dineshkumar a/l s.haridas - fp.utm.my · di peringkat rendah, pendidikan diberikan dalam tiga...
TRANSCRIPT
FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENCAPAIAN AKADEMIK DI SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN (TAMIL) YANG BERSTATUS SEKOLAH
KURANG MURID (SKM) DI DAERAH KOTA TINGGI,
JOHOR.
DINESHKUMAR A/L S.HARIDAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK DI
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) YANG BERSTATUS SEKOLAH
KURANG MURID (SKM) DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR.
DINESHKUMAR A/L S.HARIDAS
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Elektrik )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
iii
DEDIKASI
Untuk Ayah dan Emak yang ku sayangi,
Haridas a/l Sanyasi Saraswathy a/p Karuppiah
Dengan doa dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan
sehingga kini.
Buat abang dan adik yang disayangi,
Nandakumar a/l S.Haridas Shureshkumar a/l S.Haridas
Durgendren a/l S.Haridas
Buat teman setia yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi
Loganathan a/l Muniandi
Untuk rakan-rakan seperjuangan 4 SPE yang sentiasa membantu sepanjang
perjuangan kita di sini. Terima kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini
adalah kejayaan kita bersama
iv
PENGHARGAAN
Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan yang maha esa kerana dengan
keredhaan dan keberkatan-Nya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan
kertas projek ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Zainudin Abu Bakar di atas
teguran dan bimbingan serta sedia meluangkan masa untuk berbincang sepanjang
proses menyediakan kertas projek ini.
Tidak lupa juga kepada Guru Besar- Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil yang berstatus Sekolah Kurang Murid di sekitar daerah Kota Tinggi, iaitu SJK
(T) Ladang Rem, SJK (T) Ladang Telok Sengat dan SJK (T) Ladang Pelepak yang
sudi memberikan kerjasama semasa menjalankan kajian di sekolah mereka.
Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam menyempurnakan kertas
projek ini.
v
ABSTRAK
Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Malaysia, dikategorikan
sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Majoriti SKM terletak di luar bandar seperti
ladang-ladang dan pekan kecil. Pencapaian akademik murid di SKM adalah lemah
jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Pekara ini harus dikaji bagi
mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid di
SKM. Secara amnya kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus
Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini mengambil
Guru Besar- Guru Besar di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang
berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian yang
dijalankan berbentuk kualitatif dan menggunakan temu bual sebagai instrumen
kajian. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan
peranan dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid. Di samping itu,
kemudahan infrastruktur, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kualiti guru yang
mempengaruhi pencapaian akademik perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian
cadangan diberikan bagi mengatasi permasalahan ini. Cadangan tersebut diberikan
kepada setiap pihak yang berkaitan dengan kajian ini.
vi
ABSTRACT
Most of the Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) in Malaysia were categorized
as Few Students School (SKM). Academic achievement in this school are considered
low compared to normal primary school. This study was established to examined the
significant factors that influence the academic achievement of the students of
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) which are categorized as (SKM) in Kota Tinggi
district, Johore. The factors that investigated are the academic achievement of the
students of Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) which are categorized as (SKM) in
Kota Tinggi district, Johore. The research involves three headmaster in the particular
(SKM) schools and was carried out in the form qualitative research with interview as
the main research method. The findings for this research shows that environment
plays an important role in helping students in thier academic achievement. It also
appears that, infrastructure facilities, teaching and learning facilities and teachers
qualites are still in a moderate level and can be improved. Therefore suggestions are
made in order to upgrade the quality of SKM schools in Johore. It goes to all parties
who have interest and involve in this particular research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BAB 1
