cth laporan li
TRANSCRIPT
BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT
1.1 Pengenalan
1.1.1 Pendahuluan
Latihan industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Setiap pelajar disyaratkan
supaya lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau
Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu
semester. Namun begitu, para pelajar juga dibenarkan untuk memilih sendiri tempat
mereka akan menjalani latihan industri atau melalui Unit Perhubungan dan Latihan
Industri.
1
1.1.2 Objektif Latihan Industri
Latihan industri ini bertujuan untuk membina personaliti individu yang unggul dari
segi sahsiah dan juga pemikiran. Selain itu, melalui latihan industri ini, para pelajar dapat
belajar bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan berkesan. Di samping itu, ianya
dapat melatih para pelajar supaya mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik serta
lebih berdisiplin. Latihan industri ini juga salah satu pendekatan bagi mendedahkan para
pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar seterusnya para pelajar dapat
mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari apabila tamat latihan industri nanti. Para
pelajar akan dapat menghasilkan laporan industri yang baik berdasarkan pengalaman dan
ilmu yang diperolehi semasa menjalani latihan industri.
1.1.3 Objektif Laporan
Setiap pelajar yang menjalani latihan industri diwajibkan membuat laporan latihan
industri yang akan dihantar kepada pensyarah masing-masing untuk dinilai. Melalui
latihan industri ini, para pensyarah dapat menilai kemampuan para pelajar dalam
menghasilkan laporan latihan industri yang berkualiti dan padat. Selain itu, para
pensyarah penilai juga akan mengetahui prestasi para pelajar semasa latihan industri
melalui maklumat yang ditulis oleh para pelajar. Di samping itu, laporan latihan industri
ini juga merupakan suatu bahan rujukan yang berguna di masa hadapan samada kepada
pelajar itu sendiri atau individu yang lain kerana laporan ditulis berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman yang diperolehi. Laporan latihan industri yang sempurna merupakan
syarat bagi melayakkan para pelajar lulus dalam latihan industri.
2
1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Latihan industri mempunyai kepentingannya sendiri antaranya ialah para pelajar
akan terdedah dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar dan mengetahui bidang kerja
yang berkaitan dengan kursus yang diambil oleh para pelajar. Selain itu, para pelajar akan
belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan dan tidak kekok untuk bergaul
dengan kakitangan syarikat dan pihak lain. Para pelajar juga akan dapat mengumpul ilmu
pengetahuan melalui pengalaman, penglihatan dan pemerhatian kerja seterusnya mampu
mengaplikasikan ilmu tersebut kepada kerja yang berkaitan. Melalui latihan industri ini
juga, sesetengah syarikat biasanya menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar yang
telah menjalani latihan industri di syarikat mereka apabila pelajar tersebut tamat pengajian
di politeknik nanti kerana yakin bahawa pelajar tersebut telah menunjukkan komitmen
yang tinggi sekaligus pelajar tersebut telah menaikkan nama politeknik itu sendiri.
3
1.2 Latar Belakang Organisasi
1.2.1 Pengenalan Dan Latar Belakang Penubuhan Organisasi
Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perunding Ukur
Bahan dan Pengurusan Projek yang berdaftar dengan badan Kementerian Kewangan
Negeri Sabah, Kemanterian Kewangan Malaysia dan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. mula beroperasi pada 3 Mac 2003 dan
mempunyai cawangan lain di Selangor. Syarikat ini terletak di Plaza Grand Millennium,
Penampang, Sabah. Syarikat ini ditubuhkan untuk membekalkan perkhidmatan perunding
dalam bidang Ukur Bahan dan Pengurusan Projek kepada pelanggan dalam industri
pembinaan dan harta benda. Syarikat ini adalah syarikat perkongsian seramai 3 orang ahli
Lembaga Pengarah dan merupakan 100 % hak milik Bumiputera.
Kinabalu Setia Konsult menyediakan sepenuhnya khidmat Ukur Bahan untuk
projek binaan bangunan dan kejuruteraan awam. Kepakaran utama syarikat ini adalah
dalam pengurusan kewangan bagi projek-projek pembangunan di samping berpengalaman
luas dalam pengurusan projek, pengurusan bangunan dan penilaian kejuruteraan. Bagi
keseluruhan perkhidmatan yang disediakan, tujuan utama adalah untuk mengawal kos,
mengurangkan risiko dan juga kreatif dan positif dalam memahami kehendak sebenar
pelanggan.
4
1.2.2 Ahli Lembaga Pengarah Dan Pemilik Saham
Nama : Puan Jamilah Binti Yusoff
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dalam Ukur Bahan
Pendaftaran : ‘Member of the Institution of Surveyors Malaysia’
Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
Pengalaman Kerja : 26 tahun
Nama : Puan Patmawati Paddong
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dalam Ukur Bahan
Pendaftaran : ‘Member of the Institution of Surveyors Malaysia’
Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
Pengalaman Kerja : 10 tahun
Nama : Encik Tan Geok Kui
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dalam Ukur Bahan
Pendaftaran : ‘Member of the Institution of Surveyors Malaysia’
‘Member of the Society for the Blinds
‘Former JKR Sabah Officer’
Pengalaman Kerja : 30 tahun
5
1.2.3 Struktur Pengurusan Korporat
Nama : Sr Jamilah Binti Yusoff
Jawatan : Pengarah / Senior Ukur Bahan
Kelayakan : B.Sc. in Quantity Surveying, MISM, Reg QS.
Pengalaman Kerja : 26 tahun
Nama : Sr Patmawati Paddong
Jawatan : Pengarah / Senior Ukur Bahan
Kelayakan : B.Sc. in Quantity Surveying, MISM, Reg QS.
Pengalaman Kerja : 10 tahun
Nama : Sr Goh Min Yung
Jawatan : Pengurus Besar / Senior Ukur Bahan
Kelayakan : B.App.Sc. in Const. Mgt & Econs, ICIOB, AAIQS,
MISM, Reg QS.
Pengalaman Kerja : 11 tahun
6
1.2.4 Pengalaman Organisasi
Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. keseluruhannya adalah dimiliki dan ditadbir oleh
Juruukur Bahan Profesional Malaysia yang berpengalaman. Kumpulan Juruukur Bahan
dan pembantu kakitangan teknikal yang berpengalaman, membekalkan perkhidmatan
perundingan dalam bidang pembinaan untuk tempat kediaman (residential), hal
perdagangan (commercial), industri dan projek institusi. Di antara pengalaman kerja
termasuklah projek berikut :
a. Tempat Kediaman
Proposed Terrace House at Westoun, Beaufort, Sabah for Kuala Menggatal
Development Sdn. Bhd.
Projek Rumah Kos Rendah di Sibuga, Sandakan, Sabah .
b. Hal Perdagangan
Proposed 24 Units of 2-Storey Shophouses at V-19 Phase 4 at KKIP, KK,
Sabah.
Projek Penyediaan Premis Anjung Malawa di KKIP.
Proposed 8 Unit of 3 Storey Commercial Building at Cl015507203, Damai
Plaza Phase 1 (A), Luyang, Sabah.
Projek Penyediaan Premis Perniagaan di Pitas, Sabah.
7
Putih, Tawau, Sabah.
Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Projek SK Nyaris-
Nyaris, Beaufort, Sabah.
Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Projek SMK
Sandakan II, Sandakan, Sabah.
Projek Pembangunan Kawasan Penyelidikan Paya Gambut, Klias Beaufort,
Sabah.
Projek Penubuhan Stesen Hutan Sejadi Hutan Simpan Gunung Lumaku,
Rayoh, Tenom, Sabah.
Projek Pembinaan Bangunan Mahkamah Baru Beaufort, Sabah.
d. Kesihatan
Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Klinik Desa
Narandang, Kudat, Sabah.
e. Keagamaan
Projek Pembinaan Bangunan Masjid di Petagas, Sabah.
8
1.2.5 Perkhidmatan Perundingan Organisasi
Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. menawarkan kemahiran dan kebolehan berharga
dari sumber manusia yang berharga. Tanpa mengira saiz operasi, syarikat ini juga
mengambil kira tentang khidmat pelanggan, fokus dan memberi perhatian kepada
kehendak pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan :
a. Penasihat Kos Preliminari dan Anggaran (Preliminary Cost Advice And Estimate)
b. Perancangan Kos (Cost Planning)
c. Menilai Rekabentuk Alternatif (Evaluating Design Options)
d. Penasihat Dalam Prosedur Kontrak (Advising on Contractual Methods)
e. Menyediakan Dokumen Kontrak Dan Tender (Contract And Tender
Documentations)
f. Penilaian Tender Dan Perundingan (Tender Evaluation And Negotiations)
g. Pengurusan Kontrak (Contract Administration)
h. Penilaian Kemajuan Dan Tuntutan (Progress And Claims Valuations)
i. Laporan Kewangan Semasa (Periodic Financial Reporting)
j. Penyata Akaun Akhir (Final Account Statements)
k. Penilaian Penggantian Insuran (Insurance Replacement Valuations)
l. Audit Teknikal (Technical Auditing)
m. Pengurusan Projek (Project Management)
n. Penasihat Bagi Perbalahan Keputusan (Advising On Dispute Resolution)
o. Menyediakan / Mempertahankan Tentang Tuntutan Pembinaan (Preparing /
Against Constructions Claims)
9
1.2.6 Halatuju Organisasi
a. Misi
Untuk menjadi pengamal Juruukur Bahan yang terbaik di Kota Kinabalu.
b. Visi
Memberi sumbangan kepada kebaikan kewujudan manusia dan masyarakat
melalui amalan Juruukur Bahan.
c. Nilai Teras
Jujur
Hasrat yang banyak dalam pencarian ilmu
Berdisiplin
Fokus kepada perkhidmatan yang cemerlang
Rajin dan efektif
Inovatif dan kreatif
10
BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI DAN LATIHAN INDUSTRI
2.1 Ringkasan Dari Buku Log
Minggu Pertama ( 16 Julai - 20 Julai 2007 )
Pada hari pertama, saya telah diperkenalkan kepada semua kakitangan syarikat
oleh penyelia saya, Mr. Goh Min Yung yang menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar
di Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. Sepanjang minggu ini, saya telah melaksanakan
pelbagai tugasan yang telah diberikan oleh kakitangan syarikat antaranya ialah seperti
menyemak dan menyalin semula ukuran saiz (Quantity Bulk Check), terlibat dalam
menyediakan dokumen tender, mencop lukisan serta menyemaknya, belajar cara
bagaimana untuk menyediakan dokumen kontrak iaitu dengan mengisi dan menukar
butiran yang perlu ke dalam dokumen kontrak sedia ada di dalam komputer yang
mempunyai projek yang sama atau hampir serupa. Selain itu, saya juga menyemak dan
mencop lukisan yang baru diterima iaitu Projek Pembinaan Pekan Muhibah Rancangan
Sungai Manila, Sandakan, Sabah. Di samping itu, saya belajar membuat kerja-kerja
pentadbiran seperti menaip surat menggunakan mesin taip automatik dan mengira
11
bilangan muka surat bagi dokumen tender. Secara tidak langsung, saya telah
menggunakan teknologi seperti mesin taip dan juga komputer. Saya juga beruntung
kerana dapat belajar menyediakan dokumen tender dan dokumen kontrak pada minggu
pertama ini.
Minggu Kedua ( 23 Julai -27 Julai 2007 )
Pada minggu ini saya telah belajar membuat ‘taking off’ untuk elemen rasuk bagi
projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah. Selain itu, saya telah menjilid dokumen tender
bagi Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort III. Saya juga telah
ditugaskan bersama kerani untuk berurusan dengan pihak-pihak yang terlibat dalam
sesuatu projek seperti pihak Arkitek untuk meminta cop rasmi serta mengambil lukisan.
Melalui kerja-kerja ini, saya belajar cara yang betul apabila berkomunikasi dengan pihak
lain.
Minggu Ketiga ( 30 Julai - 03 Ogos 2007 )
Pada minggu ini, saya telah membuat ‘taking off’ untuk tetulang besi yang terdapat
pada rasuk bagi projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah. Selain itu, saya juga telah
membuat ‘taking off’ bagi projek Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). Saya juga telah
diajar bagaimana cara untuk memasukkan harga barang ke dalam komputer menggunakan
Microsoft Excel. Bagi kerja pentadbiran, saya telah membantu menyelenggara
perpustakaan syarikat yang menempatkan segala dokumen kontrak dan juga bahan-bahan
rujukan yang lain.
12
Minggu Keempat ( 06 Ogos - 10 Ogos 2007 )
Pada minggu keempat pula, saya banyak belajar kaedah memasukkan harga tender
yang dibuat oleh kontraktor ke dalam komputer. Selain itu, kerja-kerja yang lain seperti
tugasan pada minggu ketiga disambung.
Minggu Kelima ( 13 Ogos - 17 Ogos 2007 )
Pada minggu ini, saya membuat ‘taking off’ untuk rasuk bawah bagi projek
Pembinaan Kem Batalion, Kubota. Selain itu, saya belajar membuat anggaran kos (cost
estimate) bagi Sekolah Menengah Agama Limauan untuk elemen rasuk dan juga tetulang
besi. Perkara yang paling menarik ialah apabila saya dipelawa untuk menghadiri
mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dalam projek Pembinaan
Pusat Rehat Dan Riadah di Bundu Tuhan, Ranau, Sabah yang bertempat di Sedcovest
bersama seorang Juruukur Bahan syarikat. Sepanjang mesyuarat berlangsung, saya dapat
mengetahui bagaimana sesuatu pihak mengendalikan mesyuarat di samping meneliti dan
memahami segala isu yang dibincangkan dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik
untuk sesuatu masalah yang mugkin timbul dalam sesuatu projek pembinaan.
Minggu Keenam ( 20 Ogos - 24 Ogos 2007 )
Pada minggu keenam ini, saya belajar pula cara-cara untuk membuat ‘filling’ dan
mengisi ‘filling index form’. Ianya bertujuan untuk mewujudkan satu sistem yang teratur
dalam penyusunan fail-fail yang banyak mengikut tajuk projek masing-masing. Selain itu,
saya juga dibawa oleh seorang lagi Juruukur Bahan syarikat pergi melawat tapak bina bagi
projek Pembinaan Sekolah Ugama Islam (SUIS) dan Masjid Pg. Hj. Rauf, Kampung
Pengalat Besar, Papar, Sabah. Semasa kami meninjau tapak projek, ternyata kedua-dua
13
tapak bina terletak berdekatan antara satu sama lain dan masih belum lagi dibuat
pembersihan tapak.
Minggu Ketujuh ( 27 Ogos - 31 Ogos 2007 )
Pada minggu ini, saya telah membantu menyediakan dokumen tender iaitu
membantu menjilid dokumen tender bagi Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah
Kebangsaan Beaufort III, yang telah siap dilubangkan. Selain itu, saya juga membungkus
dokumen tender tadi untuk dihantar ke Kuala Lumpur. Saya juga diajar cara untuk
menyusun lukisan mengikut jilid dan juga menebuk dokumen tender bagi Cadangan
Projek Pembinaan Pekan Muhibah. Pada hari Jumaat pula iaitu pada 31 Ogos 2007, saya
bercuti sempena cuti kemerdekaan negara Malaysia yang ke 50 tahun.
Minggu Kelapan ( 03 September - 07 September 2007 )
Pada minggu ini, saya telah membungkus dokumen tender bagi Cadangan Projek
Pembinaan Kompleks Penyayang, Taman Cahaya, Sandakan, Sabah setelah ianya siap
dijilid. Saya juga diajar cara untuk mengganti bahagian helaian dokumen kontrak dengan
helaian yang baru, selain menampal tajuk sisi pada dokumen kontrak yang bertujuan untuk
memudahkan penyusunan dan pencarian di masa hadapan. Perkara paling menarik ialah
saya dapat belajar cara untuk menjilid dokumen menggunakan kertas keras (hard paper).
