Download - 70773683 KPD 3016 Unit Pengajaran
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KPD3016 & KPD3026 – PENGAJARAN, TEKNOLOGI
& PENAKSIRAN
GROUP: EL-D08
PENSYARAH: DR.RAZAK ABD. SAMAD BIN YAHYA
TAJUK TUGASAN:
Unit Pengajaran - Pecahan 1-7 ( 60%)
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. MALINA AZURA BINTI OTHMAN (D20102040490) KETUA
2. AZRINI BINTI MUHAMMAD ( D20102045155)
PENGHARGAAN
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim bagi pembuka kata dalam tugasan yang mencabar dan
memberi kesedaran bahawa pentingnya perancangan awal dalam menyiapkan unit pengajaran
ini. Modul Pengajaran, Teknologi & Penaksiran ini banyak membantu dalam memahami dengan
lebih mendalam mengenai Rancangan Pengajaran Harian kami. Alhamdulillah, ia banyak
memberi kesedaran pada kami semua dan juga berguna semasa proses pengajaran kami di
sekolah.
Kerja Kursus ini merupakan kerja berkumpulan, jadi setiap kumpulan perlu menyiapkan
daripada komponen 1 sehingga komponen 7 untuk menghasilkan empat Pengajaran Harian.
Dalam menyiapkan tugasan ini, kami perlu meneliti setiap komponen bagi menghasilkan kerja
yang terbaik. Kami juga perlu membuat peta konsep secara menyeluruh bagi menghuraikan unit
pengajaran ini.
Di dalam menyiapkan tugasan ini pelbagai rintangan dan bantuan telah saya lalui dan
dapatkan. Oleh itu, rakaman terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada semua yang
berkenaan. Terutama sekali kepada Pensyarah Kumpulan D08 iaitu Dr. Razak Abd. Samad Bin
Yahya yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua. Beliau tidak putus-
putus membimbing dan sanggup bersabar dengan pelbagai karenah kami semua. Maklumlah
kami semua baru lagi dan masih terkial-kial untuk Pengajian Jarak Jauh dan menggunakan ICT
sepenuhnya. Selain itu, tidak lupa buat suami tercinta dan keluarga tersayang yang memahami
serta sanggup bersengkang mata bersama mencari maklumat yang diperlukan. Selain itu, tidak
lupa juga kepada semua rakan sejawat yang sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada
kami disaat hampir berputus asa. Rakan-rakan sepengajian UPSI yang berada sekitar sini yang
banyak membantu memberi idea dan cadangan.
Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat yang mungkin tidak tersebut disaat ini namun
pertolongan kalian amat kami hargai kerana tanpa pertolongan semua ini kami yakin tidak akan
mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik ini. Terima kasih semua.
KOMPONEN 1: TAJUK DAN KEGUNAAN UNIT PENGAJARAN
Mata Pelajaran : Literasi Sains&Teknologi
Tajuk : Haiwan
Sub Tajuk : 1) Haiwan peliharaan
2) Haiwan Liar
3) Haiwan di Air
4) Serangga
Tujuan Unit : 1. Mendengar dan menyebut nama haiwan.
2. Murid dapat membuat gerakkan haiwan dan bunyi haiwan.
3. Mengenalpasti tempat tinggal haiwan
4. Mengetahui kehidupan haiwan
Kepentingan Tajuk : 1. Murid dapat mengenal alam haiwan.
2. Murid dapat membezakan jenis haiwan.
3. Murid dapat mengenal ciri-ciri haiwan dan habitatnya
KOMPONEN 2: PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR
Pengetahuan Sedia Ada Murid:
Pelajaran 1: Murid-murid pernah melihat haiwan dan memelihara haiwan
Pelajaran 2: Murid pernah melihat haiwan liar di zoo
Pelajaran 3: Murid pernah melihat haiwan di air
Pelajaran 4: Murid pernah melihat serangga
Pelan mencungkil idea:
Pelajaran 1: Bersoal jawab berdasarkan modul dan gambarajah haiwan yang ditunjukkan.
Pelajaran 2: Murid menyanyi lagu haiwan yang diketahui.
Pelajaran 3: Bersoaljawab berpandukan carta habitat haiwan.
