dialek melayu selangor
TRANSCRIPT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SEM 2
SESI 2009/2010
TAJUK TUGASAN :
KAJIAN DIALEK MELAYU SELANGOR (SUNGAI BESAR)
FONETIK DAN FONOLOGI
( BML 3043 )
NAMA PELAJAR : NORALIA BINTI ROSLAN
NO. MATRIK : D20081032827
PROGRAM : PENDIDIKAN GEOGRAFI
FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SEMESTER : SEM 4
SESI : SESI (2009/2010)
KUMPULAN : E
NAMA PENSYARAH : EN. RAZALI BIN AYOB
TARIKH HANTAR : 1/3/2010
1
ISI KANDUNGAN
________________________________________________________________
BIL. TAJUK HALAMAN
1.0 PENGENALAN m/s 1-2
2.0 DEFINISI m/s 3-5
2.1 FONETIK
2.2 FONOLOGI
2.3 FONEMIK
3.0 DIALEK m/s 6-8
3.1 DIALEK MELAYU SELANGOR
4.0 KAJIAN KES m/s 9-23
4.1 LATAR BELAKANG KAWASAN m/s 9
4.2 KAEDAH KAJIAN m/s 10
4.2.1 BIODATA RESPONDEN m/s 11
4.3 HASIL KAJIAN m/s 12
4.3.1 KONSEP WARNA m/s 12
4.3.1.1 DEFINISI WARNA m/s 12
4.3.1.2 PEMIKIRAN DALAM WARNA m/s 12-17
4.3.1.3 SIMBOL FONETIK SERTA CONTOH AYAT m/s 18-20
4.3.2 KONSEP MENGHITUNG m/s 21
4.3.2.1 DEFINISI MENGHITUNG m/s 21
4.3.2.2 SEJARAH KATA MENGHITUNG m/s 21
4.3.2.3 SIMBOL FONETIK SERTA CONTOH AYAT m/s 21-23
4.4 RUMUSAN KAJIAN m/s 23-24
5.0 KESIMPULAN m/s 25
6.0 BIBLIOGRAFI
2
1.0 PENGENALAN
Tanpa kita sedari, pembelajaran utama yang diperoleh oleh manusia adalah bahasa. Bahasa
tidak dapat dipisahkan dari orang yang menuturkannya. Sungguhpun pengwujudan pertuturan
itu, adalah hasil kegiatan seseorang sebagai individu, tetapi bahasa tidak dapat wujud dalam
sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam hubungan mereka
satu sama lain. Oleh itu, bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan individu, bukan
kepunyaan satu-satu individu tertentu, (Asmah Hj Omar, 1985:3). Dalam bahasa, sifat yang
penting yang ada pada manusia sebagai makhluk sosial adalah sifat perkongsian. Kebiasaan
berkongsi satu sistem komunikasi ini melahirkan satu kumpulan manusia yang berbeza dari
kumpulan lain yang menggunakan dan tumbuh sebagai sistem bahasa yang berlainan pula.
Bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek dan penutur dialek-dialek ini pula saling
faham memahami antara satu sama lain (Chambers 1983:3 dalam Zaharani Ahmad,1993:4).
Berdasarkan ciri-ciri linguistik, dialek dalam suatu bahasa mempunyai banyak persamaan dan
juga beberapa perbezaan antara satu sama lain. Persamaan yang wujud itu menggambarkan
dialek-dialek tersebut mengekalkan ciri-ciri warisan yang diwarisi bersama. Manakala
perbezaan itu pula menunjukkan mereka telah mengalami perkembangan secara tersendiri
dan terpisah daripada dialek-dialek lain. Newton (1972), menyatakan kewujudan pelbagai
dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi
sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu
merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahsa asal kepada beberapa
dialek turunannya.
Pengkajian tentang dialek ini disebut sebagai dialektologi. Menurut Zaharani Ahmad
(1993:1), dialektologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji dialek-dialek dalam sesuatu
bahasa. Kajian dialek yang menerapkan gagasan-gagasan dan hasil penemuan teori nahu
transformasi generatif, khususnya teori fonologi generatif yakni kajian yang berhubung
dengan perbandingan dialek dapat digunakan untuk mengkaji perbezaan dialek yang terdapat
dalam Bahasa Melayu. Dengan berlandaskan pendekatan teori ini, huraian serta penjelasan
tentang kepelbagaian dialek yang wujud dalam bahasa Melayu dapat dikaji. Tujuan utama
fonologi generatif ini digunapakai adalah tidak lain iaitu untuk memformalisasikan
kecekapan fonologi intrinsik seorang penutur sebagai satu sistem rumus yang
bertanggungjawab melahirkan reprisentasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.
3
Menurut Asmah Hj Omar (1995:26), pengkajian terhadap dialek ini dilakukan kerana
masyarakat menjalani perubahan dari segi kehidupan dan seterusnya mengalami perubahan
dari segi bahasanya. Misalnya, sesuatu kemajuan dari segi teknologi, cara hidup dan ilmu
pengetahuan sesebuah masyarakat akan mempengaruhi perubahan bahasa dari segi
pemasukan kata-kata baru. Bahkan menurutnya lagi, bukan sahaja kata-kata baru yang
dimasukkan, tetapi juga kata-kata yang sedia ada mungkin juga mengalami perubahan makna
baik dari segi perluasan atau penyempitan makna. Begitu juga dengan cara penyebutan suatu
perkataan, wujudnya perbezaan antara satu dialek dengan satu dialek yang lain.
Sehubungan dengan itu, faktor-faktor yang menimbulkan dialek adalah terdiri
daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya dengan ekonomi,
cara hidup dan juga budaya, hal ini tercermin di dalam dialek yang bersangkutan (Guiraud,
1970 dan Ayattrohaedi, 1979:60). Di semenanjung Malaysia, keadaan alam semula jadi yang
terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai, merupakan rintangan-rintangan kepada
putusnya atau jauhnya perhubungan di antara penduduk-penduduknya. Faktor politik telah
membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik politik yang lebih kecil,
menghasilkan negeri-negeri Melayu Semenanjung seperti negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Daripada nama-nama negeri tersebutlah timbulnya nama dialek-dialek di Semenanjung
Malaysia, iaitu Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek Pulau Pinang, Dialek Perak, Dialek
Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka, Dialek Johor, Dialek Pahang, Dialek
Terengganu dan Dialek Kelantan. Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu
dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50). Dialek-dialek setempat di
Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu (A. Teeuw
1961:43).
