cswp

Upload: luthfiana-binti-lukman-abdullah

Post on 08-Mar-2016

284 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

cuplikan malaysian novel

TRANSCRIPT

  • 2Cinta Si Wedding Planner

    SinopsisPerebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan

    peristiwa kisah Zara si wedding planner dengan Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.

    Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.

    Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya.

    Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la. - FARIZNi hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!- ZARA

    Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke. FARIZPuan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian

    Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.

  • 3Dhiyana

    Sedang aku leka membelek rekod kewangan keluar masuk bulanan, aku dikejutkan dengan bunyi dari komputer riba jenama Acer yang dah berusia lima tahun aku milki. Tertulis Buzz di skrin komputer riba. Aku tersenyum apabila melihat nama pengirim.

    : Tak tidur lagi?

    Hmmm... Agak-agaknya pukul berapa sekarang di Switzerland, eh? Dalam mengagak kitaran jam di benua lain, jari-jemariku pantas mengetuk papan kekunci komputer riba. Rekod kewangan aku letak ke tepi sebentar.

    : No! Tak mengantuk lagi... Tengah periksa rekod monthy financial.

    : Dah lewat ni. Pergi la tidur.

    Bab 1

  • 4Cinta Si Wedding Planner

    Esok-esok boleh periksa, kan? Tak lari pun rekod tu. Tidur, eh? You must take care of yourself. I am coming back to see you soon.

    : Serious???

    Aku sudah lupa dengan rekod kewangan. Perhatian aku tertumpu pada skrin komputer riba. Berita ini benar-benar mengejutkan aku. Biar betul nak balik ni? Dah empat tahun tak balik, tiba-tiba pula dia nak balik?

    : Yes, my sweetheart... Izara Batrisya. Li balik 4 Mac ni sampai la hujung bulan April.

    : Wow! Syoknya! Akhirnya, selepas empat tahun, Li balik juga. Mesti mak lang dengan pak lang suka sangat. Zara pun suka sangat.

    : Li rindu mak dan ayah. Dan Li pun rindu banyak-banyak kat Zara.

    : Buweeekkk!

    : Kita bincang dengan mak dan ayah pasal kita berdua, eh? Kalau boleh, sebelum balik Swiss semula. And kalau

  • 5Dhiyana

    diizinkan oleh Allah, kita bertunang dulu sebelum Li balik penghujung bulan April.

    Aku gugup seketika dengan rancangannya. Bertunang? Alamak! Mahu menggeletar lutut nak berhadapan dengan mak dan ayah dia. Bukan aku tak kenal mak dan ayah dia. Terlebih kenal ada la. Boleh ke aku nak berhadapan dengan mak dan bapa saudara aku sendiri? Berkasih dengan sepupu sendiri, ni la akibatnya.

    : Perlu ke? Tak terasa awal lagi ke? Dah habis studi ke nak menggatal sangat ni?

    : Dah habis studi tu la yang menggatal ni. Boleh eh, sayang? Dah tak nak tangguh lagi. Dah lama sangat berskandal ni. Kita bertunang, eh?

    : Itu pun kalau mak lang dengan pak lang tak reject. Kalau reject, sila cari orang lain la.

    : No! They wont! Mak dan ayah tak akan menghampakan kita. Nanti kita bincang dengan mak dan ayah secara elok-elok. Insya-Allah... Mak dan ayah akan faham.

  • 6Cinta Si Wedding Planner

    : Hmmm... Okey!

    : Dan... Li ada kejutan untuk Zara. Tapi kena tunggu lepas Li balik dulu, okey?

    : Arghhh... Baik tak payah bagi tahu kat sini. Buat tertanya-tanya aje. Hampeh!

    : Hahaha...

    Tidak lama aku berbual dengan gerangan si dia di Yahoo Messenger. Hanya sekadar lima belas minit, kemudian dia telah memaksa aku untuk pergi tidur sementelah malam semakin larut. Arahannya aku akur apabila kelopak mataku juga sudah berat untuk dibuka lagi.

    Selesai menggosok gigi, aku mendapatkan katil bersaiz queen yang menjadi tempat aku beradu. Comforter aku tarik sehingga ke paras dada. Tersenyum-senyum aku apabila membayangkan wajah si rocketman setelah empat tahun tidak bersua muka. Hanya sekadar menatap di skrin komputer riba apabila membuat panggilan video bersamanya.

    Rocketman... Nickname di Yahoo Messenger. Nama yang tertulis di sijil kelahiran dan juga kad pengenalan ialah Ikmal Bazli bin Aziz. Pelajar jurusan kejuruteraan kimia di salah sebuah universiti terkemuka di Switzerland. Dan juga salah seorang sepupu aku di sebelah keluarga arwah ibu. Sepupu aku yang teramat nakal pada zaman kanak-kanak.

    Dia selalu mengusik aku tidak kira masa dan

  • 7Dhiyana

    tempat. Ikmal Bazli juga ialah anak tunggal mak lang dan pak lang. Hanya kepada Ikmal Bazli sahaja mak lang dan pak lang mencurahkan kasih sayang mereka.

    Dan aku... Sejak kematian abah dan ibu dalam kemalangan tiga tahun lepas, aku hanya menumpang kasih sayang mak lang dan pak lang. Aku juga rapat dengan mak ngah, mak teh, mak long, tetapi tak dapat disamakan dengan mak lang. Mak lang seperti ibuku. Susah dan senangku hanya diketahui oleh mak lang dan pak lang.

    Aku juga mempunyai seorang kakak yang kini berada di Auckland. Irdina Hasya, kakakku. Selepas berkahwin empat tahun yang lepas, Kak Dina dan suami, Abang Naufal berhijrah ke Auckland kerana Abang Naufal mendapat tawaran bekerja di kedutaan Malaysia di sana. Kini, Kak Dina menjadi pensyarah di salah satu universiti di Auckland.

    Aku pula, selesai sahaja belajar, aku mengambil alih perniagaan butik pengantin yang diuruskan oleh arwah ibu dan abah sebelum meninggal dunia. Walaupun secara kecil-kecilan perniagaan arwah ibu dan abah... Alhamdulillah dapat membesarkan aku dan Kak Dina.

    Kini, setelah empat tahun meninggalkan dunia pelajar dan kampus, aku menyara diri sendiri dengan perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ibu dan abah. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku mampu membuka kedai bunga bersebelahan dengan butik.

    Selesai sahaja bersarapan, aku mengemas meja dan menyiapkan diri untuk ke butik dan juga kedai bunga. Walaupun mempunyai kakitangan yang bertanggungjawab untuk menguruskannya setiap hari, aku pasti akan datang menjenguk mereka. Aku akan berada seharian di sana sehinggalah tamat waktu operasi.

  • 8Cinta Si Wedding Planner

    Aku memandu kereta Proton Satria milik aku dengan penuh berhati-hati. Kejadian perlanggaran minggu lepas masih terbayang lagi dalam fikiran aku. Salah pemandu kereta itu juga kerana keluar simpang tanpa melihat kenderaan yang datang dari arah kanannya. Akibatnya, keretaku kemik di bahagian kiri.

    Walaupun pada mulanya insiden itu malang bagi aku, namun akhirnya ia mengundang rezeki kepada aku pula. Pemandu kereta itu rupa-rupanya sedang mencari butik pengantin yang diusahakan oleh aku. Pemandu itu berjanji akan membayar ganti rugi kepada aku.

    Bukan calang-calang orang juga pelangganku ini. Memandu kereta BMW 5 Series. Mahu bertahun juga aku nak membayar ganti rugi. Tapi, nasib baiklah pemandu itu mengaku akan kesalahan dia sendiri. Fuh! Selamat aku! Kalau tak, mana aku nak cekau duit nak bayar ganti rugi? Kereta mahal tu!

    Aku memberhentikan kereta di hadapan butik pengantin. Megah berdiri tanda papan yang tertulis Dilarang Meletakkan Kenderaan di hadapan butik. Kotak parkir itu telah dikhaskan hanya untukku. Aku keluar dari perut kereta untuk mengalihkan papan tanda itu. Setelah mengalihkan papan tanda itu ke tepi, aku kembali memasuki ke dalam perut kereta. Belum sempat aku memasukkan gear, sebuah kereta Audi A5 berwarna putih memasuki kotak parkir milik aku itu dengan penuh rasa megah dan selamba.

    Tercengang aku dengan kelakuan tidak bermoral pemandu kereta mewah itu. Aku memandang kereta mewah itu, menanti akan gerangan pemandu yang bakal keluar dari perut kereta. Selang beberapa saat kemudian, seorang lelaki muda yang segak berkemeja warna ungu lengkap dengan bertali leher keluar dari perut kereta.

  • 9Dhiyana

    Pantas aku keluar dari perut kereta semula. Aku menanti dengan sabar apabila pemuda itu berjalan melintasi aku. Aku pandang riak wajah pemuda yang persis keturunan Cina itu. Tegang riak wajahnya. Kalau silap tegur ni, memang boleh bergaduh pula kami berdua.

    Excuse me... Ini parking saya. Saya memang dah reserved, tegurku apabila pemuda itu berjalan di hadapan aku. Spontan pemuda itu menghentikan langkahnya dan memandang aku.

    Lidah aku kelu berpandangan dengan pemuda yang dikategorikan sebagai golongan yang tampan dan bergaya itu. Walaupun pemuda itu mengenakan cermin mata hitam, aku dapat merasakan anak matanya memandang aku.

    Excuse me? balasnya semula.

    Ini parking saya. Saya memang dah reserved sejak dulu lagi, ulangku sekali lagi.

    Tak ada apa-apa tanda yang tunjukkan itu adalah parking awak. So, sesiapa pun boleh parking kat situ, balas pemuda itu semula. Berdesing telinga aku mendengar kata-kata sinis daripada pemuda itu.

    Sorry. Saya tak ada masa nak bertekak dengan awak pasal parking. Cari aje parking lain. Saya tak kesah kat mana pun awak nak parking, sambung pemuda itu lagi. Tanpa sempat aku membalasnya semula, pemuda itu terus mengorak langkah meninggalkan aku yang masih termangu-mangu.

    Saya tak kesah kat mana pun awak nak parking. Terngiang-ngiang kata-kata pemuda itu di telingaku. Dengan perasaan yang sebal, aku kembali memasuki perut kereta dan memarkirkan kereta aku betul-betul di sebelah kereta yang dipandu oleh pemuda itu.

  • 10

    Cinta Si Wedding Planner

    Lantaklah! Berlagak sangat, kan? Pandai-pandai kau la nak keluar macam mana sekejap lagi. Aku tak nak ambil tahu. Terus sahaja aku menapak masuk ke dalam butik seperti tiada apa-apa yang berlaku.

    Kak Zara. Namaku dipanggil oleh Farid, pembantu aku.

    Kenapa, Farid? sapaku kembali.

    Kak Zara datang dengan Audi ke? Cayalah! Mahu nak terburai ketawa aku dengan pertanyaan Farid.

    Haah! Datang dengan Audi. Audi buruk sebelah sana, sahut aku. Termangu-mangu Farid dengan jawapan aku. Aku tersenyum kecil dan berlalu meninggalkan Farid.

    Aku menapak masuk ke dalam bilik kecil yang dijadikan sebagai bilik kerja aku. Pantas sahaja aku menekan butang On di komputer. Beberapa minit kemudian, terpamer skrin utama di komputer. Gambar arwah ibu dan abah tersenyum kepada aku.

    Aku membelek fail yang berderet di skrin. Jumpa sahaja fail yang aku cari, terus aku klik. Tersusun deretan gambar yang aku ambil di majlis perkahwinan pelanggan aku. Disebabkan aku kekurangan kakitangan di bahagian fotografi, aku menjadi bidan terjun untuk menguruskan bahagian itu. Pada masa yang sama, aku perlu menguruskan majlis bersejarah pelanggan aku mengikut kehendak mereka.

    Ketika arwah ibu dan abah masih ada, aku juga yang menguruskan bahagian fotografi. Jadi, tidak ada masalah padaku untuk melakukannya. Cuma, keletihan agak terasa kerana semuanya diuruskan olehku. Farid pula hanya ditugaskan untuk membantu.

    Aku kembali leka dengan tugas aku mengedit gambar-gambar. Selesai sahaja tugas itu, aku akan ke kedai

  • 11

    Dhiyana

    gambar rakanku untuk mencetak dan membuat photobook. Sejam berlalu tanpa gangguan daripada staf yang turut bekerja dengan aku.

    Kak Zara... Mula kedengaran suara pekerja aku dari muka pintu yang terbuka. Aku mengalihkan pandangan aku dari skrin komputer.

    Kenapa, Dayana? soal aku semula.

    Ada lelaki ni... Marah-marah di depan butik. Dia suruh Kak Zara alihkan kereta sebab dia nak keluar, jelas Dayana akan kedatangannya.

    Lelaki? Kemeja warna purple, black tie and...chinese look? tekaku. Dayana menganggukkan kepalanya.

    Aku mengeluh kecil lalu bangun dari kerusi dengan kunci kereta yang digenggam kemas. Aku mengorak langkah keluar dari butik. Kelihatan kelibat pemuda itu dari belakang sambil bercekak pinggang.

    Menyusahkan orang aje! Kedengaran bebelan pemuda itu.

