contoh surat rayuan haji

3
Alamat Y.B. Dato’ XXXXXX Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aras 9, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya 1 Julai 2008 Yang Berhormat Dato’ Assalamualaikum wbh.. Rayuan Bantuan Dalam Permohononan Mengerjakan Ibadah Haji Musim XXXXH . Dengan rahmat Allah SWT dan kemuliaanNYA, didoakan semoga Dato’ berada didalam kesejahteraan dan perlindunganNYA. Merujuk kepada perkara di atas, saya, Idrus xxxxxxxxxxxxxxxxxx serta isteri, Jara xxxxxxxxxxxxxxxxxxx dengan rasa amat rendah hati, ingin memohon jasa baik Dato’ andai dapat sekiranya Dato’ membantu dalam mempermudahkan permohononan kami kepada pihak Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji Malaysia yang dikirim xxxxxxxxx lalu. Untuk makluman Dato’, mengikut jadual daftar giliran Tabung Haji Malaysia, saya dan isteri hanya dijadualkan mengerjakan Ibadah Haji pada tahun 2013 nanti iaitu lima tahun dari sekarang. Namun kami telah merayu agar giliran kami dapat dipercepatkan demi faktor-faktor tertentu yang telah diterangkan di dalam surat rayuan kepada Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji Malaysia, Lembaga Tabung Haji Malaysia. Setelah beberapa kali susulan keatas rayuan kami kepada lembaga tabung haji, setakat ini rayuan tersebut masih tidak berjaya.

Upload: suraiya-abd-rahman

Post on 23-Jun-2015

7.801 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Surat Rayuan Haji

Alamat

Y.B. Dato’ XXXXXXMenteri di Jabatan Perdana Menteri,Aras 9, Blok D7, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 Putrajaya

1 Julai 2008

Yang Berhormat Dato’

Assalamualaikum wbh..

Rayuan Bantuan Dalam Permohononan Mengerjakan Ibadah Haji Musim XXXXH .

Dengan rahmat Allah SWT dan kemuliaanNYA, didoakan semoga Dato’ berada didalam kesejahteraan dan perlindunganNYA.

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Idrus xxxxxxxxxxxxxxxxxx serta isteri, Jara xxxxxxxxxxxxxxxxxxx dengan rasa amat rendah hati, ingin memohon jasa baik Dato’ andai dapat sekiranya Dato’ membantu dalam mempermudahkan permohononan kami kepada pihak Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji Malaysia yang dikirim xxxxxxxxx lalu.

Untuk makluman Dato’, mengikut jadual daftar giliran Tabung Haji Malaysia, saya dan isteri hanya dijadualkan mengerjakan Ibadah Haji pada tahun 2013 nanti iaitu lima tahun dari sekarang. Namun kami telah merayu agar giliran kami dapat dipercepatkan demi faktor-faktor tertentu yang telah diterangkan di dalam surat rayuan kepada Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji Malaysia, Lembaga Tabung Haji Malaysia. Setelah beberapa kali susulan keatas rayuan kami kepada lembaga tabung haji, setakat ini rayuan tersebut masih tidak berjaya.

Antara faktor-faktor tersebut adalah:

1. Faktor Umur :

Saya (x tahun) dan isteri (x tahun)Saya dan isteri sama-sama telah lanjut usia dan sementara masih berkemampuan dan berkesempatan untuk mengerjakan haji, kami berharap agar giliran melaksanakan haji dapat dipercepatkan ke tahun ini.

2. Faktor Kesihatan:

Page 2: Contoh Surat Rayuan Haji

Oleh kerana lanjut usia, keadaan kesihatan kami tidak menentu. Kedua-dua kami adalah pengidap darah tinggi dan kencing Manis yang terkawal. Oleh itu sementara kesihatan kami masih mengizinkan, kami ingin segera menjalani ibadah haji ini.

3. Wang Tabungan Ibadah Haji Telah mencukupi persyaratan Tabung Haji:Jumlah simpanan wang di dalam kedua-dua akaun kami, setiap seorang telah pun mencukupi jumlah yang diperlukan dan disyaratkan oleh Tabung Haji.

4. Ibadah Haji Pertama: Kami berdua belum pernah mengerjakan haji sebelum ini, maka amat besar dan tinggi harapan kami untuk melaksanakan ibadah haji untuk musim 1429H ini. Semoga diberi keutamaan untuk mengerjakan ibadah ini.

Maklumat Pemohon

Nama Suami :Umur :K/P : Ak Tabung Haji :

Nama Isteri :Umur :K/P : Ak Tabung Haji :

Justeru itu, saya dan isteri benar-benar memohon jasa baik Dato’ agar dapat membantu permohonan kami kepada pihak Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji Malaysia serta mendapat kelulusan dari pihak tersebut.

Sekian, saya dan bagi pihak isteri saya, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada Dato’ diatas perhatian dan pertolongan yang dapat Dato’ berikan. Moga-moga hasrat kami, suami-isteri untuk menjadi TETAMU ALLAH pada musim ini dimakbulkan Allah SWT, insyaalah.

Yang Benar,

xxxxx(KP: xxxx)