· dan baja asas penanaman iaitu cirp disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 pokok getah dan...

17

Upload: others

Post on 03-Jan-2020

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk
Page 2:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk
Page 3:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk
Page 4:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk
Page 5:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

1

GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN BIMBINGAN DAN LATIHAN GAP

KANDUNGAN M/S

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 TUJUAN 2

3.0 OBJEKTIF 3

4.0 BIDANG TUMPUAN 3

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN 5

6.0 CARTA ALIRAN PERGERAKAN BORANG LATIHAN GAP 6

7.0 PERBELANJAAN 8

8.0 PEMANTAUAN 8

9.0 LAPORAN 8

10.0 PENUTUP 8

11.0 LAMPIRAN 9

Page 6:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

2

1.0 PENDAHULUAN

Amalan Pertanian Baik (GAP) merupakan faktor terpenting bagi memastikan

tanaman getah dan sawit mencapai tempoh keremajaan dan meningkatkan

produktiviti. Pelaksanaan dan pengamalan GAP yang betul dan mengikut

norma-norma yang sesuai serta teknologi-teknologi yang disyorkan perlu

diterapkan kepada semua pekebun kecil.

Bagi memastikan pelaksanaan dan pengamalan GAP tersebut berterusan,

pendekatan Bimbingan dan Latihan GAP diperkenalkan mulai tahun 2012 di

bawah Program Pengembangan dan Pemindahan Teknologi. Melalui

pendekatan ini, penyampaian maklumat dan pengetahuan kepada pekebun

kecil berdasarkan GAP yang digariskan adalah lebih terperinci, fokus dan

menjurus ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan.

2.0 TUJUAN

2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil dalam

melaksanakan dan mengamalkan segala bentuk GAP yang bersesuaian

ke arah mencapai keremajaan 4½ tahun dan produktiviti 2,000

kg/hektar/tahun bagi getah menjelang akhir tahun 2020.

2.2 Mengamal dan membudayakan segala bentuk GAP yang bersesuaian ke

arah mencapai keremajaan 2½ tahun dan produktiviti 20 MT/hektar/tahun

bagi sawit menjelang akhir tahun 2020.

2.3 Meningkatkan pendapatan pekebun kecil kepada

RM4,000/bulan/keluarga menjelang akhir tahun 2020.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pengetahuan dan teknik yang tepat berkenaan Amalan

Pertanian Baik (GAP) bagi tanaman getah dan sawit.

3.2 Memberi kesedaran dan menimbulkan minat kepada pekebun kecil untuk

mengamal dan membudayakan GAP.

Page 7:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

3

3.3 Memastikan pekebun kecil mengamal dan membudayakan GAP secara

berterusan.

4.0 BIDANG TUMPUAN

4.1 Bidang tumpuan Amalan Pertanian Baik (GAP) adalah:

4.1.1 GAP 1: Penanaman dan Penyelenggaraan

4.1.2 GAP 2: Pembajaan

4.3.1 GAP 3: Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks

4.3.2 GAP 4: Penorehan dan Penuaian

4.3.3 GAP 5: Strategi Pemasaran Hasil

4.2 GAP 1: Penanaman dan Penyelenggaraan

4.2.1 Kebun disiapkan dengan sempurna sebelum penanaman seperti

pembersihan kawasan, perparitan, penyediaan teres, lubang

tanaman dan lain-lain.

4.2.2 Bahan tanaman yang berkualiti seperti benih 2 tingkat daun keras

dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih

diterima.

4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang

disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk mengekalkan

kepadatan yang disyorkan.

4.2.4 Kawasan kebun diselenggara dengan sempurna supaya tidak

mengganggu tumbesaran pokok.

4.3 GAP 2: Pembajaan

4.3.1 Jenis baja yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan

tumbesaran pokok yang ditanam.

4.3.2 Kadar, kaedah dan kekerapan membaja hendaklah mengikut syor

yang telah ditetapkan.

Page 8:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

4

4.3.3 Membaja hendaklah mengikut masa yang sesuai. Membaja tidak

digalakkan pada masa kemarau, ranggasan daun atau hujan yang

berterusan.

4.4 GAP 3: Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks

4.4.1 Bentuk rangsangan terdiri daripada:

4.4.1.1 Cecair seperti MORTEX.

4.4.1.2 Gas seperti RRIMFLOW, REACTORRIM dan G-FLEX.

4.4.2 Penggunaan bahan rangsangan lateks hendaklah mengikut

pengesyoran bagi memastikan tiada kesan sampingan yang boleh

menjejaskan pertumbuhan pokok serta berlakunya ’kering kulit’.

