dari meja ketua editor - jtkswk.gov.my · penolong kanan pengarah tenaga kerja ceramah penampilan...

28

Upload: trancong

Post on 12-Jul-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu
Page 2: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Dari Meja Ketua EditorDari Meja Ketua Editor 2

3

4

Aktiviti Kelab

Sudut Pendidikan Perburuhan

Terkini di Pusat Sumber

Info ICT

Berita Warga

Salam Takziah

Coretan Kenangan

.........

.........

24

25

.........

.........

.........

.........

.........

16

19

20

21

22

Perutusan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

.........

.........Aktiviti / Program Rasmi Jabatan

Pengurniaan Pingat*Salam Perkenalan*

Cahaya Mata *Pertukaran*

......... Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Perjalanan tahun 2013 telah sampai ke penghujungnya. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. dapat kita menerbitkan Buletin JTK Sarawak Bil.3/2013, Edisi 9 ini.

Antara tujuan utama penerbitan buletin ini adalah untuk menyebarkan maklumat terkini tentang peristiwa dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun.

Diharapkan dengan penerbitan buletin ini, dapat memenuhi aspirasi pembaca dalam memperolehi maklumat bukan sahaja laporan berkenaan aktiviti Jabatan, malah ia menjadi satu saluran rasmi informasi dalam mengarusperdana tenaga kerja di Malaysia.

Saya bagi pihak Sidang Editor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung serta mengharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih dan selamat membaca.

Hayati binti Narayan Ketua Editor

2

Kandungan

Sidang EditorPENASIHAT

Encik August BumaPengarah Tenaga Kerja Sarawak

KETUA EDITORPuan Hayati binti Narayan

Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

EDITORPuan Azizah binti Jaaffar

Puan Aminah binti MusthaphaEncik Barnabas AhjamEncik Wahid bin Olen

Encik Ismail bin MohammadCik Tan Hui Mien

PENYELARASPuan Fadzilah Hassan

JURUGAMBAREncik Irwin FrancisEncik Hayden LaieEncik Kipli Hj Dollah

EDARANPuan Kavitha Rajandran

Puan Salina binti Ali

Page 3: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Perutusan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak

3

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Selamat bertemu kembali menerusi Buletin JTK Sarawak Bil.3/2013, Edisi 9.

Tahun 2013 merupakan tahun yang penuh makna bagi JTK Sarawak. Antara peristiwa menarik yang telah dilakar pada suku tahun pertama adalah pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 dan disusuli dengan Akta Umur Persaraan Minimum 2012.

Pelaksanaan kedua-dua undang-undang ini oleh Jabatan Tenaga Kerja di seluruh Malaysia telah memberikan impak yang sangat besar terhadap ekonomi serta struktur tenaga kerja di Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya.

Bagi suku tahun kedua pula, JTK Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program AZAM Kerja. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan staf Jabatan yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini dengan cemerlang sehingga Jabatan kita mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada pihak PEMANDU.

Manakala bagi suku tahun ketiga, pihak Jabatan telah membantu menjayakan beberapa siri lawatan kerja Menteri Sumber Manusia, Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem ke negeri ini dan menganjurkan program JTK Sarawak Bersama Penerima-Penerima Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU). Jabatan ini juga berbangga apabila 2 orang usahawan OKU yang telah menerima geran dengan bantuan daripada JTK Sarawak, telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian Peringkat Kebangsaan sebagai success story atas usaha gigih mereka dari segi peningkatan pendapatan dan penggajian OKU.

Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan komitmen setiap warga kerja JTK Sarawak dalam usaha merealisasikan setiap perancangan program yang telah dibuat pada awal tahun dahulu.

Semoga kita terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik pada tahun 2014 nanti!

AUGUST BUMA J.S.M., P.B.K.

Pengarah Tenaga Kerja, Sarawak.

Page 4: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Perhimpunan JTK Sarawak telahpun diadakan pada 2.9.2013 bertempat di Ruang Legar Ibu Pejabat, JTK Sarawak. Perhimpunan ini disertai oleh semua Ketua Pejabat dari seluruh bahagian dan warga kerja JTK Sarawak.

Antara amanat yang disampaikan oleh Pengarah :

Perhimpunan JTK Sarawak dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Perhimpunan ini juga diserikan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersempena bulan Syawal 1434H.

Aktiviti / Program Rasmi Jabatan

Bersedia

menghadapi

tugasan yang

semakin

mencabar

Harapan kepada pegawai & staf baru, wujudkan budaya kerja berpasukan

serta komited dalam melaksanakan tugas

JTK Sarawak bertekad menjadi agensi

pelaksana 1AZAM yang terunggul di Negeri

Sarawak

4

Tuan Pengarah

menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Puan

Zaiton Abdul Kadir, Penolong Pegawai Tadbir yang telah

berpindah di tempat baru (IPD Badaruddin, Kuching)

mulai 8.7.2013.

Page 5: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Program Mesra YB Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Menteri Sumber Manusia bersama Pemimpin dan Masyarakat Serian pada 4 November 2013 bertempat di Kampung Krusen Mawang, Serian. Tujuan Program ini adalah untuk memperkenalkan fungsi Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia kepada penduduk khasnya masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti berikut:

Ceramah Pengurusan Kewangan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dengan penyertaan 50 orang peserta e-Kasih;Ceramah Kesedaran Kemahiran Vokasional dan Teknikal oleh Jabatan Tenaga ManusiaCeramah Kesedaran Keselamatan Sosial bersama Pemimpin Masyarakat oleh PERKESOCeramah Advokasi Kemalangan oleh PERKESOPanduan Safe Riding oleh PERKESO dan MIROSDemonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah SerianPameran daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan termasuk JTK Sarawak.

