ciri-ciri guru psv

Upload: nor-azlila

Post on 03-Apr-2018

499 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    1/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    TAJUK 3KAJIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

    VISUAL DAN PERANAN GURU

    1.1 Sinopsis

    Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus,

    pembimbing, pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga

    akan diperkenalkan dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat

    Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya

    boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat

    refleksi tentang peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, SuratPekeliling KPM dan pengalaman tokoh-tokoh guru.

    1.2 Hasil Pembelajaran

    1.2.1 Menjelaskan aspek-aspek yang terkandung dalam peranan guru PSV.

    1.2.2 Menganalisis peranan guru PSV sebagai pengurus, pembimbing,

    pemudahcara, motivator dan inisiator.

    1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    1

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    2/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    1.4 Kandungan

    2

    INISIATORINISIATOR

    MOTIVATORMOTIVATOR

    PEMUDAHCARAPEMUDAHCARA

    PEMBIMBINGPEMBIMBING

    PENGURUSPENGURUS

    PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUALPERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    3/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    1.5 Situasi

    Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jackomengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salahseorang rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur.Saci terjaga dalam keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat CikguLim mengambil sebarang tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah.Rakan-rakan sekelas pula bersorak sambil menepuk tangan lalu ketawa.

    Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Silabandingkan keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkanbagaimana anda akan menghadapi keadaan seperti ini.

    Aktiviti 1

    Apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai pengurus?

    Tugas pengurusan terbahagi kepada dua tahap berikut:

    3

    Mengapakah guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan merekadengan berkesan?

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    4/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Mengurus proses pengajaran dan pembelajaran bagi lebih kurang

    45 orang murid termasuk menggariskan matlamat pembelajaran,merancang strategi yang sesuai bagi mengurus pembelajaran dantingkahlaku mereka, mentaksir serta menilai hasil pembelajaran;

    Mengurus persekitaran pembelajaran bagi memastikan

    berlakunya pembelajaran dalam kalangan murid. Dengan kata lain, andabertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran bilik darjah yangpositif dan selesa melalui persekitaran fizikal (perabut, ruang dindingdan lantai), iklim psiko-sosial dan hubungan interpersonal (interaksiantara guru-murid, dan murid-murid), Choong 2009.

    Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri iniboleh dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkanpengajaran, dan intelektual.

    Peribadi. Termasuk cirri-ciri seperti dedikasi terhadap pengajaran;dan prihatin terhadap kebajikan murid, ibu bapa, rakan sejawat;

    Berunsurkan pengajaran. Merangkumi cirri-ciri berikut: keupayaan

    mengurus bilik darjah, tingkahlaku dan masa;bersemangat untukmengajar; kebolehan memotivasi murid; dan cekap mengajar;

    Intelektual. Meliputi cirri-ciri seperti gemar membaca, mentelaah,

    meneroka sesuatu; serasi dengan norma masyarakat, budaya dan sub-budaya; dan mempunyai kesihatan mental yang tinggi (Choong, 2009).

    Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru

    yang berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.

    Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-

    murid akan belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengansedaya upaya untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikianmenyeai keyakinan dalam diri murid bahawa mereka boleh berjaya.Selain itu, guru yang bersikap positif biasanya menunjukkan minatterhadap murid-murid dalam semua aspek, sama ada di dalam ataupundi luar bilik darjah;

    Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan

    lancar, guru tidak boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula

    mengajar apa yang dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberipertimbangan kepada isu seperti; Adakah murid-murid saya pembelajaryang pintar, sederhana, lemah, ataupun campuran ketiga-tiga jenistersebut? Adakah wujud perbezaan dari segi jantina? Berpandukanmaklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang paling sesuaiuntuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada mengikutkumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikutjantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, bolehdisimpulkan bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satupelan tindakan secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah;

    Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah

    agar tidak timbul tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegahlebih baik daripada merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan

    4

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    5/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    tentukan peraturan-peraturan bilik darjah bersama murid-murid sertasediakan garis panduan tertentu. Jika pada kali pertama anda masuk kedalam bilik darjah sudah ada satu set peraturan, ini menunjukkan andaseorang guru yang proaktif dan bersifat mencegah (Choong, 2009).

    Tiga aspek ciri-ciri guru efektif menurut Choong (2009) ialah (i) kualiti peribadi,(ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan danamalan nilai.

    Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi

    kualiti peribadi. Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataanyang berbeza berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranyatermasuk: berkemahiran komunikasi, terurus, berilmu, mudahdidampingi, ceria, bersemangat, bersifat kecindan, berupayamenyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka, mempunyaikesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes, dan

    melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran,menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terusberusaha sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa andaboleh membawa perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri;sifat keterbukaan terhadap maklum balas; komitmen untukmengilhamkan murid ke arah pencapaian yang cemerlang; dankeazaman untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam kalanganmurid.

    Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda

    dengar bahawa guru masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentastetapi pembimbing di sisi murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru dimintamenyahut seruan orang awam agar mengajar demi pembelajaran yangberkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu menyemak semula gaya danstrategi pengajaran yang digunakan sehingga bertujuanmemaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selarasdengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampaimaklumat. Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepadapersekitaran pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamatpengajaran menjadi pemindahan ilmu kepada situasi kehidupanseharian. Untuk itu, guru disyorkan agar menggunakan penyoalanberbentuk Socratik di mana murid-murid belajar membina ilmu tersendiri;

    Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan berpandukanpengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan pengalamanpendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi,pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,pemikiran reflektif, dan sebagainya.

    Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan

    bahawa nilai merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi,motivasi dan personaliti seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai murni merupakan tenaga asas yangmenggerakkan guru melaksanakan tugasan dengan cemerlang. Dengan

    kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat membimbing merekamembentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan keupayaan dan

    5

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    6/39

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    7/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Peranan Guru Contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah

    Pengurus Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    Pembimbing Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    Pemudahcara Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    Motivator Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    Inisiator Contoh situasi:

    Analisis:

    Peranan Guru:

    7

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    8/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    (v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dansempurnakan tugasan yang diberikan.

    Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka

    terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat

    dengan kebolehan dan kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi

    mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat

    pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

    Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau

    mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka

    dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik.

    Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan

    berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan

    dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata

    pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka

    dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan iktisas seumpama

    ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian

    kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga

    masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

    Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut.

    Dapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni

    Visual di sekolah anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia

    Pendidikan Seni Visual pada tahun semasa perlu disertakan.

    Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincang

    dengan rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam

    menyelesaikan permasalahan berikut.

    Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam

    proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang

    ialah adakah anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang cukup untuk atasi

    masalah isi pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Adakah anda

    mempunyai kawalan yang cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di

    dalam kelas ?

    8

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    9/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan

    Seni Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan

    pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia

    Pendidikan Seni Visual memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini?

    Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru

    Pendidikan Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan

    kurikulum Pendidikan Seni Visual. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut

    merupakan penghalang kepada anda untuk melibatkan diri secara aktif dalam

    proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual.

    a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas )

    b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas

    c) Alat dan bahan yang terhad

    d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah

    E-melkan dapatan, hujahan, pandangan, kritikan dan idea anda

    kepada pensyarah dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima

    modul ini.

    9

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    10/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    TAJUK 2 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

    2.1 Sinopsis

    Tajuk ini meliputi rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran

    dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan,

    penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan

    tanggungjawab. Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti,

    membina dan mengaplikasi bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran

    secara kolaboratif dan koperatif. Anda hendaklah membuat pertimbangan yang

    asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu untuk

    menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

    Visual.

    2.2 Hasil Pembelajaran

    2.2.1 Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran danpembelajaran dengan berkesan.

    2.2.2 Menghasilkan bahan bant yang sesuai dengan objektif dan isi kandungan

    pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif.

    2.2.3 Membuat pertimbangan tentang prosedur mengguna dan menyimpan alat dan

    bahan bant serta rekod stok.

    2.2.4 Mengurus panduan keselamatan penggunaan dan penyimpanan alat dan

    bahan bant secara beretika dan bertanggungjawab.

    2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    10

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    11/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    2.4 KANDUNGAN

    Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

    Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yangada didalamnya.

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    Alat :

    Bahan Bantu:

    11

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturihttp://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    12/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudiancuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantutersebut dan apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan.

    a) Bahan bantu mengajar semua bahan yang digunakan oleh guru dalammenyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.

    b) Bahan bantu belajar semua bahan yang digunakan oleh murid secarakumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.

    A B C

    http://images.ask.com/pictures

    Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulankepada butiran di bawah.

    - Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman

    - Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan

    kebosanan, melibatkan murid secara aktif

    - Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria

    - Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru

    - Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa

    - Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

    - Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan

    12

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    13/39

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    14/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    - Mengambil pertimbangan yang diperlukan sekiranya bahan sumber

    perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan.

    - Mengambil langkah-langkah keselamatan

    - Mengambil kira bilangan yang mencukupi

    - Perlu menjimatkan masa dan tenaga untuk mengedarkan dan

    mengutip.

    Setelah anda memahami dan menghayatiprosedur penyediaan bahan bantu dan

    penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.

    Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasamembuat pemilihan bahan bantu.

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan

    14

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    15/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    bahan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan

    bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-

    dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut:

    A) Alat dan bahan untuk penghasilan

    Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan:

    Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat..

    Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij.

    Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas

    meja..

    Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf

    tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada

    buku atau layari website.

    B) Alat dan bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran:

    (ii) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan

    pengalaman sedia ada murid. Contohnya :

    Bola,baju,kasut,kotak ubat

    gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg,

    jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek

    harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,.

    15

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    16/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    (iii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan

    secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid.

    Contohnya:

    Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dank ad

    ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan

    gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

    (iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama

    dengannya

    Sila senaraikan di sini :

    Koleksi Khas

    16

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    17/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi

    yang boleh dipilih sebagai koleksi khas.

    A http://images.ask.com/pictures B

    C http://images.ask.com/pictures D

    Bolehkah anda kategorikan koleksi-koleksi tersebut kepada dua jenis ?

    17

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    18/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    2 Dimensi 3 Dimensi

    Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai

    langkah mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.

    Nama Pengkarya :Tajuk :

    Media :

    Teknik :

    Tahun :

    Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah

    seperti berikut:-

    1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni

    reka, Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut

    boleh disimpan di dalam folio.

    2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit

    kerang dan kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.

    3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap

    dan carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.

    4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual

    termasuk salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan

    18

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    19/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    antarabangsa boleh digunakan bagi tujuan meransang dan menimbulkan

    perasaan ingintahu murid.

    5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV

    bag memudahkan penyampaian pelajaran mereka.

    6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari

    pembekal untuk dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan

    pembelajaran dan disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber

    Sekolah.

    7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti

    P&P dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.

    Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.

    Cuba anda senaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu

    berdasarkan kenyataan di atas dan gambar di bawah.

    Bincang bersama rakan-rakan anda kesesuaian bahan bantu itu disimpan di

    ruang yang dipilih dengan mengutamakan keberkesanan penyimpanannya dan

    keselamatannya.

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    19

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    20/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

    Prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan

    20

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    21/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Pengendalian alat dan bahan merupakan aspek penting dalam pengurusan mata

    pelajaran Pendidikan Seni Visual dan menjadi tanggungjawab guru Pendidikan

    Seni Visual untuk menguruskannya dengan sempurna. Penerangan yang betul dan

    mengikut tertib kepada murid tentang bagaimana menggunakan alat dan bahan

    bantu dengan cara yang betul dan seterusnya cara menyimpan alat dan bahan

    supaya tidak rosak. Sebagai contoh, alat seperti berus, pellet dan bekas air perlu

    dibasuh dan dikeringkan sebelum disimpan supaya tidak rosak.

    Cuba anda renungkan bagaimanakah langkah yang betul untuk mengurus

    mengguna dan menyimpan semula alat dan bahan dalam aktiviti

    membuat tembikar dengan tanah liat.

    Penyimpanan dan rekod stok

    Semua alat dan bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi

    sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam

    ruang-ruang buku stok hendaklah diisi dengan lengkap dan kemaskini.

    Berikut adalah antara prosedur yang perlu diambilkira dalam proses penyimpanan

    dan rekod stok.:-

    - Menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan

    - Membuat perolehan alat dan bahan daripada pembekal / sekolah

    - Membuat penerimaan alat dan bahan, menyemak dan

    mengesahkan

    - Membuat inventori dalam buku stok

    - Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan

    Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat

    dan bahan kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis

    guna. Setiap jenis alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman

    secara berasingan. Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada

    akhir tahun yang berkenaan.

    21

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    22/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan,

    kehilangan atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan

    kepada pihak sekolah.

    Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah

    dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada

    item berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya ,

    kertas lukisan (1 imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang

    item kertas lukisan (1 imperior ) sahaja.

    Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah

    keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.

    Peralatan kekal

    Contoh Borang untuk penyimpanan stok

    Borang stok untuk peralatan kekal

    Bil Item( Peralatan Kekal )

    Bil. Unit Tarikh masuk Tarikh lupus

    1.

    2.

    Meja guru

    Meja guru

    2

    2

    13/09/2009

    13/09/2010

    15/10/2010

    JumlahItem

    Catatan

    22

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    23/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Peralatan tidak kekal

    Contoh Borang untuk penyimpanan stok

    Borang stok untuk peralatan tidak kekal

    Bil Item( Peralatan tidak Kekal)

    Bil. Unit Tarikhmasuk

    Tarikh lupus

    1.

    2.

    Kertas lukisan( 1 imperior )

    Kertas lukisan( 1 imperior )

    200 dozen

    100 dozen

    22/09/2009

    10/10/2010

    Jumlah

    Item

    Catatan

    Panduan Keselamatan

    Kita kadang kala bertemu dengan kes murid-murid mendapat keracunan atau kemalangan

    di dalam bilik seni visual atau kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran sedang

    berlangsung dan hal sebegini akan menjejaskan reputasi kita sebagai guru secara tidak

    langsung. Sila lihat senarai nama alat dan bahan bantu di bawah dan cuba anda fikirkan

    berdasarkan pengalaman anda atau pengalaman rakan dimanakah sepatutnya alat dan

    bahan berikut patut disimpan agar ianya selamat.

    Minyakturpentine

    kertaslukisan

    kain linenbatik

    kertas warna berus lukisan cecair tinner

    Cat air pisau NT fabric dye Carta PSV pisau ukir tanah liat

    23

    Tahukah anda perbezaan antaraperalatan kekaldengan peralatan tidakkekal. Jelaskan.

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    24/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan

    sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang

    dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan

    sebarang kemalangan daripada berlaku.

    Bil Kenyataan Huraian sebab dan akibat

    1 Guru perlu membacalabel bahan

    2 Kenalpasti murid yangbermasalah kesihatan

    3 Guru perlu sediakanpanduan keselamatan

    4 Murid menjalankanaktiviti menghasilkanukiran kayu

    5 Memberi taklimat ataupenerangan cara-caramenghasilkan batik lukisdan keselamatan fizikal

    Etika dan tanggungjawabTugas Ahli Panitia Pendidikan Seni Visual adalah :-

    24

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    25/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Menentukan bekalan alat dan bahan bantu seni visual mencukupi dan seimbang untuk

    kedua-dua aktiviti 2D dan 3D berpandukan kepada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam

    Rancangan Tahunan.

    Membincang dan menyediakan senarai alat dan bahan yang diperlukan untuk dibeli oleh

    sekolah.

    Dari masa ke semasa murid patut didedahkan kepada bahan rujukan mengenai

    bagaimana pelukis dan pakar seni dari pelbagai kebudayaan dan zaman menghasilkan

    karya-karya mereka.

    Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman

    dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.

    Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh

    guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam

    mempertabatkan profesion perguruan.

    Rumusan:

    Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami

    rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran,

    prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod

    stok. Adalah menjadi tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual

    untuk memastikan keselamatan dalam studio sebelum,semasa dan selepas

    pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Terdapat berbagai jenis alat dan bahan

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran umpamanya seperti alat dan

    bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan bantu untuk tujuan di

    atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula

    boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan

    merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni

    Visual dan menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni

    Visual untuk menguruskannya dengan sempurna.

    Aktiviti 2.1

    25

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    26/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan prosesmenyediakan bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahandengan penyimpanan dan rekod stok.

    Alat dan bahanbantu

    rekabentuk danproses

    menyediakanbahan

    prosedurmengguna danmenyimpan alat

    dan bahan

    penyimpanan danrekod stok

    Carta organisasipanitiaPendidikan SeniVisual

    Salinan karyaagung di dalamdan luar Negara

    Contoh-contohkraf tradisional

    Kertas lukisandan warna air

    Alat-alat membuatukiran

    Mesin pembakar

    seramik

    Rak-rak kayu

    Aktiviti 2.2

    26

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    27/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai

    membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah

    membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan

    menggunakan teknik kolaj dan capan.

