contoh soalan psv3110

Upload: mohd-syazly

Post on 04-Jun-2018

422 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    1/11

    1. Zaman Renaisance merupakan salah satu zaman perkembangan seni lukis di Eropah.Perkembangan catan paling pesat pada abad ke-15 dan 16.

    a -Nyatakan tigaciri asas yang terdapat dalam hasil karya aliran Renaisance.

    b -Berdasarkan Gambar catan oleh Jackson Pollock, kaitkan ciri-ciri yangbersesuaian diterapkan dalam penghasilan catan Aliran Ekpresionisme di atas.

    3. Edwin Panofsky telah mengutarakan satu teori yang bercakap tentang objek dan maknamelalui Ikonografi atau sekarang disebut ikon.

    a Nyatakan tigaperingkat objek dan makna ikonografi oleh Edwin Panofsky.

    b Kemukakan dua aspek perkembangan dan kecerdasan oleh Katherine Walkeryang dapat dikaitkan dengan situasi di atas.

    4. Perkembangan seni lukis di Malaysia telah berkembang pesat selepas merdeka.Terdapat pelbagai aliran dan gaya yang mempengaruhi pelukis di Malaysia.

    a Berikan empatsebab wujudnya pelbagai aliran seni lukis Barat dalam seni catantempatan.

    b Kemukakan tigasebab ciri-ciri naturalistik masih lagi digemari pelukis cat airMalaysia.

    2. Keris ialah sejenis senjata pendek yang digunakan sejak 600 tahun dahulu dalam majlisadat istiadat dan sebagai senjata mempertahankan diri. Keris mempunyai nilai danfungsi dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional.

    a Senaraikan duafungsi penting keris dalam masyarakat Melayu.

    b Kain Pua Kumbu dalam masyarakat Iban di Sarawak memainkan perananpenting dalam amalan adat istiadat dan mengandungi makna simbolik danfalsafah tertentu.

    Kemukakan kegunaan kain Pua Kumbu dalam amalan adat istiadat masyarakatIban di Sarawak.

    5.- Syed Ahmad Jamal dikenali sebagai pelopor seni abstrak di Malaysia

    a Berdasarkan catan di atas, berikan ulasan anda mengapa catan tersebut sebuahcatan terbaik dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal?

    b Huraikan ciri-ciri deskripsi catan tersebut?

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    2/11

    a. Berikan empatsebab mengapa wujud pelbagai aliran seni lukis barat dalam senicatan tempatan.

    Penjajah pihak Inggeris di Tanah Melayu sedikit sebanyak telahmempengaruhi perkembangan seni di Malaysia. Pihak Inggeris telahmemperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme,

    zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusansehingga abad ke-19 apabila Seni Eropah terutamanya Seni Perancismula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,Futurisme dan Konstruktivisme

    Pada peringkat awal tahun 1930an berlakunya penghijrahan pelukis dariChina dan Indonesia pada peringkat awal telah membawa aliran realisme. Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia danSingapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina.

    Tertubuhnya pelbagai kumpulan dan aktivis yang memberikan tumpuandan fokus kepada aliran tertentu seperti Wenesday Art Group, Thursday

    Art Group, Anak Alam, Angkatan Pelukis Malaysia dan lain-lain.Kumpulan dan organisasi seni yang ditubuhkan memainkan perananyang penting dalam proses perkembangan seni lukis di Malaysia.

    Pada tahun 1950an hingga hingga 1960an pelbaagai gaya aliran senilukis telah berkembang dari aliran realism kepada impresionisme,ekspresionis ke abstrak ekspresionisme terpulang kepada pengaruh danpendedahan pelukis-pelukis.

    Pengaruh seni Barat yang dibawa oleh pelukis tempatan yangmempelajari seni di luar negara. Sekembalinya pelukis-pelukis yangmendapat pendidikan di luar negara seperti Syed Ahmad Jamal,Tay HooiKeat, Sulaiman Esa, Choong Kam Kaw an lain-lain memperkenalkan

    konsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukistempatan

    Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara telahmemberi sumbangan terhadap perkembangan pelbagai aliran seni diMalaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal,pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga mula menyarankan senimelibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika, maklumat danilmu yang luar dari bidang catan

    Lain-lain jawapan yang sesuai.

    6. Mengikut Edmund Burke Feldman terdapat empat tahap penghayatan sesebuah karyaseni iaitu peringkat deskripsi, analisis formal, interpretasi dan penilaian.

    Berdasarkan Gambar 10, catan pelukis terkenal Claude Monet bertajuk ImpressionSunrise, anda dikehendaki membuat apresiasi seni berdasarkan empat peringkat yangdiperkenalkan oleh Feldman untuk meletakkan catan tersebut sebagai catan terbaik.

    a Huraikan peringkat deskripsi dan analisis formal?

