cerita sebilah keris panjang dan sebilah keris pendek.doc

Upload: vicks

Post on 07-Jul-2018

326 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    1/21

    Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek

    Tersebutlah kisah dua orang adik-beradik yang mengembara. Awang Sulung namanya si abang

    dan Awang Bungsu nama si adik. Mereka anak yatim piatu dan telah meninggalkan kampung

    halaman mereka untuk mencari kehidupan di tempat orang. Mereka hidup dengan memakan

     buah-buahan serta pucuk-pucuk kayu dan tidur di kawasan lapang dan berbumbungkan langit.

      Tidak lama kemudian, mereka berjumpa dengan seorang ahli sihir lelaki yang sudah tua.

    Ahli sihir yang budiman itu telah mengajak mereka Awang Sulung dan Awang Bongsu, dua

     beradik tinggal di rumahnya buat seketika dan membantu membuat kerja-kerja di rumahnya.

    “ika kamu berdua tinggal bersama-sama aku, nanti akan aku ajarkan engkau berdua membaca

    dan menulis.!

    “Tidak usahlah, "akcik,! jawap Awang Sulung. “Apa #aedahnya kami belajar membaca danmenulis$!

      %amun begitu, mereka tinggal di rumah ahli sihir itu untuk beberapa hari. Tiada

     banyak yang mereka lakukan di rumah ahli sihir itu. Sewaktu mereka bertolak pergi, ahli sihir itu

    memberi mereka sedikit makanan sebagai bekalan namun mereka menolaknya kerana mereka

    mahu jalan berlenggang sahaja. Ahli sihir yang baik hati itu lalu memberikan mereka sebilah

    keris setiap seorang.

      “&eris panjang dan keris pendek itu dapat membantu kamu berdua menghadapi

    sebarang kemungkinan. ika salah seorang daripada kamu menghadapi kesusahan, keris yang

    satu lagi akan menjadi karat. &eris yang karat itu akan membawa kamu berjumpa dengan

    saudara kamu itu dan dapat membantu kamu menyelesaikan masalah yang dihadapi.!

    &edua-dua orang bersaudara itu meninggalkan orang tua itu setelah mengucapkan terima kasih

    dan salam mereka. Awang Sulung mengambil keris panjang sementara Awang Bungsu

    mengambil keris yang pendek. Mereka menyisipkan keris mereka masing-masing itu di pinggang

    sepanjang masa.

      Setelah berjalan kaki buat sekian lama, kedua-dua orang adik-beradik itu tiba di sebuah

    kota. &ota itu lengang akibat gangguan raksasa laki bini yang telah memakan ramai penduduk di

    situ. "ada setiap masa, kedua-dua raksasa laki bini itu mendesak raja menghantar anak-anaknya

    untuk mereka makan. Setelah ramai anak dan rakyatnya menjadi mangsa, kini raja terpaksa

    menghantar puterinya yang seorang untuk dimakan raksasa laki bini itu.

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    2/21

    Sewaktu menghampiri sebuah istana, kedua-dua adik-beradik itu mendapati ada seorang puteri

    yang ditinggalkan di situ. "ara pengawal raja telah melarikan diri dan bersembuyi kerana mereka

    takut akan raksasa jika mereka tinggal lama di situ. &edua-dua orang adik-beradik itu lalu duduk

    sebentar sambil berbual-bual dengan puteri itu. Menurut puteri itu, dia juga berasa takut akan dua

    raksasa yang akan datang membahamnya. %amun, dia memberanikan dirinya kerana sanggup

     berkorban dirinya untuk menyelamatkan rakyat di negeri ayahandanya. 'aksasa itu akan muncul

     pada bila-bila masa. &edua-dua orang adik-beradik itu mengambil keputusan untuk menemani

     puteri itu.

      “Biarlah kami berdua berehat di sini sahaja. &ami sudah berasa terlalu letih kerana sudah

     berhari-hari kami berjalan kaki.!

      'ehat kedua-dua orang adik-beradik itu dikeutkan dengan kehadiran dua orang gergasi

    yang memakan daging manusia. (ergasi yang berupa buruk dan menggerunkan itu berlari-lari

    untuk mendapatkan makanannya pada hari itu. &edua-dua orang adik-beradik itu lalu

    menghunuskan keris-keris yang mereka bawa itu dan mengacumkannya ke arah kedua-dua orang

    raksasa. )engan tidak semena-semena, keris-keris itu melayang-layang ke angkasa lalu

    menyerang kedua-dua orang raksasa itu. Maka berlaku lah pertembungan yang hebat antara

    kedua-dua orang gergasi itu dan kedua-dua bilah keris yang bergerak dengan sendirinya di

    awang-awangannya itu. Setelah sekian lama, matilah kedua-dua orang raksasa yang ganas itu.

    Bangkai kedua-dua raksasa itu terbaring di atas tanah. "uteri dan kedua-dua orang adik-beradik

    itu menyaksikan kejadian yang penuh takjub itu tanpa bersuara sepatah kata pun. Adik-beradik

    itu kini sedar bahawa keris panjang dan keris pendek yang mereka miliki pemberian ahli sihir

    lelaki itu benar-benar keris-keris sakti.

      *rang-orang yang ada bersama-sama menyaksikan pertempuran antara keris-keris

    sakti dan raksasa itu dari tempat persembunyian mereka, segera menghadap raja lalu

    menyembahkan kejadian itu. 'aja yang sedang bermasygul hati demi mengenangkan nasib

     puterinya itu bangkit lalu berangkat dengan ditandu oleh para pengawalnya ke istana tersebut.

    Baginda raja beegitu gembira apabila mendapati puterinya terselamat daripada menjadi makanan

    raksasa laki bini itu. Baginda lalu menyuruh rakyatnya menguburkan bangkai raksasa-rasaksa

    itu. Baginda membawa pulang kedua-dua orang adik-beradik itu ke istana bersama-sama

     puterinya.

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    3/21

      +iduplah kedua-dua orang saudara itu di istana. Awang Sulung telah dikahwinkan raja

    dengan puterinya. "uteri itu pula sudah terpaut hati kepada Awang Sulung. *leh kerana baginda

    raja sudah tidak mempunyai putera lagi, kedua-dua orang adik-beradik itu dilantik dan dilayan

    sebagai putera-putera kandung baginda sendiri. &edua-dua orang adik-beradik itu berasa bahagia

    hidup di istana itu.

      Tidak lama kemudian itu, Awang Bongsu membuat keputusan hendak mengembara

    sekali lagi. )ia berasa bosan hidup di istana dengan segala kemewahannya. Setelah

    mengucapkan selamat tinggal kepada abangnya, dia bertolak dengan menunggang seekor kuda.

