definisi pengamatan

7
DEFINISI PENGAMATAN

Upload: vivianne

Post on 29-Jun-2015

979 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: DEFINISI PENGAMATAN

DEFINISI PENGAMATAN

Page 2: DEFINISI PENGAMATAN

ISTILAH Pendekatan pengamatan telah lama

digunakan untuk mengajar kanak-kanak dengan keperluan khas.

Antara program yang menggunakan pendekatan ini ialah Program Slingerland, Program Dubnoff dan program frostig.

Pendekatan ini tidak merupakan pendekatan khusus ke arah membaca , namun perkembangan aktiviti-aktiviti latihan yang berstruktur serta disusun rapi telah terbukti dapat membantu kemantapan pengamatan kanak-kanak dari segi visual , auditori, kinestetik dan sensori

Page 3: DEFINISI PENGAMATAN

Jabatan Pendidikan Khas, KPM dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas (1999) mendefinisikan pengamatan sebagai:

- Satu istilah psikologi yang digunakan berkaitan dengan kefahaman yang tepat mengenai objek-objek dan persekitarannya, situasi dan kejadian-kejadian di mana punca pancaindera fisiologikal dan neurologikal memainkan peranan yang penting. Pengamatan adalah satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman iaitu pengamatan dan ini berhubung rapat dengan pemikiran.

Page 4: DEFINISI PENGAMATAN

Janet W Leaner (1971) dalam bukunya “Children With Learning Disabilitis” telah mentafsirkan pengamatan sebagai:

- Satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Page 5: DEFINISI PENGAMATAN

PENGAMATAN VISUAL

Janet W Learner – Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar.

Masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

Page 6: DEFINISI PENGAMATAN

PENGAMATAN AUDITORI

Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 – Keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal.

Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonologikal, mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad.

Page 7: DEFINISI PENGAMATAN

PENGAMATAN SENSORI & KINESTETIK

Pengamatan sensori dan kinestetik sangat penting untuk menerima maklumat.

Pengamatan sensori merupakan keupayaan seseorang melakukan sesuatu dengan menggunakan deria rasa dengan lidah, sentuh dengan kulit, dan hidu dengan hidung.

Pengamatan kinestetik merupakan gerakkerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot. Keupayaan menggunakan koordinasikan mata dan tangan dapat diaplikasi kepada hasil kerja tulisan atau melibatkan gerakkerja penulisan.