digunakan pada logo
TRANSCRIPT
ii
PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP REKA BENTUK DAN WARNA YANG
DIGUNAKAN PADA LOGO
NURUL FAZZUEN BINTI AHMAD
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Program Pengurusan Seni
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2015
iii
iv
v
Projek bertajuk Persepsi Pengguna Terhadap Reka Bentuk dan Warna yang Digunakan
Pada Logo telah disediakan oleh Nurul Fazzuen Binti Ahmad dan telah diserahkan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni
Gunaan dengan Kepujian Program Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________
(Mohd Fahmi Bin Yahaya)
Tarikh:
29 April 2015
vi
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah
banyak memberi sokongan dari segi kewangan dan semangat kepada saya sepanjang saya
menjalankan kajian ini. Di samping itu, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua ahli
keluarga saya yang banyak membantu dan memberikan galakan untuk siapkan kajian ini.
Seterusnya saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu
Encik Mohd Fahmi Bin Yahaya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat dalam
melaksanakan penyelidikan ini. Terlalu banyak teguran dan nasihat yang diberikan oleh beliau
selama kajian ini dilakukan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak
membantu dan memberikan kata-kata seemangat untuk siapkan kajian ini tepat pada masa yang
telah ditetapkan.
Jutaan terima kasih juga kepada semua yang telah terlibat semasa kajian ini dijalankan
dan dengan semangat yang telah diberikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
vii
ISI KANDUNGAN
TAJUK ii
BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN iii-iv
PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA v
PENGHARGAAN vi
ISI KANDUNGAN vii-ix
ABSTRAK x-xi
1.0 BAB 1 : PENGENALAN 1
1.1. Pengenalan 1-3
1.2. Permasalahan Kajian 3-4
1.3. Objektif 4
1.4. Kepentingan Kajian 4-5
1.4.1. Pengusaha 5
1.4.2. Masyarakat atau pengguna 5-6
1.4.3. Pengkaji dan Penyelidik 6
1.5 . Organisasi Kajian 6-7
2.0 BAB 2 : LITERATURE REVIEW 8
2.1 Pengenalan 8
2.2 Definisi Persepsi 8-9
2.2.1 Faktor yang Mempengaruhi Persepsi 9
2.2.1.1 Faktor Dalaman 9-10
2.2.1.2 Faktor External 10-12
viii
2.3 Definisi Logo 12-14
2.3.1 Reka Bentuk Logo (Huruf) 14-16
2.3.2 Reka Bentuk Logo (Simbol) 17
2.2.3 Persepsi Pengguna Terhadap Reka Bentuk Logo 18-19
2.4 Definisi Warna 19-21
2.4.1 Perlambangan Warna 21-25
2.4.2 Warna Kegemaran Berdasarkan Jantina 25
3.0 METHODOLOGI 26
3.1 Pengenalan 26-27
3.2 Kaedah Persampelan 27
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 28
3.3.1 Data Primer 28-29
3.3.2 Data Sekunder 29-30
3.4 Penyelidikan Instrumen 30-31
3.4.1 Persepsi Pengguna Terhadap
Reka Bentuk Logo 31
3.4.3 Kajian Warna Berdasarkan Jantina 32
3.5 Perancangan Menganalisis Data 33
4.0 DAPATAN KAJIAN 34
4.1 Pengenalan 34
ix
4.2 Keputusan Persampelan 32
4.2.1 Maklumat Responden 35-37
4.3 Analisis Frequensi Reka Bentuk Huruf dan Simbol Terhadap Logo 38-39
4.4 Analisis Silang Terhadap Warna Kegemaran Berdasarkan Jantina 39-41
4.5 Kesimpulan Data Analisis Terhadap Reka Bentuk
dan Warna Kegemaran Berdasarkan Jantina 42
5.0 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 43
5.1 Pengenalan 43
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 43-44
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 44
5.3.1 Persepsi Pengguna Terhadap Reka Bentuk Logo (Huruf & Simbol) 44-45
5.3.2 Warna Berdasarkan Jantina 46-47
5.4 Limitasi Kajian 47
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 48
5.6 Kesimpulan 49-50
REFERENCE 51-54
APPENDIX 55-68
RAJAH
Rajah 2.1 12
JADUAL
x
Jadual 3.1 31
Jadual 3.2 32
Jadual 4.1 36-37
Jadual 4.2 38-39
Jadual 4.3 40-41
xi
ABSTRAK
PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP REKA BENTUK DAN WARNA YANG DIGUNAKAN
PADA LOGO
Oleh:
NURUL FAZZUEN BINTI AHMAD
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat persepsi yang
berbeza antara minat pengguna terhadap terhadap reka bentuk logo dari segi huruf dan simbol
dan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara jantina terhadap warna kegemaran.
