cq102 unit2

53
UNIT 3 : BAHAN MASONRI KONKRIT

Upload: lamini-omie

Post on 25-Jun-2015

755 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: CQ102 unit2

UNIT 3 : BAHAN MASONRI

KONKRIT

Page 2: CQ102 unit2

PENGENALAN

• Konkrit adalah bahan yang dihasilkan daripada simen, batu baur halus dan air mengikut kadar campuran yang tertentu kemudian dibiarkan mengeras.

• Bahan tambahan dicampur untuk menghasilkan konkrit yang bersifat tertentu.

Page 3: CQ102 unit2

Contoh…

SIMEN + PASIR + AGGREGATE + AIR

1 : 2 : 4

KONKRIT

Page 4: CQ102 unit2

PENGENALAN (cont’d)

• Simen dan air merupakan bahan yang aktif manakala pasir dan batu baur bersifat lengai.

• Simen adalah bahan pengikat yang mengikat bahan- bahan komponennya seperti pasir dan b/baur menjadikan konkrit tersebut padat dan padu.

Page 5: CQ102 unit2

PENGENALAN (cont’d)

• Apabila simen bertindakbalas dengan air secara kimia,simen akan melekatkan pada pasir dan memenuhi lompang-lompang diantara b/baur kasar menjadikanya padat.

• Mortar = bancuhan simen,b/baur halus & air dijadikan sebagai pengikat dalam kerja bata dan melepa.

Page 6: CQ102 unit2

Contoh campuran mortar…

SIMEN : BATU BAUR HALUS + AIR

1 : 3

MORTAR

Page 7: CQ102 unit2

PENGENALAN (cont’d)

• Turap simen = simen & air digaul mengikut darjah kekentalan yang dikehendaki dan digunakan sebagai menurap lubang dan rekahan dalam batu bata.

Page 8: CQ102 unit2

SIMEN (Komposisi pertama)• Bahan mentah terdiri daripada :

i. Batu kapur sehingga 78%

ii.Tanah liat @ batu peroi sehingga 22%

iii.Serbuk batu(gipsum) antara 1-3%

iv.Bahan tambah lain ditambahkan untuk tujuan tertentu.

Page 9: CQ102 unit2

JENIS- JENIS SIMEN

• Terdapat 3 jenis simen yang biasa digunakan iaitu :

i. Simen portland biasa(paling popular)

ii.Simen rom

iii.Simen natural

Page 10: CQ102 unit2

SIMEN PORTLAND BIASA (Ordinary portland cement)

• Ia paling banyak dan meluas digunakan dalam kerja pembinaan konkrit umum, khususnya bagi tanah atau air dalam tanah yang tidak mengandungi sulfat.

• Masa membeku adalah:

i. Lebih kurang 30minit (awal)

ii.10jam (akhir)

Page 11: CQ102 unit2

SIMEN PORTLAND BIASA (Ordinary portland cement)

• Kekuatannya dicapai : selepas 7 hari

• Berat sekampit/beg : 50kg.

Page 12: CQ102 unit2

SIMEN PORTLAND MENGERAS CEPAT(Rapid Hardening cement)

• Komposisi bahan asas adalah sama dengan simen portland biasa kecuali kandungan tricalcium silicate adalah lebih tinggi dan ia dikisar halus.

• Untuk kerja-kerja segera seperti pembinaan dalam air dan kerja membaiki jalan raya.

• Kekuatan dicapai : 3 hari

• Masa membeku = simen portland biasa

Page 13: CQ102 unit2

SIMEN PORTLAND HABA RENDAH(Low Heat cement)-

• Mengandungi tricalcium silicate yang kurang dan dicalcium silicate lebih tinggi berbanding kandungan dalam simen portland biasa.

• Digunakan apabila berlakunya kenaikan suhu disebelah dalam jasad konkrit yang disebabkan oleh pembentukan haba daripada penghidratan simen dan boleh belakunya rekahan yang serius.

