cerita binatang
TRANSCRIPT
CERITA BINATANG
Cerita yang menggunakan watak binatang sebagai watak dalam cerita
Watak binatang ini mempunyai sifat seperti manusia biasa.
Contohnya, boleh bertutur seperti manusia biasa, berfikir, hidup bermasyarakat dan sebagainya.
JENIS-JENIS CERITA BINATANG
1. Cerita Asal-usul
2. Cerita ‘Fable’
3. Cerita Beast Epic
Cerita Asal-usul menceritakan tentang asal-usul binatang. Cerita ini dilahirkan oleh masyarakat melayu yang masih lagi berfikiran primitif dan keinginan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara. Pertanyaan “mengapa” sering diutarakan.
Cerita binatang jenis fable mengandungi unsur pengajaran
dan teladan. Ia bertujuan memberi tauladan dan
pengajaran serta nasihat kepada pembaca atau pendengar.
Disampaikan secara lucu dan menggembirakan dan disebalik kelucuan ini lah terselit unsur-unsur pengajaran dan nasihat.
Contoh cerita jenis ini seperti Arnab berlumba dengan Kura-kura, Anjing Dengan Bayang-
bayang dan sebagainya.
Cerita binatang berbentuk ‘Beast Epic’ ialah cerita yang berpusatkan
kepada satu pelakon binatang sebagai watak utama. Watak binatang ini akan menemui
berbagai-bagai peristiwa atau kisah.Setiap cerita merupakan cerita
lengkap.
Contoh cerita binatang jenis ini dalam masyarakat melayu ialah Cerita Sang kancil dan Pelanduk
Jenaka.
FUNGSI CERITA BINATANG
Berfungsi Memberi hiburan
Berfungsi Pengajaran & Pendidikan
Berfungsi Mengkritik
Cerita binatang mempunyai unsur-unsur hiburan. Unsur-unsur hiburan ini dapat dilihat melalui kepintaran
watak utama iaitu binatang di dalam cerita. Watak binatang tersebut menggunakan kepintaran secara tipu helah dan akal fikiran bagi
tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, dengan kepintaranakal fikiran dan
tipu muslihat watak Sang kancil yang kecil dapatmengalahkan gajah yang
lebih besar darinya.
Selain unsur lucu, cerita binatang juga banyak mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan.
Sifat-sifat binatang yang menyerupai sifat manusia seperti bijaksana, berfikir, pintar dan sebagainya mewujudkan unsur-unsur pendidikan untuk difikirkan oleh pembaca dan pendengar. Contohnya, tubuh badan yang kecil belum menentukan cerdik bodohnya seseorang
Kisah-kisah binatang ini juga terselit unsur-unsur pengajaran seperti berwaspada, adil, tidak menganiya, belas kasihan, bersatu padu dan sebagainya.
Contohnya melalui cerita Gagak dengan Tekar dapat memberi pengajaran supaya seseorang itu berusaha menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Unsur kritikan juga terselit dalam cerita binatang. Terselit sindiran tajam dan kritikan. Misalnya, sifat lupa diri akan membawa padah pada diri sendiri.
Contohnya, Sang Kancil yang sering menang dengan kecerdikan dan tipu helahnya, tetapi adakalanya ia lupa diri dan kerana itu membawa padah pada dirinya sendiri