    Setelah jauh meninggalkan kota tempat tinggalnya itu, Awang Bongsu tiba di sebuah kota lain

    yang juga sunyi dan sepi.

      &awasan kota di tepi laut itu dikelilingi gunung-ganang yang tinggi. Tanpa

     pengetahuannya, di puncak gunung-ganang itu didiami oleh sekawan raksasa yang boleh

    menjelma menyerupai burung-burung nasar raksasa yang selalu menyerang kota tepi laut itu dan

    memakan para penghuninya. tulah sebabnya keadaan dalam kota di tepi laut itu menjadi sunyi

    sepi. Setelah turun daripada tunggangannnya dan menambatnya di sebatang pokok, Awang

    Bongsu lalu merayau-rayau di sekelilingnya. Tidak lama kemudian dia mendapati keadaan

    menjadi hingar-bingar dengan bunyi burung-burung nasar raksasa yang datang lalu

    menyerangnya. &uda tungangannya dibaham burung-burung nasar raksasa itu. )engan segera

    dia menghunus kerisnya dan mengacumkannya ke arah burung-burung nasar raksasa itu. &eris

     pendeknya dengan sendirinya menerawang ke angkasa lalu menyerang burung-burung nasar itu.

    Banyaklah burung nasar raksasa itu mati ditikam keris pendek yang sakti itu. +anya sepasang

     burung nasar raksasa yang dapat melepaskan diri setelah menyaksikan kawan-kawan mereka

    mati dibunuh.

      Setelah serangan burung nasar raksasa itu reda dan burung-burung yang itu mati

     bergelimpangan bangkai-bangkainya di tepi pantai, Awang Bongsu lalu masuk ke dalam kota

    melalu pintunya yang terbuka luas. Selain bangkai-bangkai burung nasar, ada juga bangkai-

     bangkai mansuia yang telah dibunuh beberapa lama sebelum itu bergelimpangan di banyak

    tempat di dalam tembok kota itu. Awang Bongsu berjalanlah masuk ke dalam kota dan sampai di

    sebuah kawasan yang agak bersih. Akibat keletihan, dia duduk dan berbaring sejenak. Tidak

    lama kemudian, dia terjaga kerana mendengar bunyi gendang dipalu-palu dengan kuatnya. )ia

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    4/21

     bingkas bangun lalu mencari-cari ke arah datangnya bunyi gendang dipalu bertalu-talu itu. )ia

    mendapati bebarapa buah gendang di salah satu sudut di dalam kawasan istana kota itu. )ia

    mengambil sebilah tombak yang terdapat di situ lalu menuris kulit gendang itu. )ia terpegun

    apabila mendapati ada seorang puteri terkurung di dalam gendang besar itu.

      “Beta dikurung kerana hendak disembunyikan daripada pengetahuan burung-burung

    nasar rasaksa itu. Beta ialah puteri negeri ini. Ayahanda dan bonda beta telah melarikan diri demi

    menyelamatkan diri daripada diserang burung-burung nasar itu.!

      Awang Bongsu lalu melepaskan puteri itu. "uteri itu lalu melepaskan orang-orang yang

     bersembunyi di tempat-tempat rahsia. )engan bekerjasama, mereka membesihkan kota itu dan

    cuba mengembalikan keadaan kota seperti semula.

      Berbalik tentang sepasang burung nasar yrasaksa ang terlepas daripada dibunuh keris

     pendek yang sakti itu. &edua-dua burung nasar itu ialah raja dan permaisuri raksasas yang

    mengubah rupa mereka menjadi burung. Sekembalinya mereka di sarang kediaman mereka,

    mereka mengatur rancangan untuk menundukkan Awang Bongsu yang telah membunuh

     pengikut-pengikutnya yang lain.

      Mereka menukar keadsan mereka menjadi seperti manusia biasa lalu masuk ke dalam

    kota di tepi laut itu dan cuba mendapatkan rahsia mengenai keris yang boleh bergerak dengan

    sendirinya. )engan bermacam-macam muslihat digunakan, Awang Bonsu telah ditikam dengan

    keris pendeknya sendiri. uka di perutnya parah. )ia jatuh gering dan tidak dapat bergerak

    kerana diracun oleh raksasa laki bini itu sebelum ditikam kerisnya sendiri. %amun begitu, keris

     pendeknya dapat membunuh burung nasar raksasa laki bini itu sesudah itu.

      Awang Sulung mendapati kerisnya telah menjadi karat pada suatu hari. )engan segera

    dia memberitahu isterinya bahawa adiknya, Awang Bongsu di dalam keadaan bahaya dan dia

     perlu membantunya. )engan bantuan keris panjang, Awang Sulung tiba di kota di tepi laut itu

    dan masuk menghadap adiknya yang sedang gering itu.

      Apabila mendapati keadaan adiknya yang terlantar di atas tempat beradu itu dengan

    isteri adiknya meratapi keadaan nasib yang menimpa suaminya, Awang Slung lalu mengambil

    keris adiknya dan dirapatkan dengan keris panjangnya. &edua-dua bilah keris itu direndam di

    dalam sebuah bekas yang berisi air bersih. Awang Sulung lalu membasahkan sehelai kain dan

    mengelap seluruh badan adiknya. Setelah selesai dilap seluruh badan, dia lalu mencurahkan

    sedikit air itu ke atas luka adiknya. Sehari sesudah itu, Awang Bongsu lalu bangkit daripada

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    5/21

    tempat beradunya lalu muntah dengan banyak sekali. Setelah muntah, Awang Bongsu mendapat

    tenaganya semula dan dia lalu bangkit untuk berdiri. Tidak lama kemudian, tubuhnya kembali

    sihat dan dia sembuh beberapa hari kemudiannya.

    Maka setelah keadaan kembali pulih seperti sedia kala, kedua-dua orang bersaudara itu

    memerintah negeri masing-masing dengan adilnya hingga akhir hayat mereka.

    )icatat oleh Abdul Mana# Bin Mohd .asir di

    abel/ 0erita 'akyat Melayu 

    http://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayuhttp://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayu

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    6/21

    Cerita Adil Pergi Berburu

    Sudah enam bulan Saerah berbadan dua. )ia dan suaminya, Adil, tinggal di &ampung

    "aya Subur. Mereka masih muda belia.Aidil seorang lelaki yang tampan berasa bertuahdapat berisiterikan Saerah. +idup mereka serdehana tetapi mereka bahagia. Selain

     bercucuk tanam di sebuah kebun di belakang rumah, Adil juga pergi berburu sewaktu

    menunggu tanaman-tanamannya berbuah.

