di kota kecilku

2

Click here to load reader

Upload: awang-kelabu

Post on 19-Jun-2015

1.230 views

Category:

Business


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Di Kota Kecilku

Di Kota Kecilku

1

SAJAK Dl KOTA KEC1LKU

Petikan Asal Makna Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi

Di sini aku pulang tempatbersekolah dandibesarkan lewat padang Speedy terus ke Durian Sebatang semuanya kini terasakecilmengimbau rindu dan kenangan.

Penyajak telah pulang ke k ampunghalamannya, di Durian Sebatang, tempatbeliau dibesarkan dan mendapatpendidikan. Kepula-ngan itu telahmenimbulkan nostalgia pada diripenyajak tentang kenangan masasilamnya.

Di sini anak belasan tahunmulai mengenal cinta dan ilmupengorbanan ayah dan emakkeakraban teman dan pergelutandetik itu mengambang bagai mimpisewaktu kulewati kota kecilku ini.

Penyajak mengimbau kenangan ketikabeliau berusia belasan tahun dan masihbelajar. Beliau teringatakan pengorbananibu dan bapanya serta kemesraanbersama teman-teman.

Sesaat tiba di muka sekolahtelah lama kutinggalkankini sudah berubahterasa sepisuara guru yang memberikan markahpada pangkat pertamabuat si anak desadan ayahku tak berkata bangga.

Ketika tiba di kawasan sekolah lamanya,penyajak mendapati sekolah tersebuttelah banyak berubah. Beliau mengingatisaat-saat semasa belajar di sekolahtersebut. Guru-guru banyak berjasadalam membantu beliau memperolehpangkat satu dalam peperiksaan yangmerupakan satu pencapaian yangcemerlang bagi seorang anak desa. Ayahbeliau berasa amat bangga akan kejayaanbeliau itu.

Di sinilah anak desamengenal duniadi kota kecilnyapadang Speedydan Durian Sebatangmeski berubah pandanganmengimbau rindu dan kenangansayang.

Walaupun kampung halamannyabanyak mengalami perubahan,namun tempat itu tetap akansentiasa dikenangnya keranabeliau sedar bahawa

Gaya Bahasa(a) Diksi: Pemilihan diksiadalah mudah untuk difahami, diikutidengan penggunaan bahasa yangpuitis.Contoh: Mengimbau rindu dankenangan.

(b) Perulangan:(i) Anafora: Pengulangan di awalbaris.Contoh: Perkataan 'di' pada barispertama rangkap pertama, keduadan keempat

(ii) Responsi: Pengulangan perkataan'dan' pada rang-kap kedua bariskedua, ketiga dan keempat.

c) Simile: Unsur perbandinganContoh: detik itu mengambang bagai mimpi.

Tema:Sajak ini bertemakan perasaan rindu dan cinta penyajak terhadapkampung halamannya. Penyajak menya-takan perasaan rindu dankasih terhadap kampung halamannya, iaitu Durian Sebatang,ketika beliau

pulang ke kampung tersebut. Banyak peristiwa masa silamtenggelam timbul dalam fikirannya. Walaupun sekarangsemuanya tinggal kenangan, nostalgia penyajak semasa zamankanak-kanak sehingga ke zamar persekolahan tetap terpahatkukuh dalam ingatannyaPersoalan:(a) Mengenang jasa: Persoalan ini jelas terpapar

apabila penyajak menceritakan jasa guru -guru danpengorbanan ibu bapa yang membantu beliausehingga berjaya dalam pelajarannya.

(b) Peredaran masa menyebabkan perubahan:Kampung halaman penyajak telah banyakmengalami perubahan mengikut peredaran masa.Pembangunan telah mengubah kampung

Page 2: Di Kota Kecilku

Di Kota Kecilku

2

halamannya, yang tinggal hanyalah kenangan silam.(c) Kasih sayang, dorongan, dan pengorbanan ibu

bapa: Ibu bapa merupakan orang yangmenyumbang segala keperluan penyajak. Tanpa kasihsayang dan pengorbanan mereka, penyajak tidakmungkin berjaya.