4.4.3 Penggunaan rangsangan lateks yang betul mampu meningkatkan

g/t/t pokok sehingga 60%.

4.5 GAP 4: Penorehan dan Penuaian

4.5.1 Kaedah penorehan dan penuaian yang betul akan menjamin hasil

yang diperolehi disamping meningkatkan jangka hayat pokok.

4.5.2 Torehan ganti, torehan lewat dan torehan berganda perlu

diamalkan bagi memastikan bilangan hari menoreh dapat

ditingkatkan ke tahap optimum.

4.5.3 Penggunaan alat pelindung hujan adalah digalakkan bagi

kawasan yang menghadapi kekerapan hujan yang tinggi untuk

membolehkan pekebun kecil menjalankan aktiviti penorehan.

4.6 GAP 5: Strategi Pemasaran Hasil

4.6.1 Pekebun kecil digalakkan membuat jualan hasil secara

berkelompok bagi memastikan peningkatan hasil ke arah jaminan

harga ladang yang terbaik.

4.6.2 Melalui pemasaran secara berkelompok juga, kuasa penawaran

harga meningkat dan seterusnya dapat mengurangkan manipulasi

harga oleh pembeli.

Page 9:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

5

4.6.3 Pekebun kecil digalakkan mengeluarkan produk yang lebih

berkualiti seperti getah krip, lateks dan Ribbed Smoke Sheet

(RSS) bagi mendapatkan tawaran harga yang lebih tinggi.

4.6.4 Membantu pekebun kecil mengeluarkan jenis produk berasaskan

pacuan pasaran semasa.

4.6.5 Membantu pekebun kecil untuk membentuk AJK bagi konsep

jualan secara berkelompok.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

5.1 Bimbingan dan Latihan GAP yang ditetapkan perlu dilaksanakan oleh

PPK kawasan secara hands-on di kebun bersama pekebun kecil secara

berterusan. Ia bertujuan untuk memastikan pekebun kecil dapat

memahami dan menghayati kaedah perlaksanaan GAP secara betul dan

teratur.

5.2 Setiap PPK perlulah melaksanakan latihan GAP kepada semua pekebun

kecil di dalam bantuan tanam semula dan minimum 50 pekebun kecil

matang.

5.3 Bagi memudahkan pelaksanaan GAP di lapangan berikut merupakan

kaedah pelaksanaan GAP bagi tanaman getah dan sawit mengikut

peringkat-peringkat yang ditetapkan :

Bil. Peringkat

Tanaman Peringkat Pelaksanaan Borang

1. Getah Muda

Kelulusan permohonan tanam

semula sehingga TS18A bantuan

pertama.

PGM01

Kelulusan bantuan pertama

sehingga TS18A bantuan ke-2. PGM02

Kelulusan bantuan ke-2 sehingga

TS18A bantuan ke-3. PGM03

Kelulusan bantuan ke-3 sehingga

TS18A bantuan ke-4. PGM04

Kelulusan bantuan ke-4 sehingga

TS18A bantuan ke-5. PGM05

Page 10:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

6

Kelulusan bantuan ke-5 sehingga

TS18A bantuan ke-6. PGM06

2. Getah Matang Penyeliaan kebun matang PGMT

3. Sawit Muda

Kelulusan permohonan tanam

semula sehingga TS18A bantuan

pertama.

PSM01

Kelulusan bantuan pertama

sehingga TS18A bantuan ke-2. PSM02

Kelulusan bantuan ke-2 sehingga

TS18A bantuan ke-3. PSM03

Kelulusan bantuan ke-3 sehingga

TS18A bantuan ke-4. PSM04

4. Sawit Matang Penyeliaan kebun matang PSMT

6.0 CARTA ALIRAN PERGERAKAN BORANG LATIHAN GAP

6.1 PRA TANAM SEMULA (LAMPIRAN 1)

6.1.1 Satu salinan TS27 dihantar kepada PRS.

6.1.2 Ketua Stesen agih salinan TS27 tersebut mengikut PPPK terlibat.

6.1.3 PPPK daftar profil pekebun dan kebun dalam sistem e-P3.

6.1.4 Ketua Stesen buat pengesahan dan cetak borang PGM01/PSM01

melalui sistem e-P3 dan edar borang tersebut kepada PPPK.

6.1.5 PPPK buat penandaan (√) pada Borang PGM01/PSM01 setiap

kali bimbingan dan latihan GAP dilaksanakan.