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    3/11

    b Huraikan peringkat interpretasi dan penilaian?

    7. China dan India merupakan dua negara yang kaya dengan ketamadunan warisan seni.

    Catan adalah hasil seni keseniaan yang telah lama dihasilkan oleh bangsa tersebut.a Bincangkan konsep kesenian China berdasarkan falsafah dan stail yang terdapat

    dalam catan tersebut?

    b Buat analisis berdasarkan Gambar, huraikan perbezaan antara catan Cinadengan Catan India dengan menggunakan borang pengurusan grafik.

    Contoh Jawapan

    1. Ciri-ciri Aliran Renaissance

    Catan dihasilkan di gereja, bangunan awam dan rumah-rumahpersendirian.

    Subjek utama: figura manusia dan imej agama kristian

    Mempraktikkan teknik Chioroscuro iaitu kesan cerah yang seolah-olahdatang dari luas kanvas dari latar yang gelap dan kesamaran.Menimbulkan kesan tiga dimensi dalam ruang atmosfera.

    Sfumato: olahan cahaya terang gelap dan teknik kekaburan cahaya danpenggunaan warna lembut.

    Perspektif Linear: gambaran horizon secara sistematik untukmempersembahkan lukisan secara tepat berdasarkan sudut pandanganmengikut aras mata dan perspektif.

    Media yang sering digunakan fresko,tempera dan cat minyak

    Kaitkan ciri-ciri yang bersesuaian dalam penghasilan catan Aliran Ekpresionisme diatas.

    Aplikasi Penghasilan Catan

    Catan tersebut menolak ciri-ciri tradisi klasik

    Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.

    Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.

    Dari segi warna, karya ini menggunakan warna yang dramatik, secara

    spontan, tegas, cepat dan dinamis/penuh gerak Tidak melukis dengan rupa dan imej yang jelas.

    Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.3. a Nyatakan duafungsi penting keris dalam masyarakat melayu.

    Keris sebagai alat mempertahankan diri atau digunakan dalampertarungan.

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    4/11

    Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultanatau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatanbaginda.

    Keris sebagai pelengkap pakaian adat lelaki dan perkahwinan

    Keris melambangkan darjat kedaulatan Melayu

    Keris digunakan sebagai perubatan dan perbomohan,pemomohan,azimat, pelindung diri dan rumah tangga, untuk memperolehkekayaan, menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak bala, pelarisdagangan

    b Kegunaan Kain Pua

    Digunakan semasa Gawai Antu sebagai pengalas mangkuk makananyang dipersembahkan kepada roh

    Istiadat menerima kepala iaitu membungkus kepala pahlawan mati dalamperjuangan

    Menyambut kelahiran iaitu kain untuk membendung bayi baharu lahir Semasa majlis perkahwinan sebagai pakaian pengantin

    Digunakan semasa Gawai Bedaralemai iaitu gawai kesyukuran

    Digunakan semasa Gawai Sakit oleh bomoh dalam ritual pengubatan

    2. a. Huraikan tigaperingkat teori apresiasi oleh Edwin Panofsky.

    i. Objek yang natural atau primari

    Objek yang natural atau primari terbahagi kepada fakta dan

    ekspesi Makna diberoleh daripada bentuk

    Menurutnya bentuk adalah dihasil daripada konfigurasigarisan,warna, diperbuat dari gangsa atau batu.

    Objek natural adalah manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan,rumah dan alatan.

    Makna yang berhubung dengan objek diperolehi dari peristiwa.

    Makna juga diperolehi dari perasaan seperti sedih dansuasana,misalnya suasana rumah mewah atau rumah yang biasa.

    Alam berbentuk demikian dipanggil objek primari dan motif seniyang asas.

    Motif-motif tersebut dihuraikan sebagai pra-ikonografi dalam karyaseni.

    ii. Objek yang biasa atau sekunder

    Beliau menggambarkan sebuah arca objek lelaki yangmemengang pisau mewakili St. Bartholomew dan objekperempuan memegang buah peach adalah sebagai personalitiKejujuran.

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    5/11

    Beliau juga menggambarkan objek karya lukisan The LastSupper dalam gambaran dua watak jahat dan baik.

    Dalam karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna

    Dalam hal yang demikian, maka dalam pengolahan karya di atasterangkumlah persoalan objek yang digambarkan denganperistiwa. Disamping karya tersebut mencantumkan persoalan

    komposisi.

    iii. Makna intrinsik atau isi

    Beliau mendefinisikan makna melalui sejumlah prinsipyangmenentukan sikap sesuatu negara, zaman, kelas ataupendirian agama dan falsafah.