Justeru, dalam kajian ini, saya akan menyoroti kepelbagaian dan kelainan dalam
sebutan dialek Melayu Selangor khususnya, dari aspek fonetik dan fonologinya. Aspek ini
akan dihuraikan secara terperinci dan mendalam mengenai perbezaan yang wujud antara
dialek Melayu Selangor dengan bahasa Melayu baku. Kajian utama dilakukan terhadap cara
sebutan dan simbol-simbol fonetik yang digunakan bagi melambangkan setiap vokal atau
konsonan yang digunakan serta pemikiran masyarakat penutur dialek Melayu Selangor
tentang konsep warna dan menghitung.
4
2.0 DEFINISI
Kajian terhadap dialek bahasa Melayu Selangor ini diteliti berdasarkan salah satu cabang
ilmu bahasa (linguistik) iaitu dari aspek fonetik dan fonologinya. Pengkajian ini dilakukan
adalah untuk melihat sejauh mana perbezaan sebutan bahasa yang wujud di wilayah-wilayah
tertentu. Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula pelbagai ideolek, iaitu
kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan, dan kelainan
stilistik yang terjadi akibat daripada konteks yang berlainan ( Mario A. Pei 1966:119). Semua
kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi kelainan-kelainan
itu masih tergolong dalam satu bahasa. Misalnya Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek Pulau
Pinang, Dialek Perak, Dialek Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka, Dialek
Johor, Dialek Pahang, Dialek Terengganu dan Dialek Kelantan merupakan kelainan-kelainan
bahasa daripada Bahasa Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan
stilistik di dalam dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami di
antara satu sama lain. Disini turut disediakan perincian berkaitan maksud fonetik dan
fonologi secara lebih terperinci :
2.1 Fonologi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam
bahasa iaitu bunyi. Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang
diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau difahami oleh kedua-dua belah pihak. Bidang ini
disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi
kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.
2.2 Fonetik
Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Bidang fonetik merupakan salah satu kajian
yang terdapat di dalam ilmu linguistik yakni bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut. Menurut kamus dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Berdasarkan
takrifan daripada Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan pula, dalam bukunya Linguistik Am
(2007:33) fonetik merupakan bidang yang mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang
digunakan dalam pertuturan. Pendapat ini disokong oleh Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) yang
menyatakan bahawa, fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna 5
dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa
dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza iaitu fonetik artikulatori, fonetik
auditori dan fonetik akustik. Artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan cara-cara
suatu bunyi dilafazkan. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-
bunyi bahasa itu sendiri iaitu transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa
proses berkomunikasi.
Menurut Arbak Othman pula (Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik
mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi
bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik
untuk bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara
mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi.
Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi.
Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas
hakikatnya bunyi ini.
Kesimpulannya, pendapat-pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang
maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji
keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-
pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang
membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem
iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian
mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik. Jika diteliti tentang
fonetik, fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang
berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran (auditori).
2.3 Fonemik
Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu
pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa
sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik
mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi
6
mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas
daripada pendapat Henderson yang menyatakan :
“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of
individual language has variously been called “ phonology “.
Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “.
Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan
dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan
peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.
Oleh itu, jelaslah fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang
mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,
seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang
mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk bunyi. Secara
ringkas, dapatlah dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Ia juga
merupakan bidang fonetik yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi
bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi
dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek
yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa
sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak
termasuk dalam kajian bidang fonetik. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari
bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem iaitu fonem
vokal, konsonan dan diftong. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari
fonem-fonem sesuatu bahasa dalam dialek.
7
3.0 DIALEK
Dialek, menurut Hartmann dan Stork (dalam S. Narthesan : 2001 ), ialah sejenis kelainan
bahasa, yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa katanya daripada bahasa baku.
Sementara itu Collins (1986:197) pula, mentakrifkan dialek sebagai satu ragam bahasa yang
dibezakan secara tegas daripada ragam-ragam lain berdasarkan ciri-ciri penyebutan, kosa kata
dan tatabahasa. Ragam bahasa ini terdapat dalam daerah geografi tertentu dan dalam suasana
sosial tertentu. Yang nyata daripada dua takrif diatas ialah salah satu kelainan diantara dialek
yang dapat dikesan adalah pada kosa kata yang digunakan dalam dialek tersebut.
Menurut Collins J.T (1996:13), penyebaran dialek Melayu sudah lama wujud sebelum
abad ke-16 lagi. Hal ini kerana, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama bukan
sahaja di sumatera, semenanjung tanah Melayu dan Borneo sahaja, malah turut digunakan di
kepulauan Filipina dan Maluku di Lautan Pasifik. Kewujudan lebih daripada enam puluh
dialek daerah yang masih tergolong dalam jaringan bahasa Melayu ini membuktikan
keunggulan penutur melayu, sebagai perintis budaya, niaga dan teknologi. Terdapat juga
dialek Melayu yang timbul sebagai hasil daripada perkembangan bahasa pergaulan dan
perdagangan tanpa penghijrahan penutur Melayu dan pembentukan masyarakat imigran di
perkampungan baru. Setiap dialek Melayu ini dilatari dan diwarnai dengan sejarahnya
masing-masing. Sememangnya, sesuatu dialek hanya dapat dihargai dan dihayati dalam
lingkungan sosial penuturnya sendiri.
Sehubungan itu, kepelbagaian dialek Melayu yang diwariskan oleh penutur purba ini
harus disanjung sebagai pusaka atau khazanah yang tidak ternilai. Khazanah ini hendaklah
disusun, diatur, disemak, diteliti dan harus diperlihatkan dari segi keistimewaannya.
Penghargaan terhadap pusaka hidup ini haruslah berbentuk pengkajian dan penyelidikan
mengenainya. Syahadan, tugas para pengkaji dialek Melayu teramatlah besar. Bahkan,
menurut Collins (1989), terdapat lebih kurang 1500 penulisan tentang berbagai-bagai dialek
Melayu telah dirakamkan. Dialektologi ini telah mengkaji ragam bahasa Melayu yang wujud
kesan dari aspek geografi. Tambahan lagi, Menurut Collins J.T (1996 : 16), pengkajian dialek
Melayu mesti dilakukan dengan selengkap mungkin dengan mengolah dan mengambil kira
semua maklumat daripada semua sumber.
Menurut S. Nathesan (2001:111), Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara
Malaysia mempunyai daerah pertuturan yang amat luas iaitu dari negeri Perlis hinggalah ke
8
negeri Sabah. Oleh kerana, penggunaan Bahasa Melayu yang amat luas di negara kita, maka
timbul banyak kelainan penggunaanya dari segi pertuturan, makna perkataan, binaan atau
susunan ayat. Antara ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza dari bahasa daerah
yang lain termasuklah perbezaan makna perkataan, sebutan dan ungkapan tertentu dalam
dialek-dialek yang berkenaan.