      "ada suatu hari, Saerah telah menyatakan kepada suaminya bahawa dia

    mengidam. )ia teringin sekali memakan daging rusa, pelanduk dan kijang putih. Setelah

    menyatakan hajat dalam hatinya, dia menjadi sedih. Saerah sedar bahawa permintaannya

    itu agak pelik dan pastinya menyusahkan suaminya nanti.

    “)i manakah hendak abang mencari binatang-binatang itu$ Maa#kan Saerah, abang,! ujar 

    Saerah.

      “Betul, setahu abanglah, semua pelanduk dan rusa berbulu kelabu. &ijang pula

     berbulu merah,! kata Adil.

    Saerah memandang wajah Adil dengan pandangan yang sayu. Adil hanya tersenyum.

    “Awak jangan bimbang. Abang berjanji akan cuba ikhtiarkan mencarinya di

    mana-mana,! balas Aidi sambil memujuk isterinya itu.

    Setelah dia menyediakan semua bekalan makanan dan minuman serta kelengkapan

     berburunya, Adi pun mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya.

    “Sekarang, Saerah tinggal di rumah. aga diri baik-baik. nsya-Allah, setelah abang dapat

    semua yang kita perlukan, abang akan pulang segera. )oakanlah semoga abang selamat

    dan berhasil nanti,! ucap Adil sewaktu Saerah mengucup tangannya.

    Saerah mengiringi suaminya sampai ke muka pintu. Setelah mengucapkan Bismillah,

    Adil pun menggalas semua keperluannya lalu berjalan masuk hutan. %amun,

     pencariannya tidak berhasil pada hari itu, binatang-binatang yang dia cari tidak dia temui.

    Setelah hari hampir senja, Aidil berehat di bawah sebatang pohon yang rendang sesudah

    membuat unggun api. 1soknya, dia berjalan lagi. Setelah sehari suntuk merayau-rayau di

    kawasan hutan yang tebal itu, dia tiba di sebuah gua pada petang hari. Tanpa ber#ikir

     panjang, Aidil berjalan masuk ke dalam gua itu.

      )alam gua itu diterangi oleh unggun api yang besar. Aidil terpandang seorang

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    7/21

    lelaki tua sedang duduk bersalat di atas sebongkah batu besar. 2alaupun rambutnya

    sudah beruban penuh, Aidil mendapati tubuh lelaki itu masih tegap dan kuat. anggut

     putih orang tua itu mencecah ke perutnya.

      Aidil memberi salam sebaik-baik sahaja orang tua itu selelsai menunaikan

    salat.

    “2aalaikumsalam,! balas orang tua itu sambil menoleh ke arah Aidil.

    “Bolehkan saya tumpang bermalam di dalam gua ini$! kata Aidil.

    “*h, sudah tentu boleh3! jawab lelaki tua itu. Adil merapati lelaki itu sambil

    mengulurkan tangannya untuk berjabat salam.

    “*h, anak ini sedang berburu rupanya,! balas lelaki tua itu. “Anak ini hendak berburu

     binatang-binatang yang aneh. steri anak mengidam, bukan$!

    Adil mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

    “Anak berehatlah dulu. )atuk akan cuba bantu nanti,! kata orang tua itu.

    “Terima kasih, Tuk3 Terima kasih3! ucap Adil. Setelah membersihkan dirinya dan

    menunaikan salat, Adil duduk berehat sambil bersembang-sembang dengan lelaki tua itu.

      “&alau anak hendak mencari pelanduk putih, hendaklah anak berjalan menuju ke

    arah matahari terbit esok. angan berbelok ke kiri atau ke kanan,! pesan orang tua itu

    sebelum mereka masuk tidur.

      1sok pagi, Adil berangkat setelah bersalaman dengan lelaki tua itu. Adi telah

    mengikat pedangnya di pinggang dan menggalas busur dan anak panahnya. )ia tidak

    melupakan pesanan lelaki tua itu. )ia berjalan menuju ke arah matahari terbit. Sudah

     berjam-jam dia berjalan namun dia tidak menemukan seekor pelanduk putih, kijang putih

    atau rusa putih pun. Adil tidak berputus asa. Sewaktu matahari mulai condong ke barat,

    tiba-tiba seeekor pelanduk putih melintas di hadapannya.

    “+a, itu pun dia3 Ada juga pelanduk putih dalam hutan ini,! bisik Adil dalam hatinya. )ia

    tersenyum lega. “Aku tidak boleh berlengah-lengah dan aku mesti menangkapnya.!

    )ia mencepatkan langkahnya sambil matanya tertumpu ke arah kelibat pelanduk putih.

    Adil lalu membidik busuk dan anak panahnya lalu menghalakan ke arah pelanduk putih

    itu. Tiba-tiba, seekor ular tedung sebesar betis menerpa ke arahnya. Adil dengan lintang-

     pukang berlari menjauhkan dirinya. Setelah berapa langkah dia berlari, Adil berhenti lalu

    menoleh semua ke belakang untuk mmeastikan arah ular tedung itu berada. )ia melihat

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    8/21

    ular tedung itu sedang mengekori pelanduk itu.

      “4lar tedung itu pengawal pelanduk putih itu, barangkali,! bisik Adil mengagak-

    agak sambil menghela na#as dengan kencang.

      “&alau begitu, aku mesti bunuh ular tedung itu dulu3! kata Adil sambil bersedia

    dengan anak panah di busurnya sewaktu dia melangkah maju. )ia terus melangkah

    dengan berhati-hati sambil mengacumkan anak panah ke ararh pelanduk itu. 4lar tedung

    itu memanggung kapalanya dan bergerak pantas ke arah Adil. &ali ini Adil tidak

    melarikan dirinya. )ia melepaskan anak panahnya setelah dia pasti panahannya itu akan

    mengenai sasaran 5 ular tedung itu. Tidak lama kemudian, Adil mendapati ular tedung itu

    menggelupur sebaik-baik sahaja anak panahnya mengenai kepala ular tedung itu.

      Sewaktu dia menoleh ke kiri, Adil mendapati prlanduk putih itu berlari susp-

    sasap han hilang tidak kelihatan lagi. Adil bertinjau-tinjau ke sana ke mari tetapi kelibat

     prlanduk putih itu sudah tidak kelihatan lagi.

      Adil segera pulang ke gua dengan perasaan hampa.)ia menceritakan

     pengalamannya hari itu kepada lelaki tua itu.