Rupa bentuknya ialah seperti fail. Di samping itu, saya diberi tugas untuk menyemak
pesanan yang dihantar dan menyusun ianya mengikut nombor sirinya. Selain itu, saya
juga bertugas membuat kerja-kerja pentadbiran antaranya menjadi penyambut tetamu,
menghantar faks dan juga mengangkat panggilan telefon. Saya juga berpeluang menimba
pengalaman berada di tapak bina apabila saya dibawa melawat tapak projek di KKIP dan
juga Anjung Malawa bersama seorang Juruukur Bahan syarikat.
14
Minggu Kesembilan ( 10 September - 14 September 2007 )
Pada minggu ini, saya banyak membuat kerja-kerja pentadbiran seperti
mengemaskini fail dan juga kerja-kerja memfotostat, melipat dan membuat ‘filling’ surat.
Saya juga pertama kali belajar cara membuat ‘filling index list’ bagi fail Siaran Khas
Jabatan Perangkaan Negeri Sabah. Ianya merupakan dokumen berkenaan maklumat
semasa bagi harga-harga barang di pasaran. Selain itu, saya sekali lagi dibawa oleh
seorang Juruukur Bahan syarikat melawat tapak bina di Anjung Malawa. Di sana, saya
berpeluang belajar cara untuk membuat penilaian tapak bina. Penilaian tapak bina ini
penting kepada pihak kontraktor kerana melalui penilaian ini, Juruukur Bahan akan
membuat pembayaran (claim) kepada pihak kontraktok berdasarkan kepada peratusan
kemajuan kerja. Bayaran ini juga dikenali sebagai bayaran kemajuan kerja (Interim).
Saya juga telah pergi ke syarikat lain atas urusan syarikat.
Minggu Kesepuluh ( 17 September - 21 September 2007 )
Pada minggu kesepuluh pula, saya meneruskan kerja melipat lukisan bagi
Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis, Papar, Sabah dan
juga Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort III. Selain itu, saya membuat kerja-kerja
pentadbiran seperti melipat surat, memfotostat dokumen, mengangkat panggilan telefon
dan sebagainya.
Minggu Kesebelas ( 24 September - 28 September 2007 )
Pada minggu ini, saya menyiapkan kerja-kerja menjilid dokumen tender untuk
Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Ugama Islam dan meneruskan proses melipat
lukisan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis. Di samping itu, saya membantu
15
menyelenggara perpustakaan syarikat. Tugas yang paling mencabar ialah saya
dikehendaki mengira semula harga yang dikemukakan oleh kontraktor dalam dokumen
tender. Dengan cara itu, kita boleh menyemak sekiranya terdapat kesilapan pada ruangan
penjumlahan. Saya juga ditugaskan pergi ke syarikat-syarikat lain untuk membuat tugas
luar. Melalui cara ini, saya dapat mempertingkatkan diri saya untuk berkomunikasi secara
berkesan dengan pihak lain.
Minggu Kedua Belas ( 01 Oktober - 05 Oktober 2007 )
Pada minggu ini, saya menjilid pula dokumen tender bagi projek ‘Proposed
Development Of Quarters For The Army, Police Ranger, Resting And Toilet At Pulau
Sipadan’ dan meneruskan kerja-kerja melipat lukisan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan
Beringgis. Kerja-kerja ukur bahan pula ialah seperti mengira ukuran (taking off) bagi
projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Limauan. Elemen yang dikira ialah
seperti pintu, tingkap, dinding dan lain-lain yang terdapat dalam bangunan pentadbiran
projek tersebut.
Minggu Ketiga Belas ( 08 Oktober - 12 Oktober 2007 )
Pada minggu ini pula, saya menyambung kerja-kerja pengiraan bagi bangunan
Pentadbiran (Administration Building) untuk elemen ‘Detail of Ground Floor Beam, First
Floor Beam and Second Floor Beam’. Saya juga telah mengetahui kaedah untuk
mengganti helaian dokumen yang baru kerana sebelum ini telah diajar oleh kakitangan
syarikat. Pada 10 hingga 12 Oktober 2007 pula, syarikat memberikan cuti sempena Cuti
Hari Raya Aidilfitri.
16
Minggu Keempat Belas ( 15 Oktober - 19 Oktober 2007 )
Syarikat bercuti sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula dari 10 hingga 19
Oktober 2007.
Minggu Kelima Belas ( 22 Oktober - 26 Oktober 2007 )
Pada minggu kelima belas, saya kembali meneruskan kerja-kerja pengiraan bagi
Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Datu Mustapha. Saya
mengira rasuk dan juga tetulang besi selepas bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri.
Saya juga diminta untuk menyemak senarai lukisan bagi Cadangan Projek Pembangunan
KD Sri Sandakan. Pengalaman paling berharga ialah apabila dapat bekerjasama dengan
Pengarah Syarikat, Puan Patmawati Paddong menyediakan Akaun Muktamad (Final
Account) bagi Cadangan Projek Pembinaan Premis Perniagaan Di Kinabatangan. Setelah
diberi penerangan dan tunjuk ajar, beliau meminta saya membantunya untuk menyediakan
‘Final Account’. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui serba sedikit kepentingan
Akaun Muktamad iaitu ianya merupakan satu dokumen yang mana kesemua pembayaran
interim dan perubahan kerja dijilid bersama untuk diberikan kepada pelanggan.
Minggu Keenam Belas ( 29 Oktober - 02 November 2007 )
Keseluruhannya pada minggu ini, saya hanya melipat lukisan bagi ‘Mechanical
and Electrical’ (M&E) dan ‘Civil and Structure’ (C&S) untuk Cadangan Projek
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis, Papar, Sabah kerana lukisan yang
siap dilipat menggunakan kaedah yang ditetapkan, akan dihantar ke kedai untuk dijilid dan
lukisan yang dilipat tadi adalah merupakan lukisan kontrak (contract drawing).
17
Minggu Ketujuh Belas ( 05 November - 09 November 2007 )
Pada minggu ini, saya meneruskan kerja melipat lukisan ‘C&S’ bagi Cadangan
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beringgis, Papar, Sabah. Saya juga melipat
surat-surat dan memasukkannya ke dalam sampul. Melipat surat juga memerlukan
tekniknya yang tersendiri iaitu nama dan alamat penerima mestilah kelihatan apabila
dilipat. Di samping itu juga, saya ditugaskan untuk mengasingkan dokumen yang tidak
berguna untuk dibuang dan dokumen-dokumen kontrak yang dilupuskan akan dijadikan
‘rough paper’. Sepanjang minggu ini, saya dibawa menjalankan tugas luar syarikat seperti
pergi mengambil lukisan dan sebagainya. Pada 08 November 2007, syarikat bercuti
sempena Perayaan Deepavali.
Minggu Kelapan Belas ( 12 November - 16 November 2007 )
Pada minggu ini, saya mengedit ‘Final Account’ berdasarkan perubahan-perubahan
yang telah dibuat oleh Puan Patmawati. Bagi kerja ‘Final Account’ ini, saya belajar
membuat ‘Fax Transmission’ yang ditujukan kepada pihak yang terlibat dalam projek ini.
Antara kandungannya ialah meminta pihak terbabit, membuat pengesahan mengenai
pembayaran yang telah diterima. Hal ini penting untuk memastikan tiada kesilapan
jumlah pembayaran yang berlaku dan dapat mengenal pasti kos keseluruhan projek
sebelum ‘Final Account’ dihantar kepada pelanggan ( Client). Selain itu juga, saya
membantu teman sepraktikal saya yang diberi tugasan untuk menyelenggara stor lukisan.
Di sini, saya menetahui jenis-jenis lukisan yang terdapat di stor antaranya seperti ‘table
drawing, contract drawing, tender drawing’ dan lain-lain. Di samping itu, saya juga
membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan syarikat.
18
Minggu Kesembilan Belas ( 19 November - 23November 2007 )
Pada minggu kesembilan belas, saya telah mengira rasuk bagi Cadangan Projek
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan, Tawau, Sabah sebanyak 3 jilid,
selain dari memfotokofi dokumen dan menyusun lukisan projek Cadangan Projek
Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah. Namun begitu, boleh dikatakan
sepanjang minggu ini, saya dibawa untuk membuat tugas luar atas urusan syarikat dan
yang paling membuatkan saya rasa terharu apabila diberi kepercayaan mengeluarkan wang
tunai sebanyak RM 9,000.00 atas nama akaun syarikat di Hong Leong Bank bagi
kegunaan syarikat. Ini bermakna, diri saya dipercayai oleh pihak syarikat untuk
mengeluarkan jumlah wang sebanyak itu.
Minggu Kedua Puluh ( 26 November - 30 November 2007 )
Pada minggu ini, saya telah membantu menyediakan dokumen tender bagi
Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha dan juga
membuat ‘filling’ bagi fail Wisma Wanita Sabah. Selain itu, saya sekali lagi berpeluang
melawat tapak bina mengikuti seorang Juruukur Bahan syarikat yang membuat penilaian
tapak bagi Cadangan Projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah. Pada minggu ini juga,
pihak syarikat telah menjemput 2 orang wakil penjual perisian yang baru dibeli oleh
syarikat iaitu perisian BinaLink BQ untuk menerangkan kaedah menggunakan perisian ini.
Saya berpeluang mendengar penerangan dari wakil penjual perisian tersebut. BinaLink
BQ ini amat berguna kepada seseorang Juruukur Bahan kerana ianya lebih canggih dari
‘Microsoft Excel’ dan merupakan perisian (software) yang serba serbi lengkap.
19
Minggu Kedua Puluh Satu ( 03 Disember - 07 Disember 2007 )
Pada minggu ini, saya dikehendaki memasukkan harga mengikut elemen bangunan
yang sebelum ini telah dihargakan oleh pihak kontraktor ke dalam komputer bagi
Cadangan Projek Menaiktaraf Kampus UITM. Di samping itu, sepanjang minggu ini,
saya banyak melakukan tugas luar. Pengalaman paling berharga ialah apabila saya
dipelawa mengikuti seorang Juruukur Bahan syarikat menghadiri mesyuarat tapak (site
meeting) di Keningau, Sabah.
Minggu Kedua Puluh Dua ( 10 Disember - 14 Disember 2007 )
Minggu ini adalah merupakan minggu terakhir saya menjalani latihan industri di
Kinabalu Setia Konsult Sdn. Bhd. Saya masih sempat membuat kerja-kerja pentadbiran
seperti yang terbaru, saya belajar membuat kod ‘filling’ bagi memudahkan proses
penyusunan dan pencarian maklumat yang diperlukan pada masa hadapan. Banyak
pengalaman dan juga kenangan yang saya perolehi sepanjang berada di firma ukur bahan
ini.
20
BAB 3 : ANGGARAN KERJA ( ESTIMATE )
3.1 Pendahuluan
Anggaran kerja atau anggaran kos perlu dilakukan bagi mendapatkan harga bagi
sesuatu kontrak. Hanya melalui cara tersebut, dokumen tender dapat dikeluarkan dan
mula dijual kepada kontraktor yang berminat untuk menyertai tawaran berdasarkan kepada
syarat-syarat tawaran. Anggaran kerja ini juga penting dalam penyediaan Senarai Kuantiti
atau ‘Bill Of Quantity’. Anggaran kerja (estimate) merupakan salah satu dari tugas yang
dilakukan oleh seorang Juruukur Bahan.
3.2 Definisi
Anggaran didefinisikan sebagai kos realiti bagi pembinaan dan penyiapan sesuatu
projek yang perlu dimasukkan oleh kontraktor bagi tujuan menyertai tawaran atau tender.
21
3.3 Tujuan
Terdapat beberapa tujuan yang menyebabkan anggaran kerja perlu dilakukan
antaranya ialah :
a. Untuk mendapatkan kos yang realistik dan kompetatif
b. Untuk memastikan kemampuan sesuatu pihak dalam melaksanakan projek
c. Untuk mengawal kos semasa pembinaan
d. Sebagai perancangan kos pembinaan
e. Sebagai persediaan untuk menyertai tawaran
3.4 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Harga
a. Upah buruh
Tenaga buruh amat diperlukan di tapak bina samada buruh tetap pada
sesuatu tempat atau buruh bergerak iaitu buruh yang akan bekerja di lain
tempat pada satu tempoh masa. Oleh yang demikian, upah buruh menjadi
semakin tinggi apabila buruh dibawa keluar ke tempat lain.
b. Harga bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran
Mengetahui bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan samada ianya
mudah atau sukar untuk didapati dan kos bagi setiap bahan. Sekiranya
terdapat bahan binaan yang sukar didapati, ianya akan menyulitkan pihak
kontraktor untuk mencarinya. Jika harga bahan mahal, maka ianya akan
mempengaruhi harga.
22
c. Insuran
Insuran penting dalam sesuatu projek pembinaan kerana pelbagai
kemungkinan yang bakal terjadi sebelum, semasa, atau selepas pembinaan
dijalankan. Di antara insuran yang diperlukan ialah insuran nyawa, jentera
dan sebagainya. Oleh itu, semakin ramai tenaga buruh, semakin banyak
juga insuran yang diperlukan.
d. Keuntungan
Pihak kontraktor biasanya menginginkan keuntungan dari projek yang
dilaksanakan. Sekiranya projek tersebut kurang menguntungkan, maka
pihak kontraktor mungkin tidak akan menjalankan projek mengikut
spesifikasi kerja yang ditetapkan.
e. Keempunyaan jentera peralatan atau sewaan
Sekiranya pihak kontraktor memiliki jentera sendiri, maka itu lebih baik
dari menyewa. Namun, jika tidak memiliki jentera yang diperlukan untuk
sesuatu pembinaan, maka jentera tersebut boleh disewa.
23
3.5 Komponen Harga
Kebiasaannya, harga bagi sesuatu bangunan itu bergantung kepada beberapa faktor
iaitu :
a. Harga buruh
b. Harga bahan-bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran
c. Harga alat dan perkakas
d. Insuran
e. Harga pengurusan oleh kontraktor
f. Keuntungan oleh kontraktor
Walaupun terdapat bangunan yang sama dari segi rupa, rajah dan bentuk
bangunan, namun faktor-faktor tadi akan menjadikan harga bagi sesebuah bangunan itu
berbeza. Selain itu, faktor seperti perbezaan tempat kerja, kenaikan harga dan lain-lain
juga akan menyebabkan tiada terdapat dua buah bangunan yang serupa mempunyai harga
pembinaan yang serupa.
24
3.5.1 Anggaran Kerja Bangunan
a. Kerja-kerja awalan ( Preliminaries) termasuk pejabat tapak, faksimili, telefon,
komputer, perkakasan keselamatan, penanda arah sementara (temporary signboard)
b. Kerja cerucuk
c. Kerja-kerja di bawah permukaan
d. Kerja konkrit
e. Kerja mengikat dinding
f. Kerja kemasan
g. Kerja bumbung
h. Kerja mengecat
3.6 Kaedah Membuat Anggaran
Terdapat lima (5) cara atau kaedah yang masih digunakan untuk membuat
anggaran ke atas sesebuah bangunan iaitu :
a. Isipadu (Cubic Content)
b. Luas lantai (Floor Area)
c. Penilaian Unit (Unit Valuation)
d. Kuantiti Nilaian Paling Hampir (Approximate Quantity)
e. Senarai Kuantiti (Bill of Quantity)
25
a. Isipadu (Cubic Content)
Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah
bangunan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk
mendapatkan isipadu bangunan itu ialah dengan mendarabkan panjang, lebar dan tinggi
bangunan tersebut. Namun begitu, faktor-faktor tersebut harus diambil kira terlebih
dahulu iaitu :
Ukuran panjang dan lebar sesebuah bangunan itu hendaklah diukur di antara
permukaan luar seperti di rajah 3.6.1, panjang bangunan itu = AB = X, lebar
bangunan itu = CD = Y.
