Download - 62300507 konsep-integriti
Integriti Guru
Konsep umum
Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu
kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap intergriti sebagai soundness of
moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004).
Jika kita merujuk kepada maksud integriti menurut Kamus Dwibahasa DBP, 1985
integriti ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Rumusannya, integriti
adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu.
Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul
yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti
berkait rapat dengan etika. Integriti perlulah berlandaskan etika dan pencerminan etika
dalam tindakan sehari-hari.
Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah
melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan
umum. Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk
kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat
awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap
ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain (Institut Integriti Malaysia, 2004)
Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat
dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan
pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan
didikan yang terbaik buat semua pelajar.
Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan
mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Seorang guru yang
berintegriti juga tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam
proses menyelesaikan masalah pelajar.
Dari segi P&P pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan
untuk memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang
menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang
terbaik. Oleh itu, guru yang berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu
merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai mida
kelas pertama. Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas,
amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan
memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani perwatakan guru mereka.
Isu berkaitan Integriti Guru
Namun begitu, profesion guru yang dulunya dipandang tinggi kini mulai
dipandang rendah oleh masyarakat disebabkan wujudnya sebahagian kecil guru-guru di
sekolah yang tidak mengamalkan integrity dalam kehidupan mereka sebagai seorang
guru. Hal ini dapatlah digambarkan bak kata perumpamaan melayu kerana “nila setitik,
rosak susu sebelanga”.
Disini, kami bawakan isu integriti mengenai guru yang mencabul pelajarnya.
Akhbar Harian Metro 25Februari
Cikgu Terlampau – Cikgu Cabul 12 Murid
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah
sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12
pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan
mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan
mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.
Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12
pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi
mereka.
“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan
kerana tidak mengikuti perhimpunan.
“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak
mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan
kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.
Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa
tahap degupan jantung mereka.
“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan
mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan.
Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan
pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.
Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan
guru terbabit.
“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia
mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum
melakukannya sekali lagi.
“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan
terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan
meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu
perbuatan guru terbabit kepada waris.
Merujuk kepada keratan akhbar diatas, kesilapan guru tersebut ialah apabila dia
memasukkan tangannya ke dalam baju pelajar perempuan. Walaupun, mungkin
tujuannya baik iaitu bagi memastikan keadaan kesihatan para pelajarnya sebelum
mengambil tindakan, namun tindakan guru itu sebenarnya boleh dikategorikan sebagai
gangguan seksual dan semestinya tidak menggambarkan seorang guru yang
berintegriti.
Kronologi lanjutan bagi isu ini, guru tersebut telah dibicarakan di mahkamah.
Akhbar Harian Metro 4 Mac 2011
AMPANG: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang,
dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mencabul 12
pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.
Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap
tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut
pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di
atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30
pagi, 25 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa
hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua
hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan
seorang rakan perempuannya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan
RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap
pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.
Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon
wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah
yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya
penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah
kerana isterinya tidak bekerja.
“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya
tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam
tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.
Punca dan implikasi isu
Pendedahan kes seperti ini sebenarnya ada kebaikan bagi masyarakat untuk
menilai semula peranan masing-masing dalam mencari penyelesaiannya. Gejala ini
perlu dibendung segera dan semua pihak sebenarnya mempunyai peranan masing-
masing untuk terlibat dalam mengatasi masalah moral ini.
Kami melihat punca kepada masalah ini ialah kurangnya integriti dalam diri guru
tersebut. Dan apabila kita merujuk kepada rumusan maksud integriti yang saya
ceritakan di atas iaitu , integriti adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang
individu, maka apabila seorang guru itu melakukakan perbuatan yang tidak bermoral,
maka dia bolehlah diklasifikasikan sebagai seorang yang tidak berintegriti.
Faktor kepada terjadinya perlakuan tidak berintegriti menurut isu ini boleh
dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Punca kepada isu
Faktor dalaman
Faktor luaran
Faktor dalaman kepada terjadinya perlakuan ini, ialah apabila guru itu tidak
dapat mengawal emosinya dengan baik. Kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar
tersebut melakukan kesalahan kerana tidak hadir perhimpunan, namun guru tersebut
tidak sepatutnya terburu-buru dalam menghukum pelajarnya. Sewajarnya, dia memberi
peluang kepada pelajarnya untuk membela diri terlebih dahulu sebelum membuat
keputusan untuk menghukum. Seorang guru yang berintegriti sewajarnya mempunyai
kemahiran mengawal emosi dengan baik.
