dasar dan manual keselamatan dan · pdf filekeselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib...
TRANSCRIPT
DASAR DAN MANUAL KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN
DISEDIAKAN OLEH : DILULUSKAN OLEH :
TANDATANGAN : TANDATANGAN :
TARIKH : TARIKH :
1 OGOS 2007 1 OGOS 2007
NO. DOKUMEN :
JTM-DKKP
NO. SEMAKAN : 0 NO. RPD : 0 TKH. KUATKUASA : 01.08.07 MUKA SURAT : 1 DRP 17
ILJTM
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 2 DRP 17
1. PENGENALAN KEPADA DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16 yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar am keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Antara perkara tersebut termasuklah;
i. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan; ii. Menubuhkan organisasi dan perkiraan untuk menjayakan pelaksanaan dasar; iii. Mengkaji semula dasar; dan iv. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hanya boleh digunakan setelah diluluskan oleh Ketua Pengarah JTM. Pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini mestilah mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Mana-mana bahagian daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran Ketua Pengarah JTM.
PENGENALAN
ILJTM
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 3 DRP 17
2. OBJEKTIF
Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk;
i. Menyatakan tumpuan dan komitmen JTM dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di semua premisnya.
ii. Menggariskan dasar dan objektif JTM dalam membangun dan melaksanakan
program-program dan aktiviti-aktiviti dalam menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.
iii. Menerangkan mengenai peranan dan tanggungjawab organisasi serta perkiraan-
perkiraan yang perlu diambil untuk memastikan pernyataan dasar direalisasikan; iv. Menjelaskan secara ringkas sistem keselamatan yang dilaksanakan serta
menetapkan standard yang perlu dicapai.
ILJTM
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 4 DRP 17
3. MAKLUMAT ORGANISASI
JTM merupakan salah sebuah daripada jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang terdiri daripada sepuluh jabatan. Fungsi utama JTM adalah melaksanakan pembangunan latihan kemahiran sumber manusia menerusi 26 buah institusi latihannya. Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) merupakan institut latihan di bawah kendalian Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILJTM terdiri daripada 26 buah institut iaitu ADTEC (4), JMTI (1) dan ILP (21).
ILJTM ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM bertanggungjawab bagi mengeluarkan pekerja-pekerja mahir, pensyarah latihan vokasional, menjalankan penyelidikan latihan vokasional dan menyediakan maklumat dan peluang-peluang latihan untuk sektor industri dan para belia lepasan SPM. Pusat Latihan ILJTM dilengkapi dengan kemudahan mesin serta peralatan latihan yang termoden dan terkini, untuk mengendalikan kursus-kursus peringkat tinggi.
ILJTM telah memulakan operasinya pada tahun 8 Mei 1969 di ILP Kuala Lumpur dan telah berkembang menjadi 26 buah institut pada RMK 8. Dalam RMK 9 sebanyak 7 buah institut lagi akan dibina iaitu terdiri daripada ADTEC (4) dan Institut Latihan Perindustrian (3). ILJTM mengendalikan kursus-kursus kemahiran sepenuh masa bertaraf Sijil, Diploma Teknologi, Diploma Lanjutan Teknologi dan Diploma Pengajar Vokasional di samping kursus-kursus separuh masa (customize) bagi memenuhi keperluan industri. Objektif penubuhan ILJTM adalah untuk :
i. Melahirkan tenaga pekerja mahir untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian
negara. ii. Meningkatkan kemahiran pekerja industri ke arah pembangunan negara. iii. Memudahkan para lepasan sekolah memperolehi pekerjaan dengan berbekalkan
latihan kemahiran berasaskan keperluan industri.
ILJTM
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 5 DRP 17
Carta Organisasi JTM adalah seperti di LAMPIRAN 1.
4. ALAMAT SURAT MENYURAT
Alamat surat menyurat bagi JTM adalah: JABATAN TENAGA MANUSIA Aras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62503 Putrajaya Tel : 03-8886 5555 Fax: 03-8889 2417 E-mel : [email protected] Laman Web : www.jtm.gov.my Alamat surat menyurat bagi ILJTM adalah seperti di LAMPIRAN 2
5. PELAN DAN LOKASI
Lokasi geografik JTM dan ILJTM adalah seperti di LAMPIRAN 3.
6. SKOP PELAKSANAAN
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini hendaklah dilaksanakan di semua premis JTM dan ILJTM.
carta%20organisasi%20JTM.doc
ILJTM
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 6 DRP 17
7. RUJUKAN NORMATIF
Penyediaan dokumen ini adalah merujuk kepada kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta peraturan-peraturannya dan lain-lain akta yang berkaitan serta Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah dan perintah dan tertakluk kepada pindaan atau perubahan terkini (jika ada). Kewajipan menyediakan dasar am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja diperuntukan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Bahagian IV Seksyen 16.
Kecuali dalam apa-apa hal yang ditetapkan, adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula penyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian kesemua pekerjanya.
Pengecualian terhadap keperluan seksyen ini hanyalah bagi majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri yang menjalankan sesuatu pengusahaan dengan tidak lebih daripada lima orang pekerja (Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pernyataan Dasar Am Keselamatan dan Kesihatan Majikan)(Pengecualian) 1995.
ILJTM
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 7 DRP 17
8. DEFINISI & TERMINOLOGI
Penggunaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah tertakluk kepada terma dan definisi seperti berikut:
Terminologi
AKKP : Arahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
CPR : Cardio Pulmonary Resuscitation
BKKP : Borang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
DKKP : Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
J/K : Jawatankuasa
JKK : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
JKKP : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JTM : Jabatan Tenaga Manusia
ILJTM : Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
KJ : Ketua Jabatan
KB : Ketua Bahagian
KPD : Kelengkapan Perlindungan Diri
KU : Ketua Unit
PKK : Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
PKKP : Prosedur Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
RMK8 : Rancangan Malaysia Ke 8
RMK9 : Rancangan Malaysia Ke 9
Definisi
Kakitangan : Pegawai dan Staf JTM dan ILJTM
Pegawai Insiden : Ahli J/K Kecil Kebakaran Dan Pengosongan Bangunan
Pengawal Insiden : Pengerusi J/K Kecil Kebakaran & Pengosongan Bangunan
Pelanggan : Pelajar, Kontraktor, Pembekal dan Pelawat di premis JTM dan ILJTM
Premis : i) mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan JTM dan ILJTM ii) mana-mana kenderaan JTM dan ILJTM
iii) apa-apa pepasangan di atas tanah atau pepasangan lain JTM dan ILJTM
iv) mana mana struktur boleh alih JTM dan ILJTM
ILJTM
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 8 DRP 17
Tempat Kerja : premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan mesin, peralatan atau bahan
9. DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
dasar.doc
ILJTM-DKKP
DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
NO. SEMAKAN : 0
NO. RPD : 0
BAHAGIAN II (ORGANISASI)
TKH. KUATKUASA : 01.08.07
MUKA SURAT : 11 DRP 17 - 11 - - 11 - of 15
10. ORGANISASI
Menjelaskan tugas dan ta