cara menulis jurnal

3
Tajuk Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Tajuk yang baik seeloknya menarik perhatian ramai untuk membacanya. Abstrak Abstrak artikel perlu mengandungi pendahuluan ringkas tentang kajian. Selepas itu, penulis perlu menerangkan objektif utama dan objektif terperinci kajian. Sekiranya objektif itu melebihi dua perkara, penulis boleh mempertimbangkan penggunaan nombor bagi menjelaskan perkara ini. Selepas itu, metodologi kajian perlu dijelaskan dengan terperinci. Ia melibatkan reka bentuk kajian, populasi serta kaedah persampelan. Penulis juga perlu menyenaraikan dapatan kajian secara ringkas mengikut turutan objektif kajian tadi. Penggunaan nombor juga mungkin boleh dipertimbangkan sekiranya objektif itu melebihi dua perkara. Abstrak kajian juga perlu disertakan secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun sumbangan kajian terhadap badan ilmu. Jumlah bilangan perkataan dalam abstrak adalah bergantung kepada jurnal. Ada yang menetapkan tidak melebihi 100 patah perkataan, namun kebiasaannya adalah antara 100 sehingga 300 patah perkataan. Sekiranya bilangan abstrak melebihi atau berkurangan daripada jumlah yang ditetapkan, maka kebiasaannya pihak jurnal akan memulangkan artikel itu kembali kepada penulis untuk diperbaiki. Malah ada jurnal yang menetapkan format tertentu dalam penulisan abstrak. Perkara ini bergantung kepada pihak jurnal. Pendahuluan Pendahuluan artikel perlu mempunyai latar belakang kajian serta teori yang mendasari kajian tersebut. Penulis juga perlu menjelaskan kajian-kajian terdahulu yang pernah membincangkan persoalan yang serupa. Ini bagi membolehkan pembaca melihat kedudukan kajian terbaru ini dalam badan ilmu. Seterusnya, penulis perlu membentangkan pernyataan masalah kajian yang mendorong kajian itu dilakukan. Begitu juga, apakah bentuk sumbangan kajian baru ini terhadap badan ilmu secara keseluruhannya. Kemudian, penulis perlu menyatakan persoalan kajian ataupun hipotesis kajian. Nombor mungkin boleh diperimbangkan sekiranya persoalan kajian itu melebihi satu. Kesemua elemen ini harulah diletakkan di bawah pendahuluan dan dibezakan oleh perenggan yang berbeza. Bahagian ini perlu diringkaskan dan biasanya tidak melebihi 3 halaman. Citaton yang cukup perlu dilakukan penulis bagi menunjukkan bahawa penulis telah menguasai literatur secukupnya. Sebaiknya juga segala perbahasan perlulah dirujuk kepada sumber rujukan utama dan bukannya diambil dari sumber yang kedua seperti penulisan tesis dan sebaginya. Sebagai contohnya, jika penulis bercakap mengenai Teori Piaget, maka rujukan sepatutnya menggunakan buku Piaget itu sendiri dan bukannya tesis atau buku orang lain yang datang selepas itu. Metodologi Pada bahagian ini, penulis perlu menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan sepeti kajian eksperimen, tinjauan, kajian kes, action research, kajian etnografi,

Upload: ramani24

Post on 31-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Menulis Jurnal

Tajuk

Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel. Tajuk yang

baik seeloknya menarik perhatian ramai untuk membacanya.

Abstrak

Abstrak artikel perlu mengandungi pendahuluan ringkas tentang kajian. Selepas itu, penulis

perlu menerangkan objektif utama dan objektif terperinci kajian. Sekiranya objektif itu melebihi

dua perkara, penulis boleh mempertimbangkan penggunaan nombor bagi menjelaskan perkara

ini. Selepas itu, metodologi kajian perlu dijelaskan dengan terperinci. Ia melibatkan reka bentuk

kajian, populasi serta kaedah persampelan. Penulis juga perlu menyenaraikan dapatan kajian

secara ringkas mengikut turutan objektif kajian tadi. Penggunaan nombor juga mungkin boleh

dipertimbangkan sekiranya objektif itu melebihi dua perkara. Abstrak kajian juga perlu

disertakan secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun sumbangan kajian

terhadap badan ilmu. Jumlah bilangan perkataan dalam abstrak adalah bergantung kepada

jurnal. Ada yang menetapkan tidak melebihi 100 patah perkataan, namun kebiasaannya adalah

antara 100 sehingga 300 patah perkataan. Sekiranya bilangan abstrak melebihi atau

berkurangan daripada jumlah yang ditetapkan, maka kebiasaannya pihak jurnal akan

memulangkan artikel itu kembali kepada penulis untuk diperbaiki. Malah ada jurnal yang

menetapkan format tertentu dalam penulisan abstrak. Perkara ini bergantung kepada pihak

jurnal.

Pendahuluan

Pendahuluan artikel perlu mempunyai latar belakang kajian serta teori yang mendasari kajian

tersebut. Penulis juga perlu menjelaskan kajian-kajian terdahulu yang pernah membincangkan

persoalan yang serupa. Ini bagi membolehkan pembaca melihat kedudukan kajian terbaru ini

dalam badan ilmu. Seterusnya, penulis perlu membentangkan pernyataan masalah kajian yang

mendorong kajian itu dilakukan. Begitu juga, apakah bentuk sumbangan kajian baru ini

terhadap badan ilmu secara keseluruhannya. Kemudian, penulis perlu menyatakan persoalan

kajian ataupun hipotesis kajian. Nombor mungkin boleh diperimbangkan sekiranya persoalan

kajian itu melebihi satu. Kesemua elemen ini harulah diletakkan di bawah pendahuluan dan

dibezakan oleh perenggan yang berbeza. Bahagian ini perlu diringkaskan dan biasanya tidak

melebihi 3 halaman. Citaton yang cukup perlu dilakukan penulis bagi menunjukkan bahawa

penulis telah menguasai literatur secukupnya. Sebaiknya juga segala perbahasan perlulah

dirujuk kepada sumber rujukan utama dan bukannya diambil dari sumber yang kedua seperti

penulisan tesis dan sebaginya. Sebagai contohnya, jika penulis bercakap mengenai Teori Piaget,

maka rujukan sepatutnya menggunakan buku Piaget itu sendiri dan bukannya tesis atau buku

orang lain yang datang selepas itu.

