contoh karangan

16
Kebersihan Contoh 1: Pendahuluan : Apabila berbicara tentang Malaysia, minda dan hujah pasti berfokus kepada sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang cukup kaya dengan hasil mahsulnya, negara yang amat cantik landskapnya, dan tidak ketinggalan sebagai negara yang damai dan harmoni. Sesungguhnya, semua kenyataan tersebut adalah benar dan tepat sekali. Betapa tidak, Malaysia sedang menjadi perhatian masyarakat dunia tentang keunikannya dalam serba serbi perkara. Namun begitu, dalam sedar atau tidak, sebagai sebuah negara membangun yang aktif, Malaysia sedang dibebani dengan krisis sampah sarap dan alam sekitar yang tercemar teruk. Berdasarkan statistik, setiap daripada rakyat Malaysia menyumbangkan tiga kilogram sampah sehari. Dengan hal yang demikian, semua pihak patut sedar tentang situasi tersebut dan mengambil pelbagai langkah proaktif menjaga kebersihan. Oleh itu, secara jujur, saya juga berasa terpanggil untuk turut serta menangani gejala yang semakin meruncing ini. Contoh2: Menjaga Kebersihan Diri Tambah Keyakinan - Bila anda membersihkan diri termasuk penampilan wajah yang kemas, pakaian yang bersih, sekurang - kurangnya menambahkan sedikit bonus untuk anda berhadapan dengan orang lain.

Upload: cyrel-bibie

Post on 09-Jul-2016

76 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

esssay

TRANSCRIPT

Page 1: contoh karangan

Kebersihan

Contoh 1:

Pendahuluan : Apabila berbicara tentang Malaysia, minda dan hujah pasti berfokus

kepada sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang cukup kaya dengan hasil

mahsulnya, negara yang amat cantik landskapnya, dan tidak ketinggalan sebagai

negara yang damai dan harmoni. Sesungguhnya, semua kenyataan tersebut adalah

benar dan tepat sekali. Betapa tidak, Malaysia sedang menjadi perhatian

masyarakat dunia tentang keunikannya dalam serba serbi perkara. Namun begitu,

dalam sedar atau tidak, sebagai sebuah negara membangun yang aktif, Malaysia

sedang dibebani dengan krisis sampah sarap dan alam sekitar yang tercemar teruk.

Berdasarkan statistik, setiap daripada rakyat Malaysia menyumbangkan tiga

kilogram sampah sehari. Dengan hal yang demikian, semua pihak patut sedar

tentang situasi tersebut dan mengambil pelbagai langkah proaktif menjaga

kebersihan. Oleh itu, secara jujur, saya juga berasa terpanggil untuk turut serta

menangani gejala yang semakin meruncing ini.

Contoh2:

Menjaga Kebersihan Diri

Tambah Keyakinan - Bila anda membersihkan diri termasuk penampilan wajah

yang kemas, pakaian yang bersih, sekurang - kurangnya menambahkan sedikit

bonus untuk anda berhadapan dengan orang lain.

Elak Penyakit - Kuku yang di potong kemas mengurangkan risiko kuman tertinggal di

jari dan seterusnya mengelakkan pemindahan kuman ke dalam makanan yang

masuk ke perut anda. Sebelum makan pun, kita di sarankan untuk mencuci tangan

sebaiknya. Tapi tak perlulah basuh dengan klorin dan bahan kimia yang lain semata

- mata nak membunuh kuman..

Contoh 3:

Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu

dasawarsa dahulu, negara kita telah menghadapi pelbagai masalah dan halangan

dalam usaha menuju ke Wawasan 2020 yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah

Page 2: contoh karangan

kebersihan awam dan alam sekitar telah berakar umbi di negara ini serta menjadi

semakin kronik belakangan ini bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi. Masalah sosial tersebut tidak seharusnya dipandang enteng

memandangkan isu tersebut berkait rapat dengan kesihatan rakyat negara ini.

Sebab-sebab berlakunya pengabaian kebersihan awam dan alam sekitar hendaklah

dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi

kesejahteraan hidup sejagat. Sayugia diingatkan bahawa masalah kebersihan awam

dan alam sekitar dapat mendatangkan kesan buruk yang tidak diingini terhadap

kesihatan rakyat. Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang proaktif dan efektif

harus diberikan penekanan dalam usaha mengatasi masalah tersebut. Oleh itu,

semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kebersihan awam

dan alam sekitar terjamin. Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang

mantap dalam diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua agama menekankan aspek kebersihan dan

menegah penganutnya daripada melakukan kekotoran yang akan menjejaskan

kemaslahatan awam. Dengan adanya didikan agama yang teguh, insan yang

mementingkan kebersihan di tempat awam atau kebersihan alam sekitar dapat

dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek

kebersihan tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan

menjadi teladan dan ikutan anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu

bapa haruslah membuang sampah ke dalam tong sampah dan menggunakan

tandas awam dengan baik. Dengan ini, anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang akan mencontohi perbuatan ibu bapa

mereka dan akan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah bisa tegal biasa. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan kebersihan

tempat awam dan alam sekitar terpelihara.