Selain itu, wujudnya konflik perbezaan bangsa juga menjadi antara faktor
dalaman terjadinya isu ini. Guru tersebut berbangsa Melayu, manakala pelajar-pelajar
yang tertangkap kerana ponteng perhimpunan itu semuanya berbangsa Cina. Maka,
wujud provokasi dalaman antara guru tersebut dan pelajar-pelajar itu menyebabkan
guru tersebut terburu-buru dalam menghukum mereka.
Bagi factor luaran pula persekitaran dimana guru tersebut menjumpai pelajar
tersebut ponteng menjadi faktor kepada perlakuan guru tersebut. Sememangnya, kita
maklum pelajar tidak sepatutnya berada di dalam kelas sewaktu perhimpunan
berlangsung. Jadi, apabila guru tersebut menjumpai ada pelajar yang ponteng dan
berada di kelas, mengakibatkan di hilang kewarasan dan melukan perkara yang tidak
sepatutnya dilakukan oleh seorang guru yang berintegriti.
Selain itu, bagi seorang guru disiplin juga sepatutnya dia tidak bersendirian
dalam melakukan hukuman. Apabila dia melakukan hukuman secara bersendirian,
tanpa kehadiaran guru yang lebih berautoriti dalam melaksanakan hukuman seperti
guru besar, dan guru penolong kanan maka dia akan merasa megah untuk
menghukum. Tambahan pula, apabila bilangan pelajar yang ditangkap bersalah adalah
ramai menyebabkan guru tersebut berasa lebih ghairah, dan megah untuk
menunjukkan kuasanya.
Implikasi isu
Implikasi kepada berlakunya isu ini kami telah bahagikan kepada 6 implikasi iaitu
implikasi kepada pelajar (mangsa), implikasi kepada pelajar-pelajar lain, implikasi
kepada guru itu (pemangsa/pelaku), implikasi kepada guru-guru lain, implikasi kepada
profesion perguruan, dan implikasi kepada masyarakat.
Implikasi isu ini kepada pelajar-pelajar yang terlibat iaitu mangsa yang terlibat
dengan isu ini ialah pelajar-pelajar itu akan berasa terancam kerana telah mengalami
gangguan seksual daripada guru mereka sendiri. Ancaman ini boleh menyebabkan
trauma kepada diri pelajar-pelajar itu. Kesan trauma yang berpanjangan mampu
menyebabkan seseorang itu sentiasa teringat-ingat akan perlakuan buruk yang terjadi
hingga boleh mengakibatkan mangsa trauma itu membuat perkara-perkara yang lebih
buruk lagi seperti mengambil pil tidur, dada, dan alcohol untuk melupakannya.
Implikasi isu ini kepada pelajar-pelajar lain pula akan menyebabkan pelajar-
pelajar yang lain akan memandang rendah dan serong kepada guru disiplin. Persepsi
mereka kepada guru disiplin akan bertukar menjadi persepsi dan tanggapan yang
negatif. Apabila perkara ini berterusan berlaku, guru disiplin akan sukar untuk
melaksanakan tugasnya dalam mengawal disiplin sekolah.
Implikasi isu
Pelajar itu
Pelajar lain
Guru itu
Guru-guru lain
Profesion perguruan
Masyarakat
Implikasi isu ini kepada guru itu iaitu pelaku yang terlibat kepada isu ini ialah dia
sendiri telah meletakkan maruah dan kerjayanya dihujung tanduk. Walaupun isu ini
masih dibicarakan di mahkamah, dan guru itu belum benar-benar disabitkan bersalah
namun dia sebenarnya telah mengambil risiko terhadap masa depannya sendiri dengan
perlakuannya yang terburu-buru.
Implikasi isu ini kepada guru-guru lain pula apabila terjadinya isu ini ialah guru-
guru lain akan lebih berhati-hati sebelum menghukum pelajar. Bak kata bijak pandai,
“Orang yang bijak ialah yang belajar dan mengambil pengajaran daripada pengalaman
sendiri, dan orang yang lebih bijak ialah orang yang belajar daripada pengalaman orang
lain”.
Implikasi isu ini kepada profesion perguruan pula mengakibatkan profesion guru
dipandang rendah oleh masyarakat. Hal ini kerana, seorang guru sepatutnya menjaga,
mendidik, dan memberi tunjuk ajar yang terpuji kepada pelajar bukannya mengambil
kesempatan terhadap pelajar. Perlakuan ini, boleh lah diibaratkan seperti “harapkan
pagar, pagar makan padi”.