Metodologi

Pada bahagian ini, penulis perlu menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan sepeti kajian

eksperimen, tinjauan, kajian kes, action research, kajian etnografi, kajian campuran metode

(mixed method), analisis dokumen ataupun kajian kepustakaan. Penulis juga harus

menerangkan latar belakang populasi, teknik persampelan, jumlah bilangan sampel kajian serta

rasional bilangan tersebut, pemilihan responden dan juga lokasi kajian yang terlibat. Selain itu,

Page 2: Cara Menulis Jurnal

penulis juga harus menerangkan bentuk-bentuk instrumen yang digunakan, serta teknik

kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang penulis gunakan. Bagi kajian kualitatif pula

sebagi contohnya, penulis harus menerangkan apakah teknik kesahan yang digunakan seperti

teknik kesahan Cohen Kappa dan sebagainya. Sekiranya penulis menggunakan akronim,

maksud akronim tersebut perlu dijelaskan. Penulis juga perlu menerangkan bentuk teknik

analisis yang digunakan seperti penggunaan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS),

Rasch Model, Structural Equation Modelling(SEM) dan sebagainya.

Dapatan kajian

Seeloknya, dapatan kajian perlu disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya para

pembaca dan penilai dapat mengaitkannya dengan persoalan kajian yang disebut terlebih

dahulu. Persembahan data juga perlu mengikut standard jurnal. Kebanyakan jurnal

menggunakan standard The American Psychological Association (APA), namun terdapat juga

jurnal yang menggunakan format yang lain. Oleh itu, penelitian kepada format penulisan yang

digariskan oleh setiap jurnal akan sedikit sebanyak membantu para penulis. Begitu juga, penulis

boleh juga melihat contoh artikel yang telah diterbitkan oleh jurnal tersebut bagi mendapatkan

gambaran kasar tentang jangkaan pihak jurnal. Bagi data kualitatif pula, terdapat jurnal yang

lebih menggemari teknik naratif berbanding teknik persembahan data sebenar. Oleh itu,

perkara ini adalah subjektif dan bergantung kepada setiap jurnal. Walaupun begitu, corak

persembahan data ini haruslah teliti, jelas dan tersusun.

Perbincangan

Bahagian ini menunjukkan penguasaan penulis dalam membincangkan isu utama penulisan.

Seeloknya perbincangan ini disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya pembaca dapat

fokus dan mengaitkannya dengan dapatan. Penulis perlu membincangkan persoalan kajian

secara kritis satu persatu berpandukan dapatan kajian dan ulasan literatur yang mantap. Ia juga

perlu disokong oleh teori dan kajian-kajian yang lepas. Seterusnya, penulis harus merumuskan

apakah bentuk penemuan baru atau penemuan yang menyokong dapatan terdahulu yang

menyumbang kepada badan ilmu dan amalan semasa. Perbincangan perlu ditulis secara

sistematik, akademik dan tidak meleret-leret. Setiap pernyataan harus diperkuatkan dengan

bukti yang boleh diambil daripada kajian-kajian yang lepas. Elakkan membuat pernyataan

secara ‘syok sendiri’ tanpa disertakan buktinya. Apa yang penting, perbincangan seharusnya

dalam bentuk yang akademik.

Kesimpulan dan cadangan

Dalam bahagian ini, penulis harus membuat rumusan secara ringkas tentang kajian yang

dilakukan dan apakah bentuk sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu. Penulis juga harus

mengemukakan cadangan-cadangan baru yang terhasil daripada penemuan kajian yang

dilakukan. terhadap keadaan semasa.

Penutup

Dalam bahagian ini, penulis harus mengemukakan secara ringkas tentang kajian yang dibuat,

penemuan-penemuan yang penting dan implikasi kajian. Penulis harus mengelakkan diri 

daripada membuat citation baru.

Rujukan

Penulis harus memastikan bahawa setiap citation yang dibuat dalam teks harus disebut dalam

bahagian rujukan. Penggunaan perisian-perisian tertentu seperti EndNote boleh membantu

Page 3: Cara Menulis Jurnal

penulis dalam perkara ini. Senarai rujukan juga perlu ditulis berdasarkan format yang telah

ditetapkan. Seeloknya, penulis perlu meluangkan masa untuk membacaGuide for authors yang

disediakan oleh pihak jurnal terlebih dahulu. Ini kerana jurnal berlainan menggunakan format

yang berlainan pula. Dalam penulisan artikel, penulis perlu memperbanyakkan penggunaan

rujukan yang terkini, seboleh-bolehnya 60 peratus terdiri daripada bahan yang berumur kurang

daripada 5 tahun daripada tahun artikel itu ditulis. Terdapat juga jurnal yang menghadkan

bilangan rujukan bagi setiap artikel. Sebagai contohnya, Gema Online Journal hanya

membenarkan penggunaan 30 rujukan bagi setiap artikel yang dihantar.