contoh ldk

23
LDK 1: Taaruf LDK 2: Kejelekitan kumpulan serta mind setting LDK 3: Potensi diri dan motivasi diri LDK 4: Matlamat dan hala tuju LDK 5: Muhasabah dan kesedaran diri LDK 1 - TA'ARUF Objektif 1. Memberikan impresi pertama kepada peserta. 2. Peluang untuk mengenali sesama mereka. 3. Membentuk kerjasama dan kesefahaman dalam kumpulan. 4. Membentuk satu semangat kekeluargaan dan menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan sesama sendiri. 1. Inilah Gayaku! Tahap: Rendah / Menengah Masa : 30 minit Alatan : Tiada Pelaksanaan: 1. Pertama fasilitator dikehendaki memberikan arahan kepada adik- adik supaya mengenalkan diri mereka dengan gaya mereka tersendiri. 2. Tetapi sebelum mereka memperkenalkan diri mereka, mereka hendaklah meniru gaya peserta yang terdahulu. 3. Pilih peserta secara rambang supaya mereka lebih peka dan memberikan penumpuan sepenuhnya terhadap kawan-kawan mereka. Perbincangan: 1. Fasilitator hendaklah membuka peluang kepada adik-adik yang lain apa yang mereka boleh lihat dan gaya kawan-kawan mereka. 2. Tanya pula kepada adik yang memperagakan wataknya tadi apakah yang cuba dia tonjolkan kepada adik-adik yang lain supaya yang lain faham tentang perwatakan beliau. 3. Tanya mereka tentang perwatakan, tingkah-laku dan cuba kupaskan diri mereka yang sebenar supaya kerahsiaan di antara mereka dengan adik-adik yang lain semakin mengecil. Kesimpulan: 1. Terangkan mengenai konsep ta'aruf dan kepentingannya. 2. Manusia itu unik dan pelbagai ragam serta perwatakan. Oleh itu kita hendaklah cuba saling mengenali sesama sendiri.

Upload: asrulsani-abdul-rahman

Post on 29-Sep-2015

467 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

LDK

TRANSCRIPT

LDK I - Ta'aruf dan kejelekitan Kumpulan Masa keseluruhan: Ijam 30 minit

LDK 1: Taaruf

LDK 2: Kejelekitan kumpulan serta mind settingLDK 3: Potensi diri dan motivasi diri

LDK 4: Matlamat dan hala tuju

LDK 5: Muhasabah dan kesedaran diri

LDK 1 - TA'ARUF

Objektif

1. Memberikan impresi pertama kepada peserta.

2. Peluang untuk mengenali sesama mereka.

3. Membentuk kerjasama dan kesefahaman dalam kumpulan.

4. Membentuk satu semangat kekeluargaan dan menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan sesama sendiri.

1. Inilah Gayaku!

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 30 minit

Alatan: Tiada

Pelaksanaan:

1. Pertama fasilitator dikehendaki memberikan arahan kepada adik-adik supaya mengenalkan diri mereka dengan gaya mereka tersendiri.

2. Tetapi sebelum mereka memperkenalkan diri mereka, mereka hendaklah meniru gaya peserta yang terdahulu.

3. Pilih peserta secara rambang supaya mereka lebih peka dan memberikan penumpuan sepenuhnya terhadap kawan-kawan mereka.

Perbincangan:

1. Fasilitator hendaklah membuka peluang kepada adik-adik yang lain apa yang mereka boleh lihat dan gaya kawan-kawan mereka.

2. Tanya pula kepada adik yang memperagakan wataknya tadi apakah yang cuba dia tonjolkan kepada adik-adik yang lain supaya yang lain faham tentang perwatakan beliau.

3. Tanya mereka tentang perwatakan, tingkah-laku dan cuba kupaskan diri mereka yang sebenar supaya kerahsiaan di antara mereka dengan adik-adik yang lain semakin mengecil.

Kesimpulan:

1. Terangkan mengenai konsep ta'aruf dan kepentingannya.

2. Manusia itu unik dan pelbagai ragam serta perwatakan. Oleh itu kita hendaklah cuba saling mengenali sesama sendiri.

3. Hai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dari suku-suku bangsa supaya kamu mengenali salu sama lain

(Al-Hujurat: 13)

4. Jangan kita membuat tafsiran salah jika kita tidak mengenali diri seseorang itu dengan dekat.

2. Apa punya turr...

Tahap: Rendah / Menengah

Alatan: Kertas A4, pen

Masa: 30 minit

Pelaksanaan:

1. Fasi rnembahagikan peserta kepada dua kumpulan dan setiap peserta

diberi sehelai kertas A4

2. Kumpulan pertama diminta membuat ayat bermula dengan "Kenapa"

3. Kumpulan kedua diminta membuat ayat bermula dengan "Kerana"

4. Fasi mengumpulkan semua hasil kerja dan membaca secara rawak "kenapa" dan "kerana".

5. Fasi merninta peserta yang ayatnya dibaca memperkenalkan diri dengan menyebut nama penuh, nama timangan, tarikh lahir, bilangan adik-beradik dan lain-lain.

Perbincangan:

1. Mengingati nama rakan adalah penting utk membina ikatan ukhuvvwah.

2. Kepentingan ta'aruf sebagai satu keperluan bagi memudahkan proses interaksi antara satu sama lain.

Kesimpulan:

1. Terangkan mengenai konsep ta'aruf dan kepentingannya.

2. Keberkesanan komunikasi bergantung kepada konsep TA'ARUF, TAFAHHUM, TA'AWUN, TAKAFUL.

3. Namaku Namamu Jua

Tahap: Rendah / Menengah

Alatan: Tiada

Masa: 30 minit

Objektif:

1. Mewujudkan tafahhum, ta'awun dan takaful serta membentuk kerangka berfikir di kalangan peserta

2. Sebagai persediaan untuk menerima input seterusnya.

Pelaksanaan

1. Peserta dibahagikan berpasang-pasangan dan setiap pasangan untuk mencantumkan nama mereka menjadi satu nama yang ringkas.

