contoh skrip mocktrial oleh final year uum student
TRANSCRIPT
MOCKTRIAL PP LAWAN MOHD JOHNY BIN MOHD ALI (2017) CREDIT KEPADA FINAL YEAR STUDENT OF UUM:
1) NUR AKMAL BINTI ADNAN 2) LOUISA FRANCIS LAUDI
3) SITI NURASHIKIN BINTI FUADDIN 4) NURULHAFFIZAH BINTI AHMAD
5) ASMAH BINTI CHE WAN 6) MOHD NAZRUL AFEEQ BIN NOR AZZMAN
7) WAN NURUL AMANINA BINTI ZAHIRA 8) THENCHELVI A/P MANIVEL
9) MUHAMMAD WASFI BIN KHAIRUL ANUAR 10) DIVYASHNI A/P SUBRAMANIAM
Polis: Mahkamah bangun…. (Hakim berjalan masuk dan duduk mengambil tempat)
Jurubahasa: Di dalam Mahkamah Sesyen Alor Setar, kes bernombor 62-04- 2017, kes
Pendakwaraya lawan Mohd Johny Bin Mohd Ali. (Tertuduh, Mohd Johny Bin
Mohd Ali di bawa ke kandang tertuduh diiringi oleh polis mahkamah)
Pendakwa : Tuan Hakim, saya Nor Nazrul Afeeq Bin Nor Azzman, bertindak sebagai
Timbalan Pendakwa Raya, dibantu oleh Muhammad Wasfi Bin Khairul Anuar
yang juga merupakan Timbalan Pendakwaraya dan di pihak pembelaan,
tertuduh, Mohd Johny Bin Mohd Ali diwakili oleh Puan Nur Akmal, selaku
Peguambela dan bersamanya Puan Louisa Francis dari Tetuan Louis and
Partners. Yang Arif, saya memohon pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.
(Jurubahasa bangun dan pendakwaraya memberi borang pertuduhan
kepadanya)
Jurubahasa: Bahawa kamu, Mohd Johny Bin Mohd Ali, bahasawanya kamu, pada 11
haribulan Mac 2017 lebih kurang pukul 1 pagi bertempat berhampiran dengan
King’s Bar, Jalan Lincoln, Simpang 4, 14333 Bolehland, Kedah Darul Aman
dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan
senjata berbahaya iaitu sebilah pisau ke atas Mohd Rocky Bin Mohd Abu dan
oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalah yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (Akta 574). Jika sabit kesalahan, kamu
boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau
sebatan. Adakah kamu faham dengan pertuduhan ini?
Tertuduh: Saya faham. (Sambil mengangguk)
Jurubahasa: Kamu mengaku bersalah ataupun mintak bicara?
Tertuduh: Saya mengaku tidak bersalah dan mintak dibicarakan.
Hakim: Baiklah. Pihak pendakwaraya, adakah kamu telah bersedia untuk prosiding
selanjutnya?
SESI PENDAKWAAN SP 1
PEMERIKSAAN UTAMA
Pendakwa: Ya, Tuan Hakim. Pihak pendakwaraya akan mengemukakan tiga orang saksi
pendakwaan. Kami memohon kebenaran mahkamah yang mulia ini untuk
memanggil saksi yang pertama (SP 1) iaitu Inspektor Wan Nurul Amanina
Zahira untuk memberi keterangan.
(Inspektor Wan berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke
kandang saksi)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim
untuk catatan. Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah
sambil mengangkat tangan)
Inspektor: (Berdiri) Bahawasanya, saya Wan Nurul Amanina Zahira, dengan
sesungguhnya dan suci hati mengaku bahawa segala keterangan yang akan
saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar
melainkan yang benar belaka.
Pendakwa: Dengan izin Tuan Hakim, Inspektor, sila nyatakan kepada mahkamah ini,
nama, umur, dan pekerjaan anda.
Inspektor: Nama saya Wan Nurul Amanina Zahira, berumur 24 tahun, sekarang saya
merupakan Pegawai Penyiasat di IPD Bolehland.
Pendakwa: Apa tujuan Inspektor hadir ke makamah pada hari ini
Inspektor: Untuk memberi keterangan mengenai kes menyebabkan kecederaan parah
Pendakwa: Menyebabkan kecederaan parah terhadap siapa tu Inspektor?
Inspektor: Terhadap mangsa yang bernama Mohd Rocky Bin Mohd Abu.
Pendakwa: Terima Kasih, Puan inspektor. Boleh ceritakan kepada mahkamah berkenaan
rekod penyiasatan?
Inspektor: Rekod penyiasatan disediakan oleh saya. Saya juga yang menerima panggilan
dari premis kejadian dan mendapat maklumat bahawa terdapat satu kejadian
yang menyebabkan kecederaan parah pada mangsa di tempat tersebut.
Pendakwa: Bolehkah Inspektor ceritakan kepada mahkamah secara menyeluruh tentang
kejadian tersebut.
Inspektor: Baiklah. Pada 11 Mac 2017, saya merupakan inspektor bertugas pada hari
tersebut bersama-sama dengan beberapa orang lagi anggota polis yang lain.
Kira-kira pada pukul 1.30 pagi, kami menerima satu panggilan daripada
seorang lelaki.
Pendakwa: Inspektor nampaknya betul-betul yakin akan masa tersebut, iaitu 1.30 pagi.
Boleh Inspektor terangkan kepada mahkamah bagaimana Inspektor yakin
dengan waktu yang dinyatakan?
Peguambela: Bantahan, Tuan Hakim. Soalan yang di kemukakan oleh pihak pendakwa raya
tidak relevan dengan pokok perbicaraan ini.
Pendakwa: Tuan Hakim, kami ingin membuktikan bahawa keterangan ini tidak akan
bercanggah dengan bukti-bukti repot perubatan mangsa.
Hakim: Bantahan ditolak. Inspektor, Sila jawab soalan tersebut.
Inspektor: Memang panggilan tersebut di terima pada waktu tersebut kerana setiap
panggilan yang diterima, anggota yang bertugas akan merekodkan masa dan
nama pemanggil dalam buku rekod panggilan.
Pendakwa: Baiklah. Teruskan. Siapakah pemanggil tersebut?
Inspektor: Panggilan tersebut datang daripada seorang lelaki. Semasa panggilan itu
diterima, dia bersuara agak kuat seperti orang yang sedang panik. Oleh sebab
itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas pertuturannya.
Pendakwa: Hmm…kemudian?
Inspektor: Selepas di tenangkan, dia (Terry) meminta tolong dengan mengatakan Johny
sudah tikam Rocky. Dia berkata lagi bahawa minta polis datang cepat ke
King’s bar dan mintak ambulans dipanggilkan kerana dia takut Rocky tidak
dapat diselamatkan dan dia dalam keadaan parah. Selepas kami mengambil
butir-butir tempat kejadian, saya bersama 6 orang anggota polis yang lain
bergegas ke tempat kejadian.
Pendakwa: Berapa lama masa di ambil untuk sampai ke tempat kejadian?
Inspektor: Lebih kurang 10 minit.
Pendakwa: Bolehkah Inspektor gambarkan kepada mahkamah, bagaimanakah keadaan
tempat kejadian pada masa tersebut?
Inspektor: Setibanya kami di sana, kami mendapati seorang lelaki sedang memangku
seorang lagi lelaki yang sedang berlumuran darah. Mereka dikelilingi
beberapa orang awam yang lain. Kemudian kami mengenal pasti lelaki yang
membuat panggilan. Beliau merupakan rakan kepada mangsa, Abdullah Terry.
Pendakwa: Adakah Tuan inspektor boleh cam gambar tempat kejadian?
Inspektor: Ya, saya boleh camkan.
Pendakwa: Adakah gambar ini mengambarkan tempat kejadian tersebut? (sambil
tunjukkan gambar tempat kejadian pada inspektor)
Inspektor: Ya, ini adalah tempat kejadian di kawasan belakang King’s Bar
Pendakwa: Mohon gambar tempat kejadaian ditandakan sebagai Eksibit 1(P1)
Pendakwa: Apakah yang Inspektor temui di tempat kejadian?
Inspektor: Kami melihat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di belakang
bahunya serta muka dan jari-jarinya tercalar. Terdapat juga pisau yang masih
tertikam di belakang bahu mangsa. Lelaki itu dipangku oleh Terry untuk
ditenangkan. Terdapat tompokan darah di atas jalan. Kemudian salah seorang
daripada anggota kami mengambil sampel darah tersebut untuk tujuan ujikaji
oleh pakar forensik.
Pendakwa: Apakah yang terjadi pada mangsa selepas itu?
Inspektor: Mangsa telah dibawa ke hospital Padi oleh ambulans yang tiba kira-kira 5
minit selepas kami tiba di tempat kejadian
Pandakwa: Baiklah, seterusnya apa yang dilakukan oleh pihak Tuan?
Inspektor: Sementara anggota yang lain memeriksa tempat kejadian, saya telah
menemuramah Terry untuk mendapatkan keterangan berkenaan kejadian
tersebut.