    TAJUK 3 PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

    27

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    28/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    3.1 Sinopsis

    Tajuk ini meliputi Susun atur bilik Pendidikan Seni Visual, panduan keselamatan,

    etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan. Bagi melengkapkan diri

    anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami

    dengan jelas aspek pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual dan pengendalian

    berkaitan dengan hasil kerja murid.

    3.2 Hasil Pembelajaran

    3.2.1 Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskanpelan bilik PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan

    keselamatan,etika dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.

    3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

    3.4 Kandungan

    28

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    29/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    29

    PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURIDPENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

    Susun Atur Bilik PSV

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    30/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik

    Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam

    melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana

    sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari

    hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan

    penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian

    bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual,

    tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan

    pelajar didalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan

    Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas

    supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

    Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam

    bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi

    prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi

    murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep

    pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan

    peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku

    murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan

    pembelajaran yang efektif.

    30

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    31/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Gambar 2 : Rajah di bawah adalah contoh pelan bilik seni visual

    31

    Zon / Bengkel Mencanting Batik

    Sudut Pameran

    Hasil Kraf Tangan

    Pintu 2

    Pintu 1

    SudutPameranHasilKerjaMurid

    Tingkap

    Tingkap

    Meja 1Meja 2

    Meja 3Meja 4

    Meja 6 Meja 5

    Meja

    Guru /DekstopStor

    Papan Putih

    skrinPapan Info

    SudutBuku

    Rujukan

    KabinetBerpintuPeralatanPSV

    DapurGas

    Sinki

    Alat Pemadam

    Kebakaran

    PetiKecemasan

    PusatAkses

    Sudut

    ICT

    LCD

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    32/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukanuntuk menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.

    Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks

    proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni

    hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni

    hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan

    keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni

    visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja

    kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.

    Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil

    kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

    Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat

    presentasi dalam bentuk folio.

    Ambil gambar-gambar berikut:

    1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut

    1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan1.3 Zon-zon kerja tertentu1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni

    Gambar 3 : Contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

    32

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    33/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan

    bahan pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada

    tanggungjawab mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga

    dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik dan studio seni. Antara perkara-

    perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam mengurus bilik seni dan studio

    seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin, pencahayaan, bahan pameran

    khas, zon kerja dan stor penyimpanan.

    Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni

    melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna

    kepada kehidupan kita. Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah

    dan studio perlu menitikberatkan unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik

    yang bermakna. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada

    minda untuk belajar (Koster, 2001).

    Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni

    hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar

    yang akan dipamerkan.

    Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain

    sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah

    diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain

    mampu menarik minat terhadap apa yang pamerkan. Pencahayaan juga

    memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut

    mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan

    studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang.

    Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran

    pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa

    banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.

    33

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    34/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan

    Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh

    memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang

    boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi

    yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini

    akan merangsang deria murid di samping memberikan peluang kepada mereka

    untuk melihat dan menyentuh objek tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid

    menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan

    dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang

    yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna

    diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi

    membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di

    antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.

    Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk

    menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.

    Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya

    alatan yang disimpan mudah untuk diambil.

    Gambar 5 : Ruang pameran hasil kerja murid

    34

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    35/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    35

    PENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURIDPENGURUSAN BILIK DAN HASIL KERJA MURID

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    36/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    3.5 SituasiPada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamerbagi kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebutdiberikan tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkansepanjang tahun berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini,jawatankuasa papan pamer Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkanidea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawamereka dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas laluberkata, Saya bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empatkegiatan berserta contoh. Jali bentangkan idea kedua, Saya syorkan kitasediakan carta proses bagi keempat-empat kegiatan dan contoh hasil kerja

    yang terbaik. Idea ketiga dikemukakan oleh Yatie, saya fikir adalah menarikjika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang SeniVisual. Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut oleh ketiga-tiga muridtadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh didapati palingpopular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan contohterbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visualmemperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamermengadakan perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untukmengagihkan tugas berkaitan.

    Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer?Apakah perkara yang anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamerbagi mata pelajaran PSV? Bagaimanakah papan pamer menyumbangkankepada persekitaran bilik darjah yang kondusif? Catatkan pandangan andaterhadap kepentingan papan pamer;

    36

    Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSVdan hasil kerja murid?

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    37/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitukeselamatan dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik,penyempurnaan tugas; keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.

