dokumen standard sains
TRANSCRIPT
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
SAINS
TINGKATAN 1
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara."
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk
guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
4
TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai.
o Evidens :
Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHUMurid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
7
MATLAMAT KURIKULUM SAINS
Matlamat Kurikulum Sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
OBJEKTIF KURIKULUM SAINS
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam
penyelesaian masalah dan membuat keputusan.5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana demi
kesinambungan hidup manusia sejagat.9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan
yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal.11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan
pemeliharaannya.
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
8
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui konsep dan prinsip asas sains
2 Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi
3 Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian
4 Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam penyelesaian masalah
5 Mengamal dan menilai maklumat tentang konsep dan prinsip sains yang berkaitan dengan sains dan teknologi
6 Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
9
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1Mengetahui konsep dan prinsip asas sains
B1D1Menyatakan kerjaya dalam sains
B1D2Mengenal pasti sel sebagai unit asas kehidupan
B1D3Menyatakan tentang benda-benda di sekeliling
B1D1E1Menyenaraikan kerjaya dalam bidang sains
B1D2E1Menyatakan sel sebagai unit asas kehidupan
B1D2E2Menyenaraikan pelbagai jenis sel manusia
B1D3E1Menyenaraikan benda-benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2Tahu dan
Faham
B2Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi
B2D1Menyatakan fenomena alam sains
B2D2Menyatakan maksud organisma unisel dan multisel
B2D3Memerihalkan tentang jirim
B2D4Memerihalkan tentang sumber Bumi
B2D1E1Menyenaraikan fenomena alam yang dilihat di sekeliling berkaitan dengan sains
B2D2E1Memberikan maksud organisma unisel dan organisma multisel
B2D3E1Menyatakan tiga keadaan jirim
B2D3E2Memberi maksud jirim
B2D4E1Menyenaraikan sumber-sumber Bumi yang diperlukan untuk menyokong kesinambungan hidup
B2D4E2Menyatakan kegunaan sumber-sumber Bumi dalam kehidupan harian
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
11
B2D5Menyatakan maksud unsur, sebatian dan campuran
B2D6Menyatakan komponen udara
B2D7Memerihalkan tenaga dan sumbernya
B2D5E1Memberi maksud unsur
B2D5E2Memberi maksud sebatian
B2D5E3Memberi maksud campuran
B2D6E1 Menyenaraikan komponen-komponen dalam udara
B2D7E1Menamakan jenis-jenis tenaga
B2D7E2Menyenaraikan sumber-sumber tenaga
B2D7E3Menyatakan matahari sebagai sumber tenaga utama dan haba sebagai satu bentuk tenaga
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
12
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, faham dan boleh buat
B3Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam kehidupan seharian
B3D1Menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik
B3D2Mengenal pasti kuantiti fizik
B3D3Mengenal pasti dan menggunakan alat-alat pengukuran
B3D1E1Menyusun langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik mengikut urutan
B3D2E1Menyatakan kuantititi fizik serta unit S.I. dan simbolnya
B3D2E2Menyatakan nilai imbuhan dan simbol bagi unit panjang
B3D2E3Menyatakan nilai imbuhan dan simbol bagi jisim sesuatu objek
B3D3E1Memilih alat yang betul dan membuat pengukuran panjang
B3D3E2Memilih alat yang betul dan membuat pengukuran isipadu cecair
B3D3E3Memilih alat yang betul dan membuat pengukuran suhu badan
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
13
B3D4Memerihalkan jenis sel manusia dan fungsinya
B3D5Mengenal pasti organisma unisel dan organisma multisel
B3D3E4Memilih alat yang betul dan membuat pengukuran suhu cecair
B3D3E5Mengukur dan mencatat nilai jisim dan berat bagi sesuatu objek menggunakan neraca spring dan neraca alur/tuas
B3D4E1Menyatakan fungsi bagi
sel epitelium sel tulang sel reproduktif (pembiakan) sel saraf sel darah merah sel darah putih sel otot
B3D5E1Memberi contoh organisma unisel dan organisma multisel
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
14
B3D6Mengenal pasti organisasi sel
B3D7Menghubung kait antara benda-benda dengan jirim
B3D8Menyatakan maksud ketumpatan
B3D9Menerangkan komposisi udara
B3D6E1Menyusun organisasi sel mengikut urutan daripada mudah ke kompleks menggunakan istilah:
sel tisu organ sistem organisma
B3D7E1Mengelaskan benda-benda kepada bentuk jirim dan bukan jirim
B3D8E1Memberi definisi ketumpatan
B3D9E1Menyatakan sebab udara merupakan satu campuran
B3D9E2Memberi peratusan bagi nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan gas nadir dalam atmosfera
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
15
B3D10Memerihalkan tentang sumber tenaga yang boleh diperbaharu dan tidak boleh diperbaharu
B3D10E1Mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada tenaga yang boleh diperbaharu dan tidak boleh diperbaharu
B3D10E2Mendefinisikan tenaga yang boleh diperbaharu dan tidak boleh diperbaharu
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
16
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, faham, boleh buat
dengan beradab
B4Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam penyelesaian masalah
B4D1Memerihalkan kegunaan dankelebihan sains dalam kehidupanharian.