D A Panjang = X B
Lebar =Y
C
Rajah 3.6.1
26
Jika sesebuah bangunan tersebut mempunyai bumbung curam (pitch roof) seperti
di rajah 3.6.2, maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras
pemukaan asas (top of foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh
(setengah) tinggi tegak bumbung (vertical height). Lihat rajah 3.6.2 tinggi
bangunan itu ialah dari M ke N.
N
------------------------
Tinggi
M
Rajah 3.6.2
27
Jika sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), seperti
di rajah 3.6.3. Maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras
permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung. Lihat rajah 3.6.3, tinggi
bangunan itu ialah dari P hingga Q.
Q
--------------------------------------
610 mm
Tinggi
P
Rajah 3.6.3
28
Contoh pengiraan :
Panjang bangunan = 38 meter
Lebar bangunan = 18 meter
Tinggi bangunan = 20 meter
Jadi, isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi
= 38 x 18 x 20
= 13,680 meter padu
Katakan harga bagi 1 meter padu sebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan
dan rekabentuk adalah RM 150.00, maka harga bagi bangunan tersebut adalah :
RM 150.00 x 13, 680 = RM 2,052,000.00
b. Luas Lantai (Floor Area)
Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan
itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Seperti yang diketahui,
luas ialah panjang darab lebar. Oleh yang demikian, caranya juga sama untuk
mendapatkan luas sesebuah bangunan itu iaitu dengan mendarabkan luas sesebuah
bangunan tersebut dengan lebarnya. Rujuk rajah 3.6.4, ukuran panjang dan lebar
bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya.
29
X
Y
Rajah 3.6.4
Contoh pengiraan :
Panjang = 20 meter
Lebar = 15 meter
Jadi, jumlah luas lantai bangunan = panjang x lebar
= 20 x 15
= 300 meter persegi
Katakan harga bagi satu meter persegi sebuah bangunan yang sama dari segi
rekabentuk ialah RM 150.00, maka harga anggaran adalah :
RM 150.00 x 300 = RM 45, 000.00
Selain dari harga luas lantai bangunan itu , harga beberapa perkara lain juga
ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara yang
dimaksudkan mestilah ada kaitannya dengan pembinaan bangunan tersebut seperti parit-
parit, jalan, pagar, tanaman-tanaman rumput dan lain-lain kerja luar. Jadi, harga bagi tiap-
tiap perkara yang disebutkan itu hendaklah dijumlahkan dengan harga luas lantai
bangunan tersebut. Maka jumlah ini ialah harga anggaran luas lantai bangunan yang
dimaksudkan.
30
c. Penilaian Unit (unit valuation)
Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-
kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah
bangunan itu. Kelengkapan-kelengkapan ini memberi makna yang besar kepada sesebuah
bangunan itu, sebagai contoh :
Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilaikan sebanyak RM 1,000.000.00 dan boleh
menampung 1000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid
bagi sekolah tersebut ialah sebanyak RM 1,000, 000.00. Maka nilaian ini boleh
digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan
sekolah yang lain di mana segi pembinaan dan rekabentuk sekolah itu sama.
Misalnya :
Sebuah bangunan sekolah hendak dibina dan bangunan itu boleh menampung 2000
orang murid. Maka dengan menggunakan harga bagi satu meja murid yang telah
diterangkan tadi, iaitu sebanyak RM 1,000.00, maka harga anggaran bagi
bangunan sekolah tersebut keseluruhannya ialah RM 1,000.00 x 2000 murid = RM
2,000,000.00.
Secara ringkasnya, penilaian unit ini menggunakan kelengkapan atau perkakas
yang terdapat di dalam sesebuah bangunan. Contohnya :
Sekolah - bilangan meja murid yang digunakan
Hospital - bilangan katil yang digunakan
Hotel - bilangan bilik
31
d. Kuantiti Nilaian Hampir (Approximate Quantities)
Cara ini adalah merupakan cara yang paling baik atau yang hampir tepat dari cara-
cara yang telah disebutkan dahulu untuk mencari nilaian anggaran secara kasar. Dengan
cara ini, bahan-bahan kerja dikeluarkan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilaikan
harga-harganya mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara untuk mengeluarkan
bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut :
Kerja perparitan – kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 meter dalam dihargakan
bagi satu meter padu.
Asas bangunan – konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan
penyokong serta keluli penguat dihargakan bagi satu meter padu.
Lapisan tanah – konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk
lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finishes) dihargakan bagi satu meter
persegi.
Lantai atas – konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan
penyokong, keluli dan hiasan lantai dihargakan bagi satu meter persegi.
Dinding – dinding bata termasuk plaster dan cat pada kedua-dua permukaan
dihargakan bagi satu meter persegi.
Rangka bumbung – kayu-kayu untuk bumbung dan siling dihargakan bagi satu
meter padu.
Penutup bumbung – penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti
(battens) dihargakan bagi satu meter persegi.
Tingkap dan pintu – tingkap dan pintu termasuk barang besi (ironmongery), gelas
kaca, bingkai (frames) dan cat dihargakan bagi setiap satu mengikut saiznya.
Perabot kayu – pertukangan kayu (joinery fittings) seperti almari, papan rak
(shelves) dan lain-lain dihargakan di tiap-tiap satu ‘point’.
Kerja elektrikal – pemasangan alat-alat elektrik dihargakan bagi tiap-tiap satu
kabel (point).
32
Pepasang kebersihan – pengaliran najis (soil drainage) termasuk harga paip,
penggalian parit dan lapisan konkrit dihargakan bagi satu meter panjang.
Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing)
dan lain-lain.
Pemasangan paip (sanitary fittings) termasuk harga paip pada tiap-tiap perkakas.
e. Senarai Kuantiti (Bill Of Quantity)
Membuat anggaran dengan cara ini adalah paling baik dan tepat. Senarai-senarai
bahan ini disediakan oleh Juruukur Bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahan-
bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan
bahan-bahan tersebut di bawah pecahan-pecahan tajuk tertentu. Kontraktor hanya
dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap senarai bahan
yang telah dikumpulkan jumlah ukurannya. Kemudian, didarabkan bilangan bahan-bahan
dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang
sebenar.
3.7 Asas Membina Kadar Harga
Untuk membina kadar harga bagi setiap item kerja, terdapat tiga faktor yang
penting iaitu :
a. Bahan
Kos bahan yang diperolehi daripada pembekal bahan-bahan binaan
merangkumi segala perbelanjaan seperti cukai, pengangkutan,
penyimpanan dan pembaziran.
33
b. Buruh
Upah atau gaji harian akan dibayar mengikut kemahiran atau kepakaran
buruh tersebut. Terdapat tiga kategori buruh iaitu mahir, tidak mahir dan
penyelia. Menurut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Buruh, jumlah masa bekerja untuk seorang buruh ialah 8 jam sehari.
Sekiranya buruh tersebut bekerja lebih masa, maka buruh tersebut perlu
dibayar mengikut kadar yang berbeza dari kadar biasa. Angkatap buruh
pula bermaksud jumlah masa yang diperlukan oleh seorang pekerja untuk
menyiapkan sesuatu projek. Formula bagi mendapatkan kos buruh adalah
seperti berikut :
Angkatap Buruh x Upah Buruh
8 Jam
c. Overhead Dan Keuntungan
Meliputi segala bentuk kos pengurusan dan pentadbiran. Overhead dan
keuntungan dikira dan ditetapkan dalam bentuk peratusan.
3.8 Komen Dan Cadangan
Saya mencadangkan agar setiap pelajar yang menjalani latihan industri pada masa
hadapan akan berpeluang membuat anggaran kerja ini kerana ianya merupakan satu kerja
yang sangat berguna dan merupakan tugas seorang Juruukur Bahan.
Melalui kerja ini, pelajar akan dapat memahirkan dan mempersiapkan diri sebelum
menempuh realiti dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu, para pelajar dapat menimba
ilmu berkenaan anggaran kos ini dan mengaplikasikannya apabila kembali semula di
pengajian.
34
3.9 Kesimpulan
Di dalam bab ini, saya telah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan cara untuk
membuat anggaran kos bangunan. Juruukur Bahan merupakan pihak yang
bertanggungjawab untuk menyediakan anggaran kerja ini. Sepanjang menjalani latihan
industri di Kinabalu Setia Konsult, saya telah diberi tugasan untuk membuat anggaran kos
misalnya seperti Cadangan Projek Pembinaan Sekolah Menengah Agama Limauan dan
juga Cadangan Projek Pembinaan Wisma Wanita Sabah.
Anggaran kos ini penting untuk kita mengetahui kos secara kasar bagi sesuatu
projek pembinaan yang akan dilaksanakan. Melalui anggaran kos ini juga, pihak pemaju
dapat menyediakan bajet yang secukupnya bagi menampung perbelanjaan projek. Saya
amat beruntung kerana dapat membantu dan mempelajari serba sedikit berkenaan
anggaran kos. Semua ini adalah hasil tunjuk ajar kesemua Juruukur Bahan di Kinabalu
Setia Konsult.
35
BAB 4 : SEBUTHARGA
4.1 Definisi
Sebutharga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang
berkelayakan membuat dan menyiapkan kerja-kerja yang bernilai antara RM 1.00 hingga
RM 50,000.00. Sebutharga diamalkan bagi memenuhi kerja segera, kerja undi dan kerja
inden. Kerja-kerja melalui sebut harga diberikan kepada kontraktor Bumiputera sahaja.
4.1.1 Kerja-kerja Segera
Kerja yang perlu dibuat dengan segera, biasanya kontraktor yang dipilih adalah
kontraktor yang sudah diketahui kebolehan dan kemampuannya membuat kerja. Contoh-
contoh kerja yang terlibat seperti membaiki kerosakan saluran paip atau membaiki atap
bocor dan membaiki tandas awam.
36
4.1.2 Kerja-kerja Undi
Kerja undi biasanya berdasarkan jadual kadar harga. Kerja-kerja yang terlibat
adalah kerja-kerja penyenggaraan biasa dan penyenggaraan bangunan kerajaan.
Penyertaan kerja undi dibuat seminggu oleh Jabatan Kerja Raya atau badan-badan
kerajaan yang lain. Melalui cara ini, kerja yang dilakukan oleh kontraktor, harganya
menjadi tetap.
4.1.3 Kerja-kerja Inden
Kerja jenis ini merupakan kerja yang diberitahu kepada kontraktor setelah mereka
mengemukakan sebutharga masing-masing. Hanya kontraktor yang berjaya dikehendaki
melaksanakan kerja tersebut. Antara kerja-kerja yang terlibat adalah kerja ubah suai ruang
pejabat, membersih bangunan dan mengecat bangunan.
4.2 Hak Kerajaan Untuk Menerima Atau Menolak Sebutharga
Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau
mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga.
Keputusan jawatankuasa sebutharga adalah muktamad.
37
4.3 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga
4.3.1 Penyediaan Sebutharga
Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan lengkap
iaitu :
a. Harga dan tandatangan kontraktor dan saksi di borang sebutharga.
b. Harga, tempoh dan tandatangan dalam borang sebutharga.
c. Borang maklumat pretender dan senarai kerja.
d. Tandatangan kontraktor dan saksi pada perakuan persetujuan syarat-syarat am
sebutharga.
Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, kontraktor
hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
4.3.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga
Dokumen sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke
dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan nombor sebutharga serta tajuk
sebutharga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga pada masa dan tempat
yang ditetapkan dalam kenyataan sebutharga.
38
Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari
sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. Kegagalan kontraktor mengembalikan
dokumen sebutharga pada tarikh tutup sebutharga membolehkan kerajaan mengambil
tindakan tatatertib terhadap kontraktor tersebut.
4.3.3 Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga
Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebutharga ini hendaklah ditanggung oleh
kontraktor itu sendiri.
4.3.4 Tempoh Sah Laku Sebutharga
Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup sebutharga. Kontraktor tidak
boleh menarik balik sebutharga sebelum tamat tempoh sah sebutharga melainkan dengan
persetujuan pihak pengurusan.
Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya kontraktor menarik balik
mana-mana sebutharga sebelum tamat tempoh sah dengan sewenang-wenangnya.
Tempoh sah ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan kontraktor jika dan apabila perlu.
39
4.3.5 Dokumen Diperlukan
Pihak kontraktor hendaklah melampirkan bersama-sama dokumen sebutharga ini
iaitu:
a. Salinan sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Kemajuan
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau Perbendaharaan Malaysia
( Sabah) yang berdaftar.
b. Profil syarikat.
4.4 Syarat-Syarat Sebutharga Untuk Kerja
4.4.1 Pemeriksaan Tapak Bina
Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti tapak bina dan
sekitarnya, bentuk dan jenis tapak bina, tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang
yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina
dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko luar
jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan sebutharga.
Segala tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini
tidak akan dipertimbangkan.
40
4.4.2 Insuran
Kontraktor hendaklah atas nama bersama kerajaan dan kontraktor mengambil
insuran seperti berikut :
a. Nombor pendaftaran PERKESO bagi kesemua pekerjanya.
b. Insuran liabiliti awam
c. Insuran kerja (sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir ringkasan sebutharga) bagi
tempoh pelaksanaan.
Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Penguasa semua Polisi
Insuran dan Nombor Pendaftaran PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan
kerja. Bagaimanapun untuk memulakan kerja sahaja, nota-nota lipatan (perlindungan) dan
resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.
Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan semua Polisi Insuran selepas tempoh
sah nota-nota lipatan (perlindungan), tanpa sebarang sebab yang munasabah.
4.4.3 Peraturan Pelaksanaan Kerja
Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi pelan-pelan, butir-
butir kerja dalam ringkasan sebutharga dan arahan pegawai penguasa. Pegawai penguasa
di sini adalah pegawai yang mengeluarkan surat setuju terima.
41
4.4.4 Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja
Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari dari tarikh akhir
tempoh mula kerja yang ditetapkan dalam surat setuju terima sebutharga, tanpa sebarang
alasan yang munasabah, surat setuju terima boleh dibatalkan oleh pegawai penguasa
seperti dibutirkan di ‘Fasal 9’ dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor.
4.4.5 Sub-Sewa Dan Menyerah Hak Kerja
Kontraktor tidak dibenarkan mensub-sewakan kerja kepada kontraktor-kontraktor
lain tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada pegawai penguasa.
4.4.6 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai Penguasa
Pegawai penguasa atau wakilnya berhak menolak kerja-kerja yang tidak menepati
spesifikasi. Kerja yang ditolak hendaklah dibuat semula dan sebarang kos tambahan yang
terlibat hendaklah ditanggung oleh kontraktor sendiri tanpa apa-apa tuntutan tambahan.
42
4.4.7 Ringkasan Sebutharga
Ringkasan sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada borang sebutharga
ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga sebutharga.
Harga-harga dalam ringkasan sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos
termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan
bagi menyiapkan kerja dengan sempurna.
Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada
perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai kerajaan, samada dalam
tempoh sah sebutharga atau dalam tempoh kerja.
Harga-harga dalam ringkasan sebutharga yang dikemukakan oleh kontraktor
hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada pegawai penguasa tentang
kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya
kepada harga-harga dalam ringkasan sebutharga hendaklah dibuat sebelum dokumen
senarai harga dikeluarkan.