    Kesemuanya adalah dinyatakan melalui personaliti seseorangmelalui karya seni

    Beliau menyatakan kepentingan kaedah komposisi danikonogarafi dalam sesebuah karya.

    Beliau telah membuktikan sebuah karya bertajuk VirginMarydimana Mary terbaring di atas sofa melutut memujukBabyjesus. Gambaran objek karya menunjukkan skema tigasegi.

    Dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsik

    b. Kemukakan dua aspek perkembangan dan kecerdasan oleh Katherine Walkeryang dapat dikaitkan dengan situasi di atasi. Perkembangan

    - Pemerhatian- Kajian visual- Imaginasi dan pengwujudan idea

    - Penerokaan warna atau simbolisme

    ii. Kecerdasan- Pengalaman- Kawalan- Adaptasi- Pemilihan- Eksperimen

    4. a. Berikan empatsebab mengapa wujud pelbagai aliran seni lukis barat dalam seni

    catan tempatan.

    Penjajah pihak Inggeris di Tanah Melayu sedikit sebanyak telahmempengaruhi perkembangan seni di Malaysia. Pihak Inggeris telahmemperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme,zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusansehingga abad ke-19 apabila Seni Eropah terutamanya Seni Perancismula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    6/11

    pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,Futurisme dan Konstruktivisme

    Pada peringkat awal tahun 1930an berlakunya penghijrahan pelukis dariChina dan Indonesia pada peringkat awal telah membawa aliran realisme. Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan

    Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina. Tertubuhnya pelbagai kumpulan dan aktivis yang memberikan tumpuan

    dan fokus kepada aliran tertentu seperti Wenesday Art Group, ThursdayArt Group, Anak Alam, Angkatan Pelukis Malaysia dan lain-lain.Kumpulan dan organisasi seni yang ditubuhkan memainkan perananyang penting dalam proses perkembangan seni lukis di Malaysia.

    Pada tahun 1950an hingga hingga 1960an pelbaagai gaya aliran senilukis telah berkembang dari aliran realism kepada impresionisme,ekspresionis ke abstrak ekspresionisme terpulang kepada pengaruh danpendedahan pelukis-pelukis.

    Pengaruh seni Barat yang dibawa oleh pelukis tempatan yang

    mempelajari seni di luar negara. Sekembalinya pelukis-pelukis yangmendapat pendidikan di luar negara seperti Syed Ahmad Jamal,Tay HooiKeat, Sulaiman Esa, Choong Kam Kaw an lain-lain memperkenalkankonsep-konsep baru yang memeranjatkan masyarakat seni lukistempatan

    Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara telahmemberi sumbangan terhadap perkembangan pelbagai aliran seni diMalaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja berkarya dalam bidang minimal,pop, op dan lain-lain aliran semasa tetapi juga mula menyarankan senimelibatkan kepintaran, nilai-nilai mistika dan metafisika, maklumat danilmu yang luar dari bidang catan

    Lain-lain jawapan yang sesuai.

    b. Nyatakan tigasebab mengapa ciri-ciri naturalistik masih lagi digemari pelukis cat airMalaysia.

    Subjek matter mudah diperoleh jadi tiada masalah bagi pelukis untukmelukis gambar berunsurkan alam semulajadi seperti pemandangan,flora dan fauna.

    Alat dan bahan pewarna seperti cat air sesuai untuk lukisan yangbercirikan naturalistik kerana ia mudah diolah dan dibawa ke mana-mana.

    Catan bersifat naturalistik memang sesuai dihasilkan di luar studio inimenyebabkan pelukis berasa seronok dapat berinteraksi terus dengansubjek matter bila mereka mengadakan aktiviti out door.

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    7/11

    Lain-lain jawapan yang sesuai.

    5. Penilaian Karya

    Karya Catan Bumi dan Langit ini dilihat amat berjaya sama ada dari segibentuk,komposisi dan mesej yang ingin disampaikan. Pengganbungan pelbagaibudaya keilmuaan berstrukturkan format kesenian alam Melayu-Islam.

    Beliau bukan seorang pengkarya yang menghasilkan karya secara membutatuli. Sebelum menghasilkan karya beliau membuat penyelidikan budaya terlebihdahulu.

    Karya yang digarapkan adalah segar dan tulen menggambar keaslian danidentiti pelukis.

    Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu-Islam menjadi teras cara hidupnya

    amat terselah sehingga berjaya memantulkan keindahan dalaman melaluitanda visual pada karyanya.