2. Kemudian peserta dikehendaki bergabung membentuk dua kumpulan dan mencantumkan nama-nama tadi menjadi satu nama baru.

3. Langkah terakhir, peserta diminta bergabung membentuk satu kumpulan

dan mencantumkan nama kumpulan tadi menjadi satu nama yang unik dan menarik.

Kesimpulan

1. Keputusan pada peringkat awal biasanya akan berubah pada peringkat seterusnya

2. Keputusan yang dibuat tanpa perbincangan akan menghasilkan satu tindakan yang kurang menarik dan berkesan.

3. Konsep kesatuan, saling menerima pendapat, bekerjasama sangat penting dalam sesuatu tindakan.

4. Kekuatan diri sebenarnya bergantung kepada kekuatan sesebuah kumpulan.

Seorang mukmin bagi mukmin yang lain adalah laksana sebuah bangunan, satu sisi saling menguatkan sisi yang lain.

LDK 2 - KEJELEKITAN KUMPULAN DAN MIND SETTING1. Tolong! Tolong! Kawanku sakit!

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 40 minit

Alatan: Tiada

Pelaksanaan:

1. Fasilitator pilih 4 peserta (sama jantina)

2. Aktiviti pertama:

a. Bahagikan lagi peserta supaya mereka berpasangan.

b. Salah seorang sebagai pesakit dan seorang lagi sebagai penyelamat.

c. Suruh adik yang sebagai penyelamat tadi mengangkat pesakit. Peserta yang tidak terlibat dikendaki memberikan idea bagaimana cara mengangkat pesakit.

3. Aktiviti kedua:

a. Kali ini keempat-empat dalam satu kumpulan. Seorang sebagai pesakit dan 3 lagi sebagai penyelamat.

b. Arahan yang sama iaitu angkat pesakit

Perbincangan:

1. Tanya kepada peserta yang tidak terpilih yang mana satu lebih mudah; seorang angkat seorang atau tiga orang angkat seorang.

2. Tanya pula perasaan orang yang terpilih.

3. Tanya perasaan si pesakit yang mana, satu lebih sakit dan mana satu lebih selesa ketika diangkat.

Kesimpulan:

1. Kita hidup di dunia perlu tolong-menolong dan saling bantu-membantu

2. Jika kita hidup bermasyarakat kita hendaklah mengambil tahu ahli masyarakat yang sakit.

3. Aktiviti pertama tadi: seorang sudah mencukupi untuk bantu kawannya yang lain namun usaha yang lebih perlu dicurahkan daripada aktiviti yang kedua.

4. Seorang Mukmin adalah cermin bagi saudaranya sendiri

5. Kita perlulah saling tegur-menegur dan saling peka terhadap keperluan masing-masing. Jika adik ini lemah (contoh: dalam pelajaran) adik-adik yang lain-lain yang ada keupayaan untuk membantu hendaklah membantu adik tersebut.

6. Pastikan penerangan yang akan diberikan tidak sarna dengan konsep jaga tepi kain orang lain.

2. Autograf PanasTahap: Rendah / Menengah

Masa: 30 minit

Alatan: Lampiran 1

Pelaksanaan:

1. Mula-mula suruh adik-adik baca dan tandakan ( / ) pada ruangan yang mewakili diri mereka.

2. Kedua suruh mereka pergi kepada setiap seorang dan dapatkan autograf mereka jika diri mereka adalah sama dengan diri adik itu sendiri serta mendapatkan sedikit kisah ringkas tentang persamaan diri antara mereka berdua.

Perbincangan:

1. Setelah masa yang diberikan tamat, tanya salah seorang tentang diri mereka dan tanya dia siapakah dalam kumpulan itu mempunyai perwatakan yang sama sambil menunjukkan individu tersebut.

2. Suruh adik-adik ceritakan semula apakah persamaan kisah hidup mereka.

Kesimpulan:

1. Untuk merapatkan ukhuwwah dan menunjukkan walaupun kita berbeza pasti ada sedikit kesamaaan dalam diri kita dengan diri orang lain yang kita tidak tahu.

3. Silang dan Menang

Tahap: Menengah

Alatan: Wisel, tali rafia yg agak tebal, sebatang kapur tulis, 8 - 10 ranting kayu yang tidak mudah patah, beberapa ketul batu yang sederhana besar sebagai penukul.

Masa: 40 minit

Pelaksananan:

1. Minta semua peserta bersama-sama menyediakan garisan untuk permainan Silang Pangkah dengan kapur tulis atau menggunakan tali rafia, ranting kayu dan batu yang disediakan.

2. Kemudian, bahagikan peserta kepada 2 kumpulan (contoh: Kumpulan Pangkah dan Kumpulan Bulat).

3. Kedua-dua kumpulan diminta berdiri secara menghadap di antara satu sama lain, di mana garisan untuk permainan Silang Pangkah berada di tengah-tengah antara 2 kumpulan tersebut.

4. Fasi terangkan cara permainan Silang Pangkah. Apabila wisel ditiup, seorang wakil dari setiap kumpulan hendaklah mengambil tempat (berdiri) di ruang-ruang garisan permainan Silang Pangkah tadi.

5. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya berdiri dalam satu garis lurus untuk mencapai kemenangan.

6. Fasi mulakan permainan dengan meniup wisel. Mula-mula perlahan dan semakin cepat.

7. Semasa melaksanakan aktiviti, fasi mencatat kedudukan peserta sebagai data yang dipaparkan.

Perbincangan:

Bagaimanakah pendapat dan perasaan peserta terhadap permainan tadi?

Kesimpulan:

1. Kesepakatan Membawa Kejayaan.

2. Kita mampu dan berupaya membuat keputusan sendiri dengan cepat dan tepat.

3. Seseorang itu mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah, merugikan atau merosakkan.

4. Pondok Usang di tengah Bendang (Mind setting)

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 15 minit

Alatan: Tiada

Pelaksanaan:

1. Bayangkan diri adik keseorangan di dalam sebuah rumah yang usang. Di sini adik-adik dikehendaki membaiki rumah tersebut tanpa memerlukan bantuan dari orang lain. Adakah adik merasakan adik mampu melakukan tugas tersebut?

