centralised enforcement team (cet)
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
CENTRALISED ENFORCEMENT TEAM (CET)
© Hak Cipta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 9, Wisma Sumber Asli No.25, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 PUTRAJAYA
Tel : 03-88861111
Faks : 03-88880539
www.nre.gov.my
Setinggi-tinggi penghargaan buat
Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur
Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Jabatan Alam Sekitar
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Sukarelawan Malaysia
Jabatan Pertanian
Jabatan Tenaga Manusia
Setiausaha –Setiausaha Bahagian
dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
Centralised Enforcement Team (CET)
PENGHARGAAN
“Kerajaan komited dalam menyediakan persekitaran
yang bersih, selamat, sihat serta produktif bagi
generasi masa kini dan masa hadapan.”
Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia Ucapan Bajet 2014
Perutusan dan Amanat
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan
syabas atas inisiatif semua pihak yang terlibat dalam
menghasilkan penerbitan buku ini. Penubuhan pasukan petugas
khas yang dikenali Centralised Enforcement Team (CET)
merupakan salah satu konsep National Blue Ocean Strategy
(NBOS) yang dilaksanakan oleh kerajaan. Penguatkuasaan
secara bersepadu bersama Kerajaan Negeri Pahang dan agensi-
agensi penguatkuasaan yang lain merupakan satu bentuk
kerjasama yang pintar. Ini adalah selaras dengan Program Cameron Highlands Dreams (CHD)
yang dilancarkan oleh NRE agar gejala-gejala pembukaan tanah secara haram di atas tanah
kerajaan dan hutan simpan dapat dibendung.
Selain itu, saya yakin dan percaya dengan pelaksanaan penguatkuasaan secara bersepadu ini,
keselamatan orang awam terutamanya penduduk-penduduk di sekitar Cameron Highlands
lebih terjamin dan aman. Penghasilan buku CET ini merupakan kejayaan awal kita semua
dalam berganding bahu untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang
berkaitan dalam memastikan Cameron Highlands terus kekal sebagai pusat peranginan yang
terkenal.
Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Urus
Setia CET kerana berjaya merealisasikan CET bersandarkan kepada objektif penubuhannya.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
anggota penguatkuasaan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti CET. Diharapkan agar aktiviti-
aktiviti CET ini dapat terus dilaksanakan dengan penuh komitmen dan jayanya.
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
YB Datuk Seri G. Palanivel
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
03 PERUTUSAN
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saya melafazkan rasa kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya Buku
Centralised Enforcement Team (CET) dapat disempurnakan.
Kejayaan penerbitan buku ini menunjukkan komitmen dan
usaha tekad warga NRE dalam memberikan yang terbaik bagi
melaksanakan tugas mereka. Tujuan buku ini diterbitkan
adalah untuk memberi kesefahaman dan penerangan yang
jelas berkenaan konsep asas dan objektif CET kepada warga
NRE secara umumnya dan Jabatan/Agensi yang terlibat secara khususnya.
Melalui pelaksanaan CET ini, NRE berjaya memperluaskan kerjasama dari Jabatan-Jabatan di
bawah NRE ke Jabatan/Agensi luar dari NRE. Ini menunjukkan kesinambungan dan kejayaan
berterusan melalui penubuhan 1 NET dan dimantapkan lagi dengan CET. Benteng kerja
working in silos telah dipecahkan bagi menyelusur transformasi kerajaan. Kita berjaya keluar
dari status quo, membuat perubahan dan melaksanakan anjakan paradigma serta berkongsi
sumber dan kepakaran dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Di akhir kalam saya mengambil kesempatan untuk mengucap ribuan terima kasih kepada
semua agensi yang terlibat dalam menjayakan CET. Semoga penerbitan buku ini dapat
memberi inspirasi kepada semua dalam menjalankan tugas seharian sebagai penjawat awam
dengan penuh komited dan kerjasama sebagai satu pasukan.
Sekian, terima kasih.
YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof
Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
04 AMANAT
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN
“Isu alam sekitar memasuki era baru yang lebih memerlukan
komitmen tinggi daripada pelbagai pihak untuk menangani
secara bersama kerana manusia dan alam sekitar
mempunyai hubungan sangat rapat”
YB Datuk Seri G. Palanivel
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Harian Metro, 28 Oktober 2013
PENGENALAN
Isu-isu berkaitan alam sekitar, flora dan fauna telah mendapat liputan yang
meluas bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) selaku Kementer ian
yang bertanggungjawab berhubung perkara ini, mengambil perhatian dan
tindakan yang serius dalam menangani isu-isu pembalakan haram,
pencerobohan tanah , pemburuan haram dan penyeludupan
hidupan liar, pencemaran alam sekitar serta pelbagai pelanggaran
peruntukan di bawah akta-akta / peraturan berkaitan yang berkuat kuasa.
Susulan itu, NRE telah melaksanakan satu program yang dikenali sebagai
“CAMERON HIGHLANDS DREAM” (CHD) bagi menangani isu -isu di
Cameron Highlands.
Melalui aktiviti yang dijalankan di bawah CHD satu Nota Jemaah
Menteri mengenai Usaha-usaha Penambahbaikan Ke Arah
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Di Cameron
Highlands telah dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12
Julai 2013. Ahli Mesyuarat berpandangan NRE wajar menubuhkan
pasukan petugas pusat secara redeployment tanpa melibatkan
keanggotaan daripada pegawai penguatkuasaan tempatan .
Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, satu mesyuarat khas yang
dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri KSU telah diadakan pada 16 Julai
2013 bagi penubuhan pasukan petugas pusat secara redeployment yang
dikenali sebagai Centralised Enforcement Team (CET). Penubuhan
CET adalah bertujuan menyelaras aktiviti penguatkuasaan undang -undang di
Cameron Highlands menerusi penglibatan pelbagai agensi sama ada di
bawah NRE mahupun lain-lain agensi yang mempunyai bidang kuasa
penguatkuasaan di kawasan berkenaan. Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia (BPSM) NRE telah diberi tanggungjawab sebagai urus
setia kepada pelaksanaan CET.
07 LATAR BELAKANG
Pembentangan mengenai usaha-usaha yang akan dilaksanakan di Cameron
Highlands termasuk aspek penguatkuasaan telah diadakan pada 24 Julai
2013 di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK) . MMK
pada dasarnya bersetuju supaya satu bentuk kerjasama dalam bidang
penguatkuasaan di Cameron Highlands dipergiatkan menerusi penglibatan
langsung daripada pihak Kerajaan Negeri.
08 LATAR BELAKANG
YBhg. Dato’ Sri KSU, NRE bersama wakil-wakil NRE dan Jabatan semasa
Pembentangan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK)
09 LATAR BELAKANG
YBhg. Dato’ Sri KSU memberi
Cenderahati kepada YB Menteri
Besar Pahang ketika Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pahang (MMK)
YB Datuk Seri G. Palanivel, Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika
Program Cameron Highlands Dream
di Hotel Equatorial Cameron
Highlands
10 LATAR BELAKANG
ALIRAN CENTRALISED ENFORCEMENT TEAM (CET)
11 OBJEKTIF DAN TANGUNGJAWAB
a) Aktiviti penguatkuasaan meliputi :
b) pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan menerusi
pendekatan bersepadu, sama ada melibatkan keseluruhan /
sebahagian Jabatan / Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan CET;
dan
c) Jabatan / Agensi akan melaksanakan skop penguatkuasaan
berdasarkan kepada peruntukan undang-undang / peraturan sedia
ada di Jabatan / Agensi masing-masing.
12 SKOP AKTIVITI PENGUATKUASAN
Pelaksanaan CET ini diselaraskan menerusi mekanisme berikut:
JAWATANKUASA KERJA
Jawatankuasa ini berperanan membincang
serta menyelaras pelaksanaan aktiviti
penguatkuasaan menerusi penglibatan
Jabatan / Agensi yang berkepentingan
berdasarkan peruntukan undang-undang
dan peraturan agensi masing-masing yang
sedang berkuat kuasa.