    Penggabungan kefahaman tunjang budya Melayu-Islam sebagai strukturkaryanya , penerapan elemen barat digarap menjadi wardha pemikiran.

    Berjaya menggarapkan pengabbungan format kesenian Islam dan barat. Jelasterpancar kefahaman mengenai konsep penggulangan,dan gabungan elemenyang pelbagai.

    b Analisis Catan

    Penggunaan unsur-unsur seni seperti garisan, rupa, ruang dan warna.Pada karya tersebut terdapat pelbagai jenis garisan, ada garisan tebal, nipis,perlahan, sederhana, pantas dan tegas. Gabungan daripada pelbagai jenisgarisan ini telah membentuk beberapa kesan jalinan yang menarik yang sekaligus memperkayakan hasil karya tersebut.

    Penggunaan rupa agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawahkarya iaitu rupa merah pada tanah yang berlapis-lapis .

    Dari aspek ruang pula, pelukis telah menggunakan ruang mendatar dan ruangcetek. Secara keseluruhan karya beliau mendominasikan ruang cetek. Dalam

    pada itu, ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya padabahagian bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna merah.

    Pelukis telah menggunakan warna panas ke atas warna sejuk dalampengolahan hasil karya ini. Warna panas seperti merah dan kuning memenuhisebahagian kawasan bumi manakala warna sejuk seperti biru muda telahdiaplikasikan dengan berkesan.

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    8/11

    Format empat segitepat yang digunakan memberikan penekanan kepadakesimnabungan tidak sama ukur. Namun, begitu pelukis menggabungkan kesangrafik dalam karyanya

    Penggunaan gabungan elemen Prinsip Rekaan senilukis.Karya mengaplikasi atau membentuk satu kesatuan yang cukup

    mantap.Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta menimbulkankeunikan dan kepelbagaian.

    Kesatuan dan keanekaaan di dalam kepelbagaiaan itu telah membentuk karyayang sarat dengan nilai-nilai falsafah dan budaya dalam karyanya.

    Keseimbangan tidak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidaksekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yangdominan juga menimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur.Sebaliknya imej-imej dan bentuk pokok lalang, tanah , gunung, hujan danbintang- bintang membentuk struktur karya ini kepada titik fokus mencapahataupun memusat

    Dalam pengolahan karya ini,pelukis telah dapat menghimpunkan pelbagaisituasi iaitu gambaran situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang danwaktu senja. Situasi yang berlainan menggambarkan satu luahan idea, mindadan cetusan hati segala bentuk peristiwa dan kejadian diantara kedua-duaruang langit dan bumi

    6. a. Peringkat Deskripsi

    Memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihatseperti elemen sensori seperti warna , garisan, bentuk dan ruang.

    Penekanan diberikan kepada asas seni rekaPengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada

    karya seni tampak

    Elemen asas seni reka dinilai dan dikupasPenggunaan garisan terhasil dari kesan sapuan berus terutamanya pada

    bahagian air yang tenang. Garisan halus dilakar iaitu tiang-tiang karya yang

    diselindungi kabus pagi. Jalinan kesan terhasil dari kesan sapuan berus dan

    warna yang tebal pada bahagian langit dan air. Permukaan air yang bergerak

    dan bersinar dengan warna merah jingga

    Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsur-unsurseni dinilai dengan mendalam Melihat gaya dan stail yang dihasilkan. Gaya karya Impresionisme. Penggunan

    teknik impasto dengan kesan berus. Mengaplikasikan prinsip yang dipegang olehaliran Impresionisme iaitu menghasilkan lukisan berdasarkan apa yang dilihat didepan mata dan bukan imaginasi yang ditafsirkan oleh minda dimana pelukismenghasilkan catan berdasarkan objek sebenar tanpa melakukan penambahan

    atau pengubahsuaian

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    9/11

    Peringkat Analisis

    Penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspekkomposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam.

    Menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya.

    Ketenangan itu dimainkan peranannya oleh pelaut sedang mendayung dan divisualisasikan secara tenang bersama bayangan yang jatuh ke air.

    Persoalan tentang perasaan dalam penghasilan catan

    Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsip senidigunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi danmakna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea danperasaan mendalam sesebuah karya.

    Aplikasi prinsip rekaan iaitu fokus dan penegasan imej imbangan antaranyaruang dan warna. Kesesuaian objek dalam objek. Kontra dan imej

    Peringkat Interpretasi

    Membuat tafsiran, penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasibagi sesuatu perkara.