2. Jika jawapan adik adalah YA?

Ini menunjukkan adik-adik ada perasaan positif dalam diri adik dan mampu untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ingin di ceburi walaupun bukannnya cemerlang dalam bidang pelajaran.

3. Jika jawapan adik TIDAK?

Ini menunjukkan adik seorang yang suka melakukan kerja secara bersama dan ini menunjukkan adik mementingkan kerjasama di dalam masyarakat.

Kesimpulan:

1. Tekankan mengapa adik-adik berada di sini

2. Mind setting / objektif adik-adik hadir dalam program ini.

LDK 3: POTENSI DIRI, KEYAKINAN DIRI, BUDAYA ILMU, MOTIVASI

Objektif:

1. Mengenalpasti dan menghargai potensi diri yang ada pada setiap peserta.

2. Penekanan kepada konsep yakin boleh.

3. Memberi kesedaran kepada setiap peserta yang mereka memiliki kelebihan yang boleh dijana ke arah masa depan yang lebih persis dan mantap.

1. Kotak Ajaib (Potensi Diri)

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 15 minit

Alatan: Kotak mancis, cermin kecil, pita pelekat

Pelaksanaan:

1. Peserta diminta supaya memikirkan seseorang yang paling mereka sayangi dan memberikan sebab-sebabnya.

3. Fasilitator menyatakan bahawa sesungguhnya di dalam kotak ajaib itu terkandung makhluk yang sebenarnya paling istimewa.

4. Di dalarn kotak itu diisi dengan cermin dan peserta diminta melihat ke dalamnya.

5. Peserta dikehendaki melihat di dalam kotak itu secara bergilir-gilir tanpa memberitahu rakan-rakan mereka yang lain.

Kesimpulan

1. Memberi kesedaran kepada peserta yang mereka sering menganggap orang lain mempunyai kelebihan tanpa menyedari kelebihan diri sendiri.

2. Membantu memperkukuh dan memperkembangkan sahsiah diri.

2. Ohh... Heroku! (Potensi Diri)

Objektif:

1. Membina potensi diri peserta.

2. Memupuk semangat sayangkan diri sendiri.

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 30 minit

Alatan: Tiada

Pelaksanaan:

1. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan; Batman dan Power Rangers (apa-apa sahaja watak yang disukai)

2. Minta peserta untuk menerangkan kelebihan masing-masing dan meyakinkan orang ramai bahawa merekalah penyelamat dunia.

3. Fasilitator dikehendaki menghangatkan suasana.

Perbincangan:

1. Bandingkan kelebihan-kelebihan yang ada pada hero-hero pujaan mereka dengan diri masing-masing.

2. Potensi atau kelebihan diri hanya wujud apabila kita merealisasikanya.

Kesimpulan:

1. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing sama ada jelas atau tidak.

2. Sebagai pelajar kita harus yakin pada diri sendiri dan tidak mudah mengharap pada orang lain.

3. Konsep saling melengkapi antara satu sama lain (modul koyak kertas).

3. Lubangkan Kertas (potensi diri)

Objektif: Mengenali dan menghargai potensi yang ada pada diri kita

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 20 minit

Alatan : Kertas A4

Pelaksanaan :

1. Fasi diminta mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap peserta.

2. Fasi diminta untuk melipat dan melubangkan kertas A4 pada sudut-sudut bebas (tepi, depan, belakang, mana-mana ajelah!)

3. Fasi diminta supaya memantau peserta, dan beri arahan kepada peserta supaya tidak meniru cara peserta lain.

4. Peserta diminta supaya membuka lipatan kertas mereka dan mempamerkan hasil kerja mereka.

Perbincangan:

1. Samada setiap koyakan peserta dan kedudukan hasil kerja mereka itu berbeza.

Kesimpulan:

1. Analogi: Lubang itu adalah potensi untuk terus hidup dan dengan kata lain, bakat kita.

2. Kertas A4 merupakan cabaran dalam hidup.

3. Koyakan yang berbeza itu menandakan potensi manusia yang pelbagai untuk meneruskan kehidupan ini.

4. Setiap manusia mempunyai perbezaan di antara satu sarna lain.

5. Potensi individu itu adalah berbeza.

6. Setiap individu ada potensinya sendiri.

Altematif:

1. Lumba kereta Kancil dan Mercedes.

49. Pencuri yang berjaya.

4. Two Minutes Too Late (Keyakinan Diri)

Objektif:Membina keyakinan diri peserta

Tahap : Rendah / Menengah

Masa: 20 minit

Alatan: Tiada

Pelaksanaan:

1. FC meminta peserta berdiri dan membuat kiraan sebanyak 2 minit sambil pejam mata.

2. Peserta yang sudah yakin masa telah tamat boleh duduk semula dan membuka mata mereka.

Perbincangan:

1. FC tanya peserta yang duduk dahulu apakah perasaannya apabila dimaklumkan sebagai orang pertama yang duduk dahulu.

2. Kemudian, FC tanya peserta yang duduk kemudian apa perasannya apabila dimaklumkan sebagai orang terakhir duduk.

Kesimpulan:

1. Setiap orang kena ada sifat yakin dan percaya pada diri sendiri.

2. Sebagai seorang pelaiar, sifat ini penting untuk memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang yang diceburi.

3. Keyakinan diri membezakan antara tahap kemampuan seseorang dalam sesuatu perkara.

5. Tiru Macam Saya (Budaya Ilmu)

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 30 minit

Alatan: Tiada

Pelaksanaan:

1. FC mengarahkan semua peserta berdiri menghadap FC.

2. FC membuat pergerakan dan mengarahkan peserta mengikut setiap pergerakan yang di!akukan oleh FC.

3. Contoh: garu kepala, cuit hidung, peluk tubuh, tepuk tangan, tampar paha

4. Kemudian cuba kelirukan pergerakan seperti arahan hentak kaki, tapi

5. FC tepuk tangan.

6. peserta yang melakukan kesilapan (tak ikut pergerakan FC dikeluarkan daripada kumpulan.