Apa-apa pelarasan harga dalam ringkasan sebutharga menurut perenggan di atas
dan apa-apa kesilapan hisab dalam ringkasan sebutharga hendaklah dilaraskan sama
dengan amaun jumlah harga seperti yang tercatat di borang sebutharga. Amaun harga
dalam borang sebutharga hendaklah tidak berubah.
43
4.4.8 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga
Jika kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam dokumen sebutharga,
kontraktor hendaklah merujuk kepada pegawai penguasa untuk mendapatkan keputusan.
4.4.9 Kegagalan Kontraktor Menyiapkan Kerja Dan Penamatan Kontraktor
Pegawai penguasa berhak membatalkan surat setuju terima sekiranya kontraktor
berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada pegawai
penguasa iaitu :
a. Sekiranya kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
b. Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah
c. Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab
yang munasabah
d. Tidak mematuhi arahan pagawai penguasa tanpa apa-apa alasan yang munasabah
e. Apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.
4.4.10 Pematuhan Kepada Undang-Undang Oleh Kontraktor
Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak undang-undang kecil dan
undang-undang berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak
berhak menuntut sebarang kos atau bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan
syarat-syarat sebutharga.
44
4.4.11 Kawalan Keselamatan
Semua personal, pekerja di bawah kontraktor termasuk dirinya sendiri mendapat
kebenaran masuk Bahagian Kawalan Keselamatan Pihak Yang Berwajib bagi semua
kawasan-kawasan Undang-Undang Kecil tempat berkenaan. Biarpun terdapat kebenaran
masuk ini, kerajaan mempunyai hak untuk menolak sebarang personal atau pekerja
daripada tapak bina pada bila-bila masa dan kontraktor dengan langsung hendaklah
mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan.
4.4.12 Peraturan Bayaran Selepas Siap
Bayaran dibuat secara berperingkat bersama dengan bayaran kontraktor utama.
4.4.13 Pembersihan Tapak
Apabila kerja disiapkan, segala sampah sarap, serpihan dan lebihan hendaklah
dibersihkan mengikut arahan pegawai penguasa. Pembakaran sampah secara terbuka di
tapak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
45
4.5 Komen Dan Cadangan
Saya mencadangkan agar para pelajar dapat mempelajari serba sedikit berkenaan
dengan dokumen sebutharga ini kerana walaupun ianya jarang digunakan dalam tawaran
namun ianya masih mempunyai kepentingannya yang sendiri.
Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui maklumat penting berkenaan sebutharga.
Sebutharga hanya terhad dan terbuka kepada golongan Bumiputera sahaja. Ianya
merupakan satu proses memanggil kerja yang lebih cepat dan teratur. Bagi tajuk ini, saya
telah melihat seorang Juruukur Bahan menyediakan dokumen sebutharga ini.
4.6 Kesimpulan
Di dalam bab ini, saya dapat merumuskan bahawa sebutharga merupakan suatu
kerja yang cepat dalam memanggil dan memilih kontraktor yang berkelayakan. Namun
begitu, kontraktor tidak sekadar dipilih berdasarkan harga tawaran yang terendah semata-
mata, tetapi berdasarkan keupayaan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebutharga ini hanya diberikan kepada kontraktor Bumiputera sahaja dan
merupakan kerja-kerja seperti membaiki atap bocor, membaiki kerosakan tandas,
penyelenggaraan bangunan, mencat bangunan dan sebagainya.
46
BAB 5 : KONTRAK
5.1 Pengenalan
Di dalam industri binaan, tanpa tawaran maka tidak akan wujud kontrak. Di sini
menunjukkan kontrak amat penting bagi memastikan peranan dan tanggungjawab pihak
yang terlibat. Kontraktor juga hendaklah menyiapkan kerjanya dengan sempurna tanpa
menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta rekabentuk seperti yang dikehendaki oleh
pemilik. Ia juga mestilah menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak
pemilik pula hendaklah memberikan segala butiran beserta keterangan yang jelas bagi
memudahkan pihak kontraktor memahami apakah yang dikehendaki serta harga
tawarannya.
47
5.1.1 Definisi
Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak
bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Di dalam konteks
pembinaan, kontrak merupakan satu perjanjian bertulis yang mengikat kedua-dua belah
pihak yang terlibat iaitu majikan dan kontraktor.
Bagi pihak kontraktor pula, ianya berkewajiban untuk menyiapkan kerjanya seperti
yang diarahkan sehingga sempurna serta mencapai tahap minimum mutu kerja yang
dikehendaki. Bagi majikan pula, ianya harus bertanggungjawab untuk menunaikan
bayaran kepada kontraktor apabila semua tugas yang diarahkan kepadanya dijalankan
dengan baik lagi sempurna.
Apabila kontraktor memasuki tawaran berasaskan segala butir dan syarat yang
terkandung dalam dokumen tawaran dan kerajaan, kemudiannya bersetuju menerima
tawaran majikan tersebut, maka terjalinlah satu ikatan kontrak. Dokumen kontrak
mengandungi segala butiran dan syarat yang sama dengan dokumen tawaran dan kedua-
dua belah pihak terikat untuk mematuhinya.
5.2 Tujuan Kontrak
Untuk menjalin perhubungan antara majikan dan kontraktor supaya lebih jelas lagi
dalam bentuk kenyataan dan syarat serta dinyatakan had-hadnya. Oleh yang demikian,
pihak kontraktor hendaklah memastikan bahawa pihaknya :
48
a. Menyiapkan kerjanya dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu
kerja serta rekabentuk seperti yang dikehendaki oleh pihak majikan.
b. Menyelesaikan segala jenis kerja mengikut masa yang telah ditetapkan.
5.3 Keperluan Kontrak
Untuk membuat sesuatu ikatan kontrak yang baik iaitu dengan menjalinkan
perhubungan antara kedua pihak dalam bentuk kenyataan dan syarat serta dinyatakan had
dengan sejelas-jelasnya. Segala butiran hendaklah dinyatakan bersamaan dengan
keterangan-keterangan yang jelas bagi memudahkan pihak kontraktor memahami apakah
yang dikehendaki oleh pihak majikan serta harga tawarannya.
5.4 Prinsip-Prinsip Kontrak
Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) terdapat beberapa prinsip kontrak
yang perlu diketahui dalam pengertian kontrak yang sebenarnya termasuklah :
5.4.1 Tawaran
Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) – Seksyen 2 (A), tawaran ialah
seseorang itu membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang
hasratnya hendak membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu dengan tujuan
mendapat persetujuan dari pihak yang tersebut.
49
5.4.2 Penerimaan
Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) – Seksyen 2 (B), penerimaan ialah
apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan
oleh pihak yang menerima cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat-syarat yang
tertentu. Penerimaan bersyarat tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut
undang-undang kontrak. Sesuatu cadangan apabila diterima, menjadi janji.
5.4.3 Balasan
Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak yang menerima tawaran.
Tindakan penerimaan tawaran biasanya dilakukan sama ada secara lisan, bertulis ataupun
secara perbuatan.
5.4.4 Niat
Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua-dua belah pihak
yang berkenaan secara jujur, ikhlas serta amanah dan tidak melanggari serta mematuhi
segala syarat yang dikenakan dalam perjanjian kontrak.
50
5..4.5 Persetujuan Yang Sah Dari Segi Undang-Undang
Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak
menyalahi undang-undang kerajaan, di mana kontrak dijalinkan. Perjanjian yang
menyalahi undang-undang kerajaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut
Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974).
5.4.6 Ikatan Kontrak Boleh Dilaksanakan
Sebelum sesuatu kontrak boleh dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang
terlibat hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan perjanjian nanti, tidak terlalu
membebankan mana-mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian
atau kedua-dua belah pihak.
5.4.7 Tiada Kecacatan Bagi Kedua-dua Belah Pihak
Kecacatan bermaksud rekod atau prestasi pada masa lalu. Kelalaian kerja, tidak
menepati perjanjian, melebihi tempoh had masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi
adalah sebahagian daripada kecacatan yang dimaksudkan itu.
51
5.5 Perhubungan Kontrak Dan Tawaran
Tawaran adalah merupakan satu atur cara untuk menjemput kontraktor-kontraktor
bagi menghargakan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemilik. Dokumen yang
digunakan dipanggil sebagai Dokumen Tawaran.
Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan
kontraktor maka ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu dokumen
lengkap yang dipanggil sebagai Dokumen Kontrak. Dokumen ini bertujuan untuk
menerangkan tanggungjawab setiap pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.
5.6 Syarat-Syarat Kontrak
Syarat-syarat kontrak yang digunakan berpandukan borang JKR 203 (Semakan
10/83). Di antara syarat-syarat umum yang penting adalah seperti berikut :
a. Tugas Pegawai Penguasa (Fasal 2)
Pegawai Penguasa iaitu pegawai yang bertanggungjawab ke atas
penyeliaan dan arahan keseluruhan kerja. Wakil Pegawai Penguasa
hendaklah bertanggungjawab kepada Pegawai Penguasa dan tugasnya ialah
menjaga dan menyelia kerja serta untuk menguji dan memeriksa, mana-
mana bahan atau barang-barang yang akan digunakan atau mutu hasil kerja
yang digunakan berhubung dengan kerja.
52
b. Pengambilan Pekerja (Fasal 16)
Pekerja hendaklah warganegara Malaysia kecuali di dalam sesuatu bidang
tertentu iaitu warganegara Malaysia tidak boleh didapati, maka pekerja-
pekerja bukan warganegara boleh diambil tertakluk kepada kelulusan
Kementerian Sumber Manusia. Nisbah pekerja hendaklah mencerminkan
nisbah perkauman sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke
semasa.
c. Hari Dan Waktu Bekerja (Fasal 18)
Kerja tidak boleh dijalankan pada hari minggu, hari kelepasan am dan
antara pukul 6.00 petang dan 6.00 pagi keesokan harinya kecuali dengan
kebenaran bertulis dari Pegawai Penguasa.
d. Kemungkiran Membayar Gaji (Fasal 21)
Sekiranya kontraktor gagal membayar gaji kepada pekerja, Pegawai
Penguasa boleh membuat bayaran bagi tuntutan itu kepada Ketua Pengarah
Buruh dan atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (yang mana berkenaan)
daripada mana-mana wang yang ada dan pembayaran itu hendaklah
disifatkan sebagai pembayaran yang dibuat kepada kontraktor oleh
kerajaan.
e. Perubahan (Fasal 24)
Pegawai Penguasa boleh mengeluarkan arahan-arahan yang memerlukan
sesuatu perubahan. Perubahan ini termasuklah rekabentuk, kualiti dan
kuantiti kerja serta tambahan, peninggalan atau penggantian apa-apa kerja.
53
f. Subkontraktor Dinamakan Dan Atau Pembekal Dinamakan (Fasal 28)
Subkontraktor atau pembekal dinamakan ialah kontraktor kecil yang
dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pakar atau membekal barang-barang
yang termasuk di dalam wang kos prima (Prime Cost Item) atau
perbelanjaan wang peruntukan sementara (Provisional Sum).
g. Wang Kos Prima Dan Wang Peruntukan Sementara (Fasal 30)
Wang kos prima ialah jumlah wang yang diperuntukan bagi kerja atau
perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh sub-kontraktor dinamakan atau
bagi bahan atau barang-barang yang akan didapatkan daripada pembekal
dinamakan.
Wang peruntukan sementara ialah sejumlah wang yang diperuntukan bagi
kerja atau bagi bekalan barang-barang atau bahan yang sama sekali tidak
boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender
dikeluarkan dan jumlah wang itu boleh dibayar dan dibelanjakan pada bila-
bila masa dan sebanyak apa-apa amaun bagi faedah mana-mana orang
sebagaimana diarahkan oleh Pegawai Penguasa.
h. Insuran (Fasal 33,34,35,36)
Antara insuran yang perlu diambil oleh kontraktor ialah :
i. Polisi tanggungan awam (Public Liabiliti Policy)
ii. Polisi insuran kerja (Insurance Policy Of Work)
iii. Polisi pampasan pekerja (Workmen’s Compensation Policy)
Kontraktor juga perlu mencarum kepada PERKESO (Skim Keselamatan
Sosial)
54
i. Bon Pelaksanaan (Fasal 37)
Bon pelaksanaan ialah deposit berupa wang tunai, deposit perbendaharaan,
draf bank atau gerenti insuran yang perlu dibayar oleh kontraktor sebelum
memulakan kerja. Nilainya adalah 5 % dari jumlah harga kontrak dan
hanya boleh dituntut semula selepas semua kerja siap termasuk selepas
masa tempoh liabiliti kecacatan.
j. Penyiapan Kerja Dan Kelewatan (Fasal 39 dan 40)
Kerja mestilah siap pada atau sebelum ‘tarikh siap’ yang dinyatakan atau
suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan. Tarikh siap ini
adalah bermulanya tempoh liabiliti kecacatan. Perakuan yang dikeluarkan
disebut ‘Perakuan Siap Kerja’. Sekiranya kontraktor tidak menyiapkan
pada tarikh siap tersebut, kontraktor akan dikenakan denda mengikut kadar
yang dinyatakan. Perakuan yang dikeluarkan disebut ‘Perakuan Kerja
Tidak Siap’.
k. Kelambatan Dan Lanjutan Masa (Fasal 43)
Sekiranya kontraktor terlambat untuk menyiapkan kerja, maka lanjutan
masa perlulah dipohon bagi mengelakkan dikenakan denda. Antara sebab-
sebab yang boleh dipertimbangkan bagi lanjutan masa ialah :
i. Oleh kerana ‘force majeure’
ii. Keburukan cuaca yang luar biasa
iii. Arahan-arahan yang diberi oleh Pegawai Penguasa berbangkit dari
pertikaian dengan tuan-tuan tanah
iv. Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar dari Pegawai
Penguasa, arahan, pelan, aras yang diperlukan atau arahan berkenaan
dengan penamaan sub-kontraktor.
v. Kelambatan memberi milik tapak bina
vi. Disebabkan pergaduhan umum atau mogok awam oleh pekerja-pekerja
55
vii. Kelambatan di pihak artisan, tukang-tukang atau orang-orang lain yang
ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi
sebahagian dari kontrak
viii. Sebab-sebab yang tidak dapat dikawal atau diramal oleh kontraktor
terutama tentang bahan-bahan yang diperlukan
ix. Kelambatan oleh sub-kontraktor atau pembekal dinamakan
l. Kecacatan Selepas Siap (Fasal 45)
Selepas tarikh penyiapan kerja yang praktikal, terdapat tempoh liabiliti
kecacatan selama yang dinyatakan (jika tidak dinyatakan, tempohnya ialah
6 bulan). Semua kecacatan, kerosakan dan ketidaksempurnaan yang
disebabkan oleh bahan atau hasil mutu kerja hendaklah dibaiki oleh
kontraktor atau Pegawai Penguasa mengarahkan orang lain membaikinya,
atas kos kontraktor tersebut.
m. Pembayaran Kepada Kontraktor (Fasal 47)
Apabila sesuatu kerja yang dijalankan oleh kontraktor mencapai suatu nilai
yang tertentu, maka bayaran kemajuan (progress payment) akan dibuat
kepada kontraktor.
Bayaran kemajuan ini dibuat berdasarkan peratus anggaran nilai kerja yang
telah dilaksanakan dan 75 % dari nilai bahan-bahan yang berada di tapak
bina.
