daulah umawiah

30
daulah umawiah dari tahun 41- 132 hijrah bersamaan : 661 -750 masihi daulah umawiah dinasabkan kepada umaiyah bin abdul syams bin abdul manaf. umaiyah merupakan salah seorang pembesar quraisy di zaman jahiliyyah. beliau dan bapa saudaranya, hasyim bin abdul manaf sering bersaing untuk merebut jawatan ketua dan kemuliaan. cirri-ciri kekuasaan pada zaman jahiliyyah terhimpun pada diri umaiyah iaitu beliau mempunyai harta yang banyak dan 10 orang anak lelaki yang bijak. tatkala nabi muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi rasul, ramai dari kalangan bani umaiyah ini yang memusuhi baginda s.a.w dan mereka menyertai peperangan menentang baginda. ketua mereka abu sufyan , merupakan ketua kabilah quraisy dan panglima mereka dalam dua peperangan iaitu uhud dan ahzab. selepas pembukaan makkah, mereka memluk islam serta menyertai peperangan menentang orang-orang murtad. mereka juga memimpin tentera islam bagi membuka (menakluk) syam. perpindahan pemerintahan kepada bani umaiyyah pemerintahan bertukar tangan kepada bani umaiyyah selepas hassan bin ali menyerahkannya kepada muawiyah peristiwa ini berlaku pada hari 25 rabiuthani pada tahun 41 hijrah muawiyah masuk ke kufah dan ditabalkan menjadi khalifah dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh hassan dan hussin bin ali

Upload: hudaoct

Post on 11-Aug-2015

99 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

umaiyah bin abi sufyan

TRANSCRIPT

Page 1: DAULAH UMAWIAH

daulah umawiah

dari tahun 41- 132 hijrah

bersamaan : 661 -750 masihi

daulah umawiah dinasabkan kepada umaiyah bin abdul syams bin abdul manaf. umaiyah merupakan salah seorang pembesar quraisy di zaman jahiliyyah. beliau dan bapa saudaranya, hasyim bin abdul manaf sering bersaing untuk merebut jawatan ketua dan kemuliaan. cirri-ciri kekuasaan pada zaman jahiliyyah terhimpun pada diri umaiyah iaitu beliau mempunyai harta yang banyak dan 10 orang anak lelaki yang bijak.

tatkala nabi muhammad s.a.w dibangkitkan menjadi rasul, ramai dari kalangan bani umaiyah ini yang memusuhi baginda s.a.w dan mereka menyertai peperangan menentang baginda. ketua mereka abu sufyan , merupakan ketua kabilah quraisy dan panglima mereka dalam dua peperangan iaitu uhud dan ahzab.

selepas pembukaan makkah, mereka memluk islam serta menyertai peperangan menentang orang-orang murtad.

mereka juga memimpin tentera islam bagi membuka (menakluk) syam.

perpindahan pemerintahan kepada bani umaiyyah

pemerintahan bertukar tangan kepada bani umaiyyah selepas hassan bin ali menyerahkannya kepada muawiyah

peristiwa ini berlaku pada hari 25 rabiuthani pada tahun 41 hijrah

muawiyah masuk ke kufah dan ditabalkan menjadi khalifah dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh hassan dan hussin bin ali

lantaran inilah maka tahun itu telah dinamakan sebagai tahun kesatuan (‘amul jamaah), kerana orang ramai pun bersatu di bawah pemerintahan beliau.

bermula dari tahun inilah bani umaiyah menjadi pemimpin semasa zaman jahiliyyah.

bani umaiyyah sempat memerintah negara islam selama 91 tahun , iaitu dari tahun 41 sehingga 132 hijrah bersamaan 661 hingga 750 masihi. bilangan khalifah mereka adalah seramai 14 orang;

1. muawiyah2. yazid

Page 2: DAULAH UMAWIAH

3. muawiyah ii4. marwan 5. abdul malik6. al-walid7. sulaiman bin abdul malik8. umar bin abdul aziz9. yazid bin abdul malik10. hisyam11. al-walid ii12. yazid iii13. ibrahim14. marwan ii

kerajaan umaiyah juga mempunyai panglima-panglima perang yang handal dan terkenal. antara mereka ialah;

1. uqbah bin nafi’2. al-hajjaj bin yusuff al-thaqafi3. musa bin nusir4. toriq bin ziad5. musalamah bin abdul malik6. qutaibah bin muslim7. muhammad bin al-qassim8. nasir bin sayyar

khalifah pertama: muawiah bin abi sufyan

beliau ialah muawiah bin sufyan bin harb, pengasas daulah umawiah.

dilahirkan di makkah 15 tahun sebelum hijrah

beliau memeluk islam pada hari pembukaan kota makkah

ketika itu beliau berusia 23 tahun dan rasulullah melantik beliau sebagai penulis wahyu (al-quran).

tatkala saidina abu bakar menjadi khalifah, beliau telah menghantar muawiah bersama tentera islam sebagai tentera tambahan kepada saudaranya yazid

kemudian beliau telah dilantik sebagai gabenor di salah satu wilayah syam. apabila yazid mangkat, saidina umar melantiknya menjadi gabenor di damsyik.

saidina umar sangat menyenangi muawiah kerana pentadbiran dan politiknya yang baik serta sikapnya yang amanah, lembut dan berhemah tinggi.

Page 3: DAULAH UMAWIAH

ketika saidina uthman menjadi khalifah, beliau telah meletakkan semua daerah syam di bawah pentadbiran muawiah. ini telah menjadikan kedudukannya semakin kuat dan menonjol serta mempunyai pengikut yang ramai.

kerajaan (pemerintahan) muawiah

setelah saidina uthman dibunuh, muawiah hidup berasingan di syam sehinggsa hassan bin ali meletakkan jawatan.

beliau ditabalkan sebagai khalifah pada tahun 41 hijrah. beliaulah yang mengasaskan daulah umawiah dan menjadikan bendera berwarna merah sebagai panji negara.

beliau juga menjadikan damsyik sebagai ibu negarea kepada kerajaannya, kerana letaknya di tengah-tengah negara islam yang luas.

beliau melantik amru bin ‘ash sebagai gabenor mesir, al-mughirah bin syu’bah sebagai gabenor kufah, ziad bin ayahnya sebagai gabenor basrah

selepas kematian al-mughirah, kufah diletakkan di bawah pentadbiran ziad, begitu juga dengan bahrain, oman dan khurasan.

memerangi kumpulan khawarij

apabila muawiah dilantik, kaum khawarij bangun memberontak

kelembutan dan sifat toleransi muawiah sedikit pun tidak member manfaat kepada mereka

lalu muawiah menghantar satu pasukan dari kalangan penduduk syam untuk memenangi kaum khawarij namun mereka telah ditewaskan oleh khawarij

kemudian muawiah meminta bantuan penduduk kufah dan mereka telah melancarkan serangan di dalam beberapa siri pertempuran sehingga akhirnya khawarij ditewaskan pada tahun 43 hijrah.

pembukaan negeri sind

selepas muawiah berjaya memadamkan api fitnah kaum khawarij, dan menundukkan segala kejahatan mereka, muawiah mengutuskan satu angkatan tentera di bawah pimpinan abdullah bin suwwar.

beliau adalah gabenor thaghrus-sind a-qiqan, iaitu negeri sind yang bersempadan dengan khurasan , tetapi beliau telah dibunuh

Page 4: DAULAH UMAWIAH

kemudian tempatnya diambil alih oleh as-sahlab bin abi safrah lalu memerangi negeri ini dan akhirnya beliau sampai ke lahore dan memerangi musuh serta dapat mengalahkannya.

