ciri-ciri syarikat awam berhad
TRANSCRIPT
ciri-ciri syarikat awam berhad
• Milikan– Syarikat awam dimiliki oleh orang awam
dengan membeli syer dalam syarikat itu.– Akta Syarikat 1965 – bilangan pemegang
saham sekurang-kurangnya dua orang dan maksimumnya tidak terhad.
– Pemegang syer tidak melibatkan diri dalam pengurusan syarikat.
– Pengurusan syarikat diterajui oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik pemegang syer.
• Modal–Modal diperoleh dengan cara menjual syer
kepada orang awam melalui media massa secara terbuka.
–Modal dikumpulkan daripada pemegang syer tanpa dihadkan bilangannya.
– Syernya boleh diurusniaga secara bebas dan ia mempunyai sifat kecairan.
• Pembentukan – Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.– Proses penubuhan rumit dan mahal –
banyak peraturan, syarat, dan dokumentasi.
• Liabiliti– Liabiliti setiap pemegang syer terhad
kepada modal yang dilaburkan.– Harta peribadinya tidak boleh dituntut
oleh pemiutang syarikat.
• Pengurusan– Pengurusan syarikat diserahkan kepada
Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang syer dalam mesyuarat agung tahunan untuk menguruskan syarikat secara proksi.
• Badan korporat yang sah–Mempunyai taraf perundangan yang sah ,
terpisah daripada ahli-ahlinya.– Ia boleh mendakwa dan didakwa, memiliki
harta serta membuat perjanjian atas namanya sendiri.
• Agihan untung rugi– Keuntungan yang diperoleh, selepas ditolak
ganjaran kepada para lembaga, dan rizab, akan diagihkan sebagai dividen.
– Bonus – tambahan syer yang diberi secara percuma, jika rizab syarikat kukuh dan banyak.
• Syarat dan dokumentasi– Pendaftar syarikat mengenakan syarat
ketat ke atas syarikat berhad untuk melindungi kepentingan orang ramai yang melabur ke dalamnya.
– Syarat itu termasuk:• Akaunnya mestilah diaudit oleh akauntan
bertauliah dan dihantar kepada Pendaftar Syarikat setiap tahun.• Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira mesti
diumumkan untuk pengetahuan orang ramai melalui media massa.• Sebarang perubahan struktur syarikat
termasuk pengambilalihan dan percantuman mesti mendapat kelulusan daripada pendaftar syarikat.• Mesyuarat agung tahunan mesti diadakan
setiap tahun.
• Cukai– Keuntungan syarikat dikenakan cukai
yang tinggi, iaitu 27% atas keuntungan.