Seramai 200 orang responden telah dijadikan sampel dan dianalisa datanya. Analisis deskriptif
digunakan untuk menganalisis pengelasan frekuensi terhadap demografi responden. Selain itu,
analisis penjadualan silang (crosstab) bagi mengetahui warna kegemaran berdasarkan jantina.
Berdasarkan penemuan mendapati terdapat perbezaan persepsi reka bentuk logo menggunakan
huruf dan simbol serta perbezaan warna kegemaran berdasarkan jantina. Kajian ini merupakan
permulaan yang dilakukan oleh pengkaji dan diharap membawa manfaat kepada semua pihak
terutamanya kepada pereka logo sesuatu industri.
xii
ABSTRACT
CONSUMERS PERCEPTIONS OF DESIGN AND COLOR THAT USED IN LOGOS
By:
NURUL FAZZUEN BINTI AHMAD
This study is to identify whether there are different of consumers perceptions about design
on logos between typography and symbols and to identify whether there are differences between
the sexes of favorite colors. A total of 200 respondents were used as samples and the data was
analyzed. Descriptive analysis was used to analyze the frequency of demographic classification.
In addition, analysis cross tabulation was used to find out the favorite colors based on genders.
Based on the discovery notice that there are differences of perception logo design between
typography and symbols and differences favorite color based on genders. This thesis was the
beginning conducted by researches and hopes will benefit many people especially to designer of
logos industrial.
1
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Pembungkusan merupakan satu konsep yang digunakan untuk melindungi apa-apa produk
yang memerlukan pembungkusan kerana setiap produk yang dihasilkan perlu di lindungi.
Menurut Dhar, (2007), menyatakan bahawa pembungkusan memainkan peranan penting untuk
menarik minat antara jenama dan pelanggan. Pembungkusan adalah perkara utama yang
diperlukan untuk menyampaikan maklumat sesuatu jenama (Duncan, 2005). Keunikan sesuatu
pembungkusan akan dapat menarik minat pengguna sebelum pengguna menentukan yang mana
satu jenama yang akan di beli (Wells, Moriarty & Burnett, 2006).
Sesuatu pembungkusan perlu memiliki label atau logo yang akan melambangkan identiti
jenama yang di pasarkan. Terlalu banyak maklumat yang terdapat pada sesuatu pembungkusan
seperti khasiat makanan (jika perlu), cara penyimpanan, isi kandungan, nama dan alamat
pengilang, tarikh luput, isi padu (bil/berat bersih), kod bar, tanda halal, buatan Malaysia, SIRIM,
imej dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan logo jenama sukar dikesan oleh pengguna
sekiranya pengusaha melakukan kesilapan dalam pemilihan warna sesuatu logo.
Selain itu, logo yang dihasilkan haruslah sesuai dengan minat pasaran produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan dan sebagai contoh logo produk yang sesuai dengan pasaran akan
menjadi sasaran pengguna terhadap produk dan perkidmatan yang dikeluarkan. Berdasarkan
aspek komunikasi, logo merupakan sistem simbol yang akan menyampaikan maklumat.