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
PENGENALAN 1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi Operasional
1.7.1 Sekolah
1.7.2 Sekolah Jenis Kebangsaan
(Tamil), (SJK(T))
1.7.3 Sekolah Bantuan Modal/
iii
iv
v
vi
vii
viii
xii
xiv
xv xvi
1
2
5
5
6
7
7
8
8
8
viii
BAB 2
BAB 3
Sekolah Bantuan Kerajaan
1.7.4 Sekolah Bantuan Penuh/
Sekolah Kerajaan
1.7.5 Sekolah Kurang Murid (SKM)
1.7.6 Kemudahan Infrastruktur
1.7.7 Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran
1.7.8 Kualiti Guru
1.7.9 Persekitaran
1.8 Penutup
SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan
2.2 Kajian mengenai SJK(T)
2.3 Pencapaian akademik
2.4 Persekitaran
2.5 Infrastruktur dan Bahan Pengajaran Dan
Pembelajaran
2.6 Guru
2.7 Penutup
METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.21 Memastikan dan mendefinisi
soalan kajian
3.22 Pilih kajian kes dan pastikan
pengumpulan data dan teknik
analisis
3.23 Bersedia untuk mengumpul
data
3.24 Pengumpulan data bagi kajian
9 9 9 10
10
10 11
12
12
15
18
20
22
26
27
27
30
30
30
31
ix
BAB 4
3.25 Penilaian dan analisis data
3.26 Laporan kajian
3.3 Instrumen Kajian
3.3.1 Persekitaran
3.3.2 Kemudahan Infrastruktur
3.3.3 Kemudahan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran
3.3.4 Kualiti Guru
3.4 Analisis Data
3.5 Penutup
ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan
4.2 Demografi
4.3 Dapatan kajian berdasarkan persoalan-
persoalan kajian yang dikemukaka
4.3.1 Pengaruh persekitaran terhadap
pencapaian akademik murid-
murid di SJK(T)
a) Tahap pendidikan ibu bapa
b) Pendidikan awal tadika
c) Pengangkutan murid ke sekolah
d) PIBG sekolah
4.3.2 Kemudahan infrastruktur di
SJK(T)
a) Perkongsian bilik darjah
b) Proses penyelenggaraan
c) Kegiatan kokurikulum dijalankan
d) Pengoperasian kantin.
4.3.3 Kemudahan bahan pengajaran
dan pembelajaran di SJK(T)
a) Kaedah Pengajaran
b) Pembelajaran menggunakan
31
32
32
33
33
34
34
34
35
36
37
38
38
38
40
42
44
46
46
48
50
52
54
54
56
x
BAB 5
komputer
c) Penggunaan ABM
d) Mempunyai kemudahan
perpustakaan
4.3.4 Kualiti guru di SJK(T)
a) Mempunyai guru GSTT
b) Penyeliaan dijalankan
c) Guru dihantar berkursus
d) Sikap guru
4.4 Penutup
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Perbincangan Dapatan Berkaitan
Dengan Pengaruh Persekitaran
Terhadap Pencapaian Akademik
5.2.2 Perbincangan Dapatan Bekaitan
Dengan Kemudahan Infrastruktur
5.2.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Berkaitan Dengan Kemudahan
Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran
5.2.4 Perbincangan Dapatan Kajian
Berkaitan Dengan Kualiti Guru
5.3 Rumusan
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI LAMPIRAN
58
59
62
62
64
66
68
71
73
74
74
75
76
77
78
79
79
80
81
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 2.2 2.3 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14
Bilangan Sekolah dan Murid Pada Tahun 2000-2005 Bilangan Sekolah Yang Mempunyai Kurang Daripada 150 Orang Murid Pada 2005 Bilangan SJK(T) yang mempunyai kurang daripada 150 orang murid di negeri Johor pada tahun 2006 Tahap pendidikan ibu-bapa di SJK(T) Pendidikan awal tadika murid-murid di SJK(T) Pengangkutan murid-murid di SJK(T) PIBG di SJK(T) Pengaruh persekitaran terhadap pencapaian akademik murid-murid di SJK(T) Perkongsian bilik darjah di SJK(T) Proses penyelenggaraan di SJK(T) Kegiatan kokurikulum di SJK(T) Pengoperasian kantin di SJK(T) Kemudahan infrastruktur di SJK(T) Kaedah pengajaran di SJK(T) Pembelajaran menggunakan komputer di SJK(T) Penggunaan ABM di SJK(T) Kemudahan perpustakaan di SJK(T)
13
14
15
40
42
43
45
46
48
50
52
53
54
56
58
59
61
xii
4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20
Kemudahan bahan pengajaran dan pembelajaran di SJK(T) Guru GSTT di SJK(T) Penyeliaan di SJK(T) Guru dihantar berkursus di SJK(T) Sikap guru di SJK(T) Kualiti guru di SJK(T)
62
64
66
68
70
70
xiv
SENARAI SINGKATAN
SJK(T)
GSTT
SKM
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Guru Sandaran Tidak Terlatih
Sekolah Kurang Murid
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A
B
C
D
E
F
G
Temubual Guru Besar A Temubual Guru Besar B Temubual Guru Besar C “Check List” Temubual Surat Akuan Surat BPPDP Surat JPN
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembentukan dasar dan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia adalah
bertujuan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada murid-murid dari segi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan aspirasi kebangsaan. Dalam
konteks negara Malaysia, sistem pendidikan mempunyai matlamat utama iaitu
perpaduan kaum dan pembangunan negara.
