dc motor

5

Click here to load reader

Upload: din

Post on 11-Jun-2015

1.455 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DC MOTOR

(a) Kuk Kuk ialah bahagian luar rangka mesin. Ia berperanan sebagai penyokong bagi teras kutub dan pelindung bagi keseluruhan mesin itu. Di samping itu ia berfungsi sebagai pembawa fluks magnet yang di hasilkan oleh kutub. Bagi penjana kecil kuknya diperbuat daripada besi tuang,penjana berukuran besar pula menggunakan keluli tuang atau keluli guling. (b) Teras kutub dan kasut kutub Teras kutub berfungsi sebagai teras gegelung kutub bagi menghasilkan medan magnet yang kuat.teras ini biasanya dibentuk daripada lapisan kepingan keluliberpenebat. Muka kutub dan kasit kutub berperanan sebagai perebak fluks dalamselar udara.olih kerana luas muka keratannya lebih besar daripada teras kutub ia mengurangkan engganan laluan litar magnet dan menjadi penghalang bagi gegelung kutub daripada tercabut keluar dari teras kutubnya.

(c) Gegelung kutub Gegelung kutub atau gegelung medan terdiri daripada belitan dawai atau jalur kuprum yang dibelit berbentuk segi empat bujur (mengikut saiz teras kutub).apabila bekalan elektrik dialihkan ke dalam gegelung ini medan magnet akan terhasil.Oleh kerana gegelung dan teras kutub telah menjadi electromagnet,fluks magnet yang diperolehi akan dipotong oleh pengalir di angker yang diputarkan secara mekanik. (d) Teras angker Teras angker berfungsi sebagai penempatan gegelung atau pengalir angker dan membolehkan pengalir atau gegelung itu berputar.di samping itu fungsinyasebagai laluan litar magnet juga mustahak. Ia akan memberikan engganan yang rendah kepada fluks yang melaluinya. Fluks yang dimaksudkan ini ialah fluks magnet dari kutub utara ke kutub selatan.

(e) Angker Angker biasanya berbentuk silinder atau tong.binaannya terdiri daripada lapisan-lapisan besi setebal 0.4mm hingga 0.6mm.diantara lapisan-lapisan itu,ia ditebatkan untuk mengurangkan kehilangan arus besar.lapisan yang telah bertaut itu kemudiannya dilekatkan pada aci bagi mesin-mesin kecil atau pada pengempar besi tuang bagi mesin yang besar. Pada bahagian atas angker itu terdapat lubang-lubang alur bagi memberikan perlindungan dan alur laluan bagi pengalir angker agar tidak bersentuh dengan kutub. Di samping itu ia dapat mengecilkan jarak selar udara di antara muka kutub dengan gigi-gigi angker. Setiap lurah mempunyai dua kumpulan pengalir yang dipisahkan oleh penebat.

Page 2: DC MOTOR

(f) Belitan angker Terdapat dua jenis belitan yang lazim digunakan terutamanya bagi terus angker jenis silinder iaitu belitan gelombang dan belitan tindih. Perbezaan di antara kedua-dua jenis belitan itu ialah pada sambungan akhir ke penukar tertib,belitan gelombang mempunyai hanya dua bahagian pengalir angker selari sedangkan belitan tindih ada lebih daripada dua pengalir tersebut. Pada mulanya pembentuk yang terbentuk segiempat akan digunakan bagi membentuk belitan angker. Kemudian belitan itu akan ditarik dengan alat penarik sehingga menjadi bentuk yang sebenar. Setiap pengalir ditebatkan bagi mengelakkan sentuhan yang boleh menyebabkan litar pintas. Pengalir ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam lubang alur dan akhirnya diasak dengan kayu khas yang keras atau baji gentian bagi mengelakkan pengalir itu terkeluar dari lubang alur semasa angker berputar. Perkataan pengalir dalam belitan angker bermaksud bahagian belitan pengalir yang aktif dan berupaya menghasilkan d.g.e. sebagai misalan,jika angker itu mempunyai 20 lubang alur dan setiap alur mempunyai 4 pengalir, angker itu dikatakan mempunyai 4 pengalir setiap lubang alur dan jumlah pengalirnya ialah 80.

(g) Penukar tertib Penukar tertib berfungsi untuk memudahkan pengumpulan arus dari pengalir angker. Ia juga berfungsi sebagai penerus di mana arus ulang-alik yang teraruh dalam belitan angker akan ditukarkan menjadi arus terus. Penukar tertib berbentuk silinder hasil gabungan ruas-ruas kuprum keras atau kuprum tempa yang sama tebal berbentuk baji. Ruas-ruas itu ditebalkan di antara satu sama lain oleh lapisan mika nipis. Setiap ruas disambungkan ke pengalir angker dengan menggunakan cuping atau jalur. Penukar tertib ini dipasangkan di atas aci dengan dilapikkan penebat.

(h) Berus Berus terletak di atas permukaan penukar tertib. Tugas utamanya ialah sebagai penyambung elektrik di antara gegelung angker yang berputar dengan litar luar, di samping memungut arus yang terjana di angker untuk dihantar ke litar luar. Berus ini

Page 3: DC MOTOR

biasanya diperbuat daripada karbon dengan logam kuprum. Biasanya ia berbentuk segiempat. Berus ini diletakkan di bawah tekanan pegas dalam pemegang berus. Sambungan di antara berus dengan pemegang berus menggunakan kabel kuprum tidak bertebat boleh lentur atau lebih dikenali dengan panggilan ‘ekor babi’.

(i) Galas,kipas,lengan jumpelang Lengan jumpelang berfungsi sebagai tempat pemegang berus. Disamping itu, ia juga boleh digerak-gerakkan mengikut atau melawan arah jam bagi melaraskan kedudukan satah neutral yang tepat. Kipas pula bertugas sebagai penyedut udara panas yang terhasil dalam penjana itu untuk disebarkan keluar. Kipas ini dipasang pada aci pada bahagian pacu. Galas digunakan bagi mendapat hasil putaran yang licin, senyap dan tidak haus. Bagi kerja berat galas jenis guling sesuai digunakan. Galas guling dan galas bebola biasanya dimulakan bersama – sama minyak likat.galas sarung biasa digunakan bagi mengurangkan bunyi bising dan mengurangkan kehausan galas. Galas jenis ini dilicinkan oleh minyak dari taking minyak dalam pendakap galas.

(j) kutub antara/kutub menukar tertib Penjana moden sekarang kebanyakannya menggunakan kutub antara atau dipanggil juga kutub menukar tertib. Kutub ini diletakkan di tengah-tengah dua kutub utama. Fluks akan terhasil dalam kutub ini hanya apabila arus mengalir dalam litar angker. Tugas fluks itu ialah untuk memperbaiki kesan menukar tertib yang menyebabkan bunga api di penukar tertib. Kekutuban kutub antara ini mestilah sama dengan kekutuban kutub utama di sebelahnya mengikut arah putaran angker. Gegelung kutub ini sentiasa dipasang secara siri dengan angker.