2
Selalunya, terdapat satu atau dua elemen sahaja yang diperlukan dalam menyampaikan makna
logo tersebut seperti reka bentuk logo atau warna tertentu. Reka bentuk komunikasi terdiri
daripada tiga makna kata iaitu yang pertama ialah reka bentuk dimana akan dapat berhubungkait
dengan sebuah perancangan estetika, citarasa,dan kreativiti seseorang.
Makna kedua merupakan komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat
atau mesej mengenai sesuatu perkara. Yang terakhir atau yang ketiga ialah visual yang boleh
dilihat dengan mata (Adi Kusrianto, 2007). Logo merupakan tanda unik kerana logo
mengandungi fungsi wakil dan juga fungsi pragmatik dalam berhubung dengan nilai komersial.
Penggunaan logo pada pembungkusan memainkan peranan yang sangat penting kerana akan
dapat membezakan setiap jenama yang ada dalam pasaran. Sesuatu produk atau jenama lebih
diingati oleh pengguna jika produk tersebut mempunyai logo yang menarik.
Daya tarikan sesuatu logo adalah terletak pada reka bentuk yang unik dan warna yang
dipilih. Fungsi dan peranan logo boleh dibahagikan kepada enam fungsi iaitu pertama ialah untuk
mengenalpasti industri yang sesuai, kedua untuk membezakan dengan industri lain, ketiga fungsi
untuk berkomunikasi dalam menyampaikan maklumat, keempat adalah untuk memberikan nilai
tambah oleh pengguna, kelima adalah sebagai asset yang berharga kerana kewujudan logo yang
terkenal dan bernilai positif akan lebih mendatangkan keuntungan bagi sesebuah perniagaan
(Murphy dan Ruwe, 1993).
Antara daya tarikan yang perlu ada adalah dari segi pemilihan warna yang tepat pada
sesuatu logo supaya pengguna akan dapat membezakan jenama terdapat dalam pasaran masa kini.
Pemilihan warna yang betul akan dapat membantu menonjolkan logo yang di pamerkan pada
3
bungkusan. Warna amat penting untuk menarik perhatian pengguna, menyampaikan maklumat
dan juga membantu pengguna dalam membuat pemilihan. Henderson dan Cote, (2004) telah
menjalankan analisis yang komprehensif terhadap warna sesebuah reka bentuk logo dan mereka
mendapati bahawa logo berupaya menentukan hubungan komunikasi antara sesebuah perniagaan
dengan penggunaan yang betul dari segi pemilihan warna untuk sesuatu logo yang diterbitkan.
Warna akan dapat mempengaruhi minat pengguna dan digunakan sebagai mekanisma
untuk mengenal pasti jenama, memperkukuhkan ciri-ciri dan untuk membezakan jenama yang
ada. Dalam kajian yang dijalankan oleh Smeesters & Liu (2011), mereka telah menguji
keberkesanan warna terhadap pemasaran yang dijalankan. Pemilihan warna yang tepat
memberikan kesan kepada jawapan pengguna. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
minat terhadap sesuatu warna yang dipilih dan antara salah satu faktor tersebut adalah faktor
jantina.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Menurut kajian Jessica Lee Ridgway (2011), yang bertajuk “Brand Personality:
Consumer’s Perceptions Of Color Used In Brand Logos”, beliau menyatakan bahawa terdapat
banyak kajian yang berkaitan dengan penciptaan dan pembangunan jenama namun kajian yang
berkaitan dengan logo jenama dan personaliti jenama pula adalah kurang. Kajian berkaitan
dengan logo jenama dan personaliti jenama diperlukan supaya pengguna akan dapat mengenal
pasti personaliti sesuatu jenama melalui logo yang terdapat pada sesuatu produk. Hal ini
4
demikian kerana, personaliti jenama adalah penting untuk membina hubungan antara pengguna
dan jenama sesuatu produk yang di pasarkan.