Page 14: CQ102 unit2

SIMEN PORTLAND HABA RENDAH(Low Heat cement)-cont’d

• Mempunyai pertambahan kekuatan yang perlahan tetapi kekuatan maksima yang tidak berubah.

• Kekuatan dicapai = 28hari

• Biasanya sesuai untuk pembinaan empangan, tembok penahan,tembok landas dan jambatan.

Page 15: CQ102 unit2

SIMEN PORTLAND PENAHAN SULFAT(Sulphate resisting cement)-

• Mempunyai kandungan tricalcium yang rendah.• Serangan sulfat keatas konkrit adalah

disebabkan oleh garam-garam magnesium sulfat dan natrium sulfat.

• Kadar serangan akan menjadi cepat apabila sesuatu struktur mengalami keadaan lembap dan kering seperti struktur yang dibina di tepi laut dalam zon pasang surut.

• Penggunaan simen ini akan mengurangkan masalah tersebut.

Page 16: CQ102 unit2

SIMEN PUTIH DAN BERWARNA• Sifat kimia sama kecuali ia berwarna

putih.

• Dihasilkan dairpada batu kapur tulen, tanah liat koalin, ferum oksid dan mangan oksid.

• Digunakan untuk kerja memasang kemasan seperti jubin dan sebagainya,

Page 17: CQ102 unit2

BATU BAUR (Komposisi ke-2)

• Bahan yang paling banyak digunakan dalam kandungan konkrit iaitu :

- ¾ daripada isipadu konkrit.

• penggunaannya mempengaruhi kekuatan dan kelasakan konkrit.

• Lebih ekonomi jika digunakan dalam bancuhan konkrit kerana simen lebih mahal.

Page 18: CQ102 unit2

SAIZ& GRED BATU BAUR -cont’d

• Gred yang baik dan campuran berbagai saiz mewujudkan lompangan yang minima antara batu baur.

• Saiz terbahagi kepada :

i. Batu baur halus : lebih kecil daripada 5 mm

ii.Batu baur kasar : lebih besar daripada 5 mm

Page 19: CQ102 unit2

SAIZ& GRED BATU BAUR -cont’d

• Cara mengredkan b/baur ialah menjalankan ujian analisis ayakan atau ujian pengredkan b/baur.

• Kekuatan konkrit dipengaruhi oleh kekuatan dan ketahanlasakkan b/baur yang digunakan.

• b/baur berupaya menyerap air atau lembapan dan ini mempengaruhi kuantiti air untuk membancuh konkrit.

Page 20: CQ102 unit2

SAIZ& GRED BATU BAUR -cont’d

• b/baur bersifat lengai dan tidak akan bertindak balas dengan simen.

• Pastikan b/baur dalam keadaan yang bersih dan tiada kotoran bagi memastikan bahawa ia bersifat lengai.

Page 21: CQ102 unit2

AIR (komposisi ke-3)

• Memainkan 3 peranan penting dalam bancuhan konkrit,iaitu :

i. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu akan diliputi secara menyeluruh.

ii. Memudahkan kerja bancuhan konkrit

iii.Agen tindakbalas kimia dalam simen untuk mengikat semua butir b/baur dalam bancuhan konkrit

Page 22: CQ102 unit2

AIR (komposisi ke-3)-cont’d

• Air yang digunakan untuk mengaul konkrit mestilah layak diminum atau diambil dari sumber air yang diluluskan.

• Ia bertujuan untuk memastikan air bebas daripada sebarang bendasing seperti zarah-zarah terapung, bahan organik dan garam-garam terlarut yang memberi kesan yang negatif ke atas sifat konkrit.

Page 23: CQ102 unit2

AIR (komposisi ke-3)-cont’d

• Antara kesanya adalah :

i.Mengurangkan kekuatan konkrit

ii. Menyebabkan permukaanya menjadi peroi.