pembukaan kota kostantinopel

muawiah berusaha menubuhkan satu armada tentera laut (ustul) sejak beliau menjadi gabenor di syam. angkatan laut ini jumlahnya banyak – 1700 buah kapal.

muawiah mengutusnya ke kepualau n rom dan beliau dapat menakluki sebahagian besar kepulauan ini serta menyebarkan ilmu, dakwah dan panji islam di sana.

pada tahun 48 hijrah, muawiah menyediakan satu angkatan tentera laut yang besar di bawah sufyan bin ‘auf.

beliau masuk ke negeri rom dan dapat membuka banyak wilayah hingga akhirnya beliau sampai ke kota qastantiniyyah serta mengepungnya.

kemudian muawiah menuruh anaknya yazid supaya bergabung dengan sufyan membentuk satu angkatan tentera besar, yang turut disertai- para sahabat agung seperti ibnu abbas, ibnu umar, ibnu az-zubair dan abu ayyub al-ansari.

semasa kepungan dibuat, abu ayyub meninggal dunia dan jenazah beliau dikebumikan berhampiran kubu itu.

tentera islam tidak dapat membuka qastantiniyyah kerana keadaan terlalu sejuk dan pagar kota yang terlalu teguh. ini memaksa mereka bertindak mengepung sahaja dan akhirnya terpaksa kembali ke syam.

membina bandar al-qairawan

apabila keadaan semakin stabil, uqbah bin nafi’ telah membangunkan bandar al-qairawan di utara afrika, selatan tunisia untuk dijadikan tempat penempatan askarnya dan sebagai tempat tinggal gabenor-gabenor afrika. kemudian beliau membina masjidnya yang masyhur, dan dibina juga penempatan rumah-rumah tentera, serta masjid-masjid mereka.

kemudian orang ramai turut membina rumah-rumah serta masjid-masjid.

pembinaan bandar al-qairawan ini selesai pada tahun 55 hijrah. semasa pembinaan bandar ini, uqbah telah menghantar angkatan-angkatan kecil untuk menyebarkan dakwah.

ramai di kalangan puak barbar yang memeluk islam hasil daripada usaha ini. wilayah negara islam semakin luas dan kedudukan islam semakin teguh.

siasah (politik) muawiah

muawiyah bin harb adalah di antara tokoh arab yang hebat dari segi pemikiran , ilmu dan politik.

Page 5: DAULAH UMAWIAH

beliau memimpin rakyatnya semasa menjadi khalifah sebagai mana beliau memimpin semasa menjadi amir (gabenor). beliau cuba memujuk musuhnya dengan member kepada mereka harta, hadiah dan bersikap lembut dengan mereka serta memaafkan kesalahan mereka.

beliau memandang sama kepada semua orang arab, tanpa melebihkan mana-mana kabilah arab, mendekati ketua-ketua kabilah, membaiki dan membina hubungan sesama mereka, makan bersama-sama dan bergurau senda dengan mereka.

beliau melantik orangg arab dalam jawatan-jawatan besar kerajaan

beliau mahu menyandarkan kerajaannya kepada orang-orang arab sahaja.

beliau menyatukan orang-orang arab dan dengan mu’amalahnya yang baik, beliau dapat menguasai hati-hati mereka.

oleh itu, beliau dihormati dan rakyat tunduk kepadanya.

pelantikan yazid

sebelum zaman muawiah, tampuk pemerintahan ditentukan secara pilihanraya umum, di mana umat islam berhak memilih sesiapa yang mereka kehendaki sebagai khalifah, tetapi sifat tamak muawiah terhadap kerajaan sudah sampai ke kemuncaknya

beliau cuba menjadikan kerajaan pemerintahan itu dimonopoli oleh kaum keluarga dan keturunannya sahaja.

oleh itu, beliau meminta orang ramai supaya membai’ahkan anaknya yazid sebagai pengganti khalifah semasa beliau masih lagi hidup.

yazid terkenal dengan akhlaknya yang buruk dan keji. penduduk syam dan iraq bersetuju melakukan bai’ah. dengan ini muawiah adalah orang pertama yang menjadikan khalifah sebagai satu warisan di dalam islam, iaitu pada tahun 56 hijrah. walaupun begitu penduduk hijjaz (makkah dan madinah) enggan membai’ahkan yazid, maka muawiah pergi sendiri dengan 1000 orang tentera berkuda. hasilnya seluruh penduduk hijjaz bersatu membai’ahkan yazid kecuali empat orang iaitu:

hassan bin ali

abdullah bin zubair

abdul rahman bin abi bakar

abdullah bin umar

kematian muawiah

muawiah bin abi sufyan wafat di damsyik pada tahun 60 hijrah bersamaan 7 april 680 masihi semasa berumur 75 tahun.

Page 6: DAULAH UMAWIAH

tempoh pemerintahannya selama 19 tahun 3 bulan serta tempoh pembabitan dalam sistem pentadbirannya pula selama 40 tahun ( 20 tahun sebagai amir dan 20 tahun sebagai khalifah).

jasa-jasa muawiah:

muawiah mengambil berat terhadap penyusunan kerajaannya, iaitu beliau telah mengasaskan :

1) maslahatul abrid (pejabat pos) untuk menyampaikan surat dan urusan oenting ke negara yang jauh

2) maslahatul shurtah (balai polis) untuk menjaga keamanan3) menyediakan sesuatu tempat untuk surat-menyurat dan diarahkan supaya dicop dengan cop

ketua dewan (pengarah pejabat pos) tersebut supaya tidak berlaku penyelewengan atau penipuan

4) beliau telah membina untuk dirinya satu istana yang besar dinamakan al-khadra’ dan di hadapan pintunya disediakan pengawal-pengawal untuk menyambut tetamu

5) beliau juga membina satu bilik khas di dalam masjid untuk beliau sembahyang di dalamnya dan untuk melindungi diri dari ancaman musuh

6) beliau merupakan orang pertama yang menjadikan kerajaan/pemerintahan sebagai satu warisan di dalam islam

di samping itu, beliau juga merupakan orang yang pertama menjadikan jawatan raja sebagai satu symbol keagungan. beliau mengajak rakyatnya kea rah ketamadunan (kemodenan) dan kemewahan.

mereka menceduk dan mengambil cara berniaga, pertukangan dan pertanian daripada bangsa yang lebih maju. hal ini telah mengubah orang arab dari hidup secara zuhud kepada hidup yang lebih moden.

ziad bin sumaiyyah dan al-mughirah bin syu’bah

ziad bin sumayyah dan al-mughirah bin syu’bah merupakan dua orang pembantu mauwiah di zaman pemerintahannya. ziad dikenali sebagai ‘’ ziad bin abihi (ayahnya)’’ atau ziad bin sumayyah, sempena nama ibunya sumayyah kerana tidak mempunyai ayah yang dikenalinya.

ibunya telah mengandung hasil perhubungan yang tidak syari’e (secara zina). ada pendapat mengatakan abu sufyan telah membuat pengakuan sebelum beliau wafat dengan kehadiran beberapa orang saksi bahawa beliau pernah mengadakan hubungan sulit dengan ibu ziad (sumayyah).

allah telah mengurniakan keistimewaan dan kepahlawanan yang luar biasa kepada ziad yang menyebabkan abu sufyan berani mengaku bahawa beliau ialah ayah kepada ziad

namun begitu panggilan ziad bin abi sufyan tidak dikenali kecuali di zaman pemerintahan muawiah, iaitu pada tahun 44 hijrah di mana beliau membuat pengakuan bahawa ada perhubungan persaudaraan antara mereka berdua. tujuan sebenarnya ialah untuk kepentingan sendiri. dari situlah ziad dikenali sebagai ziad ibnu abi sufyan