B4D2Menjalankan satu penyiasatan saintifik
B4D3Menentukan luas permukaan
B4D4Menentukan isi padu pepejal
B4D1E1Menjelaskan tentang kepentingan sains dalam kehidupan seharian
B4D2E1Mengkaji faktor yang mempengaruhi bilangan ayunan bandul ringkas dalam satu jangka masa melalui penyiasatan saintifik
B4D3E1Mengira luas permukaan bentuk sekata
B4D3E2Membuat anggaran luas permukaan bentuk tidak sekata menggunakan kertas graf
B4D4E1Menentukan isi padu pepejal menggunakan kaedah sesaran air
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
17
B4D5Memerihalkan tentang konsep jisim dan berat
B4D6Menghasilkan slaid dan menggunakan mikroskop
B4D7Menerangkan benda-benda mempunyai jisim dan memenuhi ruang
B4D8Memerihalkan tentang susunan dan pergerakan zarah-zarah
B4D9Menyatakan perbezaan antara unsur, sebatian dan campuran
B4D5E1Menerangkan perbezaan antara konsep jisim dan berat melalui aktiviti
B4D6E1Menyediakan slaid menggunakan prosedur yang betul
B4D6E2Menggunakan mikroskop dengan prosedur yang betul
B4D7E1Menunjukkan udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang melalui aktiviti
B4D8E1Menerangkan perbezaan susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim
B4D9E1Menerangkan perbezaan antara unsur, sebatian dan campuran
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
18
B4D10Memerihalkan tentang kandungan udara
B4D11Memerihalkan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida
B4D12Memerihalkan tentang perubahan tenaga
B4D10E1Menentukan peratusan oksigen dalam udara
B4D10E2Membuktikan udara mengandungi wap air
B4D10E3Menunjukkan udara mengandungi mikroorganisma dan habuk
B4D11E1Mengenal pasti ujian yang sesuai untuk oksigen dan ciri-cirinya melalui aktiviti
B4D11E2Mengenal pasti ujian yang sesuai untuk karbon dioksida dan ciri-cirinya melalui aktiviti
B4D12E1Mengkaji perubahan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik dan mengenal pasti perubahan tenaga melalui aktiviti
B4D12E2Mengkaji perubahan tenaga kinetikkepada tenaga keupayaan melalui aktiviti
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
19
B4D13Memerihalkan tentang haba dan suhu
B4D14Memerihalkan kesan haba dalam kehidupan harian
B4D13E1Menjelaskan haba sebagai suatu bentuk tenaga dan Matahari membebaskan haba serta contoh-contoh pelbagai kegunaan haba
B4D13E2Menyatakan maksud suhu
B4D13E3Menyatakan perbezaan antara haba dan suhu
B4D14E1Membuktikan haba boleh menyebabkan pengembangan dan pengecutan dalam pepejal, cecair dan gas melalui aktiviti
B4D14E2Menghuraikan tiga cara pengaliran haba melalui aktiviti
B4D14E3Menjelaskan dengan contoh carapengaliran haba dalam fenomena semulajadi
B4D14E4Menyatakan maksud konduktordan penebat haba
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
20
B4D15Memerihalkan kesan haba terhadap perubahan keadaanjirim
B4D14E5Menyenaraikan pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian
B4D15E1Menjelaskan kesan haba terhadap perubahan keadaan jirim secara fizikal
B4D15E2Menghuraikan perubahan keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba melalui aktiviti
B4D15E3Memberi contoh-contoh dalam pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan keadaan jirim
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
21
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, faham, boleh buat
dengan beradab terpuji
B5Mengamal dan menilai maklumat tentang konsep dan prinsip sains yang berkaitan dengan sains dan teknologi
B5D1Mengenal pasti struktur umum dan fungsi bagi sel haiwan dan sel tumbuhan serta membuat perbandingan
B5D2Mengenal pasti ketumpatan pelbagai objek dan cecair
B5D3Memerihalkan logam dan bukan logam
B5D4Mengenal pasti komponen dalam campuran
B5D1E1Melukis struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan , menyatakan fungsi setiap struktur sel serta menjelaskan persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua sel
B5D2E1Menentukan ketumpatan pelbagai objek pepejal dan cecair, menjelaskan mengapa objek dan cecair timbul dan tenggelam serta menyelesaikan beberapa masalah mudah berkaitan ketumpatan
B5D3E1Membanding dan membezakan ciri-ciri logam dengan bukan logam, mengelaskan unsur kepada logam dan bukan logam dan memberi contoh logam dan bukan logam.
