deb dan dpn

28
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: zue

Post on 10-Jun-2015

1.755 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEB dan DPN

 

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

 

Page 2: DEB dan DPN

PENGENALAN 

Pembangunan secara khususnya ditujukan untuk manusia kerana manusia memahami tentang sesuatu makna.

Pembangunan meliputi dua elemen iaitu elemen dalaman atau kerohanian dan elemen luaran atau fizikal. Kedua-duanya saling berperanan untuk melengkapkan suatu kehidupan manusia khususnya dalam masyarakat majmuk.

Page 3: DEB dan DPN

ZAMAN PENJAJAH

Penjajah berpaksikan material telah mewujudkan ketidakseimbangan dari segi penempatan dan kerjaya.Penempatan golongan Cina, India dan Melayu di lokasi yang berbeza telah melahirkan kerjaya yang berbeza dengan cara fikir yang berbeza.Lokasi bandar di sekitar kawasan perlombongan menyebabkan kaum Cina lebih selesa berbanding kaum lain.

Page 4: DEB dan DPN

DASAR PEMBANGUNAN SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka cabaran yang dihadapi oleh Parti Perikatan ialah untuk membangunkan negara dengan cara memajukan ekonomi untuk faedah semua kaum

Tujuan:mengurangkan jurang perbezaan

pembangunan membasmi kemiskinan.

Page 5: DEB dan DPN

Dasar pembangunan negara dikenali sebagai Rancangan Pembangunan Lima Tahun (RPLT) yang dihasilkan setiap lima tahun.

Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) terdapat tiga rancangan pembangunan negara telah digubal iaitu Rancangan Malaya Pertama (RMP:1956-1960), Rancangan Malaya Kedua (RMK: 1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (RM1: 1966-1970).

Page 6: DEB dan DPN

Antara strategi yang dijalankan ialah menyediakan kemudahan infrastruktur sosio-ekonomi khususnya pembangunan luar bandar.

Komitmen kerajaan ini ialah untuk mengubah sistem penjajah yang telah berjalan selama 83 tahun yang bermula dengan campur tangan dalam urusan dalaman negeri Perak diikuti dengan perjanjian Pangkor 1874 di mana tiada pembangunan menyeluruh yang cuba dibawa.

Page 7: DEB dan DPN

DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 menerusi Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara kita di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan-kawasan di wilayah yang sama.

Page 8: DEB dan DPN
Page 9: DEB dan DPN

DUA STRATEGI

Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum

Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Page 10: DEB dan DPN

Strategi Pembasmian Kemiskinan

Kemiskinan di Malaysia dikira berasaskan kepada pendapatan garis kemiskinan yang garis kemiskinan dianggap sebagai purata sesebuah isi rumah untuk mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan mencukupi.

Kemiskinan dilihat sebagai faktor utama mewujudkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat dan mampu menggugat perpaduan negara.

Kadar kemiskinan paling tinggi ialah di kalangan Bumiputera yang tertumpu kepada bidang pertanian tradisional.

Page 11: DEB dan DPN

Terdapat beberapa usaha yang dijalankan dalam menyelesaikan masalah ketidakseimbangan ekonomi antaranya :

1.latihan-latihan dan ilmu pendidikan kepada kaum Melayu dalam bidang pengurusan,

2.menggalakkan pekerjaan, 3.memberi peluang aktif di dalam sektor moden, 4.memberi nasihat, subsidi, kouta, 5.menambahkan bilangan Melayu di institut

pengajian tinggi 6.mendorong mereka mempelajari kursus-kursus

perdagangan, sains, kejuruteraan dan lain-lain.

Page 12: DEB dan DPN

Menyusun Semula Masyarakat

Usaha-usaha bagi mencapai tujuan membasmi kemiskinan diperteguhkan pula dengan strategi menyusun semula masyarakat.

Antara strategi yang dijalankan ialah:i. Menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta.ii. Membina satu masyarakat perdagangan di kalangan bumiputera.iii.Membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini mundur tetapi berpotensi tinggi.iv.Meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan luar negara.