    Mengkaji kualiti ekspresif senimanDari semangat gerakan impresionisme ini suatu penemuan berasaskan saintifiktelah melahirkan teori persepsi dan teori warna yang membuktikan cahaya danbayang adalah seuatu fenomena alam. Juga dalam teori yang diketengahkan itumembuktikan tiada warna hitam alam semulajadi. Dengan bukti ini pelukis bolehmenolak warna hitam pada palet ketika melukis

    Peringkat Penilaian

    Mengulas dan membuat penilaian kebaikan atau masalah bagi sesuatu perkarasebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat impresionisme yangmahu menangkap kesan visual dan realiti. Ada pergerakan, cahaya dan sesuatuyang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan secara realiti.

    Memberi pandangan, pendapat dan membuat keputusan terhadap karya yangdihasilkan .Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yang terang untukmenggambarkan keindahan lautan ketika sang suria terbit. Namun yang lebih

    penting,pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan yang indah dancantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang dilihatnya sendiri.

    Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci.

    Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan danmelibatkan mood dan idea dalaman. Pergerakan impresionisme mementingkanhasil cahaya dan warna yang berperanan pada setiap permukaan

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    10/11

    Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea. Pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks

    seperti institusi dan masyarakatb Falsafah dan stail yang terdapat dalam catan tersebut.

    Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan Barat.

    Kebanyakan catan mengambarkan keindahan panorama alam semula jadi.

    Catan yang dihasilkan mempunyai falsafah dan sajak yang menyampaikanperasaan hati pengkarya.

    Sumber alam semulajadi mendapat tempat yang istimewa dalam seni catanChina.

    Catan lanskap China (Shan Shui) menekan unsur gunung dan air.

    Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepada ekspresi yangmembawa pengertian terhadap keseluruhan catan.

    Seorang artis harus dapat berinteraksi dengan alam secara harmoni danterjemah falsafahnya melalui catan.

    Konsep Yin dan Yang menjadi teras (keseimbangan kekuatan dan kelemahan).

    Yin - gunung, kuda hitam, ayam jantan manakala Yang - kabus, air, awan,bunga, lembah.

    Monokrom - penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad bagimendapatkan impak mendalam.

    Komposisi - mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak danmendatar.

    Ton dan suasana - Chi Yun Sheng Tung ton yang memberi suasana yangghairah dan dinamik.

    Struktur dan sapuan berus - sapuan awal beri pengertian, dibuat secara spontandan simbol alam semulajadi.

    Lakaran - pembentukan awal sesuatu gambaran

    Kesesuaian lukisan dengan objek - walaupun lukisan tak sama dengan objeksebenar perlu ada persamaan dalaman.

    3. huraikan perbezaan antara catan Cina dengan Catan India dengan menggunakanborang pengurusan grafik.

    Perbezaan Antara Catan

    Catan India Catan China

  • 8/13/2019 contoh soalan PSV3110

    11/11

    Menceritakan mengenai perihal masyarakatdan cara hidup masyarakat kaum India.

    Catan India kebanyakannya flat danmendatar

    Tidak menggunakan banyak ton

    Perkembangan lukisan mengikut empayar

    pemerintahan. Aliran lukisan seperti lukisanMughal,dan lukisan Pahari dan lukisanRajpur

    Motif catan berdasarkan situasi sekeliling.Biasanya seperti burung, pokok,haiwan danpotret pembesar,perihal kehidupanmasyarakat serta apa sahaja yang terlintasdifikiran

    Catan dilukis atas kertas dan biasanyamenggunakan kedua-dua belah kertas

    Makna dan ekspresi sesuatu catan tidakditonjolkan melalui eskpresi pada wajahsubjek. Tapi penceritaan adalah melalui

    pergerakan dan aksi subjek dalam catan Penggunaan warna yang menampilkan

    keghairahan seperti merah dan jingga

    Corak catan lebih kepada gambarpermandangan seperti gubung-ganang,batu-batuan dan salji

    Elemen-elemen yang dilukis untuk mewakilialam semesta seperti gunung tinggi yangdipenuhi pokok-pokok kecil yang rimbun,air

    sungai dan tasik. Catan China menggunakan berus

    sepenuhnya. Berus buluh dicelup kedalamdakwat cina yang cair untuk melukis

    Penelitian dilakukan dalam catanSetiap maksud digambarkan dengan jelasmelalui catan yang dilukisCatan juga berkaitan dengan cerita-ceritametos atau tentang dewa-dewa

    Terdapat makna atau sajak ditepi catan

    Menggunakan konsep Yin dan Yang dalammenghasilkan karya

    Catan China mempunyai maksud yang

    tersirat atau falsafahnya yang tersendiricontohnya awan cerah melambangkankeharmonian,awan gelap menimblkansuasan kemuraman