B5D4E1Mengasingkan komponen dalam campuran:
besi dan sulfur pasir dan garam
melalui beberapa kaedah dan menjelaskan kaedah tersebut
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
22
B5D5Menghuraikan proses respirasi
B5D6Menjelaskan oksigen diperlukan untuk pembakaran
B5D7Memerihalkan bahan yangberbeza sebagai konduktor dan penebat haba
B5D8Memerihalkan tentang penyerapan dan pembebasan haba
B5D5E1Membuktikan benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida, tenaga dan wap air semasa respirasi melalui eksperimen
B5D5E2Membanding dan membezakan kandungan udara sedutan dengan udara hembusan dalam manusia melalui eksperimen
B5D6E1Membuktikan oksigen diperlukanuntuk pembakaran, menyenaraikan hasilpembakaran dan menyatakan maksud pembakaran melalui eksperimen
B5D7E1Mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai konduktor dan penebat haba melalui eksperimen
B5D8E1Mengkaji objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat melalui eksperimen
B5D8E2Mengkaji objek yang gelap dan kusammembebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat melalui eksperimen
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
23
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, faham, boleh buat
dengan beradab mithali
B6Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
B6D1Mewajarkan kebaikan dankeburukan apabila menggunakanunit pengukuran yang tidak sama
B6D2Menghuraikan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks
B6D3Memerihalkan tentang aplikasi konsep jirim dan ketumpatan
B6D1E1Membahaskan mengenai masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan melalui pelbagai bentuk komunikasi
B6D2E1Membincangkan mengenai mengapa manusia adalah organisma yang kompleks dalam pelbagai bentuk persembahan
B6D3E1Membuat beberapa penyelesaian masalah mengenai bagaimana manusia menggunakan pengetahuan tentang pelbagai keadaan jirim, mengaplikasikan konsep ketumpatan dan aplikasi konsep timbul dan tenggelam dalam bentuk prototaip
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
24
B6D4Memerihalkan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
B6D5Memerihalkan tentang pencemaran udara
B6D6Mengumpul maklumat tentang sumber tenaga dan pemuliharaannya
B6D4E1Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk mengenai : maksud dan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
amalan guna semula dan kitar semula bahan
B6D5E1Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk mengenai : pencemaran udara contoh bahan cemar udara dan
sumber kesan pencemaran udara langkah-langkah untuk menghalang
dan mengawal cara mengekalkan udara supaya
bersih dan mempraktikkan amalan yang
mengekalkan udara yang bersih
B6D6E1Menjelaskan melalui penulisan kreatif mengenai : mengapa kita perlu memulihara
sumber tenaga, cadangan tentang cara-cara
penggunaan tenaga secara cekap
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
25
B6D7Menjelaskan tentang kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam prinsip pengaliran haba
kepentingan memulihara sumber tenaga
penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap
B6D7E1Menghuraikan dalam pelbagai bentuk persembahan bagi beberapa penyelesaian masalah mengenai prinsip pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan harian
DSP Sains Tingkatan 1 15 Mac 2012
26