cmh geng 5 - remaja celik it
TRANSCRIPT
Kumpulan : GENG 5
Tajuk Tugasan : “DRAMA REMAJA CELIK IT”
Ahli Kumpulan :
• Abu Mansur Al-Mathuridi Bin Azahari
• Normaisarah Binti Azmi
• Nurul Aeisha Binti Mohd Khalil
• Ros Akma Adawiyah Binti Mohamed Nawi
• Syakirah Binti Mohd Yasin
2
Tajuk : “DRAMA REMAJA CELIK IT”
Skrip/Arahan : Geng 5
WATAK :
Abu : Mansur
Dato’ Abu Mansur : Mansur
Ibu Abu : Syakirah
Cikgu : Syakirah
Peg. FELCRA : Aiesha & Adawiah
Pelajar : Aiesha & Adawiah
Suara latar : Maisarah
OBJEKTIF :
1. Kepentingan mempunyai ilmu ICT.
2. Meningkatkan aset satu generasi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
3. Melahirkan golongan celik IT terutama di kawasan pedalaman.
4. Mengeratkan silaturrahim.
5. Memartabatkan orang berilmu dipandang tinggi.
PENGAJARAN :
• Kita hendaklah sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan
dalam hidup.
• Kita hendaklah membantu golongan yang memerlukan bantuan.
• Kita janganlah bersikap angkuh dan sombong walaupun sudah berjaya.
• Kita wajarlah bersikap prihatin pada masyarakat sekeliling.
• Kita janganlah bersikap tidak mengenang budi pada orang yang menabur ilmu
kepada kita.
• Kita mestilah menimba ilmu untuk kesenangan hidup.
SINOPSIS DRAMA :
Abu merupakan seorang anak muda yang buta IT sebelum mencapai kejayaan yang
digapainya sekarang. Dia juga seorang anak muda yang berasal dari pedalaman Bukit
Chenda dan juga berasal dari golongan bawahan kerana kedaifan hidup. Dia mendapat
ilmu IT melalui satu lawatan yang diadakan dikawasannya yang dianjurkan oleh
FELCRA.
Melalui anjuran ini, dia ditawarkan menyertai ilmu IT ini. Kejayaannya sekarang
bermula dari anjuran FELCRA, mendorongnya untuk berjaya sampai sekarang.
Selain itu Abu juga seorang anak muda yang sentiasa gigih berusaha dan sentiasa
rendah diri dalam mencapai kejayaan. Abu juga seorang anak yang patuh pada kedua
ibubapanya. Namun begitu sentiasa mendapat hinaan ekoran kedaifan hidupnya,tetapi
semua dianggap sebagai pembakar semangat untuk dia terus berusaha untuk berjaya
dalam hidup.Pelbagai rintangan yang ditempuhi telah membuahkan hasil dalam
hidupnya yang mana dia telah berjaya dan lantas mengubah nasib keluarga. Dia juga
3
telah mendapat gelaran Datuk Abu Mansur dan kini menjadi kebanggaan semua
orang. Abu kini hidup senang atas usahanya sendiri.
SKRIP :
Suara Latar
Drama ini mengisahkan seorang anak muda yang tinggal di kawasan
pedalaman, yang bernama Abu (bukan nama sebenar). Dia tinggal di hujung
Kampung iaitu di pedalaman Bukit Chenda. Abu merupakan seorang anak muda yang
buta dalam dalam bidang IT. Ini kerana disebabkan dua, faktor taraf hidup yang daif
dan dia juga tinggal dikawasan yang sangat terpencil. Namun begitu, dia seorang anak
yang sangat patuh pada suruhan ibunya. Pun begitu lagi, seumurnya hidup, Abu tidak
pernah mengenali atau memahami apa itu dunia IT. Hidupnya kini, hanya ditemani
dengan keindahan alam sekitar (pokok-pokok & bunga-bunga) serta air sungai yang
jernih mengalir.