    Dengan wajah yang penuh selamba, aku menghampiri kereta aku dan terus sahaja meloloskan diri ke dalam perut kereta. Aku mengundurkan kereta ke belakang untuk memudahkan kereta mewah itu keluar dari kotak parkir.

    Aku dan pemuda itu berpandangan seketika. Wajahnya kelihatan semakin tegang. Tiada langsung secarik senyuman di wajah itu. Garangnya! Kereta mewah itu keluar dari kotak parkir dan aku segera memarkirkan kereta aku di situ.

    Setelah mengunci pintu kereta, aku ingin mengorak langkah memasuki ke dalam butik semula. Tetapi,

  • 12

    Cinta Si Wedding Planner

    langkah aku dihalang dengan satu suara yang memanggil aku tanpa rasa hormat. Aku menoleh ke arah suara itu.

    Hei! Pergi belajar ambil lesen semula kalau tak tahu parking, perli pemuda itu. Belum sempat aku menjawab, kereta mewah itu telah pun meluncur laju.

    Berlagak! dengus aku dengan kelakuan pemuda itu. Macam ni agaknya perangai orang kaya. Berlagak! Di dunia boleh la berlagak dengan kekayaan. Di akhirat kelak, semua hamba-Nya adalah sama dari segi pangkat dan darjat. Tidak kira miskin atau kaya.

  • 13

    Dhiyana

    SeleSai sahaja menguruskan pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan aku di bahagian fotografi untuk majlis pertunangan mereka, aku kembali menyambung tugas aku yang tergendala sebentar tadi.

    Kak Zara... Saya ada cadangan untuk Kak Zara, ujar Farid tiba-tiba. Entah bila la dia membuntuti aku masuk ke dalam bilik kerja aku?

    Cadangan apa, Farid? soal aku semula kepada Farid.

    Since tiada feedback mengenai iklan jawatan kosong photographer tu, apa kata adik lelaki saya bantu Kak Zara? Lagipun dia baru aje grad dalam bidang fotografi. Dan masih mencari kerja, usul Farid kepada aku.

    Jari aku yang sejak tadi menekan tetikus terhenti. Otak aku ligat memikirkan cadangan Farid. Anak mata aku terarah kepada Farid. Cadangan yang agak baik, sebenarnya. Dah ada asas fotografi. Tak perlu nak ajar lebih-lebih. Hanya

    Bab 2

  • 14

    Cinta Si Wedding Planner

    perlu didedahkan dengan suasana yang sebenar.

    Esok suruh dia datang interview. Dan bawa sekali portfolio kalau dia ada buat, arah aku. Farid tersenyum gembira.

    Adik saya ada portfolio. Kak Zara jangan risau. Kak Zara mesti suka, ujar Farid dengan gembira. Belum sempat aku membuka mulut, Dayana pula datang memanggil aku.

    Puan Marina datang nak jumpa Kak Zara, celah Dayana.

    Berkerut wajah aku memikirkan gerangan Puan Marina yang disebut oleh Dayana. Nama macam biasa didengar. Tapi... Puan Marina? sebut aku semula dengan sebuah pertanyaan.

    Puan Marina... Dengan anak lelaki dia yang handsome tu. Yang langgar kereta Kak Zara minggu lepas. Lelaki yang kita sangkakan Chinese tu, celah Farid pula mengingatkan aku akan gerangan pemuda yang berlanggar dengan kereta aku.

    Oh... Okey! sahut aku apabila telah mengingati semula akan gerangan wajah-wajah yang muncul di butik aku pada minggu lepas selepas perlanggaran kereta.

    Aku kembali meninggalkan kerja aku dan keluar mendapatkan pelanggan yang sedang menunggu aku. Kelihatan Puan Marina sedang berbual dengan seorang wanita sambil membelek pakaian pengantin yang bergantungan.

    Ehem... Puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu? tegur aku apabila telah menghampiri Puan Marina dan wanita itu. Spontan kedua-duanya menoleh dan memandang aku.

  • 15

    Dhiyana

    Zara... Kenalkan, ni anak sulung saya, Nadhrah. Aku dan Nadhrah bersalaman sebagai tanda perkenalan. Kemudian, tersungging senyuman di wajah Nadhrah dan Puan Marina. Kenapa dia orang saling tersenyum pula?

    Ada apa-apa yang saya boleh bantu puan dan Cik Nadhrah? soal aku sekali lagi akan kedatangan mereka berdua di butik.

    Panggil saya Kak Nadhrah aje. Tak payah formal sangat, tegur Nadhrah. Aku tersenyum kepada Nadhrah.

    Sebenarnya, saya dan anak saya datang mengenai cadangan saya minggu lepas. Mengenai upah jahit pakaian kami sekeluarga di majlis nanti, terang Puan Marina. Aku mengangguk kecil lalu menjemput mereka anak-beranak melabuhkan punggung di atas sofa yang disediakan.

    Kain untuk membuat pakaian saya dah beli. Untuk lelaki dan perempuan, ujar Kak Nadhrah lalu menghulurkan beg kertas yang mengandungi kain kepada aku.

    Ukuran badan? soal aku semula.

    Untuk perempuan hanya saya, mama dan juga this little girl. Untuk lelaki kena tunggu suami, adik dan papa saya datang sekejap lagi, jawab Kak Nadhrah. Spontan aku menyorot pandangan ke arah kanak-kanak perempuan yang duduk bersebelahan dengan Kak Nadhrah. Eh? Bila pula...

    Nana... Anak perempuan saya. Kak Nadhrah memperkenalkan kepada aku kanak-kanak perempuan itu.

    Auntie Zara... Aku menghulurkan salam perkenalan kepada Nana. Teragak-agak Nana hendak menyambutnya.

    Salam Auntie Zara, sayang, tegur Puan Marina. Nana menyambut huluran tangan aku lalu tunduk mencium

  • 16

    Cinta Si Wedding Planner

    tangan aku.

    That is my girl, puji Kak Nadhrah.

    Zara asal dari mana? Memang orang KL ke? soal Puan Marina akan perihal diri aku. Aku menggeleng kecil.

    Asal dari Penang. Arwah ibu dan abah berpindah ke KL sebab arwah abah kena posting ke KL, jawab aku.

    Posting? soal Kak Nadhrah semula.

    Arwah abah polis. Arwah ibu pula uruskan butik ni sambil dibantu saya dan arwah abah, terang aku.

    Maaf kalau saya bertanya, parents Zara sekarang... Kata-kata Puan Marina terhenti di situ sahaja.

    Aku sudah dapat mengagak akan pertanyaannya itu. Aku tersenyum hambar lalu mengangguk kecil. Arwah ibu dan abah dah meninggal dalam kemalangan jalan raya tiga tahun yang lepas. Saya hidup sendirian di KL, sambung aku.

    Tiada ahli keluarga yang lain? teka Kak Nadhrah.

    Ada seorang kakak di Auckland. Abang ipar saya bekerja di pejabat kedutaan Malaysia di sana. Kakak pula kerja sebagai pensyarah di sana. Mak saudara yang lain pula ada di kampung, Penang dan Perlis, jawab aku.

    Zara jangan sesekali kata Zara sendirian di KL. Saya dan mama ada untuk Zara. Kami sekeluarga ada untuk Zara. Tegas kata-kata Kak Nadhrah. Terkejut kecil aku dengan kata-kata Kak Nadhrah. Apa hal pula ni?

    Betul tu, Zara. Kami sekeluarga ada untuk Zara, sahut Puan Marina pula mengiakan kata-kata Kak Nadhrah.

    Biar betul ni? Baru dua kali berjumpa, Puan Marina dah mula berperangai pelik. Kak Nadhrah pun sama ni. Pelik pula aku dengan dua-dua beranak ni. Belum sempat aku membuka mulut, kedengaran sensor pintu utama.

  • 17

    Dhiyana

    Spontan, aku, Puan Marina dan Kak Nadhrah mengalihkan pandangan ke arah pintu utama. Farid menekan butang unlock untuk membenarkan beberapa batang tubuh yang sedang menunggu di luar masuk ke dalam butik.

    Selamat datang, sapa Farid sambil membuka pintu utama.

    Papa! panggil Nana lalu meluru ke arah seorang lelaki yang berusia 30-an. Mungkin ini suami Kak Nadhrah.

    Selain daripada suami Kak Nadhrah, terselit juga beberapa wajah yang lain. Seorang lelaki yang berusia lingkungan 50-an, seorang pemuda yang telah aku kenali kerana dia yang melanggar keretaku minggu lepas dan juga seraut wajah wanita yang manis bertudung. Aku juga amat mengenali wanita itu kerana dia bekerja berdekatan kawasan ini.

    Suami saya, Abang Yusri. Dan ini, papa saya. Kak Nadhrah memperkenalkan ahli keluarganya kepada aku.

    Itu bakal pasangan pengantin. Zara ingat lagi, kan? Mikail dan Aliya, celah Puan Marina pula. Aku mengangguk kecil. Aku membalas senyuman papa Kak Nadhrah. Raut wajahnya iras dengan seseorang.

    Angah mana? soal papa Kak Nadhrah. Masing-masing tertanya-tanya akan gerangan angah yang dipanggil oleh mereka sekeluarga.

    Nad ingatkan angah nak datang dengan papa, jawab Kak Nadhrah.

    Taklah. Awal-awal pagi lagi dah hilang dari ofis. Papa ada tanya dekat Syiqah, Syiqah kata angah dah keluar, balas papa Kak Nadhrah pula.

  • 18

    Cinta Si Wedding Planner

    Mie call angah aje la, celah bakal pengantin lelaki yang menggelarkan dirinya Mie.

    Masing-masing saling berbual sesama mereka. Sesekali aku memandang wajah Mikail dan Aliya. Sama-sama padan! Seorang kacak dan seorang lagi cantik. Bagai pinang dibelah dua jika digandingkan di atas pelamin nanti.

    Angah kat mana? Kita orang semua dah ada di butik, soal Mikail apabila talian berjaya disambungkan.

    Kan alang dah SMS alamat butik kepada angah semalam. Syiqah beritahu, angah dah keluar pagi tadi, sambung Mikail lagi selepas mendengar butir perbualan di hujung talian.

    Yalah. Nanti alang beritahu papa dan mama, ucap Mikail. Beberapa saat kemudian, talian dimatikan oleh Mikail.

    Semua ahli keluarga termasuk aku memandang Mikail. Eh? Kenapa pula aku juga nak ambil tahu akan gerangan si angah yang disebut-sebut oleh dia orang sekeluarga?

    Angah kata dah datang awal pagi tadi. Tapi, tak sempat nak singgah butik sebab angah dapat emergency call daripada engineer. Angah kena pergi site, ada masalah, ujar Mikail. Masing-masing melepaskan keluhan kecil.

    Tak apalah. Kita ambil ukuran badan sesiapa yang datang hari ni. Ukuran badan angah nanti mama suruh angah datang sendiri, cadang Puan Marina, meredakan suasana ketika itu.

    Kenapa la aku rasa gerangan si angah ni seperti tidak suka akan perjumpaan famili macam ni? Apa yang disembunyikan oleh gerangan si angah ni? Seronok apa dapat berkumpul seluruh famili macam ni. Suasana majlis bersejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi akan

  • 19

    Dhiyana

    semakin terasa. Bukan macam aku dengan Kak Dina. Dah la duduk jauh beribu-ribu batu. Nak jumpa selalu pun susah. Dah dua tahun aku tak berjumpa dengan Kak Dina.

  • 20

    Cinta Si Wedding Planner

    Sudah seminggu adik Farid, Fauzan membantu aku di bahagian fotografi. Orangnya cekap dan senang diajar. Hanya sekali sahaja aku memberi tunjuk ajar, Fauzan sudah memahaminya. Cara kerjanya juga amat aku senangi. Tak perlu aku nak berleter panjang kalau masing-masing dah tahu tugas dan tanggungjawab.

    Kini, aku mempunyai sedikit masa untuk meluangkan masa di kedai bunga pula. Membantu pekerja menyiapkan gubahan hantaran perkahwinan para pelanggan yang ingin menggunakan bunga segar sebagai gubahan hantaran mereka. Bab hantaran ini sedikit mencabar kerana bunga perlu kelihatan segar sehingga selesai majlis. Memang mencabar!

    Kadangkala ada juga para pelanggan yang datang memesan kalungan bunga untuk majlis pengebumian, terutamanya pelanggan Cina. Nasib baik aku mempunyai dua orang pekerja yang berbangsa Cina. Mereka berdua banyak membantu aku.

    Kak Zara... Kalungan bunga ni nak hantar ke

    Bab 3

  • 21

    Dhiyana

    mana? soal Fauzan yang secara tidak langsung membantu aku dalam bab penghantaran.

    Kat situ Kak Zara dah lekatkan alamat. Jan tahu tak kat mana tempat tu? soal aku semula.

    Saya tahu, Kak Zara, balas Fauzan.

    Okey. Drive carefully, pesan aku sebelum Fauzan menghilangkan diri bersama-sama kalungan bunga yang perlu dihantarnya.

    Aku kembali leka dengan gubahan bunga. Sekejap lagi pelanggan akan datang mengambilnya. Bunga daisi. Penerimanya juga bernama Daisy. Romantik sungguh si teman lelaki yang beria-ia mahu menunjukkan rasa sayang kepada cinta hatinya.

