copyright © imbre institute for management and business...
TRANSCRIPT
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 1
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 2
Pendahuluan
Mohd Fairus Kassim atau dikenali sebagai Fairus dalam kalangan warga kerja Unit Komunikasi
Korporat FGV merupakan ketua kepada sub-unit komunikasi luar unit yang sama. Fairus mula
berkhidmat sebagai pegawai di FGV bermula pada November 2014. Beliau dilantik sebagai ketua
sub-unit pada April 2018. Bersama FV bukan merupakan pengalaman baru atau pekerjaan yang
pertama selepas pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Sebelum berkecimpung dalam dunia
komunikasi korporat, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan selama enam
tahun sebagai wartawan di dua organisasi media utama dia Malaysia iaitu Utusan Malaysia dan
Sinar Harian. Beliau sempat berseloroh, jika mahu menjadi Pegawai Komunikasi Korporat yang
cemerlang, pengalaman sebagai seorang wartawan merupakan satu bonus.
Semasa melapor diri di FGV pada tahun 2014, keadaan FGV dari segi perniagaan mengalami naik
turun dalam perdagangan sahamnya. Setelah melonjak naik hingga RM5.46 apabila perniagaan
dimulakan pada Jun 2012, harga saham FGV jatuh merudum secara sistematik dan berterusan
hingga tahun 2019. Malah menjadi lebih serius apabila terdapat krisis yang menjadi bualan hangat
di media arus perdana Malaysia apabila terdapat kes yang berkaitan dengan pengarah Datuk
Zakaria Arshad. Menurut Fairus, pada hari pertama beliau menjadi salah seorang ahli organisasi FGV
bagaikan melangkah kaki kanan dan disambut dengan krisis yang perlu dikendalikan oleh Unit
Komunikasi Korporat. Tambah beliau, keadaan menjadi lebih serius dalam tempoh penghujung 2017
sehingga awal 2019. Krisis yang berlaku dalam organisasi FGV bukan sahaja menjejaskan nilai
dagangan malah memberikan kesan negatif terhadap organisasi. Hal ini kerana FGV mempunyai
khalayak dalaman dan luaran dalam bilangan yang besar.
Menurut Fairus pelbagai strategi diambil dalam mengendalikan krisis dalam tempoh tersebut dalam
usaha menaikkan kembali dan membersihkan nama FGV daripada kontroversi skandal kewangan
yang lebih dahsyat daripada skandal 1MDB.
Latarbelakang Organisasi FGV
FGV Holdings Berhad (didaftarkan sebagai Felda Global Ventures; singkatan FGV. Dahulu dikenali
sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad; MYX: 5222) ialah sebuah syarikat pertanian dan
komoditi pertanian global Malaysia dan merupakan anak syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA). Dengan operasi di seluruh dunia, FGV menghasilkan keluaran kelapa
sawit, getah, kacang soya dan produk kanola, oleokimia dan produk gula.
Struktur Perniagaan
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 3
Sejarah
Felda Global Ventures diperbadankan sebagai sebuah syarikat berstatus Sendirian Berhad pada 19
Disember 2007, ia pada mulanya dikendalikan sebagai cabang perdagangan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA). Perniagaan teras FGV merangkumi Sektor Perladangan, Logistik & Lain-
lain (LO) dan Sektor Gula. FGV mula disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 2012 dan
penyenaraian tawaran awam awal (IPO) syarikat ini merupakan yang kedua terbesar di dunia
selepas Facebook.
FGV ialah syarikat ketiga terbesar kelapa sawit di dunia mengikut keluasan tanaman. Di Malaysia
sahaja, FGV mengawal lebih 850,000 hektar tanah, yang merangkumi 500,000 hektar secara kasar
bahawa ia menyewa dan menguruskan untuk 112,635 pekebun kecil FELDA.
Pada Mac 2014, FGV mempertimbangkan untuk memisahkan bahagian pengangkutan dan
logistiknya, dengan menggabungkannya dengan syarikat perkhidmatan logistik bebas yang sedia
ada; syarikat Malaysia Century Logistics Holdings Bhd telah disebut sebagai rakan kongsi dalam
latihan ini.
Kumpulan ini merancang untuk melupuskan dua atau tiga aset atau pelaburan bukan teras dan
tidak berbayar, yang dinilai "beberapa ratus juta ringgit" dan sekaligus menambah pendapatan
kepada FGV. FGV mengumumkan pada Mei 2018 untuk meningkatkan mekanisasi di estetnya
kepada 115,000 hektar atau 35% daripada keseluruhan kawasan penanamannya menjelang 2020.
Pada 3 Julai 2018, Felda Global Ventures Holdings Berhad bertukar nama kepada FGV Holdings
Berhad. Menurut kenyataan rasmi FGV: "Perubahan ini akan membolehkan FGV membangunkan
jenama dan identiti tersendiri yang berasingan daripada Felda, pemegang saham utama kami dan
membolehkan pemegang kepentingan untuk membezakan antara kedua-dua entiti."