Beliau juga menyatakan bahawa terdapat jurang dalam penulisan masa kini yang
berkaitan tentang bagaimana warna dapat mempengaruhi persepsi pengguna mengenai personaliti
sesuatu jenama. Ada kemungkinannya bahawa sesetengah jenama kini mempunyai logo yang
mengandungi warna yang dapat menyampaikan pengertian yang bertentangan dengan persatuan-
persatuan jenama yang cuba di sampaikan. Apabila perusahaan membuat logo baru, pengguna
boleh menjadi keliru tentang personaliti jenama tersebut dan mungkin pengguna tidak sedar
bahawa jenama yang telah ditukar logonya merupakan jenama yang pengguna sudah kenali.
1.3 OBJEKTIF
i) Mengenalpasti sama ada terdapat persepsi yang berbeza antara minat pengguna
terhadap terhadap reka bentuk logo dari segi huruf dan simbol.
ii) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan antara jantina terhadap warna kegemaran.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Melalui kajian yang di jalankan ini akan dapat memberikan kepentingan kepada beberapa
pihak seperti:
5
1.4.1 Pengusaha
Kajian ini akan dapat memberikan kesedaran kepada para pengusaha supaya
mementingkan strategi pemasaran dari segi reka bentuk logo jenama sesuatu produk dari segi
warna yang hendak digunakan. Logo yang di letakkan harus mempunyai daya tarikan tersendiri
untuk berkomunikasi dengan pengguna. Logo adalah tanda yang boleh menggambarkan sebuah
budaya dan sejarah yang dapat memberi makna mengenai sebuah perniagaan yang diusahakan
(Messaris, 2003).Pemilihan warna yang betul akan dapat membantu dalam memajukan sesuatu
perniagaan yang dijalankan kerana warna yang menarik akan membuatkan pelanggan mudah
mengingati produk yang di pasarkan.
Hal ini demikian kerana pengguna akan memberikan tindak balas sama ada positif atau
negatif terhadap warna yang digunakan kerana pembelian yang dilakukan adalah berdasarkan
produk yang mula-mula menarik minat pengguna. Penyelidikan ini juga dapat memberikan idea
dan membantu pembuatan keputusan kepada pemasar dalam menentukan warna yang dapat
digunakan ke atas logo jenama sebelum di perkenalkan ke pasaran.
1.4.2 Masyarakat atau pengguna
Kajian ini akan dapat membuatkan pengguna lebih mudah dalam membuat keputusan
pembelian sesuatu produk. Pengguna akan dapat mencari produk dengan mudah sekiranya logo
6
sesuatu jenama mempunyai tarikan iaitu melalui reka bentuk yang dipilih. Masyarakat
beranggapan bahawa jenama sebagai „material marker‟ dengan merujuk kepada barangan atau
produk yang mempunyai nama, tanda perniagaan, logo dan pembungkusan.
Perbezaan jenama dapat dilihat daripada rumusan produk, system penghantaran, siaz,
warna, bau, reka bentuk serta lain-lain (Holf,2004). Satu aspek daripada yang dinyatakan tersebut
iaitu warna sangat memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini kerana warna merupakan
salah satu daya tarikan yang sangat efektif dalam membezakan produk yang ada dalam pasaran.
1.4.3 Pengkaji dan Penyelidik
Kajian ini juga penting sebagai rujukan untuk kajian di masa hadapan. Keputusan dan
dapatan daripada penyelidikan ini akan dapat digunakan sebagai rujukan untuk perbandingan
dengan kajian akan datang. Dengan itu, penyelidik tersebut akan dapat meluaskan lagi
pengetahuan dan maklumat tentang persepsi pengguna terhadap reka bentuk logo dan warna yang
menjadi kegemaran antara jantina.