56
n. Penamatan Kontrak (Fasal 51)
Kerajaan boleh menamatkan kontrak sekiranya kontraktor melakukan
kemungkiran seperti berikut :
i. Menggantung perjalanan seluruh atau mana-mana bahagian kerja
ii. Gagal meneruskan kerja dengan mengikut aturan dan tekunnya
iii. Gagal melaksanakan kerja mengikut kontrak
iv. Mungkir atau cuai mematuhi arahan dan notis Pegawai Penguasa untuk
menukar dan mengganti apa-apa kerja yang cacat
v. Muflis
vi. Syarikat kontraktor dibubarkan
vii. Kontraktor menyerahkan sebahagian atau keseluruhan kerjanya kepada
pihak lain tanpa pengetahuan Pegawai Penguasa
o. Timbangtara (Fasal 54)
Timbangtara adalah cara menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin
timbul hasil pertelingkahan atau perselisihan pendapat di antara kedua-dua
pihak yang terlibat dalam perjanjian kontrak dengan merujuk kepada pihak
yang berkecuali.
57
5.7 Jenis-Jenis Kontrak
5.7.1 Kontrak Lump Sum (Gumpalan)
Boleh dilaksanakan dalam tiga cara :
a. Kontrak Lump Sum yang berdasarkan kepada lukisan dan penentuan.
Penender dibekalkan dengan lukisan dan penetuan yang lengkap.
Rekabentuk sebenar perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum kontrak
ditandatangani.
Senarai kuantiti tidak akan dibekalkan kepada penender dan penender
sendiri akan menyediakan kuantiti dari lukisan-lukisan yang dibekalkan.
Biasanya digunakan untuk kerja-kerja yang kecil dan cepat siap seperti
kerja-kerja sub kontrak.
Masa yang diperlukan untuk menyediakan dokumen tender dapat
dikurangkan kerana proses penyediaan senarai kuantiti telah dimansuhkan.
b. Kontrak Lump Sum yang berdasarkan kepada lukisan dan senarai bahan.
Digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih satu juta.
Dengan menggunakan kaedah pengukuran (ukur kuantiti) yang tepat,
keadilan dapat dirasai oleh kedua-dua pihak yang terlibat berdasarkan
kepada pelan yang telah pun disediakan.
Jenis kontrak seperti ini akan memudahkan pembayaran kemajuan kerja
dan untuk kerja-kerja perubahan serta ubah suai.
58
c. Kontrak Lump Sum yang berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga.
Digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-
dokumen lain dan kebanyakan projek ini mengikut harga kontrak.
Kontrak jenis ini juga digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan
bangunan.
Boleh dikelaskan kepada kontrak ‘fixed price’ dan kontrak ‘firm price’.
Kontrak ‘fixed price’ merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di
dalam kontrak tersebut. Harganya tidak boleh diubah setelah kontrak
tersebut ditandatangani.
Kontrak ‘firm price’ boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak
boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut.
5.7.2 Kontrak Measure And Value (Ukuran Dan Nilai)
a. Digunakan untuk bangunan-bangunan yang besar serta perlu dirahsiakan daripada
pengetahuan umum akan kedudukan sebenar bangunan tersebut.
b. Contohnya seperti bangunan penjara, bangunan-bangunan kewangan atau bank.
c. Masalah utama dalam kontrak ini adalah dari segi menentukan harga perbelanjaan
sebenar terutama pada peringkat permulaan kerja.
d. Faktor yang perlu dititikberatkan ialah faktor keselamatan di mana sebahagian
bangunan yang hendak dibina itu adalah rahsia.
e. Pembinaan dilakukan dengan cepat di mana tiada penyediaan lukisan-lukisan yang
setara dan senarai bahan untuk tujuan pelaksanaan.
f. Tawaran projek adalah sementara.
g. Bayaran hanya dibuat setelah kerja-kerja mula dijalankan berpandukan kepada
pengukuran dan kerja-kerja yang telah siap seperti :
59
Lukisan, penentuan kerja dan jadual kadar harga – pembayaran mestilah
dibuat mengikut jadual-jadual yang telah pun dipersetujui terlebih dahulu.
Lukisan, analisa kos dan penentuan kerja – pembayaran bagi projek yang
berkenaan adalah berdasarkan kepada projek-projek lain yang mempunyai
bentuk dan fungsi yang sama.
h. Kadang-kadang berlaku juga pengubahsuaian kontrak.
5.7.3 Kontrak Cost Reimbursment (Kos pembayaran ganti)
a. Lebih dikenali dengan kontrak ‘cost plus’.
b. Boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu wang kos prima + yuran tetap, wang
kos prima + peratus yuran dan wang kos prima + yuran sasaran.
c. Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan.
d. Wang kos prima merupakan kos-kos yang melibatkan perkara-perkara seperti kos
bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga alat-alat sampingan di
dalam pembinaan.
e. Kos pengurusan dan keuntungan selalunya telah dipersetujui terlebih dahulu dalam
bentuk sejumlah peratus tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos
peralatan.
f. Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek yang rumit, sulit dan perlu
disiapkan cepat. Oleh yang demikian, pakar perunding dan kontraktor yang mahir
dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa
yang telah ditetapkan tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang
paling minimum.
g. Yuran sasaran adalah yuran tambahan yang telah dipersetujui oleh pihak
kontraktor dengan Juruukur Bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak
ditandatangani.
h. Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya
kontraktor tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang
ditetapkan dengan memuaskan.
60
i. Sebelum kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, ada
beberapa perkara penting perlu diberi perhatian seperti :
Angka atau jumlah harga bayaran
Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih
tinggi daripada harga anggaran
Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak majikan dan
kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran
5.7.3 Kontrak Turnkey
a. Pihak majikan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab penyiapan projek kepada
pihak kontraktor.
b. Biasanya projek raksasa seperti hospital, jambatan, empangan dan lebuh raya
diserahkan kepada suatu organisasi atau para perunding luar negeri untuk
mengurus, merekabentuk serta mengendalikan projek tersebut sehingga siap
mengikut masa, harga dan arahan serta kemahuan pihak kerajaan sebagai majikan.
5.8 Komen Dan Cadangan
Saya mencadangkan agar setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan
berpeluang menyediakan dokumen kontrak yang merupakan simbolik perjanjian di antara
kedua-dua belah pihak iaitu pihak majikan dan pihak kontraktor. Pelajar juga hendaklah
mengetahui isi kandungan kontrak supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan di
dalam bidang ini.
61
5.9 Kesimpulan
Di dalam bab ini, saya mendapati bahawa kontrak merupakan satu dokumen
penting yang mengikat kedua-dua belah pihak iaitu pihak majikan atau pemaju dengan
pihak kontraktor. Dokumen kontrak mengandungi perjanjian-perjanjian yang telah
dimeterai dan terdapat peraturan-peraturan serta syarat-syarat kontrak di dalamnya.
Semua pihak yang terlibat di dalam kontrak akan mengikuti segala arahan yang diberikan
supaya projek pembinaan berjalan dengan lancar tanpa berlakunya salah faham antara
mana-mana pihak. Kontrak disediakan oleh Juruukur Bahan dan akan diberikan kepada
pihak-pihak yang terlibat dalam kontak.
62
BAB 6 : ASAS CERUCUK
6.1 Pengenalan Asas Binaan
Tujuan utama asas binaan ialah untuk memindahkan beban struktur ke bumi.
Semua struktur di bumi adalah ditupang oleh tanah. Ini termasuklah bangunan, tembok,
jalan jambatan, empangan dan sebagainya.
Secara ringkasnya, asas binaan merupakan sebahagian daripada struktur di bawah
permukaan tanah yang digunakan untuk menerima keseluruhan beban binaan di atasnya.
Dalam istilah binaan, ianya disebut substruktur (substructure) atau struktur bawah.
Struktur di atas permukaan tanah pula disebut ‘superstructure’atau struktur atas.
Oleh kerana kekuatan tanah berbeza-beza bergantung kepada isi kandungan tanah
atau komposisi dan lokasi tapak, maka secara umumnya, asas binaan boleh dibahagikan
kepada dua kategori :
63
a. Asas Cetek (Shallow Foundation)
Di antara jenis-jenis asas cetek ialah seperti asas alas tapak, asas tumpu
(pad footing), asas jalur (strip footing), asas hampar, asas rakit (raft
footing) dan sebagainya.
b. Asas Dalam (Deep Foundation)
Juga disebut sebagai asas panjang yang memerlukan kekuatan tambah
kepada tanah untuk menupang beban struktur atas yang ditanggungnya.
Kekuatan tambah ini biasanya diperkuatkan oleh cerucuk.
6.2 Cerucuk
Cerucuk adalah elemen struktur bawah binaan yang berbentuk tiang-tiang panjang
yang berfungsi dalam mengagihkan beban superstruktur melalui strata atau lapisan tanah
yang kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang lebih kuat dan mampat.
6.3 Jenis Cerucuk
Cerucuk yang sesuai digunakan pada binaan bergantung kepada beberapa dasar
seperti berikut :
64
6.3.1 Cara Beban Dipindahkan
a. Cerucuk Tanggung-Hujung (End-Bearing Pile)
Cerucuk ini merupakan tiang-tiang panjang ditanam ke paras lapisan tanah
yang keras, menanggung beban dengan menahannya di hujung cerucuk
melalui lapaisan atau strata tanah keras ataupun batu batan.
a. Cerucuk Geseran (Frictional Pile)
Cerucuk jenis ini menanggung beban melalui kekuatan daya geseran yang
diperolehi daripada geseran kulit keseluruhan permukaan cerucuk yang
bersentuhan dengan lapisan-lapisan tanah.
Oleh kerana banyak faktor yang disebut di atas seperti kekuatan sedia ada tanah
adalah perkara relatif dan berhubungkait dengan keadaan setempat, maka kebanyakan
cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung-hujung dan geseran kulit, tetapi dalam
keadaan yang berbeza-beza.
6.3.2 Kesan Yang Dibawa Oleh Cerucuk Kepada Tanah
a. Cerucuk Tanpa Anjakan (Non-Displacement Pile)
Cerucuk ini juga dikenali sebagai ‘replacement pile’ yang ditanam dengan
pengorekan seperti ‘bored pile’ dan ‘micro pile’, yang mana proses
penanamannya ialah dengan mengorek keluar tanah cerucuk dan
menggantikan dengan konkrit tetulang tanpa mengakibatkan kesan anjakan
pada cerucuk dan persekitaran.
65
b. Cerucuk Anjakan Kecil (Small Displacement Pile)
Cerucuk ini dilakukan dengan hentakan permukaan cerucuk yang kecil ke
dalam tanah seperti ‘H-Pile,sheet-pile, piped-pile dan spun-pile’.
c. Cerucuk Anjakan Besar (Large Displacement Pile)
Cerucuk ini biasanya dilakukan dengan hentakan di permukaan yang besar
ke dalam tanah seperti ‘R.C pile, Timber-pile dan bakau pile’.
6.3.3 Bahan-Bahan Cerucuk
a. Kayu Bakau
Ukuran bulat garis pusat di antara 3” (75 mm) hingga 5” (125 mm) dengan
beban dibenarkan di antara ½ tan hingga 1 tan dan sesuai untuk tanah basah
dan sentiasa berada di bawah paras air bawah tanah.
b. Kayu Berawet (Tanalised Timber Pile)
Kayu dari jenis kempas dan keruing adalah bahan kayu yang biasa
digunakan. Ukuran biasa 5” x 5” (125 mm x 125 mm) atau 6” x 6” (150
mm x 150 mm) dengan beban dibenarkan di antara 8 hingga 15 tan sesuai
untuk tanah biasa dan berpasir.
c. Konkrit Bertetulang Pratuang (Precast Reinforced Concrete Pile)
Konkrit pra-tuang dengan nisbah bancuhan bahan yang tinggi dan
campuran ‘admixtures’ biasanya berukuran 6” x 6”, 12” x 12”, 14” x 14”
atau 15” x 15”, dengan beban dibenarkan di antara 42 hingga 65 tan sesuai
untuk tanah sederhana-biasa dan berpasir.
66
d. Konkrit Pra-Tegas (Prestressed Concrete Pile)
Konkrit pra-tegas dengan nisbah bancuhan bahan yang tinggi dan campuran
penambah atau ‘admixtures’ biasanya berukuran 10” x 10”, 12” x 12”, 14”
x 14” atau 16” x 16”, dengan beban dibenarkan di antara 45 hingga 110 tan
sesuai untuk tanah sederhana-biasa dan berpasir.
e. Keluli H (Steel H-Pile)
Cerucuk dari bahan keluli berbentuk H, berukuran biasa 8” x 8”, 10” x 10”
atau 12” x 12” dengan beban dibenarkan di antara 50 hingga 150 tan sesuai
untuk tanah biasa berbukit, keras dan mampat.
f. Konkrit Tuang Setempat (Cast Insitu Bored-Pile)
Cerucuk konkrit tuang setempat bertetulang, berukuran bulat garis pusat di
antara 18” hingga 60” dengan beban dibenarkan di antara 60 hingga 1000
tan sesuai untuk tanah biasa berbukit, keras lagi mampat.
Terdapat juga cerucuk bejenama di pasaran yang diusahakan oleh kontraktor atau
pembekal cerucuk dalam industri binaan dewasa ini. Semua itu boleh didapati dari senarai
pembekal cerucuk di ‘Yellow Pages’ atau ‘Builders Dairy’.
6.4 Kerja Cerucuk Di Tapak Bina
Penanaman cerucuk adalah merupakan satu bidang kerja dijalankan pada
permulaan sesuatu projek pembinaan dan selalunya dikendalikan oleh ‘Nominated Sub
Contractor’ atau Sub Kontraktor Dinamakan. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap,
asas akan ditimbus dan kerja-kerja pembaikan sukar dilakukan sekiranya terdapat
67
kesilapan. Keadaan akan lebih menyulitkan sekiranya kesilapan dan kerosakan
disebabkan kerja-kerja cerucuk, disedari pada struktur asas setelah bangunan didirikan.
a. Walaupun daripada laporan kajian dan penyelidikan tapak telah mencadangkan
pemilihan sesuatu jenis cerucuk untuk suatu projek binaan, ianya mestilah diterima
dengan hemat dan cermat, kerana tidak semua ketentuan itu adalah muktamad.
b. Oleh itu, kerja-kerja struktur bawah tanah seperti cerucuk dikategorikan sebagai
kerja ‘ Provisional Sum’ di mana sejumlah wang diperuntukkan sementara untuk
kerja-kerja tersebut. Pelarasan bayaran akan dibuat apabila kerja-kerja sebenar
selesai dengan melakukan pengiraan dan pengukuran semula. Walaupun begitu,
kerja-kerja sebenar mestilah diselia, diawasi dan diperakukan oleh semua pihak
yang terlibat seperti Perunding, Pengurus Projek, Sub-Kontraktor dan Kontraktor
Utama.
c. Berdasarkan kepada keadaan dan situasi yang dinyatakan di atas, rekod-rekod dan
laporan penyeliaan di tapak bina sebelum, sewaktu dan selepas penanaman cerucuk
perlu disahkan, diperakui dan diperkemaskan oleh semua pihak terlibat dan semua
rekod tersebut disimpan sebagai bukti sekiranya terdapat perbalahan dan
penyiasatan di masa akan datang.
d. Penanaman cerucuk konkrit-tetulang, keluli dan kayu akan disentuh lebih
terperinci sedikit memandangkan teknik penanamannya ada kaitan dan persamaan.
68
6.5 Cerucuk Konkrit Bertetulang Pratuang (Precast Reinforced Concrete Pile)
Cerucuk semestinya mengikut sepertimana acuannya. Jika diacu di tapak bina,
semua piawaian tatacara dan kawalan mutu penghasilan konkrit mestilah dipatuhi.
Pengacuan konkrit tetulang di lain tempat mestilah mendapat keizinan daripada
‘Superintending Officer (SO) atau Pegawai Penguasa (PP).
