contoh kajian tindakan pendidikan khas ppgb
TRANSCRIPT
KAJIAN KES : MENGKAJI TINGKAHLAKU SEORANG MURID DARI KELAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
(PPKIBP)
ABSTRAK
Masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak perlu diambil perhatian yang serius
oleh semua pihak. Kebanyakan daripada perangai atau kelakuan adalah dipelajari.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik anak-
anak supaya dapat bertingkahlaku dengan baik seterusnya, mengurangkan masalah
tingkahlaku di kalangan mereka. Tingkahlaku bermasalah dan kurang kemahiran
penyesuaian diri adalah suatu keadaan yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-
kanak dan remaja bermasalah, khususnya mereka yang mengalami masalah
pembelajaran yang kritikal. Antara masalah tingkahlaku yang sering dialami oleh
kanak-kanak adalah seperti bertingkahlaku ganas, menentang dan tidak menurut
arahan, bersikap terlalu bergantung dan suka mengelak serta bertingkahlaku pasif.
Kajian kes ini mengkaji seorang murid pendidikan khas di sebuah sekolah yang
mempunyai masalah tingkahlaku. Dalam usaha menangani tingkahlaku murid ini,
kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru dan masyarakat amatlah
diharapkan.
PENGENALAN
Saya telah memilih seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) di sekolah saya iaitu Sekolah
Kebangsaan LKTP Nitar Dua. Murid tersebut ialah Siti Nur Ayuni Binti Mohamad.
Murid ini yang dikenali atau dipanggil sebagai Ayuni berumur 9 tahun dan
mempunyai masalah ‘Sindrom Down Hyperaktif’.
Ayuni dilahirkan pada 16/12/2002 iaitu seminggu lebih awal daripada
jangkaan kelahiran yang sebenar (minggu ke 35) dengan berat 3.2 kg sahaja.
Selepas kelahiran Ayuni, doktor telah mengesahkan bahawa murid ini mempunyai
masalah Sindrom Down dan seluruh wajah murid tersebut didapati berbeza
berbanding kanak-kanak lain. Murid ini juga mengalami penyakit jantung dan telah
menjalani pembedahan jantung.
Ayuni merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik. Murid ini
merupakan seorang anak yang manja. Disebabkan penyakit yang dihadapinya,
Ayuni mendapat perhatian yang lebih dan layanan yang istimewa daripada
keluarganya terutama ayahnya. Hal ini adalah kerana Ayuni dikatakan tidak boleh
ditinggalkan sendirian kerana tingkahlakunya yang hiperaktif berkemungkinan Ayuni
akan melakukan sesuatu perkara yang berbahaya dan Ayuni juga suka melarikan
diri dan pergi ketempat-tempat yang disukainya. Oleh kerana layanan istimewa dan
kemahuan yang sentiasa dituruti, murid ini agak manja dan sukar untuk dipujuk
sekiranya merajuk atau menangis.
Menurut bapanya, Ketika masih bayi lagi, Ayuni telah menunjukkan
tingkahlaku aktif Namun, apabila Sahira bersekolah, penyakit sawannya semakin
kerap menyerang. Biasanya, setiap kali penyakit ini datang, ia akan menyerang
Sahira selama lebih kurang dua jam. Selepas itu, sahira akan mengalami keletihan
dan juga demam. Menurut ibunya lagi, ketika di rumah, Sahira merupakan seorang
yang garang dan suka memarahi orang. Di sekolah, Sahira juga agak garang dan
nakal. Dia suka mengganggu murid-murid lain dan juga guru. Namun, apabila
tertekan, dia akan menangis dan memujuknya adalah satu perkara yang amat sukar.
Pada awalnya, Sahira ditempatkan di kelas biasa. Namun, di dalam kelas,
Sahira akhirnya dikesan sebagai murid yang mempunyai masalah tingkahlaku
seperti mengganggu pelajar-pelajar lain ketika belajar dan mengganggu guru yang
sedang mengajar. Ketika guru mengajar, Sahira akan bertanya pelbagai soalan yang
berkaitan ataupun langsung tidak berkaitan dengan apa yang sedang diajar oleh
guru. Sekiranya guru tidak melayan pertanyaan Sahira, dia akan pergi berdekatan
dengan guru tersebut dan bertanya sehingga guru memberikan jawapan yang
memuaskan hatinya. Soalan yang sama juga akan diajukan oleh Sahira berkali-kali.