Menurut Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun (1998),
strukur pendidikan formal di Malaysia mengandungi empat peringkat tahap
pembelajaran iaitu enam tahun di peringkat rendah, tiga tahun di peringkat menengah
rendah, dua tahun di peringkat menengah atas dan dua tahun di peringkat tingkatan
enam. Di peringkat rendah, pendidikan diberikan dalam tiga bahasa penghantar iaitu,
Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), (SJK (T)). Walaupun
2
wujud pelbagai sekolah menerusi pelbagai bahasa penghantar, kurikulum dan sukatan
yang digunakan oleh ketiga-tiga sekolah tersebut adalah sama. Hal ini adalah supaya
murid-murid dapat mempelajari isi kandungan kurikulum yang sama walaupun bahasa
penghantar yang digunakan adalah berbeza.
Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan terutamanya SJK (T), dikategorikan
sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Menurut Yayasan Strategik Sosial (2000),
majoriti SKM terletak di luar bandar seperti ladang-ladang dan pekan kecil. Kewujudan
sekolah berkeadaan demikian adalah disebabkan faktor perpindahan masyarakat India
dari kawasan-kawasan tersebut ke bandar. Menurutnya lagi, kategori SKM ini boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu, sekolah yang mempunyai kurang daripada 50
orang murid, sekolah yang mempunyai bilangan murid di antara 51 hingga 100 orang
dan sekolah yang mempunyai bilangan murid di antara 101 hingga 150 orang.
1.2 Latarbelakang Masalah
Cadangan-cadangan melalui Jawatankuasa Penyata Razak pada tahun 1956 yang
kemudiannya diumumkan sebagai Ordinan Pendidikan 1957 telah membawa satu
perubahan dasar dalam sistem pendidikan terutama sekali bagi sekolah-sekolah
vernakular. Ordinan 1957, telah menggariskan beberapa cadangan yang menyebabkan
semua sekolah di negara ini diserapkan dalam sistem pendidikan nasional. Di bawah
ordinan ini juga, sekolah Tamil dikategorikan sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan dan
kurikulum yang berunsur tempatan telah diperkenalkan bagi semua sekolah rendah demi
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional.
3
Kajian Yayasan Strategik Sosial (2000) menyatakan daripada sejumlah 524 buah
sekolah SJK (T) yang sedang beroperasi di Malaysia, 433 buah SJK (T) atau sebanyak
83.3% terletak di kawasan luar bandar. Hampir kesemua bangunan sekolah tersebut di
bina di atas tanah milik persendirian ataupun pihak swasta dan bukannya kerajaan. Hal
ini telah menyebabkan sekolah-sekolah tersebut dikategorikan sebagai sekolah bantuan
kerajaan dan ini bermakna sekolah-sekolah tersebut tidak akan mendapat bantuan
sepenuhnya daripada kerajaan. Ketiadaan bantuan dan perhatian daripada kerajaan
menyebabkan hampir semua sekolah menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan
infrastruktur dan kemudahan yang lain. Kekurangan ini sekaligus mempengaruhi
keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang mempengaruhi
pencapaian akademik para murid.