Pada suatu hari, datang rombongan dari pihak FELCRA yang telah
mengadakan lawatan ke kawasan tempat tinggal Abu. Abu telah ditawarkan untuk
menyertai kursus komputer yang dianjurkan oleh pihak FELCRA tersebut. Tanpa
berfikir panjang, dengan azamnya untuk mengubah nasib hidup dan keluarganya, Abu
menyakinkan diri menyertai kursus ini. Kursus ini bukan sahaja memberi kepentingan
dalam bidang IT tetapi juga dari segi membina kepentingan jati diri Abu agar bersikap
terbuka, berani dan bergaul dengan masyarakat sekeliling. Disinilah bermulanya satu
corak perubahan dalam hidup Abu.
Di tempat kursus yang dijalankan, Abu telah mempelajari pelbagai ilmu
berkaitan selok-belok komputer, antaranya cara untuk mengenal, membaiki,
memasang dan sebagainya berdasarkan ilmu komputer tersebut. Disini menonjolkan
Abu bukanlah anak muda yang tidak mempunyai wawasan walaupun berasal dari
kawasan pedalaman, dia juga mampu setanding anak-anak muda lain berjaya
menggapai ilmu menempa kejayaan suatu hari kelak. Selain itu, melalui anjuran ini
jugalah, banyak bakat Abu yang terpendam tercungkil dengan lebih jelas.
Setelah hari berganti hari, Abu semakin mampu menunjukkan prestasi yang
lebih baik walaupun dia asalnya seorang anak muda pedalaman yang buta IT. Atas
desakan faktor hidup banyak mendorong Abu lebih gigih berusaha demi azamnya
yang satu iaitu untuk mengubah nasib diri dan ibunya, ekoran untuk membuktikan
juga kepada orang luar yang di mana dia juga boleh juga berjaya seperti orang lain.
Tanpa disedari 5 bulan telah berlalu, tempoh masa kursus yang Abu jalani
kian hampir ke penghujungnya.abu merupakan antara pelajar yang cemerlang kerana
sikapnya yang rajin berusaha. Setiap ujian yang diduduki boleh dikatakan markah
mahupun keputusan yang diperolehinya lebih baik dari pelajar-pelajar lain. Abu
sentiasa menjadi kebanggaan gurunya. Justeru itu juga, Abu merupakan seorang
pelajar bersikap rajin dan rendah diri dalam apa jua situasi dan keadaan, ekoran itu dia
sentiasa mendapat pujian dari teman-teman dan gurunya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, namun hari ini
genaplah 5 tahun sudah berlalu. Pulanglah seorang jejaka yang berpakaian segak
4
bergaya, bercermin mata hitam mata menapak keluar dari kereta BMW 5 berjalan
menuju ke balai raya yang dinanti-nanti oleh penghulu dan seluruh penduduk
Kampung di pedalaman Bukit Chenda itu. Abu kini merupakan kebanggaan semua
penduduk kampung kerana kejayaannya. Abu telah menubuhkan CMH Computer
Centre di kawasan pedalaman Bukit Chenda tersebut, ini bertujuan kegunaan generasi
seterusnya. Matlamat utama Abu menubuhkan CMH Computer Centre adalah untuk
membantu anak-anak penduduk kampung yang tidak berpeluang mengenali dunia IT
agar mendapat kejayaan sepertinya sekarang.
Beliau kini mendapat gelaran Datuk Abu Mansur di Kampung Bukit Chenda
tersebut. Ini kerana disebabkan perkhidmatannya dalam bidang IT telah membuahkan
hasil yang beliau telah cemerlang dalam mencipta satu penemuan baru dalam bidang
IT iaitu mereka bentuk animasi grafik 3A yang lebih canggih dengan menggunakan
ciptaan komponen dalaman komputer yang direka khas melalui kepakaran idea
sendiri. Kemampuan beliau telah diiktiraf dalam Book Of Records Malaysia. Impian
yang di tanam Abu untuk berjaya kelak bukanlah angan-angan semata-mata kerana
sekarang beliau telah menempa kejayaannya. Namun, kejayaan haruslah disusuli
dengan usaha yang gigih.
Sekian tamat..