Page 7: DAULAH UMAWIAH

muawiah telah melantik ziad sebagai gabenor di basrah, khurasan dan sajestan. iraq merupakan negara yang banyak menetang muawiah. kerosakan dan kemungkaran serta keburukan banyak tersebar di sana.

oleh itu, beliau meminta bantuan orang yang paling rapat dengannya dan paling gagah untuk membantu beliau menstabilkan keadaan. tatkala ziad memasuki basrah, beliau berucap kepada orang ramai dengan ucapan yang dikenali sebaai al-batra’ (putus) kerana ia tidak dimulai dengan memuji allah. ia merupakan satu ucapan yang amat keras, dengan ucapan itu beliau menyebut beberapa kesalahan penduduk basrah dan mengancam mereka dengan kecelakaan dan kemusnahan.

beliau juga bersumpah dengan katanya:’’ tuan kepada hamba, akan dihukum dengan kesalahan hamba, orang yang menetap akan dihukumkan oleh kesalahan orang yang berpindah-randah, orang di depan akan menangkap orang di belakang dan orang taat akan menangkap orang derhaka ….. sehingga keadaan menjadi tenang’’.

begitulah keadaan siasah ziad di negeri iraq yang melampau itu. walaupun begitu, zaman beliau merupakan zaman kerajaan kuat serta dipenuhi dengan kesenangan dan keamanan di iraq . inilah yang dicatatkan oleh sejarah mengenai orang iraq yang berbangsa arab.

mereka tidak boleh berdamai kecuali dengan cara kekerasan. apabila seseorang gabenor yang dilantik itu bersifat lemah-lembut,maka mereka akan melakukan kerosakan serta menderhakai gabenor dan pemerintahan tersebut tanpa sebab yang jelas (untuk bertindak sedemikian)

kekallah ziad pemerintah basrah . apabila al-mughirah bin syu’bah meninggal dunia, muawiah memasukkan kufah ke dalam wilayah ziad pada tahun 51 hijrah. oleh itu, ziad adalah orang pertama menjadi gabenor kepada kufah dan basrah dalam satu masa. ziad kekal sebagai gabenor di kedua-duanya (kufah dan basrah) sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 63 hijrah. beliau menetap 6 bulan di basrah dan 6 bulan di kufah.

al-mughirah bin syu’bah

beliau merupakan gabenor kufah bagi muawiah . kufah dan basrah merupakan dua wilayah yang banyak menentang kerajaan muawiah.

oleh itu, muawiah memilih orang paling kuat dan mempunyai niat ikhlas untuk dilantik sebagai gabenor di situ.

al-mughirah adalah gabenor terbaik pernah memerintah kufah kerana beliau berjaya mengembalikan ketaatan terhadap muawiah dengan tidak menumpahkan darah kecuali sedikit sahaja.

beliau menjelaskan dasar pemerintahannya dengan berkata:’’ aku tidak suka membunuh dan menumpahkan darah para pemimpin kamu, yang menyebabkan mereka bahagia dan aku mendapat kecelakaan. muawiah senang di dunia dan mughirah jadi hina di akhirat, tetapi aku menerima orang baik dan memaafkan orang yang membuat kesilapan, aku memuji orang lembut dan menasihatiorang bodoh sehingga kita dipisahkan oleh maut’’

Page 8: DAULAH UMAWIAH

walaupun begitu, amatlah dikesali kerana mughirah tetap mencela dan melaknati saidina ali . kemungkinan perkara ini telah menjadi dasar siasah di zaman itu. al-mughirah menjadi gabenor kufah sehingga beliau wafat pada tahun 51 hijrah.

lalu muawiah memasukkan kufah di bawah pemerintahan ziad, iaitu gabenor basrah, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

pemerintahan yazid bin muawiah

yazid bin muawiah dilahirkan oleh ibunya yang bernama maisun al-kalbiah , seorang wanita arab badwi (kampong) yang dikahwini oleh ayahnya muawiah sebelum menjadi khalifah.

yazid ddibesarkan di kampong. beliau seorang yang fasih berbicara , mulia dan boleh bersyair.

apabila muawiah meninggal dunia orang ramai membai’ahkan yazid sebagai khalofah kecuali empat orang iaitu:

husain bin ali

abdullah bin zubair

abdullah bin abbas

abdullah bin umar

abdullah bin zubair enggan memberikan bai;ah dan beliau melarikan diri ke makkah. di makkah, beliau berlindung di baitullah sera menyebarkan dakwah di sana. begitu juga dengan husain bin ali , di mana beliau tidak member bai’ah kepada yazid.

pembunuhan ke atas husain

husain telah mengambil keputusan ke kufah bersama-sama ahli keluarga dan anak-anaknya. apabila sampai di karbala tercetuslah pertempuran antara tentera yazid yang dipimpin oleh umar bin sa’ad bin abi waqas dengan ahli keluarganya (pengikutnya) yang jumlah mereka tidak lebih daripada 80 orang.

mereka hanya mempertahankan diri sahaja dan akhirnya husain dan para pengikutnya dapat dibunuh. hanya kaum wanita dan ali bin zainal abidin bin husain yang terselamat. peristiwa ini berlaku pada 10 muharam tahun 61 hijrah. umur husain r.a ketika itu ialah 55 tahun. jasadnya ditanam di karbala, manakala kepalanya dibawa oleh ibnu ziad kepada yazid bersama-sama anak-anak dan beberapa saudara perempuan husain.

yazid memuliakan mereka dan mengarahkan kepala husain ditanam di damsyik.

pemberontakan hijjaz

Page 9: DAULAH UMAWIAH

pembunuhan husain menimbulkan kemarahan orang-orang islam. maka berlakulah kekacauan di parsi.

penduduk hijjaz pula melakukan pemberontakan dan mereka membatalkan bai’ah terhadap yazid serta melantik abdullah bin hanzalah al-ansari sebagai ketua. manakala penduduk makkah pula member bai’ah kepada abdullah bin zubair.

apabila mengetahui tentang perkara ini, beliau menyediakan satu pasukan tentera untuk dihantarkan ke hijjaz di bawah pimpinan muslim bin uqbah. muslim terus bergerak ke madinah dan memerangi penduduknya serta dapat menundukkan mereka. selama 3 hari tenteranya dibenarkan melakukan pembunuhan terhadap penduduk madinah. mereka merampas harta penduduknya dan memperkosa kaum wanita. di dalam pertempuran ini, ramailah para sahabat utama gugur syahid.

demikianlah caranya keturunan umawiah mencemarkan bumi madinah. kemudian baki penduduk yang tinggal di suruh membai’ah yazid secara paksa.

kepungan makkah

kemudian muslim bin uqbah bersama tenteranya meneruskan perjalanan menuju ke makkah untuk memerangi ibnu zubair tetapi beliau wafat di pertengahan jalan antara makkah dan madinah.

tempatnya diganti oleh al-husain bin namir. tatkala mereka sampai di makkah, ibnu az-zubair dan pengikutnya keluar mempertahankan diri sehingga pengikut-pengikutnya tewas . beliau masuk semula ke makkah untuk berlindung di sana .

kemudian al-husain melakukan kepungan selama 37 hari. kemudian datanglah berita tentang kematian yazid, lalu al-husain memberhentikan kepungan itu, dan kembali bersama-sama denggan tenteranya ke syam.

abdul malik bin marwan

pengenalan

beliau adalah abdul malik bin marwan bin al-hakam, merupakan khalifah yang kelima bagi daulah umaiyah. beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian ayahnya marwan.

dilahirkan pada tahun 26 hijrah dan membesar sebagai sasterawan , ahli fikah, ahli politik , berwibawa dan mempunyai azam yang kuat serta tetap hati.

beliau dianggap sebagai pengasas kedua bagi daulah umawiah kerana semasa beliau dilantik sebagai khalifah, keadaan daulah islamiah ketika itu sering berpecah belah.

sebagai contohnya ibn az-zubair telah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah di hijjaz(mekah dan madinah), manakala puak syiah dan khawarij sentiasa melakukan pemberontakan.

abdul malik dapat mengembalikan ketaatan seluruh penuduk negeri tersebut kepada pemerintahannya dan beliau juga telah berjaya menghapuskan pemberontakan-pemberontakan yang berlaku.