6.1.6 PPPK perlu catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang

PGM01/PSM01 sekiranya GAP diamalkan oleh pekebun kecil.

6.1.7 PPPK kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam sistem e-P3.

Page 11:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

7

6.2 KEBUN DALAM BANTUAN (LAMPIRAN 2)

6.2.1 Satu salinan RISDA 7 dihantar ke PRS.

6.2.2 Ketua Stesen agih salinan RISDA 7 tersebut mengikut PPPK

terlibat dan tetapkan tahap pemantauan GAP di dalam sistem

e-P3.

6.2.3 Ketua Stesen cetak Borang PGM02/PSM02 – PGM06/PSM04

dan edar kepada PPPK.

6.2.4 PPPK buat penandaan (√) pada Borang PGM02/PSM02 –

PGM06/PSM04 setiap kali bimbingan dan latihan GAP

dilaksanakan.

6.2.5 PPPK catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di PGM02/PSM02 –

PGM06/PSM04 sekiranya GAP diamalkan oleh pekebun kecil.

6.2.6 PPPK kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam sistem e-P3.

6.3 GETAH DAN SAWIT MATANG (LAMPIRAN 3)

6.3.1 PPPK dikehendaki mengenalpasti sekurang-kurangnya 50 orang

pekebun kecil yang mempunyai kebun getah/sawit matang

termasuk penerima PPG serta SIPG dan mendaftarkan di dalam

sistem e-P3.

6.3.2 Ketua Stesen buat pengesahan dan cetak Borang PGMT/PSMT

melalui sistem e-P3 dan edar borang tersebut kepada PPPK.

6.3.3 PPPK dikehendaki untuk membuat penandaan (√) pada Borang

PGMT/PSMT setiap kali bimbingan dan latihan GAP

dilaksanakan.

6.3.4 PPPK catat ‘AMAL’ pada ruangan cacatan di Borang

PGMT/PSMT sekiranya GAP telah diamalkan oleh pekebun kecil

yang dipantau.

6.3.5 PPPK kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam sistem e-P3.

Page 12:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

8

7.0 PERBELANJAAN

Penggunaan peruntukan dan perbelanjaan hendaklah mengikut peraturan

kewangan sedia ada. Perbelanjaan yang dibenarkan adalah:

7.1 Peralatan sokongan semasa latihan.

7.2 Makan dan minum semasa latihan.

8.0 PEMANTAUAN

Pemantauan dan semakan perlu dilakukan oleh PRN, PRD/PRJ/PRB dan

Ketua Stesen dengan kekerapan seperti berikut :

8.1 PRN - 1 kali/bulan

8.2 PRD/PRJ/PRB - 2 kali/bulan

8.3 Ketua Stesen - 4 kali/bulan

9.0 LAPORAN

9.1 Ketua stesen dikehendaki menghantar ‘Laporan Pelaksanaan Latihan

GAP’ yang dijana melalui sistem e-P3 setiap bulan ke Unit

Pengembangan PT bagi tujuan penyediaan laporan bulanan PT.

9.2 PT dikehendaki menyediakan rumusan Laporan Pelaksanaan Latihan

GAP Getah & Sawit Muda seperti format di Lampiran 4 dan Laporan

Pelaksanaan Latihan GAP Getah & Sawit Matang seperti format di

Lampiran 5 untuk dimajukan kepada PRN

9.3 PRN dikehendaki mengemukakan ke BPPT pada atau sebelum 05hb

setiap bulan.

10.0 PENUTUP

Melalui pendekatan latihan GAP ini, diharapkan pekebun kecil berjaya

mengurus kebun dengan betul dan dapat mencapai tempoh matang dalam

4 ½ tahun bagi getah dan 2 ½ tahun bagi sawit. Selanjutnya, produktiviti kebun

getah dan sawit meningkat dan seterusnya matlamat pendapatan keluarga

pekebun kecil ke tahap RM 4,000 sebulan dapat direalisasikan pada akhir

tahun 2020.

Page 13:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

9

LAMPIRAN 1

CARTA ALIRAN PERGERAKAN

BORANG GAP GETAH/SAWIT MUDA(PRA TANAM SEMULA)

Lulus TS 27

Hantar satu salinan TS27 kepada PRS.

Agih salinan TS27 tersebut mengikut PPPK

terlibat.

Daftar profil pekebun dan kebun dalam sistem

e-P3.

Buat pengesahan dan cetak borang

PGM01/PSM01 melalui sistem e-P3 dan edar

borang tersebut kepada PPPK.