6.5.1 Cerucuk Acu-Siap Atau Pratuang (Precast Reinforced Concrete)
Jika pihak kontraktor bercadang untuk menggunakan cerucuk yang sudah siap
diacu sepertimana yang dibekalkan oleh syarikat pembekal seperti HUME, West Pile atau
lain-lain pembekal, pihak kontraktor hendaklah memastikan contoh bahan cerucuk
tersebut diterima dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Selain dari itu, pihak kontraktor
juga hendaklah memastikan tapak binaan mempunyai kawasan yang cukup untuk
menempatkan bahan cerucuk termasuk kenderaan masuk dan keluar serta menyediakan
peralatan mengangkut dan memunggah.
a. Sijil mutu dan kelulusan piawaian daripada pihak berwajib hendaklah diperolehi
oleh pihak pembekal dengan menunjukkan mutu dan kawalan bahan. Dokumen
tersebut hendaklah dimajukan kepada pihak Pegawai Penguasa untuk kelulusan
dan jika perlu lawatan bersama ke kilang pembekal berkenaan hendaklah
dilakukan.
69
6.5.2 Kawalan Mutu Konkrit
Simen dan tetulang keluli utama mestilah terdiri dari jenis ‘high tensile’ dan ‘mild
steel’ sebagai pengikat dan penguat sepertimana yang lukisan rekabentuknya. Bahan
simennya pula mestilah sekurang-kurangnya ‘Ordinary Portland Cement (OPC)’. Acuan
mestilah digunakan untuk satu proses sahaja. Semua ujian kawalan mutu seperti ‘Ujian
Slump, Compacting Factor dan Cube Test’ mestilah dilakukan seperti kawalan mutu untuk
konkrit yang lain.
a. Acuan hanya boleh dibuka selepas minima 3 hari dan ‘curing’ atau pematangan
mestilah diteruskan selama 10 hari dan hanya selepas 14 hari, baru boleh cerucuk
diangkat dengan menggunakan ‘lifting holes’ atau ‘toggles’ dan disusun sebaik
mungkin untuk mengumpul kekuatan.
b. Cerucuk jenis ini hanya boleh digunakan selepas satu bulan daripada tarikh acuan
dibuka. Setiap cerucuk hendaklah ditanda pada setiap jarak 300 mm panjang,
sebelum dilantak. Bentuk dan ukuran geometrinya hendaklah baik, lurus dan tepat
dari segala sudut dengan sudut potongan tepat 90°.
6.5.3 Simen Cepat Keras Dan Penambah Konkrit (Rapid Hardening Cement
(RHC) & Admixtures)
RHC hanya boleh digunakan setelah mendapat kebenaran daripada Pegawai
Penguasa atas sebab-sebab yang munasabah dan boleh diterima seperti kelewatan masa
atau menambah baik mutu konkrit. Walaupun begitu, Kontraktor Binaan diminta
memajukan kepada Pegawai Penguasa , spesifikasi dan katalog bahan penambah konkrit
termasuk pembekal dengan jaminan mutu dan tiada kesan sampingan kepada konkrit.
70
Jenis-jenis ‘additives’ tersebut termasuklah ‘plasticisers, set accelerators, water-reducers’
dan lain-lain lagi.
Penyambungan Cerucuk
Kerja-kerja penyambungan cerucuk konkrit jenis ini dilakukan dengan kaedah-
kaedah berikut :
a. Sambungan Sambat Dan Kimpalan Tumpu (Bar Splicing & Butt-Welding)
Diukur daripada kepala cerucuk, sepanjang jarak yang sama, 30 kali garis
pusat (diameter) besi tetulang utama dengan sekelilingnya dipecahkan dan
semua besi pengikat atau ‘links’ dikeluarkan. Besi tetulang penyambungan
yang baru kemudiannya diikat sambung bertindih kepada yang lama
dengan ‘splicing’ dan jajaran 60 kali garis pusat (diameter) besi tetulang
utama, ‘links’ yang baru diikat dengan jarak separuh dari jarak ‘links’ yang
asal. Sekiranya penyambung dilakukan dengan cara ‘butt welding’, jarak
panjang konkrit yang perlu dipecahkan boleh dihadkan kepada 300 mm
atau 12” sahaja.
i. Kotak acuan yang baru dipasang dan dikonkritkan dengan nisbah bancuhan
yang sama sepertimana konkrit yang asal. Proses yang serupa juga
dilakukan untuk ‘pile cap’ atau tetopi cerucuk pada asas tapak.
b. ‘Dowel Bar Joint & Plate Welding’
Dalam kaedah ini, penghujung atau sepatu cerucuk konkrit kedua
(extension pile) disediakan dengan ‘dowel bar’ yang boleh dimasukkan ke
dalam lubang paip dan kepingan besi (plate) yang disediakan pada kepala
cerucuk permulaan (initial pile).
71
i. Kepingan besi dari kedua-dua batang cerucuk tersebut dicantumkan dengan
kimpalan kambi atau ‘fillet welding’ di sekelilingnya. Sesetengah cerucuk
sekarang telah menggunakan beberapa teknik baru dalam kaedah
penyambungan seperti menggunakan ‘clip’ untuk mencantumkan kedua-
dua cerucuk.
6.5.4 Kepala Cerucuk
Kepala cerucuk yang rosak hendaklah dipotong tepat di bahagian konkrit yang
kukuh dan dibersihkan dengan berus dawai dan air. Kepala cerucuk yang baru hendaklah
dituangkan konkrit sejajar dengan yang cerucuk yang asal. Langkah-langkah hendaklah
diambil bagi mengelakkan sebarang keretakan yang boleh merosakkan cerucuk. Cerucuk
yang cacat dan rosak hendaklah dibaiki seperti asal atau kemungkinan dicabut dengan kos
yang ditanggung oleh kontraktor sendiri dan hendaklah dirujuk terlebih dahulu kepada
Pegawai Penguasa.
a. Untuk memudahkan penanaman cerucuk dan mengelakkan kepala cerucuk
daripada pecah semasa penanaman, penghujung atau sepatu cerucuk hendaklah
diperkuatkan dengan besi tuangan melalui proses penyejukan segera mematuhi
Piawaian British BS 1452 atau keluli sederhana mematuhi BS 4360 Gred 50B atau
keluli tuangan mengikut BS 3100 Gred A seperti berikut :
Flat-ended Shoe - untuk tanah yang lembut
Cast-iron Shoe - untuk tanah yang sederhana dan keras
Rock-Shoe - untuk tanah yang keras dan berbatu
72
6.5.5 Ukuran Set
Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkodkan bagi setiap 300 mm
ketelusan cerucuk bumi. Rekod boleh dilakukan sama ada mengikut kadar ketelusan
dalam unit mm bagi setiap 10 kali lantakan atau hentakan untuk menghasilkan ketelusan
setakat 25 mm. Apabila ukuran set terakhir dijalankan, perhatian dan peraturan berikut
hendaklah dipatuhi :
a. Bahagian cerucuk yang terdedah hendaklah berkeadaan baik, tidak cacat atau
berubah geometrinya.
b. Penukul dan pelapik kepala (dolly) cerucuk dalam keadaan baik.
c. Hentakan penukul hendaklah sejajar dengan paksi cerucuk dan permukaan
hentakan hendaklah rata, paras, bersudut tepat dengan cerucuk dan paksi penukul.
6.6 Ceruck Keluli-H
Mengikut piawaian, semua cerucuk galas keluli mestilah mematuhi Piawaian
British BS 4 dari segi dimensinya dan BS 4360 untuk mutu bahannya. Walau
bagaimanapun, seperti spesifikasi, semua kerja keluli mesti mengikut piawaian kawalan
mutu dan sijil sah pengeluaran hendaklah dimajukan bersama katalog kepada Pegawai
Penguasa untuk kelulusan. Sekiranya perlu, lawatan ke kilang pembekal hendaklah
dilakukan untuk pengesahan pihak piawaian dan makmal.
73
a. Kawalan Mutu
Keadaan cerucuk mestilah baik, lurus, tidak berkarat dan mengikut hendak
kawalan mutu piawaian keluli. Setiap cerucuk hendaklah ditanda pada
setiap jarak 300 mm sepanjangnya sebelum dilantak. Semua pengendalian
dan operasi menegak dan melantak cerucuk adalah sama seperti ‘precast
reinforced concrete’.
b. Sambungan Cerucuk
Penyambungan cerucuk jenis ini ialah dengan mengimpal kambi kepingan
besi disekelilingnya di semua keempat-empat permukaan cerucuk. Semua
kimpalan hendaklah berterusan. Sebelum kerja-kerja kimpalan dilakukan.
c. Kepala Cerucuk
Apabila penanaman dibuat di dalam tanah yang keras, hujung sepatu
cerucuk boleh diperkuatkan dengan mengimpal kepingan-kepingan besi
dari gred besi yang sama di keempat-empat permukaan cerucuk dan
bucunya dipotong sedikit.
i. Oslo Point – Apabila penanaman dibuat di tapak yang keras seperti batu
kapur, elakkan lantakan yang terlalu kuat atau ‘overdriving’. ‘Oslo point’
adalah petunjuk pada kerja cerucuk dengan mengimpalkan 12 mm tebal
‘steel plate’ disekeliling penghujung sepatu cerucuk dan 75 mm garis pusat
‘hardened steel’ atau besi keras. ‘Oslo point’ memberi sifat petunjuk
‘stand-off’’ kepada cerucuk di mana lapisan batu kapur dapat dirasakan
atau dikesan sebelum cerucuk sampai kepadanya.
74
6.7 Cerucuk Kayu Dan Bakau
Semua cerucuk kayu dan bakau mestilah bebas dari jangkitan kulat, reput,
serangan serangga dan bebas daripada segala jenis penyakit. Dibekalkan dalam keadaan
lurus dan tepat geometrinya. Kayu hendaklah mengikut Kod Amalan CP112 atau
Peraturan Mengred Kayu Keras Bergergaji 1968. Bagi kayu bakau, semua cabang-cabang
kayu hendaklah dibuang tanpa merosakkan kulit kayu tersebut.
a. Sijil Bekalan
Kontraktor mestilah memberi salinan sijil asal pengesahan pembekalan
kepada Pegawai Penguasa. Dimana, mungkin cerucuk bakau hendaklah
dibekalkan dalam satu ukuran 6 m panjang dengan purata garis pusat 100
mm, dimana-mana bahagian bakau tersebut. Sijil bekalan cerucuk kayu
pula hendaklah menyatakan jenis gred kayu yang digunakan dan proses
pengawetan yang dilakukan.
b. Simpanan Di Tapak Bina
Cerucuk bakau mestilah disimpan dalam keadaan sentiasa basah
dan lembab sebelum digunakan.
c. Penyediaan Cerucuk
Kepala cerucuk hendaklah dipotong rata, bersudut tepat pada paksi dan
tepinya untuk mengurangkan rekahan sewaktu melantak. Cerucuk bakau
hendaklah ditanam dengan menggunakan pemukul seberat 250 kg.
Sekiranya perlu, hanya satu penyambungan dibenarkan dengan
menggunakan satu simpai besi paip bulat bergalvani.
75
6.8 Cerucuk Kayu Berawet (Tanalised Treated Timber Piles)
Kebiasaannya, hanya kayu dari jenis kempas dan keruing sahaja dibenarkan.
Cerucuk tersebut mestilah dibekalkan oleh pembekal-pembekal yang berdaftar dan
diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Pengeluar juga mestilah memberi jaminan atau
‘warranty’ selama 10 tahun yang cerucuk tersebut adalah bebas dari serangan serangga
dan fungus.
a. Toleransi Geometri
Dimensi cerucuk mestilah tidak terkeluar dari -2 mm +6 mm daripada
dimensi kerat lintang dan geometri asalnya. Cerucuk hendaklah dibekalkan
dalam satu ukuran 6 m panjang minima. Setiap cerucuk hendaklah ditanda
pada setiap jarak 300 mm panjangnya sebelum dilantak.
b. Rawatan Dan Pengawetan
Rawatan hendaklah secara sel penuh sepertimana kehendak Piawaian
Malaysia MS 388. Bahan pengawetan hendaklah meresap sedalam 25 mm.
Keupayaan simpanan bersih garam kering atau ‘dry salt’ di dalam bahagian
kayu yang diawet hendaklah 16kg/m3 minima. Cerucuk yang diawet
hendaklah ditanda kekal dengan pengenalan yang menunjukkan telah
mematuhi spesifikasi, tanda niaga pembekal, nombor caj, tarikh
pengawetan dan panjang cerucuk. Rekod-rekod jadual rawatan yang
sebenar hendaklah disimpan oleh kontraktor dan dimajukan kepada
Pegawai Penguasa apabila diperlukan.
76
c. Penghantaran Dan Simpanan Di Tapak Bina
Cerucuk kayu yang dihantar ke tapak bina setelah diterima hendaklah
disusun bertingkat-tingkat supaya mempunyai kelegaan daripada
kelembapan air di permukaan tanah dan memberikan ruang pengudaraan di
sekelilingnya. Setiap cerucuk mestilah dikawal supaya sentiasa lurus,
direnggang dengan menggunakan ketulan kayu penahan atau sebagainya
yang bersesuaian.
d. Kepala Cerucuk
Kepala cerucuk hendaklah dilindungi semasa melantak dengan memasang
topi logam bergigi untuk megelakkan daripada mengembang dan pecah
(brooming) semasa penanaman. Jika ‘brooming’ berlaku dengan
banyaknya, bahagian yang rosak itu hendaklah dipotong. Sekiranya
rekahan terjadi semasa lantakan, cerucuk tersebut hendaklah dicabut dan
diganti atas perbelanjaan kontraktor sendiri.
i. Setelah cerucuk mencapai set atau had kedalaman yang diperlukan, kepala
cerucuk hendaklah dipotong rata, tepat paras dan disapu dengan bahan
pengawet dan lapisan kalis air. Kepala cerucuk hendaklah diliputi dengan
tetopi cerucuk (pile cap) daripada konkrit sedalam tidak kurang 150 mm
tebal sekeliling.
e. Sambungan Cerucuk
Penyambungan cerucuk hendaklah menggunakan kotak kimpal keluli
sederhana 450 mm panjang dibentuk dari keluli logam lembut 5 mm tebal.
‘5 mm thick’ m.s welded boxes 450 mm long’. Dimensi dalaman kotak
tersebut hendaklah 3 mm kurang dari dimensi keratan lintang cerucuk.
Penyambungan dan hujung cerucuk hendaklah ketat, kuat dan kukuh. Tiga
atau empat penyambungan sahaja dibenarkan pada satu-satu paksi cerucuk.
77
6.9 Kawalan Mutu Peralatan
Peralatan untuk kerja-kerja penanaman cerucuk adalah penting dari mesin cerucuk
(piling frame), penukul (hammer) dan kren. Jenis-jenis yang akan digunakan mestilah
persetujui oleh Pegawai Penguasa setelah kaedah operasinya.
6.10 Tukul Jatuh Bebas (Drop Hammer)
‘Drop Hammer’ sesuai untuk projek-projek kecil cerucuk kayu dan untuk kerja-
kerja penanaman di kawasan tanah yang bermasalah seperti batu kapur dan juga kawasan
yang ada bangunan-bangunan lain berhampiran dengannya. Ianya adalah cara yang
lambat tetapi tepat memandangkan ketinggian penukul boleh dikawal untuk setiap
lantakan. Perkara-perkara yang perlu diberi penekanan untuk pemeriksaan tukul ini ialah :
a. Berat penukul yang sesuai untuk cerucuk.
b. Ketinggian penukul diangkat adalah seragam atau ‘consistant’.
c. Penukul mestilah tepat dan tidak terkena di bahagian tepi cerucuk sahaja.
