cikgu ayu dot my | didik dengan rasa bertuhan · web viewsekolah kebangsaan desa pandan jalan 4/76,...
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN
JALAN 4/76, DESA PANDA
55100 KUALA LUMPUR
RUJUKAN BILL
BORANG LAPORAN / MINIT CURAI
NAMA PEGAWAI: Nur Idayu Mat Jusoff JAWATAN:PPP DG41
PERKARA: Kursus Kejurulatihan Asas Pasukan Badan Berunifrom Peringkat Kebangsaan 2020
TARIKH: 03 Februari 2020 (Isnin) - 05 Februari 2020 (Rabu)
TEMPAT: Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Malaka, Jasin, Melaka.
ANJURAN: Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Outpost Uniform
PENGERUSI: Tn. Nazar binti Mamat (Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM)
BAHAN EDARAN: Tiada
CATATAN MINIT :
KANDUNGAN KURSUS
1. Penganjuran
Kursus ini dilaksanakan dengan mengambil kira keadaan semasa, lebih 1.4 juta murid di seluruh Malaysia tidak menyertai apa-apa aktiviti dalam pergerakan unit beruniform, sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat yang lebih tinggi.
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN dengan kerjasama pihak Outpost Uniform telah menganjurkan kursus ini sebagai satu gerakan yang diharapkan dapat membantu guru-guru mengendalikan kumpulan masing-masing dengan lebih baik.
2. Objektif Kursus
· Melahirkan jurulatih pasukan badan beruniform yang terlatih yang terdiri dalam kalangan guru sekolah rendah dan, menengah.
· Menyediakan modul latihan asas pasukan badan beru untuk digunakan dalam latihan mingguan kokurikulum pasukan badan beruniform.
· Meningkatkan keanggotaan ahli pasukan badan beruniform di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
· Memupuk sikap kesukarelawanan dan nilai sivik dalam ka langan murid sekolah melalui modul latihan pasukan badan beruniform.
3. Latihan Kejurulatihan Pasukan Badan Beruniform
· Melalui kursus ini, semua peserta didedahkan dengan beberapa komponen aktiviti dalam pergerakan badan beruniform di sekolah.
· Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan besar dan aktiviti telah dilaksanakan melalui stesen-stesen yang telah disusun.
· Antara aktiviti yang difokuskan adalah:
· Bantu Mula
· Ikatan dan Bina Gajet
· Pandu Arah
· Kawad Kaki
4. Lain-Lain
· Sekiranya terdapat permintaan untuk penganjuran kursus seumpama ini di masa akan datang, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Sektor Pembangunan Murid akan pertimbangkan Kursus Kejurulatihan Asas Pasukan Badan Berunifrom Peringkat Kebangsaan Siri 2, 2020.
TINDAKAN SUSULAN OLEH KETUA JABATAN:
TANDATANGAN PEGAWAI TANDATANGAN DAN CAP JABATAN
………………………………………. ……………………………………………
(NUR IDAYU BINTI MAT JUSOFF)( )