Pendakwa: Tuan Inspektor, apakah yang dijelaskan berdasarkan keterangan Terry?
Inspektor: Terry menceritakan kepada saya yang beliau dan mangsa iaitu Rocky baru
mahu pulang dari kerja pada pukul 1 pagi. Mereka telah keluar dari bar untuk
balik dan telah ternampak suatu pergaduhan berlaku antara pelanggan di bar
mereka iaitu Johny dan Kumar. Bersama mereka ada beberapa orang lain.
Kumar ketika kejadian sedang hampir memukul Johnny dengan kayu
besbolnya dan Johnny telah mengeluarkan pisau bagi mempertahankan
dirinya. Rocky masuk campur dan cuba tenangkan Johnny kerana takut
pergaduhan itu akan menjadi lebih teruk dan telah peluk Johnny dari belakang
dan suruh Johny berhenti. Johhny tidak menghiraukan dan cuba melepaskan
diri. Mereka telah bergelut dan Johnny telah menikam Rocky dan menolaknya
ke jalan. Pisau yang dipegang oleh Johhny telah menikam belakang bahu
Rocky. Rocky berada dalam kesakitan kerana kecederaan itu. Johny kelihatan
takut dan telah beredar dari situ. Terry kemudian telah menelefon polis dan
meminta untuk dipanggilkan ambulans bagi menyelamatkan Rocky.
Pendakwa: Boleh Tuan inspektor ceritakan tentang laporan polis berkenaan kejadian itu?
Inspektor: Saya menyuruh Terry untuk ke balai Bolehland bagi membuat laporan bagi
memudahkan siasatn mengenai kes ini.
Pendakwa: Bilakah laporan polis oleh Terry dibuat?
Inspektor: Pada jam 2 pagi di hari yang sama dengan hari kejadian.
Pendakwa: Berbalik kepada mangsa kejadian, apakah yang telah inspektor lakukan?
Inspektor: Pada pukul 3 pagi, saya dan 3 lagi anggota telah pergi ke Hopsital Padi bagi
melihat keadaan mangsa.
Pendakwa: Mangsa ditempatkan di wad apa di Hopital Padi?
Inspektor: Mangsa berada di wad Kecemasan di Hopital Padi
Pendakwa: Bagaimanakah keadaan mangsa ketika Inspektor melihat dia di Hospital?
Inspektor: Mangsa masih pengsan. Penderahan yang berlaku pada mangsa telah pon
dirawat. Bahu mangsa hingga tanganya berada dalam keadaaan dibalut.
Pendakwa: Apakah yang inspektor lakukan selepas itu?
Inspektor: Saya telah pergi untuk mendapatkan keterangan daripada Dr. Yang merawat
mangsa iaitu Dr. Tenchelvi mengenai keadaan mangsa.
Pendakwa: Mengenai pisau pada belakang bahu mangsa, apa yang berlaku pada pisau
tersebut?
Inspektor: Pisau itu telah dicabut oleh Doktor dari belakang bahu mangsa dan telah
diserahkan kepada pihak polis sebagai bahan bukti kes ini. Pisau ini juga
dihantar ke unit forensik bagi mengenal pasti cap jari pada pisau tersebut.
Pendakwa: Bolehkan inspektor camkan pisau tersebut?
Inspektor: Ya, saya boleh.
Pendakwa: Adakah ini, pisau tersebut? (sambil menunujukkan pisau kes)
Inspektor: Ya, ini adalah pisaunya.
Pendakwa: Mohon pisau ditanda sebagai Eksibit 2 (P2)
Pendakwa: Bilakah tertuduh ditangkap dan di mana?
Inspektor: Tertuduh telah ditangkap pada hari yang sama pada pukul 1 tengahari, di
rumahnya di Jalan Thedore Roosevelt, Simpang 3, 14000 Bolehland, Kedah
Darul Aman.
Pendakwa: Bagaimana pula dengan keadaan tertuduh sewaktu tangkapan dibuat?
Inspektor: Sewaktu sampai di rumah tertuduh, kami mendapati tertuduh sedang
mengemas barang untuk keluar dari rumahnya.
Peguambela: Bantahan Tuan Hakim. Inspektor sedang membuat andaian bahawa tertuduh
mengemas barang untuk melarikan diri dari rumahnya tanpa bukti yang
kukuh. Itu cuma andaian yang tidak berasas. Mohon pernyataan dikeluarkan
daripada rekod.
Hakim: Mahkamah terima bantahan tersebut. Pendakwa sila teruskan dengan soalan
seterusnya.
Pendakwa: Semasa soal siasat, adakah tertuduh mengaku dia yang menikam Rocky?
Inspektor: Tidak, sebaliknya dia menyatakan yang dia telah tidak sengaja dan hilang
imbangan serta tertikam Rocky.
Pendakwa: Baiklah. Terima kasih Puan Inspektor. Tuan Hakim, setakat ini dahulu. Saya
tidak mempunyai soalan lagi.
PEMERIKSAAN BALAS
Peguambela: Izinkan saya Tuan Hakim. (Hakim menganggukkan kepala)
Adakah puan inspektor seorang yang terlibat dalam penyimpanan bahan bukti
pisau P2?
Inspektor: Ya, benar.
Peguambela: Adakah puan inspektor yakin pisau P2 itu adalah pisau yang sama yang
doktor cabut dari badan mangsa?
Inspektor: Ya, saya yakin.
Peguambela: Setuju jika saya katakan penyimpanan pisau tersebut telah disimpan dan
direkodkan dengan sempurna dalam jagaan puan inspektor?
Inspektor: Ya, tentu sekali.
Peguambela: Puan Inspektor, sebentar tadi Puan ada mengatakan bahawa sewaktu puan tiba
di tempat kejadian, puan terlihat dua orang iaitu Terry dan Rocky sahaja
berada di tempat kejadian. Benar?
Inspektor: Ya, benar. Hanya mereka berdua.
Peguambela: Apakah mustahil kalau saya katakan, kemungkinan Terry sendiri yang telah
menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan telah buat repot polis selepas
itu?
Pendakwa: Bantahan Tuan Hakim. Pihak peguambela membuat andaian yang tidak
munasabah berhubung pertuduhan ke atas suspek utama kes.
Hakim: Bantahan di terima. Pihak peguambela, sila tukar soalan anda.
Peguambela: Adakah Puan Inspektor yakin ketika tangkapan dibuat, tertuduh sedang
mengemas barangnya untuk keluar dari rumah?
Inspektor: Tidak, saya tidak pasti.
Peguambela: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain.
PEMERIKSAAN SEMULA
Hakim: Pendakwaraya, ada apa-apa soalan lagi untuk saksi ini?
Pendakwa: Inspektor, sebentar tadi inspektor ada menceritakan mengenai prosedur dalam
penyimpanan barang kes. Boleh inspektor terangkan lebih lanjut kenapa
inspektor begitu yakin yang dengan prosedur penyimpanan barang kes ini?
Inspektor: Setiap barang kes adalah dibawah tanggungjawab saya. Saya adalah orang
yang akan tandatangan atau mengesahkan setiap peristiwa yang berlaku
terhadap barang kes tersebut.
Pendakwa: Puan Inspektor, apakah sebab yang membolehkan pihak polis membuat
konklusi bahawa tertuduh adalah suspek utama kes ini?
Inspektor: Kami tidak membuat keputusan secara rambang tanpa bukti-bukti yang kukuh.
Hmm… Berdasarkan hasil penyiasatan yang dikendalikan, keterangan-
keterangan dari pihak-pihak yang berkenaan, keterangan dari mangsa dan
saksi yang ternampak kejadian itu, dan kesan cap jari tertuduh pada pisau
yang dijumpai. Dengan sebab-sebab ini, kami yakin bahawa tertuduh adalah
suspek utama kes ini.
Pendakwa: Saya tidak ada soalan lagi, Tuan Hakim. Saya meminta agar saksi di bebaskan.
Hakim: Baiklah. Anda boleh keluar. (polis datang untuk mengiring saksi. Saksi tunduk
dan berjalan keluar dari mahkamah)
PENDAKWAAN SP 2
PEMERIKSAAN UTAMA
Pendakwa: Tuan Hakim, pihak pendakwaan memohon kebenaran mahkamah yang mulia
ini untuk memanggil saksi pendakwaan yang kedua (SP2) iaitu Encik Rocky
untuk memberikan keterangan.
(Encik Rocky berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan.
Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan.)
Rocky: Bahawasanya, saya, Mohd Rocky Bin Mohd Abu (No KP: 940910-01-1867),
dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku bahawa segala yang akan saya
nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar,
melainkan yang benar-benar belaka.
Pendakwa: Encik Rocky, saya akan mengemukakan beberapa soalan di peringkat
pemeriksaan utama ini, sila encik jawab dengan jelas dan menghadap kepada
Tuan Hakim. Izinkan saya, Tuan Hakim. Encik Rocky, sila nyatakan kepada
mahkamah ini, nama, umur, dan pekerjaan anda.