Implikasi isu ini kepada masyarakat pula, masyarakat akan hilang kepercayaan
kepada instutusi pendidikan. Apabila masyarakat mulai hilang percaya, guru menjadi
semakin sukar untuk melaksanakan tugasnya dengan baik disebabkan masyarakat
yang kurang percaya ini sukar untuk memberi kerjasama yang baik kepada guru.
Cadangan penyelesaian
Antara cadangan bagi menyelesaikan masalah ini ialah apabila seorang guru
disiplin ingin melaksanakan hukuman kepada pelajarnya dia perlulah mempunyai saksi
disampingnya terutamanya guru yang mempunyai autoriti yang lebih besar seperti guru
besar. Perkara ini penting diambil pusing bagi mengelakkan hal-hal berbangkit muncul
dikemudian hari.
Selain itu, sebelum seseorang guru itu menghukum pelajarnya wajarlah guru itu
memberi peluang kepada pelajarnya untuk membela diri. Ini bagi membolehkan guru
itu menimbang baik-baik kesalahan pelajar sebelum menghukum disamping memberi
keadilan kepada pelajar untuk menjelaskan keadaan jika wujud salah faham pada diri
guru terhadap kesalah yang dilakukan pelajar.
Selain itu, sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah ini, kami
mencadangkan agar Jabatan Pendidikan Negeri mengenalpasti guru-guru yang
menghadapi masalah psikologi dan mengatasinya dengan segera. Kami juga
mencadangkan supaya bengkel-bengkel diadakan bukan sahaja untuk menaikkan imej
dan kualiti guru, tetapi membantu mereka menghadapi situasi kerja yang semakin rumit
serta mengendalikan perasaan tertekan.
Selain itu, kam turut mencadangkan untuk mengatasi masalah guru seperti ini
ialah dengan menapis calon guru dari peringkat awal melalui ujian psikologi. Ujian ini
berguna untuk menguji kesesuaian seseorang sebagai guru. Pandangan kami ini
seiring dengan pendapat Dr. Mohamed Awang yang mengatakan untuk memilih guru
perlulah dipilih daripada kalangan yang terbaik bukannya setakat tangkap muat sahaja.
Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pelajar adalah manusia biasa yang
memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Oleh itu pelajar patutlah mendapat layanan
yang beradab. Dengan cara inilah boleh mendorong murid memberi penghormatan
yang setimpal dengan layanan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Sikap guru
yang bengis dan garang hanya menakutkan murid untuk ke sekolah.
Justeru itu, guru sewajarnya sentiasa menghayati dan mengamalkan Tatasusila
Profesion Penguruan. Guru perlu mengelakkan diri daripada nafsu marah dan jauhkan
daripada membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu seperti
yang digariskan dalam buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan
Guru.
Selain itu, kami juga ingin mencadangkan agar diwujudkan jawatan Penolong
Kanan Hal Ehwal Disiplin. Dengan wujudnya jawatan ini, pelaksanaan untuk menangani
disiplin di sekolah bukan hanya cepat dan mudah dilaksanakan malah melicinkan
prosedur berkenaan. Guru yang dilantik untuk menyandang jawatan ini pula perlulah
seorang yang mahir tentang disiplin dan undang-undang disamping mempunyai
pengalaman yang luas mengajar di sekolah integriti. Pada pandangan kami, sudah tiba
masanya jawatan itu diwujudkan bagi melancarkan lagi tadbir urus sekolah
membabitkan soal disiplin pelajar seperti wujudnya jawatan Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum.
Dengan wujudnya jawatan ini, membolehkan wujud seorang guru yang fokusnya
mengawal keadaan disiplin pelajar sahaja tanpa dibebani dengan tugasan lain,
seterusnya membolehkan dia melakukan tugasnya dengan lebih integriti.
Selain itu, pihak Institut Integriti Malaysia juga perlulah sentiasa mengadakan
sesi ceramah kepada para guru dari semasa ke semasa bagi mengingatkan guru untuk
sentiasa berintegriti dalam melaksanakan tugas mereka. Guru yang melanggar
tatasusila dan tidak berintegriti perlulah menjalani sesi kaunseling khas dan dikenakan
tindakan yang sewajarnya bagi membolehkan guru yang berkualiti dan berintegriti
sahaja wujud di sekolah. Melalui cara ini, dengan wujudnya guru yang berintegriti di
sekolah pastinya akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan unggul.
kesimpulan