diksi

2
DIKSI: Diksi ialah pilihan kata. Maksudnya, kita memilih kata yang tepat untuk menyatakan sesuatu. Pilihan kata merupakan satu unsur sangat penting, baik dalam dunia karang – mengarang maupun dalam dunia tutur setiap hari. Dalam memilih kata yang setepat-tepatnya untuk menyatakan suatu maksud, kita tidak dapat lari dari kamus. Kamus memberikan suatu ketepatan kepada kita tentang pemakaian kata-kata. Dalam hal ini, makna kata yang tepatlah yang diperlukan. Kata yang tepat akan membantu seseorang menggungkapkan dengan tepat apa yang ingin disampaikannya, baik lisan maupun tulisan. Di samping itu, pemilihan kata itu harus pula sesuai dengan situasi dan tempat penggunaan kata-kata itu. Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Pilihan dan penggunaan perkataan dalam kesusasteraan. Contoh: METAFORA: Perkataan atau frasa yang digunakan untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu yang lain, dalam cara yang berbeza dari penggunaan biasa, untuk menunjukkan bahawa dua perkara yang mempunyai kualiti yang sama dan membuat huraian yang lebih kuat. Perbandingan tanpa menggunakan perkataan ‘seperti’ dan ‘bagai.’ Contoh: Beliau mempunyai hati batu. KONOTATIF Bahasa Konotatif ialah bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian dalam bahasa ini merupakan pengertian yang tersirat . Dalam cerpen ‘Sekuntum Kembang di Sayap Jibril’ ,bahasa konotatifnya ialah: a)Langit kurasakan mati ketika redup matamu hilang (m/s 63 ,baris 2) b) Di atas langit berjelaga. Di bawah bumi merah saljinya.(m/s 69,

Upload: madhiea-omrienaez

Post on 31-Dec-2015

7 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIKSI

DIKSI:

Diksi ialah pilihan kata. Maksudnya, kita memilih kata yang tepat untuk menyatakan sesuatu. Pilihan kata merupakan satu unsur sangat penting, baik dalam dunia karang – mengarang maupun dalam dunia tutur setiap hari. Dalam memilih kata yang setepat-tepatnya untuk menyatakan suatu maksud, kita tidak dapat lari dari kamus. Kamus memberikan suatu ketepatan kepada kita tentang pemakaian kata-kata. Dalam hal ini, makna kata yang tepatlah yang diperlukan.

Kata yang tepat akan membantu seseorang menggungkapkan dengan tepat apa yang ingin disampaikannya, baik lisan maupun tulisan. Di samping itu, pemilihan kata itu harus pula sesuai dengan situasi dan tempat penggunaan kata-kata itu.

Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan.

Pilihan dan penggunaan perkataan dalam kesusasteraan.

Contoh:

METAFORA:

Perkataan atau frasa yang digunakan untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu yang lain, dalam cara yang berbeza dari penggunaan biasa, untuk menunjukkan bahawa dua perkara yang mempunyai kualiti yang sama dan membuat huraian yang lebih kuat.

Perbandingan tanpa menggunakan perkataan ‘seperti’ dan ‘bagai.’

Contoh: Beliau mempunyai hati batu.

KONOTATIF

Bahasa Konotatif ialah bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian dalam bahasa ini merupakan pengertian yang tersirat . Dalam cerpen ‘Sekuntum Kembang di Sayap Jibril’ ,bahasa konotatifnya ialah:

a)Langit kurasakan mati ketika redup matamu hilang (m/s 63 ,baris 2)

b) Di atas langit berjelaga. Di bawah bumi merah saljinya.(m/s 69,

perenggan 6 baris 1 ).

Keistimewaan penggunaan bahasa konotatif ialah ia dapat menimbulkan kesan

emosi kepada para pembaca.

Page 2: DIKSI

IMEJAN:

Analisis petikan cerpen bertajuk “Apabila Ibu PulangII” adalah berasakan Teori imejan. Teori imejan Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, Bahasa Melayu II (2009), teori imejan merujuk makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penutur atau pendengar. Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat visual kerana ia tidak dapat menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang telah sedia ada.