Page 10: DAULAH UMAWIAH

dengan ini maka layaklah baginya disifatkan sebagai pengasas ke-2 daulah umawiah.

abdul malik mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan beliau dianggap sebagai ulama’ fikah madinah. beliau juga seorang yang masyhur dengan disiplin masa dan cekal hati serta dirinya tidak gentar terhadap musibah tersebut.

beliau menyatakan bahawa tidak ada seorang yang sezaman dengannya yang mampu menyainginya.

kekacauan yang berlaku

kekacauan utama yang terpaksa dihadapi oleh abdul malik dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:

1- golongan syiah yan berkempen untuk ahli bait2- golongan yang menyatakan bai’ah kepada ibnu zubair dan taat kepadanya3- golongan khawarij yang menolak keputusan-keputusan orang lain dan berpendapat bahawa

orang lain terkeluar dari agama.

pemberontakan mokhtar

pada tahun 66 hijrah, salah seorang pemimpin syiah bernama al-mokhtar bin ubaid telah memberontak di kufah kerana menuntut bela atas kematian hussain.

beliau berjaya kufah dan al-mausal tetapi pada masa yang sama mokhtar juga adalah musuh kepada abdullah bin az-zubair. maka berlakulah peretempuran antara mereka berdua yang berakhir dengan kematian mokhtar.

dengan ini iraq dapat dikuasai oleh ibnu az-zubair tetapi kemenangannya tidak dapat dikecapi lama kerana abdul malik bersama-sama panglimanya segera ke sana untuk memrangi ibnu az-zubair. mereka bertembung dengan al-mus’ab (saudara az-zubair) dan tenteranya yang berbangsa iraq, dan akhirnya dapat mereka tewaskan.

menakluki hijjaz yang dikuasai oleh ibnu az-zubair

wilayah yang belum dikuasai oleh abdul malik ialah hijjaz yang dikuasai oleh ibnu az-zubair.

oleh itu, abdul malik menyediakan satu angkatan tentera di bawah pimpinan al-hajjaj bin yusuf as-thaqafi untuk menakluki hijjaz.

beliau berangkat dan singgah di taif pada tahun 72 hijrah. kemudian mengepung makkah, menggunakan ‘manjanik’ ( sejenis alat perang seperti meriam).

Page 11: DAULAH UMAWIAH

keadaan makkah menjadi kelam kabut dan akhirnya tentera ibnu az-zubair kalah. keadaan ini memaksa ibnu az-zubair meminta nasihat dari ibunya asma’ binti abu bakar , yang ketika itu matanya telah buta, lalu berkata kepada ibunya:

‘’ wahai bonda, apakah pandangan bonda? orang lain termasuk ahli keluarga sudah tidak menghiraukan aku, sedangkan kerajaan umayyah dapat memenuhi segala permintaanku terhadap dunia, apakah pandangnmu bonda?’’ maka jawab ibunya, ‘’ engkau lebih arif tentang dirimu sendiri. jika sekiranya engkau yakin bahawa engkau berada di atas kebenaran, maka sesungguhnya sahabatmu telah berjuang di atas dasar itu, tetapi sekiranya engkau mahukan dunia, maka sejahat-jahat hamba ialah engkau. engkau membinasakan diri engkau sendiri dan mereka berjuang bersamamu. teruskanlah azammu dan mintalah pertolongan dari allah s.w.t, hiduplah engkau dengan mulia atau matilah dengan mulia.’’

maka keluarlah ibnu az-zubair ke medan pertempuran dan berjuang sebagai seorang panglima sehingga beliau dibunuh. peristiwa ini berlaku pada tahun 73 hijrah. setelah itu abdul malik melantik hajjaj sebagai gabenor di hijjaz.

menakluki iraq dan khawarij

di iraq, timbul lagi fitnah dengan lahirnya syabib al-khariji yang mempunyai pengikut yang ramai.

maka abdul malik terpaksa memilih hajjaj sebagai gabenor iraq supaya beliau dapat menghapuskan penderhaka. oleh itu, al-hajjaj dipindahkan dari wilayah hijjaz ke wilayah iraq.

beliau bergerak ke kufah pada tahun 75 hijrah dan memerangi mereka dalam pertempuran dan akhirnya puak syabib berpecah. kemudian al- hajjaj naik ke atas mimbar dan berkhutbah dengan khutbah yang masyhur.

‘’ wahai penduduk kufah sesungguhnya aku melihat kepala-kepala di hdapanku sudah masak ranum, dan telah tiba masa untuk dipetiknya, dan akulah pemilinya. dan aku seolah-olah melihat dara berada di atas janggut dan serban ……. dan kamu bagai sebuah penduduk kampong yang aman damai. rezekinya datan dengan begitu senang dari segenap penjuru, kemudian ia engkar dengan nikmat allah s.w.t, lalu allah menimpakan ke atasnya kelaparan dan ketakutan sebagai balasan terhadap apa yang mereka telah lakukan.’’

dengan sempurnanya ucapan beliau yang keras dan penuh dengan ancaman itu, maka tunduklah penduduk iraq dan bertambahlah ketaatan mereka kepadanya.

jasa dan pembaharuan abdul malik

penyatuan daulahselepas iraq dan hijjaz dapat dikuasai, semua umat islam bersatu di bawah bai’ah abdul malik dan mereka member ketaatan kepadanya.

dengan itu, kerajaan islam pun bersatu dan tidak ada lagi sebarang penentangan terhadap beliau.

Page 12: DAULAH UMAWIAH

menggunakan bahasa arab dalam jabatan kerajaanselepas abdul malik selesai memadam api fitnah, beliau berusaha pula memulihkan dalam negara. beliau mengarahkan supaya jabatan-jabatan kerajaan menggunakan bahasa arab.

sebelum ini, dewan syam menggunakan bahasa yunani. jabatan parsi pula menggunakan bahasa parsi. sementara jabatan mesir menggunakan bahasa qibtiyyah.

abdul malik berazam untuk menjadikan bahasa arab sebagai bahasa rasmi. dengan ini bahasa arab tersebar luas ke seluruh negaranya yang luas dan menjadi bahasa komunikasi.

apabila generasi bersilih ganti mereka akhirnya lupa bahasa dan bangsa asal masing-masing dan mula menganggap bahawa mereka ialah bangsa arab. seiring dengan itu, kesenian, ketamadunan dan pembangunan juga menjadi bertambah maju.

mencetak wangdi antara usaha-usaha abdul malik yang amat baik ialah beliau mencetak wang (islam) dengan begitu teratur dan mengukirnya dengan menggunakan bahasa arab.

peristiwa ini berlaku pada tahun 76 hijrah. sebelum ini duit-duit diukir dalam bahasa rom dan parsi serta sedikit pengubahsuain yang telah dibuat semasa pemerintahan saidina umar, uthman , muawiah dan abdullah bin az-zubair

darus sifanah ( industri perkapalan)abdul malik mengambil berat tentang pembangunn tentera laut arab dengan membangunkan industri perkapalan.

beliau mengarahkan supaya diwujudkan kilang-kilang membuat kapal di tunis untuk membina kapal-kapal .

berates-ratus kapal perang telah dibina di sana. kesemua ini dibuat oleh orang arab sendiri, kerana sebelum ini mereka telah menggunakan khidmat orang asing untuk membina kapal-kapal perang.

kewafatan abdul malik

abdul malik telah wafat pada bulan syawal pada tahun 86 hijrah. umurnya ketika itu adalah 60 tahun dan masa pemerintahannya selama 21 tahun telah diguanakn untuk melenyapkan fitnah dan penyatuan daulah.