Hal Ehwal Korporat
Kewangan
Bagi tahun fiskal 2016, FGV dilaporkan telah meraih kenaikan keuntungan sebanyak 35 peratus bagi
pendapatan suku kedua, dan meraih pendapatan sebanyak RM1.33 juta pada suku pertama
berakhir pada 31 Mac 2018. Menurut laporan tahunan FGV 2017, ramalan harga purata minyak
sawit mentah pada 2,400 ringgit meningkat kepada 2,600 ringgit setan pada 2018.
Pentadbiran
FGV mengkaji dasar dan amalan tadbir urus korporat yang menyaksikan pengenalan kerangka dan
struktur tadbir urus yang lebih cekap, dasar baru dan semakan semula dasar dan prosedur sedia
ada Kumpulan untuk menyelaraskan cabang dan aktiviti FGV dengan lebih baik dalam tadbir urus
korporat dan amalan perniagaan.
Kepimpinan
Azhar Abdul Hamid merupakan pengerusi FGV terkini sejak 8 September 2017, menggantikan Isa
Samad yang terbabit dengan kontroversi rasuah yang melanda syarikat itu. Jawatan Pengerusi FGV
dipegang oleh Zakaria Arshad pada 1 April 2016, menggantikan Mohd Emir Mavani Abdullah yang
telah tamat kontrak. Zakaria melepaskan jawatan pada 18 September 2018.
Pada 23 Januari 2019, Haris Fadzilah Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 4
Krisis Menjejaskan Reputasi
Sejak kebelakangan ini pelbagai krisis berlaku dalam kepelbagaian organisasi samada sektor awam
mahupun sektor swasta. Krisis atau dalam kata lain kejadian yang tidak dijangka berlaku dalam
organisasi membawa kepada kesan buruk dan lebih sukar dikendalikan apabila ia mempengaruhi
individu atau masyarakat. Secara teoretikal terdapat langkah-langkah yang dapat disesuaikan
dengan perancangan tindakan yang boleh dilakukan apabila Coombs (1999) memperkenalkan
satu teori yang diberi nama Situational Crisis Communication Theory (SCCT). SCCT sangat popular
dalam dunia teoretikal apabila berlakunya krisis. Ia merupakan kaedah berasaskan teori, yang diuji
secara empirikal untuk memilih strategi tindak balas terhadap krisis. SCCT terdiri daripada tiga
elemen teras: (1) keadaan krisis, (2) strategi tindak balas terhadap krisis, dan (3) sistem untuk
memadankan di antara keadaan krisis dan strategi tindak balas krisis yang sesuai. SCCT
mengesyorkan pemilihan strategi tindak balas krisis yang bersesuaian dengan ciri-ciri keadaan krisis
yang berlaku dalam sesebuah organisasi.
Salah sebuah organisasi yang sedang menghadapi krisis berterusan adalah Felda Golden Ventures
(FGV). Unit yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan krisis adalah di bawah Unit Komunikasi
Korporat yang diketuai oleh saudara Fairus Kassim mewakili sub-unit Komunikasi Luaran. Menurutnya
sepanjang tahun, FGV terlibat dalam beberapa kontroversi dan skandal yang melibatkan
pengurusan, kakitangan, dan warga kerjanya. Malah Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram memberi
kenyataan berdasarkan laporan berita Malaysiakini pada 4 November 2017, skandal FGV dilihat
lebih besar daripada kontroversi dan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) kerana ia memberi kesan kepada negara dan rakyat. Beliau dipetik sebagai berkata:
"Skandal yang lebih besar pada pandangan saya, yang menjejaskan lebih ramai orang, adalah
FGV,".
Pada masa kini, krisis tidak dapat dielakkan lagi ekoran daripada perkembangan teknologi yang
kian berkembang. Organisasi besar mahupun kecil tidak terkecuali dalam menghadapi krisis yang
berlaku secara tiba-tiba dan di mana sahaja sehingga menjejaskan imej dan reputasi organisasi.
Krisis adalah satu ancaman yang berpotensi merosakkan sesebuah organisasi. Hal ini kerana, krisis
memberikan peluang kepada masyarakat untuk berfikir secara negatif terhadap organisasi. Malah,
tiada syarikat yang kukuh dari aspek kewangan, kukuh atau bereputasi tinggi kebal terhadap krisis.
Ancaman kepada reputasi organisasi melalui krisis yang berlaku boleh memusnahkan imej atau
jenama yang dibangunkan dan dilaburkan dalam tempoh lebih daripada satu dekad dalam sekelip
mata. Walaupun kebanyakan krisis mempunyai isyarat awal yang mungkin boleh dikesan dan
diambil tindakan, akan tetapi sesebuah organisasi tidak terlepas daripada bertindak balas terhadap
krisis bagi menjaga nama baik organisasi. Krisis perlu dijangka, difahami dan merancang tindakan
untuk mengembalikan kembali imej yang positif.
