Download - 5.5 keagresifan dalam_sukan
5.5 KEAGRESIFAN DALAM SUKAN
DEFINISI KEAGRESIFAN
Menurut Baron dan Richardson(1994), keagresifan
adalah apa jua bentuk tindakan dan perlakuan yang
bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke
atas benda hidup dan bermotivasi untuk
mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan.
Menurut Wann(1997), keagresifan adalah satu
tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan
kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologi ke
atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan
diri daripada dicederakan.
JENIS-JENIS KEAGRESIFAN
Keagresifan terbahagi kepada
tiga jenis iaitu:• Keagresifan ketara(hostile)• Keagresifan instrumental• Keagresifan asertif
KEAGRESIFAN KETARA(KK)
KK merujuk kepada tindakan agresif yang
berpunca daripada perasaan marah dengan
matlamat untuk mencederakan individu lain serta
niat untuk melihat individu tersebut mengalami
kesakitan atau kecederaan, ganjarannya adalah
dengan melihatnya cedera dengan tindakan
tersebut.
KEAGRESIFAN INSTRUMENTAL(KI)
KI merujuk kepada sesuatu tindakan
dengan niat mencederakan atlet lain dengan
matlamat kecederaan atlet tersebut akan
memberi faedah kepada pasukannya.
Tindakan tersebut dianggap ‘instrumental’
bagi mencapai matlamat pasukannya.
KEAGRESIFAN ASERTIF(KA)
Tindakan KA kebiasaannya kita lihat sebagai taktikal
sesebuah pasukan.
Namun ia seringkali disalah erti sebagai
mencederakan dengan niat. Contohnya, tackle dalam
permainan ragbi.
Penggunaan istilah asertif jarang digunakan dalam
konteks sukan.
Jika berlaku sebarang kecederaan semasa tindakan
asertif ini, ia tidak dikira sebagai agresif yang
melampau kerana terdapat sukan yang dibenarkan bagi
tindakan agresif ini. Contohnya ragbi.
FAKTOR PENYEBAB KEAGRESIFAN
Kebangkitan fisiologi• Biasanya berkait rapat dengan
persekitaran khasnya suhu dan suasana penonton.
• Keadaan ini akan menyebabkan atlet akan bertindak agresif kerana suasana kurang selesa dan merimaskan dan mudah marah.
• Menurut Donnerstein dan Watson(1976), mendapati suasana bising yang tinggi akan merangsang respons agresif atlet.
Persepsi individu• Keagresifan akan meningkat jika
terdapat pemain yang merasakan diri mereka akan menerima asakan kasar dari pemain lawan.• Secara tidak langsung persepsi ini
akan mencetuskan tindakan yang lebih agresif jika pertembungan berlaku antara kedua-dua pemain.
Perbezaan mata/Jaringan•Menurut Cox(1999), semakin besar perbezaan mata/jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan.
Lokasi perlawanan• Tindakan atau permainan yang agresif akan lebih banyak ditonjolkan oleh pemain tuan rumah jika mendapat sokongan penonton atau penyokong.
Keputusan pertandingan• Pasukan yang biasanya
ketinggalan atau tidak lagi berpeluang untuk memenangi perlawanan akan lebih agresif.• Keadaan ini berbeza dengan
pasukan yang mendahului kerana mereka akan bermain secara selamat dengan melengahkan perlawanan, keadaan inilah yang menyebabkan kekasaran akan berlaku.
Penggunaan dadah• Kesan dadah dalam sukan juga
mempengaruhi keagresifan seseorang atlet.• Hal ini disebabkan sebarang
tindakan mereka adalah bawah sedar kerana kesan pengambilan bahan terlarang tersebut.
KESAN PENDEKATAN AGRESIF TERHADAP INDIVIDU DALAM SUKANDalam sukan agak sukar untuk mengurangkan atau menghapuskan sifat
agresif.
Ini kerana setiap pasukan atau atlet yang terlibat mempunyai matlamat
tersendiri dalam acara sukan.
Antara kesan-kesan yang boleh dilihat kepada individu ialah :• Mengalakkan sikap agresif dalam permainan dan menjadi role
model kepada atlet lain.• Menjadikan sikap agresif ini sebagai taktikal pasukan setiap kali
menghadapi perlawanan.• Akan wujud jurulatih yang mengalakkan sikap agresif ini
diterapkan dalam taktikal permainan.• Ini akan menjadi lebih buruk jika liputan media berat sebelah.