. EM akan disembur ke dalam GPT
untuk menghuraikan bahan pencemar organik di samping merawat air. Untuk
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 8
CABARAN INOVASI 2015
mempercepatkan proses rawatan, oksigen dibekalkan ke dalam GPT melalui
‘blower’. Sistem diprogramkan agar ‘blower’ beroperasi serentak dengan sembur
dibuat.
Projek perintis untuk sistem ini di pasang di Perlis dan di Terengganu.
Daripada maklumbalas yang diperolehi, kedua-dua negeri ini berpuas hati
dengan sistem yang telah dipasang. Sekarang beberapa pejabat JPS Negeri
sedang dalam proses untuk memasang sistem ini di beberapa lokasi di negeri
masing-masing.
2.4.2 Kenapa EM
Kaedah rawatan menggunakan EM mula diperkenalkan kepada JPS oleh
YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Fuad Embi, mantan Timbalan Ketua Pengarah 1 JPS
Malaysia pada tahun 2005. EM adalah teknologi dari Jepun yang menggunakan
beberapa jenis bakteria berfaedah untuk pelbagai guna. Ia digunakan di lebih
dari 100 buah negara termasuk Thailand dan Indonesia. Di Malaysia, selain
digunakan untuk tujuan pertanian dan penternakan, EM banyak digunakan untuk
merawat pencemaran air.
Program pertama JPS yang menggunakan EM adalah “Kempen Sungai
Perlis Bersih” yang telah diadakan pada 22 April 2006. Kempen ini dirasmikan
oleh YAB Menteri Besar Perlis dan dijalankan dengan penglibatan pelatih PLKN
dan orang awam. Bebola EM dicampak ke dalam Sungai Perlis yang kualiti
airnya berada pada kelas III-IV. Di samping penggunaan bebola EM, larutan EM
juga disembur ke dalam sungai. Dalam tempoh dua bulan sahaja, kualiti air
Sungai Perlis telah meningkat kepada kelas I-IIA.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 9
CABARAN INOVASI 2015
Mantan TKP 1 JPS menyampaikan ucapan alu-aluan di Program Kempen “Sungai Perlis Bersih”
Sesi mencampak bebola EM ke dalam Sungai Perlis diketuai oleh YAB Menteri Besar Perlis
Cecair EM turut disembur ke dalam sungai
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 10
CABARAN INOVASI 2015
Laporan kualiti air selepas rawatan
Satu lagi contoh keberkesanan penggunaan EM adalah oleh JPS Perak.
EM digunakan untuk merawat air larut resap (leachate) dari tapak pelupusan
sampah di Bercham, Ipoh. Dalam tempoh satu bulan rawatan sahaja, perubahan
ketara telah dapat disaksikan.
EM disembur ke dalam kolam air larut resap (leachate)
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 11
CABARAN INOVASI 2015
Sampel air larut resap sebelum dan selepas rawatan
Selain daripada JPS, EM turut digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan
syarikat swasta. Ini membuktikan bahawa buat masa kini, EM adalah kaedah rawatan
yang murah dan berkesan.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 12
CABARAN INOVASI 2015
Antara keratan akhbar menunjukkan penggunaan EM oleh PBT dan pihak swasta
Daripada penjelasan di atas, disimpulkan bahawa sehingga sekarang
penggunaan EM merupakan kaedah rawatan yang amat murah dan berkesan.
Oleh itu, produk inovasi dihasilkan untuk digunakan oleh larutan EM sehinggalah
dapat dibuktikan terdapat larutan lain yang lebih baik, murah dan berkesan
daripada larutan EM.
2.5 Produk Inovasi
Komponen yang terdapat dalam ‘EM Biodegrader Pump System’ (EM BDPS)
adalah:
Rumah pam,
Tangki storan larutan EM,
Panel solar dan ‘solar charger’,
Bateri dan ‘power inverter’
Panel kawalan,
Perangkap sampah (Gross Pollutant Trap, GPT), dan
Tangki rawatan.
Rumah pam disediakan untuk menempatkan tangki storan EM, pam, ‘blower’,
panel kawalan, bateri, ‘power inverter’ dan ‘solar charger’ di dalamnya. Panel solar
pula ditempatkan di atas bumbung rumah pam bertujuan untuk menyerap haba
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 13
CABARAN INOVASI 2015
daripada matahari dan ditukarkan kepada kuasa elektrik dengan alat ‘solar charger’
yang ditempatkan dalam panel kawalan. Haba elektrik ini kemudiannya disimpan di
dalam bateri untuk digunakan untuk menghidupkan sistem pam dan ‘blower’ mengikut
masa yang telah diprogramkan. Kuasa yang disimpan dalam bateri adalah dalam
‘Direct Current, DC’ dan apabila hendak dihidupkan pam dan ‘blower’, kuasa ini ditukar
ke ‘Alternating Current, AC’ dengan alat ‘power inverter’. Sila rujuk lampiran untuk
“Operasi ‘EM Biodegrader Pump System’”.
