contest form 2015

4
IMPORTANT NOTICE: The World Health Organization recommends exclusive breastfeeding during the first 6 months of life and continued breastfeeding for as long as possible. S-26 ® Progress ® & S-26 ® Promise ® is not a breast milk substitute but a growing-up milk specially suited to healthy young children aged 1-7 years. Wyeth Nutrition Malaysia Sdn. Bhd. (Co. No. 257428-D) 22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No.1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan *Tertakluk kepada terma & syarat MAL-WN-15-062. Untuk maklumat lanjut, layari wyethnutrisimalaysia atau dapatkan borang peraduan di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Sebuah Nissan Almera & pelbagai hadiah hebat untuk dimenangi! R M 1 0 , 0 0 0 R M 5 , 0 0 0 R M 2 , 5 0 0 26 H A DIA H B ULA N A N 1 st 2 nd 3 rd Hadiah Utama

Upload: nor-aziah-ismail

Post on 15-Jan-2016

223 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

S26

TRANSCRIPT

Page 1: Contest Form 2015

IMPORTANT NOTICE: The World Health Organization recommends exclusive breastfeeding during the first 6 months of life and continued breastfeeding for as long as possible. S-26® Progress® & S-26® Promise® is not a breast milk substitute but a growing-up milk specially suited to healthy young children aged 1-7 years.

Wyeth Nutrition Malaysia Sdn. Bhd. (Co. No. 257428-D)22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No.1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

*Tertakluk kepada terma & syarat MAL-WN-15-062.

Untuk maklumat lanjut, layari wyethnutrisimalaysia ataudapatkan borang peraduan di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

Sebuah Nissan Almera & pelbagai hadiah hebat untuk dimenangi!

RM10,000 RM5,000 RM2,50026 HADIAH

BULANAN1st

2nd

3rd

Hadiah Utama

x. Peserta mestilah menunjukkan Bukti Pengenalan ketika atau sebelum penebusan hadiah untuk tujuan pengesahan. Satu-satunya Bukti Pengenalan yang diterima oleh Penganjur adalah seperti berikut: Kad Pengenalan Malaysia / Pasport Malaysia / Lesen Memandu Malaysia. Kegagalan untuk memberikan sebarang Bukti Pengenalan memberikan hak kepada Penganjur untuk membatalkan penyertaan Peserta / Pemenang.xi. Penganjur akan menghubungi Pemenang menerusi maklumat penghubungan atau alamat yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta adalah digalakkan untuk menyimpan nombor telefon yang aktif, dan sentiasa memeriksa emel mereka.xii. Sekiranya berlaku di mana Peserta tidak dapat dihubungi selepas TIGA percubaan dalam masa TIGA hari berturut-turut, Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta dan Peserta seterusnya yang layak akan dipilih.xiii. Kesemua pemenang mesti menebus hadiah-hadiah mereka dalam masa tiga (3) hari selepas dihubungi oleh Penganjur (menerusi emel atau sebarang saluran perhubungan). Jika sekiranya Pemenang gagal menebus hadiah-hadiah mereka atau menghantar wakil dalam tempoh yang diberikan, Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah-hadiah tersebut atau memberikan hadiah-hadiah tersebut kepada Pemenang-pemenang lain. Pemenang-pemenang mesti memberikan bukti pengenalan untuk menebus / menerima hadiah-hadiah mereka.xiv. Sekiranya Pemenang memerlukan wakil untuk menebus hadiah / hadiah-hadiah bagi pihak mereka, wakil tersebut mestilah menunjukkan surat persetujuan yang ditandatangani oleh Pemenang, salinan bukti pengenalan Pemenang, dan bukti pengenalan wakil tersebut. Sekiranya Pemenang atau wakil mereka tidak dapat menebus hadiah tersebut dalam masa tiga (3) hari, Pemenang akan dibatalkan secara automatik. Penganjur berhak untuk membatalkan hadiah tersebut atau menghadiahkannya kepada Peserta / Pemenang lain.