Pelajaran 4: Murid memberitahu guru kitaran hidup rama-rama melalui lagu.
Idea/ Objektif utama yang mungkin sukar dicapai
Pelajaran 1: Menentukan ciri-ciri fizikal haiwan peliharaan
Pelajaran 2: Mengelaskan jenis-jenis haiwan liar
Pelajaran 3: Menyatakan secara spesifik bahagian badan haiwan
Pelajaran 4: Menentukan bunyi serangga
Miskonsepsi yang mugkin wujud dan konsep tepatnya.
Pelajaran 1: Haiwan peliharaan kebiasaanya haiwan yang jinak dan senang dilihat
Pelajaran 2: Haiwan liar ialah haiwan yang ganas dan sukar ditemui kerana tinggal di dalam
hutan
Pelajaran 3: Haiwan di air, habitatnya di dalam air
Pelajaran 4: Serangga bersaiz kecil dan kebanyakkannya berkepak dan boleh terbang.
KOMPONEN 3 : ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN
Hasil pembelajaran : Di akhir pelajaran ini murid akan dapat:
Pelajaran 1: A: Menguasai isi kandungan pelajaran (ST3.4.6)
1. Menyebut nama haiwan peliharaan
2. Menganalisis ciri-ciri haiwan peliharaan
B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Mengelaskan haiwan peliharaan mengikut habitatnya
2. Menjana hipotesis antara haiwan dan manusia
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam menyiapkan kerja (kolaj haiwan
peliharaan) yang dipersetujui dalam kumpulan.
Pelajaran 2: A: Menguasai isi kandungan pelajaran (ST3.4.5)
1. Dapat menyatakan nama haiwan liar
2. Dapat menyatakan tempat tinggal haiwan liar
B: Membina Kemahiran Saintifik, dan kemahiran berfikir
1. Membuat hipotesis tentang ciri-ciri fizikal haiwan liar
2. Menjelaskan ciri-ciri haiwan liar
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan iaitu aktiviti
menghasilkan topeng haiwan liar.
Pelajaran 3: A: Menguasai isi kandungan pelajaran (ST3.4.1)
1. Dapat menyatakan nama haiwan di air
2. Dapat menjelaskan fizikal haiwan di air
B: Membina Kemahiran Saintifik, dan kemahiran berfikir
1. Membezakan haiwan di air dan di darat
2. Mencirikan haiwan di air
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Membuat origami dengan bimbingan guru bersama rakan-rakan.
Pelajaran 4: A: Menguasai isi kandungan pelajaran (ST3.4.2)
1. Dapat meneka bunyi serangga.
2. Dapat memadankan bunyi serangga dengan gambar serangga.
B: Membina Kemahiran Saintifik, dan kemahiran berfikir
1. Membezakan serangga dengan haiwan lain
2. Meniru bunyi serangga
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam menyiapkan kerja (mewarna
gambar serangga) dalam kumpulan.
Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
Pelajaran 1: Haiwan peliharaan ialah haiwan yang dibela di kawasan rumah
Pelajaran 2: Haiwan liar ialah haiwan yang hidup di dalam hutan
Pelajaran 3: Haiwan air ialah haiwan yang hidup di dalam air
Pelajaran 4: Serangga biasanya bersaiz kecil, boleh terbang dan berbunyi.
Objektif, sistem atau kejadian sebenar yang berkaitan.
Pelajaran 1: Memberi makan kepada seekor ayam
Pelajaran 2: Melihat harimau semasa pergi ke zoo
Pelajaran 3: Memelihara ikan di dalam akuarium
Pelaajra 4: Melihat rama-rama terbang di taman.
Senarai istilah/ konsep/prinsip/hokum/teori
Pelajaran 1: Haiwan jinak, kawasan rumah, ladang
Pelajaran 2: Haiiwan liar, buas, bebas, hutan belantara
Pelajaran 3: Haiwan di air, boleh berenang, kolam, sungai, laut
Pelajaran 4: Serangga, kawasan rumah dan luar kawasan rumah
Persoalan utama dengan jawapan (jika pembelajaran inkuiri)
Pelajaran 1: Dimanakah haiwan peliharaan tinggal? Kawasan rumah
Pelajaran 2: Dimanakah haiwan liar berkeliaran? Di dalam hutan
Pelajaran 3: Bagaimanakah haiwan di air bergerak? Berenang
Pelajaran 4: Apakah yang dimakan oleh serangga? Madu bunga, sisa makanan, darah manusia
atau haiwan.