    Tiba-tiba tumpuan aku diganggu dengan deringan telefon di atas meja. Aku tercari-cari akan telefon bimbit aku yang terlindung dengan batang-batang bunga yang dikerat. Terlihat sahaja nama yang tertera di skrin, terus aku capai dan menjawab panggilan itu.

    Assalamualaikum, mak lang! sapa aku riang apabila sudah mengetahui akan gerangan si pemanggil.

    Waalaikumussalam. Ya Allah! Sakit telinga mak lang dengar Zara menjerit. Nak jadi tarzan ke apa? bebel mak lang di hujung talian.

    Aku ketawa kecil. Haah, mak lang! Tarzan Malaya! seloroh aku. Mak lang kembali dengan bebelannya. Bebelan itulah yang amat dirindui setelah dua bulan aku tidak balik menjenguk mak lang di kampung.

    Bila Zara nak balik? Mak lang rindukan Zara. Sibuk sangat ke dengan business tu sampai tak ingat mak lang di kampung? Mak lang mula bertanyakan kepulangan

  • 22

    Cinta Si Wedding Planner

    aku. Aku tersenyum kecil dengan pertanyaan mak lang.

    Insya-Allah, minggu depan Zara balik. Minggu ni Zara ada satu majlis nak diuruskan. Selesai sahaja semuanya, Zara balik jenguk mak lang dengan pak lang, janji aku kepada mak lang.

    Mak lang ada Zara aje kat sini nak lepaskan rindu. Dah la Dina pun jauh. Bazli pun jauh. Mak lang ada Zara aje nak tumpang sayang. Zara tak sayangkan mak lang ke? Mak lang memang pandai bermain dengan emosi aku. Aku mudah cair apabila mak lang mula beremosi sebegini.

    Zara sayangkan mak lang. Mak lang tempat Zara tumpang kasih sayang lepas ibu dah tak ada. Zara janji, minggu depan Zara balik jenguk mak lang. Mak lang masak masakan kegemaran Zara, eh? Sambal petai udang! pinta aku.

    Dengan cepat mak lang bersetuju. Yalah! Mak lang buatkan untuk Zara.

    Aku tidak berbual lama dengan mak lang apabila Dayana mula memanggil aku. Aku meninggalkan gubahan bunga yang telah siap digubah. Aku mendapatkan Dayana yang sudah beralih ke butik, bersebelahan dengan kedai bunga.

    Anak lelaki Puan Marina datang bagi baju contoh. Katanya tak boleh tunggu lama untuk bagi ukuran badan. Dia hanya pesan, ikut saiz dan ukuran baju contoh ni. Seluar pula tak nak dijahitkan butang. Dia nak digantikan dengan kancing seperti biasa, ujar Dayana akan pesanan anak lelaki Puan Marina.

    Aku mengambil beg kertas yang mengandungi baju Melayu milik anak lelaki Puan Marina. Aku keluarkan sepasang baju Melayu itu. Agaknya si angah kut datang. Aku

  • 23

    Dhiyana

    belek baju Melayu itu dan mengagak saiz badannya dalam fikiran aku.

    Tinggi... Bersaiz besar, bukan gemuk. Maybe tough... Besar sedikit daripada Mikail. Tinggi lebih kurang sama. Hati aku meneka akan gerangan si anak lelaki Puan Marina yang seorang lagi. Misteri sungguh anak kedua Puan Marina ni.

    Fashion designer kita tak balik dari lunch lagi? soal aku kepada Dayana akan gerangan pereka pakaian yang bekerja dengan aku. Tidak lain tidak bukan, Si Farid. Dialah yang banyak membantu aku dalam hal rekaan terkini pakaian pengantin.

    Belum. Dia keluar dengan Shikin, balas Dayana.

    Terjongket kening aku dengan jawapan Dayana. Menarik ni! Sejak bila Farid berskandal dengan pembantu sendiri? Hmmm... Mesti siasat ni.

    Anak lelaki Puan Marina yang seorang ni lagi handsome daripada bakal pengantin. Cair hati saya bila berpandangan dengan dia. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Tapi... Dia macam sombong. Susah sangat nak senyum. Dayana pula mula membebel akan gerangan anak kedua Puan Marina.

    Yana... Handsome kadang-kadang tak menjamin kebahagiaan. Biar buruk di luar tetapi handsome di dalam. Itu yang penting. Handsome di dalam yang akan memberikan kebahagiaan kepada kita. Handsome di luar kadang-kadang akan membuatkan kita makan hati aje. Kalau kedua-duanya handsome, anggap aje satu pakej lengkap. Kita kena bersyukur kepada Allah sebab memberikan kita satu anugerah yang lengkap pakejnya, ujar aku apabila Dayana asyik memuji kekacakan anak kedua Puan Marina.

  • 24

    Cinta Si Wedding Planner

    Tiba-tiba terdetik sesuatu dalam hati. Handsome sangat ke? Teringin juga aku nak tengok. Boleh lawan dengan ketampanan Ikmal Bazli, buah hati pengarang jantung aku? Cakap tentang Ikmal Bazli, mak lang tak tahu ke anak kesayangan mak lang nak balik bulan depan?

    MalaM-MalaM aku ditemani dengan aktiviti membaca novel. Aku meniarap di atas katil sambil membaca novel karya Zura Asyfar. Sebenarnya Saya Isteri Dia. Memang melekakan aku dengan jalan ceritanya yang amat menarik.

    Tumpuan aku diganggu dengan deringan. Tapi, bukan dari telefon bimbit, dari komputer riba sebenarnya. Aku hanya biarkan sahaja komputer riba aku dibuka. Dan Yahoo Messenger dibiar log in. Aku mendapatkan komputer riba. Terpamer nama rocketman di skrin. Buah hati pengarang jantung aku!

    Pantas sahaja aku mencapai kardigan lalu disarungkan ke badan untuk melindungi tubuh aku yang dilapisi pijama nipis. Tuala sekadar aku letakkan ke atas kepala dan diselempangkan untuk melindungi batang leher aku. Selesai sahaja aku menutup aurat yang terdedah, aku lantas menekan butang Accept. Terpamer wajah Ikmal Bazli di skrin.

    Lambatnya... Itu perkataan pertama yang disebutnya apabila kami saling berpandangan di skrin.

    Dah buat VC tanpa beritahu dulu. Take time la nak capai kardigan dan segalanya. Lain kali beritahu dahulu kalau nak VC, bebel aku semula kepadanya. Terukir senyuman di wajah Bazli.

  • 25

    Dhiyana

    Miss you, ucapnya berterus terang.

    Me too, akui aku akan perasaan aku kepadanya.

    Zara buat apa tadi? soalnya lagi.

    Aku capai novel dan tunjukkan muka depan novel kepadanya. Aktiviti berfaedah. Baca novel, balas aku.

    Sebenarnya Saya Isteri Dia... Bazli membaca tajuk novel yang aku pegang. Aku mengangguk.

    Hmmm... Sebenarnya, Saya Skandal Dia, sambung Bazli lagi.

    Siapa? Jangan cari pasal dengan Zara, eh? gertak aku apabila Bazli mula dengan perangainya yang suka mengusik.

    Kita kan berskandal, sayang. Selagi tak ikat apa-apa, kira berskandal la tu. Itu yang Li nak ikat dengan Zara. Dah tak nak skandal lagi, jelas Bazli.

    Zara dapat tahu Li ada skandal lain selain Zara, siap Li! Zara cari Li sampai dapat! gertak aku lagi. Kedengaran tawa Bazli.

    Tak la, sayang. Hanya ada Izara Batrisya dalam hati Ikmal Bazli. Tiada yang lain. Melainkan... Kata-kata Bazli terhenti di situ sahaja. Aku mula merenung wajah Bazli di skrin komputer riba.

    Melainkan apa?

    Melainkan... Lahirnya Izara Batrisya junior nanti. Tanda cinta kita, sayang. Our daughter, jawab lelaki yang kelihatan tampan dengan penampilan wajahnya yang baru. Kumis yang tumbuh di wajahnya itu dijaga rapi. Itu yang membuatkan wajahnya kelihatan tampan.

    Ikmal Bazli! Terkejut aku dengan jawapan Bazli. Apa lagi, bulat la mata aku memandang wajah Bazli yang

  • 26

    Cinta Si Wedding Planner

    sudah ketawa terbahak-bahak di skrin.

    Angan-angan mat jenin! tempelak aku.

    Tak salah, kan? Li akan jadikan ia kenyataan selepas tiga bulan kita bernikah. Janji! sahut Bazli yang seronok menyakat aku.

    Tak senonoh! tempelak aku lagi dengan lawak Bazli yang sememangnya membuatkan aku malu sendiri.

    Bukan tak senonoh. Tapi, perancangan. Kita kena ada perancangan, sayang. After all, anak kan anugerah daripada Allah. Pengikat kasih sayang kita berdua. Dan kehadiran tanda cinta dalam hidup kita akan mengukuhkan lagi kasih sayang. Betul tak, sayang? jelas Bazli. Aku tersenyum dengan penjelasannya itu.

    That is my girl. Li rindukan senyuman tu. Dan rindukan pemilik senyuman itu sangat-sangat. Tak sabarnya nak balik bulan depan, luah Bazli lagi.

    Speaking about that... Mak lang tak tahu lagi eh Li nak balik bulan depan? soal aku apabila teringat semula akan perbualan aku dengan mak lang siang tadi.

    Bazli hanya tersengih-sengih dengan pertanyaan aku. Daripada caranya itu, sudah aku faham akan jawapan daripada Bazli.

    Mak dan ayah tak tahu lagi. Hanya Zara yang tahu tentang kepulangan Li. Lagipun, Li akan turun di KL dulu. Jumpa Zara dan kita sama-sama balik kampung, ujarnya. Semakin membulat mata aku dengan perancangan yang sudah dibuatnya.

    Bestnya dia buat perancangan tanpa beritahu kita dulu. Rasa macam nak piat-piat aje telinga dia. Aku mula geram dengan rancangannya. Sengaja aku menunjukkan gaya seperti mahu menarik telinganya.

  • 27

    Dhiyana

    Ala... Jangan la. Dah la mak dan ayah selalu tarik telinga Li. Kalau Zara tarik telinga Li juga, bertambah capang la telinga Li. Jatuh la saham Li. Hantaran daripada sepuluh ribu dah tinggal lima ribu, gara-gara telinga lebar macam telinga gajah. Bazli mula dengan melodramanya seperti mak lang. Anak dan mak memang pandai main emosi aku. Aihhh... Sabar ajelah.

    Mana belajar perempuan kena hantar hantaran kepada lelaki? Ikut adat orang India, eh? soal aku kepadanya semula.

    Bazli tersengih-sengih dengan pertanyaan aku. Sekali-sekala ubah adat, balasnya lagi. Lantas aku menunjukkan buku lima kepadanya. Segera Bazli menggelengkan kepala. Kami berdua sama-sama tertawa dengan gelagat masing-masing.

    Hows your business? soal Bazli, mula menanyakan tentang perniagaan aku.

    Alhamdulillah. Kedai bunga mula mendapat sambutan. Terutamanya bakal pengantin. Dia orang banyak nak gubahan hantaran fresh flower. Dan ada juga yang nak gunakan fresh flower dalam wedding dia orang. Actually, ia memang idea yang bagus. Perniagaan butik pengantin digabungkan dengan perniagaan bunga. What a good combination!

    Ehem... Ehem... Siapa la yang bagi idea tu, kan? Share daripada idea tu pun tak merasa lagi. Agak-agaknya bila la dapat merasa, kan? Aku amat memahami kata-katanya itu. Ingat aku lupa la tu yang dia tu si penyumbang idea.

    Yalah... Yalah! Zara ingat! Li penyumbang idea. Balik nanti Zara bagi la share Li.

  • 28

    Cinta Si Wedding Planner

    Bazli kembali ketawa apabila aku mengingati semula penyumbang idea dalam perniagaan baru itu. Mahu saja aku menarik telinga sepupu merangkap buah hati pengarang jantung aku itu kerana seronok sangat mengusik aku. Nasib baik tak ada depan mata. Kalau tak, bertambah lebar la telinga tu.

    Li dah ada plan bila dah tamat belajar ni? Nak kerja di KL? soal aku apabila teringat semula akan soalan yang ingin aku tanyakan kepadanya sejak beberapa hari lepas.

    Tak sure lagi. Tapi Li ada kejutan untuk semua, jawab Bazli dengan teragak-agak. Aku dapat kesan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Bazli.

    Li... Li ada sesuatu yang Li sorokkan daripada Zara, kan? Zara dapat rasakan, ada sesuatu yang penting Li sorokkan daripada Zara.

    Pertanyaan aku dijawab dengan senyuman oleh Bazli. Yeah! Sesuatu yang agak penting. Mesti Zara terkejut punya. Nanti bila Li balik, Li bagi tahu. Tunggu, ya?

    Aku mula berasa seram sejuk dengan jawapan Bazli. Apa yang disembunyikan oleh Bazli daripada pengetahuan aku sebenarnya?