Page 13: DAULAH UMAWIAH

alwalid bin abdul malik

al walid dilahirkan pada tahun 50 hijrah. beliau telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan islam. namun begitu pengetahuannya tentang bahasa arab adalah terlalu lemah. beliau dilantik menjadi khalifah selepas kemangkatan ayahnya.

alwalid seorang yang sangat suka bekerja untuk rakyat. dia berbuat baik serta mengambil berta terhadap keselesaan mereka.

cara pemerintahannya penuh dengan kebijaksanaan dan sangat menyerupai corak pemerintahan ayahnya, abdul malik.

secara umumnya, zaman pemerintahan alwalid adalah zaman kemewahan, kesenangan , keamanan dan pembangunan serta penambah baikan.

ini adalah kerana factor-faktor berikut : kerajaan bersih daripada fitnah dan kekacauan wujudnya panglima-panglima yang disegani, mereka membuat penaklukan yang luas. kesatuan / perpaduan yang kuat di antara umat islam, di seluruh dunia islam

perluasan kuasa zaman al walid

sebelum kita membicarakan dengan teliti tentang perluasan kuasa di zamannya, seharusnya kita menebut dahulu orang-orang yang menjadi tulang belakang kepada al-walid di dalam penyebaran agama islam. mereka ialah:

1. al hajjaj bin yususf as-thaqafi ( pernah menjadi panglima kepada ayahnya abdul malik)2. muhammad bin al qasim3. qutaibah bin muslim al-bahili4. toriq bin ziad5. musallamah bin abdul malik

penaklukan kota sind

al hajjaj bin yusuf a-thaqfi (gabenor iraq) telah memerintahkan muhammad bin al qasm bersama-sama dengan 6000 orang tentera syam berangkat untuk menakluk kota sind.

mereka bergerak dan setiap kota yang dilalui oleh mereka pasti akan ditakluki. dalam pada itu, mereka membina masjid dan rumah untuk kegunaan tentera-tentera islam . beliau juga menetapkan kepada penduduk –penduduk negeri itu, cukai jizyah bagi mereka yang mahu kekal dalam agama asal.

Page 14: DAULAH UMAWIAH

apabila penaklukan tentera islam ini semakin berleluasa, raja sind keluar memerangi mereka dengan angkatan tentera bergajah. maka bertembunglah muhammad bin al-qasim dengan raja sind dan beliau dapat membunuh raja sind tersebut.

mereka segera masuk ke dalam kota sind dan memerangi sesiapa yang menyerang mereka dan berdamai dengan penduduk yang tidak menentang mereka. akhirnya beliau sampai di multan dan karachi. beliau meneruskan jihad dan menyebarkan islam sehingga berita mengenai kematian khalifah alwalid sampai kepadanya.

pembukaan tatar dan china

qutaibah bin muslim yan merupakan amir ( gabenor) khurasan telah diarahkan al hajjaj untuk bergerak bersama bala tenteranya ke tatar ( mongol) dan berperang di sana sehingga beliau berjaya menguasainya. kemudian beliau bersama bala tenteranya menuju bukhara serta menaklukinya.

begitu juga ke samarkhan. beliau meneruskan jihadnya dari tahun 86 hijrah hingga 93 hijrah dan akhirnya beliau sampai ke china. beliau menghantar sekumpulan utusan kepada maharaja china supaya membuat pilihan sama ada islam, jizyah atau perang.

tatkala utusan itu sampai, maka berkatalah maharaja china, ‘’ katakanlah kepada ketua kamu bahawa maharaja china mengetahui bahawa bilangan kamu adalah begitu sedikit dan kamu rakuskan hidup. oleh itu lebih baik baginya pulang ke negerinya supaya beta tidak menghantarkan kepadanya orang-orang yang dapat memusnahkannya, dan menghancurkan tenteranya’’.

utusan itu menjawab dengan berani’’ wahai maharaja, bagaimanakah kamu katakana, bilangan kami adalah sedikit sekali, sedangkan barisan depan tentera kami adalah berada di negeri kamu dan barisan berisan belakangnya di negeri tanah arab? bagaimanakah kamu katakana kami rakus dalam kehidupan sedangkan kami telah meninggalkan dunia itu? sesungguhnya ajal ( saat kematian) kami telah pun ditetapkan, dan apabila ia tiba, maka kami muliakan dengan berperang/ berjihad, kami sekali-kali tidak benci atau takut terhadap maut.’’

mendengarkan kata-kata itu, maharaja berasa bimbang terhadap keselamatan diri dan kerajaannya. maka baginda pun berdamai dengan qutaibah. tentera islam hanya pulang selepas islam tersebar di kawasan yang luas itu ( china) yang telah melahirkan penulis-penulis dan ulama’ –ulama’ islam yang agung dan terkemuka.

pembukaan andalus (sepanyol)

al walid telah melantik musa bin nusir sebagai ketua umum di negeri barbar dan afrika. beliau telah mengarahkan toriq bin ziad untuk membuka andalus. toriq dan bala tenteranya pun bergerak ke sana. apabila sampai di bukit toriq ( gibraltar) , beliau dapat menguasai bandar dan kawasan itu dan terus berjihad sehingga dapat membuka ibu negeri andalus dan mengibarkan bendera islam di sana.

pemulihan-pemulihan yang dilakukan oleh al walid

Page 15: DAULAH UMAWIAH

alwalid ialah seorang yang suka melakukan pemulihan dan pembangunan. antara perkara yang beliau lakukan ialah :-

1. beliau telah mengarahkan supaya masjid madinah diruntuhkan , begitu juga rumah isteri-isteri rasulullah s.a.w dan dipindahkan ke dalam kawasan masjid. beliau turut membeli rumah-rumah yang berhampiran dengan masjid dan membinanya semula.

2. beliau mengarahkan pembinaan sebuah masjid di damsyik yang dikenali sebagai masjid umawi . pembinaan ini dilakukan oleh 1000 tukang yang mahir.

3. beliau mengarahkan supaya dibina hospital-hospital untuk mengubati pesakit-pesakit dan orang-orang gila secara percuma.

4. orang yang berpenyakit kusta ditegah daripada bergaul dengan orang ramai. beliau juga memperuntukkan nafakah bulanan kepada mereka.

5. orang yang lumpuh diperuntukkan pembantu, manakala orang buta pula diperuntukkan pemandu baginya.

6. beliau membina rumah-rumah tetamu untuk para musafir.7. beliau mengarahkan supaya jalan-jalan dibaiki dan diletakkan tanda jarak secara tersusun untuk

dijadikan panduan oleh para musafir untuk mengetahui jarak yang dilalui dan belum dilalui oleh mereka.

