cara belajar yang diamalkan oleh pelajar … filetumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat...
TRANSCRIPT
i
CARA BELAJAR YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR TINGKATAN
EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG ADANG DALAM
MATA PELAJARAN MATEMATIK
WAHIDA SHAKIRA BINTI AHMAD
Tesis Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
ii
“Saya akui karya ini adalaah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : Wahida Shakira binti Ahmad
Tarikh : 31 MAC 2006
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Dedikasi yang tidak terhingga
buat ayahanda dan bonda tersayang
Hj. Ahmad bin Daud & Hjh Zaleha binti Hj Musa
Atas curahan kasih sayang, pengorbanan
Dan kesudian melayan kerenahku
Buat suami tercinta
Muhamadi bin Mustapar
Kaulah suami, kekasih, teman dan sahabat
Pada saat diriku hampir jatuh
Kau sentiasa disisi menghibur dan mendorong
Buat adik-beradik
Ahmad Zamzamiri & Nor A’ishah,
Warisha Amira & Jaafar,
Arwah Nadia Rasmimi & Ummu Bararah
Kalian sentiasa bersama
Sering membantu kala diri ini memerlukan
Buat sahabat-sahabat seperjuangan
Seiring susah dan senang,
Terima kasih yang tidak terhingga
Atas ikatan persahabatan
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Projek Sarjana
Muda ini dapat disempurnakan
Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penyelia pembimbing
Projek Sarjana Muda ini, Cik Hadijah binti Jaffri di atas tunjuk ajar, perbincangan,
perkongsian ilmu dan masa yang diperuntukkan bersama di sepanjang tempoh
penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga buat Hjh. Nuriah binti Jalil selaku pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tanjung Adang kerana membenarkan kajian dijalankan di
sekolah tersebut, guru-guru serta pelajar-pelajar yang terlibat kerana memberi kerjasama
dan bantuan bagi menjayakan kes ini.
Penghargaan juga kepada mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
Sekian, terima kasih
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau cara belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar
tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang dalam mata pelajaran
matematik. Perbincangan tertumpu kepada cara belajar matematik meliputi aspek
tumpuan di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar
secara berkumpulan serta pengurusan masa belajar. Pengkaji menggunakan
persampelan rawak mudah sebagai cara memilih 45 orang pelajar sebagai sampel kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berupa set soal selidik. 40 persoalan kajian
dirangka untuk melihat hubungan di antara persoalan kajian dengan cara belajar yang
mereka amalkan. Data yang diperoleh dianalisis ke dalam bentuk peratus dan min
menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Version 12.0
for Windows. Hasil kajian menunjukkan bahawa cara belajar yang diamalkan oleh
pelajar dalam mata pelajaran matematik bagi aspek tumpuan di dalam kelas, membuat
latihan sebagai ulangkaji, belajar secara berkumpulan dan pengurusan masa belajar
secara keseluruhannya adalah diamalkan pada tahap sederhana. Manakala amalan
pelajar membuat nota matematik adalah pada tahap yang memuaskan berdasarkan skor
min pada tahap yang tinggi (3.70). Adalah dicadangkan agar satu pendekatan yang lebih
terarah dan sistematik dapat dipraktikkan dalam perancangan amalan cara belajar mata
pelajaran matematik pada masa hadapan.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to observe the study methods adopted by form four students
of Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang in mathematics subject. The
discussion were focused on study methods for mathematics subject in terms of attention
in the class, making class notes, revision by doing exercises and completing
mathematics exercises, group study as well as time management. The researcher used
simple random sampling as a method to select 45 students as research samples. The
instrument used in this research was a set of questionnaires. 40 questions were
formulated to observe the study methods used by the students. The data from the
questionnaires were analysed in percentage and mean by Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS), Version 12.0 for Windows. It was found that study methods
used by the form four students are at minimum level in terms of attention in the class,
revision by doing exercises and completing mathematics exercises, group study as well
as time management. The study showed that the practices of making class notes are at
satisfactory level based on the mean (3.70). It is suggested that more systematic and