PETA KONSEP
Jenis-jenis haiwan adalah seperti
habitat haiwan ini ialah
ciri-ciri haiwan ialah
HAIWAN
Serangga Haiwan
Peliharaan
Haiwan
Liar
Haiwan
di Air
kandang, reban,
sangkar dan rumah
hutan, air dan
padang pasir
di air tawar, air
masin, kawasan
salji, dua alam,
air paya
Rumah,
padang,
dalam tanah
Kaki
dua,
Kaki
empat
Bersisik
dan berbulu
Bertanduk kaki
dua,kaki
empat
Ganas dan
bertaring
Bersisik,
bercengkerang
Beringsang,
berekor
Sesungut,
Bersaiz kecil
Kaki enam
KOMPONEN 4:BAHAN BANTU MENGAJAR DAN BELAJAR
Pelajaran 1: Model haiwan, Slaid power point, Lembaran kerja, Kertas warna, Kertas Lukisan
& Gam
Pelajaran 2: Slaid Powerpoint, Kad Gambar, Contoh topeng haiwan, Kad Manila, gam,
Lembaran Kerja dan Kotak Beracun.
Pelajaran 3: Gambar haiwan, carta habitat haiwan, jadual habitat haiwan, origami ikan, kertas
A4, pensil dan senikata lagu.
Pelajaran 4: Model kitaran hidup rama-rama, gambar serangga, kaset kit audio, lebaran kerja dan
pensil warna.
KOMPONEN 5: KAEDAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kaedah dan Aktiviti P&P
Pelajaran 1: Haiwan Peliharaan
Fasa 1: Bersoaljawab dengan murid/ mengcungkil idea (penyoalan seluruh kelas)
Fasa 2: Menamakan haiwan dan mengelas haiwan mengikut habitat
Fasa 3: Membuat kolaj haiwan ( perbincangan dalam kumpulan )
Fasa 4: Kuiz pendek, pertandingan antara kumpulan
Pelajaran 2: Haiwan Liar
Fasa 1: Bermain teka-teki haiwan (seluruh kelas)
Fasa 2: Menamakan haiwan dan ciri-ciri fizikal haiwan
Fasa 3: Melukis topeng (perbincangan kumpulan)
Fasa 4: Permainan membunyikan dan meneka haiwan
Pelajaran 3: Haiwan Di Air
Fasa 1: Bersoaljawab dengan murid (seluruh kelas)
Fasa 2: Menyatakan nama haiwan dan habitatnya
Fasa 3: Membuat origami
Fasa 4: Menyanyi
Pelajaran 4: Serangga
Fasa 1: Menyanyi lagu serangga “Rama-rama” (seluruh kelas)
Fasa 2: Mengecam dan membunyikan serangga.
Fasa 3: Mewarna gambar (perbincangan berkumpulan)
Fasa 4: Bersoaljawab tentang hasil kerja.
Garis Masa (Time line)
KOMPONEN 6: PELAN PENAKSIRAN
Pelajaran 1: Haiwan Peliharaan
Fasa 1: Soal jawab lisan
Fasa 2: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (lampiran)
Fasa 3: Nyanyian dan gerakan
Fasa 4: Kuiz pendek (lampiran)
Pelajaran 2: Haiwan Liar
Fasa 1: Soalan teka teki (lampiran)
Fasa 2: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (lampiran)
Fasa 3: Melukis topeng
Fasa 4: Permainan kecil
Pelajaran 3: Haiwan Di Air
Fasa 1: Soal jawab lisan
Fasa 2: Menjawab soalan dengan menampal gambar haiwan pada jadual habitatnya.
Fasa 3: Membuat origami yang cantik.
Fasa 4: Nyanyian dan gerakkan
Fasa 20 minit 160 minit 40 minit
Permulaan/
set induksi
x
Menstruktur x
Aplikasi Idea x
Refleksi x
Pelajaran 4: Serangga
Fasa 1: Nyanyian dan menyatakan kitaran hidup rama-rama berdasarkan lagu yang
dinyanyikan.