JAWATANKUASA PEMANDU
Jawatankuasa ini berperanan membincang
serta memutuskan dasar / hala tuju
pelaksanaan inisiatif CET di Cameron
Highlands seperti mana yang diputuskan oleh
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai
2013, menerusi penglibatan pelbagai
Jabatan / Agensi yang berkepentingan.
AHLI JEMPUTAN
Mana-mana Jabatan / Agensi yang
dikenal pasti mempunyai
kepentingan / isu bersama serta
berupaya membantu melaksanakan
inisiatif CET boleh dijemput
menghadiri mesyuarat ini.
13 MEKANISME SERTA KEANGGOTAAN CET
14 STRUKTUR CET
15 JAWATANKUASA PEMANDU CET
PENGERUSI
KETUA SETIAUSAHA NRE
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG
AHLI TETAP
Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli)
Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan)
Penasihat Undang-undang NRE
Pengarah Tanah dan Galian Pahang
Wakil Kementerian Dalam Negeri
Wakil Kementerian Sumber Manusia
Wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran
Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Setiausaha Bahagian (Biodiversiti dan Perhutanan)
Setiausaha Bahagian (Tanah Ukur dan Pemetaan)
PENGERUSI
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (SUMBER ASLI) NRE
PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PAHANG
AHLI TETAP
Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan)
Wakil Penasihat Undang-undang NRE
Wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang
Pengarah PERHILITAN Negeri Pahang
Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang
Pengarah Perhutanan Negeri Pahang
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang
Pentadbir Tanah Daerah Cameron Highlands
Polis Diraja Malaysia Negeri Pahang
Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pahang
Jabatan Imigresen Negeri Pahang
Jabatan Pertanian Negeri Pahang
16 JAWATANKUASA KERJA CET
“Penerokaan tanah secara haram perlu dihentikan
serta-merta. Ini kerana mereka tidak sedar aktiviti itu
mencemarkan alam sekitar di sekitar Cameron
Highlands”
YB Datuk Seri G. Palanivel
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Harian Metro, 28 Oktober 2013
KERATAN AKHBAR
“ Masalah penerokaan hutan yang menjadi punca sungai-sungai di sini tercemar perlu diatasi segera”
DYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah
19 KERATAN AKHBAR
“Penebangan hutan yang berleluasa di sekitar kawasan sungai dan empangan terbabit menyebab berlakukanya hakisan yang membawa lumpur ke dalam kawasan empangan”
YB Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang
20 KERATAN AKHBAR
“ Bayangkan apa yang akan terjadi kepada Cameron Highlands pada masa akan datang jika penerokaan haram ini tidak dikawal”
Encik R.Ramakrishnan, Presiden
Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands
21 KERATAN AKHBAR
“ Kerajaan negeri akan buat pemantauan berterusan terhadap pemilik TOL bagi memastikan mereka mematuhi setiap peraturan”
YB Datuk Seri Muhammad Safian Ismail Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
22 KERATAN AKHBAR
“The join enforcement team, involving ministry
officers, the Cameron Highlands district office, local
councils and authorities, had started enforcing the
law by taking offenders to courts.”
YB Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar New Straits Times, 13 Januari 2014
PENGUATKUASAAN SEMASA
25 CAMERON HIGHLANDS
26 CAMERON HIGHLANDS
Sumber : Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands
27 PENGUATKUASAAN TERHADAP PENCEROBOHAN
TANAH KERAJAAN
Sepanjang tahun 2013 Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands
(PDTCH) telah mengeluarkan sebanyak 196 permit tanah bagi tujuan
pertanian dan pelbagai. Pencerobohan Tanah Kerajaan di Cameron
Highlands kebanyakannya berlaku apabila pengusaha-pengusaha yang telah
menerima Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dari Kerajaan Negeri
mengusahakan pertanian mereka lebih daripada keluasan yang diluluskan.
Penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah kerajaan ini adalah di
bawah bidang kuasa PDTCH. Secara purata sebanyak 35 aduan dibuat dan
25 permohonan permit diterima sebulan. Bagi menangani pencerobohan
tanah tersebut, PDTCH telah melaksanakan rondaan harian termasuk hari
Sabtu dan Ahad. Laporan secara mingguan juga turut dihantar ke Pejabat
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.