Bahasa Melayu di Malaysia pada umumnya mempunyai beberapa dialek seperti
dialek Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan
Sabah. Walaupun terdapat banyak dialek dalam bahasa Melayu dengan perbezaan-perbazaan
yang tersendiri, namun ada unsur saling memahami antara penutur yang menggunakan
dialek-dialek tersebut. Menurut Asmah Haji Omar (dalam S. Nathesan, 2001:112),
menyatakan bahawa bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelompok seperti yang berikut :
i. Kelompok Barat laut (Kedah, Perlis, Perak Utara dan Pulau Pinang)
ii. Kelompok timur laut (dialek Kelantan)
iii. Kelompok timur laut (dialek Terengganu)
iv. Kelompok selatan (Johor, Melaka, Selangor dan Perak Selatan)
Dalam tugasan ini, kelainan fonetik dan fonologi dalam dialek Melayu Selangor akan
diteliti untuk melihat perbezaan sebutan yang didukung dalam dialek berkenaan. Beberapa
konsep akan diterangkan serta digunakan bagi mengkaji perbezaan bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan dalam dialek melayu Selangor untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara
mereka. Hal ini disokong lagi dengan menurut Nik Safiah Karim (1988), timbul perbezaan
bahasa yang lebih nyata pada satu-satu bahasa khususnya dari segi perbendaharaan kata,
tatabahasa dan sebutan kerana peredaran masa yang panjang dan daerah yang luas.
Menurut Collins J.T (1996:89), penyelidikan dialek daerah haruslah menghasilkan
gambaran yang utuh tentang hubungan antara ragam-ragam yang tersebar di suatu kawasan
geografi tertentu. Maksudnya, dialektologi seperti yang juga telah diperkatakan oleh Zaharani
Ahmad tidak hanya bertujuan menyoroti sesuatu dialek tetapi sebaliknya hendak menggali
data dan menyajikan teori yang dapat menggambarkan jaringan antara pelbagai dialek.
Justeru itu, melalui kajian yang telah saya jalankan, didapati bahawa salah satu faktor yang
mempengaruhi bahasa percakapan seseorang itu bertutur adalah disebabkan faktor
dialektologinya. Penerangan lebih lanjut mengenai dialek dibincangkan dalam penerangan
berikutnya ini.
9
3.1 DIALEK MELAYU SELANGOR
Menurut Asmah Hj Omar (1985 : 162), kajian dialek bagi negeri Selangor adalah lebih rumit
daripada kajian dialek bagi negeri lain. Hal ini kerana Selangor merupakan tempat
pertembungan pelbagai penutur dari berbagai-bagai kawasan dialek lain. Selain itu, hal ini
berlaku disebabkan oleh kedudukan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor pada tahun
1972 yang merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan, bukan sahaja
bagi semenanjung Malaysia tetapi juga bagi seluruh Malaysia. Hal ini disokong lagi
berdasarkan andaian yang telah dibuat yang menyatakan bahawa sebelum abad ke-20
penutur-penutur bahasa Melayu memang tinggal di kampung-kampung yang terletak di
tebing-tebing sungai, baik di muara mahupun di hulu, malahan negeri-negeri Melayu pada
waktu itu dinamakan riverine states (Burns 1976:3 dalam Collins J.T 1996:90). Menurut
Collins lagi, negeri Selangor telah wujud sebagai kesatuan politik pada abad ke-18 lagi yang
sebelum ini daerah-daerah yang kemudian digabung menjadi kerajaan Selangor adalah
tertakluk pada kesultanan Melaka dan seterusnya kesultanan Johor. Namun demikian, nama
Selangor yang membawa maksud lembangan Selangor dan Kuala Selangor sudah terdapat
dalam sejarah Melayu. Sesungguhnya, dapatlah dikatakan disini bahawa daerah yang
dinamakan sebagai negeri Selangor ini sudah lama diduduki oleh orang Melayu.
Berdasarkan laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my, dialek melayu di Selangor
adalah dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Ke-
pelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pen-
datang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertem-
bungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan
ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya
keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal se-
jarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung
Malaysia.
Dialek Melayu Selangor dengan dialek Melayu Johor tidak banyak berbeza. Hal ini
adalah kerana, kedua-duanya tidak banyak menerima pengaruh daripada negara luar. Sebagai
contoh, dialek yang menerima pengaruh luar adalah dialek Melayu Kelantan. Dialek ini sukar
difahami oleh penutur-penutur dari kawasan barat semenanjung Malaysia mereka telah
menerima pengaruh luar daripada bahasa Siam.
10
4.0 KAJIAN KES
Kajian dijalankan khusus di kawasan sungai besar, Selangor dengan menggunakan
responden-responden yang berkaitan. Wujud kelainan yang dapat dikenalpasti antara bahasa
Melayu Baku dengan Dialek Melayu Selangor kerana masyarakat di kawasan tersebut
memang pada asalnya adalah penutur Bahasa melayu asli sama seperti masyarakat di negeri
Johor. Namun, setelah berlaku beberapa kemajuan daripada pelbagai aspek terutamanya dari
aspek penghijrahan dan kemajuan teknologi, sebutan bahasa melayu yang pada mulanya baku
ini telah berubah bentuk, membentuk kesatuan bahasa mereka yang lebih utuh. Berdasarkan
kajian didapati bahawa, dialek Melayu Selangor banyak membuat perubahan pada
penggunaan vokal ‘a’ kepada penggunaan ‘e-pepet’. Sebagai contoh dalam bahasa melayu
baku bagi perkataan ‘ada’ disebut sebagai ‘ada’, namun bagi masyarakat Melayu Selangor
perkataan ‘ada’ disebut sebagai ‘ade’. Perbezaan-perbezaan ini menunjukkan kepelbagaian
dialek yang wujud di negara kita.
4.1 Latar belakang kawasan kajian
Gambarajah 4.1.1
Diperoleh dari : http://images.google.com.my
Kajian ini meneliti dan mendalami dialek bahasa Melayu yang digunakan di salah sebuah
daerah kecil di Sungai Besar, Selangor. Gambarajah 4.1.1 diatas menunjukkan kawasan
kajian. Pengkajian dialek ini dilakukan adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam 11
perbendaharaan kata antara dialek bahasa Melayu Selangor dengan bahasa Melayu Baku dari
segi fonetik dan fonologinya. Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam,
Selangor. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat Bandar daerah Sabak Bernam.
Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38,Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120
kilometer dari utara Kuala Lumpur. Perjalanan dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke
Sungai Besar mengambil tambang sebanyak RM9.00. Perjalanan dengan menaiki kereta dari
Kuala Lumpur ke Sungai Besar mengambil masa kira-kira 2 jam.
Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 di mana 43% adalah dalam
lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya,
63% terdiri dari Melayu, Cina (33%) dan India (3.5%). Disini juga terdirinya penduduk dari
pelbagai masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Bagi masyarakat melayu
disini, bahasa komunikasi mereka terbahagi kepada tiga dialek iaitu iaitu bahasa jawa, bahasa
banjar dan juga bahasa melayu tulen. Perlu diketahui juga, penutur bahasa Banjar hanyalah
mewakili sebahagian kecil bilangan penduduk di kawasan Sungai Besar berbanding penutur
bahasa Jawa, manakala yang selebihnya menggunakan bahasa Melayu tulen dengan sedikit
perubahan digunakan dalam percakapan sehari-harian. Majoriti penduduk Sungai Besar
terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain
berkebun kelapa dan kelapa sawit serta menangkap ikan. Sungai Besar menjadi pusat
pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis
Daerah yang terletak di pekan Sungai Besar.
4.2 Kaedah kajian
Saya menggunakan kaedah temubual dan soal selidik dalam mencari perbezaan dialek ini
dengan bahasa Melayu Baku. Selain itu, pengkajian ini turut dibantu oleh pengkajian-pengka-
jian yang telah dijalankan oleh para pengkaji bahasa seperti Asmah Hj Omar dan sebagainya
bagi melancarkan penulisan saya ini. Didapati wujud perbezaan sebutan antara penutur dialek
Melayu, Selangor dengan bahasa Melayu Baku. Bersama kajian ini juga turut disertakan
rakaman suara temubual saya bersama responden, sebagai bukti kewujudan perbezaan dalam
bunyi sebutan.
4.2.1 Responden
12
NAMA PELAJAR : NOR AMIRA BINTI ROSLAN
UMUR : 19 TAHUN
JANTINA : PEREMPUAN
STATUS : BUJANG
NO K/P : 921115-10-5520
TARIKH LAHIR : 15/11/1992
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL TANJUNG KARANG
ADIK-BERADIK : 9 ORANG
KECACATAN : TIADA
NO. TELEFON : -
ASAL : SUNGAI BESAR, SELANGOR
4.3 HASIL KAJIAN
13
Kajian dilakukan terhadap konsep warna dan juga konsep membilang bagi masyarakat penu-
tur dialek Melayu Selangor. Melalui kajian juga didapati terdapat pelbagai pemikiran yang
dihasilkan tentang konsep warna dan menghitung bagi menerangkan perbezaan bunyi sebutan
yang dihasilkan untuk merujuk kepada sesuatu perkara atau benda. Rakaman turut disertakan
sebagai bukti kajian dan bolehlah dirujuk di dalam CD yang telah dilampirkan bersama.
4.3.1 PENGKAJIAN DARI ASPEK KONSEP WARNA
4.3.1.1 Definisi Warna
Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud ‘kesan yang didap-
ati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang yang
berbeza-beza). Selain itu warna menurut kamus ini membawa maksud berbagai-bagai dan
corak. Sesuai dengan penemuannya, warna sememangnya adalah cahaya yang dipantulkan
oleh objek, dalam bentuk pelbagai dan bercorak. Jika kita merujuk sumber lain iaitu Mc-
Graw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms, warna ditakrifkan sebagai ‘general
term that refers to the wavelength composition of light, with particular reference to its visual
appearance’ iaitu sesuatu yang berkaitan dengan gelombang cahaya.
Berdasarkan dua rujukan maksud warna di atas, dapat disimpulkan bahawa warna
adalah hasil daripada kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Panjang ini membu-
atkannya berbeza antara satu sama lain jika dilihat secara visual. Contohnya apabila kita
melihat sesuatu benda berwarna, sebenarnya benda itu memantulkan komposisi cahaya pada
panjang gelombang tertentu. Warna yang berbeza adalah disebabkan kesan pantulan berbeza
yang bergantung kepada panjang gelombang yang dipantulkan.
4.3.1.2 Pemikiran dalam warna
Bagi dialek Melayu Selangor, terdapat sepuluh perkataan untuk melambangkan warna utama
yang sering digunakan dalam aktiviti seharian. Warna-warna tersebut adalah hitam, putih,
merah, kelabu, hijau, biru, oren, kuning, unggu, coklat dan kelabu. Bagi masyarakat melayu
di Selangor, enam dari warna-warna ini boleh dianggap sebagai warna asas iaitu warna hitam,
putih, merah, hijau, biru dan kuning. Warna utama ini adalah warna-warna yang sering di-
guna pakai oleh masyarakat melayu dalam mengklasifikasikan, mengenalpasti dan
mengkhususkan suatu warna dengan suatu warna yang lain. Tiap-tiap kata nama mempunyai
tambahan yang dikaitkan pada bunga-bungaan, tumbuhan, haiwan, daun-daunan dan pelbagai 14
benda-benda lain yang boleh menyatakan perbezaan kelainan daripada warna-warna yang su-
dah ada. Masyarakat penutur dialek Melayu Selangor mempunyai banyak istilah lain bagi
menggambarkan warna. Antaranya ialah :
i. Hitam
Merupakan warna paling gelap dalam senarai warna yang sering diguna pakai dalam kehidu-
pan seharian. Bagi penutur dialek Melayu Selangor ianya sering dikaitkan dengan warna
yang menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan bagi
sepemakainya. Sinonim dengan warna malam ialah ilmu hitam dan elegen. Antara contoh
perkataan yang digabungkan dengan kata am warna hitam untuk memberikan makna yang
berlainan bagi dialek melayu Selangor adalah :
a) Hitam Legam – Merujuk kepada warna dasar yang serupa dengan
warna arang atau memperlihatkan warna yang serupa warna arang. Hi-
tam ini dilambangkan dengan warna hitam yang sanagt pekat seperti
arang.
b) Hitam manis – Bagi masyarakat penutur dialek Melayu Selangor
warna ini melambangkan warna kulit orang melayu. Kata adjektif ma-
nis digabungkan bagi memberi maksud cantik. Klasifikasi bagi warna
hitam ini adalah hitam kemerah-merahan.
c) Hitam pekat – Melambangkan warna hitam yang sangat pekat dan
menyerupai warna kicap bagi orang Selangor.
d) Hitam Bontot kuali – Digunakan bagi melambangkan warna hitam
yang dikaitkan dengan warna bontot kuali dan sering digunakan bagi
melambangkan warna wajah seseorang individu yang lain sama ada
bertujuan untuk mengherdik, mengejek, mengumpat dan sebagainya.
e) Hitam berkilat – Warna hitam yang berminyak dan berkilat. Biasanya
digunakan untuk menggambarkan warna kulit wajah seseorang yang
bekerja ditengah panas.