~

~~~~~~

Program Mesra Y.B Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem Bersama Pemimpin & Masyarakat Serian, Kampung Krusen Mawang

5

Page 6: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

6

Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Serian, YB Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem telah merasmikan Program AZAM Kerja 1Malaysia di Kampug Pichin, Serian pada 30 November 2013. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pameran dan perkhidmatan oleh Jabatan dan agensi Kerajaan untuk faedah orang ramai antaranya :

Syarikat-syarikat swasta juga turut mengambil bahagian dalam program ini dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada orang awam.

Menteri Sumber Manusia turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 10 orang anggota veteran tentera dan menyaksikan penyampaian pendaftaran e-Kasih oleh Timbalan Pengarah JTK Sarawak, Puan Hayati binti Narayan kepada wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Sarawak.

JTK Sarawak - Pendaftaran JobsMalaysia, Kaunter Pertanyaan dan Kaunter Pendaftaran e-Kasih, AZAM Kerja;Institut Latihan Perindustrian - Menukar minyak pelincir motosikal kepada pengunjung yang datang); danPERKESO - Edaran topi keledar kepada penunggang motosikal.

1.

2.

3.

Program AZAM Kerja 1Malaysia bersama Menteri Sumber Manusia

Page 7: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Taklimat memahami kontrak pekerjaan olehEncik Phang Pin,

Penolong Pengarah Tenaga Kerja

Berusaha menyelesaikan tugasan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Pembentangan bina carta pasukan dengan gaya tersendiri

Ceria dengan aktiviti luar

Senaman ringan sebelum memulakan aktiviti

Pengarah JTK Sarawak menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta

DIARI PROGRAM PENYESUAIAN KERJA (2PK)SEPANJANG BULAN SEPTEMBER - DISEMBER 2013

PTK Kuching4 - 6.9.2013

Hotel Riverside Majestic

PTK Betong & PTK Saratok18 - 20.9.2013

Batang AiLonghouse Resort

PTK Sri Aman18 - 20.9.2013

Batang AiLonghouse Resort

50 peserta hadir20 peserta mendapat

kerja melalui 3P

54 peserta hadir1 peserta mendapat

kerja melalui 3P

25 peserta hadir2 peserta mendapat

kerja melalui 3P

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

7

Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diberi tanggungjawab bagi memastikan program-program yang telah dirangka di bawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Government Transformation Programme (GTP) dilaksanakan dengan jayanya.

Salah satu program yang diperkenalkan adalah Program AZAM Kerja 1Malaysia yang mula dilaksanakan oleh JTK Sarawak pada tahun 2013.

Pencapaian sepanjang bulan Januari hingga Disember 2013 :-a) Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) - 28 Program b) Projek Komuniti – 15 Projek Komuniti

AZAM Kerja 1Malaysia

Page 8: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

8

PTK Bintulu24 - 26.9.2013Kemena Hotel

PTK Sarikei24 - 26.10.2013

Hotel Paramount

34 peserta hadir15 peserta mendapat kerja melalui 3P

95 peserta hadir6 peserta mendapat kerja melalui 3P

......................................... .........................................

......................................... .........................................

Taklimat program oleh Encik Jeffry Douglas,Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja

Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu Perhubungan Perusahaan

Sesi latihan temuduga (Mock Interview)

Pegawai Tenaga Kerja membantu peserta dalam penyediaan Resume

Ceramah Carian Kerja oleh Encik Asip Ganam,Pegawai Tenaga Kerja

Peserta cuba menyelesaikan permainan “Magic String”

Perbincangan pembahagian tugasan untuk LDK

Sesi bergambar bersama pegawai JTK dan peserta

PTK Sibu9 - 11.10.2013

RH Hotel

PTK Kota Samarahan21 - 23.10.2013

Merdeka Palace Hotel

PTK Serian21 - 23.10.2013

Merdeka Palace Hotel

PTK Limbang & PTK Lawas30.10.2013 - 1.11.2013

Hotel Purnama

45 peserta hadir19 peserta mendapat

kerja melalui 3P

43 peserta hadir20 peserta mendapat

kerja melalui 3P

40 peserta hadir24 peserta mendapat

kerja melalui 3P

43 peserta hadir15 peserta mendapat

kerja melalui 3P

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

.........................................

Page 9: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

9

Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pengurusan Kewangan

kepada peserta program

Majlis Perasmian Penyerahan Barangan & Peralatan Projek

Komuniti

Perjalanan ke tapak projek bersama Pengarah

Tenaga Kerja

Bergambar bersama peserta projek semasa Kursus Pengurusan Kewangan

Peralatan yang dibekalkan oleh JTK Sarawak

Ceramah Pengurusan Kewangan kepada peserta program

PELAKSANAAN PROJEK KOMUNITI SEPANJANG BULAN SEPTEMBER - DISEMBER 2013

PTK

PTK

PTK

Kota Samarahan

Kapit

Marudi

Projek :Sulaman dan jahitan di Kg. Empila

Projek :Tenunan Pua Kumbu di Sg. Sibau

Projek :Membuat Parang Ilang di Long Jekitan,Ulu Baram

Peserta :20 orang

Peserta :13 orang

Peserta :15 orang

Page 10: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

10