7. FC hendaklah melakukan kesilapan begini 4-5 kali dan permainan ditamatkan.

Perbincangan

1. Apakah perasaan orang yang berjaya mengikut pergerakan dengan tepat.

2. Apakah perasaan orang yang gagal mematuhi pergerakan.

Kesimpulan

1. Sesiapapun boleh melakkan apa saja tetapi mesti menilai baik buruk perbuatan tersebut sebelum melakukannya.

2. Ilmu penyuluh hidup : Ilmu pengetahuan yang luas dapat membantu dan memandu kita untuk menilai sesuatu perkara, membuat perancangan dan keputusan.

1. Sekiranya kita mempunyai ilmu, kita takkan mudah terpengaruh atau ditipu (Tipah tertipu bang...), melakukan perkara yang merugikan atau merosakkan diri sendiri.

2. Dengan ilmu juga, kita dapat membantu orang lain, kita akan dihormati dan dipandang mulia.

6. Penku Mahal 0oo... (Motivasi)

Tahap: Rendah / Menengah

Alatan: Pen, buku atau sebarang objek yang boleh dijatuhkan

Masa: 30 minit

Pelaksanaan:

1. Tegakkan sebatang pen di tengah-tengah kumpulan.

2. Kemudian tanya peserta apakah cara terbaik untuk untuk menjatuhkan pen tersebut.

Perbincangan:

1. Jika ada ahli yg bertindak menjatuhkan pen, tanyakan kepadanya bagaimana dia boleh bertindak sedemikian? Apakah yg mendorongnya?

2. Jika tiada tanya mereka, mengapa mereka tidak didorong untuk bertindak?

Kesimpulan:

1. Motivasi ialah dorongan. Apabila kita telah menentukan matlamat kita (score dalam SPM, PMR) kita akan terdorong untuk mencapai matlamat tersebut.

2. Dengan dorongan dan motivasi yang ada, kita akan berusaha mencari jalan untuk mencapat impian dan cita-cita yang diharapkan.

3. Kebiasaannya, apabila kita sentiasa diingatkan dengan matlamat, impian, cita-cita kita dan ganjaran yang bakal dipreolehi; kita akan lebih bersemangat, bersungguh-sungguh dan bermotivasi.

4. Cara untuk sentiasa mengingati matlamat: tuliskan matlamat dan lekatkan pada tempat yang selalu dilihat. Contoh: cermin muka, depan meja study.

7. Mak Suruh Pi Market (Motivasi)

Tahap: Rendah / Menengah

Alatan: Lampiran 2 (senarai barang runcit), kertas A4, pen.

Masa: 30 minit

Pelaksanaan:

1. FC membahagikan peserta kepada 3 kumpulan.

2. Setiap kumpulan hendaklah menghantar seorang wakil untuk melihat senarai barang runcit.

3. Masa yang diberi untuk melihat senarai hanyalah sebanyak 5 minit sahaja bersamaan dengan 4 kali peluang melihat.

4. Wakil kumpulan hanya diberi masa 30 saat bagi peluang pertama, untuk melihat senarai barang runcit tersebut.

5. Kemudian wakil tadi kembali kepada kumpulan dan cuba menyenaraikan barang-barang runcit tadi dengan seberapa banyak yang boleh diingati, (ketika ini pastikan setiap ahli kumpulan terlibat dalam aktiviti)

6. Setiap wakil akan diberi peluang ke-2, ke-3 dan ke-4 utk kembali kepada FC untuk melihat semula, senarai barangan di mana setiap peluang akan ditambah 30 saat dari waktu peluang sebelumnya. Sebagai contoh:

a. Peluang 1: 30 saat

b. Peluang 2: 1 minit

c. Peluang 3: 1 minit 30 saat 5 minit

d. Peluang 4: 2 minit

*(Nota: Wakil kumpulan boleh ditukar ganti jika kumpulan tersebut mahu)

7. Permainan ditamatkan selepas keempat-empat peluang telah digunakan

8. Semak jawapan yang diperolehi. Libatkan peserta ketika aktiviti penyemakan.

Perbincangan:

1. Apakah perasaan peserta dalam permainan?

2. Apakah perasaan wakil yang ditukar? (sekiranya ada)

3. Apakah pendapat peserta terhadap permainan ini?

Kesimpulan:

1. Perasaan ingin berjaya dan daya saing mendorong kita melakukan usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten (istiqomah)

2. Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersemangat, enjoy, tidak putus asa dan berulang-ulang, InsyaAllah kita akan berjaya.

3. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan berulang-ulang, akan membuatkan kita semakin mahir dalam bidang tersebut. (Kaitkan dengan pembelajaran seharian)

4. Ilmu hendaklah diamalkan, bukan sekadar untuk dipelajari sahaja, Practice Makes Perfect.

5. Maksud hadis:

"Celakalah ke atas seseorang apabila harinya pada hari ini adalah sama dengan hari semalam

6. Setiap orang dibeii peluang yang sama, maka gunakanlah peluang tersebut sebaiknya.

7. Yakinlah dengan rahmat Allah bahawa kita boleh menjadi insan cemerlang, berkat keazaman dan kesungguhan kita.

8. Aku Seorang...? (Motivasi)

Tahap: Menengah

Alatan: Kertas A4

Masa: 40 minit

1. Fasi meminta anak buahnya menulis cita-cita masing-masing dalam kertas (cantik- cantik).

2. Minta adik-adik membuat plan dan andaian mereka dari sekarang hingga

tercapainya cita-cita tersebut.