Rocky: Saya Mohd Rocky Bin Mohd Abu (No KP: 940910-01-1867) berumur 23
tahun, bekerja sebagai pelayan bar.
Pendakwa: Kamu tahu tujuan kamu hadir ke mahkamah pada hari ini?
Rocky: Ya. Saya adalah saksi untuk kes pergaduhan antara Johny dan Rocky dan saya
hadir di mahkamah pada hari ini untuk memberikan keterangan mengenai kes
menyebabkan kecederaan parah.
Pendakwa: Kamu pernah memberikan apa-apa keterangan di mahkamah sebelum ini?
Rocky: Saya pernah.
Pendakwa: Bolehkah kamu ceritakan kepada mahkamah apa yang berlaku pada 11 Mac
2017?
Rocky: Seperti biasa, saya sedang melakukan rutin harian saya sebagai pelayan bar.
Pada malam itu, saya sedang berada di kaunter bayaran sambil bersiap-siap
untuk pulang bersama rakan sekerja saya, Terry memandangkan syif kami
tamat pada pukul 1 pagi. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi bising dan
kekecohan. Kami melihat ada pergaduhan antara Johny dan Kumar.
Pendakwa: Bagaimanakah bentuk pergaduhan yang berlaku ketika itu? Maksud saya,
adakah mereka bertumbuk atau memukul antara satu sama lain?
Rocky: Pada masa itu, masih belum terdapat sentuhan sebarang sentuhan fizikal.
Mereka hanya bergaduh mulut.
Pendakwa: Kamu mengenali Johny dan Kumar secara peribadi?
Rocky: Saya tidak mengenali Kumar secara peribadi tetapi saya memang mengenali
Johny sejak zaman persekolahan lagi. Kedua-dua mereka adalah pelanggan
tetap kelab selalu melepak dan minum-minum di sini.
Pendakwa: Seterusnya, apa yang berlaku?
Rocky: Selepas itu, saya nampak Johny dengan Kumar pergi ke luar bar melalui pintu
depan dan saya mengajak Terry mengekori mereka keluar untuk melihat apa
yang berlaku seterusnya.
Pendakwa: Apa yang kamu lihat di luar bar?
Rocky: Saya nampak Kumar dan Johnny terus bergaduh mulut dan melakukan
provokasi antara satu sama lain dimana mereka hampir bertumbuk. Tidak
lama selepas tu, Kumar mengangkat kayu besbol dia dan bersedia untuk
memukul Johny. Johny pula keluarkan pisau yang telah dia ambil di atas meja
bar dan acukan ke arah Kumar.
Pendakwa: Berapa orang di luar bar pada ketika itu?
Rocky: Pada masa tu, terdapat ramai orang yang mengelilingi kami. Agak-agak saya
dalam berbelas-belas orang.
Pendakwa: Kamu tahu siapa mereka?
Rocky: Tidak, tetapi saya syak mereka geng Kumar.
Pendakwa: Bagaimana kamu tahu mereka geng Kumar?
Rocky: Saya tidak pasti. Saya syak mereka geng Kumar berdasarkan penampilan
mereka yang sama dengan Kumar.
Pendakwa: Kamu lihat, apakah senjata yang ada pada Kumar dan Johny pada ketika itu?
Rocky: Saya nampak Kumar membawa keluar kayu besbol dari beg dia dan Johny
pula membawa keluar pisau yang dia ambil dari meja bar.
Pendakwa: Apakah yang kamu lakukan pada masa itu?
Rocky: Nak elakkan diorang bergaduh lebih teruk, saya pun teruslah peluk Johny dari
belakang dan cuba rampas pisau tersebut dari tangan dia. Tapi, tak dapat sebab
Johny terus bergelut dengan saya sambil guna pisau tu untuk mencederakan
saya.
Pendakwa: Apakah yang kamu cakap ketika kamu memeluk Johny pada masa itu?
Rocky: Saya ada jerit, suruh dia berhenti tapi tak berjaya.
Pendakwa: Seterusnya, apa yang berlaku?
Rocky: Akibat pergelutan itu, saya telah alami luka-luka pada muka dan tangan saya
disebabkan pisau yang dipegang Johny. Paling teruk, Johny telah tiba-tiba
menikam belakang bahu kanan saya dengan pisau tu dan menolak saya. Lepas
itu, saya pun terus lepaskan pelukan dan jatuh ke atas jalan raya sebab tidak
dapat menanggung sakit akibat pisau yang masih tercucuk di belakang bahu
saya.
Pendakwa: Apakah yang berlaku selepas itu?
Rocky: Saya nampak Johny melarikan diri.
Pendakwa: Kumar pula pada ketika itu?
Rocky: Dia nampak terkejut dan tercegang-cengang melihat saya.
Pendakwa: Adakah kamu masih dalam keadaan sedar selepas itu?
Rocky: Tidak. Saya rasa sangat pening dan tidak bermaya ketika terbaring di atas
jalan raya. Lepas itu, saya pengsan tak sedar diri. Cuma perkara terakhir yang
saya ingat sebelum pengsan, ialah saya nampak Johny larikan diri dan Kumar
tengah tercengang-cengang tengok saya. Selepas itu, saya tidah tahu dan
sedar-sedar je, saya dah berada di unit kecemasan Hospital Padi.
Pendakwa: Kamu tahu bagaimana kamu tiba di hospital masa itu?
Rocky: Ya, selepas habis pembedahan, Terry ada bagitahu saya yang kelab ada “call”
ambulans ke tempat kejadian dan tidak lama lepas tu, saya dikejarkan ke unit
kecemasan Hospital Padi.
Pendakwa: Berapa lama kamu ditahan di hospital?
Rocky: Saya ditahan di wad kecemasan hospital untuk terima rawatan selama 3 hari.
Pendakwa: Adakah kamu masih dalam pemerhatian doktor?
Rocky: Ya. Saya ada temujanji dengan doktor setiap dua minggu untuk pemeriksaan
lanjut dan rawatan susulan.
Pendakwa: Bagaimanakah kehidupan dan rutin harian akibat pembedahan ini?
Rocky: Pergerakan saya menjadi sangat susah dan terhad. Tangan kanan saya sukar
digerakkan sebab dibalut dengan bandage. Saya juga tidak boleh bekerja
seperti biasa disebabkan jari saya yang luka teruk dan saya masih merasa
kesakitan setiap kali saya cuba menggerakkan tangan saya.
Pendakwa: Berapa lama masa yang dimbil untuk tangan anda sembuh?
Rocky: Doktor beritahu tangan saya ini ambil masa kira-kira 6 ke 8 minggu untuk
pulih sepenuhnya. Balutan di tangan saya dibuka doktor selepas 7 minggu.
Pendakwa: Kamu ada menyatakan tadi bahawa kamu sudah lama megenali Johny.
Bagaimana hubungan kamu dengan Johny?
Pembelaan: Bantahan Tuan Hakim. Pendakwa sedang cuba membangkitkan “previous
character” tertuduh. Kisah silam tidak boleh dikaitkan dengan situasi tertuduh.
(EA)
Hakim: Pendakwa?
Pendakwa: Tuan Hakim. Kami cuma ingin mengenalpasti relevancy hubungan tertuduh
dengan mangsa dalam kes ini.
Hakim: Bantahan ditolak. SP2 sila jawab soalan pendakwa.
Rocky: Ya, Tuan Hakim. hmm.. Hubungan saya dengan dia agak dingin kerana kami
pernah bergaduh tidak lama dahulu disebabkan beberapa masalah.
Pendakwa: Adakah kamu rasa Johny sebenarnya mempunyai niat untuk mencederakan
kamu disebabkan masalah yang pernah berlaku diantara kamu dan dia?
Rocky: Saya tidak tahu samaada dia masih berdendam dengan saya atau tidak. Setahu
saya, kami telah berbaik.
Pendakwa: Tuan Hakim, setakat ini dahulu. Saya sudah tidak ada soalan lain lagi.
PEMERIKSAAN BALAS
Peguambela: Izinkan saya Tuan Hakim. (Hakim menganggukkan kepala). Encik Rocky tadi
ada menyatakan bahawa semasa berlakunya pergaduhan di luar bar, terdapat
ramai geng Kumar yang mengelilingi mereka. Adakah orang-orang Kumar
turut cuba untuk memukul Johny?
Rocky: Tidak, mereka hanya mengelilingi Johny dan Kumar untuk melihat mereka
bergaduh sambil membuat bising.
Peguambela: Adakah mereka bersenjata pada ketika itu?
Rocky: Tidak. Hanya Kumar sahaja yang memegang kayu besbol.
Peguambela: Atau mungkinkah mereka ada menyembunyikan senjata di dalam poket baju
atau seluar?
Rocky: Itu saya tidak pasti.
Peguambela: Encik Rocky, adakah anda setuju jika saya katakan bahawa situasi ketika itu
tegang?
Rocky: Ya.
Peguambela: Tadi anda ada mengatakan yang anda nampak OKT memegang pisau ketika
kejadian. Setuju?
Rocky: Ya.
Peguambela: Adakah anda tahu yang pisau adalah senjata yang berbahaya?