  • 29

    Dhiyana

    MajliS perkahwinan yang menggunakan perkhidmatan daripada butik aku berlangsung dengan meriah, tanpa ada rungutan daripada pasangan pengantin, mahupun daripada keluarga pasangan pengantin. Kedua-dua pasangan itu hanya tersenyum dengan hasil bayaran yang dibayar oleh mereka. Aku menarik nafas lega apabila melihat senyuman itu.

    Fauzan membantu aku dalam hal fotografi. Dari majlis akad nikah sehinggalah ke majlis bersanding. Fauzan cepat belajar akan sesuatu. Kami berdua sama-sama menumpukan perhatian kepada tugas di dalam majlis.

    Family photo! ujar pengantin lelaki kepada ahli keluarga. Ahli keluarga mula berkumpul untuk mengambil gambar bersama-sama dengan pasangan pengantin. Aku yang bertugas sebagai jurukamera utama sudah bersiap sedia dengan kamera kesayangan aku.

    Aku menghalakan lensa kamera ke arah pasangan pengantin yang sudah dihimpit oleh ahli keluarga untuk mengabadikan kenangan dalam majlis penuh gemilang ini.

    Bab 4

  • 30

    Cinta Si Wedding Planner

    Senyum semua... Satu... Dua... Tiga... Jari aku menekan butang kamera. Terpahat satu potret famili di dalam kamera aku.

    Free style! arah aku kepada ahli keluarga tersebut. Dengan penuh selamba mereka semua berlagak aksi selamba. Dengan kiraan tiga, sekali lagi aku mengabadikannya sebagai satu kenangan.

    Friends photo! ujar pengantin lelaki kepada rakan-rakannya pula.

    Ahli keluarga mula bersurai dan digantikan pula dengan rakan-rakan pasangan pengantin. Masing-masing mula mengambil tempat untuk mengambil gambar bersama-sama dengan pasangan pengantin yang kelihatan bergaya di dalam sut dan juga gaun.

    Riz! Kau jangan malu alah nak ambil gambar. This is my wedding, okay? tegur pengantin lelaki kepada rakannya yang tidak turut menyertai mereka.

    Spontan aku memandang ke arah lelaki yang dipanggil Riz oleh pengantin lelaki. Tergamam aku seketika. Dia? Bukan ke dia... Chinese guy yang drive Audi beberapa minggu lepas? Yang selamba parking kat tempat parking aku? Bukan dia ke?

    Fariz Adryan... Come join us! Salah seorang rakan pengantin mula memanggilnya. Seorang demi seorang mula memaksa gerangan yang dipanggil Fariz Adryan bergambar bersama. Pemuda yang berwajah seperti bangsa Cina mengalah dan menyertai rakan-rakannya.

    Dia Melayu? Biar betul? Mati-mati aku ingatkan dia Chinese. Fariz Adryan... Boleh tahan nama tu, sesuai dengan orangnya. Ya Allah! Apa aku merepek ni? Ingat rocketman, Zara. Dia buah hati pengarang jantung kau.

  • 31

    Dhiyana

    Ready semua... On my count! One... Two... Three! Snap!

    Ermmm... Zara, boleh ambil gambar saya dengan Fariz? pinta pengantin lelaki kepada aku. Aku mengangguk setuju.

    Pengantin lelaki yang segak bersut kembali mendapatkan gerangan Fariz Adryan. Tidak lama kemudian, kedua-duanya mendapatkan aku semula. Aku dan Fariz berpandangan seketika. Bibir Fariz seperti mahu menuturkan sesuatu kepada aku. Tetapi aku tidak mengendahkannya.

    Okay... Ready! Dalam kiraan tiga, sekeping gambar diambil oleh aku. Kemudian, kepingan kedua diambil dengan aksi yang berbeza pula.

    Pengantin lelaki mendapatkan ahli keluarganya apabila dipanggil. Hanya Fariz masih terpacak berdiri di hadapan aku. Aku abaikan sahaja susuk tubuh itu sambil meneruskan kerja aku semula, mengambil gambar setiap aksi para tetamu yang hadir.

    Mana kau park kereta buruk kau? soalnya tiba-tiba dengan bahasa yang aku rasakan amat sopan sekali.

    Di tempat yang sememangnya khas untuk saya, balas aku semula.

    Masih block kereta orang? soalnya menyindir aku akan kejadian lepas.

    Tempat khas untuk saya. Tak perlu nak block kereta orang lain pun, jawab aku tidak mahu kalah dengan perang sindiran kami berdua.

    Berlagak! tempelak Fariz dengan dengusan kecil lalu mengorak langkah meninggalkan aku.

  • 32

    Cinta Si Wedding Planner

    Eh? Siapa yang berlagak sebenarnya? Dia ke aku? Jawapan aku dikira berlagak juga ke? Dah memang betul apa yang aku jawab. Takkan van aku yang nak mengangkut barang-barang diletakkan di luar kawasan dewan? Semestinya aku parkir berdekatan dengan dewan, dikhaskan hanya untuk untuk perancang perkahwinan seperti aku. Ini memudahkan kerja-kerja aku untuk mengangkat barang masuk ke dalam van apabila selesai majlis nanti.

    Apalah nasib aku bertemu dengan orang yang berlagak sombong macam ni? Dah la muka dikategorikan boleh tahan kacak, tapi perangai... Hampeh! Berlagak! Malang la sesiapa yang jadi isteri dia. Cemberut aje wajah kacak tu. Nak cepat tua agaknya kut.

    Seperti yang dijanjikan dengan mak lang minggu lepas, selesai sahaja majlis yang aku uruskan, aku akan pulang ke kampung menjenguk mak lang dan pak lang. Setelah memberi pesanan kepada pekerja-pekerja, aku meninggalkan Kuala Lumpur. Butik dan kedai bunga aku tinggalkan di bawah pengawasan Kak Lina, pekerja lama sejak arwah ibu ada lagi.

    Aku memandu kereta buruk yang dipanggil oleh gerangan Fariz Adryan. Buruk ke? Proton Satria... Memang la oldies. Tapi, tetap bertahan sehingga sekarang. Banyak berjasa kepada aku sejak aku belajar sehinggalah sekarang.

    Aku berhenti sekejap di Hentian Sungai Perak untuk mengisi perut aku yang kosong sejak pagi tadi. Sempat lagi aku membeli sedikit buah-buahan untuk mak lang. Selesai mengisi perut, aku kembali ke kawasan parkir.

  • 33

    Dhiyana

    Langkah kaki aku terhenti tidak jauh dari tempat kereta aku diparkir. Kelihatan sebuah kereta mewah yang berwarna putih terparkir di sebelah kereta aku. Bukan kerana kereta itu yang membuat aku bereaksi seperti begitu. Tetapi gerangan kelibat yang sedang bersandar di kereta mewah itu.

    Pandangan aku tidak salah lagi melihat gerangan itu walaupun hanya dari sisi. Dia kelihatan santai dengan kemeja T berkolar dan juga seluar jean berwarna hitam tersarung ke tubuhnya. Cermin mata hitam tidak lekang dari wajahnya yang persis keturunan Cina. Dia kelihatan leka mengunyah buah yang dibelinya.

    Nak berjemur di tengah panas ke? Tak takut kulit gelap? tegurnya tanpa memandang aku. Aku tersedar daripada lamunan.

    Patut la macam kenal kereta buruk ni. Ingatkan tadi nak block aje di bahagian belakang kereta kalau tak ada parking kosong. Nasib baik ada parking kosong kat sebelah kereta buruk ni, sindir Fariz yang masih leka mengunyah buah.

    Buruk perangai bercakap sambil mengunyah, sindir aku kembali yang sudah menghampiri kereta.

    Fariz terdiam. Wajahnya masih mempamerkan riak wajah sombong. Aku tidak mempedulikan pandangannya yang memandang aku.

    Boleh pula kereta buruk ni bertahan sampai ke sini. Takut juga kalau tinggal tayar aje. Fariz Adryan masih tidak mahu mengaku kalah. Aku hanya mengabaikan sindiran itu. Sabar, Zara. Buang masa aje nak bertekak dengan dia.

    Opocot! Tidak semena-mena, si sombong boleh pula melatah. Hilang kekacakannya! Hilang lagak sombong

  • 34

    Cinta Si Wedding Planner

    Si Fariz Adryan. Terasa mahu meletus ketawa aku di situ juga dengan latahnya dek terkejut dengan deringan telefon bimbit.

    Waalaikumussalam. Ya, ma, sapa Fariz cuba mengawal perasaan malunya di depan aku.

    Angah ada di Sungai Perak. Singgah makan sekejap. Mungkin lagi dua jam sampai la kat sana. Ya, mama. Nanti angah call bila dah sampai kat hotel. Dont worry, ma. Angah bukan budak lagi. Tahulah angah jaga diri, bual Fariz.

    Aku seperti tertarik ingin mendengar perbualan Fariz. Tetapi apabila difikirkan semula, tidak sopan aku memasang telinga. Dia siapa, dan aku pula siapa? Kenal pun tidak. Hanya tahu nama dia, Fariz Adryan. Titik!

    Angah datang dua hari aje, ma. Tak lama pun. Angah minta maaf sebab tak beritahu mama. Nanti angah dah balik KL, angah balik rumah papa. Pesan kepada alang tolong tengokkan Captain dengan Nemo di rumah angah. Karang mati kebulur pula, pesan Fariz lagi.

    Sembang dengan mama rupa-rupanya. Anak manja mama la ni. Hmmm... Tak padan dengan muka handsome, tapi anak manja mama. Aku malas mahu memasang telinga lagi. Lantas aku loloskan tubuh ke dalam perut kereta.

    Aku mengundur kereta dari kotak parkir. Aku memberhentikan kereta sebelum melewati Fariz yang sudah tidak berbual lagi di telefon. Mulutnya kembali mengunyah buah. Aku menurunkan cermin tingkap kereta dan menjengulkan kepala aku ke luar.

    Orang-orang tua selalu pesan, buruk perangai kalau makan sambil berdiri. Opocot! sindir aku kembali dengan senyuman kemenangan apabila Fariz mengetap gigi dengan sindiran aku. Nak lawan dengan Zara, kan? Ni, Izara

  • 35

    Dhiyana

    Batrisya la! Juara debat sekolah!

    Aku ketawa kecil sendirian di dalam kereta apabila mengenang kembali wajah terkejut Fariz dengan deringan telefon bimbitnya. Boleh pula dia melatah. Aihhh... Hilang handsome. Kalau melatah depan awek, mesti kena gelak sakan.

    Sedang aku ketawa sendirian, aku dikejutkan dengan bunyi hon dari belakang kereta. Pantas aku memandang cermin pandang belakang. Terkejut aku dengan gerangan kereta mewah yang berwarna putih itu. Sekejap sahaja dia sudah berada di belakang aku.

    Tersungging senyuman nakal di bibir aku. Nak main-main, eh? Perlahan-lahan kaki aku yang menekan pedal minyak diangkat sedikit demi sedikit dari pedal. Kelajuan kereta mula berkurangan dan beransur-ansur menjadi perlahan. Semakin bingit telinga aku dengan bunyi hon dari kereta mewah yang membuntuti dari belakang. Aku tidak mengendahkan bunyi yang membingitkan itu.

    Tidak sampai seminit, kereta mewah itu memberi isyarat ke kanan dan segera memotong kereta aku. Dan pantas sahaja kereta itu menukar laluan dan berada di hadapan aku pula. Kelajuannya sengaja dikurangkan. Apabila aku mula menekan pedal minyak, dia juga seperti mahu menambah kelajuan keretanya pula.

    Arghhh! Fariz Adryan! Apa kena dengan dia ni? Gengster lebuh raya! Aku tahu la kereta kau mewah, tak perlu nak berlagak dengan aku. Aku cuba mencari peluang untuk memotong kereta milik Fariz. Ada sahaja peluang, terus aku memotong kereta yang dipandu oleh Fariz. Aku menyelit-nyelit di celahan kenderaan yang bergerak laju di lebuh raya.

  • 36

    Cinta Si Wedding Planner

    Alhamdulillah... Akhirnya, tiada lagi kelihatan kereta mewah milik pemandu berlagak sombong, Si Fariz Adryan. Perjalanan aku kembali tenang dan aman. Sehinggalah sekali lagi aku terlihat akan kelibat kereta milik Fariz di atas jambatan Pulau Pinang.

    Kereta itu hanya melewati aku tanpa mengganggu perjalanan aku lagi. Aku melihat sekilas ke arah Fariz yang sedang memandu kereta. Kelihatan bibir Fariz terkumat-kamit bergerak. Lagak gayanya seperti berbual dengan seseorang. Guna handsfree kut.

  • 37

    Dhiyana

    aku menyusuri jalan kecil yang bertar. Kiri dan kanan aku menyajikan pemandangan sawah yang menghijau. Aku membuka tingkap kereta untuk mengambil udara dan angin petang. Nyamannya.

    Senyuman aku mati serta-merta dek sengihan Alif, rakan sepermainan aku. Alif yang sedang menunggang motosikal lantas memberhentikan motosikalnya dan memberi laluan kepada aku. Aku melewati Alif lalu memberhentikan kereta di sebelah motosikal Alif.

    Terima kasih, Alif, ucap aku. Alif tersengih-sengih mempamerkan barisan giginya yang kelihatan kekuningan. Kuat merokok!