Peserta menerangkan kegunaan peralatan yang dibekalkan oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Penyerahan Peralatan/Barangan Projek Kepada Peserta

Agihan bekalan baja kepada peserta projek

Penyerahan Peralatan/Barangan Projek Kepada

Peserta

Mencuba hasil projek

Lawatan ke tapak projek

Pegawai Tenaga Kerja bergambar bersama peserta projek

Lawatan ke tapak projek

Projek :Jahitan & Membuat Kuih di Kg. Buntal.

Projek :Tanaman Jagung di Rh. Akoh, Medamit.

Projek :Tanaman Sayur & Jagung di Rh. John Ujang, Durin.

Projek :Memproses Getah di Rh. Baling, Penurin.

Projek :Kraftangan rotan di Rh. Mujah Atin,Km 13, Jalan Bintulu / Miri

Projek :Kraftangan manik di Rh. Wilson Bana, Po Ai

Peserta :7 orang

Peserta :33 orang

Peserta :6 orang

Peserta :8 orang

Peserta : 11 orang

Peserta :11 orang

PTK

PTK

PTK

PTK

PTK PTK

Kuching

Limbang

Sibu

Betong

Bintulu Sri Aman

Page 11: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Kota Samarahan

& Serian

Limbang& Lawas

24 Oktober 2013

2 November 2013

Dewan Masyarakat Serian

Dewan Suarah Limbang

Majikan : 39Pusat Latihan : 2

Penempatan : 222 Orang

Majikan : 9Pusat Latihan : 3

Penempatan : 133 Orang

11

Diari Program Penempatan Pekerjaan (3P)sepanjang bulan September - Disember 2013

KUCHING

Bintulu

Sri Aman

Sibu

7 September 2013

27 September 2013

21 September 2013

12 Oktober 2013

Dewan MasyarakatPadawan Batu 10

Parcity Everly

Dewan Suarah

RH Hotel

Majikan : 20Penempatan : 141 Orang

Majikan : 23Penempatan : 15 Orang

Majikan : 7Pusat Latihan : 1

Penempatan : 46 Orang

Majikan : 23Pusat Latihan : 1

Penempatan : 51 Orang

Page 12: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Perbarisan dan Rapat Raksasa Sempena Dengan Sambutan Hari Jadi Ke-92

TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Sambutan Hari Jadi Ke-92 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri

Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin yang telah diadakan pada 14 September 2013 di Stadium Negeri, Kuching berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna-warni.

Sebanyak 92 kontinjen mengambil bahagian dalam sambutan tersebut yang membabitkan lebih 5,000 orang termasuk kontinjen daripada JTK Sarawak. Kontinjen yang diketuai oleh Encik Bruno Jong Kim Luing ini disertai oleh 26 orang pegawai dan staf JTK Sarawak.

12

Page 13: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Encik Phang Pin dan Encik Tujoh sedang menyampaikan ceramahnya.

Para peserta tekun mengikuti kursus ini

Penyelesaian pertikaian di Mahkamah Buruh merupakan salah satu peranan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dalam menguatkuasakan undang-undang perburuhan. Sehubungan dengan itu, Unit Undang-Undang telah menganjurkan Kursus Jurubahasa dan Penghantar Notis pada 23 - 26 September 2013 di Hotel 56 Fiftysix, Kuching.

Para peserta terdiri daripada 14 orang Jurubahasa Gred L17 – L22 dan 16 orang Penghantar Notis Gred N1 – N3.

Sepanjang kursus ini dijalankan, Jurubahasa diberikan latihan intensif berhubung dengan tugas dan peranan mereka dalam pengurusan pertikaian buruh termasuk tanggungjawab secara keseluruhan dalam memastikan kelancaran perjalanan kes di Mahkamah Buruh.

Manakala Penghantar Notis diberi pendedahan yang lebih jelas dan terperinci untuk menjalankan tugas mereka dengan efektif.

Dua orang pegawai yang berpengalaman iaitu Encik Phang Pin dari Pejabat Tenaga Kerja Kuching dan Encik Tujoh anak Bachat dari Pejabat Tenaga Kerja Bintulu telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

13

KURSUSJURUBAHASA& PENGHANTARNOTIS

Page 14: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

14

Kursus ADOBE PHOTOSHOP CS3

Taklimat pelaksanaan Projek Komunikasi Bersepadu Sektor Awam “Government United Communication” (1GovUC) di Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Satu taklimat berkenaan Pelaksanaan Projek Komunikasi Bersepadu Sektor Awam “Government Unified Communication” (1GovUC) telah diadakan pada 18 November 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

Taklimat disampaikan oleh Encik Firdaus bin Mat Nayan daripada Telekom Malaysia Berhad (TM) yang merupakan perunding (vendor) kepada projek ini. Puan Noormieeazniee binti Muhamad Nor dari Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Sumber Manusia (KSM) turut hadir bagi menjawab persoalan-persoalan yang diajukan sepanjang taklimat berkenaan.

Wakil dari Jabatan Perhubungan Perusahaan Cawangan Sarawak, Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Sarawak, Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak turut mengikuti taklimat yang disampaikan.

Taklimat ini diadakan bertujuan memberi pendedahan mengenai penggunaan aplikasi emel Microsoft Outlook 2010 dan Microsoft Lync 2010 agar dapat membantu para pengguna di pejabat masing-masing memasang perisian Outlook 2010 dan mengoperasikannya bagi menggantikan emel Server Zimbra.

Kursus Adobe Photoshop CS3 telah diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2013 di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak. Kursus ini disasarkan kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja mereka bentuk imej atau grafik bagi tujuan penghasilan web, persembahan multimedia dan penerbitan buletin serta laporan-laporan Jabatan.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Chrysostom anak