Rocky: Ya, saya tahu.
Peguambela: Jadi, setuju atau tidak jika saya katakan yang anda tahu anda boleh cedera
apabila anda pergi memeluk Johny?
Rocky: Ya, saya tahu.
Peguambela: Tuan Hakim, itu sahaja soalan saya setakat ini, saya sudah tidak mempunyai
soalan lain lagi.
PEMERIKSAAN SEMULA
Hakim: Pendakwaraya, ada apa-apa soalan lagi untuk saksi ini?
Pendakwa: Ada, Tuan Hakim. Boleh kamu nyatakan berapa jarak diantara Johny dan
Kumar yang sedang bergaduh dengan orang/geng yang mengelilingi mereka?
Rocky: Agak jauh, dalam jarak 3 meter dari tempat pergaduhan.
Pendakwa: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain lagi buat saksi ini. Saya mohon agar
saksi dibebaskan.
Hakim: Baiklah. Anda boleh keluar.
(Polis datang untuk mengiring SP2. SP2 tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah)
SESI PENDAKWAAN SP 3
PEMERIKSAAN UTAMA
Pendakwa: Tuan Hakim, pihak pendakwaan memohon kebenaran mahkamah untuk
memanggil saksi pendakwaan yang terakhir (SP3) iaitu Dr. Thenchelvi.
(Dr Thenchelvi berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi.)
(Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan.
Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan.)
Doktor: Bahawasanya, saya, Thenchelvi A/P Manivel (No K/P: 690211-02-5602),
dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku bahawa segala yang akan saya
nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar,
melainkan yang benar-benar belaka.
Pendakwa: Kamu tahu tujuan kamu hadir ke mahkamah pada hari ini?
Doktor: Ya, saya menjadi saksi pendakwaan untuk kes ini.
Pendakwa: Doktor Thenchelvi, saya akan mengemukakan beberapa soalan di peringkat
pemeriksaan utama ini, sila puan jawab dengan jelas dan menghadap kepada
Tuan Hakim. Izinkan saya, Tuan Hakim. Doktor, sila nyatakan kepada
mahkamah ini, nama, umur, pekerjaan dan kelayakan anda.
Doktor: Nama saya Thenchelvi A/P Manivel berumur 48 tahun, berkerja sebagai
Doktor Perubatan di Unit Kecemasan Hospital Padi, Kedah. Saya memperoleh
ijazah perubatan (MBBS) daripada Royal Surgeon Ireland.
Pendakwa: Sudah berapa lama anda berkecimpung dalam bidang ini, Doktor?
Doktor: Saya telah berkhidmat sebagai doktor di hospital kerajaan sejak tahun 1997
dan pada bulan 7 tahun ini, genaplah 20 tahun saya berkhidmat.
Pendakwa: Jadi, doktor seharusnya berpengalaman luas dan sangat mahir dalam bidang
ini. Adakah sebelum ini, doktor pernah menjadikan saksi bagi mana-mana kes
di mahkamah?
Doktor: Ya, saya pernah menjadi saksi di mahkamah dalam beberapa perbicaraan kes-
kes bunuh, rogol dan pukul.
Pendakwa: Apakah tujuan doktor hadir ke makamah pada hari ini?
Doktor: Untuk memberi keterangan mengenai kes menyebabkan kecederaan parah.
Pendakwa: Apa kaitan doktor dengan kes ini?
Doktor: Saya adalah doktor yang merawat mangsa kes ini iaitu Mohd Rocky Bin Mohd
Abu.
Pendakwa: Doktor ada bawa laporan pemeriksaan kecederaan mangsa?
Doktor: Ya, saya ada bawa.
Pendakwa: Adakah ini laporan pemeriksaan mangsa yang telah doktor sediakan?
Doktor: Ya, inilah borang laporan pemeriksaan mangsa yang saya lakukan ke atas
pesakit.
Pendakwa: Tuan Hakim, saya mohon laporan ini ditandakan sebagai eksibit.
(Hakim mengangguk).
Jurubahasa: Barang bukti ini telah pun ditanda sebagai ekshibit 4 (P4).
Pendakwa: Baiklah, bolehkah doktor menceritakan peristiwa pada hari kejadian?
Doktor: Pada kira-kira pukul 1.45 pagi, saya ada menerima seorang pesakit lelaki yang
diambil ambulans setelah menerima panggilan kecemasan.
Pendakwa: Boleh doktor terangkan keadaan pesakit pada ketika itu mengikut laporan
perubatan yang doktor sediakan?
Doktor: Saya dapati pesakit mengalami pendarahan yang teruk (bleeding) akibat pisau
yang tercucuk pada bahagian belakang bahu kanan dan pemeriksaan awal saya
mendapati terdapat juga beberapa kesan luka pada bahagian muka dan tangan
pesakit. Daripada reaksi pesakit, jelas menunjukkan bahawa dia menderita
kesakitan yang amat sangat.
Pendakwa: Apakah yang doktor lakukan selepas itu?
Doktor: Saya mencabut pisau dari tubuh pesakit dan kemudiannya saya lakukan
prosedur rawatan kecemasan bertujuan untuk menghentikan pendarahan.
Namun, apa yang saya dapati ialah kecederaan akibat tusukan pisau di
belakang bahu pesakit adalah dalam dan serius serta memerlukan pembedahan
segera.
Pendakwa: Jadi, doktor terus melakukan pembedahan segera?
Doktor: Ya, saya terus melakukan pembedahan segera.
Pendakwa: Berapakah kedalaman kecederaan akibat tusukan pisau tersebut?
Doktor: Hasil pemeriksaan saya, panjang keseluruhan pisau adalah 25 cm dan bilah
pisau tersebut panjangnya 10cm.Bilah pisau tersebut tertusuk kedalam tubuh
pesakit sedalam kira-kira 8 sentimeter.
Pendakwa: Boleh doktor boleh camkan pisau tersebut?
Doctor: Ya, saya boleh camkan.
Pendakwa: Adakah ini pisau tersebut, Doktor?
(Mengangkat pisau dalam plastik, Hakim mengangguk pendakwaraya memberikan pisau itu
kepada jurubahasa dan seterusnya menyerahkan kepada hakim untuk dibuat catatan).
Doktor: Ya, inilah pisau yang saya cabut dari tubuh mangsa.
Pendakwa: Tuan Hakim, barang bukti ini telah pun ditanda sebagai ekshibit 3 (P3). Selain
daripada kesan tikaman pisau, bagaimana pula dengan kecederaan-kecederaan
lain yang dialami pesakit mengikut laporan perubatan.
Doktor: Merujuk kepada laporan perubatan, pesakit telah mengalami kecederaan
seperti, luka di muka, luka di jari termasuk semua jari di kedua-dua tangan dan
flexor tendon jari kelingking kanannya dipotong.
Pendakwa: Tadi doktor katakan flexor jari kelingking kanannya terpotong. Bolehkah
doktor jelaskan tentang keadaan jari mangsa tersebut?
Doktor: Flexor jari kelingking kanan mangsa terpotong dan memerlukan rawatan
berkala. Mangsa perlu menjalani rawatan fisioterapi setiap minggu dan perlu
menjalani pembedahan bagi mencantumi tendon jari tersebut.
Pendakwa: Berapa lama masa diambil untuk jari kelingking kanan mangsa pulih seperti
sediakala?
Doktor: Jangka masa untuk pesakit sembuh sepenuhnya tidak dapat ditentukan dengan
tepat. Biasanya ia mengambil masa lebih kurang 6 bulan tetapi ia bergantung
pada keadaan mangsa. Mangsa memerlukan pembedahan yang serius yang
perlu dilakukan untuk menyatukan semula tendon dan membawa keupayaan
penuh pada jari tersebut. Walaubagaimanapun, ia masih bergantung kepada
kadar pemulihan pesakit, aktiviti harian dan susulan fisioterapi.
Pendakwa: Apakah kesan kecederaan-kecederaan ini kepada pesakit?
Doktor: Mengikut laporan perubatan. Pesakit berada dalam kesakitan dan perlu
mengambil ubat tahan sakit secara berkala. Selain itu, pesakit perlu menerima
rawatan susulan daripada saya selama 3 hari di hospital. Saya turut dapati
bahawa pergerakan tangan kanan pesakit sangat terbatas akibat kecederaan
serius pada otot bahu dia yang telah dijahit. Setiap kali cuba melakukan
pergerakan, pesakit akan mengerang kesakitan. Jadi, tangan pesakit telah
dibalut untuk memastikan luka pada bahu pesakit tidak terbuka. Pesakit juga
memerlukan pembedahan yang serius bagi menyatukan semua tendon jarinya
seperti saya ceritakan tadi.
Pendakwa: Tuan Hakim, setakat ini dahulu. Saya sudah tidak mempunyai soalan lain lagi.