Fasa 2: Membunyikan bunyi serangga berpandukan kaset kit audio yang diperdengarkan
Fasa 3: Mewarna serangga dengan warna yang betul
Fasa 4: Soal jawab lisan berpandukan hasil kerja murid yang dibuat.
KOMPONEN 7: RANCANGANPENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
Mata Pelajaran :Literasi Sains&Teknologi
Kelas : Prasekolah
Tarikh : 26 Mei 2011
Masa : 11.15 pagi-12.15 tgh
Bilangan Murid : 25 Orang
Bidang Pelajaran : Haiwan Peliharaan
Objektif Pembelajaran : Mengenal haiwan peliharaan dan habitatnya
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
A. Menguasai isi kandungan pelajaran
1. Menyebut nama haiwan peliharaan
2. Menganalisis ciri-ciri haiwan peliharaan
B. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Mengelaskan haiwan peliharaan mengikut habitatnya
2. Menjana hipotesis antara haiwan dan manusia
C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam menyiapkan kerja (kolaj
haiwan peliharaan) yang dipersetujui dalam kumpulan.
Konsep/prinsip/hokum/teori:
a. Jinak
b. Kawasan rumah
c. Ladang
Bahan, peralatan dan bahan sumber : Slaid power point, model haiwan, kertas warna, gam, kertas
lukisan dan lembaran kerja
Langkah berjaga-jaga : Menjaga kebersihan pakaian dalam aktiviti kolaj.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat dan memelihara haiwan peliharaan
Fasa Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 minit)
Bersoaljawab dengan
murid tentang model
haiwan dan kad
gambar haiwan
peliharaan yang
ditunjukkan.
-Guru
menunjukkan
model haiwan
kepada murid dan
bersoaljawab
bersama murid.
Contoh soalan:
1. Pernahkah kamu
melihat haiwan in?
2. Apakah nama
haiwan ini?
3. Dimanakah
haiwan ini tinggal?
-Murid memberi respon
dan menjawab soalan
guru.
- Menyebut nama
haiwan
- Menyatakan
tempat tinggal
haiwan
*Rujuk lampiran 1
Strategi/teknik:
Penyoalan
seluruh kelas
menggunakan
model haiwan
dan kad
gambar
Menstruktur/
menstruktur
semula
(40 minit)
a. Menamakan
jenis-jenis
haiwan
peliharaan
b. Menyatakan
habitat haiwan
-Guru
menunjukkan kad
gambar haiwan
kepada murid.
-Guru
menunjukkan
gambar habitat
haiwan seperti:
Ayam- reban
Lembu- kandang
Kambing - padang
Kucing – rumah
-Murid menamakan kad
gambar haiwan yang
ditunjukkan.
-Murid menyebut nama
habitat haiwan yang
ditunjukkan oleh guru.
Strategi/
Teknik:
Sikap saintifik
dan nilai
murni:
Penglibatan
aktif
Bahan:
Kad gambar
haiwan
Aplikasi idea
(10 minit)
-Membuat kolaj
haiwan peliharaan
-Guru
menunjukkan
bahan untuk aktiviti
kolaj.
-Guru memberi
penerangan untuk
membuat kolaj dan
mengedarkan bahan
kepada setiap
kumpulan.
-Murid melihat bahan
untuk aktiviti kolaj.
- Murid membuat kolaj
dalam kumpulan.
-Pembentangan hasil
kerja setiap kumpulan.
*Rujuk lampiran 2
Strategi:
Perbincangan
dalam
kumpulan.
Perbentangan
hasil kerja iaitu
kolaj.
Bahan:
kertas warna,
gam, kertas
lukisan
Refleksi/penutup
(5 minit)
Nama-nama haiwan
- Guru
menunjukkan
gambar haiwan
peliharaan
- Taksir kefahaman
murid dengan kuiz
pendek
-Murid menyebut
semula nama haiwan,
tempat tinggal dan
pergerakan haiwan.
-Murid menjawab
soalan kuiz.