Titik Tolak Berlakunya Krisis
FGV Dihimpit Persepsi Negatif – Utusan Malaysia / 1 Jun 2015
FGV: Lakukan inkuiri segera – Shahrir – Berita Harian / 7 Jun 2017 Peneroka Mahu Kemelut FGV Selesai
Dengan Baik – Mstar / 4 Julai 2017 CEO FGV letak jawatan – Astro Awani / 19 Sept 2018
Azmin belum terima cadangan nama CEO baharu FGV – Astro Awani / 9 Jan 2019
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 5
Terpampang di dada-dada akhbar bermula pada tahun 2015 mengenai krisis-krisis yang berlaku
dalam organisasi FGV yang memberikan kesan kepada organisasi FGV. Ekoran kemelut yang
berlaku, Fairus perlu memikirkan sesuatu bagi menyelesaikannya.
Sebelum Fairus sertai FGV sebagai salah seorang khalayak dalaman berita-berita negatif mula
dipaparkan di dada-dada akhbar dan siaran berita elektronik seperti TV dan radio iaitu pada
peringkat permulaan berlakunya kemelut ini adalah sejak perancangan FGV disenaraikan dalam
bursa saham pada tahun 2012. Beliau sentiasa memantau krisis FGV ketika waktu tersebut. Hal ini
kerana, pada ketika tersebut tugasannya sebagai wartawan di Utusan Malaysia membuatkan
beliau lebih dekat dengan krisis yang berlaku. Pada pemerhatian dan pemahamannya pada
peringkat tersebut kebanyakan penulisan beliau ke arah politik. Melihat kepada perkaitan di antara
ahli-ahli politik Malaysia pada ketika itu dengan FGV.
Hal ini jika dilihat kembali kronologi perlantikan pengarah urusan pada peringkat awal, individu yang
dilantik tersebut merupakan seorang ahli politik iaitu Tan Sri Isa Samad. Beliau dilantik pada tahun
2010 sebagai pengerusi FELDA. Pada waktu tersebut tiada siapa yang mengenali FGV yang
dikendalikan di bawah Felda Holding Berhad (FHB). Tibalah masa apabila FGV disenaraikan dalam
bursa, organisasi ini mula mendapat perhatian publik. Fairus mengatakan bahawa sebelum
organisasi ini disenaraikan, publik langsung tidak mengetahui yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
Pemegang saham pada waktu tersebut adalah Koperasi Permodalan FELDA (KPF) iaitu dengan nilai
saham sebanyak 51% dan 49% daripada FELDA. Sehingga 2009, FELDA menubuhkan FGV sebagai
salah satu organisasi Investment Vehicle (pelaburan kenderaan). Beroperasi daripada bawah, FGV
telah mengambil 49% saham yang dimiliki oleh Felda. Selepas 2009 Felda Holdings Berhad (FHB)
dimiliki oleh FGV 49% dan KPF 51%. Akan tetapi pemilikan masih lagi di bawah KPF. Apabila ia
disenaraikan dalam bursa saham, FGV telah mengambil alih 100% saham KPF. Secara tidak langsung
FGV memiliki 100% FHB. Selepas ia berada dalam senarai saham, segala pengumuman dilakukan
untuk pengetahuan pemegang taruh dan publik. Maka bermula episod di mana FGV mula dikenali
dari segi orientasi perniagaan. Segala aktiviti yang dilakukan dalam bentuk pelaburan mula
diketahui. Sekiranya pada masa ini berlakunya sesuatu yang memberikan satu perspektif negatif
terhadap organisasi secara tidak langsung ia akan diketahui oleh orang ramai. Keadaan menjadi
runcing sebelumnya PRU ke-14, Perdana Menteri melantik pengerusi dan ketua pegawai eksekutif.
Hakikat sebenar pemilihan pengerusi, kerajaan akan memilih siapa individu yang layak memegang
jawatan tersebut dalam organisasi FGV.
Bagaimanakah krisis bermula? Krisis yang melibatkan FGV bermula selepas Presiden Kumpulan dan
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti pada bulan Jun 2017 ekoran
daripada penyiasatan terhadap urus niaga tertentu oleh anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn
Bhd. Krisis menjadi lebih serius apabila Wartawan Sharizan Salian melalui akhbar Berita Harian pada
28 Ogos 2018 melaporkan bahawa penemuan yang membimbangkan terhadap siasatan
pembelian Asia Plantations Limited (APL), pelaburan dalam FGV Cambridge Nanosystems Ltd (FGV
CNS) serta pembelian kondominium Troika. Laporan berita mengenai krisis yang berlaku memberi
kesan yang negatif terhadap imej FGV. Hal ini disebabkan pemegang saham utama melibatkan
112,635 keluarga peneroka di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Perseketuan (FELDA).
Berikut merupakan kronologi terhadap krisis yang berlaku dalam FGV:
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 6
Tahun 2017
• Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti
Jun 2017.
• Audit dalaman akan dijalankan.
• Satu artikel oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, yang mendakwa Isa mahu Zakaria
disingkirkan dalam usaha untuk menutup dakwaan amalan rasuah dalam FGV.
• Safitex dilaporkan mempunyai hutang terkumpul sebanyak AS$8.3 juta (RM35.38 juta pada
kadar semasa) dan tidak membuat sebarang pembayaran balik sejak akhir
Tahun 2015.
