deb & hubungan etnik

Upload: hannafarhanna

Post on 06-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Deb & Hubungan Etnik

    1/3

    Dasar Ekonomi Baru Dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia

    Written by ajim

    Tuesday, 16 March 2010 00:25 - Last Updated Tuesday, 16 March 2010 00:36

    Pada 10 Mac 2010 yang lalu, Jabatan Pengajian Islam dan Kemanusiaan, Pusat Bahasa dan

    Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan sebuah

    wacana ilmu yang bertemakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dan Implikasi Terhadap HubunganEtnik Di Malaysia. Wacana ini telah menjemput Prof. Datuk Dr Shamsul Amri Bin Baharuddin,

    Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) sebagai panel pembentang. Tema DEB ini telah dipilih

    berdasarkan keadaan sosio-politik semasa yang memungkinkan berlaku pelbagai perdebatan

    pro dan kontra terhadap perlaksanaan dasar itu dan implikasinya dari sudut yang jarang

    diterokai iaitu kesan pada hubungan sesama etnik di Malaysia. Artikel ini akan merumuskan

    sudut pandang dan idea yang telah dikemukan oleh tokoh akademik pada majlis ilmu itu.

    Prof. Datuk Dr Shamsul Amri memulakan penghujahan dengan menyatakan

    bahawa walaupun pada hakikatnya, DEB telah lama tamat, namun semangat DEB masih tetap

    diteruskan dalam cakap-cakap politik, perbincangan semasa dan juga di dalam sembanglapangan maya. Semangat ini saban tahun dicanang dengan pelbagai agenda perjuangan, ada

    yang meyebut tentang soal Islam, Melayu, hak non-bumi dan sebagainya. Semua sedia

    maklum, penubuhan DEB ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan juga menyusun

    semula masyarakat sejurus berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Untuk memahami

    kronologi kepada wujudnya DEB, maka perlu untuk kita kembali menyelak semula tirai sejarah

    negara Malaysia dalam konteks awal penubuhannya. Malaysia ketika awal merdeka, masih lagi

    sebuah negara yang muda tetapi perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran utama seperti

    pembangunan ekonomi, pemerintahan dan kestabilan politik, hubungan antara kaum dan juga

    perang dingin antara blok komunis dan blok kapitalis. Beliau menambah, cabaran-cabaran

    besar ini membawa kepada wujudnya krisis-krisis seperti isu pembangunan ekonomi dikawasan bandar dan luar bandar. Ini kerana terdapat perbezaan ketara di antara pembangunan

    kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar yang dimonopoli oleh kaum Cina mendapat

    agihan pembangunan yang lebih baik dan tersusun berbanding dengan kawasan kampung dan

    pendalaman yang mana majoriti didiami oleh masyarakat Melayu dan India. Tampuk

    pemerintahan dan kestabilan politik ketika itu masih lagi mencari rentak, kuasa federalisme juga

    kelihatan masih belum cukup stabil. Krisis hubungan kaum ketika itu walaupun masih belum

    dikategorikan sebagai darurat, namun boleh disifatkan cukup membimbangkan. Masing-masing

    bertikam lidah tentang kepentingan kaum masing-masing. Situasi ini cukup menyamai dengan

    apa yang sedang berlaku dewasa ini di Malaysia. Bermula dari cabaran, kemudian krisis,

    akhirnya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 hasil gabungan pelbagai krisis dan diterjemahkandalam satu konflik terbuka. Kelahiran DEB selepas konflik 13 Mei 1969 dilihat sebagai satu

    usaha penyelesaian untuk semua masalah yang dihadapi ketika itu. Dipertengahan hujah, Prof.

    Datuk Dr Shamsul Amri sempat menimbulkan persoalan, benarkah DEB merupakan ubat yang

    cukup mujarab bagi mengubati semua penyakit yang berlaku pada ketika itu?

    Terdapat dua masalah besar yang dinyatakan oleh beliau mengenai kefahaman

    perpaduan sosial rakyat di Malaysia. Masalah pertama ialah mengenai penekanan yang

    keterlaluan terhadap satu-satu peristiwa konflik berdarah semata. Seolah-olah tiada langsung

    1 / 3

  • 8/2/2019 Deb & Hubungan Etnik

    2/3

  • 8/2/2019 Deb & Hubungan Etnik

    3/3

    Dasar Ekonomi Baru Dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia

    Written by ajim

    Tuesday, 16 March 2010 00:25 - Last Updated Tuesday, 16 March 2010 00:36

    sebagai ahli akademik yang cukup masak dalam arena perdebatan sosio-politik di Malaysia.

    oleh: Abdul Azim Roslan (UTeM)

    3 / 3