1.5 ORGANISASI KAJIAN
Kajian ini merangkumi 5 bab. Bab 1 merangkumi pengenalan berkaitan kajian yang ingin
dijalankan. Dalam bab ini juga membincangkan berkaitan objektif kajian, permasalahan kajian,
7
dan kepentingan kajian. Seterusnya ialah bab 2 yang merangkumi sorotan kesusasteraan yang
berkaitan persepsi pengguna terhadap warna yang digunakan pada logo sesuatu jenama. Bab ini
juga meliputi konsep „framework‟ dan hipotesis kajian. Manakala bab 3 pula menghuraikan
kaedah kajian yang akan digunakan semasa menjalankan kajian. Dalam bab ini dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu: (1) kaedah persampelan, (2) kaedah pengumpulan data dan (3)
penyelidikan instrument.
Bab 4 ialah berkaitan laporan terhadap keputusan yang diperoleh daripada analisis yang
ditunjukkan dalam kaedah persampelan, paparan data, huraian statistik dan ujian terhadap
hipotesis dan penemuan yang lain. Bab 5 pula membincangkan berkaitan penemuan yang
berkaitan dengan pengurusan dan persepsi berdasarkan teori. Akhir sekali bab ini menyimpulkan
dengan beberapa petunjuk untuk kajian masa hadapan.
8
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan mengenai kajian-kajian terdahulu yang telah dijalakan oleh
penyelidik. Kajian literature adalah analisis yang berbentuk kritik sama ada dari segi positif atau
negative dari penyelidikan yang sedang dijalankan terhadap topik kajian ini. Ia bertujuan untuk
membentuk sebuah kerangka teori untuk bidang yang dikaji dan menjelaskan definisi, kata kunci
serta terminology. Sumber rujukan literature yang betul akan membuktikan perbincangan kajian
bersifat saintifik dan empirikal. Kompenen dalam kajian ini termasuk persepsi pengguna terhadap
persatuan warna dan reka bentuk dalam penggunaan logo.
2.2 DEFINISI PERSEPSI
Persepsi merupakan salah satu aspek psikologi yang penting bagi manusia dalam tindak
balas terhadap sesuatu kehadiran dalam pelbagai aspek. Persepsi adalah kemampuan seseorang
untuk suatu pengamatan, kemampuan tersebut antara lain ialah kemampuan untuk membezakan,
kemampuan untuk mengelompokkan dan kemampuan untuk memfokuskan. Disebabkan itu
seseorang mempunyai persepsi yang berbeza walaupun objektifnya sama. Dengan menggunakan
pacaindera yang dimiliki seseorang akan dapat membuat tafsiran terhadap objek yang dilihat.
9
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008 yang menyatakan bahawa persepsi
merupakan gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran mengenai sesuatu dan merupakan
pandangan jika menerusi pancaindera. Persepsi juga didefinisikan sebagai tanggapan, kekuatan
imaginasi terhadap alam dan kehidupan yang memberikan daya dan pengucapan yang khusus
pada karya-karya yang dihasilkan. Tindak balas dan persepsi sesorang individu terhadap sesuatu
perkara akan berbeza-beza kerana dipenagruhi oleh banyak faktor antaranya adalah mengikut
pengalaman, pengetahuan dan sudut pandangannya.
2.2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Persepsi
Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi persepsi seseorang terbahagi kepada dua faktor iaitu :
2.2.1.1 Faktor Dalaman
Menurut Kompasiana menyatakan bahawa faktor internal merupakan faktor yang
terdapat dalam diri seseorang individu yang merangkumi lima perkara iaitu yang pertama
ialah fisiologi iaitu maklumat yang diterima melalui alat deria akan dapat mempengaruhi
dan memberikan kesan terhadap alam sekitar. Kapasiti deria untuk setiap persepsi pada
manusia adalah berbeza-beza sehingga mempengaruhi tafsiran persekitaran setiap
manusia.
10
Yang kedua ialah pemerhatian iaitu seseorang individu memerlukan sejumlah
tenaga yang dikeluarkan untuk memberi perhatian atau memfokuskan pada sesuatu
bentuk fizikal dan kemudahan mental yang ada pada sesuatu objek. Tenaga setiap
individu dalah berbeza-beza sehingga menyebabkan perhatian seseorang terhadap objek
juga berbeza dan hal ini turut akan mempengaruhi persepsi terhadap sesuatu objek yang
dilihat.