• Penemuan yang membimbangkan terhadap siasatan yang telah dijalankan ke atas FGV.
• Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Zakaria
Arshad digantung serta-merta.
Pengurusan Krisis dalam Usaha Meningkatkan Reputasi
Menurut saudara Fairus keadaan bekerja menjadi lebih sibuk tanpa mengira jam dan hari.
Kadangkala beliau mula bekerja jam 8 pagi sehingga malam dan melibatkan waktu-waktu hujung
minggu. Beliau sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa bidadari yang dipilih menjadi suri
rumah tangga adalah pilihan yang tepat. Kerana isterinya seorang yang memahami keadaan
jadual kerja yang begitu padat. Sehinggakan organisasi memerlukan beliau untuk keluar bekerja
dari kawasan Kuala Lumpur.
Berbalik kepada krisis. Dalam keadaan tenang pada tahun 2017 terpampang di dada akhbar
mengenai bos beliau yang diarah bercuti. Fairus terus menghubungi setiausahanya dengan kadar
segera. Beliau menyuruh setiausahanya mengeluarkan satu e-mail kepada semua staf unit
komunikasi korporat bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada hari tersebut.
Kandungan e-mail tersebut juga diletakkan satu ayat ‘memerlukan tindakan segera’.
Semasa mesyuarat tersebut, beliau bertanggungjawab melantik ahli-ahli organisasi dalam
membentuk satu jawatankuasa khas. Selesai membentuk jawatankuasa khas beliau menyuruh ahli-
ahli organisasi yang tidak terlibat keluar daripada mesyuarat tergempar tersebut. Pada ketika ini,
Fairus menggalas satu tanggungjawab yang besar. Beliau memerlukan idea-idea daripada ahli
jawatankuasa dalam kadar segera bagi menyelesaikan krisis yang sedang berlaku. Fairus
membahagikan satu jawatankuasa dalam tiga kumpulan yang kecil yang diberi nama A, B dan C
dalam membentuk pelan perancangan. Kumpulan A perlu memikirkan jalan penyelesaian atau
langkah-langkah segera yang perlu diambil dalam mengurangkan krisis yang berlaku. Bagi
kumpulan B, beliau menyarankan idea-idea yang boleh dilakukan dalam tempoh pertengahan.
Manakala kumpulan C, memfokuskan kepada satu tindakan yang mengawal situasi dan
menyelesaikan krisis dalam tempoh jangka panjang. Sebagai contoh perancangan jangka panjang
merupakan tindakan yang akan dilakukan berdasarkan matlamat yang telah direncanakan dalam
mengatasi krisis untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Suasana bilik mesyuarat menjadi sibuk
dengan pelbagai idea dilontarkan dan dikongsi kan bersama. Ketiga-ketiga kumpulan perlu
menggerakkan strategi masing-masing pada yang sama.
Fairus mendapat kerjasama yang hebat daripada rakan-rakannya di Unit Komunikasi Korporat
memfokuskan kepada Jawatankuasa Khas yang dibentuk. Kumpulan A memberikan idea bahawa,
ahli-ahli kumpulannya perlu menyediakan siaran media dan menjawab segala soalan yang
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 7
diberikan oleh media. Pada ketika ini keadaan menjadi sedikit tegang. Pemegang-pemegang
saham mula menghubungi CEO bertanyakan mengenai apa yang berlaku. Akan tetapi ahli-ahli
jawatankuasa khas belum mempunyai apa-apa maklumat yang boleh diberikan kepada
pemegang saham. Ahli kumpulan A ada antara mereka yang membuka peti e-mail dan
menggunakan telefon menghubungi kembali pemegang saham dalam kadar segera. Manakala
kumpulan B berkongsi idea-idea lain berteraskan seperti gerak kerja teknikal yang boleh dilakukan
dalam menghadapi krisis. Menurut Fairus, kumpulan C melontarkan idea-idea awal mengenai
penjenamaan semula nama syarikat FGV itu sendiri. Fairus berkata, semua kumpulan kecil yang
dibentuk di bawah satu jawatankuasa khas dalam menghadapi krisis ini akan bergerak seiring cuma
hasilnya berbeza mengikut kumpulan-kumpulan tersebut.
Tindakan Sebelum Semasa dan Selepas Berlakunya Krisis
Ketika krisis berlaku, masyarakat memberikan satu pandang negatif terhadap organisasi FGV. Bagi
Fairus, pandangan negatif yang diberikan memberikan kesan terhadap perniagaan yang dijalankan
oleh FGV. Beliau perlu mengkaji apakah kesan-kesan lain yang boleh menjejaskan struktur organisasi
secara keseluruhan. Beliau bimbang dengan pemegang saham yang melabur dengan organisasi
tempat beliau bekerja. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh pemegang saham, memberikan
kesan terhadap organisasi FGV. Kadangkala terdetik di fikirannya mengenai punca rezeki beliau
sekarang adakah dapat diteruskan atau tidak jika krisis tidak dapat ditangani dengan strategi dan
langkah yang betul. Hal ini kerana, khalayak iaitu pemegang saham memainkan peranan penting
dalam menentukan naik turun operasi syarikat. Selain itu, Fairus juga mengatakan bahawa sebelum
beliau memegang jawatan sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat dengan menerajui Jabatan
Komunikasi Luar, pelan-pelan tindakan khas dalam menangani krisis belum lagi wujud. Akan tetapi
terdapat pelan-pelan yang telah dibentuk hasil daripada krisis yang berlaku ketika beliau berada di
FGV.