6.11 Tukul Diesel
Tukul diesel, samada ‘single acting’ atau ‘double acting’ adalah sesuai untuk
penanaman cerucuk konkrit dan keluli oleh kerana tukulnya yang berat. Walau
bagaimanapun, masalah mungkin timbul di tapak binaan dalam mengawal ketinggian
penukulnya, oleh kerana pada permulaannya, ia tidak seragam. Perkara-perkara berikut
perlu diambil kira dan diberi penekanan dan diperiksa :
78
a. Jenis, buatan dan bilangan ‘serial’ tukul contohnya ‘Kobelko K25’
b. Berat penukul dan ramnya
c. Jarak-jarak ketinggian tukul
d. ‘Set-value Curve’ yang dibekalkan adalah berkaitan.
6.12 Tetopi Penukul (Driving Cap)
Kepala cerucuk mestilah dilindungi semasa penanaman dengan tetopi pemukul
(driving cap) untuk menyerap sebahagian dari pukulan ke atasnya. Permukaan atau ruang
antara tetopi dan kepala cerucuk perlu disendal dengan bahan yang serap-hentakan seperti
‘plywood, asbestos fibre’. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam
pemeriksaan :
a. Rekabentuk dan pemasangan mestilah boleh memuati bahagian atas kepala
cerucuk. Ia mestilah tidak terlalu longgar atau terlalu berat.
b. Bahagian serap-hentak yang digunakan mestilah diganti sebaik sahaja ianya sudah
rosak atau sudah tidak berkesan lagi.
6.13 Menegak Dan Melantak (Pitching And Driving)
Cerucuk hendaklah ditegakkan dengan tepat mengikut paksi kedudukan seperti
yang ditunjukkan dalam pelan lukisan. Ketegakan cerucuk semasa penanaman mestilah
diperiksa dari dua arah dengan menggunakan ‘plum bob’ atau ‘spirit level’(timbang aras),
supaya segala sendengan yang condong, boleh dikesan dari awal, dilurus dan
diperbetulkan. Setiap cerucuk hendaklah dilantak mengikut paksinya terus menerus
sehingga mencapai set atau had paras ketelusan yang ditentukan.
79
6.14 Pelapik Kepala Cerucuk (Dolly)
‘Dolly’ digunakan apabila cerucuk yang ditanam sudah terlalu hampir dengan
permukaan tanah sehingga tukul tidak boleh sampai kepadanya. Ia merupakan satu
cerucuk tambahan seperti ‘driving cap’ tetapi lebih besar dan panjang.
6.15 Kawalan Penanaman Cerucuk
Cerucuk yang terkeluar dari jajaran atau kedudukan paksi melebihi ½ daripada
ukuran cerucuk hendaklah dicabut dan diganti semula dengan perbelanjaan kontraktor
sendiri. Penyimpangan maksimum yang dibenarkan daripada garisan pugak untuk
cerucuk yang siap ialah dalam nisbah 1: 75. Oleh itu, setiap kedudukan cerucuk
hendaklah ditandakan dengan pancangan tanda yang boleh dikesan.
a. Carta Program Kerja Cerucuk
Kontraktor dikehendaki menyediakan satu rangka program kerja-kerja
penanaman cerucuk dan memajukannya kepada Pegawai Penguasa untuk
kelulusan dalam masa 7 hari sebelum kerja dimulakan. Kontraktor
hendaklah sentiasa berhubung dan melaporkan setiap perkembangan kerja
yang telah, sedang dan yang akan dijalankan termasuk penyeliaan dan
tindakan pihak-pihak yang terlibat terutama sekiranya skop kerja yang
besar dan terdapat berbagai jenis cerucuk.
b. Garisan Tanda
Setiap cerucuk yang ditanam hendaklah ditanda pada jarak setiap 300 mm
atau setiap kaki panjang dari hujung supaya pihak Pegawai Penguasa boleh
dikira penembusan atau ketelusan tanaman secara ‘visual’ jauh.
80
c. Pemancangan Tanda (Setting Out)
Pemancangan tanda hendaklah mengikut sistem grid sepertimana dimensi
dalam pelan lukisan dan dilakukan supaya status dan paksi setiap cerucuk
boleh dikesan dan ditentukan perkembangannya.
d. Perubahan Kedudukan (Deviation)
Toleransi maksima yang dibenarkan dari perubahan kedudukan asal ialah
75 mm (3”) dari mana-mana arah di paras pemotongan atau ‘cut-off level’.
Sekiranya paras ‘cut-off’ di paras bawah tanah, kelonggaran tersebut
bergantung pada sendengnya dan boleh dibenarkan dan atas pertimbangan
Pegawai Penguasa. Kedudukan cerucuk yang berubah pada awal-awal lagi
hendaklah diperbetulkan dan jika perlu, cerucuk hendaklah dicabut dan
ditanam semula atas perbelanjaan kontraktor sendiri. Penyimpangan
maksima yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari ketentuan
kecondongan (specified rake) hendaklah mengikut nisbah 1: 25.
6.16 Rekod Penanaman
Semua butir penanaman hendaklah direkodkan dalam penyata buku log
sepertimana Jadual 6.16.1 dan dimaklumkan kepada Pegawai Penguasa, pihak perunding
dan semua pihak yang terlibat.
a. Rekod tersebut hendaklah disahkan dan diperakui untuk pelarasan pengiraan
bayaran dan akan digunakan sebagai bukti sekiranya ada perbalahan di masa akan
datang. Rekod penanaman ini hendaklah disimpan dengan baik untuk sekian lama.
81
a. Butiran kontrak (Contract particulars).
b. Jenis cerucuk (Pile type). Contoh : **
c. Bilangan rujukan cerucuk atau lokasi cerucuk (Pile Ref. No).
d. Dimensi muka keratan nominal atau diameter.
e. Kepanjangan ketelusan cerucuk (Length of Performed pile).
f. Tarikh dan masa mula, siap dan melantak semula cerucuk.
g. Aras tanah di permulaan penanaman cerucuk.
h. Aras pemotongan (Cut-off level).
j. Jenis, berat, jarak jatuh dan keadaan mekanikal penukul dan maklumat untuk
peralatan lain.
k. Bilangan dan jenis pengalas yang digunakan dan keadaan pelapik (dolly)
digunakan semasa melantak cerucuk.
l. * Log melantak cerucuk (Pile driving log).
m. * Set cerucuk dalam mm setiap lantakan atau bilangan lantakan setiap 25 mm
ketelusan (penetration).
n. * Jika perlu, set diambil pada tempoh-tempoh semasa lantakan.
p. * Jika perlu, mampatan sementara pada tanah dan cerucuk daripada masa
pertambahan rintangan yang nyata sehingga cerucuk mencapai aras muktamad.
q. * Semua maklumat berkenaan halangan, kelewatan dan gangguan pada
perjalanan kerja.
** Contoh : Konkrit tetulang pratuang, kayu berawet, bakau;
Tegak atau condong; mampan atau tegangan;
Cerucuk tanggung hujung atau geseran atau kedua-duanya.
* Tidak dipakai untuk cerucuk bakau.
Jadual 6.16.1 : Butiran Rekod Untuk Cerucuk
(Spesifikasi Piawaian Untuk Kerja-Kerja Bangunan)
82
6.17 Kepugakan Cerucuk (Pile Verticality)
Penyimpangan maksima yang boleh dibenarkan dari garis pugak ialah 1 : 75 dan
cerucuk yang sendeng berlebihan tidak harus ditegakkan dengan paksaan dan perlu
ditambah cerucuk gentian dengan perbelanjaan ditanggung oleh kontraktor sendiri.
a. Penembusan Tanaman Yang Tidak Dalam
Jika penanaman gagal melebihi paras ‘cut-off’, itu berkemungkinan tanah
di situ adalah cukup kuat untuk menampung asas tumpu biasa. Penanaman
boleh dihentikan dan dirujuk kepada Pegawai Penguasa atau perunding dan
makmal kajibumi. Sekiranya pihak Pegawai Penguasa berpuas hati dengan
kemampuan asas tumpu, maka rujukan akan dimajukan kepada pihak
perunding untuk direkabentuk semula.
6.18 Kegagalan Cerucuk (Redesign Pile Cap)
Jika satu cerucuk dalam sekumpulan asas gagal sama ada dari sudut sendeng
ataupun berubah kedudukan, tetopi cerucuk (pile cap) harus direkabentuk semula untuk
menampung cerucuk yang bertambah, atas tanggungan kontraktor sendiri. Jika cerucuk
itu bersendirian, cerucuk tambahan boleh ditanam bersebelahan dengannya mengikut
arahan Pegawai Penguasa.
83
6.19 Paras Cerucuk
Sebaik sahaja cerucuk habis ditanam dalam satu hari, paras cerucuk harus diambil.
Ini adalah untuk mengambil-kira kemungkinan penolakan tanah ke atas cerucuk (heaving).
Sekiranya itu berlaku, penanaman semula perlu dilakukan sehingga set.
6.20 Pengujian Cerucuk
6.20.1 Tujuan Pengujian Cerucuk
a. Untuk menentukan keupayaan tanggungan beban yang maksima
b. Untuk memastikan cerucuk yang ditanam boleh diterima dari segi struktur
c. Untuk menentukan kaitan antara pemendapan (settlement) cerucuk dengan beban
(load) yang akan dibawa-tanggung.
d. Dalam projek Jabatan Kerja Raya (JKR), ujian beban yang selalunya dilakukan
untuk cerucuk konkrit dan keluli-H ialah ‘maintained load test’ (ujian beban
dipertahankan).
6.21 Pengukuran Kuantiti Dan Anggaran Kerja Cerucuk
Semua kerja kontrak tertakluk kepada peruntukan khas, syarat-syarat kontrak,
spesifikasi dan jadual kadar harga sepertimana senarai kuantiti (BQ) hendaklah dipatuhi.
Kadar harga yang diletakkan dalam senarai kuantiti merupakan kos yang meliputi
keseluruhan butiran kerja termasuk tanggungjawab dan kewajiban yang dinyatakan di
dalam dokumen tender, yang merupakan asas kepada kontrak. Kos bagi kadar harga
tersebut terdiri daripada beberapa butiran seperti berikut :
84
a. Tenaga kerja buruh yang berkaitan.
b. Pembekalan bahan cerucuk ke tapak bina termasuk pengangkutan.
c. Penggunaan mesin peralatan dan jentera dalam membina, memasang atau
meletakkan bahan di tempatnya.
d. Semua kerja-kerja sementara kecuali jika diukur berasingan dalam BQ.
e. Semua tanggungjawab dan risiko dalam melaksanakan kerja.
Harga untuk mengendali, mengangkut, menegak dan malantak cerucuk di tapak
bina termasuklah :
a. Mengangkut dan menggerakkan kerangka cerucuk (piling frame) ke tapak bina.
b. Menggali, menimbun dan memadatkan tanah sekiranya perlu, semasa
menggerakkan atau meletakkan kerangka cerucuk dan selepas penanaman cerucuk.
c. Mengendali, mengangkut, menegak dan melantak cerucuk pemulaan dan
sambungan sehingga set.
d. Menyediakan sepatu dan kepala cerucuk untuk penanaman dan lantakan di mana
perlu.
e. Membaiki atau menanam semula cerucuk yang silap.
f. Menyediakan bahan dan membuat penyambungan cerucuk.
g. Menyedia dan menyimpan semua rekod penanaman cerucuk.
h. Menyediakan kelengkapan dan pengujian cerucuk.
85
Kerja penanaman cerucuk memerlukan sepasukan tenaga kerja yang terdiri
daripada beberapa orang pekerja seperti berikut :
a. 1 x Operator mesin cerucuk
b. 3 x Pekerja separuh mahir
c. 1 x Penyelia tapak
d. 2 x Juruteknik / Kerani tapak (Perunding Dan Kontraktor Utama)
e. 1 x Operator kren (sekiranya perlu)
6.22 Komen Dan Cadangan
Saya mencadangkan agar semua pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam berpeluang
untuk meninjau lokasi penanaman cerucuk yang mana mereka akan mempelajari
bagaimana cerucuk tersebut ditanam.
Selain itu juga, para pelajar dapat mengetahui rupa sebenar cerucuk dan proses
kerja dan individu yang terlibat dalam mengendalikan kerja pembinaan. Namun begitu,
faktor keselamatan mestilah dititikberatkan agar tiada sebarang kemalangan yang berlaku
di tapak pembinaan
86
6.23 Kesimpulan
Di dalam bab ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa cerucuk merupakan
asas binaan yang penting dalam sesuatu projek pembinaan bangunan. Ini kerana, cerucuk
akan memindahkan beban yang ditanggung kepada tanah di bawahnya dan dalam masa
yang sama menyokong bangunan itu sendiri.
Biasanya, cerucuk ditanam bagi bangunan yang besar dan akan menanggung beban
yang banyak. Zaman sekarang, cerucuk sudah boleh didapati dalam pelbagai jenis
samaada cerucuk siap atau cerucuk tuang. Cerucuk amat berguna dan penting serta
merupakan salah satu langkah keselamatan bagi sesuatu projek pembinaan.
87
BAB 7 : ARAHAN PERUBAHAN KERJA (UNTUK KONTRAK KERJA)
7.1 Pengenalan
Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) berharap jabatan-jabatan dan agensi
mematuhi segala peraturan dan prinsip-prinsip berkaitan dengan Arahan Perubahan Kerja
berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan (AP) 202 dan 203 seperti butir-butir berikut :
a. Kriteria Arahan Perubahan Kerja
b. Had Nilai Perubahan dan Pihak Berkuasa Melulus
c. Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan Kerja
88
Bagi semua Arahan Perubahan Kerja, permohonan hendaklah dikemukakan kepada
Pengawai Penguasa dan kerja-kerja asal masih dalam tempoh siap yang dibenarkan.
Semua nilai kontrak dengan syarat jumlah kerja perubahan terkumpul tidak melebihi 20%
dari nilai asal kontrak. Sekiranya jumlah kerja perubahan terkumpul melebihi 20% dari
nilai asal kontrak, kuasa meluluskan jumlah kerja perubahan tersebut adalah di bawah
kuasa Lembaga Pengarah.
Bagi semua Arahan Perubahan Kontrak Perkhidmatan dan Bekalan, permohonan
hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa yang meluluskan sebut harga atau tender
asal berkenaan dan tempoh penghantaran perkhidmatan dan bekalan masih dalam masa
dibenarkan. Semua nilai kontrak dengan syarat jumlah perubahan kontrak atau perlanjutan
tempoh kontrak bekalan dan perkhidmatan tidak melebihi 50% dari nilai asal kontrak.
Sekiranya jumlah kontrak bekalan dan perkhidmatan terkumpul melebihi 50% dari nilai
asal kontrak, kuasa meluluskan jumlah perubahan kontrak atau perlanjutan tempoh
kontrak bekalan dan perkhidmatan adalah di bawah kuasa Lembaga Pengarah.
PMS berharap semua jabatan atau agensi akan mematuhi segala peraturan dan
prinsip berkaitan dengan Arahan Perubahan Kerja dan tidak membuat kesilapan di dalam
melaksanakan Arahan Perubahan Kerja itu.
89
7.1.1 Definisi Arahan Perubahan Kerja (Variation Order)
Sesuatu perubahan kontrak kerja adalah sebarang penyimpangan daripada apa-apa
yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak berkaitan dengan pelan, penentuan dan
atau senarai kuantiti samada dipinda, ditambah atau dikurangkan.