Kos pemasangan sistem ini dengan tangki storan berkapasiti 1000 liter adalah
RM50,000.00 sementara kos untuk sistem dengan tangki storan berkapasiti 3,000 liter
adalah RM70,000.00.
2.6 Kolaborasi
Produk ini boleh dikatakan dihasilkan dengan kolaborasi antara JPS Bahagian
iaitu Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI) dan Bahagian Rekabentuk dan
Empangan (BRE) serta JPS Negeri iaitu Negeri Perlis, Kedah, Perak, Negeri
Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun projek ini bukan
daripada Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, ahli dari BPMI dan BRE telah
pernah bertugas di Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai semasa Program 1N1S
mula dilancarkan. Ahli-ahli kumpulan dari JPS Negeri sememangnya bertugas di
Bahagian Sungai di negeri masing-masing.
Selain daripada itu, kumpulan ini berkolaborasi juga dengan syarikat yang
membekal EM iaitu EM Malaysia Groups (M) Sdn Bhd. Syarikat ini dilibatkan bertujuan
untuk mencuba dan menguji produk inovasi yang dihasilkan dengan larutan EM.
2.7 Maklumbalas Dari Stakeholder
Buat masa kini, pemasangan produk inovasi hanyalah untuk JPS Negeri di
bawah Program 1N1S. Maklumbalas daripada stakeholder berkaitan keberkesanan
produk yang telah digunakan diperolehi melalui sesi lawatan ke tapak oleh Dato’
Penasihat bersama 2 orang ahli dari BPMI dan BRE di Ibu Pejabat JPS Malaysia.
Turut hadir bersama adalah Pengarah JPS Negeri berkenaan berserta pegawai-
pegawainya di mana salah seorangnya adalah ahli kumpulan ini. Dengan cara
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 14
CABARAN INOVASI 2015
bersemuka begini, segala pandangan, cadangan dan maklumbalas disampaikan
dengan lebih jelas.
Lawatan ke Melaka untuk mendapatkan maklumbalas
Lawatan ke Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumbalas
Lawatan ke Perlis untuk mendapatkan maklumbalas
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 15
CABARAN INOVASI 2015
Lawatan ke Terengganu untuk mendapatkan maklumbalas
3. FAEDAH INOVASI
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 16
CABARAN INOVASI 2015
Kumpulan sedar, pengambilan pekerja baru sudah dikurangkan kerana kerajaan
sedang berusaha mengecilkan kakitangan perkhidmatan awam untuk mengurangkan
perbelanjaan awam. Tugas-tugas akibat dari kekosongan yang tidak diisi terpaksa
diagih-agihkan kepada kakitangan sedia ada. Oleh itu, produk ini dihasilkan dengan
harapan dapat mengelakkan kebergantungan kepada tenaga pekerja di samping
mengoptimumkan penggunaan bahan rawatan.
Penggunaan solar panel dalam produk ini menggalakkan penggunaan sumber
tenaga elektrik alternatif. Kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dihasilkan dari
bahan bakar akan meningkatkan penggunaan bahan bakar yang perlu diimpot dari
luar negara. Negara kita dirahmati Allah dengan panas hampir sepanjang tahun. Oleh
itu, amatlah rugi jika kita tidak memanfaatkan rahmat yang Allah berikan.
Produk ini memudahkan proses pelaksanaan kerja. Tiada tenaga pekerja JPS
diperlukan untuk melaksanakan tugas rawatan. Masa untuk dibuat semburan
diprogramkan dan dos semburan untuk setiap kali semburan dibuat juga telah
diprogramkan. Semburan akan dibuat secara automatik. Sebulan sakali syarikat
pembekal EM akan datang membawa bekalan EM untuk tempuh kegunaan sebulan di
samping membuang bahan pencemar bukan organik dari dalam GPT. Kualiti air
dirawat, bau busuk diatasi dan bahan pencemar dihalang dari memasuki sungai.