Page 3: contoh karangan

Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk nilai

kebersihan dalam sanubari para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama

yang menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah

diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang

kepentingan mengamalkan nilai kebersihan dalam hidup terutamanya yang

melibatkan kemaslahatan umum seperti tandas awam dan kawasan rekreasi. Guru

tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang

berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan

diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu

menitikberatkan aspek kebersihan di dalam kelas dan di kawasan sekolah di

samping menekankan kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar dengan

melarang murid daripada membuang sampah di merata-rata tempat. Konsep bersih

ini diperluas bukan sahaja di dalam kelas tetapi kepada kehidupan yang lebih

menyeluruh. Pihak sekolah dan guru boleh membina taman mini dan landskap

supaya keadaan sekolah lebih cantik dan hijau. Mata pelajaran Pendidikan Moral

dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti

pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak

tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat

mendidik generasi muda kita tentang kemaslahatan amalan kebersihan.

Peranan media massa juga tidak dapat diketepikan memandangkan media massa

seperti radio, televisyen dan suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam

dalam kehidupan sehari-hari. Rancangan dan program yang dapat menyemaikan

sikap rakyat menjaga kebersihan awam harus disiarkan melalui saluran media

bercetak dan media elektronik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan rakyat

tentang peri pentingnya kebersihan terhadap kesihatan masyarakat. Kempen-

kempen kebersihan awam seperti Cintailah Sungai Kita dan slogan Negara Bersih

Sihat patut digiatkan dan diharapkan dapat membangkitkan kesedaran sivik

masyarakat negara ini untuk memelihara kebersihan awam. Kempen-kempen yang

dijalankan oleh pihak media massa perlulah berketiak ular dan bukannya hangat-

hangat tahi ayam. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga

kebersihan alam sekitar dan tempat awam. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini

dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar dan

Page 4: contoh karangan

tempat awam senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat

mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar.

Dalam pada itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang

berkaitan dengan isu kebersihan seperti Akta Alam Sekitar 1971 dan Akta kilang

1974 bagi mengatasi masalah kebersihan awam. Hukuman yang lebih berat harus

dijatuhi ke atas mereka yang bersikap bena tak bena terhadap kebersihan awam.

Denda wang ringgit nampaknya masih kurang berkesan untuk menyedarkan rakyat

negara ini berubah sikap. Sekiranya perbuatan mencemarkan alam sekitar dan

tempat awam masih diulangi, denda yang berlipat ganda harus dikenakan dan

disertai dengan hukuman yang lebih tegas. Misalannya, negara Singapura telah

mengusulkan banyak cadangan yang membina dalam usaha membasmi masalah

kebersihan awam. Antaranya ialah rakyat negara itu yang ditangkap membuang

sampah sarap atau puntung rokok ke atas lantai di tempat awam akan dikenakan

denda yang tinggi di tempat kejadian itu juga oleh pegawai polis yang bertugas. Bagi

menjaga maruah diri supaya tidak ditegur atau dikritik ole orang ramai, mereka yang

bersalah sudah tidak berani untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu di tempat

awam. Maka, tidak mustahillah negara Singapura digelar Taman Bandar Raya yang

terkenal dengan kebersihannya. Oleh itu, kita harus mencontohi ketegasan undang-

undang negara Singapura kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan

sempadan. Sesungguhnya ketegasan undang-undang mampu melahirkan individu

yang menitikberatkan aspek kebersihan dalam kehidupan

Secara tuntasnya, kebersihan awam dapat dijaga dan dipelihara melalui

komitmen daripada pelbagai pihak. Sikap individualistik dan ketiadaan kesedaran

sivik terhadap kebersihan awam perlu dikikis. Mantan Perdana Menteri Malaysia,

Tun Doktor Mahathir bin Mohamad pernah meluahkan perasaan kecewa beliau

terhadap sikap rakyat negara ini yang memandang remeh terhadap kebersihan

awam setelah melihat keadaan di sekeliling Bukit Bintang yang menjijikkan,

ditimbuni sampah sarap yang dihinggapi lalat. Beliau telah menyarankan rakyat

Malaysia supaya mengamalkan sikap mementingkan kebersihan awam dalam

kehidupan sehari-hari. Kebersihan tempat awam sememangnya merupakan aspek

Page 5: contoh karangan

yang amat penting untuk menjamin keharmonian sejagat. Kita tentu tidak ingin

generasi yang akan datang hidup dalam keadaan yang dicemari, menyedut udara

yang kotor, serta minum air yang bermikroorganisma. Maka, sebelum nasi menjadi

bubur, marilah sama-sama kita mempraktikkan kebersihan diri dan lebih penting lagi

kebersihan awam demi kesejahteraan hidup pada hari muka.

