contoh ungkapan dalam karangan

7
CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN 1. Prinsip moral merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini telah pun ditekankan dalam prinsip Confucius yang berpaksikan ‘ren’ (perikemanusiaan), ‘li’ (kesusilaan) dan ‘xiao’ (ketaatan ). 2. Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman untuk mengubah perilaku mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi tidak belajar daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah melakukan satu lagi kesilapan. 3. Sejarawan dunia iaitu Herodotus pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak berusaha memajukan dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini. 4. Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa kejayaan mendidik anak-anak merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka. Justeru, didiklah anak-anak sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. 5. Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa untuk mencari ubi galilah tanah sekaki tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam mungkin. 6. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. 7. Jika pokok itu diserang kulat dan tidak ditebang maka seluruh ladang boleh musnah. Oleh itu, kita tidak seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani kemelut yang semakin ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 8. Amalan berbudi bahasa dan bersopan santun amat dijunjung tinggi dalam kehidupan kita sehari-harian. Maka, berpeganglah pada kata-kata ulama terkenal iaitu Hamka. Menurut beliau segala ikatan akan terurai, segala jambatan akan putus dan segala simpulan akan terlepas kecuali yang diikat, dihubung dan disimpul dengan tali budi 9. Kesihatan amat penting kepada individu, keluarga dan masyarakat. Setiap individu haruslah memastikan dirinya dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa berada dalam cergas dan cerdas. Rakyat yang cergas dan cerdas akan dapat memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan negara dan ummah. Menurut Hamka ketenteraman hati merupakan perkara penting dalam kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah merupakan pangkal segala penyakit.

Upload: sohu1234

Post on 31-Dec-2015

135 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh ungkapan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Ungkapan Dalam Karangan

CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1.       Prinsip moral  merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini telah pun ditekankan dalam prinsip  Confucius yang berpaksikan ‘ren’ (perikemanusiaan), ‘li’ (kesusilaan)  dan  ‘xiao’ (ketaatan ).

2.       Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman untuk mengubah perilaku mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi tidak belajar daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah melakukan satu lagi kesilapan.

3.       Sejarawan dunia iaitu Herodotus  pernah berkata bahawa  sesiapa yang tidak berusaha memajukan dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini.

4.       Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa  kejayaan mendidik anak-anak merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka.  Justeru, didiklah anak-anak sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

5.       Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa  untuk mencari ubi galilah tanah sekaki tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam mungkin.

6.       Cendekiawan terkemuka dunia iaitu  Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa  tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung  tanpa mendakinya.

7.       Jika pokok itu diserang kulat dan tidak ditebang maka seluruh ladang boleh musnah. Oleh itu, kita tidak seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani kemelut yang semakin ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

8.       Amalan berbudi bahasa dan bersopan santun amat dijunjung tinggi dalam kehidupan kita sehari-harian. Maka, berpeganglah pada  kata-kata ulama terkenal iaitu Hamka. Menurut beliau segala ikatan akan terurai, segala jambatan akan putus dan  segala simpulan akan terlepas kecuali yang diikat, dihubung dan disimpul dengan tali budi

9.       Kesihatan amat penting kepada individu, keluarga dan masyarakat. Setiap individu haruslah memastikan dirinya dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya sentiasa berada dalam cergas dan cerdas. Rakyat yang cergas dan cerdas akan dapat memberikan sumbangan yang tidak  ternilai kepada pembangunan negara dan ummah. Menurut Hamka ketenteraman hati merupakan perkara penting dalam kesihatan rohani dan jasmani. Ragu dan gelisah merupakan pangkal segala  penyakit.

10.   Identiti nasional rakyat Malaysia hendaklah kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.

11.   Internet menjadi sungai besar yang mengalir sekian banyak kebaikan tetapi juga berisi  kotoran dan najis. Hari ini maklumat dan ilmu datang tanpa tapisan.

12.   Globalisasi sedang melanda kita. Dunia semakin hilang sempadannya. Dasar langit terbuka yang kita amalkan mengundang pellbagai  ancaman.

Page 2: Contoh Ungkapan Dalam Karangan

13.   Modal insan merupakan tunggak program pembangunan negara dan agen perubahan dalam masyarakat. Mereka juga ialah jurubina umat, pembangunan generasi dan penyumbang kegemilangan negara.

14.   Sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan dan generasi yang berkualiti berupaya membuat lonjakan pantas memajukan masyarakat dan negaranya.

15.   .Menurut  tokoh ilmuan;  Barang siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan kemudian menjadi gelap.

16.   Sesungguhnya, pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang.

17.   Dunia tidak menyediakan jaminan untuk berjaya tetapi menawarkan peluang untuk berjaya.

18.   Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang memerlukan joran dan umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.

19.   Pembangunan lahiriah perlu seiring dengan pembangunan insaniah demi merealisasikan masyarakat madani.

20.   Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan “kemajuan”?

21.   Mengapakah senario yang menjadi duri dalam daging ini berlaku? Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah selera!

Page 3: Contoh Ungkapan Dalam Karangan

Penggunaan Peribahasa / Kosa kata / Ungkapan Dalam karanganPenggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kata Dalam karangan Dimensi Diri

Buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM sila hafal beberapa panduan yang diberikan di bawah ini, dan gunakannya ketika menjawab soalan karangan. Petikan ayat-ayat ini PERNAH digunakan oleh pelajar yang memperoleh markah CEMERLANG dalam peperiksaan PMR dan SPM yang sebenar. Saya hanya berkongsi pengalaman saya bersama-sama anda semua. Saya yakin KECEMERLANGAN adalah untuk semua pelajar yang MAHU BERUSAHA untuk kecemerlangan. Walau saya tiada kaitan dengan anda semua TETAPI saya KOMITED untuk kecemerlangan anda semua!             

1.     Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk ………………………………?

2.     semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama

3.     Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran  itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

4.     Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

5.     Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia  yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.

6.     Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan  media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara

Page 4: Contoh Ungkapan Dalam Karangan

menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

7.     Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi  untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan  kesyukuran yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

8.     Remaja  kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga

1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

2. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

3. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

4. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

5.  Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini

Page 5: Contoh Ungkapan Dalam Karangan

sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

6. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.

7. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga. 

8. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 

9. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.

10. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

11. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.

12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahudihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.