Strategi:
Penyoalan
seluruh kelas
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Mata Pelajaran : Literasi Sains&Teknologi
Kelas : Prasekolah
Tarikh : 26 Mei 2011
Masa : 11.15 pagi-12.15 tgh
Bilangan Murid : 25 Orang
Bidang Pelajaran : Haiwan Liar
Objektif Pembelajaran : Mengenalpasti dan menyatakan ciri-ciri fizikal haiwan liar
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
A. Menguasai isi kandungan pelajaran
1. Dapat menyatakan nama haiwan liar
2. Dapat menyatakan tempat tinggal haiwan liar
B. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Membuat hipotesis tentang ciri-ciri fizikal haiwan liar
2. Menjelaskan ciri-ciri fizikal dengan membuat pemerhatian
C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan
menghasilkan topeng haiwan liar.
Konsep/prinsip/hokum/teori:
a. Buas
b. Bebas
c. Hutan belantara
Bahan, peralatan dan bahan sumber :
Kad gambar power point
model haiwan
Kertas warna, gam, gunting, kertas lukisan,lembaran kerja
Langkah berjaga-jaga : Menjaga keselamatan menggunakan gunting kerana tajam
Pengetahuan sedia ada murid: Murid pernah melihat haiwan liar di zoo.
Fasa Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 minit)
Bermain teka teki
-Guru menunjukkan
slaid teka teki
menggunakan power
point
Cth teka teki:
a. Badan besar ada
belalai
b.Badannya
mempunyai belang
-Murid membaca teka
teki yang dipaparkan
oleh guru dan meneka
jawapan.
Strategi /
teknik:
Penyoalan
seluruh kelas
menggunakan
power point
Menstruktur/
menstruktur
semula
(40 minit)
Nama haiwan liar
dan ciri-ciri fizikal
a. Menyebut nama
haiwan liar
b. Menyatakan ciri-
ciri fizikal haiwan
liar.
-Guru menunjukkan
kad gambar haiwan
liar kepada murid.
-Guru mengedarkan
model haiwan liar
setiap kumpulan.
-Murid menyebut
nama haiwan liar
berdasarkan kad
gambar yang
ditunjukkan oleh guru.
-Murid menyatakan
ciri-ciri fizikal haiwan
liar berdasarkan model
haiwan dalam
kumpulan.
Kump 1-singa
Kump2-harimau
Kump3-gajah ciri-ciri
haiwan.
*Rujuk lampiran 3
dan 4
Strategi/teknik:
Aktiviti inkuiri
dalam
kumpulan
Sikap saintifik
dan nilai
murni:
Berdikari dan
bekerjasama
Bahan:
Kad gambar,
model haiwan,
lembaran kerja
Aplikasi idea
(10 minit)
Melukis topeng
haiwan liar (singa,
harimau, gajah)
-Guru membahagikan
murid kepada tiga
kumpulan.
-Murid secara
berkumpulan
berbincang dalam
Strategi:
Perbincangan
dalam
Kump 1-singa
Kump 2-hariamu
Kump 3-gajah
-Guru menunjukkan
contoh topeng kepada
murid
menghasilkan topeng
haiawan liar.
- Murid melukis
mengikut kreativiti
sendiri
- Murid
membentangkan hasil
kerja.
kumpulan
Pembentangan
hasil kerja
murid.
Bahan:
Manila kad,
gunting, pensel
Refleksi/penutup
(5 minit)
Permainan kecil
-Murid dibahagikan
dua kumpulan.
-Kumpulan 1
membuat bunyi
binatang
-Kumpulan 2 meneka
bunyi tersebut.
-Murid menjalankan
aktiviti dalam
kumpulan dan
mengikut arahan guru.
Strategi:
penglibatan
semua murid
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3
Mata Pelajaran : Literasi Sains&Teknologi
Kelas : Prasekolah
Tarikh : 26 Mei 2011
Masa : 11.15 pagi-12.15 tgh
Bilangan Murid : 25 Orang
Bidang Pelajaran : Haiwan Di Air
Objektif Pembelajaran : Menyatakan nama dan habitat haiwan di air
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
A. Menguasai isi kandungan pelajaran
1. Dapat menyatakan nama haiwan di air
2. Dapat menjelaskan habitat dan pergerakkan haiwan di air
B. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Membezakan haiwan di air dan di darat
2. Mencirikan haiwan di air
C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Membuat origami ikan bersama rakan.