6. HAK-HAK PENGANJURi. Peserta bersetuju bahawa kesemua material yang dihantar oleh Peserta sebagai penyertaan Peraduan ini adalah dimiliki oleh Penganjur. Di mana berkaitan, kesemua hak cipta dan hak harta intelektual (termasuk hak moral) kesemua material termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (Contoh: Video-video dan imej-imej) adalah kepunyaan Penganjur.ii. Penganjur berhak untuk menerbit, menggunakan nama-nama, gambar-gambar, imej-imej dan / atau video yang dihantar oleh Peserta / Pemenang atau menerbit, menggunakan nama-nama, gambar-gambar, imej-imej dan / atau video Peserta/Pemenang itu sendiri untuk tujuan pengiklanan, pemasaran, dan publisiti, tanpa sebarang notis terdahulu atau ganjaran kepada Peserta / Pemenang. Pemenang adalah tidak berhak untuk menuntut hak milik atau apa juga bentuk ganjaran terhadap material-material tersebut.iii. Sekiranya Peraduan ini tidak dapat dijalankan sebagaimana yang dirancang akibat sebab yang tidak terhad kepada virus komputer, pepijat, pengubahan, campur tangan tanpa kebenaran, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa juga sebab-sebab lain yang diluar kawalan Penganjur yang meninggalkan kesan kepada pentadbiran, keselamatan, keadilan, integriti, atau pengendalian wajar Peraduan, Penganjur berhak atas budi bicaranya semata-mata untuk membatalkan penyertaan mana-mana individu yang mengubah proses penyertaan, dan/atau membatalkan, menghentikan, mengubah, atau menggantung Peraduan ini. Jika Penganjur memilih untuk membatalkan atau menghentikan Peraduan ini, Penganjur tidak memiliki hak ke atas sebarang Penyertaan. iv. Penganjur berhak atas budi bicaranya semata-mata untuk menolak dan membatalkan Peserta dan / atau Penyertaan yang didapati (pada budi bicara Penganjur) bersifat tidak senonoh atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu / menggodam / mengubah proses penghantaran Peraduan, operasi Peraduan atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini. Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang menggugat Peraduan ini, Penganjur proses penghantaran Peraduan. v. Penganjur berhak meminda mana-mana Terma dan Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya tanpa sebarang notis terdahulu.

7. LIABILITI & TANGGUNGJAWABi. Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, kesemua kos pengangkutan, caj internet, kos persendirian dan / atau kos-kos lain, yuran dan / atau apa juga perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta yang berkaitan dengan Peraduan ini (sama ada atas tujuan mengambil bahagian, menyertai atau menerima sebarang faedah atau hadiah-hadiah daripada Peraduan ini) atau untuk tujuan Penebusan Hadiah-hadiah atau berkaitan perjalanan adalah tanggungjawab mutlak Pemenang, dan Penganjur, ahli-ahli gabungan, ejen-ejen berdaftarnya atau agensi-agensi yang terlibat tidak memikul apa juga tanggungjawab terhadap kos / caj / yuran / perbelanjaan tersebut.ii. Penganjur, ahli-ahli gabungan, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi-agensi terlibat tidak memikul apa juga tanggungjawab terhadap kehilangan penyertaan, kerosakan, kelambatan kiriman akibat atau akibat komputer, IT atau apa juga kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya memenuhi kesemua Terma dan Syarat Peraduan, undang-undang Peraduan dan penyertaan mereka diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.iii. Dengan menyertai Peraduan ini, kesemua Peserta bersetuju untuk melepaskan, melucutkan, dan tidak meletakkan tanggungjawab kepada Penganjur, ahli-ahli gabungan dan agensi-agensi, dan pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, direktor-direktor dan wakil-wakilnya daripada sebarang tuntutan, kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berpunca daripada kesilapan pengkomputeran, apa juga transaksi, apa juga kerosakan atau kepincangan fungsi pada sebarang kelengkapan komputer, apa juga activiti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan / atau penggunaan, kesilapan penggunaan atau pemilikan apa juga hadiah yang diberikan seperti yang dinyatakan di sini. Penganjur berhak untuk mengubah atau meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

8. UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN DAN BIDANG KUASAPeraduan dan Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang negara Malaysia, dan setiap peserta bersetuju untuk menghantar sebarang tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

9. NOTIS PRIVASIData peribadi yang diberikan dalam borang ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenalan diri, maklumat perhubungan dan / atau anak anda serta data peribadi lain yang diperoleh selepas ini) (kesemuanya dirujuk sebagai “Data Peribadi”) akan direkod, disimpan atau diproses oleh Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd. (257428-D)(“Wyeth”) bagi tujuan berkaitan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada produk Wyeth yang lain serta promosi, acara dan / atau keistimewaan yang lain (“Tujuan”).

Wyeth juga ingin memaklumkan bahawa Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada syarikat berkaitan Wyeth yang mungkin terletak di luar Malaysia dan pihak ketiga yang dilantik Wyeth atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan di sini.

Anda boleh meminta untuk mendapatkan Data Peribadi atau membetulkan Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi pada bila-bila masa dengan menghantar permohonan kepada Wyeth menerusi Wyeth Nutrition Careline. Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Data Peribadi juga harus dimajukan kepada Wyeth melalui cara ini.

Sila ambil perhatian bahawa kami perlu memproses Data Peribadi untuk Tujuan tersebut, yang mana tanpa Data Peribadi yang lengkap penyertaan anda tidak dapat diterima dan / atau diproses untuk tujuan Peraduan ini.

Page 2: Contest Form 2015

Nama Ibu : Nama Anak :

Nombor Kad Pengenalan Ibu : Umur Anak :

Nombor Telefon. (Rumah) : (HP) :

E-mel :

Alamat:

Isikan butir-butir peribadi

Cara Penyertaan

Tampal kod bar produk di sini

Sila pilihjawapan yangbetul

1. S-26® Progress® susu membesar & S-26® Promise® susu membesar diperkaya dengan AA & DHA

2. S-26® Progress® susu membesar adalah untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun

3. S-26® Promise® susu membesar adalah untuk kanak-kanak berumur 3-7 tahun

Betul Salah

Betul Salah

Betul Salah

+1BELI HANTARKUMPUL, TAMPAL, LUKIS MENANG

ATAU

HANTAR / POSGVC Services(Peraduan Cita Cita Hooray)P.O Box 8020Pejabat Pos Kelana Jaya46780 Petaling JayaSelangor

S-26TM Progress® 600g

Setiap lukisan yang dihantar oleh anak anda

bernilai 1 mata tambahan. Mata tambahan ini

bukanlah wajib, tetapi ia boleh membantu anak

anda untuk menjadi juara!

Draw here :“ My Ambition”

S-26® Progress® / Promise® 1.2kg = 2 mata

S-26® Progress® / Promise® 600g = 1 mata

S-26® Progress® / Promise® 1.8kg = 3 mata

Pemenang Bulanan

Penyertaan lukisan yang terpilih akan memenangi

hadiah bulanan

Hadiah UtamaKumpul dan hantar

seberapa banyak penyertaan dengan kod bar produk, resit asal serta lukisan untuk memenangi hadiah utama dan pelbagai

hadiah hebat!

Untuk maklumat lanjut, layari

wyethnutrisimalaysia

Pameran bergerak*

DAPATMATA BONUS

Kumpul kod bar produkserta resit asal dan

tampalkan di borangpenyertaan.