Thomas, Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Penyelidikan & Maklumat, Ibu Pejabat JTK Sarawak dan dihadiri 19 orang warga kerja JTK Sarawak.

Para peserta dilatih menggunakan teknik penyelarasan dan pendedahan cahaya, ‘crop’ dan

perubahan imej, penyingkiran latar belakang, ‘layer’, pengubahsuaian gambar dan pengaplikasian imej serta kombinasi imej.

Sesi penyampaian sijil kepada para peserta Kursus telah disempurnakan oleh Puan Azizah binti Jaaffar, Ketua Bahagian Penyelidikan & Maklumat, Ibu

Pejabat JTK Sarawak.

Encik Chrysostom anak Thomas sedang menyampaikan ceramahnya.

Page 15: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

15

Program Bersama Penerima Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU)

Gambar kenangan bersama usahawan SBGP-OKU dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Sumber Manusia

Usahawan SBGP-OKU mengurut orang awam yang hadir Nasihat hal ehwal perburuhan di booth JTK Sarawak

Perkongsian kisah kejayaan Penerima Geran.Dari kiri : Donny anak Jaranding, Lim Ngian Chuang dan

Medam anak Nuber

Penerima-penerima geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) telah diraikan di dalam satu program yang telah diadakan pada 10.12.2013 di The Regency Rajah Court Hotel, Kuching. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Puan Hayati binti Narayan.

Program ini diadakan bertujuan menghargai usaha para peniaga OKU di dalam meluaskan perniagaan dengan bantuan geran yang diterima daripada JTK Sarawak. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan motivasi serta menyuntik semangat bakal usahawan OKU dan seterusnya mampu memberikan peluang pekerjaan kepada OKU yang lain.

Majlis turut dihadiri oleh wakil dari Sarawak Society for The Blind, Sarawak Cheshire Home, Persatuan Ibu Bapa Kanak-kanak Cacat Sarawak, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Pusat Latihan Orang-Orang Buta Kuching, Majikan-majikan yang menggajikan OKU, Jabatan-Jabatan serta Agensi Kerajaan.

Antara aktiviti yang berlangsung semasa majlis tersebut ialah persembahan klip video, perkongsian kisah kejayaan 3 orang penerima geran, penyampaian plak dan cek geran serta pameran perniagaan daripada TN Massage Centre, Blessed Printing & Embroidery Services, Mei Kwang Unisex Fashion & Hair Saloon dan Motion Phrosthetic Orthotic Center.

Page 16: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

16

Penggambaran klip video mengenai Program Skim Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) di Sarawak.

~ Hari Keluarga ~

Rakaman klip video Program SBGP-OKU di Sarawak telah dijayakan oleh Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan dan JTK Sarawak. Klip video ini dihasilkan bertujuan mempromosikan Program SBGP-OKU.

Ia memaparkan latar belakang program di samping kisah 3 orang usahawan SBGP-OKU iaitu Encik Duin bin Kuni, Encik Tazlan bin Jen dan Encik Medam anak Nuber.

Sambutan hari keluarga di Borneo Rainforest Miri telah diadakan pada 30 November 2013 bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga kerja PTK Miri. Selain itu, ia juga dapat merehatkan minda setelah bertungkus lumus menjalankan tugasan seharian.

Aktiviti / Program Kelab

Selamat hari lahir diucapkan kepada Puan Loren anak Vincent, Encik Johnley anak Injan, Encik Mohd. Nazri bin Bakawi, Encik Mohd. Shafie bin Mahusin dan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak iaitu Encik August Buma yang lahir pada bulan Disember. Sambutan hari lahir ini telah diadakan pada 12 Disember 2013 di PTK Marudi.

Selamat Hari Lahir!

Page 17: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

17

Pada 28 dan 29.9.2013, telah berlangsungnya Program Hari Keluarga di bawah anjuran Jawatankuasa Kecil Kelab Sosial dan Kebajikan Cawangan Ibu Pejabat bertempat di Palm Beach Resort Sematan. Objektif utama Program ini adalah untuk berkenalan dengan keluarga ahli kelab serta warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak agar ikatan persaudaraan lebih erat antara satu dengan yang lain.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya Mumia, isi air dalam botol menggunakan span, baling telur dan lain-lain lagi. Kemeriahan dan keseronokan ini dapat dirasai oleh para peserta yang ‘sporting’.

Program ini disusuli dengan acara karaoke, tarian poco-poco, cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah memenangi acara sukaneka tesebut.................................................................................................................................................................................

Jawatankuasa Kecil Kelab Sosial Dan Kebajikan Cawangan Ibu Pejabat~ Hari Keluarga ~

Page 18: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

18

Perlawanan persahabatan bola sepak antaraPejabat Tenaga kerja Miri dengan ILP Miri

PTK Miri telah menganjurkan Majlis Perpisahan untuk Puan Napsiah binti Nen, Pembantu Perhubungan Perusahaan S22 (M) ke Pejabat Tenaga Kerja Kuching pada 28.11.2013. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.

Majlis PerpisahanPuan Napsiah binti Nen

