LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 132
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
10.0 PENGURUSAN BERSEPADU SUNGAI KLANG DAN PELAN TINDAKAN AGENSI-AGENSI TERLIBAT
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 133
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
10.0 PERANAN DAN PELAN TINDAKAN BERSEPADU PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN
Dalam merangka dan menjayakan Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang ini, semua
pihak berkepentingan seperti Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan/ Agensi
Kerajaan, Ahli-ahli Politik, Badan-badan Berkanun, NGO, pihak Sekolah, JKKK Kampung,
Jawatankuasa Penduduk dan Orang Awam haruslah berganding bahu mengembling tenaga bagi
memainkan peranan masing-masing untuk memastikan setiap tindakan dilaksanakan dengan berkesan
(Sila Rujuk Jadual 10.1).
Rajah 10.1 : Halatuju Perancangan PPPSK
KERAJAAN NEGERI
PIHAK BERKUASA
TEMPATAN
AHLI POLITIK
BADAN-BADAN
BERKANUN
BADAN BUKAN KERAJAAN
PENGUSAHA/
PENIAGA
ORANG AWAM
JKP/ PERSATUAN
PENDUDUK/ KETUA
MASYARAKAT
AGENSI NEGERI
DAN
PERSEKUTUAN
INVENTORI
MAKLUMAT TANAH
DAN GUNATANAH
PEWARTAAN RIZAB
SUNGAI
PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN PEMANTAUAN
PEMBANGUNAN
SEMULA/ PENEMPATAN
PELAKSANAAN
�
�
�
PELAN
TINDAKAN
SG. KLANG
PETANI
PEKILANG/ PEMILIK
KILANG
ANAK-ANAK SEKOLAH
PEMBANGUNAN
KEUPAYAAN
UKUR HALUS RIZAB
SUNGAI
Sumber : JPBD Selangor, 2009.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 134
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
10.1 DOKTRIN PERANCANGAN SEJAGAT DAN PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN SUNGAI
BERSEPADU
Secara asasnya, pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang ini boleh dilihat sebagai usaha
murni bagi menjalin tiga (3) hubungan penting iaitu, Manusia dengan Manusia, Manusia dengan
Tuhan dan Manusia dengan Alam Sekitar. Sebagai paksinya, pembangunan Sungai Klang ini dapat
diterjemahkan melalui Doktrin Perancangan Sejagat seperti berikut :
Rajah 10.2 : Doktrin Perancangan Sejagat dan Kaitan dengan Pengurusan Sungai
Sumber : JPBD Selangor, 2009.
Hubungan Manusia dengan Pencipta : a. Menjaga Sungai sebagai anugerah dari Pencipta b. Tidak melakukan kerosakan alam sekitar. c. Bersyukur dengan kewujudan sungai sebagai
punca air untuk kehidupan d. Menjaga kitaran ekosistem sungai.
Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar: a. Memperindahkan tebing sungai dengan
perancangan lanskap. b. Memastikan penghidupan flora dan fauna terus
hidup mengikut ekosistem. c. Memastikan air sungai terus mengalir tanpa
sekatan dan buangan sampah sarap. d. Mengintegrasikan pembangunan dengan alam
sekitar.
Hubungan Manusia dengan Manusia : a. Menyediakan taman rekreasi sebagai platform
interasi penduduk dan kesihatan. b. Memberi program kesedaran dan pendidikan
awam. c. Pembangunan berhadapan sungai. d. Sungai sebagai sumber pelancongan dan
sumber baru ekonomi. e. Sungai sebagai sumber air minuman.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 135
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Antara prinsip-prinsip pengurusan sungai bersepadu adalah seperti berikut :
i. Pengurusan yang memberi tumpuan kepada semua sumber semulajadi iaitu udara, air, flora
dan fauna di lembangan,
ii. Menyeimbangkan keperluan manusia dengan keperluan habitat haiwan dan tumbuh-
tumbuhan,
iii. Pemuliharaan sumber-sumber asli lembangan,
iv. Menghormati keperluan ekosistem dan biodiversiti lain, dan
v. Memastikan bahawa kuantiti air secukupnya berada di dalam sungai
Jadual 10.1 : Peranan dan Pelan Tindakan Pihak-pihak Berkepentingan
Bil. Jabatan / Agensi/
Komuniti Awam
Fungsi / Peranan
1.
Kerajaan Negeri
- Komitmen dan kesungguhan.
- Sumber kewangan.
- Penyelaras Induk dan Penasihat Projek
- Mempastikan peraturan dan undang-undang di kuatkuasakan oleh Jabatan-jabatan
dan agensi Kerajaan.
- Perlantikan Perunding
- Menyelaras mesyuarat dan pemantauan secara berkala.
- Menyediakan penyata dan laporan
- Merancang aktiviti dan melaksanaan program kesedaran awam dalam membantu
agensi pelaksana (promosi, pameran, dan lain-lain program).
- Komunikasi dan menggalakkan penglibatan awam
- Melantik syarikat-syarikat bagi menjalankan projek pemuliharaan dan pembangunan
Sungai Klang mengikut fasa-fasa.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 136
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Bil. Jabatan / Agensi/
Komuniti Awam
Fungsi / Peranan
2.
Jabatan
Perancangan
Bandar dan Desa
- Penyelaras Kajian Gunatanah dan Inventori Sungai Klang
- Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai
perancangan bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah.
- Menyediakan potensi dan cadangan pembangunan Sungai Klang.
- Menyelaras aktiviti dan program yang berkaitan Sungai Klang
- Menyediakan pangkala data GIS gunatanah Sungai Klang
- Menyediakan Laporan Sungai Klang
- Menyediakan RKK Sungai Klang dan Garispanduan Pembangunan Menghadap
Sungai.