Mata minimum:1 MATA

RM10,000 RM5,000 RM2,50026 HADIAH

BULANAN

1st

2nd

3rd

Sebuah Nissan Almera& pelbagai hadiah hebat untuk dimenangi!Untuk maklumat lanjut, layari wyethnutrisimalaysiaatau dapartkan borang peraduan di kedai-kedaiyang mengambil bahagian

*Tertakluk kepada terma & syarat

1st April - 30th Jun 2015Hadiah Utama

1st April - 30th Jun 2015

*Tarikh & tempat akan diumumkan di laman Facebook

Tarikh:

Jangan lupa untuk menyertakan resit asal

Page 3: Contest Form 2015

Luki

s di s

ini:

“Cita

Cita

Say

a”

Page 4: Contest Form 2015

Terma dan SyaratSila baca Terma dan Syarat berikut secara terperinci sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai, anda dianggap telah menerima Terma dan Syarat berikut, dan anda bersetuju mematuhinya. Penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat berikut pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

1. MAKLUMAT PERADUANPeraduan (“Peraduan”) Cita Cita Hooray dianjurkan oleh Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd (“Penganjur”). Peraduan bermula pada jam 00.00 1 April 2015 dan berakhir pada jam 11.59 malam 30 Jun 2015 (“Tempoh Peraduan”). Penganjur berhak untuk mengubah, melanjut atau menamatkan Tempoh Peraduan tanpa sebarang notis, jika tidak menerima bilangan penyertaan layak yang mencukupi, atau jika Peraduan ini tidak dapat diteruskan kerana apa juga sebab atau sebarang sebab yang berkenaan Terma dan Syarat Peraduan ini. Jika terdapat sebarang konflik, versi Bahasa Inggeris Terma dan Syarat berikut akan diguna pakai.

2. KELAYAKANPeraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang bermastautin di Malaysia (ketika tarikh penyertaan Peraduan ini) dan memegang Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Pekerja-pekerja, pemegang-pemegang saham, pegawai-pegawai, direktor-direktor, ejen-ejen, pengedar-pengedar dan wakil-wakil Penganjur dan setiap syarikat-syarikat induk, ahli-ahli gabungan, divisyen-divisyen, subsidiari-subsidiari, ejen-ejen, wakil-wakil dan agensi Peraduan dan pengiklanan berkaitan, termasuk ahli-ahli keluarga terdekat mereka (tidak kira di mana mereka menetap) dan sesiapa yang tinggal bersama mereka (sama ada ada pertalian atau tidak), adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini sekiranya Penganjur mendapati bahawa Peserta tidak memenuhi mana-mana kriteria penyertaan Penganjur. .

3. MEKANIKUntuk menyertai Peraduan ini dan layak untuk menang, semua Peserta mesti membeli S-26® Progress® dan / atau S-26® Promise®.i. Penyertaan dengan borang rasmi atau salinan borang rasmi akan diterima.ii. Setiap penyertaan perlu disertakan bersama bukti pembelian, seperti kod bar dan resit asal.iii. Hanya resit asal yang bertarikh dari 1st April 2015-30th Jun 2015 akan diterima.iv. Peserta dengan jumlah keseluruhan kod bar dan mata tertinggi akan memenangi Hadiah Utama. v. Lukisan yang dihantar bersama borang penyertaan akan menerima satu (1) mata bonus tambahan setiap satu.vi. Mata minimum yang diperlukan untuk kelayakan adalah satu (1) mata sahaja.vii. Penyertaan boleh dihantar menerusi • Pos • Pameran bergerak Jika menerusi pos, harap maklum bahawa bukti pos tidak boleh diterima sebagai bukti penerimaan penyertaan. Penyertaan perlu tiba di alamat yang tertera pada borang penyertaan sebelum atau pada 11.59 malam pada: Bulan Pertama (1 April – 30 April) Bulan Kedua (1 Mei – 31 Mei) Bulan Ketiga (1 Jun – 30 Jun) untuk layak menyertai peraduan bulan tersebut.viii. Peserta-peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, asalkan setiap penyertaan disertakan bersama bukti pembelian yang mencukupi.