PENGUATKUASAAN TERHADAP PENCEROBOHAN
TANAH KERAJAAN 28
STATISTIK PENGUATKUASAAN PDTCH
Sumber : Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands
Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands
29 PENGUATKUASAAN TERHADAP PENCEROBOHAN
HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK)
Hutan Simpanan Kekal
Hutan Simpanan Kekal (HSK) di daerah Cameron Highlands adalah
berkeluasan 38,771.68 hektar dan dikategorikan sebagai hutan
pelindungan. Kawasan HSK ini ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan
Perhutanan Negeri (JPN) dan kesemua hasil hutan dalam kawasan ini
adalah milik Kerajaan Negeri. HSK ini telah dikelaskan sebagai hutan
pelindungan, selaras dengan Seksyen 10(1), Akta Perhutanan Negeri 1984
[Akta313].
PETA HUTAN SIMPAN KEKAL BAGI DAERAH CAMERON HIGHLAND
PENGUATKUASAAN TERHADAP PENCEROBOHAN
HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) 30
Jadual berikut menunjukkan Hutan Simpan Kekal dan Pewartaan di daerah Cameron
Highlands:
BIL HUTAN SIMPAN KEKAL JENIS
HUTAN
TARIKH
DIWARTA AKHIR
LUAS SEMASA
(HA)
1 HS ULU ICHAT DARAT 25.10.1938 291.00
2 HS BATU GANGAN DARAT 23.11.1985 433.00
3 HS GUNUNG SIKU DARAT 20.11.1941 1,060.00
4 HS MENTIGI DARAT 08.12.1906 797.98
5 HS KIAL DARAT 25.10.1938 781.00
6 HS ULU BERTAM DARAT 06.09.1949 739.00
7 HS LEMOI DARAT 25.10.1938 698.00
8 HS SUNGAI TERLA DARAT 09.01.1997 1,926.70
9 HS BATU GANGAN
(TAMBAHAN) DARAT 09.01.1997 481.50
10 HS MENTIGI (TAMBAHAN) DARAT 09.01.1997 192.70
11 HS RINGLET DARAT 09.01.1997 590.00
12 HS BERTAM DARAT 09.01.1997 1,105.60
13 HS LEMOI (TAMBAHAN) DARAT 09.01.1997 1,626.00
14 HS BUKIT BUJANG DARAT 09.01.1997 8,578.90
15 HS BUKIT JERUT DARAT 09.01.1997 7,940.70
16 HS KIAL (TAMBAHAN) DARAT 09.01.1997 112.00
17 HS SUNGAI WI DARAT 09.01.1997 11,417.60
JUMLAH 38,771.68
Sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
31 PENGUATKUASAAN TERHADAP PENCEROBOHAN HUTAN
SIMPANAN KEKAL (HSK) DI CAMERON HIGHLANDS
Sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
STATUS PENGUATKUASAAN PEJABAT HUTAN
DAERAH RAUB DAN CAMERON HIGHLANDS
32 PENGUATKUASAAN TERHADAP PENCEROBOHAN HUTAN
SIMPANAN KEKAL (HSK) DI CAMERON HIGHLANDS
Penerokaan Haram Hutan Simpan Kekal Gunung Siku
Sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
“ Kerjasama yang sedia ada haruslah dipertingkatkan sama
ada kerjasama di antara Kementerian dengan Jabatan
malah kerjasama dengan pihak-pihak lain, seperti pihak
swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga
pertubuhan. Apa jua tugasan yang dilaksanakan ia perlulah
dilakukan dengan sepenuh hati agar ia dapat memberikan
kepuasan bekerja di samping memberikan kita rezeki yang
berkat.”
YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan NRE Bulan April 2014
LAPORAN AKTIVITI
35 MESYUARAT JAWANTANKUASA PEMANDU
CENTRALISED ENFORCEMENT TEAM (CET)
36 MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA
CENTRALISED ENFORCEMENT TEAM (CET)
37 PERBINCANGAN AKTIVITI LAPANGAN
CENTRALISED ENFORCEMENT TEAM (CET)
38
39 AKTIVITI LAPANGAN CET
HOTSPOT 1 : BLUE VALLEY
41 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 1
Taklimat Operasi oleh Encik Abdul Wahid Bin Abu Salim, Encik
Razali Bin Abdu Raman dan Encik Azrul Bakhtiar
Tiba di Hotspot 1, Blue valley
42 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 1
Pekerja asing yang berada di tapak ditahan untuk semakan
permit kerja.
Semakan permit kerja sedang dilaksanakan oleh
anggota Imigresen.
43 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 1
Anggota penguat kuasa sedang menghidupkan jentera yang
disita untuk dibawa keluar dari tapak hotspot 1.
Kerja-kerja merobohkan rumah plastik di atas tanah
yang di ceroboh.
44 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 1
Kerja-kerja merobohkan rumah plastik diteruskan.
Jentera-jentera yang disita.
45 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 1
HOTSPOT 2 : GUNUNG SIKU
47 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 2
Kesemua anggota daripada semua Jabatan/Agensi yang terlibat
berkumpul bagi taklimat pagi.
Laluan masuk ke kawasan hotspot 2.
48 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 2
Tiba di lokasi Hotspot 2, Gunung Siku.
Masuk ke kawasan Hotspot 2.
49 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 2
Penemuan papan tanda amaran di tapak hotspot.
Hotspot 2, Gunung Siku.
50 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 2
Kerja-kerja pemusnahan tanaman di atas tanah hutan simpan.
Penggeledahan rumah kongsi.
51 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 2
Kawasan kedua yang diteroka di kawasan hotspot yang sama.
Barangan yang disita.
52 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 2
Barangan yang disita ditempatkan di Pejabat Hutan
Cameron Highlands.
53 AKTIVITI LAPANGAN HOTSPOT 2
POST MORTEM
55 POST MORTEM AKTIVITI LAPANGAN CET
WAY FORWARD
57 WAY FORWARD
Operasi CET akan dipertingkatkan dengan
melibatkan lebih ramai anggota penguatkuasaan
di bawah NRE terutamanya dari luar negeri
Pahang . Jumlah lokasi serbuan akan ditambah
dan pemantauan secara berterusan akan
dilaksanakan.
Aset seperti kenderaan dan peralatan bagi aktiviti
-aktiviti penguatkuasaan akan ditambah mengikut
keperluan dari masa ke semasa. Penggunaan
aset ini akan diguna secara bersama bagi tujuan
penguatkuasaan.
Buat masa ini aktiviti - aktiviti di bawah CET
hanya dilaksanakan di Cameron Highlands.
Setelah berjaya mengatasi masalah
pencerobohan tanah di Cameron Highlands,
aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan diperluaskan
ke negeri-negeri yang lain.
58 WAY FORWARD
YB Datuk Seri G. Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Majlis Pelancaran Program Kerjasama Strategik
Penanaman Pokok Di Cameron Highlands
30 September 2014
“Pada 12 Julai 2013, NRE telah menubuhkan Centralised Enforcement Team (CET) bagi melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Perhutanan, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Tanah Cameron Highlands, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Taman Laut Malaysia dan lain-lain agensi. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan maklumat pencerobohan tanah di Cameron Highlands, NRE telah menubuhkan 1 NRE Command Centre di Cameron Highlands (1 NCC).”
SEKITAR MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KERJASAMA
STRATEGIK PENANAMAN POKOK DI CAMERON HIGHLANDS
SERTA PELANCARAN
CENTRALISED ENFORCEMENT TEAM (CET)
30 SEPTEMBER 2014
SIDANG REDAKSI
ABDUL WAHID BIN ABU SALIM
RAHMAN@ABD. RAHMAN BIN YUSOF
AZALI BIN MOHAMED
NOR IZAN BINTI ABD. KARIM
HASBULLAH AZIM BIN DZIYAUDDIN
NORHARYATI BINTI SARJU
FAIZAL BIN FREDOY@MAJITOL
MOHD SAYUTI BIN SHAFIE
Penerbitan dari:
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
www.nre.gov.my