8. beliau mengarahkan supaya membina telaga-telaga antara syam dan madinah.9. beliau telah menetapkan gaji kepada orang yang menghafaz al quran dan para penuntut ilmu

sebagai dorongan kepada mereka dan juga kepada orang lain.10. beliau juga mengarahkan supaya masjid nabawi dan masjid quba’, masjid mesir serta masjid

aqsa diperbaharui.

kewafatan al walid

al walid wafat pada tahun 96 hijrah ketika berumur 46 tahun 6 bulan. tempoh pemerintahannya ialah 9 tahun 7 bulan. beliau diganti oleh saudaranya sulaiman.

sulaiman ialah seorang yang fasih, sasterawan, sukakan keadilan dan sukakan peperangan. beliau telah menguruskan satu angkatan tentera ke qastantiniyyah, tetapi kepungan dilakukan sulaiman telah mangkat pada tahun 99 hijrah ketika berumur 54 tahun. tempoh pemerintahannya adalah selama 2 tahun 8 bulan.

umar bin abdul aziz

beliau ialah umar bin abdul aziz bin marwan dilahirkan di helwan pada tahun 62 hijrah. nasab keturunannya bersambung dengan khalifah umar al-khattab melalui ibunya. oleh itu, beliau banyak mewarisi sifat-sifat mulia daripadanya. semasa belia remaja, beliau telah hidup bersama bapa-bapa saudaranya di madinah.

dalam suasana yang baik ini, beliau telah banyak member kesan ke atas dirinya sehingga beliau dikenali dengan sifat-sifat terpuji.

Page 16: DAULAH UMAWIAH

apabila meningkat remaja, beliau berkahwin dengan sepupunya fatimah binti abdul malik. abdul malik sangat menyayangi beliau .

umar telah menjadi gabenor di hijjaz pada zaman pemerintahan alwalid. madinah menjadi maju di bawah pemerintahan beliau . beliau telah menubuhkan majlis syura yang terdiri daripada pembesar dan ulama’. beliau mengambil pandangan mereka di dalam menyelesaikan semua masalah . beliau juga mengambil berat terhadap kepentingan rakyat sehingga rakyat semuanya sangat suka kepada beliau.

penduduk iraq telah melarikan diri daripada kekejaman al hajjaj bin yusuf as-thaqafi dan berpindah ke hijjaz untuk hidup di bawah pimpinan umar yang adil.

hal ini menimbulkan kemarahan alhajjaj. beliau mengadu hal ini kepada alwalid lalu umar dipecat daripada gabenor wilayah hijjaz. apabila umar menjadi khalifah, beliau telah menjauhkan diri daripada bersifat dengan kemegahan seorang khalifah. beliau telah menjual semua kuda yang terdapat di dalam kandang khalifah dan hasil jualannya disumbangkan ke baitulmal. beliau juga telah membebaskan semua khadam dan meninggalkan hijab ( yang memisahkan antara khalifah dan rakyat) serta mengembalikan sirah ( kegemilangan) khulafa’ arrasyidin kepada orang ramai hinggalaj beliau telah dikenali di dalam sejarah sebagai khalifah arrasyidin yang ke 5.

perlantikan dan ucapannya

umar telah dilantik menjadi khalifah setelah kemangkatan sulaiman . setelah selesai bai’ah , beliau menaiki kenderaannya berjalan seiringan dengan orang ramai dan memasuki masjid lalu member ucapan . di dalam ucapan tersebut, beliau menerangkan wawasannya untuk menjaga kepentingan rakyat, sebagaimana yang telah digariskan oleh beliau .

antara isi kandungan ucapan itu adalah:

‘’ tidak ada kitab selepas al-quran dan tiada nabi selepas nabi muhammad s.a.w. sesungguhnya saya bukanlah orang yang terbaik dari kalangan kamu teteapi saya adalah orang yang paling berat memikul tanggungjawab. sesungguhnya orang yang lari dari pemerintahan yang zalim, maka dia bukanlah seorang yang zalim. tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam perkara yang boleh membawa maksiat kepada pencipta. sesiapa yang ingin berbaik dengan kami, maka silakan dan kalau tidak maka jangan hampiri kami. hendaklah diangkat hajat kepada kami bagi mereka yang tidak mampu menunaikannya. bantulah kami atas kebaikan dengan bersungguh-sungguh . tunjukkanlah kami kepada kebaikan agar kami dapat berpandu dengannya. jangan sesekali seseorang itu mencela orang lain dan jangan masuk campur perkara yan tidak ada kena-mengena dengannya’’.

kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan oleh umar

Page 17: DAULAH UMAWIAH

umar bin abdul aziz ialah seorang yang sangat menyerupai umar al-khattab dari segi sifat belas kasihan terhadap orang fakir yang lapar, orang yang dizalimi lagi papa, orang yang dagang (musafir), para tawanan perang, orang-orang tua/ orang yang mempunyai tanggungan yang ramai dan harta yang sedikit. umar sentiasa memikirkan masalah mereka dan bekerja untuk membantu mereka. antara jasa-jasa yang dilaksanakan oleh beliau semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan pahala daripada allah adalah:-

1. beliau mengarahkan masalmah bin abdul malik mengembalikan tentera yang sedang mengepung kota qastantiniyyah, kerana rasa belas kasihan terhadap mereka yang kurang bilangannya disebabkan kebuluran , penyakit taun dan jauhnya dari pusat pemerintahan.

2. beliau mengarahkan supaya ditambahkan lagi gaji para pegawai kerajaan untuk mengelakkan berlakunya rasuah.

3. beliau mengarahkan supaya cukai dihapuskan. hak orang dianiaya dikembalikan dan kezaliman serta keganasan dilarang

4. beliau memcat pembesar yang zalim dan pegawai yang bengis5. tanah yang dirampas dan tidak didaftarkan dikembalikan kepada empunya dan sekiranya tanah

itu tidak bertuan, maka ia dikembalikan kepada baitulmal.6. permusuhan ke atas orang bukan islam atau penderhaka diberhentikan dan digantikan dengan

mendakwah mereka kepada islam dengan cara hikmat dan nasihat yang baik.7. hukuman bunuh idak boleh dilaksanakan kecuali selepas diselidiki dengan rapi terlebih dahulu

supaya pegawai tidak mudah di dalam menjalankan hukuman hudud mengikut hawa nafsu mereka.

8. beliau mengarahkan supaya rumah tetamu didirikan di negeri yang jauh untuk persinggahan orang-orang isalm musafir yang melaluinya.

9. umar telah membatalkan celaan terhadap saidina ali bin abi talib di mana bani umaiyah selalu mencelanya di atas mimbar dan diganti dengan firman allah s.w.t yang bermaksud (‘’ sesungguhnya allah telah menyuruh berlaku adil dan membuat kebaikan serta member bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman . ia mengajar kamu dengan suruhan dan larangannya ini.)

kewafatan umar bin abdul aziz

umar bin abdul aziz wafat pada 25 rejab 101 hijrah ketika berusia 39 tahun 5 bulan. tempoh pemerintahannya 1 tahun 5 bulan 4 hari. yazid bin abdul malik dilantik menjadi khalifah selepasnya.

di zaman yazid inilah negeri khazar telah dibuka dan gerakan bani abbasiyyah bermula. selepas 4 tahun beliau meninggal dan diganti oleh hisyam bin abdul malik yang dapat menyerang rom dan menguasai beberapa kubu kuat mereka.

di zaman hisyam ini timbulnya puak zaidiyyah dan rawafadah. umat islam di bawah pimpinan abdul rahman al-ghafiqi pula bergerak ke perancis dan berjaya menggerunkan musuh serta dapat mengalahkan mereka di dalam beberapa pertempuran sehingga beliau syahid dan selepas itu tentera

Page 18: DAULAH UMAWIAH

islam pulang . hisyam meninggal pada tahun 125 hijrah dan tempoh pemerintahannya adalah selama 19 tahun 9 bulan.