structured approach to study mathematics should be implemented by students to study
mathematics.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Halaman Abstrak Dalam Bahasa Malaysia v
Halaman Abstrak Dalam Bahasa Inggeris vi
Halaman Kandungan vii
Halaman Senarai Jadual xi
Halaman Senarai Rajah xiii
Halaman Senarai Lampiran xiv
BAB 1 PENGENALAN KAJIAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rasional Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Kerangka Konsep 10
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Pelajar 12
1.9.2 Cara Belajar 12
viii
1.9.2.1 Tumpuan Di Dalam Kelas 12
1.9.2.2 Membuat Nota 13
1.9.2.3 Membuat latihan sebagai Ulangkaji 13
1.9.2.4 Belajar Secara Berkumpulan 13
1.9.2.5 Pengurusan Masa Belajar 14
1.9.3 Pembelajaran 14
1.10 Penutup 14
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 16
2.2.1 Cara Belajar 17
2.2.2 Tumpuan Pelajar Di Dalam Kelas 18
2.2.3 Membuat Nota 21
2.2.4 Membuat Latihan Sebagai Ulangkaji 22
2.2.5 Belajar Secara Berkumpulan 24
2.2.6 Pengurusan Masa Belajar 25
2.3 Penutup 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Sampel Kajian 30
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Prosedur Kajian 32
3.6 Andaian-Andaian 34
3.7 Analisis Data 34
ix
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 37
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 38
4.3 Analisis Bahagian A - Latar Belakang Responden 38
4.3.1 Jantina 38
4.3.2 Bangsa 39
4.3.3 Aliran 39
4.3.4 Keputusan Mata Pelajaran Matematik
(PMR) Tahun 2005 40
4.4 Analisis Bahagian B – Tinjauan Terhadap Cara
Belajar Yang Diamalkan Oleh Pelajar Tingkatan
Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung
Adang Dalam Mata Pelajaran Matematik 41
4.4.1 Persoalan Kajian 1 41
4.4.2 Persoalan Kajian 2 44
4.4.3 Persoalan Kajian 3 47
4.4.4 Persoalan Kajian 4 50
4.4.5 Persoalan Kajian 5 53
4.5 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 56
4.6 Penutup 57
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 58
5.2 Perbincangan 59
5.2.1 Tumpuan Pelajar Di Dalam Kelas Bagi
Mata Pelajaran Matematik 60
5.2.2 Membuat Nota Bagi Mata Pelajaran
Matematik 61
x
5.2.3 Membuat Soalan Latihan Sebagai
Ulangkaji Bagi Mata Pelajaran Matematik 63
5.2.4 Belajar Secara Berkumpulan Bagi Mata
Pelajaran Matematik 64
5.2.5 Pengurusan Masa Belajar Bagi Mata
Pelajaran Matematik 65
5.3 Rumusan Kajian 67
5.3.1 Rumusan Maklumat Latar Belakang
Responden 68
5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 68
5.4 Kesimpulan 70
5.5 Cadangan 73
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.7 Penutup 75
Rujukan 76
Lampiran 82
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
3.1 Skala Likert 31
3.2 Jadual Spesifikasi Ujian 32
3.3 Nilai Kolerasi Dan Interpretasi daripada Rowntree 33
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 35
3.5 Petunjuk Min untuk Mengukur Darjah Penilaian Terhadap
Responden 36
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden mengikut Jantina 38
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Aliran 39
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Keputusan PMR Bagi Mata Pelajaran Matematik 40
4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Aspek Tumpuan Di Dalam Kelas Bagi Mata Pelajaran
Matematik 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Aspek Membuat Nota Bagi Mata Pelajaran Matematik 45
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Aspek Membuat Soalan Latihan Sebagai Ulangkaji Bagi
Mata Pelajaran Matematik 48
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Aspek Belajar Secara Berkumpulan Bagi Mata Pelajaran
Matematik 51
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan Min
Bagi Aspek Pengurusan Masa Belajar Bagi Mata
Pelajaran Matematik 54
xii
4.9 Analisis Keseluruhan Min Responden Yang Menjawab
Persoalan Kajian 56
5.1 Purata Peratus Dan Min Bagi Setiap Persoalan Kajian
Berdasarkan Kepada Jawapan Responden 59
xiii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka Surat
1 Kerangka Konsep 11
xiv
SENARAI LAMPIRAN
No. Lampiran Tajuk Muka Surat
1 Borang Kajian Soal Selidik 82
2 Surat Kebenaran Menkjalankan Kajian Dari
Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan
EPRD 89
3 Keputusan Kajian Rintis 91
1
BAB 1
PENGENALAN KAJIAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia melihat pendidikan sebagai satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian serius demi menjamin ke arah pembangunan negara yang mantap serta
warganegara yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu pelbagai
usaha telah dilakukan bagi menjamin ke arah mutu pendidikan yang mampan dan
berdaya saing tinggi.