Selain itu, SJK (T) juga masih dibelenggu masalah kekurangan kemudahan
bahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Yayasan Strategik Sosial (2000), tiadanya
bantuan kewangan yang sepenuhnya daripada pihak kerajaan disebabkan status sekolah
bantuan kerajaan atau sekolah bantuan modal, menyebabkan kelincinan pentadbiran dan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran terjejas dan ini secara tidak langsung
menyebabkan prestasi pencapaian sekolah-sekolah tersebut juga terjejas. Bangunan-
bangunan SJK (T) yang berstatus bantuan modal didapati masih berada dalam keadaan
yang tidak sesuai dan kondusif bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kebanyakan bangunan ini adalah warisan zaman penjajah dan hanya dibaikpulih dari
semasa ke semasa.
Di samping itu, kekurangan bilik-bilik darjah menyebabkan kebanyakan SJK (T)
menghadapi kesukaran dan terpaksa membuat penyesuaian dalam pengurusan jadual
waktu. Hal ini adalah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan.
Ketiadaan kemudahan ICT di SJK (T) juga mengakibatkan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran melalui komputer tidak dapat dilaksanakan secara meluas dan berkesan.
4
Kualiti guru merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Menurut Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada
tahun 2000, sebanyak 16% daripada jumlah guru di SJK (T) adalah guru-guru sandaran
yang tidak terlatih. Kebanjiran guru-guru yang tidak mempunyai latihan asas dalam
bidang perguruan boleh menjejaskan pencapaian akademik para murid di SJK (T).
Rozenholtz (1989), menyatakan bahawa faktor-faktor seperti saiz kelas,
kelayakan guru, saiz sekolah dan sebagainya memainkan peranan yang signifikan dalam
pembelajaran para murid.
Mercer & Mercer (1998), menyatakan bahawa kecekapan para guru merupakan
faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran murid. Menerusi kajian-kajian tersebut,
dapat disimpulkan bahawa kualiti guru adalah amat penting dan berkait rapat dengan
pencapaian akademik murid.
Faktor persekitaran juga mempengaruhi pencapaian akademik dikalangan para
murid di SJK (T). Kebanyakan SJK (T) terletak di kawasan pedalaman dimana para
murid tidak mempunyai alternatif kemudahan pengangkutan dan terpaksa mengharapkan
pengangkutan sendiri ke sekolah. Hal ini menyebabkan masalah ponteng sekolah
meningkat akibat ketiadaan kemudahan pengangkutan yang tetap ke sekolah.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah
Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor.
Pencapaian akademik para murid merupakan satu aspek yang amat penting dan
sering ditekankan oleh institusi sekolah. Hal ini kerana keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran diukur menerusi pencapaian akademik para murid. Terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di antara sesebuah sekolah
dengan yang lain. Antaranya ialah tahap kemudahan infrastruktur di sekolah, tahap
kemudahan bahan pengajaran dan pembelajaran, tahap kualiti pengajaran guru dan
sebagainya. Di samping itu, keadaan persekitaran juga memainkan peranan yang penting
dan mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan para murid.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini antara lain bertujuan untuk:
a) Mengenal pasti bagaimana persekitaran mempengaruhi pencapaian akademik di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM)
di daerah Kota Tinggi, Johor.
6
b) Mengkaji kemudahan infrastruktur yang terdapat di Sekolah Jenis Kebangsaan
(Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi,
Johor.
c) Mengkaji kemudahan bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM)
di daerah Kota Tinggi, Johor.
d) Mengenal pasti kualiti guru yang terdapat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang ingin dicapai, kajian ini telah menetapkan beberapa
persoalan kajian untuk dijawab seperti berikut :
a) Bagaimanakah persekitaran memberi implikasi kepada pencapaian akademik
para murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang
Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor?
b) Adakah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang
Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor mempunyai kemudahan infrastruktur
yang mencukupi?
c) Adakah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang berstatus Sekolah Kurang
Murid (SKM) di daerah Kota Tinggi, Johor mempunyai kemudahan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi?