chuzairy bin hanri - fp.utm.my · kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran...
TRANSCRIPT
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INKUIRI DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH
CHUZAIRY BIN HANRI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010
SAYA CHUZAIRY BIN HANRI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek
Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INKUIRI DI
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
(HURUF BESAR)
PM. Dr. MOHAMAD YUSOF B.
HAJI ARSHAD LOT 1080, LORONG HARUAN 1,
JALAN BAKO,
KAMPUNG BAKO INDAH,
93050, KUCHING SARAWAK
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”
Tandatangan : ………………………………….............
Nama Penyelia : PM.Dr. MOHAMMAD YUSOF B.ARSHAD
Tarikh : ………………………………….............
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN INKUIRI DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH
CHUZAIRY BIN HANRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MAC 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : CHUZAIRY BIN HANRI
Tarikh : .......................................
iii
DEDIKASI
Buat keluarga yang tersayang serta teman teristimewa di atas galakan dan sokongan
padu yang telah diberikan.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan izinNya saya telah dapat
menyempurnakan tesis ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat.
Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia
disertasi PM. Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang tidak jemu-jemu memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna.
Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, rakan-rakan guru dan semua
pelajar dari sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang terlibat dalam kajian ini.
Tidak lupa juga kepada para sahabat yang sentiasa memberi sokongan moral sepanjang
tempoh menyiapkan disertasi ini. Semoga Allah memberi sebaik-baiknya ganjaran dan
balasan di atas sumbangan yang diberikan.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar
sekolah menengah. Sampel terdiri daripada 154 orang pelajar daripada empat buah
sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Satu set soal selidik digunakan sebagai
instrumen kajian. Data dianalisa berdasarkan respon pelajar dengan menggunakan
Microsoft Office Excel 2007. Kajian mendapati pelajar boleh menguasai kebanyakan
kemahiran inkuiri di mana pelajar yang berpencapaian tinggi boleh menguasai
kemahiran inkuiri dengan baik berbanding dengan pelajar yang lemah dan pelajar
perempuan lebih menguasai kemahiran inkuiri berbanding pelajar lelaki. Dengan
demikian, guru haruslah lebih berhati-hati di dalam mengaplikasikan pendekatan inkuiri
di dalam kelas memandangkan terdapat perbezaan penguasaan pendekatan inkuiri di
kalangan pelajar yang berlainan latar belakang.
vi
ABSTRACT
This research is to analyze the level of mastery of inquiry skills among secondary school
students. One hundred and fifty four participants from four different secondary schools
in Kota Tinggi have been participated in the research. A set of questionnaire was used
as the instrument of this research. The data was being analyzed using Microsoft Office
Excel 2007. The research finding shows that student’s mastery of inquiry skills is good
whereby students with high achievement have higher mastery level of inquiry skills
compare to the low achievers and girls have higher mastery level of inquiry skills
compare to the boys. Hence, teachers should be more careful when implementing the
inquiry approach in classes since there are difference in mastery of inquiry skills among
students with different background.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS
AKUAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Pendekatan Inkuiri
1.2.2 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam
Matapelajaran Sains
1.2.3 Kepercayaan Guru Dalam Pelaksanaan
Pendekatan Inkuiri
1.2.4 Kemahiran Inkuiri
1
4
5
5
6
7
viii
1.2.5 Kesan Pencapaian Pelajar Kepada
Penguasaan Kemahiran Inkuiri
1.2.6 Isu Jantina
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Rasional Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Pelajar
1.7.2 Guru
1.7.3 Bakal Guru
1.8 Skop Kajian
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Pendekatan Inkuiri
1.9.2 Kemahiran Inkuiri
1.9.3 Pelajar
1.9.4 Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan
Bandar
1.9.5 Faktor
1.10 Kesimpulan
7
7
8
9
9
10
10
11
11
12
12
12
13
13
13
14
14
14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Pendekatan Inkuiri
2.2.1 Sejarah Pendekatan Inkuiri
2.2.2 Definisi Pendekatan Inkuiri
2.2.3 Kelebihan Pendekatan Inkuiri
2.3 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam
Matapelajaran Sains
2.4 Kepercayaan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan
Inkuiri
15
15
16
16
18
18
21
ix
2.5 Kemahiran Inkuri
2.6 Kesan Pencapaian Pelajar Kepada Penguasaan
Kemahiran Inkuiri
2.7 Isu Jantina
2.8 Rumusan
21
23
24
25
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Persampelan
3.3 Reka Bentuk Kajian
3.3.1 Instrumen Kajian
3.4 Kajian Rintis
3.5 Analisis Data
3.6 Rumusan
26
26
27
28
29
29
30
4 ANALISA DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
4.2 Penguasaan Kemahiran Inkuiri Pelajar
4.2.1 Kemahiran Menyatakan Objektif Kajian
4.2.2 Kemahiran Membuat Pernyataan Masalah
Kajian
4.2.3 Kemahiran Membina Hipotesis
4.2.4 Kemahiran Mengenalpasti Pembolehubah
4.2.4.1 Kemahiran Mengenalpasti
Pembolehubah yang Dimanipulasi
4.2.4.2 Kemahiran Mengenalpasti
Pembolehubah Bergerak Balas
4.2.4.3 Kemahiran Mengenalpasti
Pembolehubah Dimalarkan
4.2.5 Kemahiran Menyenaraikan Bahan yang
Digunakan Dalam Eksperimen
32
32
33
34
36
38
38
39
40
42
x
4.2.6 Kemahiran Menyenaraikan Alat Radas
4.2.7 Kemahiran Melukis Susunan Alat Radas
4.2.8 Kemahiran Merancang Langkah Kerja
Eksperimen
4.2.9 Kemahiran Membuat Kesimpulan
4.2.10 Analisis Keseluruhan Penguasaan Kemahiran
Inkuiri
4.3 Perbandingan Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri
Berdasarkan Tahap Pencapaian Pelajar dalam
Matapelajaran Sains
4.4 Perbandingan Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri
Berdasarkan Jantina
4.5 Rumusan
43
44
47
50
51
52
54
55
5 KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Kesimpulan
5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri Pelajar
5.2.2 Perbandingan Antara Pencapaian Pelajar
dengan Tahap Penguasaan Kemahiran Inkuiri
5.2.3 Perbandingan Antara Jantina dengan Tahap
Penguasaan Kemahiran Inkuiri
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
56
57
57
58
58
59
61
62
RUJUKAN
Lampiran A-D
63
73-78
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Nama sekolah yang dijadikan sampel 27
3.2 Bilangan responden berdasarkan jantina 27
3.3 Bilangan responden berdasarkan pencapaian 27
3.4 Bahagian set ujian kefahaman 28
3.5 Skala rujukan bagi penguasaan kemahiran inkuiri 30
4.1 Respon serta peratusan pelajar bagi kemahiran
objektif kajian
33
4.2 Respon dan peratus pelajar bagi kemahiran
membuat pernyataan masalah
34
4.3 Respon pelajar bagi item membina hipotesis 37
4.4 Respon pelajar bagi pembolehubah dimanipulasi 38
4.5 Respon serta peratus pelajar bagi mengenalpasti
pembolehubah bergerak balas
40
4.6 Respon dan peratus pelajar bagi mengenalpasti
pembolehubah dimalarkan
41
4.7 Respon dan peratus pelajar bagi menyenaraikan
bahan eksperimen
42
4.8 Respon serta peratus pelajar kemahiran
menyenaraikan alat radas eksperimen
43
4.9 Respon dan peratus pelajar bagi kemahiran
melukis susunan alat radas
44
xii
4.10 Respon serta peratus pelajar bagi kemahiran
merancang langkah kerja eksperimen
48
4.11 Respon dan peratus pelajar bagi kemahiran
membuat kesimpulan
50
4.12 Peratus pelajar betul bagi setiap item kemahiran
inkuiri
51
4.13 Perbandingan antara pencapaian pelajar dengan
penguasaan kemahiran inkuiri
53
4.14 Perbandingan antara penguasaan kemahiran
inkuiri dengan jantina
54
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada
EPRD
73
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
74
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian daripada
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia
75
D Set Soalan Soal Ujian Kefahaman (Instrumen
Kajian)
76
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada zaman sekarang, semua negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk
memajukan negara masing-masing ke tahap maksimum. Negara kita, Malaysia juga
tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini. Sekarang, Malaysia juga sedang
membangun dengan pesatnya. Dalam perlumbaan ini, negara haruslah mengukuhkan
lagi ilmu sains dan teknologi memandangkan kemajuan negara bergantung kepada
kemajuan sains dan teknologi. Tanpa kemajuan sains dan teknologi, negara kita
akan ketinggalan dalam perlumbaan ini. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah
memberikan tumpuan yang lebih kepada kemajuan sains dan teknologi. Baru-baru
ini kerajaan telah melancarkan Rancangan Malaysia ke-9 untuk memantapkan lagi
kemajuan sains dan teknologi di negara Malaysia.
Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kita dapat lihat bahawa kemajuan sains dan
teknologi amat dititik beratkan dalam usaha mencapai Wawasan 2020. Sains dan
teknologi dijadikan sebagai teras dalam pembangunan negara termasuklah
pertumbuhan ekonomi, peningkatan keupayaan dan inovasi negara. Industri moden,
komersial dan ekonomi berasaskan maklumat bergantung kepada kemajuan sains dan
teknologi.
Dalam usaha kerajaan untuk memajukan sains dan teknologi negara, ia
haruslah dijalankan dari peringkat akar umbi lagi bak kata pepatah melentur buluh
2
biarlah dari rebungnya. Akar umbi di sini bermaksud kerajaan haruslah
memantapkan lagi profesyen perguruan, menyediakan kemudahan-kemudahan dan
peralatan makmal yang mencukupi di sekolah dan menyediakan kemudahan
teknologi maklumat. Dengan adanya usaha berikut, maka penguasaan pelajar dalam
mata pelajaran sains akan meningkat dan seterusnya memajukan lagi sains dan
teknologi negara Malaysia. Dengan kemajuan yang tinggi dalam sains dan
teknologi, Malaysia akan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
negara maju yang lain. Selain itu kerajaan Malaysia haruslah merangka kurikulum
yang lebih menyeluruh yang boleh mengasah minda dan fikiran pelajar. Dengan
kurikulum yang mantap, pelajar akan lebih mudah memahami sains secara
menyeluruh dan memantapkan lagi kemajuan sains dan teknologi negara ini.
Kurikulum yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai
tujuan yang khusus iaitu mendedahkan para pelajar dengan pengalaman dan
pembelajaran secara menyeluruh (Abu Hassan, 2003). Selain itu, ia juga bertujuan
untuk membentuk perilaku manusia secara seimbang dan bersepadu dengan tuntutan
dunia dan akhirat (Ishak, 2003). Kurikulum sains pula bertujuan untuk melahirkan
murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan
masalah harian (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Berdasarkan matlamat
kurikulum negara dan kurikulum sains, maka pendekatan inkuri adalah pendekatan
yang paling sesuai digunakan untuk mengajar sains memandangkan pendekatan
inkuiri menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam proses
penyelesaian masalah menggunakan kaedah eksperimen (Goh dan Khine, 2002).
Namun pada realitinya, pelajar kurang berminat untuk mempelajari
matapelajaran sains. Ini bertepatan dengan hujah daripada Bou Juoude (1992) yang
menyatakan bahawa sains merupakan mata pelajaran yang sukar untuk difahami
berbanding dengan mata pelajaran yang lain di sekolah.
Kesan daripada kurangnya minat terhadap matapelajaran sains akan
menjejaskan lagi matlamat kerajaan untuk memajukan bidang sains dan teknologi.
Ini akan menganggu-gugat matlamat negara untuk mencapai kemajuan selaras
dengan Wawasan 2020. Minat pelajar terhadap matapelajaran sains boleh
3
ditingkatkan dengan menggunakan pendekatan yang betul dan berkesan di dalam
kelas. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam memainkan peranan dalam mendukung
hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020.
Guru merupakan penggerak utama dalam proses untuk memajukan sains dan
teknologi di peringkat akar umbi. Guru haruslah menaikkan semangat dan minat
pelajar untuk belajar matapelajaran sains. Dengan meningkatnya minat pelajar
terhadap matapelajaran sains, mereka akan lebih memahami sains dengan lebih
mendalam seterusnya memberikan kesan yang amat mendalam terhadap sistem
pendidikan negara. Apabila ini berlaku, secara tidak langsung bidang sains dan
teknologi di Malaysia juga akan turut bertambah maju. Minat pelajar untuk belajar
di dalam kelas boleh ditingkatkan melalui penggunaan pendekatan-pendekatan yang
sesuai dan berkesan oleh guru. Guru haruslah menggunakan kaedah yang sesuai
supaya pelajar boleh memberi penumpuan yang lebih di dalam kelas. Antara
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains adalah pendekatan
inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, masteri dan
sebagainya (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006). Guru haruslah bijak memilih
pendekatan yang paling bersesuaian supaya pelajar berminat untuk belajar di dalam
kelas. Pendekatan yang hendak digunakan haruslah bersesuaian dengan sifat sains
itu sendiri agar pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
Definisi yang paling sesuai untuk menerangkan sifat semula jadi sains itu
sendiri adalah, sains ialah proses inkuiri di mana para saintis membina penjelasan
berkaitan dengan objek dan kejadian semula jadi (American Association for the
Advancement of Science (AAAS), 1990; Trowbridge dan Bybee, 1990). Pelajar
digalakkan untuk turut serta dalam pross pengajaran dan pembelajaran, dimana
pelajar membina sendiri kefahaman mereka berdasarkan kepada pengetahuan sedia
ada (Hess dan Trexler, 2005; Sewell, 2002), melalui proses eksperimen dan
pemerhatian untuk menyokong kesimpulan proses pengajaran dan pembelajaran
(Alesandrini dan Larson, 2002; Windschill, 2002). Proses ini dinamakan
pembelajaran inkuiri yang bertepatan dengan sifat semulajadi sains itu sendiri iaitu
pembelajaran melalui pemerhatian dan eksperimen. Oleh itu pengajaran inkuiri
4
adalah satu pendekatan yang paling sesuai untuk mengajar sains bertepatan dengan
sifat semula jadi sains itu sendiri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran sains berasaskan pendekatan inkuiri telah dianggap sebagai satu
tema yang penting di dalam bidang pendidikan sains di seluruh dunia (American
Association for the Advancement of Science (AAAS), 1993; Driver et al., 2000;
National Research Council (NRC), 1996). Negara-negara maju juga sedang ke arah
menggunakan pendekatan inkuiri untuk mengajar sains contohnya sekolah-sekolah di
China menunjukkan peningkatan di dalam minat untuk menggunakan pendekatan
inkuiri dalam proses pengajaran (The State Council of China (SSC), 2001; Xu, 2001;
Zhang, 2000). Di Israel, makmal berasaskan inkuiri telah dilaksanakan ke dalam
kurikulum di sekolah-sekolah di Israel (Hofstein et al., 2000).
Namun begitu, sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menggunakan
pendekatan inkuiri. Guru lebih gemar untuk menggunakan pendekatan tradisional
berbanding dengan menggunakan pendekatan inkuiri. Ini kerana banyak masalah
yang akan dihadapi oleh guru apabila menggunakan pendekatan inkuiri. Antara
masalah-masalah yang dihadapi adalah kekurangan masa, kepercayaan guru sendiri,
kurang bahan yang bermutu, masalah pedagogi, saiz kelas yang besar, isu
keselamatan dan isu penilaian (Cheung, 2007).
Kajian ini lebih memfokuskan kepada permasalahan kepercayaan guru. Guru
percaya pelajar tidak mempunyai kemahiran inkuiri, dan percaya bahawa pelajar
yang mempunyai pencapaian yang tinggi sahaja yang boleh menerima pendekatan
inkuiri. Selain itu, perbandingan jantina terhadap tahap penguasaan inkuiri pelajar
juga akan dilihat. Oleh itu, kajian ini telah direka unutk mengkaji kebenaran
kepercayaan guru.
5
1.2.1 Pendekatan Inkuiri
Berdasarkan kepada kenyataan Suchman (1966), inkuiri adalah satu proses
mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, merancang eksperimen,
mengumpul data dan membuat kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen untuk
menyelesaikan masalah. Oleh itu, pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melibatkan aktiviti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran,
meramal, menerangkan, dan membuat inferens. Pendekatan inkuiri adalah lebih
berpusatkan kepada pelajar. Dari peringkat awal, iaitu mengenalpasti masalah,
hingga kepada membuat kesimpulan, pelajar yang melakukan segalanya dan guru
hanyalah sebagai fasilitator kepada aktiviti yang dilakukan pelajar. Maka, pelajar
haruslah menggunakan sepenuh tumpuan di dalam aktiviti yang dijalankan
menggunakan pendekatan inkuiri agar mereka boleh membina kefahaman mereka
sendiri. Namun begitu tanpa adanya kemahiran inkuiri seperti yang disebutkan di
atas, pelajar tidak akan dapat melaksanakan pendekatan inkuiri ini di dalam kelas.
Oleh itu, pentingnya untuk melihat tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar.
1.2.2 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam Matapelajaran Sains
Terdapat empat strategi yang boleh digunakan dalam melaksanakan
pendekatan inkuiri iaitu penyoalan, perbincangan, tunjuk cara dan eksperimen (Pukal
Latihan Kursus Orientasi Sains KBSM (PuLKOS), 2001). Pelajar perlu
berkebolehan dalam mengemukakan soalan jika pendekatan inkuiri digunakan.
Dialog antara guru dan pelajar adalah penting dalam menggalakkan pelajar untuk
mengemukakan soalan. Guru juga perlu membimbing pelajar andai mereka tidak
dapat mengemukakan soalan. Strategi perbincangan dapat mengembangkan tabiat
inkuiri berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh guru. Melalui perbincangan,
guru boleh menilai tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Ini boleh
membantu guru untuk dalam menentukan rentak proses pembelajaran sama ada
untuk mempercepatkan atau memperlahankan proses pengajaran. Pelajar boleh
mengembangkan lagi idea mereka melalui perbincangan dengan teman sekelas.
6
Perbincangan juga membolehkan pelajar membina konsep sains yang lebih kukuh
hasil gabungan beberapa idea daripada rakan sekelas. Strategi tunjuk cara di dalam
pendekatan inkuiri bertujuan untuk menunjukkan sesuatu proses yang ringkas dan
menghuraikan sesuatu proses. Tunjuk cara juga boleh menjadi eksperimen sekiranya
pelajar tidak dapat membina konsep sains mereka dengan mudah. Tahap
keterbukaan eksperimen mempengaruhi pembelajaran inkuiri. Tahap keterbukaan
yang tinggi akan menggalakkan lagi pembelajaran inkuiri. Aktiviti eksperimen di
dalam makmal yang dijalankan secara terbuka membolehkan pelajar berfikir secara
kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru. Namun
begitu, wujud persoalan adakah pelajar boleh menyelesaikan masalah menggunakan
teknik eksperimen dengan jayanya tanpa ada kemahiran inkuiri.
1.2.3 Kepercayaan Guru Dalam Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri
Banyak masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pendekatan
inkuiri di kelas. Antara masalah yang dihadapi adalah kekurangan masa,
kepercayaan guru, kurangnya bahan pengajaran secara inkuri yang efektif, masalah
pedagogi, masalah pengurusan, saiz kelas yang terlalu besar, isu keselamatan, risau
berlakunya miskonsepsi, rungutan pelajar dan isu penilaian. Masalah yang menarik
perhatian pengkaji adalah kepercayaan guru dan miskonsepsi. Terdapat guru yang
percaya bahawa pelajar tidak boleh merangka eksperimen dengan betul dan akan
berlakunya miskonsepsi dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Untuk
eksperimen yang berbentuk inkuiri, pelajar dikehendaki merancang sendiri
penyiasatan yang akan dilakukan. Oleh itu, kebarangkalian untuk berlakunya
miskonsepsi adalah besar (Deters, 2005). Miskonsepsi akan berlaku apabila pelajar
tidak boleh merancang eksperimen dengan betul. Oleh itu, penguasaan kemahiran
inkuiri pelajar adalah penting dalam mengatasi masalah ini. Selain itu, guru
berpendapat bahawa hanya pelajar yang berpencapaian tinggi sahaja yang boleh
menjalankan pendekatan inkuiri. Untuk menjalankan pendekatan inkuiri pelajar
perlu menguasai kemahiran inkuiri. Oleh itu kajian dilakukan untuk melihat
perbezaan antara pelajar berpencapaian tinggi dan rendah terhadap penguasaan
kemahiran inkuiri.
7
1.2.4 Kemahiran Inkuiri
Antara strategi pendekatan inkuiri adalah mengeksperimen. Oleh itu, boleh
dikatakan bahawa inkuiri dan eksperimen mempunyai satu perkaitan yang kuat.