7.2 Cara Pelaksanaan Arahan Perubahan Kerja
a. Kerja tambahan hendaklah seboleh-bolehnya dilaksanakan secara tender atau
sebutharga berasingan mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan yang berkenaan
dengannya. Pelaksanaan secara Arahan Perubahan Kerja hanya dibenarkan
sekiranya pelaksanaan secara tender atau sebutharga berasingan akan mengganggu
atau menjejaskan kontrak yang sedang berjalan.
b. Sebelum mengeluarkan apa-apa Arahan Perubahan Kerja, pegawai yang
bertanggungjawab hendaklah memastikan yang kerja tersebut benar-benar perlu
dan ada peruntukan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan tambahan
serta kelulusan telah diperolehi terlebih dahulu mengikut peraturan-peraturan yang
ditetapkan mengikut Arahan Perbendaharaan.
c. Amalan untuk mengeluarkan kerja yang terkandung di dalam sesuatu kontrak bagi
dilaksanakan oleh pihak lain atau pihak jabatan sendiri adalah tidak dibenarkan.
90
7.3 Kriteria Arahan Perubahan Kerja
Setiap perubahan kerja di dalam kontrak kerja hendaklah memenuhi kriteria
berikut :
a. Tempoh kontrak masih berjalan semasa Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan atau
tempoh lain jika dibenarkan di bawah syarat-syarat kontrak.
b. Perubahan tidak menukarkan sebahagian besar skop kerja asal.
c. Bagi kerja tambahan, pelaksanaannya hendaklah di tapak bina kontrak sahaja.
d. Bagi kerja gantian, perubahan adalah di dalam skop kontrak asal dan kerja yang
ditentukan dalam kontrak asal hendaklah dapat dikenalpasti dalam kerja-kerja
gantian itu.
7.4 Asas Perkiraan Nilai Arahan Perubahan Kerja dan Pihak Berkuasa Melulus
Asas perkiraan nilai Arahan Perubahan Kerja dan pihak berkuasa yang boleh
meluluskan hendaklah berpandukan serta mematuhi Arahan Perbendaharaan yang
berkaitan iaitu Arahan Perbendaharaan (AP) 202 dan 203.
91
7.5 Implikasi Arahan Perubahan Kerja (V.O)
Kementerian Kewangan memandang serius terhadap kerja-kerja tambahan yang
dituntut oleh kontraktor melalui Arahan Perubahan Kerja (VO) yang tidak terkandung
dalam tawaran spesifikasi awal. Arahan Perubahan Kerja boleh mengakibatkan kelewatan
dalam penyiapan projek dan perbelanjaan tambahan kepada Kerajaan atau pemaju.
Sehubungan itu, Kementerian Kewangan telah menetapkan supaya peraturan
Arahan Perubahan Kerja diperketat dan seterusnya dikemas kini supaya agensi lebih teliti
dalam perancangan projek sebelum ianya di tender serta dilaksanakan.
92
Kategori perubahan dan pihak yang diberi kuasa meluluskan Arahan Perubahan
Kerja adalah seperti berikut :
JADUAL 7.5.1
PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI JABATAN TEKNIK
YANG MELIBATKAN KONTRAK PERSEKUTUAN
NILAI PERUBAHAN
a. Jika harga asal kontrak tidak
melebihi RM10 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi 10%
daripada nilai kontrak atau jika
harga asal kontrak melebihi RM10
juta dan jumlah perubahan kerja
yang dicadangkan tidak melebihi
RM1 juta.
b. Jika harga asal kontrak tidak
melebihi RM10 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi 20%
atau jika harga asal kontrak
melebihi RM10 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi RM2
juta.
PIHAK BERKUASA MELULUS
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan
di dalam kontrak.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan
Teknik Persekutuan yang berkenaan.
93
c. Jika harga asal kontrak tidak
melebihi RM20 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi 30%
atau jika harga asal kontrak
melebihi RM20 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi RM6
juta.
d. Dalam semua hal lain.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah Jabatan Teknik
Persekutuan yang berkenaan.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
94
JADUAL 7.5.2
PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA BAGI SEMUA AGENSI
SELAIN JABATAN TEKNIK YANG MELIBATKAN KONTRAK
PERSEKUTUAN, KONTRAK BADAN-BADAN BERKANUN DAN
KONTRAK NEGERI
NILAI PERUBAHAN
a. Jika harga asal kontrak tidak
melebihi RM10 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi 10%
daripada nilai kontrak atau jika
harga asal kontrak melebihi RM10
juta dan jumlah perubahan kerja
yang dicadangkan tidak melebihi
RM1 juta.
b. Jika harga asal kontrak tidak
melebihi RM20 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi 20%
atau jika harga asal kontrak
melebihi RM20 juta dan jumlah
perubahan kerja terkumpul yang
dicadangkan tidak melebihi RM4
juta.
c. Dalam semua hal lain.
PIHAK BERKUASA MELULUS
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan
di dalam kontrak.
Lembaga Perolehan Agensi.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau
Pegawai Kewangan Negeri mengikut
mana yang berkenaan.
95
JADUAL 7.5.3
PERATURAN ARAHAN PERUBAHAN KERJA UNTUK KES-KES KHAS
BAGI SEMUA AGENSI
NILAI PERUBAHAN
a. Arahan-arahan Perubahan Kerja
atau pengukuran semula kuantiti
sementara (provisional quantity)
tanpa tambahan atau perubahan
kepada skop kerja asal yang
menyebabkan pengurangan harga
kontrak.
b. Perubahan harga seperti mana
yang diluluskan oleh
Perbendaharaan.
c. Pengubahsuaian Wang Kos Prima,
Wang Peruntukan Sementara dan
Pengukuran Semula Kuantiti
Sementara mengikut syarat-syarat
kontrak.
d. Pengukuran semula kuantiti
sementara (provisional quantity)
tanpa tambahan atau perubahan
kepada skop kerja asal:
PIHAK BERKUASA MELULUS
Pegawai Penguasa yang dinamakan
dalam kontrak.
Pegawai Penguasa yang dinamakan
dalam kontrak.
Pegawai Penguasa yang dinamakan
dalam kontrak.
96
i. Nilai harga tambahan
pengukuran semula kuantiti
tidak melebihi RM3 juta.
ii. Nilai harga tambahan
pengukuran semula kuantiti
melebihi RM3 juta tetapi tidak
melebihi RM6 juta.
iii. Dalam semua hal lain.
e. Tuntutan yang dibenarkan dalam
syarat-syarat kontrak:
i. Kerugian dan perbelanjaan
disebabkan oleh kelambatan
Kerajaan dan atau kerana
mematuhi perubahan
keperluan Berkanun (Statutory
requirement).
ii. Percanggahan dalam atau
antara dokumen-dokumen
kontrak.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Pegawai Penguasa yang dinamakan
di dalam kontrak.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah/Timbalan Ketua
Pengarah Jabatan Teknik Persekutuan
yang berkenaan bagi Jabatan Teknik
dan Lembaga Perolehan Agensi selain
Jabatan Teknik.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau
Pegawai Kewangan Negeri mengikut
mana yang berkenaan.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan yang berkenaan dan
hendaklah dianggotai juga oleh
Penasihat Undang-Undang.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan yang berkenaan dan
hendaklah dianggotai juga oleh
Penasihat Undang-Undang.
97
iii. Tuntutan lain yang nyatanya
dibenarkan dalam syarat-syarat
kontrak
iv. Apa-apa kos yang ditanggung
berhubung dengan ‘fee’ dan
caj pemindahan pembetungan
bekalan air, bekalan elektrik
dan lain-lain yang berkenaan.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan yang berkenaan.
Satu Jawatankuasa yang dipengerusikan
oleh Ketua Jabatan yang berkenaan.
7.6 Komen Dan Cadangan
Saya mencadangkan agar para pelajar mengetahui maklumat berkaitan Arahan
Perubahan Kerja kerana ia adalah sebahagian daripada proses kerja yang mungkin terlibat
di dalam sesuatu projek pembinaan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam kontrak.
Bagi saya, Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) ini akan memberikan kesan
kepada kontrak dan pihak yang terlibat. Misalnya, jika terdapat sebarang perubahan pada
pelan, penetuan atau senarai kuantiti, dan ianya merupakan perubahan pertambahan, maka
pihak majikan akan menambah bajet, pihak Arkitek dan Jurutera pula akan mengubah dan
merekabentuk pelan lukisan masing-masing, manakala Juruukur Bahan akan membuat
pengukuran dan pengiraan semula berdasarkan perubahan yang dibuat. Oleh itu, ianya
mungkin melambatkan proses penyiapan projek binaan.
98
7.7 Kesimpulan
Di dalam bab ini, saya mendapati bahawa Arahan Perubahan Kerja merupakan
sebarang penyimpangan daripada apa-apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kontrak
berkaitan dengan pelan, penentuan dan atau senarai kuantiti samaada dipinda, ditambah
atau dikurangkan.
Oleh yang demikian, sebaik-baiknya Arahan Perubahan Kerja tidak berlaku
melainkan sekiranya perlu kerana ianya akan menyebabkan kelewatan penyiapan projek.
Oleh itu, sebelum kontrak dibuat, pastikan tiada sebarang peubahan kerja yang akan
dibuat. Namun begitu, ada juga kebaikannya iaitu untuk mengurangkan bajet pembinaan,
iaitu dengan mengubah apa-apa yang patut pada pelan, penentuan atau senarai kuantiti.
99
BAB 8 : KESIMPULAN
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kinabalu
Setia Konsult kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri
di sini. Saya memperolehi banyak pengalaman yang mana bukan sahaja melibatkan
jurusan yang diambil tetapi juga dari bidang skop kerja yang lain seperti pengurusan,
perhubungan awam dan seumpamanya dalam menjalani realiti dunia pekerjaan yang
sebenar.
Melalui latihan praktikal ini, saya banyak mengetahui dan mempelajari pelbagai
maklumat yang baru seperti cara mengendalikan urusan syarikat oleh kakitangan syarikat
dan bagaimana sesebuah syarikat itu berfungsi. Secara tidak langsung, saya dapat
memantapkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan pihak lain dan lebih
bertanggungjawab kepada setiap arahan yang diberikan dan melaksanakan tugas yang
diberikan dengan sebaik mungkin.
100
Keseluruhannya, sepanjang tempoh latihan industri , saya telah belajar
menyediakan dokumen tender, dokumen kontrak, Akaun Muktamad (Final Account) dan
juga membuat ‘measurement’. Dari segi pengurusan pula, saya belajar untuk
mengendalikan setiap dokumen atau lukisan yang keluar masuk dengan cara dokumen
tersebut mestilah difailkan. Saya banyak berkomunikasi dengan pihak luar, yang mana
memerlukan kesabaran serta tanggungjawab, di mana kita perlu menjaga hati semua pihak
seperti pelanggan dan juga kakitangan syarikat itu sendiri.
Selain itu, pengalaman berada di tapak bina memberikan suatu pengalaman yang
berharga. Di sana, saya dapat melihat sendiri perjalanan proses pembinaan sesuatu projek
binaan contohnya seperti projek pembinaan Wisma Wanita, Anjung Malawa dan Kota
Kinabalu Industrial Park serta melihat Juruukur Bahan membuat penilaian tapak bina (site
valuation). Saya juga meninjau lokasi tapak bina yang akan dibangunkan sebuah Masjid
Pengalat Besar dan Sekolah Ugama Islam (SUIS) Pengalat Besar, Papar, Sabah. Saya
juga menghadiri mesyuarat tapak bina bagi projek pembinaan Perumahan Rakyat,
bertempat di Keningau, Sabah dan juga projek pembinaan pusat Rehat Dan Riadah, Bundu
Tuhan, Ranau, Sabah, yang bertempat di Sedcovest. Di sana, saya dapat mengenali
dengan lebih dekat pihak-pihak yang terlibat dalam projek pembinaan seperti Pemaju,
Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan, Kontraktor, Sub-Kontraktor dan juga Pembekal
(Supplier).
Saya juga berpeluang membuat ‘taking off’ bagi beberapa projek seperti Wisma
Wanita, IPD Lahad Datu, Sekolah Menengah Agama Limauan, Kota Kinabalu Industrial
Park dan sebagainya. Keseluruhannya, saya banyak membuat pengukuran untuk elemen
rasuk.
101
Secara kesimpulannya, saya mendapat banyak pengalaman dan semakin matang
dalam membuat sebarang keputusan. Saya dapat merasai dunia pekerjaan yang sebenar
dan berkenalan dengan banyak pihak dalam bidang pembinaan.
102
BAB 9 : KOMEN DAN CADANGAN
Saya mencadangkan agar pihak syarikat perl menyediakan jadual latihan industri
kepada pelatih supaya pelatih mengetahui tugas-tugas yang bakal dilakukan dan dapat
melaksanakan tugas yang diberikan dalam waktu yang sepatutnya. Pihak syarikat juga
mestilah menyediakan seorang penyelia yang akan memantau dan memberi arahan kerja
kepada pelatih. Sekiranya penyelia tidak memantau keseluruhan kerja yang dilakukan
pelatih, maka beliau harus bertanya kepada kakitangan syarikat yang memberikan tugasan
samaada pelatih tersebut membuat kerja dengan baik atau tidak, kemudian barulah boleh
membuat penilaian prestasi.
Selain itu, saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik Kota Kinabalu dapat
menetapkan tempoh waktu untuk latihan industri bagi pejabat ialah selama empat (4)
bulan, manakala sebulan pula di tapak pembinaan supaya semua pelajar
berpeluang merasai pengalaman berada di tapak bina terutamanya bagi aliran kejuruteraan.
Para pelajar juga perlu didedahkan dengan budaya kerja yang sebenar di samping
mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan berkesan semasa berurusan dengan
pelenggan.
103
BAB 10 : LAMPIRAN
104
10.1 Lawatan Ke Tapak Projek Cadangan Pembinaan Wisma Wanita Sabah.
Petunjuk :
Gambar 1 : Jalan keluar masuk utama ke tapak projek
Gambar 2 : Pejabat tapak (site office)
Gambar 3 : Salah satu jentera yang digunakan dalam projek pembinaan.
Gambar 4 : Mesin penggaul simen
Gambar 5 : Pembinaan rumah sampah (Bin Centre)
Gambar 6 : Pembinaan sistem perparitan dan saliran
Gambar 7 : Jalan masuk ke dalam kawasan bangunan yang dibina.
Gambar 8 : Sebahagian kawasan tangga yang sedang dalam pembinaan. Tangga ini
menghubungkan 2 aras yang berlainan.
Gambar 9 : Proses pembinaan gerbang. Kerangka dipasang untuk membuat
acuan gerbang.
Gambar 10: Rasuk yang telah dibuka kerangkanya.
Gambar 11: Tangki-tangki air disediakan untuk tujuan pembinaan.
Gambar 12: Sebahagian dari bahan pembinaan seperti besi tetulang, batu baur, paip sisa
sebagainya.
Gambar 13: Pembinaan elemen dinding gerbang.
Gambar 14: Projek pembinaan sedang dijalankan. Terdapat bahan pembinaan seperti
bata. Peranca juga digunakan untuk tujuan keselamatan serta kelihatan
sebahagian bangunan yang hampir siap.
105
Gambar 1
Gambar 2
106
107
108
109
.
110
111
112
Bibliografi / Rujukan
1. Muhammad Amin Din, Binaan Bangunan (Lanjutan Untuk Kontraktor), MARA, 1999.
2. Richard Jimmy,Buku Panduan Kursus Pemborong Binaan Asas, MARA,1999.
3. Noor Lida Dan Khadijah Murni, Aturcara Kontrak Dan Ukur Bahan, POLISAS.
4. Tuan Puan Rakiza, Tender Dan Sebut Harga, POLIKK.
5. Bahagian Teknikal, Sebutharga, Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu (JPPS KK).
6. http://www.jkr.gov.my
7. Kakitangan Kinabalu Setia Konsult Sdn.Bhd
113