3. Senaraikan juga orang-orang yang penting dalam menjadikan cita-cita tersebut menjadi realiti.

4. Minta adik-adik menggayakan watak mengikut cita-cita masing-masing tanpa mengeluarkan suara ( lakonan tanpa suara)

5. Sebelum habis, minta rakan-rakan menandatangani kertas tersebut sebagai tanda bahawa mereka akan bersama-sama berusaha menjadikan ia realiti (boleh tampal di rumah)

Perbincangan

1. Faci meminta adik-adik memberikan respon tentang pentingnya cita-cita seseorang.

2. Apa yang mendorong seseorang untuk mencapai cita-cita?

3. Meminta rakan-rakan mereka untuk memberikan sedikit kata-kata pendorong kepada adik yang mempersembahkan cita-cita itu untuk berusaha mencapai cita-cita mereka.

Kesimpulan:

1. Seorang pelajar hendaklah mempunyai satu matlamat atau cita-cita.

2. Tanpanya pelajar akan kabur untuk meneruskan kehidupan seterusnya

3. Cita-cita adalah satu motivasi (pendorong) untuk berjaya.

4. Dengan dorongan dan motivasi , kita pastinya akan berusaha mencari jalan ke arah mencapai cita-cita yang diharapkan.

5. Kebiasaanya apabila kita sentiasa diingatkan dengan matlamat , impian, cita-cita kita dan ganjaran yang bakal diperolehi, kita lebih bersemangat, bersungguh-sungguh dan bermotivasi.

6. Cita-cita yang hanya di atas kertas tidak akan jadi realiti jika kita tidak selitkan dengan usaha dan tawakkal kepada Allah.

7. Pentingnya sokongan dan dorongan sekeliling untuk mencapai cita-cita. Contoh: ibu bapa.

LDK 4: MATLAMAT, HALA TUJU DAN CABARAN

1. Mari Masuk Kandang

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 40 minit

Alatan: Kapur tulis, kain tutup mata atau tudung sebanyak bilangan ahli kumpulan

Obiektif:

1. Membantu pelajar menyedari kepentingan matlamat dalam kehidupan mereka.

2. Membina kesedaran bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai cita-cita mereka.

Pelaksanaan:

1. Sebuah bulatan dilukis menggunakan kapur tulis, dan satu garisan permulaan digaris di satu tempat yang dipilih oleh fasi.

2. Setiap ahli kumpulan diberi peluang melihat bulatan tersebut, jarak, keadaan sekeliling dan sebagainya dalam masa 30 saat atau mengikut budi bicara fasi.

3. Fasi meminta semua ahli kumpulan menutup mata masing-masing menggunakan kain yang diberikan.

4. Seorang demi seorang dilepaskan menuju ke bulatan. Fasi dikehendaki memerhatikan pergerakan ahli kumpulan yang sedang menuju ke bulatan.

5. Setelah semua ahli selesai, fasi akan meminta mereka membuka balutan mata masing-masing dan meminta mereka melihat sama ada mereka sampai ke bulatan atau tidak

6. Setelah rehat selama 2 minit, fasi akan meminta ahli kumpulan bermain sekali lagi, tetapi kali ini dengan konsep bantuan. Contohnya: bergerakan dalam kumpulan, atau berpandukan suara ketua kumpulan atau irama tepukan tangan.

Perbincangan:

1. Minta adik-adik bayangkan hidup mereka dalam kegelapan, dan mereka perlu melangkah dalam kegelapan itu. Adakah mereka rasa yakin untuk melangkah atau memerlukan bantuan dari sesiapa. Analogikan kegelapan itu dengan sebuah kehidupan tanpa matlamat dan hala tuju.

2. Fasi bertanya kepada adik-adik yang banyak membuat putaran atau mengambil masa yang lama untuk berhenti (kalau ada), kenapa mereka bertindak begitu? Dan jika ada yang terus meluru dengan yakin atau mengambil masa yang sangat singkat, tanyakan juga kenapa.

3. Minta mereka nyatakan perbezaan yang dirasakan di antara permainan kedua dan pertama.

4. Andaikan dalam keadaan mata mereka tertutup itu, ada orang datang mengganggu, apa perasaan mereka, bagaimana keyakirian mereka? Analogikan gangguan itu sebagai anasir-anasir yang tidak baik dan juga halangan yang menanti mereka.

Kesimpulan:

1. Setiap manusia bermula dengan sesuatu yang kosong dan gelap, tanpa matlamat dan arah tuju. Seseorang mungkin menunjukkan ke mana kita harus melangkah, tetapi langkah seterusnya adalah bergantung pada kita untuk memecahkan kegelapan itu menuju ke arah cahaya yang menanti.

2. Dalam menuju impian, jarang ada manusia yang tidak tersesat jika bertindak sendirian. Setiap manusia memerlukan bantuan daripada orang lain, sama ada sebagai penclorong atau penasihat ataupun sebagai rakan seperjuangan.

3. Walaupun hala tuju dan arah hidup telah jelas, tetapi jika tidak disertai dengan keyakinan, usaha dan cara yang betul, kita mungkin tidak akan sampai kepada matlamat kita.

4. Gangguan-gangguan di sekeliling dan persekitaran yang tidak sihat akan mengganggu objektif hidup kita.

2. BINGO BANG

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 30 minit

Alatan: Lampiran 3

Objektif:

1. Membina kesedaran tentang kepentingan matlaniat dan hala tuju.

2. Sebagai salah satu panduan bagaimana untuk mencapai matlarnat mereka.

Pelaksanaan:

1. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan dikeliendaki mengisi kotak-kotak kosong di dalam Lampiran 3 bermula daripada 1 hingga 81 secara rawak dan berterabur. Bermakna satu kumpulan LDK mempunyai 2 set nombor yang berlainan. Setiap ahli di dalam setiap kumpulan akan mempunyai set nombor yang sama.

3. Ahli-ahli dalam kumpulan akan bergilir-gilir menyebut nombor kumpulan mereka berselang seli dengan kumpulan yang lagi satu.

4. Objektif permainan ini ialah untuk mendapatkan 9 garisan lurus yang mengandungi 9 nombor dalam setiap garisan. Mana-mana kumpulan yang dapat menyelesaikan BINGO BANG terlebih dahulu dikira pemenang.