      “4lar tedung itu memang pengawal pelanduk putih. Setelah anak

    membunuhnya, esok anak pulang semula ke sana dan cari pelanduk putih itu,! pesan

    lelaki tua itu.

      Adil menerima sebuah perangkap rotan yang usang daripada lelaki tua itu pada

    hari esoknya.

      “Bawa perangkap ini dan pasang di tempat ular itu kaubunuh,! kata orang tua

    itu.

    “Baik, Tuk3 Terima kasih, Tuk3!

    Adil menurut seperti yang apa-apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi. )ia memasang

     perangkap itu di tempat ular tedung yang dibuhnya semalam. )aun-daun muda digantung

    dalam perangkap itu, seperti yang diterangkan lelaki tua di gua.

    Sesudah itu, dia menanti dengan sabar di sebalik semak samun yang berdekatan. Seprti

    yang dia harap-harapkan, pelanduk putih itu dia nampak sedang bergerak. Sewaktu

     berada di dalam perangkap rotan itu, pelanduk itu terus memakan daun-daun muda di

    situ. "ada krtika itulah, perangkap itu terbidas dan pintunya tertutup.

      “Alhamdulillah, Makbul juga harapan aku suami isteri3! ucap +adi gembira. )ia

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    9/21

    lalu menghela perangkap itu pulang ke gua.

    “Saya berjaya dengan bantuan perangkap bertuah tok ini3! berseri-seri wajah Adil sambil

     berkata-kata itu. elaki tua itu tersenyum-senyum sambil mengangguk-anggukka

    kepalanya.

      67%anti saya masukkan makanan dan minuman untuknya setiap hari,! kata Adil.

    elaki tua itu hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

      "agi esoknya, Adil bangun awal-awal sekali. &ejayaannya semalam

    memberikannya semangat untuk memburu lagi pada hari itu. Sebelum bertolak, lelaki tua

    itu memesannya agar membawa sama kelebang pada hari itu.

    “+ari ini, berjalanlah menuju ke arah matahari terbenam,! pesan lelaki tua itu.

    “Baiklah, Tuk3 Terima kasih,! jawab Adil. Setelah bersalaman, Adil pun melangkah pergi

    setelah menyisipkan kelebang di pinggangnya. &ali ini, dia menemui banyak binatang-

     binatang lain. &ijang atau rusa putih tidak dia temui. )ia dapat memanah seekor arnab.

      Setelah berjalan sangat jauh, melintaslah seekor kijang putih tidak jauh daripa

    tempatnya. Sebaik-baik sahaja dia hendak memanah, muncullah seekor harimau belang

    yang sangat besar. +arimau itu hendak menerkam ke arahnya. Adi segera membalingkan

    arnab yang sudah dia panah itu ke arah harimau tersebut. +arimau itu berhenti lalu

    membaham daging arnab yang Adil balin itu. Adil lalu memanjat ke sebatang pokok.

    Apabila di atas dahan pokok itu, Adil mendapati harimau itu sedang membaham daging

    arnab itu. )engan menghunuskan kelebang ditangannya, Adil lalu terjun ke arah harimau

    itu dan melibasnya ke arah harimau itu. ibasan kelebangnya mengenai mata harimau

    yang bersiap-siap untuk menyerangnya. )engan melaung-laung sekuat-kuatnya, Adil

    melibas-libaskan kelebangnya itu ke arah harimau yang sudah luka itu. ibasan-

    libasannya mengenai kela, leher dan badan harimau itu. Tidak lama kemudian, harimau

    itu menjadi lemah dan menggelupur di atas tanah. Adil lalu menikam perut harimau yang

    meraung-raung kesakitan itu. Tidak lama kemudian, harimau itu sudah tidak bernyawa

    lagi.

      &ijang putih itu sudah lesap di dalam hutan itu. Adil terus menjejaki kijang

     putih itu tetapi tidak berjaya. )ia hanya dapat memanah dua ekor burung hutan dan

    seekor arnab lagi.

      Sepulangnya dia gua itu, lelaki tua itu menasihati Adil agar membawa

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    10/21

    cangkul dan menggali lubang untuk memerangkap kijang putih itu. ubang itu hendaklah

    dia gali berdekatan dengan bangkai harimau yang dia bunuh itu. Adil mengerjakan apa-

    apa yang disarankan lelaki tua itu pada keesokan harinya.

      1soknya, setelah dia menggali sebuah lubang yang dalam di tempat itu,

    Adil menutupnya dengan ranting-ranting kayu dan daun-daun segar. Sebaik-baik sahaja

    dia selesai memasang jeratnya itu, seekor kijang putih kelihatan meryau-rayau tidak jauh

    dari situ. )engap senyap-senyap, Adil memanjat sebatang pokok rambutan dan duduk

    menanti jeratnya itu.&ijang putih itu merapati bangkai harimau itu. Sebaik-baik sahaj

    dipijaknya permukaan lubang jerat itu, kijang putih itu terjatuh ke dalamnya. Adil segera

    melompat turun dari pokok rambutan itu dan menangkap kijang putih itu. )iikat kaki-kai

    kijang itu sebelum dia menggalasnya pulan ke gua.

      “Berjaya juga engkau menangkap kijang putih ini, Adil3! puji lelaki tua itu.

    “Saya sungguh-sungguh terhutang budi kepada Tok atas kejayaan saya ini3! balas Adil.

    “Tinggal rusa putih saja yang perlu saya tangkap.!

    “nsya-Allah, engkau akan berjaya mendapatkannya,! balas lelaki tua itu. “1sok, cari

    rusa itu di sebuah tanah lapang di utara. Akan tetapi, kau harus lebih berhati-hati kali ini,

    Adil3!

    “&enapa, Tok$! tanya Adil, curiga.

    “awanmu kali ini agak besar dan banyak3! balas lelaki tua itu. elaki tua itu lalu bangun

    dan membawa sebuah bungkusan. “)alam bungkusan ini ada beberapa ketul tulang.

    ontarkan tulang-tuang ini ke arah musuh-musuh yang menyerang kamu esok. (unakan

    tali yang ada itu dan ikatkan tanduk rusa itu dengannya.!

    Adil menerima bungkusan itu seraya mengucapkan terima kasih.

    "agi esoknya, Adil berangkat segera. Selain alat-alat berburu, dia membawa juga

     bungkusan yang dia terima semalam. )ia tiba di sebidang kawasan lapang setelah

     berjalan ke arah utara untuk sekian lama. )ia mendapati ada sekawan gajah sdang

    mencari makan di sana. )alam kumpulan gajah itu ada seekor rusa putih sedang meragut-

    ragut rumput.