    Lama cuti, Zara? soal Alif. Aku terdiam seketika. Otak aku ligat memikirkan tempoh aku akan berada di kampung.

    Tak lama kut. Tiga hari aje. Tak boleh tinggal lama-lama cik abang kat KL. Nanti meroyan satu KL cari aku, seloroh aku dengan perkataan cik abang. Alif ni

    Bab 5

  • 38

    Cinta Si Wedding Planner

    sebenarnya menaruh hati kepada aku. Tetapi, awal-awal lagi aku dah tolak! Bukan kerana memilih, tetapi disebabkan Alif ni dah berkahwin.

    Cik abang? soal Alif semula. Aku mengangguk laju.

    Anak sihat? Sepantas mungkin aku cuba mengalih topik perbualan kami berdua.

    Anak-anak sihat. Alhamdulillah, balas Alif. Terlopong aku mendengar jawapan Alif. Anak-anak?

    Dah bertambah seorang lagi ke? teka aku. Alif mengangguk kecil dengan senyuman malu. Malu la sangat. Dalam hati bangga gila!

    Wah! Semakin bertambah anak kau, Alif. Rezeki Allah nak bagi! sambung aku lagi.

    Alhamdulillah. Terfikir juga nak tambah cawangan baru. Itu pun kalau kau bagi lampu hijau la. Malam ni juga kita bernikah. Tak payah nak membazir masa, seloroh Alif tanpa rasa malu. Buntang mata aku dengan lawak selamba Alif.

    Kau sanggup nak bertumbuk dengan cik abang aku? Cik abang aku bukan calang-calang orang. Sekali dia debik kau, tersungkur pengsan dua hari. Kalau lawak selamba ni didengar dek Bazli mahu dikejarnya Alif di tengah-tengah petak sawah dengan pelepah kelapa. Nak cari nahas! Barannya jangan diusik.

    Eleh... Aku tak takut la. Ni Alif! Sekali aku buka kekuda, dia yang tersungkur atas tanah, jawab Alif dengan penuh rasa riak.

    Weh! Aku blah dulu. Perut aku memulas la. Dah tak sabar nak termenung dalam jamban rumah mak lang

  • 39

    Dhiyana

    aku. Aku memintas sebelum Alif meneruskan niatnya untuk mengayat aku lagi.

    Tanpa menunggu jawapan daripada Alif, segera aku memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Kereta mula bergerak meninggalkan Alif yang terkulat-kulat ditinggalkan aku. Tak padan anak dah dua, ada hati nak tambah cawangan lagi. Memang nak kena bedal dengan pelepah kelapa dek Bazli la tu.

    Aku memasuki simpang kecil ke rumah mak lang yang terletak di tengah-tengah sawah. Island house! Itu yang aku dan Kak Dina gelarkan. Rumah mak lang terletak di tengah-tengah sawah, tak ubah seperti pulau yang berada di tengah laut.

    Bunyi deruman enjin kereta yang memasuki halaman rumah kelihatan seperti mengejutkan mak lang dan pak lang. Kedua-duanya menjenguk melihat aku dari tingkap yang terbuka luas. Melebar senyuman di kedua-dua wajah yang sudah aku anggap seperti ibu bapa aku sendiri setelah kehilangan ibu dan abah.

    Aku mematikan enjin kereta lalu melolos keluar dari perut kereta. Mak lang menapak laju menuruni tangga apabila terlihat kelibat aku. Dia menerpa ke arah aku lalu memeluk tubuh aku. Aku membalas pelukan mak lang.

    Ya Allah! Rindunya mak lang kepada Zara. Rindu sangat! luah mak lang, masih tidak melepaskan pelukan.

    Zara pun rindukan mak lang, sahut aku. Terasa pelukan sedikit regang. Wajah aku dipegang oleh mak lang. Bertalu-talu ciuman sayang mak lang mendarat di wajah aku. Mak lang rindu sangat kepada aku nampaknya.

    Ya Allah! Bibah! Kut ya pun, kesian Si Zara tu sama. Penat tak hilang lagi, Bibah dah tambahkan penat Zara

  • 40

    Cinta Si Wedding Planner

    lagi. Dah naik lemas Zara tu Bibah peluk, tegur pak lang dengan reaksi mak lang yang tanpa dijangka itu.

    Abang mana tahu macam mana Bibah rindukan Zara. Zara aja yang kita ada nak tumpang rindu. Dina dengan Li jauh kat tempat omputih, bebel mak lang dengan sendu kecil. Hujung lengan baju Kedah dijadikan kain pengesat air mata. Mak lang dah mula melodrama. Telenovela Melayu!

    Tak apa, pak lang. Zara, okey. Mak lang kan buah hati Zara. Hilang penat Zara bila mak lang peluk Zara tadi. Sayang mak lang ketat-ketat! Aku kembali memeluk tubuh mak lang. Mak lang mencebik bibir kepada pak lang. Boleh pula mak lang melawak macam tu dengan pak lang.

    Dah! Jom naik. Mak lang dah masak sambal petai udang. Abang, bawakan beg Zara ke atas, ajak mak lang sambil memberi arahan kepada pak lang. Sempat lagi bagi arahan mak lang ni.

    Abang juga yang kena buat semuanya, bebel pak lang dengan arahan mak lang. Ketika aku melintasi pak lang, aku tunduk menyalami tangannya.

    Tak apa, pak lang. Nanti Zara bawa naik sendiri, ujar aku kepada pak lang ketika pak lang bertanyakan kunci kereta kepada aku.

    Selepas bersolat maghrib berjemaah, kami bertiga makan malam bersama-sama. Riuh suasana di meja makan apabila mak lang dan pak lang saling berlumba-lumba mahu melayani aku. Penuh pinggan dengan lauk-pauk yang dicedok oleh mak lang dan pak lang.

    Masjid kampung nak dipindahkan ke pak lang? soal aku mengenai masjid kampung yang seperti mahu dirobohkan ketika aku melewati kawasan masjid petang tadi.

    Taklah. Diubah suai jadi lebih besar. Ada orang

  • 41

    Dhiyana

    derma ke masjid dan usulkan mahu besarkan masjid. Pak lang dengar kontraktor juga, jelas pak lang. Aku mengangguk kecil lalu meneruskan suapan ke mulut.

    Kat KL Zara tak berkawan dengan siapa-siapa ka? celah mak lang pula.

    Bibah. Mendatar sahaja suara pak lang menegur mak lang. Eh, kenapa pula ni?

    Berkawan la, mak lang. Kan kawan-kawan U Zara ada di KL. Kadang-kadang kita orang jumpa, lepak, makan sama-sama, jawab aku. Kelihatan mak lang seperti teragak-agak mahu bertanya dengan lebih lanjut.

    Kenapa, mak lang? soal aku pula.

    Kawan laki ka perempuan? soal mak lang semula.

    Aku tersenyum dengan pertanyaan mak lang. Dua-dua, mak lang.

    Sekali lagi mak lang kelihatan teragak-agak mahu bertanya kepada aku. Aku terkesan sesuatu dari lirikan mata mak lang kepada pak lang. Aku abaikan sahaja lirikan mata suami isteri di hadapan aku ini. Suapan diteruskan lagi ke mulut.

    Mak lang hang ni ha, Zara. Nak tanya hang ada boyfriend ka belum? Susah sangat nak bertanya. Asyik kona kanan, kona kiri aja. Pak lang berterus terang tanpa selindung.

    Tersedak aku dengan pertanyaan pak lang yang straight to the point. Serta-merta sambal petai terasa amat pedas di dalam mulut. Segera aku capai gelas dan meneguk air masak kosong sehingga habis segelas. Masih terasa pedas namun sedikit reda berbanding tadi.

    Apa dia, pak lang? Boyfriend? soal aku semula.

  • 42

    Cinta Si Wedding Planner

    Pak lang diam tanpa reaksi. Mak lang pula yang mengangguk laju.

    Dah ada ka? soal mak lang pula. Aku hanya tersenyum penuh makna kepada mak lang dan pak lang. Biar Bazli sendiri yang ceritakan semuanya.

    Zara? Mak lang masih ternanti-nanti akan jawapan aku. Aku pula hanya mendiamkan diri dan tersenyum penuh makna. Malu alah dengan pertanyaan mak lang.

    Kalau senyum tu ada la. Tak payah la duk risau sangat. Nanti dia dah bersedia, dia bawalah jumpa kita. Pandai la Zara nak jaga diri dia. Tak payah nak kalut sangat, tegur pak lang apabila mak lang asyik nak mengorek rahsia aku.

    Mana tak risaunya, bang. Zara tu dah la duk sorang-sorang. Tak dak sapa-sapa nak jaga dia kat sana. Lain la dengan Bazli tu. Katanya dah ada, nanti nak bawa mai jumpa kita, sahut mak lang.

    Aik? Lagi cepat si rocketman ni beritahu mak lang kata yang dia dah ada. Tak payah nak bawa mai jumpa, mak lang. Dah ada depan mata mak lang pun. Cuma belum diperkenalkan sebagai buah hati pengarang jantung anak kesayangan mak lang aje.

    Entah-entah, omputih mana la dia nak bawa balik nanti. Mintak simpang la Bibah, oit... bebel pak lang.

    Sekali lagi aku tersedak dengan kata-kata pak lang. Bazli nak bawa omputih? Langkah mayat aku dulu! Memang cari nahas la kalau macam tu!

    Ya Allah! Cuba makan tu perlahan-lahan. Bakal mak mentua datang nak meminang terus tak jadi. Tak lari ke mana pun sambal petai tu, tegur mak lang sambil menuang

  • 43

    Dhiyana

    air ke dalam gelas aku yang sudah kosong.

    Dah ada depan bakal mak mentua pun, mak lang. Confirm mak lang takkan reject Zara! Mak lang kan sayang Zara.

    leher aku terasa lenguh kerana asyik menundukkan kepala sambil mengedit gambar majlis perkahwinan semalam. Kerja aku dibawa sekali pulang ke kampung. Biarlah... Dapat juga aku mengisi masa lapang.

    Sekeping demi sekeping gambar aku edit sehinggalah jari-jemari aku terhenti apabila tiba di sekeping gambar. Kelihatan pemuda yang berwajah seperti keturunan Cina sedang berdiri megah di sebelah pengantin lelaki. Wajahnya mengukir senyuman. Tetapi senyuman itu aku rasakan seperti dipaksa, dan bukan dari kerelaan hati. Tak ikhlas!

    Aku amati wajah itu. Matanya yang sepet, hidung sedikit mancung, bibirnya kelihatan kemerahan, alis kening yang tebal dan... Kalaulah dia senyum seikhlas hati, pasti wajah itu akan kelihatan sangat kacak. Silap-silap boleh cair hati mana-mana wanita yang tengok senyuman dia.

    Aku? Cair dengan dia? Please la... Nak cari nahas dengan Ikmal Bazli? Bukan bergegar satu KL, tetapi bergegar satu Malaysia dengan amukan dia. Baran dia jangan diusik. Karang meletup gunung berapi yang dah lama tak meletus.

    Ooo... Ni la bakal menantu untuk mak lang, eh? sergah mak lang tiba-tiba. Terkejut aku dengan sergahan mak lang. Terkebil-kebil aku memandang mak lang.

  • 44

    Cinta Si Wedding Planner

    Apa dia, mak lang? soal aku semula.

    Abang! Mai lekas! Ni ha, bakal menantu kita! Segaknya! Cina ka? Alamak! Mak lang mula menyebar khabar angin. Pak lang pun dah mula ambil tempat kat sebelah mak lang. Kedua-duanya memandang pemuda iras Cina yang segak bergaya di skrin komputer riba aku itu.

    Mak lang... Pak lang... Dia bukan boyfriend Zara. Dia kawan pengantin lelaki. Kami terserempak kat majlis aje, terang aku sebelum mak lang dan pak lang mula berangan akan menantu yang kacak ini.

    Cina ka, Zara? soal pak lang pula.

    Melayu. Fariz Adryan, jawab aku.

    Hah! Dah tau nama tu. Ni mesti dah lama kenal. Zara pun nak jadi macam Bazli juga ka? Nanti nak bawa mai jumpa mak lang dengan pak lang ka? sergah mak lang lagi. Pantas aku menggelengkan kepala dengan laju.

    Bukan macam tu, mak lang. Kebetulan aje semua ni. Zara bukannya kenal dia pun, tekan aku sebelum mak lang dan pak lang salah anggap akan gerangan Fariz Adryan lagi. Apa punya malang la nasib aku hari ni? Boleh pula aku leka tengok gambar si mamat berlagak ni. Hesy... Bala ni! Bala!

    Belum sempat pak lang membuka mulut bertanyakan gerangan Fariz Adryan, kedengaran deringan panggilan video dari komputer riba aku. Tertera nama rocketman di skrin. Fuh! Penyelamat aku!

    Bazli, ujar aku kepada pak lang dan mak lang. Pantas aku menekan butang Accept dan memberi ruang kepada mak lang dan pak lang untuk berada di hadapan skrin.

  • 45

    Dhiyana

    Sweetheart, sapa Bazli. Terkejut aku dengan sapaan Bazli. Dia memang cari pasal la.

    Eh? Mak... Ayah. Suara Bazli seperti terkejut apabila melihat wajah mak lang dan pak lang.