Perlawanan persahabatan ini telah diadakan di Padang ILP Miri. Ahli pasukan PTK Miri terdiri daripada 8 orang pemain dan 1 orang Pengurus.

Syabas diucapkan kepada pasukan PTK Miri yang telah memenangi perlawanan dengan jaringan 4 – 1

Page 19: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

19

Apakah peruntukan undang-undang umur persaraan minimum ?

Seksyen 4 Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) menetapkan bahawa umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja mencapai umur 60 tahun.

......................................................................................

.......................................................................................

............................................................................................

Permulaan kuatkuasa :

Permulaan kuatkuasa :1 Julai 2013 ke atas semua majikan tanpa mengira jumlah bayaran gaji yang dibayar, kecuali bagi kategori pekerja dalam Jadual Seksyen 2 Akta.

Jadual Seksyen 2 :

Persaraan Pilihan :

Seksyen 6 - Umur persaraan yang lebih awal daripada umur persaraan minimum, boleh ditetapkan oleh majikan dengan persetujuan pekerja dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif. Seseorang pekerja boleh memilih untuk bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan tersebut.

1

2

3

seseorang yang diambil kerja secara tetap, sementara atau kontrak dan dibayar emolumen oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan mana-mana Negeri, mana-mana badan berkanun atau mana-mana pihak berkuasa tempatan;

*

seseorang pelajar yang diambil

kerja di bawah mana-mana

kontrak untuk tempoh pekerjaan

sementara tetapi tidak termasuk

pekerja dalam cuti belajar dan

pekerja yang sedang belajar

secara separuh masa;

*

seseorang yang diambil

kerja untuk suatu kontrak

perkhidmatan bertempoh tetap

termasuk apa-apa pelanjutan,

yang tidak lebih daripada 24

bulan; dan

* seseorang yang, sebelum 1 Julai 2013, telah bersara pada umur 55 tahun atau lebih dan kemudiannya bekerja semula selepas dia bersara.

*

seseorang yang diambil kerja dalam apa-apa pekerjaan dengan purata waktu bekerjanya tidak melebihi 75% waktu bekerja biasa seseorang pekerja sepenuh masa;

**

*

**

seseorang yang bekerja dalam tempoh percubaan; seseorang perantis yang diambil kerja di bawah kontrak perantisan; pekerja bukan warganegara; pekhidmat domestik;

Pelaksanaan Akta Umur Persaraan Minimum 2012Sudut Pendidikan Perburuhan

Page 20: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Ketidaksahan Terma Umur Persaraan Dalam Kontrak Perkhidmatan Dan Perjanjian Kolektif Sedia Ada :

Seksyen 7 - Majikan perlu meminda umur persaraan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif kepada umur persaraan 60 tahun sekiranya umur persaraan sedia ada lebih rendah.

4

Terkini Di Pusat Sumber

............................................................................................................................................................................

Sila berhubung dengan Puan Salina binti Ali di Ibu Pejabat untuk urusan peminjaman buku.

20

Page 21: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Selaras dengan pelaksanaan 1GovUC ini, Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet (JITIK) Bilangan 1 Tahun 2013 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 12 Julai 2013 memutuskan supaya “Pelaksanaan 1GovUC hendaklah menyeluruh kepada Semua Kementerian, Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Audit Negara”.

Pelaksanaan Projek Komunikasi Bersepadu Sektor Awam“ Government Unified Communication” (1GovUC)

Info ICT

21

1

PUNCA KUASA

Sumber: (ETP Chapter 12, Page 411)

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK | 2013

5

PELAKSANAAN DI KSM

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK | 2013

4

PERKHIDMATAN TELEPRESENCE

• 3 Lokasi: MAMPU Cyberjaya, MAMPU Cawangan Sarawak dan MAMPU Cawangan Sabah

• Pengguna: Sektor Awam

• Untuk tempahan, emel kepada [email protected]

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK | 2013

2

TUJUAN

Meningkatkan perkhidmatan

komunikasi dan kolaborasi bersepadu

Sektor Awam yang diuruskan secara

berpusat di MAMPU melalui

penggabungan pelbagai kaedah

komunikasi seperti voice, e-mail, instant

messaging, audio/video conferencing,

SMS dan fax.

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK | 2013

3 3

3

KOMUNIKASI BERSEPADU

•Feb 2014: 200,000 pengguna •Microsoft Outlook dan Microsoft Lync 2010

Budaya Kerja Digital

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK | 2013

Page 22: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

22

Berita Warga

Seluruh warga kerja JTK Sarawak mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima pingat daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah seperti berikut :

Syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin :

Encik August Buma, Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, di atas kurniaan Pingat Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (J.S.M) pada 7.11.2013;

Encik Fabian Punan anak Liam, Pegawai Tenaga Kerja (Gred S32) dari PTK Lawas kerana dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada 7.11.2013; dan