3.
Jabatan Pengairan
Dan Saliran (JPS)
- Menjalankan program tebatan banjir yang menyeluruh.
- Menjalankan ukur halus dan menentukan rizab sungai.
- Menyediakan pangkalan data yang berkaitan dengan Sungai (Pasang surut,
kedalaman sungai, kelajuan air sungai, kelebaran rizab sungai dll)
- Menyelaras dan menyelenggara Kunci-kunci Air, ’Logboom’ dan laluan ban.
- Membantu pihak berkuasa Kerajaan Negeri dan Tempatan untuk menentukan
aktiviti pembangunan yang bersesuaian di sekitar sungai.
- Memastikan pengurusan sungai yang baik, melindungi air sungai dan kualitinya dan
mengurangkan risiko banjir.
- Mempertingkatkan penghebahan maklumat berkenaan projek sungai melalui media
massa.
4.
Jabatan Alam
Sekitar (JAS)
- Menjalankan penguatkuasaan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
- Memastikan pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat.
- Memantau dan mengenalpasti punca-punca pencemaran.
- Menyediakan dan memantau pangkalan data Indeks Kualiti Air di stesen-stesen
persampelan.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 137
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Bil. Jabatan / Agensi/
Komuniti Awam
Fungsi / Peranan
- Mengadakan kempen kesedaran ‘Pemeliharaan Sungai’ bagi mewujudkan
kesedaran masyarakat.
5.
Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) -
MPK
- Memantau dan menjalankan penguatkuasaan bagi pembangunan di sepanjang
tebing sungai.
- Memantau tempat buang sampah haram.
- Kumbahan dari tangki septik dari perumahan dibersihkan dan diangkut secara
berkala oleh IWK.
- Memastikan pembangunan menghadap sungai.
- Menjaga dan memastikan kebersihan di sekitar dan tebing sungai.
- Pungutan sampah secara berkala.
- Mengadakan gotong-royong perdana.
- Mengawal permohonan dan cadangan pembangunan di sepanjang Sungai.
- Melesenkan peniaga / pengilang di sepanjang tepi sungai agar memudahkan
pemantauan.
- Program kesedaran awam dan kempen ’sayangi sungai kita’.
- Mengadakan program penanaman pokok-pokok bakau di tempat terpilih.
- Penglibatan program secara bersepadu antara Ahli-ahli Majlis, JKP, JKKK dan RT.
6.
Pejabat Tanah dan
Galian Negeri dan
PTD
- Memastikan status tanah – Hakmilik tanah, TOL, Rizab Melayu, Tanah Kerajaan, dll.
- Penyelaras permohonan mengenai tanah daripada semua Pejabat Tanah.
- Mengumpul dan pendaftaran hakmilik tanah.
- Penguatkuasaan pembangunan tanah dan pengorekan pasir.
- Penasihat mengenai hal - hal pentadbiran tanah kepada Kerajaan Negeri.
- Membantu menentukan sempadan lot-lot tanah.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 138
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Bil. Jabatan / Agensi/
Komuniti Awam
Fungsi / Peranan
7.
Lembaga Urus Air
Selangor (LUAS)
- Menguruskan lembangan sungai melalui pemantauan dan penguatkuasaan ke atas
sumber pencemaran berdasarkan Enakmen LUAS 1999.
- Memantau jeti-jeti.
- Menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan Skim Pelesenan dan Caj Abstraksi
Sumber Air.
- Menguruskan dan menyelaraskan pelaksanaan pemberian Kebenaran Bertulis
Aktiviti Pengubahan Sumber.
- Menyelaras pemberian lesen pelencongan bagi jana kuasa mini hidro.
- Pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)
8. Jabatan
Perhutanan
- Memastikan hutan paya bakau dipelihara dan dirizabkan sebagai hutan simpan.
- Memantau pencerobohan tanpa kebenaran.
9. Pejabat Pendidikan
Negeri, Daerah
- Menjalankan program bagi meningkatkan kesedaran di peringkat sekolah.
- Pelaksanaan ‘Program Sungai Angkat’ kepada sekolah yang berhampiran dengan
sungai.
- Mengadakan kem motivasi bagi memupuk kesedaran terhadap penjagaan sungai.
- Menjalankan pemantauan terhadap kebersihan sungai secara berkala / bulanan.
- Membantu agensi pelaksanaan secara R&D dalam menjalankan kajian-kajian
berkaitan pemuliharaan sungai.
10. Komuniti Awam
(JKKK Kampung,
JKP, Wakil
Penduduk,
Persatuan Nelayan)
- Menyertai program-program berkaitan pemuliharaan sungai yang dianjurkan oleh
agensi pelaksana.
- Menjaga persekitaran sungai terutamanya komuniti yang berhampiran dengan
kawasan sungai (Sungai Angkat).
- Mengadakan program gotong-royong.
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 139
Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor
Bil. Jabatan / Agensi/
Komuniti Awam
Fungsi / Peranan
11. Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO)
- Menjalankan program kesedaran dan promosi/ hebahan awam.
- Pendidikan masyarakat pentingnya menjaga sungai.
- Mengadakan bengkel/ceramah/dialog dan edara risalah yang berkaitan.
- Mengadakan program gotong-royong.
12. Pengilang/
Pengusaha/
Peniaga
- Memastikan sisa-sisa buangan dari premis dibuang secara sistematik.
- Memastikan kebersihan kawasan kilang, kedai dan premis.
- Menjaga dan memperindahkan kawasan premis/ kilang yang berdekatan dengan
sungai.
- Menjaga saliran dan perparitan agar tidak tersumbat.