PEMERIKSAAN BALAS
Peguambela: Izinkan saya Tuan Hakim. (Hakim menganggukkan kepala). Doktor. Boleh
saya tanya, tadi doktor ada cakap mengenai pembedahan segera perlu
dilakukan terhadap mangsa pada luka pisau tersebut. Setujukah kalau saya
katakan, ia tidak akan mengakibatkan maut kepada mangsa jika pembedahan
segera tidak dilakukan pada luka tikaman? Setuju atau tidak?
Doktor: Tidak setuju.
Peguambela: Doktor seorang doctor yang berpengalaman dalam bidang ini, benar?
Doktor: Ya benar.
Peguambela: Jadi setuju jika saya katakan yang kecederaan sebegini boleh berlaku dalam
incident pergelutan?
Doktor: Tidak setuju.
Peguambela: Jadi doktor betul-betul yakin yang memang mustahil untuk berlaku
kecederaan sebegini dalam mana-mana pergelutan?
Doktor: Saya tidak pasti.
Peguambela: Baiklah. Tuan Hakim, setakat ini dahulu. Saya tidak ada soalan lain untuk
saksi ini.
PEMERIKSAAN SEMULA
Hakim: Pendakwaraya, ada apa-apa soalan lagi untuk saksi ini?
Pendakwa: Ada Tuan Hakim. Doktor, setujukah jika saya katakan berdasarkan kecederaan
serius yang disebabkan tertuduh ke atas mangsa kejadian iaitu Encik Rocky,
sebenarnya terdapat elemen “disengajakan” dimana tertuduh mempunyai niat
untuk mencederakan mangsa?
Peguambela: Bantahan, Tuan Hakim. Tertuduh masih belum di sabitkan kesalahan dan
pihak pendakwaan tidak sepatutnya mengandaikan tertuduh sengaja untuk
mencederakan dan berniat untuk berbuat begitu.
Hakim: Bantahan di terima. Pihak pendakwaraya, sila tukar soalan anda.
Pendakwa: Soalan terakhir untuk doktor. Apakah keputusan analisa terhadap kecederaan
pada diri mangsa?
Doktor: Mangsa mengalami kecederaan parah. Pertama, luka akibat tikaman pisau
yang dalam di belakang bahu belah kanan yang memerlukan pembedahan
segera. Kedua, mangsa juga mengalami banyak kesan luka dan calaran di
bahagian muka dan tangan. Selain itu, “flexor tendon” jari kelingking tangan
kanan mangsa terpotong dan memerlukan pembedahan yang serius.
Pendakwa: Tuan Hakim, saya tidak mempunyai soalan lain lagi buat saksi ini. Saya
mohon agar saksi dibebaskan.
Hakim: Baiklah. Anda boleh keluar. (Polis datang untuk mengiring SP3. SP3 tunduk
dan berjalan keluar dari mahkamah)
PENGGULUNGAN OLEH PIHAK PEGUAMBELA
Peguambela:
Izinkan saya Tuan Hakim. Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaraya,
terdapat Bukti-bukti yang masih samar mengenai liabiliti jenayah anak guam kami. Terdapat
dua faktor utama iaitu:
Pertama, berdasarkan keterangan mangsa (SP2), telah mengakui bahawa SP2 dan
OKT telah bergelut. Dalam pergelutan, mungkin boleh berlaku sebarang kecelakaan. OKT
sedar bahawa dengan kehadiran pisau tersebut, mungkin dia boleh mencederakan Kumar
tetapi bukan pada SP1. Oleh sebab itu, tiada motif untuk OKT mengakibatkan kecederaan
terhadap SP1.
Kedua, keterangan oleh doktor tersebut (SP3) mengesahkan bahawa SP2 telah
mengalami kecederaan yang parah akibat tusukan yang kuat dengan menggunakan senjata
pisau seperti P1 boleh menyebabkan kecederaan seperti yang dialami oleh mangsa. Meskipun
OKT sedar bahawa kehadiran pisau tersebut mungkin boleh mengakibatkan kecederaan,
tindakannya memegang pisau P1 adalah untuk melindungi diri terhadap sebarang
kemungkinan, bukan nya semata-mata untuk digunakan di dalam pergaduhan dengan Kumar.
Konklusinya di sini, pihak pembelaan ingin menekankan bahawa tiada kes prima facie
di pihak pendakwaan disebabkan mereka tidak berjaya membuktikan kes malampaui
keraguan munasabah. Jadi, pihak pembelaan memohon kepada mahkamah yang mulia ini
untuk membebaskan anak guam kami. Sekian, terima kasih.
PENGGULUNGAN OLEH PIHAK PENDAKWARAYA
Pendakwa 1: Dengan izin, Tuan Hakim. Pihak pendakwa raya telah membuktikan bahawa
terdapat kes prima facie di pihak kami atas beberapa faktor utama iaitu:
Pertama, tertuduh, Mohd Johhny bin Mohd Ali telah dengan sengaja menyebabkan
kecederaan parah menggunakan pisau yang boleh mendatangkan kematian terhadap mangsa,
Mohd Rocky Bin Mohd Abu. Ini dapat dibuktikan melalui keterangan Saksi kedua (SP2) iaitu
mangsa sendiri yang telah meminta supaya OKT berhenti daripada meneruskan perbuatanya
yang sedang memegang pisau semasa pergelutan bersama OKT berlaku.
Walaubagaimanapun, OKT telah terus bergelut dan telah menikam mangsa di belakang
bahunya serta menolak mangsa ke atas jalan. Oleh sebab OKT tidak berhenti setelah
diberitahu untuk berhenti dan menolak mangsa ke atas jalan, OKT dengan itu mempunyai
niat untuk menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. Tambahan lagi, kesan luka yang
banyak pada mangsa pada bahagian muka dan tangan seperti yang dinyatakan oleh SP3 juga
membuktikan bahawa OKT telah dengan sengaja menolak mangsa dengan kuat sehingga
menyebabkan banyak luka pada muka dan tangan.
Kedua, berdasarkan analisis doktor dari unit Kecemasan Hopsital Padi (SP3), kesan
tikaman pisau adalah sedalam 8cm. Panjang pisau yang telah ditikam pada belakang bahu
mangsa adalah sepanjang 10 cm dan 8 cm daripadanya telah terbenam di dalam belakang
bahu mangsa. Tikaman yang dalam ke belakang bahu mangsa membuktikan OKT
mempunyai niat untuk mencederakan mangsa. Selain itu, SP3 juga telah menyatakan bahawa
kecederaan pada belakang bahu mangsa akibat tikaman pisau tersebut perlu dibedah dengan
segera kerana lukanya adalah dalam. Jika pembedahan tidak dilakukan, mangsa mungkin
boleh mati. Tangan mangsa juga telah dibalut untuk mengelak pergerakan tangan mangsa
yang mana boleh menyebabkan luka pada bahu mangsa terbuka semula. SP 3 juga ada
menyatakan yang tangan mangsa perlu dibalut sehingga 6 minggu dan mangsa sudah
semestinya terbatas untuk melakukan aktiviti harianya termasuklah bekerja sebagai pelayan
bar di King’s Hotel.
Tambahan lagi, selepas analisis lanjut oleh SP3, SP3 menyatakan bahawa “flexor
tendon” jari kelingking tangan kanan mangsa telah putus dan menyebabkan jari itu tidak
dapat digunakan melainkan pembedahan dilakukan terhadap bahagian tersebut.
Berdasarkan rakaman percakapan mangsa kejadian tersebut (SP2), pihak pendakwaan
membuktikan elemen bahawa OKT telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dengan
menikam mangsa menggunakan senjata pisau. Berdasarkan kepada keterangan oleh doktor
(SP3) pula yang mengesahkan bahawa kecederaan mangsa adalah parah dan berisiko tinggi
untuk kematian, maka elemen bahawa OKT telah menyebabkan kecederaan parah ke atas
mangsa dengan menikam mangsa dengan menggunakan senjata pisau yang boleh
menyebabkan kematian mangsa dan kegagagalan fungi tubuh mangsa telah berjaya
dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
Justeru, pihak kami telah membuktikan kedua-dua elemen dalam kes jenayah iaitu
actus reus dan mens rea, dan kami memohon budi bicara mahkamah untuk memutuskan
bahawa terdapat prima facie dalam kes ini. Sekian, terima kasih.
KEPUTUSAN PRIMA FACIE (WUJUD ATAU TIDAK)
Hakim: Baiklah. Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, iaitu pihak
pendakwaraya dan pihak pembelaan, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa terdapat kes
prima facie di pihak pendakwaraya berdasarkan faktor-faktor ini:
Saya berpuas hati dengan saksi-saksi yang di kemukakan oleh pihak pendakwaraya.
Pihak pendakwaraya telah berjaya membuktikan kewujudan elemen actus reus dalam kes ini.
Ini dibuktikan dengan keterangan-keterangan daripada kesemua saksi pihak pendakwaraya.
Saya mendapati tiada sebarang keraguan dalam pembuktian ini.
Kedua, analisis daripada doktor amat meyakinkan dan ianya jelas menunjukkan
perbuatan OKT menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa menggunakan pisau dan
ianya boleh mendatangkan kematian.
Ketiga, bagi elemen mens rea, beban pembuktian berada di bahu pihak pembela untuk
membuktikan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang motif atau niat untuk membunuh
si mati.
Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa terdapat kes prima facie di
pihak pendakwaraya dan dengan ini, mahkamah mengarahkan supaya tertuduh tampil
membuat pembelaan. Jurubahasa?
SESI PEMBELAAN SB1
Polis: Mahkamah bangun… (Hakim masuk dan duduk, diikuti oleh semua yang
hadir)
Jurubahasa: Di dalam Mahkamah Sesyen Jenayah Alor Setar, kes bernombor 62-04/ 2017,
kes Pendakwaraya lawan Mohd Johny bin Mohd Ali.
Hakim: Baiklah, adakah pihak peguambela sudah bersedia?
Peguambela: Ya. Tuan Hakim, Pihak peguambela akan mengemukakan tiga orang saksi
pembelaan termasuk tertuduh.
PEMERIKSAAN UTAMA
Peguambela: Tuan Hakim, Pihak pembelaan memohon kebenaran mahkamah untuk
memanggil saksi pembelaan yang pertama iaitu OKT Mohd Johny bin Mohd
Ali.
(Mohd Johny. berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang saksi.
Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk catatan.
Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat tangan.)
Mohd Johny: Bahawasanya, saya Mohd Johny bin Mohd Ali, mengaku bahawa segala yang
akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak
benar melainkan yang benar-benar belaka.
Peguambela: Izinkan saya, Tuan Hakim. Sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama, umur
dan pekerjaan anda?
Mohd Johny: Nama saya Mohd Johny bin Mohd Ali, __tahun dan saya adalah pelajar di
Universiti Aman Damai.
Peguambela: Boleh OKT ceritakan apakah yang berlaku pada tarikh 11-Mac-2017?
Mohd Johny: Pada kejadian itu, saya bersama beberapa orang rakan hendak berhibur sambil
minum-minum seperti biasa, aktiviti pada malam minggu. Kemudian, saya
dimaklumkan yang Kumar bersama bet besbolnya, ada di luar bar. Saya
sempat mencapai pisau yang saya lihat di atas meja bar. Lalu berlaku
pertengkaran mulut seperti biasa antara saya dan Kumar. Kami cuba
menyelesaikan di luar bar. Tiba-tiba saya tengok reaksi Kumar seolah-olah
amat marah. Sebelum ini, dia tak pernah sampai macam tu sekali. Kemudian,
saya dikelilingi oleh geng-geng Kumar dan Kumar memegang sebatang kayu
besbol. Ketika bertengkar, Kumar seperti ingin menyerang saya menggunakan
bet besbolnya. Saya tanpa berfikir panjang terus mengeluarkan pisau yang
saya ambil dari bar tadi untuk mempertahankan diri saya. Keadaan ketika itu
amat bising dan mengelirukan. Tiba-tiba ada orang memeluk saya dari
belakang. Kami bergelut dan saya tertikam seseorang.
Peguambela: Jadi, siapakah yang memeluk anda dari belakang?
Mohd Johny: Saya tidak pasti siapa yang memeluk saya dari belakang kerana suasana malap
dan bising. Tapi pada fikiran saya ketika itu, boleh jadi Kumar atau pun
rakan nya yang memegang saya.
Peguambela: Boleh jelaskan kepada mahkamah tentang tindakan anda menikam mangsa
pada hari kejadian tersebut?
Mohd Johny: Tindakan saya menikam mangsa adalah diluar kawalan saya kerana saya
berasa terancam.
Peguambela: Terancam? Terancam yang bagaimana ya?
Mohd Johny: Mangsa bukan sahaja memeluk saya, malah cuba merampas pisau di tangan
saya yang mana pisau itu sahaja alat yang boleh saya gunakan untuk
mempertahankan diri saya pada masa tersebut. Dan saya benar-benar
menyangka orang yang itu adalah orang Kumar.
Peguambela: Sila nyatakan kepada mahkamah tujuan anda memegang pisau tersebut?
Mohd Johny: Saya tahu tindakan saya boleh mencederakan orang lain tetapi tindakan saya
bertujuan untuk mempertahankan diri saya.
Peguambela: Jadi apakah tindakan anda selepas menikam mangsa dan mengapa anda
bertindak sedemikian?
Mohd Johny: Saya beredar dari tempat kejadian kerana saya berasa terkejut dan takut
selepas saya tersedar saya telah menikam seseorang.
Peguambela: Adakah anda mengalami sebarang kecederaan akibat daripada pergelutan
tersebut?
Mohd Johny: Saya mengalami beberapa luka di bahagian badan dan tangan kesan dari
pergelutan.
Peguambela: Baiklah Tuan Hakim, setakat ini dahulu. Saya tidak ada soalan lain untuk saksi
ini.
PEMERIKSAAN BALAS
Pendakwa: Adakah kamu mengenali SP2?
Mohd Johny: Ya. Dia adalah pelayan Bar di King’s Bar. Dia ramah dan rapat dengan
kebanyakan pelanggan Bar.
Pendakwa: Jadi, adakah kamu bersetuju untuk saya katakan bahawa kamu sedar bahawa
yang memegang kamu pada masa tersebut ialah SP2 memandangkan
hubungan kamu yang rapat dengannya.
Peguambela: Bantahan Tuan Hakim. Pihak pendakwa raya cuba membuat spekulasi.
Hakim: Bantahan di terima. Pihak pendakwa raya, sila tukar soalan anda.
Pendakwa: Adakah kamu kerap bergaduh dengan Kumar?
Mohd Johny: Ya.
Pendakwa: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain.
PEMERIKSAAN SEMULA
Peguambela: Apakah yang menyebabkan kamu menyangkakan orang yang memegang kamu
adalah Kumar dan bukan lah SP2?
Mohd Johny: Pada malam itu, keadaan sekitar suram dan malap. Suasana pada waktu itu
juga mula kelam-kabut apabila orang ramai yang di dalam bar turut keluar ke
tempat kejadian. Saya amat keliru dan takut.
Pendakwa: Boleh jelaskan kepada mahkamah kenapakah kamu kerap bergaduh dengan
Kumar?
Mohd Johny: Kami memang selalu bergaduh. Tapi biasanya memang pergaduhan yang
melibatkan hal-hal yang remeh sahaja seperti berebut parking motor di tempat
parkir di bangunan universiti atau berebut padang bola sepak. Tiada lagi
pergaduhan yang dasyat setakat ini. Tapi pada malam itu, Kumar tidak seperti
selalu. Dia seolah-olah dalam keadaan marah sangat. Jadi, saya khuatir akan
keselamatan saya.
Peguambela: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain untuk saksi ini. Saya diminta agar
anak guam dibebaskan.
Hakim: Baiklah, anda boleh keluar.
(Polis datang untuk mengiring tertuduh. Tertuduh tunduk dan keluar dari kandang.)
SESI PEMBELAAN SB2
PEMERIKSAAN UTAMA
Peguambela: Tuan Hakim, pihak pendakwa memohon kebenaran mahkamah untuk
memanggil saksi pendakwaan yang kedua iaitu Dr. Siti Nurashikin binti Fuaddin.
(Dr Siti Nurashikin binti Fuaddin berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke
kandang saksi. Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim
untuk catatan. Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil
mengangkat tangan.)
Doktor: Bahawasanya, saya, Siti Nurashikin binti Fuaddin, mengaku bahawa segala
yang akan saya nyatakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang
tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka.
Peguambela: Izinkan saya Tuan Hakim. Doktor, sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama,
umur, dan pekerjaan anda.
Doktor: Nama saya Siti Nurashikin binti Fuaddin berumur 37 tahun berkerja sebagai
Consultant Orthophedic Surgeon di Kedah Medical Centre, Alor Setar.
Peguambela: Sudah berapa lama Doktor bertugas dalam bidang ini?
Doktor: Sudah 7 tahun saya bekerja dalam bidang ini.
Peguambela: Apakah tujuan doktor hadir ke mahkamah pada hari ini?
Doktor: Untuk memberi keterangan di Mahkamah tentang kes kecederaan parah.
Peguambela: Siapakah pesakit yang doktor periksa pada 17-3-2017?
Doktor: Pada hari tersebut, saya ada memeriksa beberapa orang pesakit; Nur Salmah
Amin, Zubaidah Hashim dan Mohd Rocky bin Abu.
Peguambela: Jadi, adakah bilakah doktor telah menyediakan Laporan Perubatan Pakar?
Doktor: Saya sediakan Laporan Perubatan Pakar yang bertarikh 20-3-2017
Peguambela: Saya minta doktor untuk camkan Laporan Perubatan Pakar ini.
Doktor: Ya, saya cam.
Peguambela: Mohon tandakan Laporan Perubatan bertarikh xxx sebagai P-x. Berdasarkan
Laporan Perubatan Pakar bertarikh 20-3-2017, boleh doktor terangkan kepada
mahkamah kesan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh pesakit akibat dari
pergelutan tersebut?
Doktor: Boleh. Pesakit mengalami kesan tikaman sedalam 8cm di bahagian bahu
kanan, pelbagai luka di muka dan tendon flexor jari kanannya sedikit
terpotong.