Langkah remaja untuk menghadapi dunia luar

Contoh 1:

Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang

lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah

aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala

negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini,

maka sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal

banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh

itu, aktiviti ini perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk

individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini

telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said supaya

belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih

bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan

menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi bidang sukan ini.

Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak perlu

diperkenalkan di peringkat sekolah.

Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung,

berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk

individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini

demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai

ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar.

Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan

Page 6: contoh karangan

ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun 2004, program Latihan Khidmat

Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini

secara berperingkat- peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan

aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi

warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak.

Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai

usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang.

Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita

menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini

diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu

diperkenalkan di peringkat awal lagi atau diperingkat sekolah seperti kata

peribahasa “ kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya “. Untuk berjaya

dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam

masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi, sekiranya sukan

lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam

bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di

bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih

boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang

dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisan tiga

pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan

Berbasikal Asia (ACC) ke – 24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 – 16 April

2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit dan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek

Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan Mohamad, iaitu pelumba muda dari

Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapda rancangan jangka

panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugas besar di

peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu

diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap

dan disinarkan untuk mewakili negara kelak.

Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di

peringkat sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman

Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila Berjaya

Page 7: contoh karangan

menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman

adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya

menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004

anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu

turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan

Zahara Ma’saunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun

dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau

pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah.

Hal ini dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan

beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan

dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti

kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan

berbuat demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan

aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat

dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan

gangsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti

sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak

mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih

lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan

mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takraw

dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai

remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal. Dan

sebagainyadi luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri

Besar Selangor, Datuk Seri Dr. mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada

pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan

bahawa guru masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari

ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah.

Beliau berkata, ”dikatakan sukan ini melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika

ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus

membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan

menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat.” Jadi,

Page 8: contoh karangan

usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari

sekarang.

Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak

membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu

generasi muda kita membabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak

perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat

mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita

mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di

peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya menegaskan bahawa sukan lasak perlu

diperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan “Melentur buluh,

biarlah dari rebungnya”.

Contoh 2:

Kehidupan zaman remaja merupakan suatu zaman yang penuh dugaan hidup yang

mencabar. Kewujudan cabaran ini menyebabkan banyak remaja menganggap

kehidupan mereka tidak begitu penting lalu memudahkan mereka terjebak dalam

pelbagai kancah gejala sosial yang mampu menjejaskan imej dan maruah diri

remaja itu sendiri. Situasi ini seolah-olah memberi satu persepsi umum bahawa

kemelut yang melanda remaja itu tidak boleh diselesaikan dengan begitu mudah.

Namun, ada pelbagai strategi yang mampu dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk

menangani pelbagai cabaran yang melanda kehidupan harian remaja itu.

Antara strategi awal ialah remaja harus disedarkan bahawa kehidupan mereka itu

mempunyai matlamat atau tujuan yang tertentu. Kesedaran ini boleh ditimbulkan

melalui pelbagai kempen kesedaran yang boleh dilakukan oleh pihak media massa

menerusi filem atau iklan yang pasti ditonton oleh jutaan remaja kita. Setiap remaja

yang menyedari bahawa kehidupan mereka mempunyai matlamat yang lebih besar

selain daripada diri sendiri pasti akan mampu untuk menangani sebarang cabaran

yang timbul dalam hidup mereka kerana sedar diri mereka mampu melakukan

perubahan dalam kehidupan orang lain dan negara ini. Maka, remaja harus terlebih

dahulu disedarkan tentang kepentingan memiliki matlamat hidup yang lebih jelas

Page 9: contoh karangan

dan nyata.

Manakala strategi kedua ialah pihak sekolah harus mampu memberikan

perkhidmatan kaunseling kepada mana-mana remaja yang bermasalah dengan

efektif. Perkhidmatan kaunseling ini hendaklah dilakukan dengan sistematik dan

diseliakan oleh guru-guru yang berpengalaman serta memiliki kemahiran yang

cukup dalam aspek memberi nasihat yang positif kepada remaja kelak. Guru

kaunseling bakal menjadi barisan awal untuk mengesan remaja yang bermasalah

lalu segera membuat perubahan yang mampu membawa remaja terbabit ke pangkal

jalan dengan segera. Sesungguhnya, khidmat kaunseling oleh pihak sekolah

menjadi satu senjata pelindung yang paling praktikal dalam menangani cabaran

hidup remaja kerana mereka menghabiskan masa yang lama di sekolah.