15
f) Hitam putih – Melambangkan perjanjian yang dibuat diatas kertas se-
cara bertulis dan bertandatangan. Hal ini merujuk kepada dakwat
berwarna hitam yang digunakan untuk menulis diatas kertas berwarna
putih.
ii. Putih
Putih merupakan warna yang dianggap paling suci dan bersih. Warna dasar yang serupa den-
gan warna kapas atau memperlihatkan warna yang serupa dengan warna kapas. Juga melam-
bangkan kemurnian, kesucian serta menunjukkan keseimbangan di antara warna. Bagi
masyarakat penutur dialek Melayu Selangor, putih sering digunakan dan dikaitkan dengan
perkahwinan kerana ia melambangkan kesucian ikatan perkahwinan dan percintaan yang dib-
ina. Ia juga melambangkan kebersihan dan kecantikan semulajadi manusia. Antara perkataan
yang sering digabungkan dengan kata am putih bagi melambangkan suatu warna yang lain
adalah :
a) Putih melepak – Melambangkan warna yang sangat-sangat putih. Kata
lepak adalah kata yang sudah usang yang membawa maksud putih. Dalam
bahasa Batak ada kata nalopak = putih (Asmah Hj Omar, 1986:114).
b) Putih gebu – Putih gebu melambangkan warna kulit kaum wanita yang
putih dan bersih. Bagi masyarakat Selangor istilah putih gebu digunakan
untuk menggambarkan wanita yang berkulit putih dan bertubuh sederhana.
c) Putih bersih – Putih bersih biasanya digunakan bagi merujuk kepada wajah
seseorang yang bersih tanpa jerawat, bekas jerawat mahupun parut. Juga
digunakan bagi menggambarkan hati seseorang yang berhati mulia.
d) Putih susu – Bagi penutur dialek Melayu Selangor, putih susu digunakan
bagi merujuk kepada suatu benda yang berwarna putih dan lembut serta
menyerupai warna susu.
e) Putih telur – Digambarkan putih bak telur yang sememangnya berwarna
putih.
f) Putih lesi – Merujuk kepada putih pucat.
16
iii. Merah
Merupakan warna yang dianggap garang bagi masyarakat melayu Selangor. Warna dasar
yang serupa dengan warna darah atau yang memperlihatkan warna yang serupa dengan warna
darah. Merah sering dikaitkan dengan perasaan marah dan panas. Warna api dan darah, mem-
bawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ada juga
yang menyifatkankannya sebagai warna berahi dan warna hati. Bagi masyarakat Selangor
ianya sering dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan warna
mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif, ke-
marahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan manakala merah
muda menggambarkan alam percintaan.
a) Merah mak ngah – Melambangkan warna merah yang terang. Pada kebi-
asannya, istilah merah mak ngah ini sering digunakan bagi melambangkan
wanita yang berpakaian serba merah iaitu dari hujung rambut hingga ke
hujung kaki, kesemuanya berwarna merah dan menarik perhatian orang
lain. Hal ini kerana, istilah mak ngah sering dikaitkan dengan wanita yang
berumur yang gemar bergaya untuk menarik perhatian orang.
b) Merah padam – Merah padam melambangkan istilah warna yang sering di-
gunakan bagi menerangkan serta menunjukkan warna kulit wajah seseo-
rang yang berada dalam keadaan sangat malu ataupun sangat marah.
Merah ini merujuk kepada warna yang sangat merah.
c) Merah hati – Merah hati adalah warna merah yang menyerupai warna hati
yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Merah hati adalah merujuk
kepada merah kehitam-hitaman.
d) Merah jambu – Merah jambu adalah melambangkan warna merah muda
dan keputih-putihan. Warna ini sering digunakan oleh kaum wanita bagi
melambangkan kelembutan dan sifat-sifat kewanitaan yang ada pada kaum
hawa.
e) Merah cair – Merah cair adalah warna merah yang tidak pekat dan sedikit
cair dek kerana campuran elemen putih yang dimasukkan di dalam kombi-
17
nasi warna bagi mewujudkan perbezaan kombinasi warna antara merah
cair, pekat dan merah hati.
f) Merah pekat – Merah ini adalah warna merah yang betul-betul dan sangat
pekat dengan kelikatan warna dalam peratus yang tinggi tanpa campuran
warna lain. Warna ini sering digayakan oleh individu yang berkulit cerah
dan berani.
g) Merah darah – Merah darah juga seperti merah pekat. Warna ini menyamai
warna darah tubuh manusia.
h) Merah menyala – Merah menyala merupakan istilah yang digunakan bagi
melambangkan keberanian seseorang untuk memakai pakaian yang berun-
sur merah. Menyala dikaitkan dengan nyalaan api yang terang.
i) Merah cili – Merah ini digunakan masyarakat penutur dialek Melayu Se-
langor bagi merujuk kepada warna merah yang terang dan pekat.
j) Merah biji saga – Merah biji saga pula merujuk kepada merah yang cuba
didefinisikan seperti warna biji saga.
iv. Kuning
Merupakan warna seperti warna isi kunyit, cerah dan sering dikaitkan dengan warna diraja.
Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan
oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat
dan riang. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Dalam masyarakat Melayu
sungai Besar, Selangor, kuning sering kali dikaitkan dengan warna padi yang sedang men-
guning. Hal ini adalah kerana sebahagian besar kawasan Sungai Besar adalah terdiri daripada
tanaman padi yang merupakan mata pencarian utama penduduk di sekitar Sungai Besar. An-
tara perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan warna kuning adalah :
a) Kuning langsat – Kuning langsat adalah warna kuning yang sering digu-
nakan bagi melambangkan warna kulit seseorang individu yang berwarna
putih kekuning-kuningan.
18
b) Kuning keemasan – Merujuk pada warna kuning yang menyerupai warna
emas. Kuning ini lazimnya berkilau-kilau.
c) Kuning cair – Kuning ini adalah istilah yang digunakan untuk menyatakan
kuning yang tidak atau kurang pekat.
d) Kuning pekat – adalah kuning yang gelap.
e) Kuning krim – kuning krim merupakan warna kuning yang keputih-puti-
han dan menyerupai warna krim yang biasanya digunakan dalam menghias
kek.
f) Kuning telur – merupakan warna kuning yang pekat dilambangkan dengan
warna kuning telur. Telur yang dimaksudkan disini adalah warna kuning
telur yang terdapat di bahagian tengah telur ayam.
g) Kuning padi – Merujuk kepada warna kuning yang seakan-akan warna
padi masak.
h) Kuning pucat – Kuning yang keputih-putihan. Biasanya menggambarkan
kulit muka orang yang sedang sakit.
v. Hijau
Merupakan warna alam. Hijau merujuk seperti warna daun atau rumput. Dalam mod posi-
tifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan,
kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti
hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Antara istilah lain yang menggam-
barkan warna hijau adalah :
a) Hijau tahi lembu – merupakan campuran warna hijau dengan warna kelabu
menghasilkan kombinasi warna yang berbeza. Sering digunakan dalam
penghasilan kain-kain batik yang menunjukkan dan melambangkan keme-
wahan sipemakainya.