Konsep/prinsip/hokum/teori:
a. Boleh berenang
b. Kolam, sungai, laut
Bahan, peralatan dan bahan sumber : Gambar haiwan, carta habitat haiwan, jadual habitat
haiwan, origami ikan, kertas A4, pensil dan senikata lagu.
Langkah berjaga-jaga : Menjaga keselamatan melakukan aksi haiwan
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat haiwan di air
Fasa Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 minit)
Bersoaljawab dengan murid
Guru bersoaljawab
tentang haiwan
berpandukan carta
habitat yang
ditunjukkan.
Murid memberi
respon dengan
menjawab soalan
guru.
Strategi/teknik:
Penyoalan
seluruh
Bahan:
Gambar haiwan
dan carta
habitat
Menstruktur/
menstruktur
semula
(40 minit)
Menyatakan nama haiwan dan
habitatnya
-Guru memberi satu
gambar haiwan yang
berlainan berkepada
10 orang murid.
-Guru bertanya
kepada murid nama
haiwan berpandukan
gambar yang
diperolihi.
-Guru meminta murid
menampal gambar
haiwan mengikut
habitat haiwan pada
jadual yang
disediakan.
-Murid menyebut
nama haiwan yang
dipegangnya.
-Murid yang
memegang gambar
haiwan, menampal
gambar mengikut
habitat haiwan yang
diberi.
-Murid-murid lain
mengenalpasti haiwan
yang habitatnya
didalam air.
Strategi/Teknik
Sikap saintifik
dan nilai murni:
Penglibatan
aktif dan
memberi
kerjasama.
Bahan:
Gambar haiwan
Jadual habitat
haiwan.
Aplikasi idea
(10 minit)
Membuat origami
-Guru menunjukkan
contoh origami ikan
yang telah disiapkan.
-Guru membimbing
-Murid membuat
origami ikan dengan
bimbingan guru.
*Rujuk lampiran 5
Strategi:
Tunjuk
cara/bimbingan
Bahan:
murid membuat
lipatan untuk
menghasilkan
origami ikan.
-Origami ikan
-Kertas warna
A4, pensil
Refleksi/penutup
(5 minit)
-Nyanyian lagu “ Ikan Kekek”
-Membuat pergerakan ikan
-Guru memaparkan
senikata lagu.
-Guru membimbing
murid menyanyi lagu
tersebut.
-Guru menunjukkan
cara ikan berenang.
* Lampiran 6
- Murid menyanyai
bersama guru.
-Murid membuat
pergerakkan
ikan(berenang).
Straregi:
Persembahan di
dalam
kumpulan.
Bahan:
Senikata lagu.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4
Mata Pelajaran : Literasi Sains Dan Teknologi
Kelas : Prasekolah
Tarikh : 26 Mei 2011
Masa : 11.15 pagi-12.15 tgh
Bilangan Murid : 25 Orang
Bidang Pelajaran : Serangga
Objektif Pembelajaran : Mengenalpasti jenis serangga dan bunyi serangga.
Hasil Pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :
A. Menguasai isi kandungan pelajaran
1. Dapat menamakan jenis serangga
2. Dapat menjelaskan cirri-ciri fizikal serangga
B. Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Membezakan serangga dengan haiwan lain
2. Meniru bunyi serangga.
C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Melibatkan diri secara akif dalam menyiapkan
Konsep/prinsip/hokum/teori:
a. Bersaiz kecil, berkepak dan boleh terbang
b. Biasanya ada enam kaki
Bahan, peralatan dan bahan sumber : Model kitaran hidup rama-rama, gambar serangga, kaset kit
audio, lebaran kerja dan pensil warna.
Langkah berjaga-jaga : Menjaga kebersihan pakaian dalam aktiviti mewarna
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat serangga diluar rumah dan kawasan taman.
Fasa Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 minit)
Nyanyian
-Guru bertanya kepada
murid serangga apa yang
dipegangnya dan
memberitahu kitaran hidup
rama-rama.