4. PENGUMPULAN MATAi. Hanya produk-produk susu membesar Wyeth® Nutrition berikut dengan kod bar akan diterima: S-26® Progress® 600g S-26® Progress® 1.2kg S-26® Progress® 1.8kg S-26® Promise® 600g S-26® Promise® 1.2kg S-26® Promise® 1.8kgii Nilai mata adalah seperti berikut: 600gm - 1 mata 1.2kg - 2 mata 1.8kg - 3 mataiii. Setiap borang penyertaan mesti disertakan bersama kod bar produk dan resit (mesti disertakan bersama resit asal) dengan 1 mata minimum untuk layak menyertai. Salinan atau cetakan semula resit adalah tidak dibenarkan. Jika penyertaan adalah tidak lengkap (hanya kod bar, tanpa resit / tanpa kod bar, hanya resit) maka penyertaan adalah dikira sebagai tidak sah. iv. Mata-mata yang dikumpul tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai.v Kod bar mesti dihantar kepada Penganjur menerusi salah satu cara berikut: • Pos • Pameran bergerakvi. Harap maklum bahawa bukti pos tidak boleh diterima sebagai bukti penerimaan penyertaan. vii. Penganjur berhak untuk menyimpan atau menyebarkan sebarang maklumat berkaitan pengumpulan mata sekiranya terdapat sebarang keraguan.

5. HADIAH-HADIAHi. Hadiah Utama – Nissan Almera Hadiah Pertama – RM10,000 tunai Hadiah Kedua – RM5,000 tunai Hadiah Ketiga – RM2,500 tunai 26 Hadiah-hadiah bulanan – RM100 baucar membeli-belah (Untuk 26 hadiah-hadiah tersebut, panggilan telefon akan dibuat bagi memaklumkan berkenaan penghantaran dan 3 cubaan panggilan akan dilakukan, jika pemenang tidak dapat dihubungi selepas panggilan ketiga, maka kemenangan akan dibatalkan. Untuk hari penghantaran hadiah, sekiranya pemenang tidak dapat menerima hadiah, cubaan kali kedua akan dilakukan. Jika cubaan kali kedua tidak berjaya, kemenangan akan dibatalkan)ii. Hadiah Utama iaitu Nissan Almera (1 unit) adalah tidak termasuk cukai jalan, caj-caj penghantaran dan caj-caj perkhidmatan / caj-caj operasi yang lain, cukai atau sebarang pembayaran yang mungkin diperlukan. Warna dan / atau spesifikasi Nissan Almera tersebut mungkin berbeza daripada yang dipamerkan. Hadiah Utama akan diserahkan antara 8 ke 12 minggu selepas pengumuman dan akan bergantung kepada ketersediaan kereta tersebut.iii. Pemenang-pemenang bersetuju menanggung kesemua kos yang melibatkan penerimaan kereta termasuk pengangkutan ke lokasi, penginapan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain.iv. Setiap pemenang hanya berhak memenangi satu (1) hadiah bulanan. Pemenang hadiah bulanan masih berhak memenangi Hadiah Utama. v. Keputusan akhir akan diumumkan di laman Facebook Wyeth Nutrition, selepas pusingan akhir.vi. Kesemua hadiah-hadiah tidak boleh ditukar milik, ditukar ganti dan tidak boleh ditukar ganti dengan tunai.vii. Sekiranya berlaku keputusan seri, hadiah akan diberikan kepada penyertaan yang diterima terlebih dahulu.viii. Keputusan oleh Penganjur adalah muktamad dan sebarang rayuan atau persoalan tidak akan dilayan.ix. Penganjur berhak untuk menukar hadiah-hadiah dengan barangan dengan nilai yang sama sekiranya hadiah-hadiah yang ditawarkan tidak didapati.