Puan Nancy Yeo, Jurubahasa (Gred L22 (KUP)) dari PTK Bintulu kerana dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada 21.11.2013.

Puan Susa anak Supak, Pembantu Tadbir (Gred N17) dari Ibu Pejabat kerana dikurniakan Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.) pada 19.12.2013.

Pengurniaan Pingat

Page 23: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Khaty anak JuniPT (P/O) N17 Lantikan Baru PTK Miri17.09.2013

Nuur Nasyrah binti Zainal AbidinPembantu Perhubungan Perusahaan S17Lantikan Baru Ibu Pejabat, Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan02.09.2013

Abdul Hadi bin Abu SamahPT (P/O) N17Lantikan Baru PTK Sibu 17.09.2013

NamaJawatanDariKePada

NamaJawatanDariKePada

NamaJawatanDariKePada

:::::

:::::

:::::

Chrysostom anak Thomas Pegawai Teknologi Maklumat (F41)Bahagian Penyelidikan & Maklumat, Ibu PejabatChrysandre Patterson Nyaring anak Chrysostom12 Oktober 2013Lelaki

Nama bapaJawatanPejabatNama anakTarikh lahirJantina

::::::

Ryan Melvin Suyang anak Valentine Pemandu Kenderaan (R3)Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu PejabatClif Aidan anak Ryan Melvin Suyang29 November 2013Lelaki

Nama bapaJawatanPejabatNama anakTarikh lahirJantina

::::::

Warga kerja JTK Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada 4 orang Pegawai dan Staf baru.

Salam Perkenalan

Cahaya Mata

Syarifah Fatimah Azura binti Wan AliPegawai Undang-Undang L44 (M)Unit Guaman, Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala LumpurIbu Pejabat, Unit Undang-Undang20.11.2013

NamaJawatanDariKePada

:::::

23

Shazwani binti Yakob dan Serkawi bin BusrahPembantu Setiausaha Pejabat (N17)Ibu Pejabat dan PTK KuchingMohd Afzatul Asyraf bin Serkawi25 Disember 2013Lelaki

Nama ibu dan bapaJawatanPejabat ibu dan bapaNama anakTarikh lahirJantina

::::::

Page 24: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

PertukaranSelamat menjalankan tugas di tempat baharu diucapkan kepada :

Puan Stephanie anak RisengPegawai Undang-Undang (Gred L44)Ibu Pejabat, Unit Undang-UndangKementerian Pertanian Industri dan Asas Tani, Putrajaya20.11.2013

Napsiah binti Nen Pembantu Perhubungan Perusahaan S22 (M)Pejabat Tenaga Kerja MiriPejabat Tenaga Kerja Kuching 18.11.2013

Jamahari bin YusopPembantu Am Pejabat N1Pejabat Tenaga Kerja Bakun Pejabat Tenaga Kerja Kuching 18.11.2013

NamaJawatanDariKePada

NamaJawatanDariKePada

NamaJawatanDariKePada

:::::

:::::

:::::

Pegawai Dan Staf Yang Bertukar Ke Jabatan Lain

Pegawai Dan Staf Yang Bertukar Pejabat (Dalaman)

Salam TakziahWarga kerja JTK Sarawak mengucapkan takziah kepada Encik Mohd. Nazri bin Mohd Yusof, Pegawai Tenaga Kerja Gred S27 yang bertugas di PTK Miri atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah pada 14.11.2013

24

Page 25: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

25

Coretan kenangan warga kerjaJabatan Tenaga Kerja Sarawak

Sebagai awal bicara syukur alhamdullilah kerana saya berkesempatan mewakili warga kerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK) untuk mengabadikan coretan kenangan yang dilalui oleh warga kerja JTKSWK sepanjang 2013 dalam keluaran Buletin JTK Sarawak Edisi 9 (September 2013 – Disember 2013). Pada ketika saya mencoret kenangan ini 2013 telah pun menutup tirainya dan kita telah bertukar kalendar 2014. Sebagai manusia biasa setiap daripada kita sudah semestinya menaruh harapan agar kedatangan tahun baharu 2014 ini akan membawa suasana lebih baik dalam kehidupan kita.

Sepanjang 2013 banyak sejarah dan kenangan yang dilalui oleh warga kerja JTKSWK , baik dan buruk semuanya menjadi panduan untuk hari mendatang kepada kita semua. Setiap kali membuka tirai tahun baharu, ramai yang memasang azam baharu dan tidak salah kita memasang azam tapi adakah azam tahun lepas sudah tertunai. Bercakap mengenai azam teringat saya akan tahun 2013 melihat warga kerja JTKSWK terlibat dalam Program AZAM Kerja. Dalam menjayakan Program AZAM Kerja ini bagi memastikan program ini mencapai objektifnya kita telah mengambil dua pendekatan iaitu melalui Program Penyesuaian Kerjaya (2PK) dan Program Berkelompok/Komuniti. Sebagai warga kerja JTKSWK kita seharusnya berasa amat bersyukur kerana program yang dirancang dapat berjalan dengan sempurna. Apa yang lebih membanggakan, kita tidak perlu khidmat orang luar atau konsultan untuk menjayakan program seperti ini. Semua ini dilakukan oleh kita termasuklah memberi motivasi kepada golongan sasaran bagi tujuan peningkatan kerjaya serta meningkatkan keupayaan menjana pendapatan. Walaupun kita tidak sehebat mana berbanding dengan agensi-agensi lain namun semua pihak seharusnya menghargai apa yang kita lakukan kerana kita baru berusia setahun jagung dalam program seperti ini.