Maka, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sentiasa terganggu. Selain itu,
guru-guru yang mengajar Sahira juga dapat mengesan bahawa Sahira juga
mempunyai masalah dalam pembelajaran, iaitu lambat memahami apa yang diajar
oleh guru dan cepat lupa perkara yang telah diajar. Sahira juga memerlukan
perhatian yang lebih dalam proses pengajaran supaya dia dapat memahami apa
yang diajar dengan baik.
Berdasarkan masalah yang dihadapi ini, guru kelas Sahira akhirnya
menyarankan kepada ibu bapa Sahira supaya membawa Sahira menjalani
pemeriksaan di hospital. Sahira akhirnya disahkan oleh doktor sebagai murid
pendidikan khas setelah menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut dengan masalah
‘Epilepsy with Learning Disability’.
APA ITU EPILEPSI?
“Epilepsi” ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam
bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia boleh
menyebabkan penderitaan yang serius, melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari
semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan
warga tua.
Sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali
dalam seumur hidup mereka. Lebih kurang 2 juta kes baharu berlaku dalam setiap
tahun. Epilepsi terdapat dimana jua di dunia dan ia merupakan gangguan sistem
urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.
Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan
dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat
pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf
menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang
mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot.
Lain-lain bahagian otak boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi
akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat. Ada sawan yang
mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersibar
secara meluas diseluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-klonik.
Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila
mana pelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak. Ini dikenali
sebagai sawan fokal/partial dan pesakit mungkin mengalami pengalaman berlainan
yang subjektif, perlakuan gerakan tidak sengaja atau kombinasi dari kedua-dua
tersebut di atas, samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Kadang kala sawan
bermula secara fokal kemudian melarat ke seluruh bahagian otak, menjadi sawan
tonik-klonik.
Serangan sawan mungkin tidak melibatkan goncangan/konvulsi sebenar atau
gerakan mengejut. Pesakit mungkin mengalami tidak sedar diri buat sementara
waktu, perubahan pandangan atau mungkin juga ada rasa anih dibahagian perut.
Tanda-tandanya bergantung pada jenis epilepsi. Ada juga pengalaman
pesakit sewaktu gangguan seolah-olah sedang bermimpi, yang lain pula mungkin
mengalami perasaan teramat gembira atau sedih yang tidak dapat dijelaskan dan
ada juga yang mungkin hanya didapati membuat pergerakan anih seperti mata
berkedip atau mengerenyut. Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari juga
beberapa bulan sekali.
Tengku Nur Sahira bt Tengku Ibrahim sedang membuat kerja sekolah
NAMATengku Nur Sahira Bt Tengku Ibrahim
TARIKH LAHIR07-12-2001
UMUR9 tahun
JANTINAPerempuan
NO. KP011207-11-0156
KATEGORI PENYAKITEpilepsy With Learning Disability
ADIK BERADIKAnak ke-2 daripada 5 Adik-beradik
NAMA AYAHTengku Ibrahim bin Tengku Hussin
PEKERJAAN BAPABerniaga
ALAMAT18/A Batu 91/4 Kg Padang Mengkuang
Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu
MASALAH DIKENALPASTI Suka menggigit jari atau pensil Suka memeluk guru dan murid lain Suka mengganggu p&p Kurang berdisiplin Tidak memberi tumpuan pada p&p Suka menyonteng kertas Suka melarikan diri sekiranya tidak dipegang.
MENGENALPASTI MASALAH TINGKAHLAKU YANG DIPILIH SEBAGAI KAJIAN
Tengku Nur Sahira mempunyai beberapa masalah tingkahlaku yang
dikenalpasti. Antara masalah tingkahlaku yang sering dilakukan oleh murid ini ialah
suka menggigit jari dan menyentuh gigi sendiri dan memeluk orang lain. Selain itu,
Sahira juga suka mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sahira juga merupakan seorang murid yang kurang berdisiplin.