Peguambela: Bagaimanakah kesan tikaman sebegitu boleh terjadi semasa pergelutan?
Doktor: Kecederaan tersebut biasa terjadi. Semasa pergelutan, tindak balas yang
dilakukan oleh seseorang ketika bergelut adalalah diluar kawalan pihak
tersebut.
Peguambela: Bagaimana pula dengan pembedahan, pesakit dapat mengelak daripada
mengalami kesakitan berpanjangan?
Doktor: Selepas pembedahan dilakukan, pesakit tidak akan mengalami kesakitan
berpanjangan dan mengambil masa kira-kira selama 4 hingga 5 bulan untuk
pulih.
Peguambela: Siapakah pesakit yang doktor periksa pada 12-3-2017?
Doktor: Pada hari tersebut, saya ada memeriksa beberapa orang pesakit; Amelia Imran,
Ahmad Shuib Hassan dan Mohd Johny bin Mohd Abu
Peguambela: Jadi, bilakah doktor telah menyediakan Laporan Perubatan Pakar?
Doktor: Saya sediakan Laporan Perubatan Pakar yang bertarikh 19-3-2017
Peguambela: Saya minta doktor untuk camkan Laporan Perubatan Pakar ini.
Doktor: Ya, saya cam.
Peguambela: Mohon tandakan Laporan Perubatan bertarikh xxx sebagai P-x. Berdasarkan
Laporan Perubatan Pakar bertarikh 20-3-2017, boleh doktor terangkan kepada
mahkamah kesan kecederaan-kecederaan yang dialami oleh pesakit akibat dari
pergelutan tersebut?
Doktor: Boleh. Pesakit mengalami luka-luka di bahagian lengan, pergelangan tangan
dan jari. Pesakit juga mempunyai lebam-lebam pada bahagian bahu, pinggang
dan lengan akibat dari pergelutan semasa pergaduhan. Segala maklumat penuh
boleh dirujuk pada laporan perubatan pakar tersebut.
Peguambela: Tuan Hakim, saya sudah tidak ada soalan lain.
PEMERIKSAAN BALAS
Pendakwa: Izinkan saya Tuan Hakim. (Hakim menganggukkan kepala). Setujukah doktor,
jika saya katakan bahawa anda tidak benar-benar yakin bahawa luka tikaman
sedalam 8 cm pada bahu kanan pesakit dan tendon flexor jari kanan sedikit
terpotong boleh terjadi akibat pergelutan?
Doktor: Tidak setuju, saya memang yakin bahawa kecederaan sebegitu boleh terjadi
akibat pergelutan yang serius.
Pendakwa: Setujukah doktor jika saya cadangkan bahawa kesan-kesan kecederaan
sedemikian adalah belebihan dan boleh disifatkan sebagai kecederaan yang
dilakukan dengan sengaja?
Peguambela: Bantahan Tuan Hakim. Pihak pendakwa cuba untuk membuat andaian yang
tidak munasabah.
Hakim: Bantahan di tolak. Sila jawab soalan tersebut.
Doktor: Tidak setuju. Luka tersebut adalah biasa dalam keadaan tersebut. Bahkan, ada
yang lebih teruk daripada itu.
Peguambela: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain.
PEMERIKSAAN SEMULA
Peguambela: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain untuk saksi ini. Saya meminta agar
saksi di bebaskan.
Hakim: Baiklah. Anda boleh keluar.
(Polis datang untuk mengiring saksi. Saksi tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah.)
SESI PEMBELAAN SB3
PEMERIKSAAN UTAMA
Peguambela: Tuan Hakim, pihak pendakwa memohon kebenaran mahkamah untuk
memanggil saksi pendakwaan yang ketiga iaitu Amirool Faez bin Suhasi.
(Amirool Faez bin Suhasi berjalan masuk, tunduk hormat dan berjalan masuk ke kandang
saksi. Jurubahasa mengambil kad pengenalan saksi dan diberikan kepada hakim untuk
catatan. Kemudian, jurubahasa menyuruh saksi mengangkat sumpah sambil mengangkat
tangan.)
Peguambela: Apakah kaitan anda dalam kes ini?
Faez: Memandangkan saya berada di sana pada waktu kejadian, jadi saya secara tak
langsung terlibat dalam pergaduhan pada 11 Mac 2017 bersama Johny dan
Kumar?
Peguambela: Boleh tolong ceritakan apa yang berlaku?
Faez: Pada 11 Mac 2017, Johny mengajak saya ke bar untuk lepak. Semasa saya
sedang minum-minum bersama Johny, Kumar dan rakan-rakannya datang
menarik Johny lalu pertengkaran mulut berlaku. Kami dimarahi pelanggan bar
yang lain kerana bising lalu Kumar mengajak kami selesaikan masalah di luar
bar. Di luar bar, kami bertengkar mulut sehingga Kumar mengeluarkan kayu
besbol untuk memukul dan rakan-rakannya yang lain turut memulakan
langkah untuk memukul. Saya melihat Johny mengeluarkan sebilah pisau pada
ketika itu dan tiba-tiba datang seseorang memeluknya dari belakang. Mereka
bergelut lalu pisau tersebut tertikam belakang badan orang yang memeluk
tersebut.
Peguambela: Apakah yang terjadi kepada mangsa dan Johny selepas itu?
Faez: Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan manakala Johny terkejut dan
keliru dengan apa yang berlaku dan mengajak saya untuk beredar.
Peguambela: Berapa ramaikah orang yang terlibat dalam pergaduhan tersebut?
Faez: Saya tidak pasti kerana orangnya ramai. Saya bersama Johny manakala Kumar
bersama beberapa orang rakan-rakannya yang lain. Yang pasti jumlahnya
lebih ramai daripada kami.
PEMERIKSAAN BALAS
Pendakwa: Izinkan saya, Tuan Hakim. (Hakim menganggukkan kepala). Setujukah jika
saya cadangkan bahawa kamu bersama Johny segera beredar kerana merasa
takut setelah melakukan kesalahan?
Faez: Tidak setuju, kami segera beredar setelah terkejut dan keliru dengan insiden
yang berlaku.
Pendakwa: Setujukah jika saya katakan bahawa kamu bersubahat dengan Johny dalam
pergaduhan tersebut?
Faez: Tidak setuju, saya tidak tahu langsung mengenai pergaduhan yang akan
berlaku. Secara kebetulan, pada hari itu, saya melepak dengan dia di bar.
Pendakwa: Setujukah jika saya katakan bahawa awak tidak pasti pun bahawa orang ramai
yang mengelilingi mereka adalah geng Kumar?
Faez: Setuju, saya tidak pasti sama ada mereka geng Kumar ataupun orang
kebanyakan.
Pendakwa: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain.
PEMERIKSAAN SEMULA
Peguambela: Apa yang Johny katakan kepada kamu sebelum beredar?
Faez: Johny berkata, “Eh, apa yang terjadi ni?” Johny kelihatan keliru dan kami
beredar dari situ kerana takut polis akan tangkap kamu.
Peguambela: Kamu cakap Kumar ada ramai kawan. Semasa kejadian tersebut, apakah
reaksi rakan-rakan Kumar terhadap pergaduhan tersebut?
Faez: Betul saya tidak pasti orang-orang itu adalah rakan-rakan Kumar. Tapi mereka
cuba menyerang kami.
Peguambela: Tuan Hakim, saya tidak ada soalan lain. Saya meminta agar saksi di bebaskan.
Hakim: Baiklah. Anda boleh keluar.
(Polis datang untuk mengiring saksi. Saksi tunduk dan berjalan keluar dari mahkamah.)
PENGGULUNGAN OLEH PENDAKWARAYA
…
PENGGULUNGAN OLEH PEGUAMBELA
Peguambela : Izinkan saya Tuan Hakim.
Di dalam kes ini, terdapat beberapa konklusi utama:
Pertama, walaupun kewujudan actus reus berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwa raya,
tetapi mereka gagal membuktikan kewujudan satu elemen lain yang penting dalam kes
jenayah iaitu mens rea. Tertuduh kami langsung tidak mempunyai sebarang motif untuk
mencederakan Rocky. Sekalipun tertuduh kami mempunyai motif, dalam kes jenayah, motif
adalah tidak relevan dan tidak boleh digunakan sebagai mens rea untuk menyabitkan
kesalahan tertuduh.
Ini dijelaskan dalam kes Yeo Ah Seng lawan PP (1967) 1 MlJ 231 di mana Yang Arif
Barakbah menyatakan bahawa motif bukanlah satu elemen jenayah. Oleh yang demikian,
pembuktian mens rea oleh pihak pendakwa raya telah gagal. Disebabkan kegagalan pihak
pendakwaraya membuktikan elemen mens rea, kami di pihak pembelaan memohon
mahkamah membebaskan Mohd Johny bin Mohd Ali daripada sebarang liability jenayah.