toriq bin ziad dan musa bin nusir di dalam pembukaan andalus

serangan ke atas andalus

al walid telah melantik musa bin nusir sebagai ketua umum di negeri barbar dan afrika. apabila beliau mengetahui bahawa negeri andalus merupakan sebuah negeri pertanian, udaranya bersih dan kekayaan hasil buminya yang banya, maka beliau ingin menaklukinya dan memasukkan di bawah kekuasaan orangg islam. oleh itu beliau telah memilih panglima agungnya, toriq bin ziad untuk melaksanakan amanah yang besar ini.

toriq bersama bala tenteranya berjumlah 7000 orang yang terdiri daripada kalangan orang barbar telah menyeberangi selat dengan menggunakan perahu-perahu pada bulan rejab atau sya’ban tahun 96 hijrah bersamaan 711 masihi. toriq bin ziad bersama tenteranya mendarat di bukit yang dikenali dengan namanya sampai ke hari ini iaitu jabal toriq ( gibraltar)

ucapan toriq

toriq bersama tenteranya bergerak menuju ke kepulauan yang subur itu ( khadra’). beliau dapat menguasainya , kemudian membakar perahu tentera islam untuk membangkitkan semangat tenteranya dalam melawan musuh dan supaya bercita-cita untuk melarikan diri terhapus. lalu beliau memberi ucapannya yang masyhur:

‘’ wahai manusia ( tentera) , di manakah tempat melarikan diri? laut di belakang kamu dan musuh di hadapan kamu. demi allah !.....kamu tiada pilihan kecuali benar ( berjihad di jalan allah ) dan memerangi musuh itu.’’

pembukaan andalus

tentera islam mendapat semangat yang tinggi daripada ucapan ketua mereka itu dan mereka berjanji untuk mati syahid.

tetapi raja qut yang bernama lazriq telah mengetahui serangan yang dilancarkan oleh tentera islam terhadap negerinya. oleh itu, beliau telah menyediakan satu angkatan tentera yang kuat berjumlah 100000 orang yang dipimpin oleh beliau sendiri .

toriq menulis surat kepada musa supaya ditambahkan lagi tentera islam . musa telah mengirim tenteranya seramai 5 000 orang . kedua-dua bala tentera itu bertempur di lembah bakkah atau lakkah. dengan keberanian dan kepahlawanan, tentera islam dapat menewaskantentera lazriq.

kejatuhan pemerintahannya memudahkan tentera islam membuka andalus. toriq bersama tenteranya kemudian bergerak untuk membuka kota-kota, dan penduduk kota yang ditawan itu bersetuju untuk

Page 19: DAULAH UMAWIAH

membayar jizyah. di antara bandar yang paling masyhur yang dibuka oleh toriq ialah qurtubah (cordoba) dan gharnathah (granada) dan thualailah yang menjadi ibu kot aandalus.

pembukaan andalus oleh musa dan toriq

apabila kemenangan toriq diketahui oleh musa , maka beliau juga mahu turut sama menyertai dalam pembukaan andalus.

beliau telah memimpin satu angkatann tentera yang besar pada tahun 712 masihi menyeberangi selat itu ( al-mudhiq) , lalu menuju ke sebuah bandar bernama qarmunah ( a coruna) dan beliau dapat membukanya kemudian asybiliyyah . beliau bergerak ke utara dan membuka sarqasthah dan barsyalunah ( barcelona). kawasan-kawasan urghunah dan qasytalah ( catalonia) brtambah dekat mereka berdua.

kemudian kedua-dua pahlawan tersebut menuju ke timur laut dan akhirnya mereka sampai di bukit al baranis.

mereka terus membuka dan menyebarkan islam sehingga tibanya surat daripada khalifah alwalid yang menyudruh musa kembali k emarkaz khilafah ( pusat pemerintahan) . tempat musa di andalus dig anti anaknya abdul aziz.

musa dan toriq bertolak ke damsyik dan sampai di sana beberapa hari sebelum kemangkatan al walid. semenjak itu beliau tidak pernah ke andalus lagi.

daulah umawiah – abdul rahman ad-dakhil

apabila kerajaan daulah umawiah di damsyik jatuh, orang-orang abbasiyyah pun mengusir keturunan kerajaan umawiah dan menghapuskan sesiapa sahaj yang mereka dapati, tetapi ada juga yang terselamat di antaranya ialah abdul rahman bin muawiah bin hisyam bin abdul malik.

ketika itu beliau berusia 20 tahun. beliau menyelamatkan dirinya dengan terjun ke dalam sungau dan melepasi sungai furat dengan berenang. selepas berjalan kaki menuju ke utara dan sampai di palestin kemudian melalui banyak kesulitan dan kesukaran, beliau bertemu badar, hambanya yang taat setia kepadanya dan mereka menuju ke barat sehingga sempadan di utara afrika.

gabenor afrika bersungguh-sungguh mencarinya , lalu dia melarikan diri menjadi orang asing, berpindah bersama badar dari satu qabilah ke qabilah yang lain , ketika pengitip-pengitip negara baru itu berusaha menangkapnya , sehinggalah dia sampai ke sabtah 5 tahun kemudian.

ramai dari kalangan bapa saudaranya dari sebelah ibu yang berketurunan barbar menetap di situ. beliau pergi bertemu mereka dan mereka menyambut kedatangannya dengan baik.

Page 20: DAULAH UMAWIAH

abdul rahman berhubung dengan tentera syria yang menetap di sebelah timur andalus menyeberangi selat ( madiq) yang bertentangan dengan sabtah dan mereka mengangkat abdul rahman sebagai ketua.

mereka terus menjelajah negeri. satu demi satu kota jatuh ke dalam tangan mereka. abdul rahman meneruskan jihad beberapa tahun sebelum berjaya menundukkan asbania itu jatuh ke tangan orang-orang muslim keseluruhannya.

kekuatan abdul rahman telah diketahui raja perancis iaitu charlemans melalui satu pertempuran . beliau telah menghantar angkatan pada tahun 778 masihi menyeberang sempadan di ashbania. mereka masuk dari sebelah utara dan sampai di sarqasthoh tetapi terpaksa berundur keran pintu gerbang bandar itu.

tentera perancis ini telah mengalami kerugian yang amat teruk dari segi anggota kebendaan. untuk mengelakkan daripada jatuh ke tangan musuh abdul rahman menubuhkan satu angkatan tenteranya yang tersusun lagi terlatih seramai lebih 40 000 orang yang terdiri daripada orang barbar yang diberi rezeki ( upah). beliau dapat mengawal kesetiaan tenteranya dengan memberikan mereka gaji yang banyak.

pada tahun 757 masihi, beliau telah menghapuskan teks-teks yang menggunakan khalifah abbasiyyah. namun begitu, beliau sendiri tidak menggelarkan dirinya sebagai khalifah . beliau dan pemerintahan selepasnya hanya memadai dengan gelaran amir atau sultan. ini berlanjuan ke zaman abdul rahman ke -3.

mereka memerintah secara bebas. negeri andalus di zaman abdul rahman pertama merupakan kota pertama yang keluar daripada pemerintahan khalifah muslimin.

jasa-jasa abdul rahman ad dakhili

selepas abdul rahman dapat menyatukan empayarnya dan dapat menyebar agama islam dengan cepat di sana. beliau mula mengambil berat terhadap kedamaian walaupun beliau terserlah di dalam pertempuran.

beliau telah mencatikkan kota-kota empayarnya dan meneguhkan rumah-rumah batu di qurtubah serta menanamkan pokok yang dibawa dari luar negara seperti durra’ dan delima.

abdul rahman telah mengasaskan university qurtubah ( 88h ) yang besar 2 tahun sebelum beliau wafat. university menjadi tumpuan di barat , selepas ia dikembangkan oleh orang-orang islam.

pengasas daulah islamiah di andalus ini bukan sahaja telah berusaha bersungguh-sungguh dalam masalah kebendaan bahkan beliau juga mengambil berat terhadap masalah kesatuan ummah. beliau dengan sesungguh hatinya cuba mewujudkan kesatuan ummah yang terdiri daripada pelbagai negara iaitu arab, syria , sepanyol dan quth.

hakikatnya kelebihan itu kembali kepadanya melalui banyak sudut di dalam mewujudkan satu gerakan pemikiran ( harakah fikriah) yang telah menjadikan ashbania sebuah negara islam kurun ke -9 hingga kurun ke -11 sebagai pusat ilmu pengetahuan yang tinggi dan terpenting.