Hampir setiap masa, Sahira suka menggigit jarinya dan juga bermain-main
dengan giginya. Keadaan ini dilihat agak mengotorkan kerana kita tidak dapat
memastikan tangannya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Keadaan ini
boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan Sahira. Dia juga gemar
bersentuhan dengan murid-murid dan juga guru-guru.
Ketika waktu pembelajaran, Sahira akan gelisah sekiranya tumpuan tidak
diberikan terhadapnya di dalam kelas ataupun dalam satu kumpulan. Dia akan
berusaha sedaya upaya melakukan sesuatu untuk menarik perhatian semua orang
terutamanya guru. Maka, proses pengajaran dan pembelajaran sukar dijalankan
kerana pelajar ini akan melakukan pelbagai gangguan sekiranya guru tidak
memandangnya atau memberi perhatian kepada dirinya sahaja.
Antara gangguan yang biasa dilakukan ialah menyampuk dengan soalan
yang bertubi-tubi walaupun tidak berkaitan dengan isi pelajaran, mengganggu murid-
murid lain, memeluk dan menarik pakaian guru dan sengaja membuat latihan yang
diberikan dengan jawapan yang salah walaupun dia mengetahui jawapan atau cara
menjawab dengan betul. Dia akan mencuba apa sahaja cara supaya guru
mendapatkan perhatian daripada guru.
Murid ini juga gemar mengganggu dan bergaduh dengan pelajar lain.
Sekiranya dia gagal ataupun kalah dalam pergaduhan atau tidak mendapat apa
yang dihajati, dia akan menangis. Sekiranya dia menangis, dia amat sukar untuk
dipujuk. Selain itu juga, disebabkan mendapat perhatian dan layanan yang istimewa,
Sahira menjadi seorang yang manja. Segala kehendaknya haruslah dituruti.
Keadaan ini menyebabkan sahira menjadi seorang yang kurang berdisiplin.
TAHAP KEBERKESANAN KOMUNIKASI MURID
Dari segi komunikasi dan pertuturan, Tengku Nur Sahira mempunyai
kebolehan pertuturan yang agak lemah. Kadang kala ayat yang digunakan tidak
dapat difahami kerana tidak tersusun dan tidak lengkap. Dia juga suka mengulangi
apa yang dituturkannya berkali-kali. Namun begitu, kadang-kadang, guru dapat
memahami apa yang dituturkan oleh Sahira dengan baik.
Sahira juga sukar memahami arahan dengan baik. Apabila guru memberi
arahan, murid ini mendengar dan kelihatan seperti dia tidak mendengar apa-apa.
Guru terpaksa mengulangi arahan berkali-kali sehingga dia memahami arahan
tersebut. Kadang-kadang, Sahira memahami arahan, tetapi tidak mengendahkannya
kerana guru mengalihkan perhatian kepada pelajar lain. Ada juga keadaan di mana
Sahira tidak bersetuju untuk mengikut arahan tersebut kerana terdapat murid lain
yang tidak diarahkan seperti apa yang diarahkan kepadanya.
Sekiranya Sahira mendengar dan mengikut apa yang dilarang oleh guru, dia
hanya akan mendengar sekejap sahaja larangan tersebut. Setelah itu, dia akan
meneruskan tingkahlaku yang tidak menyenangkan tersebut. Sebagai contoh, guru
melarang sahira menggigit jari. Sahira akan mengeluarkan jarinya sebentar sahaja
daripada mulutnya. Sekiranya guru tidak memerhatikan dia, dia akan kembali
menggigit jarinya.
PUNCA MASALAH KOMUNIKASI MURID
Antara punca masalah komunikasi Tengku Nor Sahira ialah kesukaran untuk
memahami apa yang dituturkan oleh guru. Apabila guru menuturkan sesuatu, sahira
membalasnya dengan sesuatu yang langsung tidak berkaitan dengan apa yang
dituturkan oleh guru. Dia seperti tidak memahami topik yang sedang dibincangkan.
Namun, berlaku juga keadaan apabila guru perlu memberikan arahan berkali-kali,
Sahira akhirnya memahami apa yang dimaksudkan oleh guru. Namun, berlaku juga
keadaan di mana murid ini juga memahami dengan mudah apa yang dituturkan oleh
guru. Sahira juga kadang kala memahami apa yang dilarang tetapi berpura-pura
tidak mendengarnya dan tidak mengendahkan teguran dan amaran yang diberikan.