4. KEBERKESANAN
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 17
CABARAN INOVASI 2015
Penggunaan EM sebagai bahan rawatan air memang amat berkesan untuk
meningkatkan kualiti air. Produk inovasi ini memberi alternatif kepada kaedah
pelaksanaan kerja. Di samping merawat kualiti air dengan dos yang sebenar, bau
busuk juga dapat diatasi. Rawatan pada punca menyediakan ruang untuk
pemasangan GPT dan tangki rawatan. GPT bertujuan menghalang bahan pencemar
daripada memasuki ke dalam sungai dan tangki rawatan memberi sedikit masa untuk
proses rawatan air dengan EM berlaku sebelum mengalir keluar ke sungai.
Buat masa ini, projek perintis dipasang hanya untuk JPS. Daripada
maklumbalas yang diberi semasa sesi lawatan dan perbincangan di tapak, pihak JPS
Negeri di mana produk ini dipasang amat berpuas hati dengan keberkesanan produk
ini. Masyarakat umum sudah semestinya berpuas hati sekiranya kualiti air sungai
dapat dipertingkatkan, bau busuk dapat diatasi serta bahan pencemaran seperti bekas
makanan polystyrene dan botol plastik tidak terdapat di dalam sungai. Aduan-aduan
daripada masyarakat umum melalui akhbar mahupun media massa adalah sekiranya
sungai terlalu kotor dan busuk serta dipenuhi dengan bahan pencemar.
Untuk menunjukkan bahawa pihak JPS amat menerima produk inovasi ini,
beberapa pejabat JPS Negeri sedang dalam proses untuk memasang EM BDPS di
beberapa lokasi di negeri masing-masing. Kumpulan ini tidak dapat menunjukkan
buktinya (dokumen sebutharga) kerana khuatir ianya merupakan dokumen sulit
kerajaan.
Penghasilan produk ini akan membantu JPS mencapai objektif pelaksanaan
Program Satu Negeri Satu Sungai iaitu:
Untuk memastikan sungai bersih, hidup dan vibran dengan mencapai kualiti air Kelas II;
Untuk menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang
semulajadi; dan
Untuk mengekalkan nilai aset sungai.
Penggunaan produk ini mampu membantu merawat dan meningkatkan kualiti air
sungai untuk jangka masa panjang, selagi ianya diperlukan. Namun begitu, kaedah
rawatan sepatutnya menjadi kaedah untuk jangka masa pendek iaitu untuk merawat
kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia. Kaedah ini perlu berjalan seiring
dengan kaedah jangka masa panjang iaitu melalui program-program kesedaran dan
kempen-kempen kebersihan terutamanya kepada generasi muda dan pelajar-pelajar.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 18
CABARAN INOVASI 2015
Adalah diharapkan melalui program kesedaran dan kempen kebersihan yang
berterusan, generasi muda ini akan mengubah budaya pengotor yang diamalkan oleh
ramai generasi kini kepada budaya pembersih.
Jika kedua-dua kaedah jangka pendek dan jangka panjang berjalan seiringan,
insyaAllah, sungai-sungai kita akan lebih bersih dengan kualiti airnya yang lebih baik.
5. SIGNIFIKAN
Produk inovasi yang dihasilkan ini berjaya merubah kaedah pelaksanaan kerja
daripada secara manual kepada secara automatik. Produk ini berjaya meningkatkan
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 19
CABARAN INOVASI 2015
kualiti air sungai dan menghilangkan bau busuk di samping menghalang bahan
pencemar daripada memasuki ke dalam sungai. Pemilik EM BDPS (sekarang ini
hanya JPS) tidak perlu memikirkan isu tenaga kerja untuk melaksanakan kerja-kerja
rawatan air dan pembuangan bahan pencemar. Bahan pencemar yang tinggal
hanyalah bahan bukan organik yang dengan senang akan dibuang oleh pihak syarikat
pembekal EM setiap bulan semasa membuat penghantaran stok EM baru. Kaedah
rawatan secara automatik ini hanya akan menyembur larutan EM pada dos dan masa
yang telah diprogramkan. Dengan ini, penggunaan bahan rawatan adalah secara
optimum.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, penggunaan produk inovasi ini
memastikan penggunaan bahan rawatan adalah secara optimum kerana dos
semburan yang diprogramkan bergantung kepada kuantiti dan kualiti air yang hendak
dirawat. Pemasangan produk ini pada punca pencemaran memberi lebih
keberkesanan kerana semburan dibuat di dalam GPT di samping dibekalkan oksigen
melalui ‘blower’ untuk mempercepatkan proses penghuraian bhan pencemar organik.
Tangki rawatan yang dibina selepas GPT memberi sedikit masa untuk proses rawatan
air dengan EM berjalan dengan lebih berkesan. Kaedah rawatan pada punca ini
sememangnya diberi penekanan dalam Manual Saliran Mesra Alam dan ianya lebih
baik dan berkesan daripada semburan EM dibuat terus ke dalam sungai. Kuantiti EM
yang perlu disembur terus ke dalam sungai adalah tinggi kerana kuantiti airnya yang
banyak serta bahan rawatan tersebut akan dibawa mengalir ke hilir sungai dan terus
ke laut.