    Siew kepala hotak hang! bebel pak lang. Pantas mak lang menampar bahu pak lang.

    Dah tak kenal Zara dengan Siew? sambung pak lang lagi. Nasib baiklah pak lang tak faham apa yang Si Bazli cakapkan. Kalau tak, mampus aku!

    Zara balik kampung, eh? soal Bazli semula. Malu la tu.

    Tak. Balik bandar, balas pak lang bersahaja.

    Errr... Mak dengan ayah sihat? soal Bazli yang terkena dengan sindiran pak lang. Aku tersengih kegembiraan apabila memperolehi modal untuk mengenakan Bazli selepas ini. Aku berlalu ke dalam bilik untuk mengambil tudung. Pasti Si Bazli akan mencari aku selepas ni.

    Sihat, alhamdulillah. Li, sihat? Kedengaran suara mak lang pula mencelah.

    Alhamdulillah, mak.

    Semakin segak anak mak, puji mak lang dengan penampilan baru Bazli.

    Ya ka, mak? Li, segak eh? Patut la ramai sangat suka kat Li, seloroh Bazli bangga dengan diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri!

    Bila hang nak balik, Li? Setahu ayah, tempoh pengajian dah tamat. Hang buat apa kat sana lama-lama, Li? Ayah dah penat nak layan kerenah mak hang ni. Hang balik layan mak hang la pula.

  • 46

    Cinta Si Wedding Planner

    Aku yang mendengar bebelan pak lang juga turut ketawa kecil. Bazli pula dah ketawa terbahak-bahak. Mak lang apa lagi, mulalah dengan sepitan ketam apabila pak lang mula merungut. Aku tersenyum bahagia melihat kemesraan mak lang dan pak lang.

    Yalah! Penat nak dengar Bibah membebel tentang anak-anak. Sorang kat sana, sorang kat sini, sorang lagi kat situ pula. Dina dah berkahwin, kena la ikut suami. Zara pun kalau dah berkahwin lepas ni kena la ikut suami dia, tambah pak lang.

    Zara takkan ke mana-mana pun, ayah. Tiba-tiba sahaja Bazli menjawab kata-kata pak lang. Tergamam aku dengan jawapan Bazli. Jangan la buat hal!

    Kenapa? Li tak nak bagi Zara kahwin? soal mak lang pula. Suasana semakin panas pula aku rasakan. Tiada langsung balasan daripada Bazli. Kelu lidah la tu.

    Bulan depan Li balik Malaysia. Li cuti lama. Li ada sesuatu nak bincang dengan mak dan ayah. Mengenai masa depan Li dan hidup Li, ujar Bazli tanpa menjawab pertanyaan mak lang.

    Li nak kahwin ka? teka mak lang. Bazli tidak segera menjawab.

    Li harap mak dan ayah tak tolak pilihan Li. Jawapan Bazli sudah cukup membuatkan mak lang tersenyum lebar. Pertanyaan mak lang sudah menemui jawapannya.

    Mana budak bertuah, Izara Batrisya binti Aziz? tambah Bazli bertanyakan diri aku. Terkejut aku apabila Bazli menyebut nama penuh aku.

    Zara... Nak ke mana pula malam-malam ni? soal mak lang apabila terlihat aku sudah siap bertudung.

  • 47

    Dhiyana

    Tak ke mana-mana pun. Tu, ha... Li, jawab aku sambil jari ditunjukkan ke arah komputer riba.

    Riak wajah mak lang sedikit terkejut dengan jawapan aku. Mak lang mengalih pandangan pada pak lang. Mereka berdua saling berpandangan dengan penuh rahsia. Kemudian, mereka memandang aku semula. Perlahan-lahan aku merapati mak lang dan pak lang yang masih berhadapan dengan komputer riba.

    Hai Li, sapa aku apabila terlihat akan wajahnya di skrin. Rindunya aku kepada dia.

    Balik kampung tak beritahu Li. Bebelannya mula kedengaran. Aku tersengih-sengih mempamerkan barisan gigi kepadanya.

    Kita chat kejap lagi, okey? pesan aku kepadanya. Bazli hanya mengangguk kecil.

    Mak lang dan pak lang kembali meneruskan perbualan dengan Bazli. Pelbagai soalan ditanya oleh pasangan suami isteri itu yang amat merindui anak tunggal mereka yang jauh di perantauan.

    Dua puluh minit kemudian, mak lang dan pak lang sudah penat mahu berbual lagi dengan Bazli. Tambahan pula, mak lang mula berasa mengantuk. Memang peluang aku ni! Sebaik sahaja mak lang dan pak lang menghilangkan diri ke dalam bilik, aku juga turut menghilang ke dalam bilik tidur.

    : Sorry tak bagi tahu Li yang Zara balik kampung minggu ni. Unplanned program. Mak lang suruh Zara balik. Zara pun rindu mak lang.

  • 48

    Cinta Si Wedding Planner

    Itu alasan aku. Hantar.

    : Nasib baik tak kantoi tadi. Kalau kantoi, malu Zara nanti. Jawab la dengan mak dan ayah.

    : Yalah, Siew! Nasib baik pak lang tak dengar jelas. Yang Li tiba-tiba panggil Zara macam tu kenapa?

    : Sebab Zara memang sweetheart Li. My one and only.

    : Buwekkk! Geli pula tekak ni. Hihihi...

    Kami berdua bersembang di Yahoo Messenger tidak sampai lima belas minit apabila aku mula berasa mengantuk. Aku meninggalkan Bazli dengan janji akan mimpikan dirinya dalam tidur aku. Tetapi... Bukan Bazli yang muncul! Si sombong, Fariz Adryan pula yang muncul! Apa kes aku mimpikan dia pula? Ni mesti penangan deretan pertanyaan daripada mak lang dan pak lang malam tadi. Cis! Buat rosak tidur aku aje.

  • 49

    Dhiyana

    SeleSai sahaja bersarapan, aku sudah menghilangkan diri bersama-sama motosikal pak lang. Pak lang pula entah ke mana menghilang dengan penghulu kampung. Katanya nak pergi jumpa kontraktor yang akan membina semula masjid baru di kampung. Peluang aku la nak cilok motosikal pak lang.

    Aku memecut laju menuju ke arah kuala, tempat nelayan menambat sampan. Di kuala ada jeti untuk pendaratan ikan. Peraih akan menunggu di situ untuk mengambil ikan daripada nelayan. Ikan segar! Takkan nak biar aje? Baik aku beli daripada nelayan aje.

    Kelihatan kelibat Pak Cik Leman sedang melepaskan ikan yang tersangkut di pukat. Aku parkir motosikal di bawah pohon dan berjalan menghampiri Pak Cik Leman yang leka dengan kerjanya sambil dibantu oleh anak lelakinya.

    Assalamualaikum, Pak Cik Leman, sapa aku. Serentak Pak Cik Leman dan anak lelakinya, Budin memandang aku.

    Bab 6

  • 50

    Cinta Si Wedding Planner

    Waalaikumussalam. Ha, Zara! Baru balik? balas Pak Cik Leman.

    Semalam Zara balik. Rindukan mak lang. Itu yang Zara balik jenguk mak lang, ujar aku.

    Banyak ikan, Pak Cik Leman. Nak Zara tolong? Zara pun dah lama tak buat kerja macam ni. Aku cuba menghulurkan bantuan. Kesian pula aku tengok pukat yang menimbun di dalam sampan Pak Cik Leman.

    Tak apa, Zara. Budin pun ada boleh tolong pak cik, tolak Pak Cik Leman. Tapi, tolakan itu tak boleh mematikan niat aku. Ikhlas ni!

    Aku turun ke dalam sampan Pak Cik Leman. Tercengang Pak Cik Leman dan Budin melihat aku sudah turun ke dalam sampan yang berenjin itu.

    Budin... Zara nak sarung tangan, pinta aku. Budin yang termangu-mangu hanya menuruti permintaan aku. Lantas aku menyarung sarung tangan dan duduk di birai sampan sambil membantu Pak Cik Leman.

    Macam mana hidup di KL, Zara? Pak Cik Leman mula senang dengan bantuan aku. Buktinya, Pak Cik Leman pun dah penat nak melarang niat aku.

    Alhamdulillah, Pak Cik Leman. Cuma tu la, kadang-kadang penat. Semua benda kita nak uruskan. Kedai bunga, butik pengantin lagi, pelanggan la, apa la. Aku mula berbual mesra dengan Pak Cik Leman.

    Tak baik mengeluh. Itu kan rezeki daripada Allah. Walaupun penat tapi hasilnya berbaloi. Semuanya hasil penat lelah Zara juga. Penuh berhemah Pak Cik Leman menegur aku. Aku tersengih-sengih dengan nasihat Pak Cik Leman.

    Atirah belajar mana sekarang ni, Pak Cik Leman?

  • 51

    Dhiyana

    Tertanya-tanya aku akan kelibat si adik bongsu Budin.

    UIA Gombak. Jurusan syariah katanya. Dah semester ketiga, balas Pak Cik Leman sambil tangannya ligat melepaskan ikan yang tersangkut di pukat.

    Ayah... Udang lipan tu nak jualkan kepada Tauke Lim ka? celah Budin sambil menunjukkan longgokan udang lipan. Wah, banyaknya! Kalau buat mi udang syok ni!

    Itu nak dijualkan kepada tok penghulu. Kontraktor yang bina masjid tu mai hari ni. Tok penghulu dah pesan kepada ayah semalam, ujar Pak Cik Leman.

    Budin letak dalam tong ni saja la. Segera Budin memasukkan longgokan udang lipan ke dalam tong biru.

    Budin saja la yang selalu bantu pak cik. Adik-adik yang lain semuanya belajaq lagi. Kadang-kadang Si Syafiq ada juga turun ke laut tolong kami berdua. Sambil tangan ligat melepaskan ikan, Pak Cik Leman semakin ramah berbual dengan aku.

    Izara Batrisya! Kedengaran nama aku dipanggil. Lantas aku menoleh ke arah suara tersebut. Tiga batang tubuh sedang berdiri di atas jeti memandang aku yang dengan selamba membantu Pak Cik Leman tanpa menghiraukan bau hanyir.

    Antara ketiga-tiga wajah itu, hanya satu wajah membuatkan senyuman aku terus mati. Aku dan dia saling berpandangan. Wajah itu selalu mengenakan kaca mata hitam. Aku dapat rasakan anak mata yang terlindung di sebalik kaca mata itu turut memandang aku. Dia buat apa kat sini?

    Pak lang... Zara bantu Pak Cik Leman dengan Budin. Kesian pula Zara tengok sebab banyak sangat ikan nak kena lepaskan dari pukat, jelas aku sebelum pak lang

  • 52

    Cinta Si Wedding Planner

    membuka mulut bertanyakan tujuan aku ke situ. Daripada nak membeli ikan terus jadi amal jariah pula.

    Ajis... Aku dah melarang. Tapi, Zara yang berkeras, jelas Pak Cik Leman pula, risau pak lang akan naik darah tiba-tiba.

    Zara kacau kau dengan Budin buat kerja? soal pak lang. Segera aku menggeleng laju menjawab pertanyaan pak lang.

    Tak adalah. Zara tolong aku lepaskan ikan aja dari pukat. Tak ada mengacaunya. Dah la, Zara. Ambillah ikan dengan udang untuk Zara. Arahan Pak Cik Leman terus sahaja aku akur. Udang harimau weh! Masak kuning kunyit mula terbayang dalam fikiran.

    Zara... Meh Budin letak dalam plastik, ujar Budin lalu membantu aku memasukkan ikan dan udang ke dalam plastik.

    Terima kasih, Pak Cik Leman... Budin, ucap aku apabila beg plastik mula bertukar tangan.

    Terima kasih Zara sebab tolong pak cik dengan Budin, balas Pak Cik Leman semula. Aku tersenyum kepada mereka berdua.

    Pak lang, tarik Zara naik ke atas, pinta aku lalu menghulurkan tangan kepada pak lang. Tinggi weh, aku nak langkah kaki. Kalau pak lang seorang aje tak apa. Ni, ada pula tok penghulu dengan mamat berlagak sombong, Si Fariz Adryan. Kena la kontrol, beb!

    Dah bau hanyir ikan, bebel pak lang akan bau semula jadi ikan yang telah melekat pada pakaian aku.

    Zara balik dulu la, pak lang, ujar aku memohon diri namun sempat ditahan oleh pak lang.

  • 53

    Dhiyana

    Udang lipan ni bawa balik sekali. Suruh mak lang masakkan udang lipan ni. Tuan Fariz akan makan malam di rumah kita nanti, pesan pak lang sambil menghulurkan tong biru yang diambil daripada Budin.

    Berkerut wajah aku dengan pesanan pak lang. Mamat berlagak sombong ni akan makan malam di rumah pak lang? Apa kes?

    Tuan Fariz akan bermalam di homestay rumah pak lang. Rumah tok penghulu ada tetamu. Tuan Fariz akan makan malam dengan kita malam nanti, jelas pak lang. Penjelasan pak lang memang mengundang rasa tidak selesa kepada aku.

    Punya la banyak hotel kat Penang ni, rumah pak lang juga dia nak target. Skodeng aku ke apa? Apa hal pula nak skodeng aku? Kenal pun tidak!