Hal ini berlaku kerana tiada disiplin yang wujud dalam diri Sahira.
KAITAN ANTARA MASALAH KOMUNIKASI DENGAN MASALAH TINGKAHLAKU MURID
Oleh kerana murid tidak dapat memahami pertuturan guru dengan baik, maka
agak sukarlah guru menegur dan memberi arahan. Namun, apabila guru
menerangkan secara berterusan apa yang patut dan tidak patut dilakukan, Sahira
akhirnya dapat juga memahaminya. Masalah yang wujud adalah murid ini tidak
mahu mengendahkan teguran dan amaran yang diberikan, maka murid meneruskan
tingkahlaku yang tidak baik. Hal ini berlaku kerana Sahira memberi alasan bahawa
dia boleh melakukan tingkahlaku yang dilarang tersebut di rumah kerana tidak
dilarang oleh ahli keluarganya. Di rumah, Sahira sentiasa mendapat perhatian yang
lebih dan sering dimanjakan dalam keluarganya. Semua orang di sekelilingnya juga
sentiasa mengalah dan memberi apa sahaja yang diminta olehnya. Justeru, sahira
menjadi seorang yang tidak berdisiplin selain pemarah dan agak sukar untuk ditegur.
Dia juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang dilarang oleh guru.
CADANGAN KAEDAH BAGI MEMBANTU MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DAN MASALAH TINGKAHLAKU KES. SARANAN YANG DIANGGAP SESUAI.
Kanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi perlu diberi perhatian yang
sama seperti kanak-kanak lain dalam hal-hal disiplin, galakan, dan apa yang
diharapkan dari setiap individu di sekolah. Murid sebegitu tidak boleh terlalu
dimanjakan kerana ini akan membenarkannya membuat tipu helah disebabkan oleh
keadaaannya. Aktiviti normal, bagi mental dan jasmani, akan menguntungkan
kanak-kanak yang megidap penyakit epilepsi, dan membaiki penerimaan oleh rakan-
rakannya.
Terdapat beberapa kaedah dan cadangan untuk membantu mengatasi
masalah komunikasi dan juga tingkahlaku yang dihadapi oleh Tengku Nor Sahira.
Antara kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah pelajar ini ialah:
1. Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)Salah satu langkah yang boleh diambil dalam membentuk tingkahlaku yang baik
dalam diri murid ini ialah dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid ini
dalam pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai ini dapat diterapkan dalam diri
pelajar dalam subjek-subjek yang diajar seperti subjek Pengurusan Diri,
Pengurusan Tingkah Laku dan juga Pendidikan Agama Islam. Dengan
penerangan dan tunjuk ajar yang baik dalam sesi pembelajaran, maka sedikit
demi sedikit, tingkahlaku pelajar akan dapat dibentuk.
2. Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.Menurut Skinner, apabila sesuatu gerakbalas atau tingkahlaku yang dihasilkan
adalah memuaskan, peluang mengulangi tingkahlaku operan ini akan bertambah.
tingkahlaku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang
sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkahlaku operan itu. Contoh
peneguhan positif yang boleh diberikan kepada murid ini apabila dia
bertingkahlaku baik ialah dengan memberi pujian, penghargaan dan juga pujian
terhadapnya. Peneguhan negatif pula adalah seperti mendenda dan memberi
hukuman.
3. DendaMelibatkan kerjasama semua guru dan murid-murid di dalam kelas mendenda
murid terbabit dengan cara tidak mengendahkannya dan menjauhkan diri
daripadanya sekiranya dia melakukan tingkahlaku yang tidak baik. Selain itu,
untuk mengatasi masalah tingkahlakunya yang suka menggigit jari, guru, PPM
dan murid lain juga bekerjasama untuk tidak bersalaman dengan pelajar tersebut
ketika hendak pulang dari sekolah. Guru-guru juga menjauhkan diri daripada
duduk berdekatan dengannya sepanjang waktu persekolahan. Kaedah ini sudah
tentu akan memberi kesan kepada Sahira kerana murid ini sememangnya
sukakan layanan dan perhatian daripada semua orang. Murid ini jua akan
menjadi serba tidak kena kerana tidak dapat mendekati orang lain.