19
b) Hijau pucuk pisang – merupakan campuran kombinasi warna hijau muda
dengan warna kuning. Istilah ini digunakan bagi mewakili warna hujau
yang lebih berkilat dan lebih menyerlah berbanding warna hijau yang lain.
c) Hijau tua – Merupakan hijau gelap. Menjadi kesukaan golongan berumur
dalam memilih pakaian, kereta dan sebagainya.
d) Hijau muda – Melambangkan warna hijau keputih-putihan. Gemar dipakai
oleh golongan remaja.
e) Hijau daun – merupakan warna merujuk warna hijau yang menyerupai
warna daun.
vi. Biru
Merupakan warna ketenangan juga adalah warna laut dan langit. Membawa maksud ketenan-
gan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif. Menggambarkan keadaan semulajadi
seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru mewakili ke-
sejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi implikasi
kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan.
a) Biru laut – menunjukkan warna biru yang cair. Sering digunakan untuk
melambangakn ketenangan.
b) Biru tua – Menunjukkan warna biru yang pekat dan gelap serta sering di-
gunakan oleh golongan yang berusia.
c) Biru muda – menunjukkan warna biru yang cair.
d) Biru langit – Merujuk kepada warna biru muda dan cair. Istilah langit di-
gunakan bagi menggambarkan warna langit yang berwarna biru lembut.
4.3.1.3 Simbol fonetik dan terjemahannya dalam bentuk ayat.
Penutur dialek Melayu Selangor memaparkan sebutan mereka yang tersendiri dalam berko-
munikasi. Cara sebutan yang dihasilkan adalah berbeza dengan bunyi asal yang asli dalam 20
Bahasa Melayu Baku. Oleh itu, di bahagian ini juga akan dipaparkan contoh ayat untuk me-
nunjukkan kelainan yang berlaku.
Bil Bahasa Melayu
baku
Dialek melayu
selangor
Simbol fonetikContoh ayat
( DMS = Dialek Melayu Selan-gor, BMB = Bahasa Melayu
baku )
1.Hitam
Hitam legam Hitam manis
Hitam pekat
Hitam bon-tot kuali
Hitam berki-lat
Itam
itam legam itam manis
itam pekat
itam Bontot kuwali
itam bekilat
[ IɁtam ]
[IɁtam ləgam] [IɁtam mᾶnis]
[IɁtam pəɁkat]
[IɁtam Bwontot kwuali]
[IɁtam bəkilat]
DMS : Mimi suke pakai baju wane itam.
BMB : Mimi suka pakai baju warna hitam.
2.Putih
Putih melepak
Putih gebu
Putih bersih
Putih susu
Putih lesi
Puteh
Puteh melepak
Puteh gebu
Puteh bersih
Puteh susu
Puteh lesi
[Pwuteh]
[pwuteh mələ-pak]
[pwuteh gəbu]
[pwuteh bərseh]
[pwuteh susu]
[pwuteh ləsi]
DMS : Wajah pengantin tu puteh bərseh.
BMB : Wajah pengantin itu putih bersih.
3.Merah
Merah mak ngah
Merah padam
Merah hati
Merah cair
Meyrah
Meyrah Mak Ngah
Meyrah padam
Meyrah Hati
Meyrah cayer
[Mẽɣah]
[Mẽɣah Mak ŋah]
[Mẽɣah padam]
[Mẽɣah Hati]
[Mẽɣah cayԑr]
[Mẽɣah PəɁkat]
DMS : Amboi! Meyrah Mak ngah kawan kite ni!
BMB : Amboi! Merah betul kawan kita ini!
21
Merah pekat
Merah darah
Merah menyala
Merah cili
Merah biji saga
Merah jambu
Meyrah Pekat
Meyrah darah
Meyrah menyaler
Meyrah cili
Meyrah bijik sage
Meyrah jam-buw
[Mẽɣah daɣah]
[Mẽɣah məɲalər]
[Mẽɣah čili]
[Mẽɣah bijiɁ Sagə]
[Mẽɣah ǰambwu]
4.Kuning
Kuning cair Kuning
langsat
Kuning pekat
Kuneng emas
Kuning pu-cat
Kuning krim
Kuning telur
Kuneng
Kuneng cayer Kuneng
langsat
Kuneng pekat
Kuneng mas
Kuneng pucat
Kuneng krim
Kuneng telor
[kwunԑŋ]
[kwunԑŋ čayԑr] [kwunԑŋ laŋsat]
[kwunԑŋ pə?kat]
[kwunԑŋ mᾶs]
[kwunԑŋ pwučat
[kwunԑŋ krim]
[kwunԑŋ telwor]
DMS : Pelamin kenduri tadi bertemakan kuneng krim.
BMB : Pelamin di majlis kenduri kahwin tadi bertemakan kuning cair.
5.Hijau
Hijau tahi lembu
Hijau muda
Hijau tua
Hijau pucuk pisang
Hijau daun
Ijaw
Ijaw taik lembu
Ijaw muda
Ijaw tuwa
Ijaw pucok pisang
Ijaw dawon
[Iǰaw]
[Iǰaw taiɁ Lembu]
[Iǰaw mwuda]
[Iǰaw tuwa]
[Iǰaw pwučok pisaŋ]
[Iǰaw dawon]
DMS : Tolong amikkan baju ku-
rung saye wane ijaw.
BMB : Tolong ambilkan baju
kurung saya yang berwarna hi-
jau.
22
6.Biru
Biru tua Biru muda
Biru laut
Biru langit
Biruw
Biruw tuwa Biruw mude
Biruw laut
Biruw langet
[Biɣ w u]
[Biɣwu twua] [Biɣwu mudə]
[Biɣwu lawut]
[Biɣwu laŋet]
DMS : ibu, tolong urutkan, kaki
kakak dah naik biruw ni.
BMB : ibu, tolong urutkan, kaki
kakak sudah naik biru ini.
7.Unggu
Unggu pekat Unggu ke-
ladi
Ungu
Ungu pekat
Ungu keladi
[Uŋwu]
[Uŋwu pəɁkat]
[Uŋwu kəladi]
DMS : kereta Gen-2 wane ungu pekat tadi, nampak sangat can-tik.
BMB : kereta Gen-2 berwarna ungu pekat sebentar tadi, keli-hatan sangat cantik.
8.Kelabu
Kelabu asap
Kelabu tahi anjing
Klabu
Klabu asap
Klabu taik an-jing
[Klabwu]
[Klabwu asap] [Klabwu tai?
Anjiŋ]
DMS : Ko ni, pergi mandi! Dah
kelabu asap aku tengok.