      Adil mendekati tempat kawanan gajah dan rusa putih itu berada. Sewaktu dia

    melepaskan anak panah ke arah gajah-gajah itu, dia mendapati gajah-gajah itu bertempik

    lalu datang menyerang. Adil menghuraikan bungkusan itu dan mengeluarkan ketulan-

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    11/21

    ketulan tulang lalu membalingkannya ke arah gajah-gajah itu. (ajah-gajah itu lari

     bertempiaran ketakutan melihatkan balingan ketulan-ketulan tulang itu. Akan tetapi, rusa

     putih itu hanya tercengang-cengang apabila gajah-gajah itu melarikannya. Adi segera

    mengikat jerutan pada tali itu lalu melontarkan jerutan tali itu pada tanduk-tanduk rusa

     putih itu. )engan sekali lempar, tanduk-tanduk rusa itu kena jerutan tali itu. Adil segera

    menari hujung tali jerutannya. 'usa itu Adil hela pulang ke gua.

      “Sekarang saya sudah mendapat ketiga-tiga ekor binatang yang isteri saya

    idam-idamkan. Terima kasi atas bantuan datuk. Saya tidak akan dapat membalas budi

     baik datuk itu,! ucap Adil.

    “)atuk hanya menolong engkau mana-mana yang datuk mampu3!

    Adil tidak henti-henti menyatakan penghargaannya atas abtuan lelaki tua itu.

      “(unakan tali dan ikatlah ketiga-tiga ekor binatang ini. &amu hela binatang ini

    macam kamu menghela lembu atau kambing,! kata lelaki tua itu.

    “ni ada sebilah golok tajam untuk kau gunakan sewaktu berjalan pulang nanti,! lanjut

    lelaki tua itu seraya memberikan Adil sebilah golok bersarung.

      Adil mengunus golok yang tajam itu. )ia menyarungkan ke sarungnya

    semula lalu menyisipkannya di pinggang.

    "ada keesokan harinya, Adil meminta diri untuk berangkat pulang. Setelah bersalam-

    slaman dengan lwlaki tua di gua itu, dia berangkat pulang. Adil menghela ketiga-tia

    haiwan itu dengan mudahnya. Sewaktu berjalan itu, dia tidak-tidak putus mengucapkan

    rasa syukur atas kejayaannya itu.

    )i pertengahan jalan itu, Adil hendak berehat sebentar. )ia menambat ketiga-tiga ekor

    haiwan itu di sebatang pokok sebelum dia duduk berehat. Sewaktu dia sedang berehat itu,

    datang seorang perompak. "erompak itu mahu Adil menyerahkan ketiga-tiga haiwan itu

    kepadanya. Adil membantah dan berlakulah perkelahian disusuli sebuah pergelutan

    antara mereka. )engan menguhuns golok yang dia miliki, Adil berjaya menikam hujung

    golok itu di perut perompak itu. Setelah mendapati perompak itu tewas akibat terluka di

     perutnya, Adil melepaskan lelaki itu dan membiarkannya terbaring di atas tanah. )ia

    segera membuka ikatan haiwan-haiwan yang dia tambat itu lalu meneruskan

     perjalanannya.

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    12/21

    Akhirnya, Adil selamat sampai di rumahnya. Saerah berasa gembira melihat suaminya

    selamat pulang dan berjaya menangkap pelanduk, kijang dan rusa putih yang dia idam-

    idamkan dagingnya. Saerah dan Adil makan berlaukkan daging ketiga-tiga haiwan itu

    hinggalah Saerah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.

    )icatat oleh Abdul Mana# Bin Mohd .asir di 8/9: "T( 

    abel/ 0erita 'akyat Melayu 

    http://manafyasir.blogspot.my/2011/12/cerita-adil-pergi-berburu.htmlhttp://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayuhttps://www.blogger.com/email-post.g?blogID=6929892823611058567&postID=5298802200487723042http://manafyasir.blogspot.my/2011/12/cerita-adil-pergi-berburu.htmlhttp://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayu

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    13/21

    Tuah Seorang Pemuda Yang Jujur

    Seorang pemuda berjumpa sebentuk cincin di kebunnya. *leh kerana terlalu jujur, dia

    menunjukkan cincin yang ditemuinya itu kepada jirannnya. irannya itu seorang peniaga yang

    licik. Apabila terpandang akan cincin itu, jirannya itu pasti itu adalah cincin emas. %amun,

     jirannya itu berkata, “ni hanya sebentuk cincin tembaga yang murah. Bagi saya cincin ini dan

    saya akan gantikan dengan seekor ikan.!

      irannya pergi menangkap seekor ikan yang berenang-renang dalam sebuah kolam yang

    terletak di belakang rumahnya. "emuda yang jujur itu menerima ikan itu dengan penuh syukur

    dan mengucapkan terima kasih kepada jirannya. "emuda itu pulang ke rumah lalu membelah

     perut ikan itu sebelum dia memasaknya. "ada kali ini, dia mendapati dalam perut ikan itu

    terdapat pula sepasang cincin emas.

      "emuda itu lalu menunjukkannya kepada jirannya sekali lagi. irannya, yang penuh

    muslihat itu, berkata, “%ampaknya, engkau selalu menemukan cincin tembaga. Biar aku beri

    engkau seekor ayam sebagai gantinya. Aku kira cukuplah dengan nilai dua bentuk cincin ini.!

    irannya mengambil seekor ayam tua dan menyerahkannya kepada pemuda itu. "emuda itu

    sekali mengucapkan terima kasih dan membawa ayam itu pulang ke rumahnya. Ayam itu

    dikurung dalam sebuah raga dan diletakkannya pada sebuah sudut di dapurnya.

      "ada keesokan harinya, sewaktu pemuda itu hendak menyembelih ayamnya itu buat

    lauk hidangannya pada hari itu, ayam yang diberikan jirannya yang licik itu terlepas lalu berlari

    masuk ke dalam kebunnya. Sewaktu menemukan ayamnya itu, pemuda itu melihat bahawa

    ayamnya sedang mematuk-matuk tanah. "emuda itu lalu mengambil sebatang ranting mati lalu

    mengais-ngais tanah yang dipatuk-patuk ayamnya itu. Tidak berapa lama kemudian, dia

    menjumpai tiga bentuk cincin emas dalam lubang yang digalinya dengan ranting mati itu. )ia

    segera menunjukkan ketiga-tiga bentuk cincin yang dijumpainya kepada jirannya sekali lagi.

    irannya yang begitu gembira dapat menipu pemuda itu lagi, berkata, “+ai, cincin-cincin ini

    tidak berharga langsung. Tak mengapa, aku akan menggantikannya dengan seekor kambing bagi

    cincin-cincin tembaga ini.!

      irannya itu pergi ke kandang tempat dia mengurung kambing-kambingya. )ia lalu

    mengheret seekor kambing tua lalu diserahkan kepada pemuda yang begitu gembira dengan

     pertukaran itu. Setelah pulang ke rumahnya, pemuda itu lalu menambat kambing itu di sebuah

    kandang miliknya. )ia memberikan kambing itu makan selonggok rumput kering dan air

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    14/21

    minuman dalam sebuah bekas.