    Keselamatan dan perlindungan. Merujuk kepada keadaan

    bangunan sekolah yang baik dan mampu melindungi guru dan murid-murid daripada cuaca buruk, dan kebisingan yang keterlaluan. Gurumengajar mata pelajaran PSV (amali) juga hendaklah pastikan murid-murid dimaklumkan tentang langkah-langkah keselamatan semasamenggunakan alat-alat tajam dan dapur (memasak li lin) di bilik PSV.

    Kontek Sosial. Merujuk kepada susun atur meja yang menentukan

    sejauh mana murid-murid dapat dapat berinteraksi antara satu samalain. Amat penting untuk anda ingat bahawa tiada satu susun atur yangpaling berkesan sekali. Bagi memaksimunkan kontek sosial denganmurid-murid anda, anda perlu mematuhi beberapa syor berikut: (i)elakkan daripada berdiri di satu tempat sepanjang sesi pengajaran; (ii)

    adakan kontek mata dengan murid-murid yang duduk di bahagianbelakang dan di sisi; dan (iv) tukar tempat duduk murid-murid agarsetiap murid berpeluang untuk duduk di depan.

    Identifikasi simbolik. Merangkumi maklumat mengenai guru dan

    murid-murid termasuk minat, pencapaian, kegemaran, dan latarbelakang mereka. Namun, kebanyakan bilik darjah tidak bercorakpersonal. Pamerkan hasil kerja murid-murid di papan pamer. Ia bukansahaja menjadikan bilik darjah lebih menarik, tetapi juga mengiktirafkanpencapaian murid-murid yang berkenaan.

    Penyempurnaan tugas. Merujuk kepada pelbagai tugas dan

    aktiviti yang akan dikendalikan dalam bilik darjah seperti aktiviti secaraindividu atau kumpulan; melayari internet atau alat multi-media yanglain; aktiviti mengikut stesen atau litar; ataupun aktiviti amali atau latihanbertulis.

    Keseronokan. Merujuk kepada sejauh mana bilik darjah itu

    menarik bagi guru dan murid-murid. Misalnya, cat dinding dengan warnayang dingin atau sejuk; sediakan kawasan yang terbuka dan sudut yangkecil tetapi mesra.

    Pertumbuhan dan perkembangan. Bilikdarjah merupakan satu

    tempat di mana murid-murid berpeluang untuk meneroka, memerhati,mengkaji, menguji dan menemui sesuatu yang baru. Oleh itu, sediakan

    buku-buku bacaan yang biasa, kamus dan buku istilah, buku kerja, disamping pelbagai bahan seperti bahan-bahan seni visual, puzzle, bahanmanipulatif, interaktif dan sebagainya.

    Rumusan:

    Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalamkonteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.Seseorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan pentingdalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah sentiasa berusahabersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif

    dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran danpembelajaran.

    37

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    38/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    3.6 Latihan B

    (i) Berikan pendapat anda tentang suasana kondusif bilikPendidikanSeni Visual yang menyumbang ke arah pembelajaran yangbermakna.

    (ii) Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskanbilik Pendidikan Seni Visual.

    Kemukakan pandangan anda dalam

    ruangan forum OLL.

    38

  • 7/28/2019 Ciri-ciri Guru PSV

    39/39

    PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

    (iii) Rujuk jadual di bawah. Analisa dapatan pemantauan Jemaah Nazir (2006)

    terhadap pengurusan bilik seni di beberapa buah sekolah rendah terpilih.

    (iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti

    pengurusan bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti

    pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir

    Sekolah. (2004). KL:Kementerian Pelajaran Malaysia.

    * Pur = purata

    (v) Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif denganmenyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkancadangan tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lainyang mempunyai bilik PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.

    E-melkan dapatan anda kepada pensyarah dalam

    tempoh tiga minggu selepas anda menerima modul ini.

    No.Item

    ItemSkor

    0 1 2 3 4 % Pur

    109 Bilik Seni Kondusif 8 1 0 2 1 5.3 0.92

    110 Stor PSV diuruskan dengan baik 9 1 1 4 2 11.11.35

    111 Mempunyai prosedur senggara BBM 21 4 1 3 2 11.10.74

    112 Buku stok/inventori diuruskan dengan kemas kini 11 6 7 5 4 24.51.55

    113 Sudut Seni diwujudkan dan dimanfaatkan secara kreatif 6 5 16 4 1 25.51.66

    114 Penggunaan bengkel secara optimum 8 1 1 1 0 2.90.55