Tuan Hakim,
Perbuatan tertuduh adalah atas dasar mempertahankan diri. Disini kami ingin menegaskan
bahawa tertuduh telah pun memenuhi pra-syarat serta syarat-syarat asas hak pertahanan
persendirian yang membolehkan OKT dibebaskan dari pertuduhan.
1. Pra-syarat pertama adalah the accused must be subjected to an offence atau
dalam erti kata lain, OKT berada dalam suatu masalah. Merujuk kepada s 97
Kanun Keseksaan, setiap orang mempunyai hak untuk mempertahankan diri sendiri,
dan diri org lain terhadap sebarang kesalahan yang melibatkan tubuh manusia. Walau
bagaimanapun, hak pertahanan persendirian ini perlulah melibatkan ketakutan yang
munasabah.
2. Pra-syarat kedua adalah OKT mestilah tidak mempunyai masa untuk
mendapatkan perlindungan dari pihak keselamatan seperti yang tertakluk dalam s
99(3).
Berdasarkan keterangan oleh OKT Mohd Johny bin Mohd Ali, OKT telah dikelilingi oleh
geng-geng Kumar dan Kumar pada ketika itu seperti ingin menyerangnya menggunakan
sebatang kayu besbol. Maka, tindakannya tertikam mangsa adalah diluar kawalan kerana
OKT berasa terancam. Keterangan tersebut adalah berasas memandangkan mangsa bukan
sahaja memeluk, bahkan cuba untuk merampas pisau di tangan OKT yang mana pada waktu
tersebut, pisau itu satu-satunya alat yang boleh digunakan untuk mempertahankan dirinya.
Selain itu, disebabkan oleh konfrontasi dengan Kumar, jelas OKT tidak mempunyai pilihan
lain melainkan untuk berdepan dengan Kumar.
Maka, kami yakin yang kedua-dua prasyarat hak pertahanan persendirian telah pun dipenuhi;
iaitu OKT berada dalam kesusahan yang melibatkan ketakutan yang munasabah serta
tidak mempunyai masa untuk mendapatkan perlindungan dari pihak keselamatan.
Seterusnya, syarat-syarat bagi hak pertahanan persendirian juga berjaya dipenuhi oleh
tertuduh.
1. Kebimbangan yang munasahabah.
Tertuduh berjaya melepasi syarat tersebut. Berdasarkan keterangan OKT yang menyatakan
bahawa dia telah dikepung oleh Kumar dan gengnya telah menimbulkan “kebimbangan
munasahabah”. Hal ini kerana pada bila-bila masa, serangan akan berlaku dan dia mungkin
akan mengalami kecederaan parah ataupun dibunuh.
Tuan Hakim. Situasi ini diperkukuhkan dengan merujuk kes PP v Dato’ Balwant Singh (No.
2) [2003] 3 MLJ 395,
tertuduh, seorang pemandu kereta merupakan mangsa “amukan jalanan” oleh si
mati, seorang penunggang motosikal.
Si mati menarik keluar tertuduh dari keretanya dan menggunakan sebatang kayu
untuk memukul tertuduh sehingga menyebabkan kecederaan ke atas tertuduh.
Tertuduh kemudiannya menggunakan senjata api dan menembak kearah lain
sebagai tanda amaran tetapi si mati tetap menyerangnya.
Tertuduh menembak si mati sehingga mati.
CH: Yang Arif Augustine Paul telah memutuskan bahawa tertuduh dibebaskan
kerana dia melakukan perbuatan tersebut atas sebab untuk mempertahankan
dirinya. Berdasarkan fakta-fakta kes, kemungkinan bahaya terhadap diri dan
nyawa tertuduh adalah munasabah kerana si mati bersenjatakan sebatang kayu
yang merupakan dahan yang besar, cukup besar untuk menyebabkan kepala atau
tulang seseorang retak jika dipukul dengannya.
Dalam kes Rocky, hak pertahanan persendirian bermula sebaik sahaja dia merasa
“kebimbangan munasahabah” apabila dia dikepung oleh Kumar. Serangan pula
telah bermula apabila Rocky memeluk tertuduh dari belakang dan mencuba untuk
mengambil pisau daripada genggamannya. Pisau itu adalah satu-satunya senjata
yang boleh digunakan untuk mempertahankan dirinya.
2. Kedua, tertuduh juga berjaya memenuhi elemen tempoh pertahanan persendirian.
Merujuk kepada kes yang sama; PP v Dato’ Balwant Singh, Augustine Paul J
menyatakan bahawa hak pertahanan persendirian bermula sebaik saja muncul
kebimbangan bahaya yang munasabah terhadap tubuh badan, walaupun kesalahan
belum lagi berlaku dan berterusan selagi kebimbangan bahaya kepada tubuh badan
berlaku. Dalam kes Rocky, hak pertahanan persendirian bermula sebaik sahaja dia
merasa “kebimbangan munasahabah” seperti mana yang telah saya jelaskan kepada
mahkamah yang mulia.
3. Syarat ketiga adalah dimana OKT menggunakan “necessary force” atau dalam
erti lain kekerasan yang munasahabah serta masa yang munasabah untuk
mendapatkan bantuan daripada pihak keselamatan.
Menurut s 99(3) Kanun Keseksaan, tidaklah ada hak pertahanan persendirian
dalam hal-hal yang sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam. Dalam
s 99(4), hak pertahanan persendirian tidaklah sekali-kali termasuk mengenakan
kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.
Tuan Hakim. Dalam kes Khairul Anuar bin Zakaria v PP [RAYUAN
JENAYAH NO: K-05-164-2008].
o Perayu tidak menafikan melakukan pembunuhan. Perayu mengaku telah
menetak simati beberapa kali tetapi menjelaskan bahawa beliau sekadar
mempertahankan diri.
o Hakim yang bijaksana telah memutuskan bahawa pembelaan
mempertahankan diri tidak dapat diterima. Perayu dalam keterangannya
mengaku telah menggunakan gunting untuk menikam simati, kipas meja
dan pasu untuk memukul kepala simati dan tukul untuk memukul kedua-
dua tangan simati sebelum beliau menggunakan parang untuk menetak
simati.
o Kes ini disokong oleh kes PP v Ngoi Ming Sean [1981] CLJ 93; [1981]
CLJ (Rep) 251 di mana Yang Arif Ajaib Singh HMT menyatakan
bahawa hak pembelaan diri tidak bermaksud seseorang itu boleh
mencederakan lebih dari apa yang perlu untuk mempertahankan dirinya.
Tuan Hakim. Dengan itu, dalam kes Johny, kita lihat
i. Dalam keterangan OKT Johny sendiri mengatakan yang dia tidak
mempunyai pilihan lain melainkan menggunakan pisau P2 untuk
melepaskan diri disebabkan ancaman Kumar.
ii. Dalam keterangan mangsa iaitu Rocky semasa pemeriksaan balas oleh pihak
pembelaan, Rocky menyatakan yang dia boleh menduga kecederaan tersebut
mungkin akan menimpa dirinya apabila dia memeluk Johny dan mencuba
untuk merampas pisau tersebut.
iii. OKT Cuma menikamnya sekali sahaja, bukan berkali-kali, dan ini
menunjukkan bahawa itu adalah satu-satunya cara OKT bagi melepaskan
dirinya dari situasi itu. Keterangan oleh doktor (SP3) mengesahkan bahawa
mangsa telah mengalami kecederaan yang parah akibat tusukan yang kuat
dengan menggunakan senjata pisau tersebut. Berdasarkan pemeriksaan balas
oleh pihak pembelaan sebentar tadi, SP3 sendiri mengakui bahawa
kecederaan sebegini boleh berlaku dalam mana-mana pergelutan.
iv. Hasil keterangan oleh saksi pembelaan SB2, berdasarkan Laporan Perubatan
bertarikh 19-Mac-2017, doktor mendapati yang OKT ada mengalami luka-
luka di bahagian lengan, pergelangan tangan dan jari. Selain itu, OKT juga
mempunyai lebam-lebam pada bahagian bahu, pinggang dan lengan akibat
dari pergelutan semasa pergaduhan. Hal ini membuktikan yang pergelutan
memang berlaku dan tindakan OKT mencederakan mangsa dilakukan
dengan tidak sengaja, seterusnya menafikan elemen mens rea dalam kes ini.
OLEH SEBAB-SEBAB YANG TELAH DINYATAKAN, TERBUKTI OKT
TIDAK MELAMPAUI HAK PERTAHANAN PERSENDIRIAN
Konklusinya Tuan Hakim, semua elemen pertahanan persendirian telah dipenuhi oleh anak
guam kami, iaitu OKT berada dalam suatu masalah yang melibatkan ketakutan yang
munasabah, tertuduh juga berjaya tempoh pertahanan persendirian, dan OKT telah
menggunakan kekerasan yang munasabah serta masa yang munasahabah untuk mendapatkan
bantuan daripada pihak keselamatan. Saya mohon mahkamah yang mulia ini untuk
mempertimbangkan hujahan daripada pihak pembelaan dan seterusnya menafikan liability
jenayah ke atas anak guam kami Mohd Johny bin Mohd Ali.
KEPUTUSAN HAKIM
…