Semasa beliau mendapat khabar berita mengani krisis yang berlaku, ahli-ahli dalam unitnya akan
membuka kembali fail-fail yang terdapat di dalam almari mahupun dalam bentuk Salinan lembut di
dalam computer. Ahli-ahli jawatankuasa akan mengenal pasti pelan-pelan tindakan sedia ada
berdasarkan krisis yang terjadi sebelumnya. Semua fail dibuka kembali untuk melihat kembali pelan-
pelan tindakan. Pelan tersebut adalah hasil daripada laporan yang telah dilakukan berdasarkan
krisis yang berlaku dan apakah impak yang menjejaskan reputasi FGV terutamanya. Beberapa fail
dilihat dan dibaca satu persatu. Jika pelan tersebut sesuai dengan krisis yang berlaku pada masa
tersebut, pelan tindakan tersebut akan diambil sebagai salah satu alat pengukur dalam
menyelesaikan krisis yang berlaku. Semasa krisis berlaku tindakan akan diambil berdasarkan pelan
yang dipilih untuk mengurangkan kekecohan yang berlaku akibat penyebaran berita oleh media-
media tertentu dan secara tidak langsung dapat menyelesaikan krisis tersebut.
Fairus berkata hubungan dengan rakan sekerja di tempat organisasi lama beliau bekerja masih lagi
utuh. Masing-masing masih lagi menghubungi antara satu sama lain. Malahan, kumpulan-kumpulan
yang dibentuk di aplikasi interaktif seperti WhatsApp masih lagi rancak berbunyi deringan notifikasi.
Hubungan beliau dengan rakan media memudahkan lagi kerja-kerja penyampaian maklumat.
Hubungan yang baik di antara Unit Komunikasi Korporat dan Agensi Media Malaysia amat
diperlukan sepanjang masa dan menjadi penting terutamanya semasa berlakunya krisis. Jika dilihat
kembali, media memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat. Tanpa media, nama-
nama organisasi tidak dikenali ramai walaupun terdapat pelbagai media alternatif seperti media
baru. Apa yang perlu diingat adalah capaian media baru masih lagi tidak meliputi keseluruhan
khalayak dari segi demografi. Penduduk-penduduk yang berada di luar bandar dan golongan
warga emas atau pertengahan umur masih lagi menggunakan media tradisional. Oleh itu, sehingga
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 8
ke hari ini organisasi masih lagi bergantung sepenuhnya kepada media seperti FGV dalam
menyampaikan maklumat kepada khalayak luar terutamanya.
Semasa krisis, telefon sentiasa berdering. Kelihatan nombor-nombor yang tertera pada telefon pintar
milik Fairus adalah daripada media-media arus perdana. Tidak cukup dengan komunikasi secara
verbal, telefon beliau juga dihujani dengan pelbagai pertanyaan melalui mesej yang dihantar
menerusi aplikasi WhatsApp. Fairus dan ahli-ahli dalam unitnya merangka kandungan bagi
menjelaskan kepada media apakah yang berlaku ketika ini. Katanya, sesi sumbang saran yang
diwujudkan dalam jawatankuasa khas menangani krisis melibatkan semua pihak bagi membina
idea untuk mengenal pasti potensi krisis, dan ahli-ahli khas yang terlibat menjadi lebih kreatif dalam
menghasilkan idea-idea yang baru berdasarkan situasi krisis semasa. Di sini, ketua unit khas
memberikan peluang kepada ahli-ahli untuk menyatakan pendapat mereka. Secara tidak
langsung, ia akan mendorong ahli-ahli bersikap lebih terbuka dalam memberikan jalan
penyelesaian menangi krisis secara professional. Segala idea yang diberikan juga akan digunakan
dalam merangka kandungan maklumat yang akan dihantar kepada media. Tujuannya adalah
untuk menjernihkan keadaan yang berlaku dan memulihkan imej organisasi dalam jangka masa
pendek. Isu-isu yang melibatkan skandal-skandal organisasi seperti skandal kewangan merupakan
isu atau topik yang diminati oleh pihak media.
Menurutnya, pada ketika krisis berlaku usah diberikan kepada pihak media tentang apa yang
berlaku, akan tetapi pihak media terlebih dahulu akan mencari apa yang berlaku. Kata Fairus,
kandungan berita yang dikeluarkan oleh media masih lagi dalam kawalannya. Hal ini disebabkan
oleh pengalaman beliau sebelum ini bekerja sebagai wartawan selama tujuh tahun di organisasi-
organisasi media seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian. Kerja-kerja menyebarkan maklumat
bukan sahaja kepada khalayak luar. Bagi khalayak dalam yang memfokuskan kepada pekerja
organisasi, pekerja-pekerja dalam unit tersebut akan menghantar e-mel kepada semua pekerja FGV
yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan krisis yang berlaku.