Perbincangan:

1. Apa perasaan mereka ketika bermain?

2. Apa matlarnat mereka ketika mereka bermain BINGO BANG?

3. Apakah strategi yang mereka gunakan untuk memenangi permainan ini?

4. Apa perasaan mereka yang kalah?

Kesimpulan:

1. Matlamat penting sebagai faktor dorongan dan tanpa matlamat, kita tiada hala tuju. Contohnya ialah matlamat kita ialah sebatang pokok di sebelah utara kelas, maka hala tuju kita ialah arah utara itu.

2. Allah menjadikan kita bukan sia-sia, sekecil-kecil zarah atau jisim atau habuk pun ada tujuannya, benda yang nampak remeh pun sebenarnya kalau diambil kira, besar peranannya dalam kehidupan kita.

3. "Matlamat tidak menghalalkan cara"

4. Cita-cita dan matlamat perlu bersih dan halal.

3. Gagak Dahaga

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 30 minit

Alatan: Lampiran 4

Objektif:

1. Membina kesedaran bahawa banyak cara boleh digunakan untuk mencapai

2. Matlamat.

3. Membina minda yang kreatif.

4. Menyedarkan mereka tentang konsep berkorban dalam perjuangan dan konsep menghargai orang lain.

Pelaksanaan:

1. Fasi bercerita kepada adik-adik kisah Gagak Dahaga seperti yang terdapat di dalam Lampiran 4

2. Adik-adik diminta membayangkan diri mereka adalah gagak tersebut dan minta mereka lengkapkan cerita tersebut.

3. Minta setiap orang ahli kumpulan membacakan kesudahan cerita mereka.

4. Fasi perlu mengambil perhatian pada setiap apa yang mereka ceritakan terutama bahan yang digunakan oleh gagak-gagak itu dan juga jika ada antara mereka yang menyebut tentang Gagak E dan Gagak A serta tentang jasa Gagak C.

Perbincangan:

1. Kenapa itu cara yang mereka pilih?

2. Adakah hanya itu sahaja cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan air tersebut atau ada alternatif lain?

3. Jika ada yang membicarakan tentang Gagak E, A dan C, tanya kenapa dan jika tidak tanya juga kenapa.

Kesimpulan:

1. Untuk mencapai matlamat, kita perlu berusaha keras.

2. Kita perlu menggunakan semua sumber yang ada untuk mencapai matlamat kita selagi sumber tersebut tidak menyalahi agama dan peraturan kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

Contoh sumber dalam kehidupan pelajar: guru, rakan-rakan, ibu bapa, kakak dan abang fasi.

3. Kita perlu kreatif dan berani dalam mencuba sesuatu yang baru untuk mencapai kejayaan. Kejayaan orang terdahulu boleh digunakan sebagai panduan tapi kadang-kadang ada situasi di mana cara itu tidak sesuai digunakan. Bawakan kisah Topi dan Monyet dari Lampiran ...

4. Apabila telah berjaya, jangan dilupa pada jasa orang lain terhadap kita. Contohnya, mungkin ada antara abang mereka yang terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk bekerja bagi membolehkan mereka meneruskan pelajaran dan menjadi orang yang berguna.

5. Kadang-kadang kita perlu mengorbankan sesuatu yang kita hargai dan sayangi demi matlamat kita.

6. Jangan cepat lupa jasa orang pada kita, hargailah sepatutnya.

4. Roketku Kertas A4

Tahap: Rendah / Menengah

Alatan: Kertas A4

Masa: 20 minit

Objektif:

1. Menyedarkan peserta bahawa matlamat dan hala tuju perlu ada seiring dengan kehidupan mereka.

2. Menyedarkan peserta pentingnya niat dalam menentukan matlamat serta pentingnya persediaan awal dalam mencapai matlamat.

Pelaksanaan:

1. Suruh adik-adik membuat sebuah kapal terbang kertas tak kira apu jua bentuknya.

2. Fasi dikehendaki membantu adik-adik yang tidak tahu membuat kapal terbang tersebut.

3. Buat satu garisan dan suruh adik-adik baling kapal terbang tersebut kesecara bebas.

4. Kemudian suruh adik-adik baling kapal terbang tersebut ke arah dinding.

5. Akhir sekali suruh adik-adik baling ke arah satu objek atau bulatan yang terdapat di dinding. Kapal terbang adik-adik perlu mengenai pada sasaran tersebut.

Kesimpulan:

1. Niat dan persediaan secara sistematik membantu kita menentukan dalam

2. mencapai matlamat hidup.

3. Kalau kita hendakkan sesuatau, kita mesti boleh mencapainya jika kita membuat persediaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

5. Kuatnya aku....

Tahap: (Rendah / Menengah)

Alatan: Tiada

Masa: 30 minit

Objektif:

1. Menyedarkan peserta tentang matlamat dan cabaran yang ada dalam kehidupan.

2. Membuka minda peserta tentang realiti sebenar (kesukaran dan dugaan) dalam mencapai matlamat mereka.

Pelaksanaan:

1. Sediakan seorang peserta di satu sudut dan letakkan satu objek di satu sudut lain.

2. Arahkan peserta tadi supaya menuju ke arah objek tersebut dengan dihalangi oleh 2 orang rakannya yang lain.

3. Beri sokongan dan provoke mereka jika perlu di kedua-dua pihak.

Perbincangan:

1. Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan / menuju ke arah objek tersebut?

2. Mana lebih mudah? Halangan atau tanpa halangan?

Kesimpulan:

1. Setiap matlamat itu mudah dicapai tapi penuh dengan cabaran.

2. Tanpa usaha dan ikhtiar, jangan mimpilah hendak capai segalanya.

3. Matlamat tidak menghalalkan cara.

4. Cabaran dalaman lebih kuat dari cabaran luaran.

LDK 5: MUHASABAH DAN KESEDARAN DIRI

1. Graf kehidupan

Tahap: Rendah / Menengah

Masa : 1 jam

Alatan: Kertas A4

Objektif:

1. Mengimbas kembali sejarah kehidupan lepas pelajar.

2. Mengambil ikhtibar dan memberi sokongan untuk cuba menjadi yang terbaik pada masa akan datang.

3. Menyedarkan para pelajar tentang pahit manis kehidupan yang telah mereka lalui sebenarnya banyak memberi hikmah dan panduan dalam meneruskan kehidupan yang mendatang supaya lebih kuat dan gigih.