Page 24: CQ102 unit2

BANCUHAN KONKRIT

• Konkrit adalah sebatian bahan asas seperti simen, b/baur halus, b/baur kasar dan air serta bahan tambah jika perlu.

• Ia berbeza dengan mortar kerana dibentuk oleh simen,pasir dan air sementara turap simen pula diantara simen dengan air sahaja.

Page 25: CQ102 unit2

BANCUHAN KONKRIT-cont’d

• Proses pembentukan konkrit bermula apabila sebatian tersebut dihasilkan lalu diletakkan ke dalam acuan lalu dibiarkan mengeras.

• Proses tersebut berlaku hasil daripada tindakbalas kimia antara simen dengan air.

• Kekentalan campuran konkrit perlu diperhatikan.

Page 26: CQ102 unit2

BANCUHAN KONKRIT-cont’d

• Bancuhan konkrit hendaklah sesuai bagi membolehkannya digaul dengan baik, boleh diangkut, dituang dan dikerjakan dengan mudah tanpa berlakunya pengasingan kepada bahan-bahan asal campuran.

Page 27: CQ102 unit2

BANCUHAN KONKRIT-cont’d

• Kadar bancuhan konkrit seperti berikut :

NISBAH JENIS BINAAN

Simen Pasir batuKonkrit tegas dahulu dan tangki air1 1½ 3

1 2 4 Konkrit tetulang:tiang,rasuk dan tembok

1 3 6 Lantai dan konkrit jasad

1 5 10 Tapak konkrit peparit di atas tanah keras dan tapak asaa lantai di atas tanah.

Page 28: CQ102 unit2

BANCUHAN KONKRIT-cont’d

• Konkrit digaul berkelompok, sesuai dengan saiz kerja dan kecepatan kerja pembinaan yang berkenaan.

• Dua kaedah untuk menyukat bahan-bahan yang diperlukan iaitu :

a.Kaedah penyukatan berdasarkan berat

b.Kaedah penyukatan berdasarkan isipadu

Page 29: CQ102 unit2

BANCUHAN KONKRIT-cont’d

• Manual : ia sesuai untuk membuat bancuhan bagi kerja-kerja kecil, dilakukan dipermukaan yang rata dan tidak telapp air dan cara sukatan biasanya menggunakan kotak sukatan.

Page 30: CQ102 unit2

BANCUHAN KONKRIT-cont’d

• Mesin pengaul : ia cepat dan ekonomi, menggunakan mesin berkapasiti 0.2 – 0.5m3, jenis mesin yang digunakan adalah mesin dram boleh tonggeng, mesin dram tidak boleg tonggeng, mesin campur batcher dan mesin campur dulu selain itu terdapat juga loji bancuhan iaitu ia di bancuh di loji kemudian dimuatkan di dalam lori berdram yang mana air hanya dicampur di tapak bina.

Page 31: CQ102 unit2

BAHAN TAMBAHAN

• Bahan yang ditambah kepada sebatian konkrit bertujuan untuk meningkatkan tahap sifat-sifat konkrit supaya mencapai tujuan dan keadaan yang diperlukan.

• Elakkan daripada bercampur dalam kadar campuran yang berlebihan kerana ia boleh menimbulkan kesan negatif kepada konkrit.

Page 32: CQ102 unit2

BAHAN TAMBAHAN cont’d

• Kebaikan bahan tambahan ialah ia dapat membantu mencapai hasil kerja dengan cepat, baik, berkualiti tinggi juga menambah kekuatan dan kelasakan pada konkrit.

Page 33: CQ102 unit2

BAHAN TAMBAHAN -cont’d

• Jenis-jenis bahan tambahan adalah seperti :

i. Pencepat

ii. Pemudah adun

iii. Pelambat

iv.Perangkap udara

v. Penangkis air

vi.Agen kalis lembap

vii.Latex modifide concrete

viii.Bahan pazzolanic dll

Page 34: CQ102 unit2

CIRI-CIRI PENTING KONKRIT SEBAGAI BAHAN BINAAN

PEMBENTUKAN

- Konkrit merupakan bahan binaan yang paling penting dan meluas digunakan.