Manakala bagi pemegang saham pengumuman akan dilakukan melalui bursa saham. Segala
laporan akan dimaklumkan melalui Bursa Malaysia. Semasa krisis , hubungan beliau dengan CEO
bagaikan isi dengan kuku. Hal ini kerana segala maklumat yang disalurkan kepada khalayak dalam
atau luar perlu disahkan oleh pihak pengurusan terlebih dahulu. Unit komunikasi korporat akan
melakukan draf laporan terlebih dahulu sebelum ia diluluskan oleh kuasa eksekutif tertinggi seperti
CEO atau mana-mana individu yang dilantik menjadi wakil.
Terlalu lama masa diambil bagi menyelesaikan krisis. Hari demi hari, tahun demi tahun. Sampai satu
masa krisis akan berada di tahap pengakhiran. Krisis yang berlaku memberikan impak yang besar
terhadap organisasi. Oleh itu, Unit Komunikasi Korporat FGV mengenal pasti kesan yang wujud
terhadap khalayak. Khalayak yang dimaksudkan di sini adalah khalayak dalaman iaitu pemegang
saham dan pekerja serta khalayak luaran. Khalayak amat penting kepada organisasi seperti FGV. Ini
kerana, khalayak terutamanya pemegang saham boleh menentukan risiko bagi syarikat untuk
memperoleh keuntungan. FGV akan cuba sedaya upaya mengenal pasti situasi krisis yang paling
sukar yang benar-benar berlaku dalam organisasi.
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 9
Exibit 1
Skandal FGV lebih besar dari 1MDB, kata pakar ekonomi Geraldine Tong
Diterbitkan 4 Nov 2017, 8:23 malam | Dikemaskini 4 Nov 2017, 8:39 malam
Skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) lebih besar daripada skandal yang menyelubungi
1MDB kerana ia memberi kesan kepada lebih banyak orang, kata ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr
Jomo Kwame Sundaram.
"Terdapat kecenderungan semua orang dalam pembangkang memberi tumpuan kepada 1MDB,
tetapi ada lebih banyak perkara tak masuk akal dan bukan hanya 1MDB sahaja.
"Skandal yang lebih besar pada pandangan saya, yang menjejaskan lebih ramai orang, adalah
FGV," kata Jomo dalam forum bertajuk "Membayangkan Masa Depan: Malaysia Mendepani PRU14"
di Bangsar hari ini.
Beliau menegaskan bahawa peneroka Felda mengambil bahagian dalam Tawaran Awam
Permulaan (IPO) terbesar dunia dengan FGV pada pertengahan 2012, tetapi kini harga saham
berkenaan kurang daripada 40 peratus daripada nilai asal.
Ini katanya, menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'merasuah' peneroka antara lain
dengan menghapuskan hutang penanaman semula sebanyak RM5,000.
"Ini menggariskan betapa sensitifnya isu itu," katanya.
Beliau menegaskan terdapat skandal lain di Malaysia selain 1MDB dan FGV, termasuk isu Gatco di
Negeri Sembilan.
Sementara itu Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (AMANAH) Dzulkefly Ahmad yang turut
menjadi ahli panel menafikan bahawa pembangkang hanya memberi tumpuan kepada 1MDB.
Dzulkefly berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) juga memberi tumpuan kepada kos sara hidup, GST,
skandal Mara dan banyak lagi, termasuk FGV.
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 10
Ketika FGV pertama kali disenaraikan, harga sahamnya ialah RM4.55 sesaham. Ia kini disenaraikan
pada RM1.83 sesaham.
FGV juga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun lalu selepas
bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad direhatkan, dan Ketua Pegawai
Kewangannya, Ahmad Tifli Mohd Talha bersama dua anggota pengurusan kanan lain digantung.
Pembangkang 'tidak cekap'
Sementara itu, Jomo berkata BN mungkin memperkukuhkan kedudukannya dalam pilihan raya
umum akan datang sekiranya perkara-perkara itu kekal seperti sekarang.
"Bukan sebab BN, Umno atau perdana menteri sangat kuat. Sebaliknya keadaan pembangkang
yang tak cekap," katanya.
Katanya, pertandingan tiga penjuru akan membuka jalan kepada BN memperolehi majoriti dua
pertiga dengan memberikan mandat besar kepada pemerintah untuk memperbaharui undang-
undang sesuai dengan kepentingannya.
"Pembangkang kerana tidak dapat bersatu akan memberikan kerajaan ini, yang boleh dikatakan
kerajaan paling korup yang pernah kita alami dalam hidup saya, mandat yang lebih kuat.
"Inilah malangnya, dystopia yang kita hadapi (pada masa akan datang)," kata Jomo.
Exibit 2
FGV tumpu tingkat imej
Oleh Mahanum Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan memberi tumpuan untuk
meningkatkan lagi imejnya tahun ini dan membetulkan persepsi negatif yang sering dikaitkan
dengan syarikat perladangan itu.