      &eesokan harinya pula, pemuda itu sduah bersiap-siap hendak membawa ayam dan

    kambing tuanya ke pekan. )ia hendak menjual binatang-binatang itu di pekan pada hari itu.

    )iikat kepak dan kaki ayamnya agar tidak boleh bergerak dan terbang lepas nanti. &ambingnya

    diikat taki pada lehernya lalu dihela.

      Sewaktu dalam perjalanan ke pekan, kambing tuanya asyik terbatuk-batuk dan bersin.

    )an dia berhenti berjalan sambil melihat-lihat kambingnya. &alau sakit, pastilah tida sesiapa

    yang akan membeli kambingnya itu. "ada waktu dia berhenti sejenak sambil mememrhatikan

    kambingnya, dia terpegun apabila ada empat bentuk cincin keluar dari mulut kambing itu,

    Setelah kambing itu berhenti batuk dan bersin, pemuda itu mengutip keempat-empat bentuk

    cincin itu lalu disarungkan ke jari kanan dan kiri; dua bentuk pada jari manis dan jari hantu

    kedua-dua belah tapak tangannya.

      Tersebutlah kisah seorang saudagar kaya yang tinggal di pekan itu. Saudagar kaya ini

    sedang bersedih memikirkan anak gadisnya yang sedang sakit. Menurut tabib dan dukun yang

    merawat anak gadisnya itu, penyakit anak gadisnya itu akan sembuh jika memakan daging ayam

    yang digoreng dan gulai kambing yang tua. Tetapi kedua-dua binatang itu hanya boleh

    didapatkan daripada seorang pemuda yang memakai empat bentuk cincin pada satu-satu masa.

    "emuda itu akan melewati rumah saudagar pada suatu pagi kerana hendak menjual binatang-

     binatang itu di pekan.

      Sejak mendapatkan pesan tabib dan dukun itu, maka saudagar itu asyik ternanti-

    nantikan kedatangan pemuda tersebut. Setiap hari, dia asyik menunggu di pintu pagar rumahnya

    memerhatikan orang ramai yang berlalu-lalang di hadapan rumahnya yang tidak jauh dari pekan

    itu.

      "ada pagi itu, sewaktu membuka pintu pagar, saudagar itu ternampak kelibat pemuda

    yang jujur itu menghela kambing tuanya sambil mengepit ayam di tangan kanannya berjalan

    menghampiri rumahnya. )ia memerhatikan benar-benar sama ada pemuda itu adalah orang yang

    dia nanti-nantikan itu.

      Apabila pemuda itu benar-benar tiba di depan pintu pagar rumahnya, saudagar itu lalu

    menegurnya.

    “Assalamualaikum, orang muda,! sapa saudagar itu sambil tersenyum dengan wajah yang

     berseri-seri.

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    15/21

    “2aalaikumsalam,! sahut pemuda itu.

    “Apakah tuan hendak menjual ayam dan kambing itu$! saudagar itu berkata sambil menunjuk ke

    arah ayam dan kambing yang ada pada pemuda itu.

    “Benar, saya hendak menjualnya,! balas pemuda itu.

      &ebetulan, saya hendak membeli ayam dan kambing untuk dibuat ubat bagi

    menyembuhkan penyakit anak saya,! sambung saudagar itu.

    Saudagar itu lalu menyuruh orang gajinya menjemput pemuda itu masuk ke dalam halaman

    rumahnya.

      Saudagar itu lalu duduk di anjung rumah sambil menantikan pemuda itu tiba. "emuda itu

    lalu menyerahkan ayam dan kambingnya kepada orang gaji saudagar itu.

    Sewaktu duduk bersila menghadap saudagar di anjung rumah, pemuda itu tersenyum kerana dia

     berasa beruntung pada hari itu. &ambing dan ayam yang dibawanya itu pasti akan dibeli

    saudagar itu. "ada masa yang sama, saudagar itu gembira apabila mendapati pemuda yang duduk 

     bersila di hadapannya memakai empat bentuk cincin di tangan-tangannya.

    Setelah membayar harga kambing dan ayam yang dibelinya itu, saudagar itu menjemput pemuda

    itu untuk bersarapan dan makan tengah hari di rumahnya pada hari itu. Saudagar itu mahu

    mengenali dengan lebih dekat pemuda itu. )aripada perbualannya, saudagar itu mendapati

     pemuda itu sungguh lurus dan amat baik budi pekertinya. )i dalam hatinya, terbit hasratnya

    menjadikan pemuda itu anak menantunya. Anak gadisnya itu sudah pun dewasa dan umurnya

    sudah layak untuk dijodohkan.

      Ayam dan kambing yang dibeli saudagar itu segera disembelih dan dimasak seperti

    yang telah ditetapkan oleh tabib dan dukun yang merawat anak gadis saudagar itu. ebihan

    daging binatang yang disembelih dibuat lauk-pauk lain dan ditambah dengan hidangan-hidangan

    lain. Anak gadis saudagar yang sakit itu diberi makan sesudah hidangan siap dimasak.

    Selesai makan tengah hari, sauadagar itu meminta agar pemuda itu datang kembali ke rumahnya

     pada keesokan hari. "emuda itu berjalan pulang ke rumahnya dengan sukacita. )ia mendapat

    laba daripada penjualan kambing dan ayamnya selain dijamu makan oleh saudagar pada hari itu.

    &eesokan hari, anak gadis saudagar yang sakit-sakit itu kembali sembuh dengan segera.

    Saudagar itu lalu mendakap anaknya yang sudah sembuh itu sambil mengucap syukur kepada

    Tuhan

      "emuda itu tiba sebaik-baik sahaja saudagar itu hendak menghadapi sarapan. "emuda

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    16/21

    itu dijemputnya berjamu sarapan dengannya. Anak gadis saudagar dan isteri saudagar itu turut

     bersarapan sama tidak lama kemudiannya. Setelah selesai makan, saudagar itu itu menyatakan

    hasratnya hendak menikahkan pemuda itu dengan anak gadisnya. "emuda itu tidak menolak dan

    anak gadis saudagar itu turut bersetuju dengan hasrat saudagar tersebut. Maka saudagar itu lalu

    menyuruh orang kepercayaannya menjemput kadi dan jiran tetangganya sebelum dijalankan

    majli akad nikah dan persandingan pengantin baru itu.