- Konkrit banyak digunakan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang baik.

- Konkrit mengeras dengan kehadiran air.

- Sifat ini adalah penting dalam pembinaan terutama pembinaan asas di tempat yang basah.

Page 35: CQ102 unit2

Cont’d…• Konkrit tidak berkarat atau reput, ia juga

tidak diserang oleh anai-anai atau serangga lain.

• Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentuk kepada sebarang bentuk mengikut acuannya.

• Ia juga mudah dikerjakan jika dibancuh dengan nisbah yang sesuai.

Page 36: CQ102 unit2

Cont’d…• Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.• Bahan – bahan yang digunakan mudah

didapati dan juga berharga murah.• Konkrit juga tahan lasak dan mempunyai

keupayaan tanggung yang tinggi terutamanya tegasan mampatan.

• Kualiti konkrit ini dipengaruhi oleh :a. Kualiti bahan – bahan yang digunakan

b. nisbah bancuhan

c. pengdredan batu baur

Page 37: CQ102 unit2

Cont’d…d. amaun air yang digunakan

e. cara memampatkannya setelah ditempatkan dalam acuan

f. pengawetan yang dilakukan setelah mengeras

Page 38: CQ102 unit2

KEKUATAN DAN DAYA TEGASAN

• Sifat konkrit dan penyelengaraan konkrit bergantung kepada:

a. kekuatan

b.pemadatan

c.pengawetan

d.Ketahanlasakan

Page 39: CQ102 unit2

KEKUATAN DAN DAYA TEGASAN- cont’d

• Kekuatan maksima yang boleh ditanggung oleh sesuatu unit luas konkrit:

Pmax

A

• Kekuatan konkrit pada hari ke-28, sepatutnya sebagaimana ia direkabentuk.

contoh: gred 20 pada hari ke-28 kekuatannya 20N/mm2. pengawetan 28hari di dalam air.

Kekuatan N/mm2

Page 40: CQ102 unit2

KEKUATAN DAN DAYA TEGASAN- cont’d

• Pemadatan iaitu mengurangkan rongga –rongga udara di dalam konkrit.

• Pengawetan ialah proses mengawal kehilangan air dari permukaan konkrit pada awal umurnya.

• Rujuk : MS1195:Part1:1991 proses mengelakkan kehilangan air daripada konkrit dan pada masa yang sama mengawal suhu konkrit.

• Ketahanlasakan ialah konkrit yang mampu memberi perkhidmatan dengan penyelenggaraan yang minima dalam jangka waktu yang lama yang ditetapkan.

Page 41: CQ102 unit2

DAYA TEGASAN

• Bahan – bahan binaan biasanya mengambil masa beberapa tegasan pada masa yang sama.

• Jenis tegasan yang diambil kira dalam rekaan sesuatu struuktur ialah :

a. tegasan tegangan

b. tegasan mampatan

c. tegasan ricihan

d. tegasan lentur

Page 42: CQ102 unit2

TEGASAN TEGANGAN

• Dihasilkan akibat daripada daya tarikan.

• Segala tegasan tegangan yang dialami oleh konkrit adalah dianggap ditanggung oleh tetulang keluli.

• Konkrit dianggap tidak berupaya menanggung tegasan semasa binaan direka.

Page 43: CQ102 unit2

TEGASAN MAMPATAN

• Dihasilkan oleh tekanan dari atas dan bawah.

• Konkrit dianggap mempunyai keupayaan menanggung tegasan mampatan.

• Oleh sebab itu, struktur yang berpadu boleh dibina dengan konkrit tanpa tetulang.