Tanda (√) pada Borang PGM01/PSM01 setiap

kali bimbingan dan latihan GAP dilaksanakan

Catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang

PGM01/PSM01 sekiranya GAP diamalkan oleh

pekebun kecil.

Kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam

sistem e-P3.

KETUA

STESEN

PPPK

PPPK

PPPK

PPPK

UNIT TS

KETUA STESEN

Page 14:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

10

LAMPIRAN 2

CARTA ALIRAN PERGERAKAN

BORANG GAP GETAH/SAWIT MUDA (BANTUAN BERTURUT)

Lulus TS18A

Satu salinan RISDA 7 dihantar ke PRS

Agih salinan RISDA 7 tersebut mengikut PPPK

terlibat dan tetapkan tahap pemantauan GAP

dalam sistem e-P3.

Cetak Borang PGM02/PSM02 – PGM06/PSM04

dan edar kepada PPPK.

Tanda (√) pada Borang PGM02/PSM02 –

PGM06/PSM04 setiap kali bimbingan dan

latihan GAP dilaksanakan

Catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang

PGM02/PSM02 – PGM06/PSM04 sekiranya

GAP diamalkan oleh pekebun kecil.

Kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam

sistem e-P3.

PPPK

KETUA STESEN

KETUA STESEN

PPPK

PPPK

UNIT TS

Page 15:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

11

LAMPIRAN 3

CARTA ALIRAN PERGERAKAN

BORANG GAP GETAH/SAWIT MATANG

Kenalpasti 50 orang pekebun kecil getah matang

dan daftar dalam sistem e-P3

Buat pengesahan dan cetak Borang

PGMT/PSMT melalui sistem e-P3 dan edar

borang tersebut kepada PPPK.

PPPK

Ketua Stesen

Tanda (√) pada Borang PGMT/PSMT setiap kali

bimbingan dan latihan GAP dilaksanakan

PPPK

Catat ‘AMAL’ pada ruangan catatan di Borang

PGMT/PSMT sekiranya GAP diamalkan oleh

pekebun kecil.

Kemaskini aktiviti yang dilaksanakan di dalam

sistem e-P3.

PPPK

PPPK

Page 16:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

PT : ……………………

BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI

GETAH

SAWIT

JUMLAH 0 0 0 0

BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI

GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN

GAP 2 : PEMBAJAAN

0 0 0 0 0 0

GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN

GAP 2 : PEMBAJAAN

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0JUMLAH (GETAH & SAWIT MUDA)

LUAS

1. GETAH

JUMLAH

2 SAWIT

JUMLAH

Lampiran 4

LAPORAN PELAKSANAAN LATIHAN GAP GETAH & SAWIT MUDA BULAN ……………... TAHUN 2018

JENIS

TANAMAN

BILANGAN PK DIPANTAULUAS KEBUN DIPANTAU

(HEK)

BIL.JENIS

TANAMANGAP

BILANGAN BIMBINGAN &

LATIHAN GAP

BILANGAN PENGAMALAN

GAP

12

Page 17:  · dan baja asas penanaman iaitu CIRP disediakan sebelum benih diterima. 4.2.3 Pokok getah dan sawit ditanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan bagi tanaman getah dan sawit untuk

PT : ……………………

BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI

GETAH

SAWIT

JUMLAH 0 0 0 0

BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI BULAN INI SETAKAT INI

GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN

GAP 2 : PEMBAJAAN

GAP 3 : PENGGUNAAN BAHAN RANGSANGAN LATEKS

GAP 4 : PENOREHAN & PENUAIAN

GAP 5 : STRATEGI PEMASARAN HASIL

0 0 0 0 0 0

GAP 1 : PENANAMAN & PENYELENGGARAAN

GAP 2 : PEMBAJAAN

GAP 4 : PENOREHAN & PENUAIAN

GAP 5 : STRATEGI PEMASARAN HASIL

0 0 0 0 0 0

0 0 0 0 0 0JUMLAH (GETAH & SAWIT MATANG)

LUAS

1. GETAH

JUMLAH

2 SAWIT

JUMLAH

Lampiran 5

LAPORAN PELAKSANAAN LATIHAN GAP GETAH & SAWIT MATANG BULAN ……………... TAHUN 2018

JENIS

TANAMAN

BILANGAN PK DIPANTAULUAS KEBUN DIPANTAU

(HEK)

BIL.JENIS

TANAMANGAP

BILANGAN BIMBINGAN &

LATIHAN GAP

BILANGAN PENGAMALAN

GAP

13