Page 13: DEB dan DPN

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Dasar Ekonomi Baru tidak mampu mencapai sasaran 30% kepada kaum bumiputera dan dilanjutkan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih adil dan bersatu padu meliputi tempoh 10 tahun (1991-2000).

Page 14: DEB dan DPN
Page 15: DEB dan DPN

Terdapat sebelas cabaran Dasar Pembangunan Nasional iaitu:

1. Memesatkan tranformasi ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan faktor buruh dan modal.

2.Mempercepatkan peralihan kepada aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi, penggunaan pengeluaran berintensif modal dan teknologi serta yang menjimatkan penggunaan buruh.

Page 16: DEB dan DPN

3. Menguruskan pertumbuhan yang mampan, mengekalkan kestabilan harga dan imbangan luar negara.

4.Menggalakkan pendekatan global khususnya bagi sektor perindustrian supaya bersaing, meningkatkan keupayaan pengeluaran dan berorientasikan eskport

Page 17: DEB dan DPN

5. Menggalakkan proses pengeluaran yang lebih bersepadu antara industri domestik bagi mengurangkan pergantungan barangan import dan memperkembangkan barangan eksport.

6. Meningkatkan daya saingan peringkat global, memperkukuhkan infrastruktur dan mempertahankan persekitaran yang baik untuk perkembangan penglibatan sektor swasta.

7. Membina sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan terbuka sebagai penggalak kepada pertumbuhan.

Page 18: DEB dan DPN

8. Memperkukuhkan lagi sains dan teknologi serta peningkatan dalam penyelidikan dan pembangunan.

9. Memastikan pembangunan mampan menerusi kesedaran pemuliharaan alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.

Page 19: DEB dan DPN

10. Meningkatkan usaha ke arah pengagihan pertambahan pendapatan negara dengan saksama demi mengekalkan kestabilan sosio-ekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat.

11. Berusaha menangani masalah sosial, keruntuhan moral dan etika masyarakat khususnya golongan muda.

Page 20: DEB dan DPN

DASAR WAWASAN NEGARASetelah RRJP2 telah tamat tempoh pada

penghujung 2000, satu lagi rancangan jangka panjang yang dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) pula diperkenalkan.

Intipatinya tidak lari daripada tujuan asas iaitu pembangunan yang seimbang bermula kepada dengan perhatian khusus kepada pembangunan sektor pertanian, industri kecil dan sederhana sehinggalah kepada industri berasaskan pengetahuan atau 'K-ekonomi'.

Page 21: DEB dan DPN
Page 22: DEB dan DPN

Terdapat beberapa teras utama yang dikemukakan iaitu:

1. Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, semangat patriotik,dan bertolak ansur; serta menanam nilai-nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

2. Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui usaha-usaha pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidaseimbangan di kalangan etnik dan wilayah.

Page 23: DEB dan DPN

3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan pertumbuhan, industri kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.

4. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

Page 24: DEB dan DPN

5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik bagi meningkatkan nilai ditambah semua sektor ekonomi serta mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.

Page 25: DEB dan DPN

6. Memantapkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang berpotensi, berkebolehan, produktif dan berpengetahuan.

7. Meneruskan pembangunan mampan alam sekitar bertujuan pembangunan jangka panjang.

Page 26: DEB dan DPN

MATLAMAT PEMBANGUNAN

Pertama: Mengenai perpaduan dan kekentalan rakyat Malaysia.

Kedua: Menyentuh mengenai manusia sebagai sumber yang berpotensi.

Ketiga: Menyentuh mengenai soal ekonomi iaitu memperbaiki kedudukan

Page 27: DEB dan DPN
Page 28: DEB dan DPN

KESIMPULAN 

Pembangunan merangkumi aspek yang amat luas. Sekalipun sektor ekonomi mempunyai peranan yang besar ke arah pembangunan negara namun, persoalan etika atau akhlak adalah pencetus ke arah pencapaian negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rakyat wajar mewujudkan perasaan sayang kepada negara dengan menyayangi seluruh warganegaranya menerusi acuan ilmu yang mampu menyusun dan mewujudkan pembangunan yang seimbang rohani dan jasmani