Sepuluh tahun yang lalu mungkin tidak terfikir oleh pegawai-pegawai di JTKSWK untuk terlibat dalam kerja-kerja komuniti bagi menjana pendapatan penduduk kampung atau rumah panjang. Sebenarnya keadaan semasa telah menjadikan peranan setiap pegawai kerajaan semakin bertambah agar ia sentiasa relevan di mata rakyat dan sesuai dengan ungkapan “Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan”. Program Berkelompok/Komuniti memerlukan kita berfikir apakah projek yang perlu dilaksanakan untuk memberi pendapatan tambahan kepada kalangan peserta dalam senarai e-Kasih yang belum pernah menerima sebarang bantuan dan sudah tentu program ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Dalam membelanjakan peruntukan kewangan di bawah AZAM Kerja yang merupakan hak milik rakyat miskin peruntukan yang diberi hendaklah dibelanjakan dengan cekap agar setiap sen yang dibelanja sampai kepada golongan sasaran. Kerja-kerja yang kita laksanakan ini jika kita ikhlas melakukannya dan tidak berharap kepada sebarang balasan sesungguhnya satu hari nanti kita akan mendapat

Page 26: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

26

ganjaran yang berlipat kali ganda. Sebagai satu peringatan termasuklah saya sendiri janganlah ada di antara kita yang cuba mengambil kesempatan untuk mendapat ganjaran walaupun sebesar zarah sekalipun daripada pelaksanaan Program AZAM Kerja ini. Ingatlah jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Waspadalah kerana jika kita melakukannya, kita telah menggadai maruah diri dan bangsa kita sendirI.

Tahun 2013 juga telah meninggalkan satu lagi agenda penting terutamanya kepada pegawai-pegawai penguatkuasa JTKSWK di mana pada tahun inilah dua perintah telah diwartakan oleh kerajaan. Pada 1 Januari 2013, Perintah Gaji Minimum 2012 mula dilaksanakan dan pada 1 Julai 2013, Perintah Umur Persaraan Minimum 2013 pula telah dilaksanakan. Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 adalah tepat pada masanya kerana negara kita kini ke arah hasrat untuk melihat rakyatnya berpendapatan tinggi. Perenggan 4 dalam Perintah Gaji Minimum 2012 memperuntukkan kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja di Sarawak adalah sebanyak RM800.00 sebulanan dan RM3.85 sejam bagi pekerja yang dibayar mengikut jam. Dalam memberi kesedaran kepada majikan berkenaan perintah ini beberapa siri penerangan telah diadakan sepanjang tahun 2013.

Kenaikan gaji tentulah diterima dengan rasa penuh gembira oleh pekerja dan pihak majikan sudah tentunya berkehendakkan kenaikan gaji ini selaras dengan peningkatan produktiviti. Semestinya kita akan dibebani dengan soalan bagaimana mengatasi masalah displin pekerja yang sering ponteng kerja, tidak mengikut arahan dan sebagainya sehingga menjejaskan pengeluaran syarikat. Situasi-situasi ini juga akan dijadikan satu alasan untuk majikan menggaji pekerja bukan pemastautin. Semua ini harus kita tangani dengan bijak demi menjaga imej jabatan kita.

Pelaksanaan Perintah Umur Persaraan Minimum 2013 yang memberi kuasa kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk menguatkuasakan perintah ini menggambarkan bahawa peranan kita menjadi semakin penting. Relevannya perintah ini dilaksanakan atas sebab kerajaan melihat bahawa penduduk Malaysia pada usia ini masih sihat dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan juga masyarakat. Melalui Penguatkuasaan Akta 753 Akta Umur Persaraan Minimum 2012 telah memberi kuasa kepada Pegawai Tenaga Kerja untuk menyiasat aduan di bawah Seksyen 8(5)(b) akta berkenaan iaitu:

Supaya mengembalikan semula pekerja ini kepada pekerjaan asalnya dan membayar pekerja itu apa-apa tunggakan gaji yang dikira dari tarikh pekerja itu telah dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pengembalian kerja itu atau

i.

Page 27: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

Supaya membayar pekerja itu pampasan sebagai ganti pengembalian semula kerja yang tidak melebihi amaun keseluruhan gaji pekerja itu yang dikira dari tarikh pekerja itu tidak dibersarakan secara pramasa sehingga tarikh pekerja itu mencapai umur persaraan minimum.

ii.

27

Jika diteliti berdasarkan kuasa seperti di atas, kuasa yang ada pada Pegawai Tenaga Kerja dengan Mahkamah Perusahaan adalah sama malahan akta ini yang memberi kuasa memerintahkan pampasan future earnings kepada Pegawai Tenaga Kerja seolah-olah melebihi kuasa Presiden Mahkamah Perusahaan. Inilah cabaran kepada kita semua kerana kuasa yang diberi amatlah besar dan tugas ini haruslah kita jalankan dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah. Dalam masa yang sama kita harus membuktikan bahawa kita mampu melakukannya.

Tahun 2014 dijangkakan akan menjadi tahun yang lebih mencabar kepada kita semua. Pada tahun 2014 selain daripada melibatkan penyertaan peserta dalam senarai e-Kasih, pada tahun ini juga kerja-kerja pemantauan ke atas peserta Program AZAM KERJA 2013 perlu dilaksanakan. Dalam masa yang sama langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih proaktif juga perlu diambil bagi memastikan majikan mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012 agar ia selaras dengan kenyataan akhbar Menteri Sumber Manusia pada 3 November 2013 yang menyatakan Perintah Gaji Minimum 2012 akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2014. Program AZAM Kerja, Perintah Gaji Minimum 2012 dan Perintah Umur Persaraan Minimum 2013 seperti yang saya sentuh di atas adalah berkait rapat dengan agenda kerajaan untuk kita mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Kita hanya tinggal enam tahun lagi untuk mencapai hasrat kerajaan ini. Persoalannya sekarang adakah kita telah bersedia atau pun kita masih di takuk lama. Anggapan “itu bukan kerja saya” dan sikap bekerja menunggu arahan haruslah dielak bagi memastikan kita sama-sama merealisasikan hasrat kerajaan.