BMB : Kau ini, pergilah mandi!
Sudah macam orang penat aku
tengok.
9.Oren
Oren pekat
Oren cair
Oreng
Oreng pekat
Oreng cayer
[Oɣԑŋ]
[Oɣԑŋ pə?kat]
[Oɣԑŋ čayԑr]
DMS : ibu memberikan ayah
segelas air oreng untuk
diminum.
BMB : ibu memberikan ayah
segelas air oren untuk diminum.
10. Coklat Coklet [čͻkɁlət]DMS : adik suka makan kuih
berwarna coklet.
BMB : adik suka makan kuih
berwarna coklat.
4.3.2 KONSEP MENGHITUNG
4.3.2.1 Definisi menghitung
23
Menghitung menurut Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud perihal membuat kira-
kira atau kiraan iaitu sama ada membahagi, mencampur, mendarab dan sebagainya. Begitu
juga dengan perkataan membilang yang membawa maksud yang sama iaitu hitung dan kira
jumlah barang yang banyak. Kedua-duanya mempunyai pengertian maksud yang sama tetapi
menggunakan istilah yang berbeza. Demikian pula, menurut Asmah Hj Omar (1986 :116),
menyatakan bahawa dalam Bahasa Malaysia terdapat tiga perkataan yang mempunyai makna
yang sama iaitu ‘menghitung’ yang membawa maksud bilang, kira dan hitung. Berdasarkan
kaedah perbandingan yang dikaitkan dengan pertumbuhan konsep perhitungan, dapatlah dis-
impulkan bahawa dalam Bahasa Melayu konsep bilang dan kira itu adalah lebih tua dari hi-
tung.
4.3.2.2 Sejarah kata menghitung
Konsep dan kata hitung timbul kemudian iaitu selepas kedua-duanya wujud. Menurut Asmah
Hj Omar (1986 :117), besar kemungkinan bahawa istilah hitung itu timbul sebelum bangsa
besar melayu itu berpecah menjadi pelbagai suku bangsa seperti Melayu jati, Murut, Dusun,
Jawa dan sebagainya. Bukti yang lain pula menyatakan bahawa bilang pada mulanya terhasil
daripada tindakan memberi nama yang juga terdapat dalam kata terbilang yang bermaksud
“ternama” dan “terkenal”.
4.3.2.3 Simbol fonetik dan terjemahannya dalam bentuk ayat.
Perkara utama yang hendak dibincangkan di bahagian ini adalah mengenai cara sebutan
masyarakat melayu Selangor dalam membilang dan apakah perbezaan yang dapat dilihat dari
segi fonetik dan fonologinya.
Bil Bahasa baku Dialek Melayu
Selangor
Simbol
fonetik
Contoh ayat
( DMS = Dialek Melayu Selangor, BMB = Bahasa Melayu baku )
1. Satu satuw [satwu]DMS : saye nak satwu!
BMB : saya hendak satu!
2. Dua duwe [dwuwə]DMS : Duwe bijik kreta tebabas di simpang 3 pagi tadi.
BMB : Dua biji kereta terbabas di simpang 3 pagi tadi.
24
3. Tiga tige [tigə]DMS : Mak cik, saye nak goreng pisang tige ringgit.
BMB : Mak cik, saya hendak goreng pisang tiga ringgit.
4. Empat pat [PatɁ]DMS : pat orang plajar sesi petang ditangkap atas kesalahan merokok dalam tandas.
BMB : Empat orang pelajar sesi petang di-tangkap atas kesalahan merokok dalam tan-das.
5. Lima limer [limər]DMS : limer ekor ikan tlah sangkut dijaring ayah.
BMB : lima ekor ikan sepat telah sangkut pada jaring ayah.
6. Enam nam [nᾶm]DMS : raju! Brikan aku nᾶm bijik paku!
BMB : Raju! Berikan aku enam biji paku!
7. Tujuh Tujoh [Tuǰͻh]DMS : Kali ni! Dah masok tujoh kali aku ke tandas!
BMB : Kali ini! Sudah masuk tujuh kali aku ke tandas!
8. Lapan lapan [LapanɁ]DMS : Lapan Bijik limau yang dibli semalam sumenya busuk
BMB : lapan biji limau yang dibeli semalam kesemuanya busuk.
9. Sembilan semilan [səmilan]DMS : Baju tu beharge semilan ringget.
BMB : Baju itu berharga Sembilan ringgit.
10. Sepuluh sepuloh [səpulͻh]DMS : Selonggok durian beharge sepuloh ringget.
BMB : Satu longgok durian berharga sepuluh ringgit.
11. Sebelas Seblas [səbɁlas]DMS : Bratur seblas, seblas..cepat!
BMB : Beratur sebelas, sebelas..cepat!
12. Dua belas Doblas [DobɁlas]DMS : Diwet kelas sebulan doblas ringget. Stuju?
BMB : Duit kelas sebulan dua belas ringgit. 25
Setuju?
13. Dua pu-
luh
Doploh [DopɁloh]DMS : baju spasang, doploh ringget.
BMB : baju sepasang, dua puluh ringgit.
14. Satu ratus sratos [sratos]DMS : Eleh!! Stakat sratos, aku pon ader.
BMB : Eleh!! Setakat seratus, aku pun ada.
15. Satu ribu sribu [SribuɁ]DMS : Jamil pinjam sribu dari Wak Man.
BMB : Jamil meminjan satu ribu dari Wak
Man.
16. Satu juta sejuta [səjuta]DMS : Kes rasuah yang melibatkan sejuta
ringget tu, dibwat oleh pengarah urusan
syarikat tu sendiri.
BMB : Kes rasuah yang melibatkan satu juta
ringgit itu, dibuat oleh pengarah urusan
syarikat itu sendiri.