4. ‘Reverse Psychology’Kaedah ini menggunakan psikologi untuk mengubah tingkahlaku negatif kepada
positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid
berkenaan serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya
dengan baik. Tujuan reverse psychology ialah untuk menginsafkan murid agar
menghapuskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk
tingkahlaku yang diingini.
5. Kontrak Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah
satu cara yang berkesan untuk mengubah tingkahlaku negatif kepada positif.
Sebagai contoh, guru membuat perjanjian dengan Sahira tidak akan menjauhkan
diri dengannya dan akan bersalaman dengannya ketika hendak pulang dari
sekolah sekiranya dia tidak menggigit jari dan mengganggu proses p&p di dalam
kelas.
6. Shaping Shaping ialah satu proses pembentukan tingkahlaku yang diingini melalui
beberapa peneguhan yang diberi secara beransur-ansur dekat kepada
tindakbalas yang diharapkan. Proses ini dilakukan secara peringkat demi
peringkat dan beransur-ansur dalam mengubah sedikit demi sedikit tingkahlaku
murid yang tidak diingini.
CADANGAN AKTIVITI TERAPI YANG BERSESUAIAN BAGI MEMBANTU ANDA MENJALANKAN PROSES P&P.
Antara terapi yang boleh digunakan dalam membantu menjalankan proses P & P
ialah seperti berikut :
1. Terapi pertuturanTerapi pertuturan adalah kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Terapi
yang dijalankan ini akan membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Terapi ini juga melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui
latihan asas tertentu. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan ialah :
latihan lisan.
meniup belon.
meniup kertas di atas air.
mengetap bibir ; dan sebagainya.
Dengan adanya terapi ini akan dapat membantu murid sedikit demi sedikit untuk
berkomunikasi atau bertutur dengan lebih baik. Dengan itu, murid ini akhirnya
akan dapat menggunakan perkataan dengan lebih tersusun, dapat
berkomunikasi dengan lebih baik seterusnya dapat memahami apa yang
dipertuturkan oleh guru dengan baik. Maka, masalah tingkahlaku juga akan dapat
diatasi dengan lebih baik kerana masalah komunikasi antara guru dan murid
menjadi lebih mudah.
2. Terapi Fizikal (fisioterapi) Terapi ini memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan
Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah
kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi
perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan
kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.
3. Terapi muzik bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru
menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
Terapi ini digunakan untuk mengawal emosi murid
aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama
muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta
menghayati irama.
murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi.
Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik
yang tersusun.
4. Terapi HidroTerapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi
pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara
serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak
dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang
walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk
ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan
cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung
guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence".
5. Terapi CarakerjaTerapi ini merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu
bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang
mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-
otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan
kerjaya.
PENUTUP
Masalah tingkahlaku merupakan suatu masalah yang tidak boleh dipandang
ringan oleh semua pihak walaupun murid tersebut adalah murid pendidikan khas.
Masalah ini perlu ditangani dengan sebaik dan seawal mungkin kerana masalah
sebeginilah yang akan merosakkan generasi akan datang sekiranya tidak dikawal
dan atasi dengan segera. Mereka bukan sahaja merosakkan diri sendiri malahan
boleh merosakkan orang lain yang berada di sekitar mereka juga. Justeru,
kerjasama ibu bapa, guru dan masyarakat sangat diperlukan untuk mengatasi
masalah ini. Kaedah-kaedah yang bersesuaian haruslah diambil dengan segera
sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya, berobjektif serta
mempunyai jati diri yang tinggi yang seharusnya perlu bermula pada peringkat usia
kanak-kanak bak kata pepatah “Mendidik anak-anak bermula dari rebungnya”.
RUJUKAN
Jenis-jenis terapi dalam pendidikan. Atas talian http://skpdghiliran.blogspot.com/
2009/05/jenis-jenis-terapi-dalam-pendidikan.html 15 Julai 2009
Perihal Epilepsi http://www.epilepsy.org.my 15 Julai 2009
Special Education – Pendidikan Khas http://www.spe-ed.net/ld-terapi.php 15 Julai
2009