Selaras dengan pembangunan negara yang mantap, matematik sebagai mata
pelajaran teras amat ditekankan dalam dunia pendidikan hari ini. Bahkan penguasaan
dan penggunaan matematik amat dititik beratkan dalam setiap peringkat pengajian sama
ada peringkat rendah, menengah mahupun peringkat pengajian tinggi. Matematik juga
telah dianggap sebagai mata pelajaran penilai yang bertindak untuk mengukur
kecemerlangan akademik seseorang pelajar selain telahan bahawa seseorang pelajar itu
cerdik dan boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi jika mampu menguasai
mata pelajaran ini dengan baik. Namun begitu mata pelajaran ini jugalah yang sering
2
menjadi masalah kepada segelintir pelajar kerana dianggap sukar serta sulit untuk
difahami.
Meskipun matlamat pelajar berupa kecemerlangan namun sebenarnya masih
ramai pelajar yang belajar tanpa kemahiran belajar yang tinggi serta dengan gaya
mengulangkaji yang tidak betul di samping kaedah pembelajaran yang tidak efisyen.
Oleh demikian, bagi meningkatkan lagi minat pelajar dengan cara belajar yang
berkesan terhadap mata pelajaran matematik, guru merupakan agen utama dalam
membina keyakinan, motivasi, kesungguhan serta mengubah minda pelajar bahawa
matematik bukanlah mata pelajaran yang sukar dikuasai selain turut membimbing pelajar
ke arah pembelajaran berfikrah.
Setiap pembaharuan perlukan perubahan dan perubahan yang utama ialah
perubahan paradigma, sikap dan perlakuan agar setiap orang mampu berfungsi dan
bersaing secara cekap dan berketrampilan. Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa
pelajar harus ditekankan disiplin dan pembentukan sikap yang sesuai dan perlu untuk
kecemerlangan. Sifat-sifat seperti rajin, bersungguh-sungguh, tidak lekas putus asa, mahu
mencuba, memberi perhatian rapi dan seterusnya patut ditegaskan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.
Mengikut Sulaiman Masri (1996), perkara utama dalam proses pembelajaran
untuk mencapai kecemerlangan akademik adalah pelajar itu sendiri. Manakala beberapa
unsur yang mengganggu dan menggugat kecemerlangan diri pelajar adalah seperti
matlamat yang tidak jelas, tiada cita-cita, mudah terpengaruh, tidak pandai mengurus
masa, malas belajar, tidak minat membaca, lemah semangat dan berfikiran negatif.
3
Memandangkan tabiat belajar pelajar sebagai antara faktor untuk mencapai
kecemerlangan dalam pembelajaran, maka kajian ini dilakukan bagi meninjau cara
belajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mata pelajaran matematik dari aspek tumpuan
di dalam kelas, membuat nota, membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar secara
berkumpulan serta pengurusan masa belajar. Namun begitu aspek tersebut bukanlah
aspek yang dominan dan boleh dipengaruhi oleh motivasi, persekitaran, dorongan
keluarga serta pengaruh rakan sebaya.
Untuk berjaya, selain motivasi yang tinggi, pelajar perlukan kemahiran belajar
yang berkesan. Belajar dengan kaedah yang betul bercampur minat, motivasi dan
kesungguhan yang tinggi. (Amer Shaker Zainal, 2001).