4. Menjadikan para pelajar dapat memahami bahawa segala kesilapan dan kesulitan hidup yang lalu akan menjadi pengajaran yang berguna serta jangan sekali-kali mengulanginya.

5. Penekanan bahawa "experience is the best teacher". Belajar daripada pengalaman.

6. Sentiasa menghitung dan menghisab diri. Konsep amalan muhasabah sebelum tidur.Pelaksanaan:

1. FC meminta pelajar melukis graf mengenai perjalanan kehidupan mereka. (suka atau duka).

2. FC menyuruh peserta supaya meramal graf kehidupan yang akan datang (impian mereka)

3. Peserta seterusnya diminta menceritakan kisah hidup mereka kepada fasi dan juga ahli kumpulan.

4. Ahli kumpulan boleh berkongsi cerita dan juga bertanya jika mahu mengenai kisah hidup rakan mereka.

5. Fasi meminta pelajar supaya mengaitkan kisah hidup pelajar dengan perancangan masa hadapan.

Perbincangan

1. Tanya para pelajar : Adakah mereka pernah terfikir untuk membuat graf ini?.. serta apakah perasaan mereka setelah membuat graf ini?

2. Fasi diminta supaya bijak dalam mem'provoke' pelajar dan pandai mengawal suasana dan keadaan.

3. Melahirkan sifat keterbukaan dan ketelusan di kalangan pelajar serta menghormati kisah hidup ahli kumpulan.

4. Kehidupan yang diimpikaan: BAIK atau SEDERHANA

5. Pilihan hidup masing-masing selepas ini : belajar / kerja / lain-lain

6. Kaitkan dgn kisah-kisah: Bill Gates / Boon Siew HONDA/ Maradona.

7. Pilih lapangan yang sesuai dengan kemampuan kita dan potensi masing-masing.

8. Dorong peserta dan beri semangat untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

9. Kaitkan dengan keadaan semasa yang memerlukan anak-anak muda untuk meningkatkan taraf hidup,

10. Masalah sosial, keruntuhan akidah dan akhlak, vandalisme.

11. Masalah umat Islam

12. Naikkan semangat adik-adik: KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI YANG AKAN MEMBANTU.

13. Selitkan gambar-gambar baik dan buruk.

Kesimpulan

1. Mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah hidup yang lalu. Setiap yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan serta pengajaran.

2. Kehidupan di dunia ini berubah-ubah dan sentiasa dipenuhi dengan ranjau dan halangan-halangan yang telah ditakdirkan. Jadi, kena tabah dalam mengharunginya.

3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

4. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan (contoh:lumba motor haram-jadi pelumba professional)

5. Cabaran mendewasakan kita.

6. Jangan jadi macam angan-angan Mat Jenin, tapi biar jadi Impian Mat Jenin.

7. Semoga impian adik-adik boleh menyinari impian orang lain.

8. Experience is the best teacher.

2. Who Am I...?

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 40 minit

Alatan: kertas A4

Pelaksanaan:

1. Fasi akan meminta pelajar menjawab beberapa soalan di atas kertas. Soalan tersebut adalah:

a. Adakah adik-adik berpuas hati dengan diri adik-adik sendiri? Jika tidak, mengapa?

b. Jika ditakdirkan lahir semula, adakah adik-adik ingin menjadi diri adik-adik seperti sekarang?

c. Jika diberi peluang untuk lahir semula, adik-adik ingin jadi siapa? Dan mengapa ingin menjadi seperti insan tersebut?

d. Sepanjang hidup adik-adik hingga kini, dengan siapakah adik-adik paling banyak berbuat salah? Dan mengapa?

e. Sepanjang hidup adik-adik hingga kini, dengan siapakah adik-adik paling banyak berbakti?Dan apakah bakti adik-adik tersebut?

f. Jika diberi peluang untuk lahir semula, siapakah insan yang adik-adik ingin jumpa dahulu?

2. Fasi boleh bertanya beberapa soalan lain yang berbentuk kesedaran kepada pelajar.

3. Untuk lebih menarik, jawapan tersebut bolehlah dibaca dalam bentuk cerita bersambung-sambung.

Perbincangan:

1. Fasi akan bertanya secara rawak pelajar yang sudi menjawab soalan tersebut.

2. Kepentingan memuhasabah diri sendiri dan memperbaiki diri.

3. Berbincang dengan para pelajar, mengapa mereka tidak suka pada diri sendiri.

4. Menyedarkan para pelajar bahawa mereka adalah sebaik-baik insan yang telah diciptakan oleh Allah sebagaiman yang terkandung dalam Al-Quran.

Kesimpulan:

1. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam agama Islam dan juga menghargai diri sendiri.

2. Kesedaran yang diperolehi jangan disia-siakan dan juga mempraktikkan segala ilmu yang ada.

3. Bersyukur dengan suasana aman di Malaysia berbanding kesengsaraan dan kesempitan hidup rakyat di negara lain.

4. Dalam memajukan diri, perlu melihat orang yang lebih maju dan lebih baik daripada kita. Tetapi dalam mensyukuri apa yang ada pada diri, perlu melihat orang yang lebih susah dan lebih sengsara dari kita. Ada kaitan antara keduanya.

3. Barang Kesayangan.

Tahap: Rendah / Menengah

Masa: 30 minit

Alatan: kertas A4

Pelaksanaan:

1. Pelajar diminta melukis / mencipta / mengubah / membuat satu barang yang sangat berharga untuk diberikan kepada orang yang tersayang. (alternatif lain: tulis cita-cita)

2. Setelah selesai, barang tersebut akan diambil dan cuba dirosakkan oleh fasi. Contoh dikeromot, direnyok, dikoyak, diconteng dan lain-lain.

