cuma 5 minit

6
CARA-CARA MENGENAL PENAGIH DADAH (AHAD 8/3/2015 – PN.RAJESWARY) Minta murid senaraikan mengenai rupa dan keadaan penagih dadah. Bajunya kotor dan berbau busuk Matanya merah dan kuyu Air liur meleleh Jalan terhoyong-hayang Percakapan meleret-leret Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi tangga atau kaki lima. Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak makan atau tiada duit tambang bas. . RUMUSAN : Penagih dadah tidak boleh mengurus diri.

Upload: karti-jasmin

Post on 19-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Minggu Anti dadah

TRANSCRIPT

Page 1: Cuma 5 Minit

CARA-CARA MENGENAL PENAGIH DADAH (AHAD 8/3/2015 – PN.RAJESWARY)

Minta murid senaraikan mengenai rupa dan keadaan penagih dadah.

Bajunya kotor dan berbau busuk

Matanya merah dan kuyu

Air liur meleleh

Jalan terhoyong-hayang

Percakapan meleret-leret

Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi tangga atau kaki lima.

Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak makan atau tiada duit

tambang bas.

.

RUMUSAN : Penagih dadah tidak boleh mengurus diri.

Page 2: Cuma 5 Minit

MASA DEPAN SEORANG PENAGIH DADAH (ISNIN 9/3/2015 – PN.P.LETCHUMY)

Jelaskan kepada murid-murid mengenai masa depan penagih dadah seperti berikut:

Jadi seorang pemalas

Susah untuk lulus peperiksaan

Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah

Dipulaukan oleh masyarakat

Susah dapat kerja

Sering dicaci dan dicurigai

Dibenci dan dihina

Dibuang kerja atau sekolah

Tidak dipercayai oleh rakan-rakan

Masa depan gelap

RUMUSAN : Pelajar sekolah yang ditangkap kerana mengguna/mengedar dadah

akan dibuang sekolah dan dijadikan kes polis

Page 3: Cuma 5 Minit

CARA PENGEDAR DADAH MEMPENGARUHI PELANGGAN BARU YANG TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR (SELASA 10/3/2015 – EN.R.MURUGAN)

Jelaskan kepada murid-murid cara pengedar dadah mencari pelanggan baru seperti

berikut :

1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang bermasalah di rumah atau di

sekolah

2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping selalu dengan pelajar

yang dikenal pasti

3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar tersebut sehingga dirinya

dipercayai dan diterima sebagai sahabat

4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan belanja rokok semewah-

mewahnya

5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba dadah dengan percuma.

Bila pelanggan baru sudah mula seronok barulah dikenakan bayaran. Selagi

pelanggan baru belum ketagih, harga tetap murah. Bila sudah mula ketagihan, harga

dadah melambung

RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang mengaut keuntungan di

atas penderitaan orang lain. AWAS! PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN

CEKAP

Page 4: Cuma 5 Minit

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH

(11/3/2015 – PN.MALA)

Ciri-cirinya adalah seperti berikut :

Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar

Ibu bapa yang selalu bergaduh

Suka ponteng kelas atau ponteng sekolah

Nakal

Merokok

Suka buang masa

Suka berfoya-foya

Suka merancang untuk bersuka-ria

Berpakaian tidak kemas dan bertampal-tampal

Beg sekolah juga bertampal-tampal

Menggunakan perkataan ’Lu’ atau ’Gua’ bila bercakap sesama rakan

Pelajaran merosot

Selalu melanggar peraturan sekolah

RUMUSAN :Prinsip pengedar dadah : TIADA PENAGIH, TIADA PERNIAGAAN.

BILA TIADA PERNIAGAAN, HIDUP SUSAH. APA PEDULI ORANG MENDERITA,

ASALKAN AKU KAYA

Page 5: Cuma 5 Minit