    Kat hujung muara sana kalau ditambak boleh dijadikan tempat istirahat para pengunjung, tok haji. Betul tak, pak lang? Suara si mamat berlagak sombong mula kedengaran.

    Walaupun dia berbual dengan tok penghulu dan pak lang, aku dapat rasakan anak mata dia asyik memandang aku. Lantas aku menunjukkan buku lima kepada Fariz untuk menggertak dia. Namun, tiada langsung secarik senyuman yang terukir di wajah Fariz. Malah, kerutan pula kelihatan. Tak puas hati la tu. Huh!

    Pulang sahaja ke rumah, mak lang pula membebel kerana aku keluar tanpa memaklumkan kepada mak lang terlebih dahulu. Tambahan pula, dengan bau hanyir yang menusuk hidung mak lang. Semakin berpanjangan la mak lang membebel.

    Ya Allah! Apa la nak jadi dengan anak dara sorang

  • 54

    Cinta Si Wedding Planner

    ni? Keluar bau wangi, balik rumah bau hanyir. Zara pi kuala tarik ikan naik untuk peraih ka?

    Tetapi... Sebaik sahaja aku menghulurkan sebungkus plastik yang penuh dengan pelbagai jenis ikan dan udang, bebelan mak lang mula reda. Ditambah pula dengan satu tong kecil yang penuh dengan udang lipan, serta-merta bebelan mak lang terus terhenti.

    Pak lang pesan suruh mak lang masak udang ni untuk makan malam. Ada tetamu bermalam di homestay rumah malam ni. Pesanan pak lang aku sampaikan kepada mak lang. Ternyata mak lang langsung tidak terkejut dengan pesanan pak lang. Mak lang dah tahu kut! Aku aje yang tak tahu.

    Tuan Fariz dah mai tadi. Letak beg dengan barang dalam homestay. Mak lang ingatkan orang Cina mana, tiba-tiba saja dia bagi salam kat mak lang. Terkejut mak lang. Tapi... Muka dia... Kata-kata mak lang terhenti di situ. Aku mula mendaki anak tangga menuju ke bilik di tingkat atas.

    Sebaik sahaja kaki aku mendarat di atas anak tangga pertama yang diperbuat daripada papan, suara mak lang yang terjerit kecil membuat aku terkejut. Langsung kaki aku mati di situ, seperti digam.

    Boyfriend Zara, kan? Patut la mak lang tengok macam kenal, teka mak lang. Lantas aku menoleh ke arah mak lang. Alamak! Mak lang ni, dah mula nak jadi Internet bergerak.

    Bukan boyfriend Zara. Zara pun tak kenal dia. Hanya tahu nama dia aje. Itu pun secara kebetulan kat majlis kawan dia. Mak lang jangan kecoh-kecoh. Malu Zara nanti kalau dia dengar. Nanti dia kata Zara ni syok sendiri pula, jelas aku buat kesekian kalinya. Mak lang hanya tersengih-

  • 55

    Dhiyana

    sengih dengan penjelasan aku.

    Apa salahnya kalau betul pun. Segak! Sopan pula tu. Mak lang mula memuji melangit akan gerangan Si Fariz Adryan. Sopan? Macam tu sopan ke, mak lang? Please la...

    Zara nak mandi. Mak lang jangan sebut pasal ni depan dia nanti, pesan aku sekali lagi. Mak lang masih dengan sengihan nakal. Macam-macam mak lang aku ni.

    Makan tengah hari, Zara? laung mak lang apabila aku sudah berada di anak tangga yang teratas.

    Tak tahu. Pak lang kata makan malam aje, balas aku sebelum meneruskan langkah ke bilik tidur.

    Sekali lagi mak lang membebel kepada aku apabila melihat aku yang sudah siap bersedia dengan pakaian yang penuh dengan keselamatan. Aku tersengih-sengih mempamerkan barisan gigi apabila turun ke dapur.

    Zara... Zara... Apa la nak jadi dengan anak aku sorang ni? Aku suruh tumbuk cabai buat sambal belacan, dia pula pakai segala mak nenek macam nak pi melaram. Aihhh... Sesak nafas aku!

    Aku tersengih-sengih dengan bebelan mak lang. Kena bersiap sedia! Dengan apron digantung ke leher, cermin mata hitam dijadikan sebagai pelindung, topi Bazli pula aku jadikan sebagai serkup untuk menghalang rambut daripada berguguran. Bergaya sakan aku hanya untuk tumbuk cili buat sambal belacan.

    Fesyen, mak lang! balas aku.

    Fesyen la sangat. Cakap aja takut pedih mata. Ni, mesti selalu makan nasi bungkus aja. Aihhh... Kalau dah berlaki nanti, mahu laki cari yang lain, Zara oi, tambah mak lang lagi.

  • 56

    Cinta Si Wedding Planner

    Bazli nak cari yang lain? Memang cari nahas la. Confirm! Berita Ultraman lawan raksasa terpampang kat muka depan surat khabar. Tunggang-langgang KL nanti dek amukan aku. Jangan buat pasal.

    Toksah dok melangut. Dah melaram sakan, kan? Tumbuk cabai ni. Nanti pak lang nak balik makan tengah hari sebelum sambung pi buat kerja yang lain, arah mak lang. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan ingin mengambil hati bakal mak mentua, aku turutkan juga. Apa-apa pun, mak lang tetap kesayangan aku!

    Selesai sahaja aku membuat sambal belacan, aku bantu mak lang menyediakan lauk untuk makan tengah hari pula. Asah bakat ni! Ternyata masakan aku menjadi. Mak lang puji melangit. Kembang setaman aku!

    Pak lang tiba di rumah ketika aku sedang menyiapkan meja makan. Tetapi, hanya kelibat pak lang seorang sahaja. Mana tetamu sombong tu? Belum sempat aku bersuara, mak lang ternyata lebih pantas bertindak. Kata pak lang, tetamu itu pergi ke bandar jumpa kawan.

    Ermmm... Minta-minta la dia sesat. Tak tahu jalan nak balik ke rumah pak lang. Fuh! Amin... Balik KL terus pun aku tak apa, aku lebih suka.

  • 57

    Dhiyana

    aku benci dengan suasana makan malam ketika ini. Rosak makan malam aku aje! Antara kami bertiga muncul pula orang keempat di meja makan. Tak lain dan tak bukan, Fariz Adryan... Si sombong!

    Mak lang dan pak lang sakan melayani tetamu dari KL. Setiap jenis lauk dicedok ke atas pinggan Fariz. Tak pula Fariz menolaknya, malah siap makan bertambah sehingga dua pinggan. Boleh pula Si Fariz tahan dengan sambal belacan buatan aku? Tak pedas ke?

    Jangan malu, Tuan Fariz. Tambah la lagi, pelawa mak lang yang berada di sebelah aku. Aihhh... Anak buah sendiri tak nak pula pelawa.

    Jangan panggil saya Tuan Fariz, mak lang... pak lang. Panggil aje Fariz. Papa saya yang tuannya. Saya ni hanya membantu papa. Si sombong mula merendah diri. Pandai pula Si Fariz ni merendah diri.

    Zara... Yang gaul nasi sampai dah jadi benyai tu, kenapa? Tak sedap? celah pak lang apabila terkesan akan

    Bab 7

  • 58

    Cinta Si Wedding Planner

    kelakuan aku sejak dari tadi. Aku memandang pak lang. Kemudian, aku memandang ke arah Fariz yang berada di hadapan aku pula. Tersungging senyuman sinis di wajah kacak itu.

    Tak ada apa-apa la, pak lang, balas aku lalu menyuap nasi ke mulut. Sebenarnya, dah hilang selera nak makan.

    Fariz memang asal dari KL? Mak lang mula menjadi polis, menyoal siasat akan Fariz. Mak lang dah mula berangan la ni.

    Mama orang Melaka. Papa asal KL, jawab Fariz. Aku malas mahu mencelah. Aku hanya menumpukan perhatian kepada makan malam.

    Berapa adik-beradik? soal mak lang lagi.

    Empat orang. Dua perempuan, dua lelaki.

    Fariz yang ke... Belum sempat mak lang menghabiskan pertanyaan, Fariz lebih cepat memintas.

    Yang kedua, mak lang. Sulung dan bongsu, perempuan. Dua lelaki di tengah-tengah.

    Semakin ligat mak lang bertanya. Sehinggalah ke soalan maut. Jeng, jeng, jeng! Fariz dah kahwin?

    Fariz dan pak lang sama-sama tersedak dengan pertanyaan mak lang. Pak lang memberi jelingan maut kepada mak lang. Mak lang pula menghantar jelingan maut itu kepada aku pula. Apa hal aku pula yang kena ni?

    Segelas air habis diteguk oleh Fariz. Namun, tak dapat meredakan perasaan terkejut. Lantas aku menuangkan air ke dalam gelas kosong itu. Layan tetamu la katakan! Sekali lagi Fariz meneguk sehingga air tinggal separuh.

    Ehem... Ehem... Belum lagi, mak lang. Sibuk

  • 59

    Dhiyana

    dengan kerja, jawab Fariz apabila perasaannya mula reda. Wajah Fariz kelihatan berona merah. Aku tersenyum kecil dengan perubahan wajah itu. Baru sergah macam tu dah malu.

    Maaf, Fariz. Mak lang dah bertukar kerjaya pula malam ni. Muda-muda dulu teringin nak jadi polis tapi tak ada rezeki. Pak lang mula mencelah sebelum mak lang bertanya dengan lebih lanjut lagi.

    Selesai makan malam, aku membantu mak lang mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk kotor. Pak lang pula masih melayani Fariz di ruang tamu, di tingkat atas. Bincang soal pembinaan masjid la kut.

    Zara, sat lagi bancuh kopi untuk pak lang dengan Fariz, pesan mak lang.

    Berkerut wajah aku dengan pesanan mak lang. Selalunya mak lang yang buatkan. Kenapa aku pula yang kena buatkan kali ni? La... Kan selalu mak lang yang buatkan. Kenapa Zara pula? Tanpa sedar, aku menyoal kembali arahan mak lang.

    Bancuh aje la, jangan banyak soal, arah mak lang dengan tegas. Mak lang aku dah kenapa pula?

    Mak lang berkenan la dengan Fariz tu, Zara. Teringin sangat nak jadikan menantu, tambah mak lang, berterus terang.

    Mak lang ni biar betul? Haram semua tu, mak lang! Lelaki sama lelaki mana boleh kahwin, seloroh aku untuk mengenakan mak lang. Ternyata mak lang memberi perhatian pada setiap butir percakapan aku.

    Ke situ pula dia. Mak lang bercakap untuk Zara. Kalau untuk Bazli nak buat apa? Nabi tak mengaku umat! tukas mak lang. Aku tersengih-sengih.

  • 60

    Cinta Si Wedding Planner

    Tak payah nak berangan la, mak lang. Entah-entah dia dah ada awek kat KL tu. Lagipun tadi dia cakap dia belum berkahwin. Makna kata dah ada awek la tu, tukas aku pula sebelum mak lang berangan dengan lebih jauh akan mimpi indah itu.

    Firasat mak lang mengatakan Fariz tak dak awek lagi. Tengok muka pun dah tahu, tekan mak lang akan kata-kata hatinya. Aku hanya sekadar menggelengkan kepala. Mak lang... Mak lang...

    Zara... Buatkan kopi! laung pak lang dari tingkat atas. Lantas aku menoleh ke arah pak lang yang sedang berdiri di muka pintu tangga.

    Kejap lagi Zara bawakan ke atas, akur aku dengan arahan pak lang.

    Langkah pertama... Nak pikat hati lelaki kena bancuh kopi yang paling sedap. Tak manis dan tak tawar. Secukup rasa! Mak lang kembali memberi pesanan kepada aku. Tip memikat hati lelaki pula dah!

    Mak lang pikat hati pak lang guna air kopi, eh? teka aku sambil memasukkan serbuk kopi ke dalam teko.

    Bukan kopi. Tapi... Karipap! Karipap daging! Sampai sekarang pak lang tak akan beli karipap kat kedai kopi, balas mak lang. Meletus ketawa aku dengan jawapan mak lang. Cinta karipap daging ni!

    Gelak la! Gelak! Jangan sampai suatu hari nanti Fariz ni tergila-gilakan kopi Zara dah la, tempelak mak lang. Lantas aku menggeleng laju dengan tawa yang masih bersisa. Boleh pula macam tu? Minta simpang la!

    Dulang yang berisi teko dan tiga biji cawan aku letakkan di atas meja kecil di ruang tamu. Aku menuang air kopi ke dalam ketiga-tiga cawan dan meletakkannya di atas

  • 61

    Dhiyana

    meja. Aku berlalu membawa dulang ke dapur. Seketika kemudian, aku menapak kembali ke ruang tamu dan berlalu ke bilik tidur. Tidak lama kemudian, aku kembali keluar sambil membawa komputer riba dan terus ke beranda rumah.

    Kedengaran mak lang, pak lang dan Fariz rancak berbual. Pelbagai perkara dibualkan mereka bertiga. Aku malas hendak menyertai mereka bertiga. Lebih baik aku habiskan kerja edit gambar. Sekali pun aku tak mendengar tawa Fariz. Hanya kedengaran tawa pak lang dan mak lang. Apa kena dengan Fariz ni? Sindrom Down ke?