4.4 RUMUSAN KAJIAN
Secara ringkas, terdapat beberapa ciri yang menunjukkan perbezaan dalam sebutan dialek
Melayu Selangor antaranya adalah terdapat lapan fonem vokal dalam ragam dialek Melayu
Selangor iaitu /a/,/e/,/ԑ/,/ə/,/i/,/o/,/ͻ/ dan /u/. Tetapi jumlah fonem ini memerlukan penelitian
yang sangat mendalam untuk mengkajinya. Bagi dialek Melayu Selangor, fonem /e/ ser-
ingkali digunakan serta menunjukkan banyak alofon terutamanya diawal suku kata. Con-
tohnya dalam perkataan [mẽɣah]. Seterusnya, penggunaan fonem /e/ wujud dalam bentuk /ԑ/
pada suku kata awal dan suku kata akhir perkataan. Dalam lingkungan ini /e/ wujud sebagai
vokal depan separuh luas dan bibir dihamparkan. Sebagai contoh dalam perkataan [kwunԑŋ],
[sԑktoɣ] dan [Oɣԑŋ]. Selain itu, fonem/o/ wujud dalam bentuk /ͻ/ iaitu dalam bentuk vokal
belakang separuh luas. Bibir dibundarkan ketika menghasilkannya. Sebagai contoh bagi
perkataan [čͻkɁlət]. Akhir sekali, penggunaan vokal tengah /ə/ sebagai alofon /e/ dalam
perkataan. Sebagai contoh bagi perkataan [pwuteh mələpak] dan [pwuteh gəbu].26
Bagi konsonan pula, menurut Collins J.T (1996:99), terdapat tiga fonem yang berbeza
yang digunakan dan dapat dikenalpasti dalam sebutan dialek Melayu Selangor antaranya
adalah fonem /ɣ/, /č/ dan /ǰ/. Terdapat juga penggunaan tanda glottis /?/, pembibiran /w/, pen-
glelangitkerasan /č/ dan /ǰ/ dan penyengauan /ẽ/ dalam perkataan. Penggunaan fonem /
ɣ/,geseran lelangit lembut bersuara, wujud dengan satu alofon sahaja bagi melambangkan
fonem/r/ dalam perkataan. Getaran lidah yang dihasilkan oleh penutur dialek Melayu Selan-
gor dalam membunyikan huruf /r/ adalah sangat ketara, sebagai contoh dalam perkataan
[Oɣԑŋ], [Mẽɣah], [ɣumput], [ɣambut] dan banyak lagi. Selain itu, penglelangitkerasan turut
ditekankan dalam perkataan. Sebagai contoh dalam perkataan [kwunԑŋ čayԑr] dan [Iǰaw pwučok
pisaŋ]. Seterusnya penggunaan teknik pembibiran dalam menghasilkan bunyi perkataan.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007:97), pembibiran atau
labialisasi tambahan berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Misalnya se-
masa kita menyebut perkataan [kuniŋ]. Sebenarnya, semasa kita hendak menyebut bunyi
kosonan [k] yang diikuti oleh vocal belakang [u] dalam perkataan “kuning” itu, berlaku
sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut bunyi vokal belakang
[u] dalam perkataan “kuning” itu. Olej itu, artikulasi tambahan pembibiran ditambah dengan
lambang [w]. Sebagai contoh dalam perkataan [kwunԑŋ], [Pwuteh] dan [Biɣ w u]. Akhir sekali
adalah hentian glottis /Ɂ/ pada pertengahan dan akhir perkataan. Sebagai contoh dalam
perkataan [pəɁkat], [iɁtam] dan [čͻkɁlət].
Jelaslah disini bahawa, sebutan dialek Melayu Selangor masih belum lari dari sebutan
asal Melayu Baku. Perbezaan-perbezaan yang wujud hanyalah selepas berlakunya penamba-
han fonem diawal atau diakhir vokal serta konsonan. Berlaku sedikit lajakan sebutan dalam
penyebutan dialek Melayu Selangor secara jelas dan nyata.
5.0 KESIMPULAN
Negara Malaysia adalah negara yang kaya dengan dialek. Dialek-dialek yang wujud ini
adalah merupakan hasil pengembangan daripada dialek Melayu yang asli. Setiap dialek mem-
27
punyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut pengaruh yang diserap daripada luar. Walaupun
penggunaan dialek masih tetap berlangsung dan masih pekat dikalangan masyarakat Melayu,
penggunaan bahasa Melayu Standart tetap digunakan apabila bergaul dengan masyarakat dari
negeri lain.
Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai pemikiran yang berbeza tentang konsep
warna dan juga menghitung bagi setiap dialek. Disebabkabkan dialek-dialek ini dibezakan
oleh jarak diantara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain, pemikiran yang dihasilkan
juga adalah berbeza. Sebagai contoh, kelainan dari segi cara masyarakat dikawasan Timur
Semenanjung Malaysia dengan Barat Semenanjung Malaysia berfikir tentang warna.
Dikawasan Barat Semenanjung, pemikiran yang diwujudkan adalah berdasarkan alam semu-
lajadi, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Manakala di kawasan Timur Semenanjung
Malaysia seperti negeri Kelantan dan Terengganu mereka lebih banyak mewujudkan istilah-
istilah baru bagi merujuk suatu warna tertentu berdasarkan pengaruh luar. Dari segi per-
bezaan antara dialek Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu baku pula, dialek Melayu Se-
langor melakukan banyak penambahan perbendaharaan kata bagi merujuk kepada suatu
warna mahupun bilangan. Walaubagaimanapun, jika dirujuk kepada Bahasa Melayu Baku,
penambahan-penambahan pada kata am warna tidak wujud bagi mengklasifikasikan suatu
warna lain.
Kesimpulannya, bagi kajian ini, dialek Melayu Selangor merupakan salah satu dialek
yang masih belum jauh berbeza dari dialek melayu sebenar. Hal ini kerana, perbezaan-per-
bezaan yang wujud dari segi fonetiknya hanya menggugurkan serta memberi sedikit penam-
bahan pada suatu perkataan. Hal ini, sebaliknya tidak merosakkan maksud sebenar perkataan
dan tidak memberikan makna yang berlainan dari maksud asal. Justeru itu, diharapkan
pengkajian mengenai dialek Melayu Selangor ini terus dijalankan supaya kita akan dapat
memperoleh kajian yang benar-benar tepat bagi menggambarkan cara sebutan masyarakat
Melayu Selangor negara kita dengan jitu.
6.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mahmood (1995). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu : cabaran dan harapan.
Syarahan Inaugural,Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 10 jun 1995.
28
Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar
Bakti.
Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Abdullah Hassan, Mardian Shah Omar dan Indirawati Zahid (2006). Fonetik dan Fonologi.
Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Asmah Hj Omar (1997). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Hj Omar (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beverley Collins and Inger M.Mees (2003). Practical Phonetics and Phonology : A Resource
for Students. London and New Yorks : Taylor & Francis Group.
Collins J.T (1996). Khazanah Dialek Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit UKM
Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad (2006). Teks Pra-U STPM Bahasa
Melayu. Selangor : Pearson Longman.
Newton, B. (1972). The Generative Interpretation of Dialect: A Study of Modern Greek
Phonologi. Cambridge : Cambridge University Press.
S.Nathesan (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan penerapan. Kuala Lumpur : DEwan
Bahasa dan Pustaka.
SUMBER INTERNET
29
Diperoleh pada 26 Februari, 2010 daripada
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
Diperoleh pada 23 Februari, 2010 daripada :
http://mypbm.org/aspati-cms/articles.
Diperoleh pada 28 Februari, 2010 daripada:
http://prpm.dbp.gov.my
30