Perbincangan:

1. Minta pelajar menyatakan perasaan masing-masing dalam situasi tersebut.

2. Fasi perlu pandai mengawal keadaan ketika sesi perbincangan. (Pastikan suasana tidak, tegang).

Kesimpulan:

1. Sikap pandai dalam menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.

2. Menghargai kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa terhadap kita. Walaupun kasih sayang tersebut tidak terlihat oleh mata kasar.

3. Menghargai dan mensyukuri nikmat Allah atas kesempurnaan yang telah dikurniakan.

4. Kita juga perlu menyayangi saudara seIslam (masyarakat) sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri.

5. Maksud hadis: tidak dikatakan beriman seseorang kamu sehingga dia menyayangi saudaranya sama seperti dia menyayangi dirinya sendiri

*TambahanHajarul Aswad

Tahap: rendah dan menengah

Masa: 1jam

Alatan: telur, kertas mahjong, kain hitam(penutup mata)

Pelaksanaan:

1. Semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata kecuali ketua kumpulan.

2. Ahli kumpulan yang menutup mata dikehendaki memegang kertas mahjong yang mempunyai telur diatasnya.

3. Ketua kumpulan diminta membawa ahli kumpulan kepada fasi masing-masing dengan memberi arahan kepada mereka.

4. Arahan mestilah mudah difahami oleh rakan yang lain.

5. Telur tidak boleh jatuh ke tanah dan kertas mahjong tidak boleh koyak.

Perbincangan(dalam kumpulan):

1. perasaan melaksanakan tugas tanpa pancaindera yang sempurna.

2. Kepentingan menjalankan amanah.

Kesimpulan:

1. Semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan betul; beri analogi hidup

2. Amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh orang perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh supaya orang tetap percaya dengan diri kita.

3. Perkongsian tentang peristiwa hajarul aswad; kepentingan bekerjasama dan pemimpin serta keistimewaan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Al-Amin.

*nota: permainan ini dimainkan diluar dewan.

Bom

Tahap: rendah

Masa: 30 minit

Pelaksanaan:

1. Setiap kumpulan perlu memilih nama sebuah negara.

2. Permainan dimulakan dengan kumpulan pertama menyerang kumpulan dua dengan menggunakan ayat:

Contoh:China bom China bom China bom to India bom3. Dan kumpulan yang diserang perlu menyerang kumpulan lain dengan pantas.

4. Kerjasama antara ahli amat penting.

5. Kumpulan yang lambat bertindak atau ahli menyebut nama negara dengan silap atau tidak sama akan dikeluarkan dari permainan.

Kesimpulan:

1. Ketua memainkan peranan yang penting dalam kumpulan.

2. Kita perlu bertindak dengan pantas apabila menghadapi masalah atau kesusahan.

3. Kerjasama antara satu sama lain akan menguatkan sebuah negara atau kumpulan untuk menghadapi masalah atau serangan.

Contoh Modul Baktisiswa

Tema:...........................................................................................................

SesiAktivitiPeruntukan MasaItem yang diperlukanProsedur/ Pelaksanaan Objektif/Perbincangan Kesimpulan

Grouping(wajib)Haiwan Peliharaanku30 minitKertas A4, gambar haiwan, pensil-pelajar perlu membuka fail yang diberi semasa pendaftaran

-setiap pelajar diminta untuk membuat satu kumpulan berdasarkan gambar haiwan yang diberi

-pelajar perlu mencari kulpulan mereka hanya menggunakan gaya dan bunyi haiwan tersebut

-setiap fasi dan pelajar akan bertaaruf dan melakukan cheers berdasarkan nama haiwan-membentuk kumpulan

-menyuntik keyakinan diri dalam pencarian kumpulan

-meningkatkan tahap kecekapan pelajar dalam sesuatu perkara-manusia itu unik dalam pelbagai ragam serta perwatakan. Oleh itu, kita hendaklah berada di dalam satu kumpulan dan cuba mengenali sesama sendiri

Ice Breaking(wajib)1 jam 30 minit

LDK 1 (wajib)ModellingSurat khabar, Gunting, Gam-setiap kumpulan diberi 3 barang (surat khabar, gunting & gam)

-fasi memilih seorang pelajar untuk dijadikan model

-mereka perlu mencantikkan model berdasarkan kreaviti tersendiri

-model tersebut perlu dipersembahkan di hadapan pelajar lain-memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar-melatih kepimpinan diri pelajar dan semangat kesukanan dalam diri

-meningkatkan keyakinan pelajar-kerjasama adalah tunggak utama dalam melaksanakan sesuatu matlamat.

seorang mukmin bagi mukmin yang lain adalah laksana sebuah bangunan, satu sisi saling menguatkan sisi yang lain

(bergantung kepada masa)Kotak Ajaib15 minitKotak mancis, cermin kecil, pita pelekat (untuk kegunaan fasi)-Pelajar diminta supaya memikirkan seseorang yang paling mereka sayangi dan memberikan sebab-sebabnya.

-Fasilitator menyatakan bahawa sesungguhnya di dalam kotak ajaib itu terkandung makhluk yang sebenarnya paling istimewa.

-Di dalarn kotak itu diisi dengan cermin dan peserta diminta melihat ke dalamnya.

-Pelajar dikehendaki melihat di dalam kotak itu secara bergilir-gilir tanpa memberitahu rakan-rakan mereka yang lain.

-Memberi kesedaran kepada peserta yang mereka sering menganggap orang lain mempunyai kelebihan tanpa menyedari kelebihan diri sendiri.

-Membantu memperkukuh dan memperkembangkan sahsiah diri.

Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT ada kelebihan yang tersendiri.

LDK 2(wajib)1 jam 30 minit

DULU

SEKARANG

AKAN DATANG

UMUR

GEMBIRA

SEDIH