Manakala yang ketiga pula ialah minat. Minat dapat didefinisikan sebagai
persepsi terhadap suatu objek bergantung pada seberapa banyak tenaga atau „perceptual
vigilance‟ yang digerakkan untuk membuat persepsi. „Perceptual vigilance‟ merupakan
kecenderungan seseorang untuk memberi stimulus atau lebih dikenali sebagai minat.
Seterusnya yang keempat ialah pengalaman dan ingatan yang dikatakan
bergantung kepada ingatan sesorang dalam maksud lainnya ianya sejauh mana seseorang
dapat mengingati kejadian-kejadian lampau. Oleh hal sedemikian akan dapat mengetahui
suatu ransangan dalam tindak balas. Yang terakhir ialah emosi yang akan dapat
mempengaruhi perilaku yang akan dilakukan oleh seseorang. Emosi tersebut akan
menunjukkan bagaimana tindak balas seseorang terhadap keputusan yang dilakukan.
2.2.1.2 Faktor Luaran
Faktor luaran yang dapat mempengaruhi persepsi seseorang merupakan ciri-ciri
daripada persekitaran dan objek-objek yang dapat dilihat. Elemen-lemen tersebut akan
dapat mengubah pandangan seseorang terhadap persekitarannya dan mempengaruhi
11
bagaimana seseorang merasakan atau menerima sesuatu yang dilihat. Seperti faktor
dalaman, faktor luaran juga merangkumi lima perkara yang akan dapat mempengaruhi
persepsi.
Pertama ialah saiz yang dikatakan bahawa semakin besar hubungan sesuatu objek,
maka semakin mudah untuk diingati dan difahami. Bentuk ini akan memberi kesan
kepada persepsi seseorang individu dan dengan melihat bentuk saiz sesuatu objek
tersebut, individu akan mudah untuk menarik perhatian seterusnya membentuk persepsi.
Seterusnya yang kedua ialah warna kerana objek-objek yang mempunyai warna atau
cahaya yang lebih banyak akan lebih mudah untuk difahami seseorang individu (to be
perceived) berbanding dengan penggunaan warna atau cahaya yang sedikit.
Faktor yang ketiga ialah keunikan seperti penampilan sesuatu objek yang
mempunyai keunikan dan kelainan akan dapat menrik perhatian pengguna dan seterusnya
lebih mudah untuk menghasilkan persepsi. Manakala yang keempat pula ialah intensi dan
kekuatan dari stimulus yang merupakan ransangan dari luar yang akan dapat memberi
makna yang lebih kerap kerana sentiasa diperhatikan berbanding dengan objek yang
hanya sekali dilihat.
Kekuatan stimulus merupakan kuasa dari sesuatu objek yang akan dapat
mempengaruhi persepsi seseorang individu. Akhir sekali yang kelima ialah motion atau
gerakan kerana seseorang individu akan lebih banyak memberikan perhatian terhadap
objek yang dapat melakukan pergerakan atau motion. Hal ini demikian kerana objek yang
12
bergerak mudah dilihat dan ini akan dapat membantu dalam membentuk persepsi
seseorang individu terhadap objek tersebut.
Rajah 2.1 : Proses pembentukan persepsi
2.3 DEFINISI LOGO
Logo merupakan tanda grafik yang digunakan untuk mengenal pasti sesebuah syarikat,
organisasi, produk atau jenama. Logo korporat merangkumi elemen reka bentuk seperti gambar,
saiz, dan warna (Hynes,2009). Setiap syarikat mempunyai strategi pemasaran tanpa sempadan
dan logo merupakan langkah untuk sesuatu produk mendapat tempat dalam pasaran Blumenthal,
(2001). Logo boleh di paparkan di sepanjang sisi atau sebagai ganti nama sesebuah syarikat