• Kekuatan konkrit menahan tekanan ialah dari 14-21 N/mm2 bagi bancuhan 1:2:4

Page 44: CQ102 unit2

TEGASAN RICIHAN

• Beban dikenakan secara melintang pada rasuk.• Retakan mungkin akan berlaku akibat daripada

ricihan.• Keretakan biasanya berlaku pada tempat daya

ricihan yang maksima di mana 1/3 adalah daripada penyokongnya pada kedua-dua rasuk.

• cara mengatasi adalah dengan menggunakan bar pencetak(link) yang menyangkut bar tetulang.

Page 45: CQ102 unit2

TEGASAN LENTUR

• Beban dikenakan pada bahagian binaan maka mengalami tegasan tegangan dan mampatan.

• Tetulang keluli adalah digunakan untuk menentang tegasan ini.

Page 46: CQ102 unit2

KEBAIKAN KONKRIT

a. Ekonomi berbanding bahan binaan lain dari segi jangka panjang.

b. Mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi dan memberi kesa minima dari segi kakisan dan cuaca.

c. Mudah dibentuk dan dikendalikan

d. Mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi dan mempunyai bentuk dan kekuatan yang lebih tinggi apabila digabungkan dengan tetulang.

Page 47: CQ102 unit2

KEBAIKAN KONKRIT-cont’d

e. Boleh digunakan dengan mudah untuk diisi dalam rekahan ataupun semasa membaiki bangunan.

f. Ia boleh dipam dan ini membolehkannya ditempatkan dikedudukan yang sukar.

g. Tahan api dan mudah diselenggaraan

Page 48: CQ102 unit2

KELEMAHAN KONKRIT

a. Mempunyai daya tegangan yang rendah, mudah retak atau patah, maka ia memerlukan tetulang.

b. Konkrit basah akan mengecut manakala konkrit keras akan mengembang, maka ruang untuk mengembang dan mengecut perlu disediakan semasa kerja konkrit dibuat supaya ia tidak akan rosak apabila mengeras.

Page 49: CQ102 unit2

KELEMAHAN KONKRIT-cont’d

c. Konkrit memerlukan ruang untuk mengembang dalam cuaca panas.

d. Ia tidak tahan kepada serangan sulfat dan alkali, untuk mengatasinya pastikan bahan asanya bebas daripada sulfat, asid dan alkali.

e. Ia juga akan lemah jika menerima jika menerima kesan lembapan bersulfat secara berterusan.

f. Tidak sesuai untuk binaan dikawasan berisiko tinggi seperti gempa bumi

Page 50: CQ102 unit2

JENIS – JENIS KONKRIT DAN HASILAN KONKRIT TUANG DISITU (IN-SITU)

- Konkrit yang dibancuh di tapak bina dan kemudian terus ditempatkan ke dalam acuan dimana pembinaan sedang berjalan, bancuhan boleh dibuat sama ada menggunakan tangan, mesin ataupun di loji.

- Konkrit di-situ boleh dipecahkan kepada konkrit padu dan konkrit bertetulang.

Page 51: CQ102 unit2

KONKRIT SIAP TUANG

• Konkrit yang dituang dahulu ke dalam acuan dan diawet di tapak bina atau di kilang dan apabila telah mencapai kekuatan yang dikehendaki ia akan diangkut ke tempat pembinaan dimana unit-unit tadi diperlukan.

• Ia lebih dikenali sebagai teknologi konkrit pasang siap.

• Ia dibekalkan dalam dua unit,iaitu unit kemudahan dan unit struktur.

Page 52: CQ102 unit2

KONKRIT TEGAS DAHULU• Prinsip konkrit tegasan ialah mewujudkan

tegasan dalam konkrit untuk menentang tegasan tegangan akibat beban yang ditanggung.

• Ia dapat mengurangkan saiz konkrit dan tetulang yang digunakan.

• Proses tegas dahulu dalam konkrit dibuat dengan menarik atau menegangkan dawai-dawai keluli tegangan tinggi dan tetulang keluli secukupnya menggunakan jek hidraulik.

Page 53: CQ102 unit2

TAMAT…* Next week kita akan masuk unit

4 iaitu KAYU