Inkuiri adalah satu proses penyiasatan yang terlibat dengan kemahiran menyiasat
masalah, membina hipotesis, merancang eksperimen, mengumpul data dan membuat
kesimpulan (Suchman, 1966). Kenyataan ini disokong kuat oleh Goh dan Khine
(2002) kerana inkuiri menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis
dalam proses penyelesaian masalah menggunakan kaedah eksperimen. Kemahiran
yang perlu di dalam eksperimen adalah kemahiran proses sains. Oleh itu, kemahiran
inkuiri adalah kemahiran proses sains.
1.2.5 Kesan Pencapaian Pelajar Kepada Penguasaan Kemahiran Inkuiri
Pencapaian pelajar banyak memberi kesan kepada proses memahami sains.
Memandangkan inkuiri adalah proses memahami sains maka faktor pencapaian
pelajar mungkin mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar. Tahap
pemikiran pelajar yang berbeza mempengaruhi tahap penguasaan pelajar di dalam
kemahiran inkuiri. Ini kerana, proses inkuiri memerlukan pelajar berfikir secara
kreatif dan kritis. Oleh itu, tahap pencapaian pelajar boleh mempengaruhi
penguasaan kemahiran inkuiri memandangkan hanya pelajar yang berpencapaian
tinggi boleh menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
1.2.6 Isu Jantina
Seperti yang kita tahu, lelaki lebih mendominasi pekerjaan dalam bidang
sains, matematik dan kejuruteraan. Pada 2004, wakil Program Pembangunan PBB
(UNDP) Dr. Richard Leete menyatakan bahawa kedudukan Malaysia dalam indeks
jantina UNDP tidak “setinggi yang seharusnya”. Ucapan sebenarnya ialah,
8
(Wikipedia, 2008)
Banyak kajian yang telah dijalankan tentang perbezaan jantina dalam
matapelajaran sains. Kebanyakan kajian telah mengenal pasti bahawa pelajar lelaki,
secara puratanya, percaya mereka lebih cekap dan cemerlang berbanding pelajar
perempuan semasa di menengah rendah (Anderman dan Young, 1994; Baghetto,
2007; Jovanovic dan King, 1998; Kahle et al., 1993; Licht et al., 1989; Meece dan
Jones, 1996; Simpson dan Oliver, 1990) dan semasa menengah atas (Campbell,
1991). Ini menunjukkan bahawa di dalam pembelajaran terdapat banyak perbezaan
antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, kajian dijalankan untuk melihat samada faktor
jantina juga mempengaruhi penguasaan kemahiran inkuiri pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Secara teorinya pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri adalah satu
pendekatan yang amat baik untuk diamalkan di sekolah. Banyak kajian lepas telah
membuktikan pendekatan inkuiri membawa banyak kelebihan dan faedah kepada
guru dan juga pelajar. Namun begitu pelaksanaan pendekatan ini memerlukan
pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis yang mana tidak semua pelajar boleh
melakukannya dan menerimanya.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran
inkuiri pelajar di sekolah-sekolah menegah di Kota Tinggi, Johor. Faktor yang
mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran inkuiri pelajar iaitu faktor pencapaian
pelajar dan jantina juga diukur.
"I don't know Malaysia's present ranking (in the UNDP's gender
index) offhand but I know it is not as high as it should be because of
this unusual problem. Boys are dropping out of secondary and
tertiary education, with females outnumbering the males with a high
margin".
9
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama di dalam kajian ini adalah:
(i) Mengkaji penguasaan kemahiran pendekatan inkuiri pelajar
(ii) Mengkaji perbandingan penguasaan kemahiran pendekatan inkuri
berdasarkan kepada pencapaian pelajar,
(iii)Mengkaji perbandingan penguasaan kemahiran pendekatan inkuri
berdasarkan kepada jantina pelajar,
1.5 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian boleh dikenal pasti berdasarkan kepada objektif
kajian iaitu:
(i) Adakah pelajar menguasai kemahiran-kemahiran inkuiri?
(ii) Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran inkuiri antara pelajar
cemerlang dan pelajar lemah?
(iii)Adakah terdapat perbezaan penguasaan kemahiran inkuiri antara pelajar
lelaki dan pelajar wanita?