Kecemerlangan bukan sahaja merupakan hasil atau ‘outcomes’ tetapi ia juga
merangkumi pengisiannya dan inputnya sekaligus (Wan Abdul Manan Wan Muda,
1994).
Maka melalui penyelidikan ini diharap dapat dijadikan panduan untuk
memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan amalan pembelajaran yang berkesan
bagi setiap individu pelajar dalam mata pelajaran matematik demi kecemerlangan pelajar
itu sendiri.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebanyakan pelajar-pelajar kini mengetahui bahawa matematik merupakan mata
pelajaran penting yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Apatah lagi kepada
pelajar-pelajar tingkatan menengah atas kerana mata pelajaran ini merupakan antara mata
pelajaran penting yang perlu pelajar bawa apabila ingin melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Namun rata-rata pelajar bimbang serta menganggap mata pelajaran ini sangat
sukar dan keliru tentang bagaimana cara belajar yang sepatutnya diamalkan bagi
memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran ini. Seperti mana
dinyatakan oleh Masita Miskam (2002), suatu hal yang jelas ialah ilmu matematik
merupakan suatu mata pelajaran yang membimbangkan ramai pelajar sama ada peringkat
rendah mahupun diperingkat pengajian tinggi. Rata-rata pelajar berasa gelisah dan tidak
yakin untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam ilmu yang menggoncang keutuhan
semangat dan penaakulan mereka itu.
Pelajar berasa terbeban dengan perasaan bimbangkan mata pelajaran matematik
yang dianggap sukar. Malah ditambah lagi dengan cara belajar yang kurang berkesan.
Rohana Zubir (1987) menyatakan teknik pembelajaran di peringkat sekolah menengah
kelihatan tidak seimbang dengan jangkaan pembelajaran. Secara amnya, pembelajaran
yang biasa diamalkan pada masa kini ialah pelajar belajar untuk lulus periksa, menghafal
nota, tidak melibatkan diri dengan kegiatan belajar berkumpulan serta dipengaruhi oleh
jangkaan guru. Selain daripada cara belajar yang tidak menyeronokkan seperti ini,
terdapat cara pengajaran yang menggunakan banyak penyampaian lisan yang berpusatkan
guru.
5
Maka dapat dirumuskan bahawa masalah yang wujud adalah berkemungkinan
besar disebabkan oleh penggunaan cara belajar yang kurang berkesan walaupun pelajar-
pelajar ini rajin, tekun dan bersemangat dalam pembelajaran. Selain itu, mungkin ianya
dibebani dengan masalah-masalah peribadi dan persekitaran.
Sheikh Ismail (1998) yang membuktikan bahawa pelajar sememangnya berminat
dalam mata pelajaran matematik. Sungguhpun mereka berminat dalam mata pelajaran
matematik tetapi mereka mengakui bahawa mereka tidak tahu cara belajar matematik
dengan berkesan
Menurut Hassan Mohd Ali (1996), kejayaan pelajar bukanlah semata-mata
didorong oleh faktor kecerdasan mental bahkan juga dipengaruhi oleh kaedah belajar
yang baik. Kejayaan ini bukan kerana dilahirkan pintar tetapi berkat daripada usaha serta
kegigihan menjadi seorang yang berjaya. Menurut beliau lagi, usaha yang gigih belum
menentukan hasil yang maksimum sekiranya kaedah belajar yang digunakan tidak
bersistematik. Usaha yang gigih akan mencapai hasil jika dicurahkan dengan tersusun,
teratur dan bersistematik.
Maka di sini perlunya satu rancangan kerja yang teratur untuk penyelarasan
mental yang baik. Namun begitu rata-rata pelajar kini belajar tanpa pengurusan masa
yang betul yang akhirnya merugikan diri sendiri apatah lagi dalam mata pelajaran
matematik yang sememangnya perlukan latihan serta kemahiran yang berterusan
daripada pelajar.
Hassan Langgulung (1977), menyatakan bahawa keluhan yang paling sering
diucapkan oleh murid-murid (sekolah menengah) adalah mereka yang tidak mempunyai
waktu yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran.