      +iduplah pasangan muda itu kerana mereka saling kasih-mengasihi antara satu sama

    lain. "emuda itu telah mempelajari ilmu perniagaan daripada mentuanya dan setelah dia menjadi

    mahir, dia mengusahakan perniagaannya sendiri pada akhirnya.

    )icatat oleh Abdul Mana# Bin Mohd .asir di "T( 

    abel/ 0erita 'akyat Melayu 

    http://manafyasir.blogspot.my/2011/12/tuha-seorang-pemuda-yang-jujur.htmlhttp://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayuhttps://www.blogger.com/email-post.g?blogID=6929892823611058567&postID=9091420024183332901http://manafyasir.blogspot.my/2011/12/tuha-seorang-pemuda-yang-jujur.htmlhttp://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayu

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    17/21

    Cerita Tebu Sebatang

    )isebutkan yang empunya cerita, di &ampung Batu umut, Mak Misah, seorang janda,

    tinggal bersama-sama Melur, anak sulungnya dan ali, anak bongsunya. Mereka hidup miskin.

    Setelah kematian suaminya, Mak Misah mengambil alih tugas arwah suaminya mengerjakan

    kebun mereka yang tidak seberapa luas.

      Selain berkebun, Mak Misah juga memungut kayu di hutan yang berdekatan rumahnya

    untuk dia jual bersama-sama hasil kebunnya di pekan. )engan wang yang diperolehinya

    daripada berjualan itu, Mak Misah menyara kehidupan keluarganya.

      Melor dan ali gemar makan tebu yang ditanam Mak Misah. Melor selalu membuangkan

    kulit tebu itu untuk dimakan ali, adiknya. %amun, ada sebatang tebu yang tumbuh dekat

     belakang dapur rumah dan jauh daripada pokok-pokok tebu yang lainnya. Mak Misah berasa

    tentu air batang tebu itu manis sekali. )ia memberi tebu itu lebih perhatian daripada tebu-tebu

    yang lainnya.

      "ada suatu pagi, Mak Misah telah berpesan kepada Melur, “Melur, tebu sebatang yang

    subur di belakang dapur jangan kautebang. Tebu itu untuk mak. angan lupa pesanan 1mak, ya3!

    “Tebu yang mana, 1mak$! Tukas Melur.

    “ang tinggi dan besar ruasnya,! jawab Mak Misah sambil menuding jarinya ke arah pokok tebu

    yang dia maksudkan.

    “a, 1mak,! jawab Melur.

      Sebelum dia meninggalkan rumah, Mak Misah berpesan lagi seperti biasanya, “aga

    adikkau baik-baik. %anti petang, Mak balik cepat,! kata mak Misah sambil membimbit

    keranjang dan menjunjung raga yang berisi hasil kebun yang dia usahakan itu. Mak misah segera

    turun dari rumah setelah bersalaman tangan dan mencium pipi anak-anaknya.

    “+ati-hati di jalan, emak,! kata Melur kepada ibunya.

      Mak Misah segera berjalan menuju ke pasar tempat dia menjual hasil kebunnya itu. ali

    yang baru sahaja selesai mandi dan bersarapan itu turun ke tahan untuk pergi beramin-main.

    “angan main jauh-jauh, Adik3 &akak hendak mengemas rumah. %anti boleh Adik teman kakak

     pergi membasuh di sungai,! kata Melur kepada ali. ali hanya mengangguk-anggukkan

    kepalanya.

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    18/21

    Setelah selesai mengemas rumah, Melur mengangkat raga yang berisi kain yang hendak dia

     basuh. Apabila sampai di pintu rumah, dia berteriak, “ali3 ali3 Mari ikut &akak pergi ke

    sungai3!

    ali muncul di sisi kakaknya tidak lama sesudah itu.

    “&akak, ali hendak tebu.!

    “Baik, nanti kakak tebang,! jawab Melur sambil berjalan ke dapur untuk mengambil sebilah

     pisau.

    “Mari, nanti kakak tebang,! jawab Melur. ali menuruti kakaknya yang berjalan menuju ke

     pokok-pokok tebu yang tumbuh di hadapan rumah mereka. Sewaktu Melur hendak menebang

    salah satu pokok tebu itu, ali bersuara.

    “angan tebu inilah, jali hendak tebu yang lain3!

    Melur menyaksikan adiknya dengan penuh pertanyaan di dalam #ikirannya.

    “+abis, tebu yang mana$! kata Melur.

    ali segera menghela tangan kakaknya menuju ke belakang dapur rumahnya. )ia menunjukkan

     pokok tebu yang tinggi dan besar batangnya.

    “*h, yang itu3 ang itu tak boleh, )ik. tu tebu emak. 1mak pesan jangan menebangnya.?

    “Tak mahu, ali hendak tebu itu juga,! ali muka menarik muka.

    "uas sudah dipujuk adiknya agar ditebang pokok tebu yang lain, namun adiknya berdegil.

    Tanpa menghiraukan adiknya, Melur pergi menebang sebatang pokok tebu yang lain. Setelah

    dibuang daun-daunnya dan dikerat-kerat batangnya, Melur memberi adiknya sepotong. ali tidak

    mahu mengambilnya tetapi dibuangnya sambil meraung dengan kuatnya. ali segera menarik-

    narik tangan kakaknya seraya menjerit-jerit, “ %ak tebu besar3 %ak tebu besar3 %ak tebu besar3?

    “"ukul dengan batang tebu ini baru kautau, kakak cakap kau tak mau dengar3 1mak tak beri kita

    tebang pokok tebu itu, tau tak$! pekik Melur.

     %ak tebu besar3 %ak tebu besar3 +endak juga3! raung ali dengan bersungguh-sungguh tanpa

     berhenti daripada raungannya. &emduian, dia berguling-guling di atas tanah, dan tangisannya

    terus menjadi-jadi.

    Melihatkan adiknya begitu, Melur menjadi terharu dan belas akan adiknya.

    “Bangun ali, jangan berguling-guling begini, habis kotor baju dan seluar nanti,! kata Melur

    cuba menarik adiknya supaya bangun berdiri.

    “Baiklah, mari kita tebang tebu besar itu. Balik emak nanti, kalau dia pukul Adik, &akak tak

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    19/21

    mahu tolong Adik3! katanya, mengalah.