-Guru menyanyi kepada
murid lagu “Rama-rama”
*Rujuk lampiran 7
-Murid menjawab
pertanyaan guru dan
menyatakan kitaran hidup
rama-rama.
-Murid menyanyi
bersama-sama dengan
guru lagu “Rama-rama”
Strategi/teknik
Nyanyian dan
bersoaljawab
Bahan:
Model kitran
hidup rama-
rama.
Menstruktur/
menstruktur
semula
(40 minit)
-Menyatakan tujuan
serangga berbunyi.
-Meneka bunyi
serangga.
-Memadankan
gambar dengan
bunyi
-Guru menerangkan tujuan
serangga berbunyi,misalnya
untuk menarik perhatian dan
melindungi diri dan lain-
lain.
-Guru pasang kaset kit audio
dan meminta murid
teka/nyatakan bunyi
serangga tersebut.
-Guru terangkan bunyi
serangga dan padankan
dengan kad gambar serangga
serta model serangga.
-Guru memberi kad gambar
kepada murid dan memasang
kaset bunyi serangga.
-Murid mendengar
penerangan daripada
guru.
-Murid meneka bunyi
serangga berdasarkan
kaset kit audio yang
diperdengarkan oleh guru.
-Murid menyebut nama
serangga yang
dipadankan oleh guru.
-Murid mendengar bunnyi
serangga dan mengangkat
kad gambar serangga
berdasarkan bunyi yang
dimainkan.
Strategi/teknik:
-Kemahiran
berfikir dan
mendengar
untuk meneka
bunyi serangga.
-Memadankan
gambar.
Bahan:
Kaset kit audio
Gambar
serangga
Aplikasi idea
(10 minit)
-Mewarna gambar
serangga.
-Guru membahagikan
lebaran kertas kerja kepada
-Secara berpasangan
murid mewarnakan
Strategi/teknik:
Mewarna
murid iaitu gambar serangga
yang berlainan.
-Guru meminta murid
mencari pasangan untuk
bersama-sama mewarna
gambar serangga yang
diperolehi.
-Guru meminta murid
mewarnakan serangga
dengan warna yang sesuai .
*Rujuk lampiran 8
gambar serangga dengan
warna yang sesuai.
Bahan:
-Lebaran kertas
kerja.
-Pensil warna
Refleksi/penutup
(5 minit)
-Bersoaljawab
tentang hasil kerja
murid.
- Guru menunjukkan hasil
kerja yang telah dibuat oleh
murid.
-Bersoaljawab dengan
murid:
1.Serangga apakah ini?
2.Bunyi serangga ini?
3.Apakah warna serangga
ini?
4.Dimana kita boleh lihat
serangga ini.
-Murid menjawab soalan
guru berdasarkan gambar
serangga yang
diwarnakan tadi.
LAMPIRAN 1
1. Namakan haiwan ini?
2. Di manakah haiwan ini tinggal?
LAMPIRAN 2
TAJUK : HAIWAN PELIHARAAN AKTIVITI KOLAJ
TAJUK : HAIWAN PELIHARAAN
AKTIVITI KOLAJ
LAMPIRAN 3
1.Namakan haiwan ini?
2. Nyatakan ciri-ciri fizikal haiwan ini?
LAMPIRAN 4
TAJUK : HAIWAN LIAR
Nama :………………………………………….
Kelas :………………………………
Nyatakan ciri-ciri fizikal haiwan yang diberikan.
Telinga Misai Mata Kuku
Belalai Gading Ekor Kaki
LAMPIRAN 5
ORIGAMI IKAN
LAMPIRAN 6
SENIKATA : IKAN KEKEK
Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Siapa rajin dia yang pandai
Siapa yang malas dia yang rugi
Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Siapa rajin dia yang pandai
Siapa yang malas dia yang rugi
LAMPIRAN 7
SENIKATA : RAMA-RAMA
Dari ulat jadi kepompong
Ia tidur dalam kelongsong
Tiba masa kelongsong pecah
Pommmmmmmmmmm
Jadi rama, rama yang indah
Rama-rama terbang melata
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di kebun bunga
Tapi sayang hidup tak lama….
LAMPIRAN 8
Warnakan serangga ini