Daripada penjelasan-penjelasan sebelum ini adalah jelas produk inovasi ini
mampu menawarkan alternatif penyelesaian kepada isu bahan pencemar (organik dan
bukan organik) daripada memasuki ke dalam sungai dan penggunaan bahan rawatan
dapat dibuat secara optimum. Sekiranya produk ini digunakan juga oleh PBT dengan
membuat pemasangan pada punca pencemaran di kawasan pentadbirannya isu
pencemaran sungai dapat dikurangkan dan insyaAllah dalam jangka masa panjang
akan dapat diatasi.
6. RELEVAN
Penggunaan solar panel dalam produk inovasi ini bertujuan untuk menghasilkan
tenaga eletrik sebagai alternatif kepada bekalan elektrik TNB. Ini untuk menghidupkan
pam dan ‘blower’ pada masa yang telah diprogramkan. Penggunaan tenaga elektrik
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 20
CABARAN INOVASI 2015
alternatif ini adalah selaras dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang dirasmikan
oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Julai 2009 untuk menggalakkan
penggunaan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
GPT yang dipasangkan dalam EM BDPS ini bertujuan menghalang bahan
pencemar organik dan bukan organik daripada memasuki sungai. EM yang disembur
ke dalam GPT bertujuan menghuraikan pencemar oraganik. Oksyen yang dimasukkan
melalui ‘blower’ mempercepatkan proses penghuraian pencemar organik. Dengan
penghuraian pencemar oraganik, bahan pencemar yang tertinggal dalam GPT adalah
pencemar bukan organik seperti bekas makanan polystyrene dan botol air plastik.
Pengurangan bahan pencemar dalam GPT dengan terhurainya pencemar organik
memudah proses pembuangan bahan pencemar dari dalam GPT. Dengan ini bahan
pencemar dapat dihalang dari memasuki sungai dan sungai-sungai akan bebas
daripada bahan pencemar dan kualiti airnya dapat ditingkatkan.
Walaupun produk inovasi ini dihasilkan oleh JPS, pemasangannya boleh dibuat
oleh Pihak Berkuasa Tempatan memandangkan premis-premis yang menghasilkan
bahan pencemar berada di dalam kawasan pentadbirannya. Dalam Program ‘River of
Life’ (RoL), kerjasama antara JPS, PBT dan beberapa agensi lain boleh diujudkan.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan kerjasama serupa antara JPS dan PBT dalam
isu penggunaan EM BDPS dapat dijalinkan. PBT boleh, dengan kerjasama beberapa
pihak swasta yang beroperasi di dalam kawasan pentadbirannya, menjadikan EM
BDPS yang dipasang sebagai ‘anak angkat’ pihak swasta berkenaan.
7. KESIMPULAN
Bahan rawatan EM sememangnya telah terbukti untuk merawat air sungai.
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan pengalaman JPS sendiri yang banyak
menggunakannya di bawah Program 1N1S. Di samping pihak JPS, beberapa PBT dan
agensi swasti juga turut menggunakan EM untuk merawat air.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 21
CABARAN INOVASI 2015
Jika sebelum ini kaedah rawatan adalah dengan menyembur larutan EM secara
manual terus ke dalam sungai, produk inovasi kumpulan ini memberi alternatif
terhadap kaedah pelaksanaan kerja iaitu semburan dibuat secara automatik dengan
dos yang sebenar dan pemasangan produk inovasi adalah pada punca pencemaran
sebelum pencemaran memasuki sungai. Kaedah ini bertepatan dengan kehendak
Manual Saliran Mesra Alam. Penggunaan tenaga elektrik alternatif dengan
pemasangan panel solar menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara.
Pulangan kos pemasangan akan dapat dikembali jika dikira penjimatan untuk
menyediakan tenaga pekerja, penyediaan ruang penyimpanan bekalan EM serta kos
peralatan dan pengangkutan peralatan dan larutan EM dari tempat penyimpanan ke
tapak untuk kerja-kerja semburan yang perlu dijalankan setiap minggu.
Kumpulan ‘River Transformer’ yakin produk inovasi ini iaitu ‘EM Biodegrader
Pump System’ sangat berfaedah, berkesan, signifikan dan relevan untuk
menyelesaikan isu pencemaran air sungai.
STESEN RAWATAN AIR SUNGAI”EM BIODEGRADER PUMP SYSTEM” m/s 22