Dengan barisan pengurusan baharu, kemelut pengurusan yang dihadapi tahun lalu selesai dan
membolehkan pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia itu menumpukan strateginya bagi
memantapkan operasi dan membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata beliau kini lebih
selesa untuk bekerja bersama dengan barisan pengurusan baharu yang mempunyai pengalaman
dan kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing.
Malah, katanya, dengan barisan ahli Lembaga Pengarah yang profesional dan berpengetahuan
tinggi dalam bidang masing-masing juga membantunya dalam membuat keputusan dengan
pandangan yang diberikan.
Beliau juga menegaskan, keputusan kini dibuat secara kolektif yang mana ia dibincangkan dalam
exco bagi mengelak sebarang tohmahan.
"Sekarang lebih senang. Hubungan saya dengan Pengerusi (Datuk Azhar Abdul Hamid) adalah baik,
selalu berbincang dan beliau terbuka serta fokus, sekali gus menjadikan saya senang bekerja
dengannya," katanya.
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 11
Beliau berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Media Prima Bhd di sini, baru-baru
ini.
Mengenai cabaran luaran khususnya membabitkan persepsi terhadap FGV, Zakaria berkata,
pihaknya akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi membolehkan orang ramai membezakan FGV
dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Beliau menegaskan FGV adalah syarikat senaraian awam dan terbabit dalam perniagaan
perladangan dan FELDA adalah antara pemegang saham utamanya.
Pengurus dana lain seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
(KWAP) juga adalah pemegang saham utama FGV, katanya.
"Kita memang mempunyai hubungan rapat dengan Felda, tetapi kita ada sempadan. Ada perkara,
Felda tidak boleh lakukan dan juga ada perkara FGV yang tidak boleh lakukan dan tertakluk
kepada peraturan sebagai syarikat senaraian awam," katanya.
Kemelut FGV mendapat perhatian tahun lalu, apabila bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul
Samad dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
FGV, Datuk Zakaria Arshad serta tiga pegawai pengurusan kanan FGV bercuti bermula 6 Jun tahun
lalu.
Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha,
Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
Exibit 3
FGV: Lakukan inkuiri segera - Shahrir
Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
JOHOR BAHRU: Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad, meminta proses inkuiri Lembaga
Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terhadap Presiden Kumpulan dan Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad dilakukan dengan segera dan adil.
Selain itu, beliau meminta semua pihak termasuk Zakaria dan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad
supaya berdiam serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut dalam entiti itu.
"Saya harap apa yang mereka (Lembaga Pengarah FGV) persoalkan mahu lakukan inkuiri terhadap
Zakaria, buatlah cepat dan adil, jangan lengah.
"Sebagai Pengerusi FELDA, tentu sekali saya suka nak lihat dan orang FELDA sendiri (peneroka) pun
nak lihat (proses inkuiri dilakukan segera dan secara adil) kerana ia membabitkan empat pegawai
kanan yang dipaksa bercuti.
"Saya ingatkan hanya Zakaria sahaja, tetapi empat pegawai kena cuti dan bagi mengelak supaya
tidak timbul dalam blog serta laman sosial dengan pelbagai dakwaan seperti ada pihak menjadi
kambing hitam atau menuding jari pada sesiapa, ia perlu dilakukan segera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi BH di sini, sebentar tadi.
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 12
Shahrir berkata, sebagai Pengerusi FELDA, beliau meminta FGV memberi tempat (wakil) kepada
FELDA untuk duduk menjadi Lembaga Pengarah di dalam entiti itu bagi memulihkan semula
keyakinan peneroka pada FGV.
"Lembaga FELDA sudah bermesyuarat dan mahukan tiga wakil daripada FELDA duduk selaku
Lembaga Pengarah FGV, jika ada wakil (FELDA) dalam FGV keyakinan boleh cepat dipulihkan.
"Jika tiada wakil daripada FELDA, orang ramai secara tidak langsung melihat warga FELDA sendiri
tidak berminat dengan FGV.
"Ini lebih mustahak (meletakkan wakil FELDA dalam Lembaga Pengarah FGV) kerana FELDA sendiri
lebih arif dalam perniagaan yang dijalankan FGV. Dahulu ada wakil FELDA, sekarang bukan lagi
kerana dia tidak mengaku wakil FELDA serta tidak ada kena mengena dengan FELDA," katanya.
Krisis FGV menjadi semakin meruncing apabila empat pengurusan kanan syarikat itu dan anak
syarikatnya termasuk Zakaria, dipaksa bercuti berkuatkuasa serta-merta, semalam.
Tiga lagi adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima
Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman
Omar.
Exibit 4
Peneroka Mahu Kemelut FGV Selesai Dengan Baik
Selasa, 4 Julai 2017 9:51 PM (Mstar)
PUTRAJAYA: Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mahu kemelut Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGV) berkesudahan dengan baik, kata Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul
Samad.