(d) Budi dan jasa para pendidik: Para pendidik telahmencurahkan ilmu pengetahuan kepada kita agar kitamenjadi orang yang berguna . Penyajak amatberterima kasih kepada bekas guru-gurunya yangbanyak membantunya sehingga beliau berjayadalam bidang akademik.

Nada:Sajak ini bernada romantik. Seluruh sajak tersebutmengisahkan nostalgia penyajak terhadap kampunghalamannya. Penyajak cuba meluahkan perasaan kasih dansayang serta kerinduan beliau terhadap kampungnya. Namunbegitu, beliau pasti bahawa kota kecil tersebut akan tetapdikenang dan diingatinya tidak kira di mana beliau berada.

Bentuk Sajak:(a) Sajak ini berbentuk bebas, yakni tidak

terpengaruh oleh ciri -ciri puisi atau syair. Baris dalamsetiap rangkap tidak sama. Rima pula adalah sepertiberikut:Rangkap 1: abcadeb Rangkap 3: abcaddd Rangkap2: abcadd Rangkap 4: aaabcdd

(b) Sajak ini ditulis dalam empat rangkap.(c) Rangkap pertama mempunyai 7 baris, rangkap kedua

mempunyai 6 baris, rangkap ketiga mempunyai 8baris dan rangkap keempat mempunyai 8 baris.

(d) Terdapat antara satu hingga lima patah perkataandalam setiap baris.

(e) Baris terpendeknya hanya mempunyai dua patahperkataan manakala baris terpanjang mempunyai limapatah perkataan.

Nilai:(a) Mengenang budi dan jasa: Budi dan jasa guru-guru

dan ibu bapa sentiasa dikenang oleh penyajakkerana mereka merupakan pe ndorong utama kepadakejayaannya.

(b) Cinta akan kampung halaman: Penyajak tidakmelupakan kampung halamannya. Segalapengalaman pahit dan manis semasa tinggal di sanatetap diingatinya.

(c) Kasih sayang: Kasih sayang yang dicurahkan olehibu bapa penya jak telah mendorong penyajakuntuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya.Selain itu, penyajak juga mencurahkan kasihsayang terhadap kampung halaman yang telah lamaditinggalkan.

(d) Menghargai ilmu: Penyajak merupakan seorang anakdesa yang berjaya dalam bidangakademiknya. Ilmu pengetahuan merupakanpenjamin masa depan yang cemerlang. Oleh itu,usaha gigih harus dicurahkan untukmemperoleh ilmu pengetahuan agar masa depanterjamin.

(e) Usaha dan ketekunan akan membawa kejayaan:Walaupun penyajak seorang anak desa, namunberkat tunjuk ajar daripada guru -gurunya danketekunan serta daya usaha sendiri, penyajakberjaya mendapat pangkat satu dalampeperiksaannya. Hal ini menunjukkan nilaiketekunan dan usaha adalah penting apabila kitaingin berjaya dalam apa jua bidang yang kitaceburi.

(f) Yakin diri: Penyajak mempunyai keyakinan diriyang tinggi dalam menimba ilmu danmemperoleh pelbagai pengalaman sebagaipersediaan menghadapi ha ri-hari yangmendatang.

Pengajaran:(a) Kita hendaklah mengenang budi dan jasa ibu bapa

yang telah mendidik dan membesarkan kita danguru-guru yang telah mencurahkan ilmupengetahuan kepada kita.

(b) Kita harus menghargai ilmu dan memanfaatkan ilmupengetahuan dalam kehidupan.

(c) Sokongan dan dorongan serta tunjuk ajardaripada ibu bapa dan para pendidik adalahpenting untuk mendorong kita mencapaikejayaan dalam kehidupan.

(d) Kita hendaklah sentiasa mengingati asal usul bagimengelakkan kita daripada l upa daratan. Kitahendaklah gigih membentuk dan mencapai masadepan yang cerah.