Sebagai akhir bicara marilah kita sama-sama menghadapi cabaran yang akan mendatang dan seterusnya meningkatkan produktiviti walaupun kita merasakan sumber yang kita ada adalah terhad sama ada dari segi peruntukan kewangan dan sumber manusia. Jadikanlah kenangan yang kita lalui pada tahun 2013 menjadi satu pengalaman yang begitu berharga untuk kita semua. Percayalah pengalaman yang kita lalui akan menjadikan kita lebih matang. SELAMAT TINGGAL 2013.

ISMAIL BIN MOHAMMADPengerusiAhli Majlis Bersama Jabatan Bagi Pihak Pekerja,Sesi 2013/2014.

...........................................................................................................................................................................

Page 28: Dari Meja Ketua Editor - jtkswk.gov.my · Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja Ceramah Penampilan Diri / Etika Berpakaian & Pengurusan Diri oleh Encik Khairul Nizam Julaihi, Pembantu

DIREKTORI

PUSAT JOBSMALAYSIA (JMC)Sublot 17, Lot 11884, Ground Floor (Corner Lot),

KCLD, Jalan Tun Jugah, 93532, Kuching, SarawakTel : 082-576497 Faks : 082-576492

E-mel : [email protected]

IBU PEJABAT JABATAN TENAGA KERJA SARAWAKTingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93532 Kuching, Sarawak.

Tel: 082-242261 Fax: 082-244909 E-mel : [email protected] web: http://jtkswk.mohr.gov.my

Direkaletak dan dicetak oleh:Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93554 Kuching

Tel : 082-241131, 241132, 248876 Faks : 082-412005E-mel : [email protected] Laman Web : http://www.printnasional.com.my

PEJABAT TENAGA KERJA KUCHINGTkt 7-8, Bangunan KWSP,Jalan Upland, Simpang Tiga,Peti Surat 375, 93300 Kuchnig.Tel: 082-247 349 Faks: 082-247 305E-mel : [email protected] PEJABAT TENAGA KERJA SERIANTkt Bawah, Lot 1061-1062, Jln. Alamanda,Serian Town District, 94700 Serian, Sarawak.Tel:082-874 840 Faks: 082-875 299E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA KOTA SAMARAHAN Sub Lot No.33 (Lot 4681),Tkt Bawah 1&2, Fasa 17, Blok 1, Desa Ilmu, Sarawak Land District, Jln Dato’ Mohd Musa94300 Kota Samarahan, Sarawak.Tel: 082-616 073 Fax: 082-616 054E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SRI AMANTkt. Bawah, Bgn. Persekutuan Fasa II, Jln Kejatau, Peti Surat 83,95007 Sri Aman, Sarawak.Tel: 083-322 527 Faks: 083-323 194E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BETONGSublot 23, Lot 177, Tkt. Bawah, 1 & 2, Betong Town District, 95700 Betong, Sarawak.Tel: 083-471 501 Fax: 083-472 945 E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SARATOKGround Floor, 3 Storey Shophouse,Lot 719, Saratok Town District, 95400 Saratok, Sarawak.Tel: 083-438 603 Fax: 083-438 609 E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA SARIKEITkt.2, Bangunan Persekutuan, Jln. Bgn. Kerajaan,Peti Surat 509, 96108 Sarikei, Sarawak.Tel: 084-651 242 Faks:082-654 011E-mel : [email protected] PEJABAT TENAGA KERJA SIBUTkt.3, Wisma Persekutuan Blok 3,Lot 462, Persiaran Brooke,Peti Surat 431, 96007 Sibu, Sarawak.Tel: 084-330 700 Faks: 084-317 284E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA KAPITTkt.2, Wisma Persekutuan, Jln Kapit By-Pass,Peti Surat 75, 96807 Kapit, Sarawak.Tel: 084-796 430 Faks: 084-797 637E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MUKAHSublot No.43, Lot 924 & 927, Blok 68,Mukah Land District, Mukah Town Extension Phase II96400 Mukah, Sarawak.Tel: 084-874 179 Fax: 084-874 182E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BINTULUTkt.2, Bgn.Persekutuan, Batu 2,Jln Bintulu/ Miri, Peti Surat 418,97008 Bintulu, Sarawak.Tel: 086-337 625 Faks: 086-339 457E-mel: [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA BAKUNNo. 4, Sungai Asap Commercial Centre, Belaga, Peti Surat 418, 97008 Bintulu, Sarawak.Tel: 019-859 5286 Fax: 086-339 457E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MIRITkt.3, Bgn. Persekutuan, Jln. Gartak,Peti Surat 541, 98007 Miri, Sarawak.Tel: 085-419 949 Faks: 085-417 181 E-mel : [email protected]

PEJABAT TENAGA KERJA MARUDITkt.2, Bgn. Persekutuan, Jln. Kampung Cina,Peti Surat 224, 98508 Marudi.Tel:085-755963 Faks:085-756559E-mel : [email protected] PEJABAT TENAGA KERJA LIMBANGTkt.2, Bangunan Persekutuan, Jalan Fisher,Peti Surat 128, 98707 Limbang, Sarawak.Tel:085-211 228 Faks: 085-212 461E-mel : [email protected] PEJABAT TENAGA KERJA LAWASTkt. Bawah 1&2,Bangunan Kedai 3 Tingkat,Lot 334, Jalan Trusan,Lawas Town District, 98850 Lawas, Sarawak.Tel: 085-285 452 Fax: 085-285 476E-mel : [email protected]

Talian Terus Bilik Gerakan Gaji Minimum : 082 - 254 281 Emel Bilik Gerakan Gaji Minimum : [email protected]

................................................................................................................................................................

©Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buletin ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak. Artikel yang disiarkan dalam laporan ini tidak semestinya

mencerminkan pendirian dan dasar JTK Sarawak.