    Melur menarik tangan adiknya ke pokok tebu di belakang dapur rumah mereka lalu ditebangnya

    tebu yang sebatang itu. Sesuda itu, dibuang daun-daunnya, dipotong-potong lalu diberikan

    kepada ali.

    Mereka berdua pergi ke sungai dan Melur memulakan kerjanya membasuh kain-kain kotor. ali

    yang duduk di atas sebongkah batu yang berdekatan makan tebu itu hingga habis. Setelah selesai

    membasuh, Melur dan ali pulang ke rumah. Melur menjemur kain-kain itu di ampain di

    halaman rumah. Sesudah itu, dia mengajak adiknya masuk ke dapur. ali mengambil mainannya

    dan bermain di sebuah sudut dengan senyapnya. Melur menanak nasi dan memasak lauk untuk

    hidangan makan mereka pada hari itu.

    Selepas tengah hari, Mak Misah tiba di rumah. Sewaktu melewati pintu dapur di belakang

    rumahnya,dia mendapati pokok tebu itu sudah tiada lagi. )ia begitu marah apabila melihat

     batang tebu yang sudah dipangkas orang.

    Sebaik-baik sahaja dia duduk di atas amben di ruang dapur rumahnya itu, dia meletakkan raga

    dan bakul di atas lantai. )ipandangnya kanan dan kiri, mencari-cari Melur dan ali.

    “Melur3 Melur3! teriak Mak Misah. )ari dalam rumah, dia mendengar tapak kaki berlari-lari

    menuju ke dapur. Melur menjengukkan kepalanya di pintu dapur itu.

    “Mak dah balik$! katanya.

    “Siapa yang tebang tebu besar emak itu$! katanya, marah.

    “Me-melur, Mak3 Adik menangis samabil berguling-guling di atas tanah hendakkan tebu itu

     juga3! jawab Melur terketar-ketar.

    “Tak boleh harap punya budak3 &au tidak ingat apa-apa pesanan aku, ya$! katanya lalu

    mencapai sepotong puntung kayu api di bawah dapur lalu segera menghayunnya ke belakang

     badan Melur.

    Melur mengaduh sakit dan merayu-rayu emaknya agar dia tidak terus memukulnya lagi. "ada

    masa itu, Mak Misah sudah gelap mata lalu terus memukul Melur bertubi-tubi. *leh sebab tidak

    tertahan sakit, Melur lalu meluru turun ke tanah. Ma Misah mengejarnya sambil mulutnya kecoh

    menyumpah dan menyeranah anak gadisnya itu.

    “Tebu itu untuk aku, yang kauberdua makan sampai habis, kenapa$! ungkitnya berulang-ulang

    kali sambil terus memukul-mukul Melur. ali yang sedang tidur lalu terjaga lalu menangis

    melihatkan ibunya memukul kakaknya dengan teruk itu. Setelah berasa letih, Mak Misah

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    20/21

    kembali duduk di atas amben di dapur rumahnya. Tiba-tiba Mak Misah berasa pitam lalu jatuh

     pengsan kerana dia keletihan.

    Melur menangis teresak-esak di bawah tangga anjung rumah. )ia meraba-raba seluruh tubuhnya

    yang bengkak-bengkil. )ia berasa hiba dengan perbuatan ibunya lalu dia duduk berdoa

     bersungguh-sungguh hati.

    “*h Tuhanku, tergamak emak memukulku seperti ini. %ampaknya, emak tak sayang aku lagi.

    &alaulah aku seekor burung, boleh aku terbang jauh dari sini3!

    )engan takdir Allah yang Maha Berkuasa, pada ketika itu juga Melur bertukar menjadi seekor

     burung merpati. Burung merpati itu terbang ke atas bumbung rumah. )i atas bumbung rumah

    itu, burung merpati itu.

    “1mak sayang tebu sebatang, 1mak tak sayang anak mak seorang3!

    )iulang-ulangnya kata-kata itu dengan suara yang sayu dan pilu. Sewaktu Mak Misah terjaga,

    dia mencari-cari arah datangnya suara itu. )ia memanggil-manggil nama Melur. Mak Misah

    segera turun ke tanah lalu mendongak untuk melihat bumbung rumahnya. )ia mendapati ada

    seekor burung merpati putih yang sedang berlagu-lagu dengan suara sayu dan pilu.

    “1mak sayang tebu sebatang, 1mak tak sayang anak mak seorang3!

    “Melur, baliklah ke rumah, usahlah berlagu-lagu lagi3! pujuk Mak Misah tetapi burung merpati

    itu segera tebang lalu pergi. Mak Misah tidak dapat melakukan apa-apa sesduah itu. )ia hanya

    memandang burung merpati itu terbang ke arah timur hingga hilang daripada pandangan

    matanya.

    Mak Misah duduk meratapi nasib malang yang menimpa anak gadisnya akibat perbuatannya

    memukul Melur tadi. )engan Melur tiada di rumah, Mak Misah tidak dapat keluar berjualan di

     pekan. )ia hanya bekerja di kebunnya sambil memerhatikan ali yang masih belum tahu

    melakukan kerja rumah atau di membantunya di kebun.

    Beberapa hari sesudah itu, rumah Mak Misah didatangi seorang pemuda yang bertanyakan

    tentang Melur yang telah berubah menjadi seekor burung merpati. )aripada perbualan mereka

    itu, Mak Misah telah menyatakan kekesalannya memarahi serta menghukum Melur tanpa

     ber#ikir panjang. Tiba-tiba Melur menjelma di hadapan mata ibunya, adiknya dan lelaki muda

    itu. Mak Misah segera memeluk anaknya itu. &edua-dua orang anak dan ibu itu saling tangis-

    menangisi kerana menyesali peristiwa yang telah berlaku.

    elaki muda yang bertamu di rumah Mak Misah itu sudah tertarik hati dengan Melur lalu

  • 8/18/2019 Cerita Sebilah Keris Panjang dan Sebilah Keris Pendek.doc

    21/21

    meminangnya. Mak Misah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju sambil tersenyum

    lalu segera menyeka air matanya yang masih berlinangan itu.

    )icatat oleh Abdul Mana# Bin Mohd .asir di :/>: "T( 

    abel/ 0erita 'akyat Melayu

    http://manafyasir.blogspot.my/2011/12/cerita-tebu-sebatang.htmlhttp://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayuhttps://www.blogger.com/email-post.g?blogID=6929892823611058567&postID=7929272255818805745http://manafyasir.blogspot.my/2011/12/cerita-tebu-sebatang.htmlhttp://manafyasir.blogspot.my/search/label/Cerita%20Rakyat%20Melayu