Selain itu, remaja yang sedang menghadapi cabaran hidup mampu menanganinya

dengan kembali kepada ajaran keagamaan mereka. Semua ajaran agama di dunia

ini cuba membawa penganutnya supaya menggunakan kaedah keagamaan untuk

menjalani kehidupan di dunia dengan lebih baik selain mampu menyelesaikan

masalah kehidupan mereka dengan lebih positif dan rasional. Benteng agama

menjadi kriteria penting yang harus dimiliki dalam jiwa remaja terutama yang

bermasalah kerana agama memberikan seseorang itu satu pegangan atau

kepercayaan bahawa diri mereka mampu mengharungi badai kehidupan yang

sedang melanda mereka itu. Jelaslah, semakin tebal kefahaman agama dalam diri

remaja semakin besarlah peluang remaja itu untuk mampu menangkis sebarang

cabaran kehidupan yang timbul dalam hidup mereka.

Pada masa yang sama ahli masyarakat umum turut berperanan untuk menegur atau

membantu remaja yang sedang menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka.

Kalau kita lihat kini masyarakat tidak lagi mahu atau berani untuk menegur kelakuan

sumbang remaja kerana tidak mahu dianggap menjaga tepi kain orang pula

terutama dalam kehidupan masyarakat moden kini. Kegagalan setiap ahli

masyarakat untuk menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat

kepada remaja kita telah menyebabkan banyak remaja tersesat jalan lalu terbabit

dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga. Jadi,

masyarakat harus disedarkan tentang peranan mereka untuk sama-sama membantu

Page 10: contoh karangan

remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada remaja dalam

menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda mereka itu.

Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh digerakkan untuk bersama-sama

menangani masalah kehidupan yang melanda golongan remaja itu. Kelebihan

persatuan ini ialah gabungan idea dan kerjasama ibu bapa serta guru mampu

menjadikan mereka lebih peka akan cabaran hidup yang dilalui oleh remaja itu.

Perkongsian maklumat dan pengalaman antara dua pihak yang penting dalam

merencanakan kehidupan remaja ini pasti berupaya untuk mencetuskan satu

pendekatan yang bukan sahaja bersifat psikologi tetapi juga praktikal dalam

menyelesaikan kemelut hidup remaja tersebut. Lantaran itu, persatuan ini perlu lebih

proaktif dalam merangka pelan atau aktiviti yang turut mampu menjadikan

kehidupan remaja lebih riang dan selesa diharungi bersama-sama.

Konklusinya, semua strategi yang diperhalusi di atas itu harus dilaksanakan dengan

segera tanpa banyak alasan lagi. Kerjasama semua pihak terutama pihak ibu bapa

dan sekolah amat diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang bakal

menentukan hala tuju negara kerana remajalah harapan pemimpin masa depan

kelak. Kegagalan untuk menyelesaikan polemik ini secara rasional dan efektif akan

menjadikan masyarakat kita pada masa hadapan satu masyarakat yang lemah dan

tidak mampu untuk bersaing dalam arus persana globalisasi kini. Mahukah kita

semua melihat remaja kita terus dibelenggu pelbagai masalah hidup tanpa kita

melakukan apa-apa tindakan?

Contoh 3:

Cara Mengatasi :

1. Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya – anak mampu membenteng

diri mereka daripada pelbagai pengaruh – anak-anak akan berasa bersalah

melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai agama – secara tidak

langsung akan menolak gejala buruk yang datang kepada mereka.

Page 11: contoh karangan

2. Ibu bapa memberi kasih sayang secukupnya kepada anak-anak – anak-anak rasa

diri mereka dihargai dan disayangi – mereka akan menjaga maruah diri, maruah ibu

bapa dan maruah keluarga – bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

3. Penguatkuasaan oleh pihak berkuasa – tindakan terhadap media massa yang

menyiarkan bahan atau filem berunsur ganas dan sex yang boleh mempengaruhi

jiwa remaja. Garis panduan yang lebih telus dan jelas digubal untuk memastikan

tiada filem atau bahan yang boleh merosakkan jiwa remaja.

4. Menggubal dan meminda undang-undang – tindakan lebih berat sebagai

pengajaran kepada pihak yang cuba mengekploitasi remaja untuk kepentingan diri –

tindakan terhadap remaja yang terlibat sebagai pengajaran kepada rakan-rakan lain.

5. Mengadakan kempen kesedaran untuk remaja – mengingatkan remaja tentang

impak negatif atau kemudaratan yang akan mereka perolehi jika terlibat dengan

masalah sosial seperti penyakit, kecederaan, kematian dan kemusnahan hidup.

Contoh 4:

M