    Aku semakin leka membelek gambar yang kelihatan elok untuk dicetak dan dijadikan sebagai photo album. Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit di tepi komputer riba. Terpamer nombor yang tidak aku kenali di skrin. Siapa pula ni?

    Helo... Assalamualaikum, sapa aku apabila talian berjaya disambung.

    Waalaikumussalam. Zara, kan? sapa pemanggil semula.

    Ya... Saya, Zara. Boleh saya tahu ni siapa? soal aku semula. Suara perempuan! Serius aku tak cam!

    Kak Nadhrah la! Zara ingat lagi tak Kak Nadhrah datang dengan mama dan Nana untuk bagi ukuran badan? jawab si pemanggil.

    Aku terdiam seketika. Otak aku ligat memikirkan bayangan wajah-wajah yang datang mengunjungi butik. Bulat mata aku apabila wajah-wajah seisi keluarga itu datang menerpa ke benak fikiran aku.

    Hah! Saya ingat! Ada apa-apa masalah ke yang Kak Nadhrah nak beritahu saya? Fuh! Jangan nak buat aduan

  • 62

    Cinta Si Wedding Planner

    pasal majlis dah la. Minta-minta jangan cancel. Amin...

    Tak ada apa-apa masalah. Siang tadi Kak Nadhrah ada singgah butik. Tapi, Zara tak ada pula. Pekerja Zara cakap Zara balik kampung di Penang. Lama ke Zara balik kampung? jelas Kak Nadhrah. Fuh! Selamat aku!

    Insya-Allah... Esok petang saya dah balik KL semula. Boleh saya tahu kenapa Kak Nadhrah cari saya? Giliran aku pula menyoal akan tujuannya ke butik.

    Mama ajak lunch. Tapi, bukan rezeki mama la pula, balas Kak Nadhrah. Serba salah pula aku rasa sebab Puan Marina bersusah payah ke butik untuk mencari aku. Tapi, kenapa pula cari aku? Ada apa-apa masalah ke?

    Maafkan saya, Kak Nadhrah. Saya tak tahu Puan Marina akan datang ke butik cari saya. Sampaikan salam maaf daripada saya kepada Puan Marina.

    Eh... Tak apa. Bukan salah Zara pun. Maafkan Kak Nadhrah sebab mengganggu Zara malam-malam macam ni, sahut Kak Nadhrah.

    It is okay, Kak Nadhrah, balas aku.

    Kirim salam kepada keluarga Zara. Nanti kita jumpa di KL. Assalamualaikum.

    Insya-Allah... Waalaikumussalam, sapa aku kembali lalu menamatkan talian. Aku melepaskan nafas panjang lalu kembali menumpukan perhatian di skrin komputer riba.

    Namun, tidak sampai sepuluh minit, aku dikejutkan dengan suara garau yang sudah terpacak di muka pintu beranda. Aku pandang sekilas batang tubuh yang berbaju Melayu dan berkain pelekat sambil menekap telefon bimbit ke telinga.

  • 63

    Dhiyana

    Waalaikumussalam... Yes, along! sapanya lalu menapak ke luar beranda.

    Angah still ada di Penang. Insya-Allah... Paling awal angah balik sebelum tengah hari. Dan paling lewat angah balik after asar. Along kan tahu, angah tak suka drive waktu lunch? bualnya dalam talian.

    Esok angah direct balik rumah angah. Lusa after working hours angah singgah rumah mama. Dinner dengan mama. Angah promise, along!

    Aku abaikan sahaja batang tubuh yang turut menyertai aku di meja. Sambil leka berbual di telefon, tangannya sepantas kilat menarik komputer riba milik aku. Beraninya! Tak minta izin daripada tuan badan pula tu.

    Lusa pagi angah ada meeting dengan klien. Tak percaya tanya papa. Bukan angah nak mengelat la. Dah angah ada kerja. Promise, lusa petang angah balik rumah mama. Weekend angah bermalam rumah mama. Promise! janji Fariz lagi. Aihhh... Dia memang anak manja mama. Asyik-asyik mama.

    Pesan kepada alang, jangan lupa Captain dengan Nemo di rumah angah. Tahu la sibuk nak berkahwin, tapi jangan sampai lupa dia orang dua ekor tu kat rumah. Bukannya senang angah nak dapat spesies macam tu, bebel Fariz lagi.

    Aku kembali menarik komputer riba tetapi dihalang oleh Fariz. Anak matanya menjeling tajam kepada aku. Siapa tuan punya komputer sebenarnya? Dia ke aku?

    Yalah! Kirim salam kepada mama. Waalaikumussalam. Fariz menjawab salam sebelum menamatkan talian. Apabila tamat sahaja talian, tangannya ligat menekan menekan touch pad komputer riba.

  • 64

    Cinta Si Wedding Planner

    Kurangkan lighting. Retouch di bahagian muka yang berkilat macam kena lumur minyak. Reduce colour boost. Nanti pixel pecah, gambar tak cantik, ngomelnya sambil membantu aku mengedit gambar. Tahu pula dia pasal edit gambar ni.

    Tolong cas handphone aku. Charger tak ada, tertinggal di hotel. USB cable pun tak ada. Pandai-pandai kau la, eh? pintanya lalu meninggalkan aku yang terkulat-kulat. Cinabeng punya Fariz!

    Aku ambil telefon bimbit yang berskrin lebar itu. Ermmm... BlackBerry. Nasib baik aku ada cable BlackBerry kepunyaan aku. Boleh juga tumpang cas. Kalau disuanya iPhone, memang aku pulangkan semula.

    Aku masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil USB cable. Telefon bimbit Fariz aku cas di komputer riba. Sejam kemudian, tiada lagi kedengaran suara mereka bertiga berbual. Barangkali mak lang dan pak lang dah beransur masuk ke bilik kut. Tapi, mana pula Fariz ni? Tak nak telefon dia ke?

    Air kopi tadi ada lagi tak? sergah Fariz tiba-tiba mengejutkan aku daripada suasana sepi malam. Aku pandang Fariz dengan riak wajah tidak berpuas hati.

    Nak apa? soal aku.

    Buatkan aku air kopi macam tadi, pintanya.

    Ambil sendiri kat dapur, arah aku lalu memandang semula skrin komputer riba.

    Kau tetamu ke, aku tetamu? sindir Fariz.

    Dengan perasaan sebal, aku membawa komputer riba masuk ke dalam rumah. Telefon bimbit miliknya aku serahkan semula. Pintu beranda aku kuncikan selaknya

  • 65

    Dhiyana

    apabila kami berdua sudah berada di dalam rumah. Kami berdua sama-sama menuruni tangga menuju ke dapur.

    Lepas ni pergi tidur. Tak payah nak minta apa-apa lagi, arah aku kepadanya seperti kanak-kanak kecil. Cawan yang berisi air kopi panas aku hulurkan kepada Fariz. Fariz menyambut akan huluran itu dan terus berlalu menuju ke pintu dapur yang terbuka. Aik? Blah macam tu aje? Tak ada terima kasih?

    Terima kasih, ucapnya lalu keluar menuju ke homestay yang dihuninya. Homestay yang dimiliki pak lang diasingkan dari rumah induk. Ini memudahkan penghuni homestay bebas bergerak tanpa mengganggu pemilik homestay.

    Sebaik sahaja kelibat Fariz menghilang ke dalam rumah homestay, pintu dapur aku tutup. Aku mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas semula. Suis lampu dapur aku padam dari tingkat atas. Suasana dapur menjadi suram. Seram pula aku! Baik aku blah masuk bilik aje.

  • 66

    Cinta Si Wedding Planner

    Sarapan pada pagi itu ditugaskan kepada aku untuk menyediakannya. Mak lang hanya menjadi pemerhati merangkap penilai. Mak lang sendiri yang sediakan menu. Aku pula terpaksa menyediakannya. Dah la mengantuk pun tak hilang lagi. Seawal tujuh pagi dah kena turun ke dapur. Mak lang memang sengaja nak kenakan aku ni.

    Nasi lemak, telur rebus dan sambal sotong menjadi menu pilihan mak lang. Sesekali akan kedengaran suara mak lang menegur tugas aku di dapur. Ni Izara Batrisya la. Cakap aje nak makan apa, semua boleh masak. Antara jadi ke tak jadi aje.

    Pukul lapan lima belas minit pagi sudah kelihatan kelibat Fariz keluar dari homestay. Pak lang pula sememangnya ternanti akan kelibat tetamu itu dari pintu dapur lagi. Pak lang dan Fariz saling menyapa apabila bersua muka. Laju sahaja aku berlari menuju ke tingkat atas sementelah aku tidak mengenakan tudung sejak masuk ke dapur. Tercengang mak lang melihat aku berlalu sebegitu

    Bab 8

  • 67

    Dhiyana

    sahaja.

    Apabila aku turun semula ke dapur, mak lang sudah menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan. Aku tersengih-sengih kepada mak lang apabila aku sudah siap mengenakan tudung di kepala. Aku membantu mak lang menuang air ke dalam cawan. Pak lang dan Fariz mula mengambil tempat di meja makan. Doa makan dibaca oleh pak lang sebelum kami berempat bersarapan.

    Pertanyaan Fariz di meja makan memecah kesunyian suasana pagi. Dan pertanyaan itu juga membuatkan aku sedikit terkejut.

    Ermmm... Mak lang... Boleh buatkan kopi untuk saya? Saya tak minum teh susu. Maafkan saya, mak lang.

    Boleh! Apa salahnya, jawab mak lang akan permintaan Fariz. Serta-merta mak lang menghantar isyarat mata kepada aku. Ala... Aku juga ke yang kena buatkan? Kan dia minta mak lang buatkan? Mengada-ada betul la Si Fariz ni pun!

    Arahan mak lang aku turutkan juga. Segera aku bangun dari kerusi untuk buatkan air kopi yang diminta oleh Fariz. Selang beberapa minit, secawan air kopi yang berwap tipis aku letakkan di hadapan Fariz.

    Terima kasih. Maaf kalau menyusahkan, ucap Fariz. Aku hanya tersenyum kecil lalu kembali berlabuh di sebelah mak lang.

    Kami bertiga bersarapan seperti biasa. Fariz berselera benar, dua pinggan nasi lemak dijamahnya. Makan ke melantak ni? Mak lang dan pak lang memang ramah melayani Fariz. Banyak sungguh pertanyaan yang disoal mereka berdua. Aku pula hanya sekadar memasang telinga tanpa ada niat untuk mencelah.

  • 68

    Cinta Si Wedding Planner

    Zara balik KL hari ni? Tiba-tiba pak lang menyoal aku. Tiga pasang mata sedang memandang aku yang sejak tadi hanya diam membisu.

    Lepas asar kut. Zara nak jumpa Tauke Lim dulu, mengenai tanah arwah abah. Kalau Tauke Lim boleh bertolak ansur, Zara ingat nak bayar deposit dulu. Dah lama sangat dibiarkan kepada Tauke Lim, jelas aku.

    Toksah dok pikiaq pasal tanah tu la, Zara. Tauke Lim dah jual kepada orang lain pun, ujar pak lang. Serta-merta suapan aku terhenti. Aku memandang pak lang dan mak lang menagih penjelasan.

    Dah jual? soal aku sekali lagi. Pak lang mengangguk kecil.

    Ada orang sanggup beli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga Tauke Lim letak untuk Zara, jelas pak lang.

    Awan mendung mula berarak. Wajah aku serta-merta menjadi sugul. Tanah peninggalan arwah abah! Ya Allah! Itu satu-satunya harta yang arwah abah ada. Bergegas aku berlalu meninggalkan meja makan membawa pinggan yang masih bersisa nasi lemak dan lauk ke singki untuk dicuci.

    Zara... panggil mak lang dengan lembut untuk memujuk hati aku.

    Zara keluar sekejap, ujar aku lalu mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Panggilan mak lang tak lagi aku hiraukan. Malah pandangan mata tetamu juga tak aku pedulikan lagi. Dalam fikiran aku hanya mencari Tauke Lim dan menagih penjelasan.

    Aku menyusuri jalan yang bertar menuju ke kuala, kedai ikan milik Tauke Lim menjadi destinasi aku.

  • 69

    Dhiyana

    Pasti Tauke Lim berada di sana ketika ini. Ternyata berjaya tekaan aku. Terlihat kelibat Tauke Lim yang hanya berseluar pendek dan bersinglet sedang mengarah pekerja-pekerjanya mengalih tong yang berisi ikan.

    Aku keluar dari perut kereta dan menghampiri Tauke Lim. Tauke Lim! sapa aku. Serentak Tauke Lim menoleh memandang aku.

    Izala! sapa Tauke Lim kembali dengan pelat Cinanya.

    Saya mau tanya tanah abah saya. Macam mana? Saya dengar Tauke Lim sudah jual sama orang lain. Mana boleh macam tu, tauke. Aku mula meluahkan tujuan aku berjumpa dengannya.

    Haiya! Itu tanah manyak untung. Itu olang sanggup bayal double dari halga saya letak sama you. Dia mau beli juga! Saya sudah cakap sama dia itu tanah you punya. You sudah mau bayal, jelas Tauke L