Page 21: DAULAH UMAWIAH

perbandingan antara daulah umawiah dengan daulah islamiah semasa pemerintahan khulafa’ ar rasyidin

1. sesungguhnya daulah umawiah di syria adalah berbeza dari daulah khulafa’ arrasyidin di hijjaz di mana kekuasaan telah berubah dari sistem khilafah aldiniyyah atau sistem syura yang menjadi asas kepada pemilihan khulafa’ arrasyidin kepada sistem beraja yang boleh diwarisi.

2. pengurusan utama daulah di zaman khulafa’ arrasyidin adalah tertumpu ke atas seorang khalifah sahaja dan seorang setiausaha yang ditugaskan untuk urusan tentera atau baitulmal dan membayar gaji mereka serta menguruskan surat-menyurat kepada para petugas negara. apabila khalifah berpindah kepada bani umaiyyah, banyak pembaharuan berlaku, di mana tugas tersebut dibahagikan kepada lima bahagian iaitu apa yang dinamakan di zaman ini dengan menteri dalam negeri, menteri kewangan, menteri pertahanan, menteri kehakiman dan ketua polis negara.

3. di zaman umawi banyak pembukaan dilakukan, maka bermulalah di syria kehidupan mewah dan senang. hidup di istana-istana dan sukakan kemewahan dan bermegah-megah dengan pembinaan university dan tempat-tempat beribadat yang banyak di bina tetapi perasaan bermegah ini tidak ada di dalam jiwa umat arab di zaman khulafa’ ar-rasyidin.

4. apabila berpindahnya pemerintahan khalifah kepada sistem beraja pada zaman umawiah , di antara perkara yang diamalkan oleh mereka ialah berhati-hati dalam urusan kawalan. pemerintah berada di tempat khusus. orang ramai perlu beratur untuk mengadap khalifah mengikut pangkat dan kedudukan mereka. adapun ketika zaman khulafa’ ar-rasyidin mereka tidak menegah sesiapa sahaja yang ingin bertemu mereka, bahkan mereka berjumpa serta bercakap tanpa adanya sebarang penghalang. mereka juga tidak membezakan orang ramai berdasarkan kepada apa yang disabdakan oleh rasulullah s.a.w:’’ tidak ada perbezaan di antara orang arab dengan orang asing (ajam) kecuali dari sudut takwa.’’

5. kerajaan bani umaiyah mempunyai bendera bani umaiyah yang rasmi iaitu bendera yang berwarna merah tua di syria, tetapi pada zaman kerajaan khulafa’ ar-rasyidin tidak terdapat sebarang bendera rasmi , kecuali panji-panji yang digunakan dalam peperangan iaitu pada masa peperangan sahaja.

kejatuhan dan kepincangan daulah umawiah

faktor-faktor kelemahan daulah umawiah

selepas hisyam wafat, alwalid ( ii) bin yazid bin abdul malik telah dilantik menjadi khalifah. maka di sinilah bermulanya kelemahan daulah umawiah dan mereka sering bertelaggah sesame sendiri . huru-hara berlaku di sana sini. gerakan khawarij dan gerakan abasiyyin menjadi kuat.

yazid (iii) bin alwalid bin abdul malik telah memberontak dan menyebabkan alwalid (ii) terbunuh dan beliau ( alwalid iii) mengambil alih teraju pemerintahan . namun begitu beliau hanya sempat memerintah selama 6 bulan dan beberapa hari sahaja selepas itu beliau meninggal dunia.

Page 22: DAULAH UMAWIAH

marwan bin muhammad bin marwan bin al-hakam pula telah dibai’ah untuk mengambil alih teraju pemerintahan pada 137 hijrah. beliau adalah seorang yang sangat sabar dan bertanggungjawab tetapi terlalu banyak kekacauan dan huru-hara ang berlaku, menyebabkan kerajaan menjadi lemah dan terus runtuh. beliau tidak sempat menggunakan potensinya kerana situasi pada masa itu sangat genting.

gerakan bani abbasiyyah

mereka yang mendendami bani umaiyah telah menggunakan peluang keemasan dari sifat tolak ansur umar bin abdul aziz. pada zaman pemerintahan beliau inilah, mereka telah menubuhkan satu pertubuhan sulit pada tahun 100 hijrah di bawah pimpinan muhammad bin ali bin abbas.

mereka bergerak atas nama bani abbas dan menyebarkan dakwah serta propaganda mereka di iraq dan parsi. selepas muhammad bin ali wafat, beliau digantikan oleh anaknya, ibrahim. ibrahim telah mengutuskan abu muslim al-kharasani pada tahun 128 hijrah untuk menyebarkan gerakan ini.

penggerak-penggerak gerakan ini dihantar ke iraq dan parsi . dengan kecekapan, kebijaksanaan dan kekuatan azamnya beliau mampu menguasai iraq dan parsi pada zaman pemerintahan marwan.

kejatuhan daulah umawiah

gerak kerja ibrahim dan abu muslim al-kharasani itu telah diketahui oleh khalifah marwan. kemudian ibrahim ditangkap di hamimah ( sebuah kampong di syria) bdan dipenjarakan sehingga mati. sebelum ibrahim mati, beliau telah melantik saudaranya abu abbas assafah dan menyuruhnya bergerak ke kufah bersama anggotanya.

di sana abu abbas bersama-sama abu muslim al-khurasani melakukan pemberontakan yang besar ke atas kerajaan bani umaiyah. akhirnya mereka dapat menjatuhkan kerajaan umawiah serta menguasainya pada tahun 132 hijrah.

antara factor-faktor kejatuhan daulah umawiah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

1. orang-orang umawiah menguasai pemerintahan dengan cara kekerasan dan bukannya dengan cara pemilihan yang memuaskan hati dan musyawarah

2. gabenor-gabenor mereka suka menganiaya rakyat serta sikap permusuhan mereka terhadap hussin bin ali bin abi talib serta para pengikutnya di karbala’.

3. melantik 2 orang putera mahkota dalam satu masa, orang yang pertama akan diganti oleh seorang lagi. keadaan ini telah membabitkan perpecahan dan persaingan serta sifat dengki sesame sendiri dalam sesebuah keluarga. bukan setakat itu sahaja, bahkan ia terbawa-bawa kepada ketua-ketua dan para pekerja kerajaan.

4. tercetusnya fahaman perkauman yang mendalam di kalangan kabilah-kabilah arab seperti al-qisiyyah dan al-mudriyyah telah membawa kepada perpecaahn dan perbalahan serta dengki sesame puak umawiah sendiri.

5. sikap perkauman terhadap bangsa arab dan merendah-rendahkan bangsa-bangsa lain baru memeluk islam.

Page 23: DAULAH UMAWIAH

6. gabenor-gabenor mereka hanyut dalam kemewahan dan lalai dari mengambil berat terhadap kepentingan negara dan jabatan-jabatan yang mengukuhkan kekuasaan mereka.

7. pemberontakan abu muslim alkhurasani dan sikap bani umaiyah yang tidak memandang bahaya factor pemberontakan ini terhadap keselamatan dalam negara sehingga akhirnya abu muslim berjaya melaksanakan misinya.