6
Hassan Mohd Ali (1996) pula menegaskan, bahawa ramai pelajar gagal dalam
peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi semasa belajar.
Mereka menghadapi pelajaran secara tidak sistematik. Diantaranya tidak mempunyai
jadual waktu yang baik, suka merugikan masa, suka menangguhkan masa untuk belajar,
suka belajar last minute sewaktu hampir peperiksaan dan tiada susunan prioriti atau tidak
tahu yang mana penting atau yang kurang penting.
Oleh kerana bermaknanya sebuah kejayaan kepada setiap individu dalam
menjana kemajuan negara maka perlunya satu tinjauan terhadap cara belajar yang
diamalkan bagi membantu individu pelajar disamping guru sebagai pembimbing
membantu pelajar menghadapi sebarang masalah dan kekeliruan dalam matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Pembelajaran dengan teknik yang betul memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi kejayaan akademik seorang pelajar. Kamarudin (1989), mengatakan
proses pembelajaran memerlukan beberapa teknik supaya maklumat yang dihadapi boleh
difahami dan diingati dengan mudah. Dari kajiannya didapati 75% pelajar belajar dengan
teknik yang salah dan 72% pelajar kurang membaca. Beliau juga menambah bahawa
pelajar perlu diberi semangat dan kesedaran tentang teknik pembelajaran yang sesuai dan
berkesan. Nasihat yang positif seperti meyakinkan kebolehan diri, belajar berterusan
daripada awal, banyak membaca, berbincang sesama rakan dan guru hendaklah sentiasa
diberitahu.
7
Menurut Siti Hawa Munji (1987), keperluan teknik belajar adalah penting. Ini
adalah kerana adanya teknik belajar yang berkesan maka proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih licin dan sistematik. Kajian beliau juga mengatakan bahawa
pelajar tidak dapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan
masa, pencatatan nota, mengadakan rundingcara dan masalah menghadapi peperiksaan.
Dalam kajian Omar pula (1999) mendapati 66.9% pelajar mengamalkan cara
belajar yang kurang berkesan. Kajian yang dijalankan oleh Chiam (1983) terhadap
sekolah-sekolah luar bandar, menunjukkan 60.9% daripada pelajar-pelajar menyedari
bahawa kebiasaan cara belajar mereka tidak berkesan.
Manakala kajian ke atas 323 pelajar sekolah menengah atas mendapati sebab
membenci matematik, di mana 80 % telah memberi sebab matematik adalah suatu mata
pelajaran yang sukar manakala 16 % pelajar memberi sebab membenci matematik
disebabkan sikap guru yang kurang baik (Ng See Ngean, 1972).
Berdasarkan kepada pernyataan-pernyataan masalah di atas, maka kajian ini
dijalankan bertujuan untuk meninjau cara yang diamalkan oleh pelajar tingkatan empat
dalam mata pelajaran matematik yang meliputi pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Tanjung Adang merangkumi aspek tumpuan di dalam kelas, membuat nota,
membuat latihan sebagai ulangkaji, belajar secara berkumpulan serta pengurusan masa
belajar
8
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan:
i. Meninjau tahap tumpuan pelajar dalam kelas bagi mata pelajaran
matematik.
ii. Mengenalpasti cara belajar yang diamalkan pelajar dari aspek membuat
nota, membuat latihan sebagai ulangkaji dan belajar secara berkumpulan
dalam mata pelajaran matematik.
iii. Meninjau tahap pengurusan masa belajar bagi mata pelajaran matematik
yang diamalkan oleh pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk menjawab
i. Apakah tahap tumpuan pelajar dalam kelas bagi mata pelajaran
matematik?
ii. Adakah pelajar membuat nota bagi mata pelajaran matematik?
iii. Adakah pelajar membuat latihan sebagai ulangkaji bagi mata pelajaran
matematik?
iv. Adakah pelajar mengamalkan cara belajar secara berkumpulan dalam mata
pelajaran matematik?
v. Apakah tahap pengurusan masa belajar bagi mata pelajaran matematik
yang diamalkan oleh pelajar?