Beliau berkata walaupun kemelut syarikat senaraian awam itu tidak akan menjejaskan peneroka,
namun rata-rata peneroka yang ditemuinya menyatakan harapan agar FGV menjadi sebuah
syarikat yang ditadbir urus dengan baik dan kembali fokus kepada usaha mencapai keuntungan.
"Peneroka juga merupakan pelabur dan pemegang saham, selagi pengurusan baharu, lembaga
pengarah baharu dan kesudahan kepada siasatan yang baik, pelaburan peneroka adalah selamat
dan terjamin.
"Semua mempunyai harapan dan positif bahawa akhirnya ada kesudahan yang baik kepada FGV,"
katanya pada sidang media selepas mesyuarat mengenai persiapan Sambutan Hari Peneroka
Peringkat Kebangsaan 2017, di sini Selasa.
Ditanya mengenai kepercayaan keseluruhan 112,635 keluarga peneroka terhadap FGV, beliau
berkata operasi anak syarikat Felda itu berjalan seperti biasa dan pengurusannya mampu untuk
menjalankan tanggungjawab mereka.
Mengenai siasatan dalaman FGV, Shahrir enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada
lembaga pengarah FGV untuk menyelesaikan perkara itu.
Kemelut FGV mendapat perhatian apabila bekas Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan
Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk
Zakaria Arshad serta tiga pegawai pengurusan kanan FGV bercuti bermula 6 Jun lalu.
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 13
Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha,
Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
Isa dilaporkan berkata arahan bercuti itu bagi membolehkan siasatan dalaman berhubung urus
niaga FGV dan Safitex Trading LLC, sebuah syarikat Afghanistan.
Bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut pentadbiran FGV itu, kerajaan melantik bekas Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas untuk menangani kemelut itu.
Mengenai Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017, Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang turut serta pada sidang media itu, berkata kira-kira
30,000 pengunjung akan hadir pada program itu yang akan diadakan di Dataran Putrajaya, di sini
pada 21 hingga 23 Julai ini.
Katanya program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia akan turut diadakan sempena sambutan itu
yang menyenaraikan kira-kira 50 aktiviti menarik, bertujuan menunjukkan sumbangan dan kejayaan
Felda kepada masyarakat umum.
"Ada banyak cerita-cerita positif Felda yang tidak dapat kita kongsi kerana kita terlalu sibuk dengan
masalah lain. Kita tidak nafikan masalah itu wujud, tetapi pada masa yang sama kita juga tidak
patut ketepikan pencapaian peneroka kita," katanya.
Antara acara yang akan diadakan adalah karnival jualan murah, gerai makanan dan trak
makanan, ‘Meneroka Felda bersama Upin Ipin', pameran produk inovasi Felda serta Konsert Ekspresi
Negaraku melibatkan artis generasi Felda. - BERNAMA
Exibit 5
Azmin belum terima cadangan nama CEO baharu FGV
8 Januari 2019 / Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan
yang beliau masih belum menerima sebarang cadangan nama individu yang berpotensi dilantik
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu FGV Holdings Bhd (FGV).
"Saya tidak menerima sebarang nama...saya juga tidak menerima sebarang cadangan dan tidak
tahu bilakah mereka (FGV) akan mengemukakan cadangan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat baharu Dewan
Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) di sini, hari ini.
Laporan sebelum ini menyatakan beberapa nama sudah dikemukakan bagi pertimbangan
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kementerian diterajui oleh Azmin itu telah menolak tiga nama
yang dicadangkan oleh lembaga pengarah syarikat tersebut.
Mengulas selanjutnya, Azmin berkata: "Bukan (soal) setuju atau tidak tapi kita kena melihat secara
keseluruhannya mengenai agensi-agensi ini kerana ianya memerlukan satu pelan pemilihan yang
komprehensif.
"Buat masa ini, keutamaannya adalah untuk kementerian meneliti peranan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (Felda) dan peranan FGV.
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 14
"Kita bukan saja (perlu) teliti masalah kewangan Felda tetapi telah minta pengurusan baharu ini
mengemukakan satu pelan pemulihan secara menyeluruh yang akan dibentangkan (kepada
kerajaan) dalam masa terdekat ini termasuk peranan serta status FGV," katanya.
Menurut Azmin, kementerian itu turut memberi tempoh sebulan kepada Felda bagi menjalankan
kajian serta mengemukakan satu pelan pemulihan.
"Pada masa ini, kajian itu masih dalam peringkat awal. Tanpa mengetepikan semua personaliti
(lembaga pengarah) terbabit, apa yang saya utamakan bukannya CEO baharu, tetapi kita mahu
melihat bagaimana industri itu dapat pulih. Inilah yang menjadi perkara utama.
“Saya mahu melihat pelan pemulihan itu menjelang Februari ini kerana perlu bentangkannya di
Kabinet dan seterusnya ke Parlimen. Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh akhir ditetapkan bagi
(pelantikan) CEO terbabit," katanya. - Bernama
Copyright © IMBRe Institute for Management and Business Research (IMBRe) Universiti Utara Malaysia Page | 15
Exibit 6
CEO FGV Letak Jawatan - Awani