Download - 87368389 kertas-kerja-debat-new
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PERBAHASAN
KEPENGGUNAAN BAHASA MELAYU
PERINGKAT IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
TARIKH
9 HINGGA 12 APRIL 2013
TEMPAT
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
ANJURAN BERSAMA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
DENGAN KERJASAMA
KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUANKU BAINUN,
BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG.
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan Bahasa Melayu Peringkat IPG
Kampus Tuanku Bainun ialah sebuah program yang dianjurkan hasil kerjasama
Jabatan Pengajian Bahasa Melayu dengan Gerakan Pengguna Siswa.
Pertandingan ini ialah serampang dua mata, iaitu untuk memperkenalkan
Gerakan Pengguna Siswa ( GPS ) kepada semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku
Bainun. Gerakan ini merupakan suatu entiti kumpulan yang berstruktur,
berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan.Gerakan ini dianggotai oleh
pelajar-pelajar IPT yang bertujuan untuk saling berkerjasama dan membantu, serta
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dan dipersetujui bersama dalam hal-hal kepenggunaan.
Pertandingan ini merupakan sebuah program yang dikelolakan oleh guru
pelatih2PPISMP Bahasa Melayu Semester Dua.Pertandingan ini juga dirancang
bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara guru pelatih dengan pensyarah, di
samping mendedahkan kepada pelajar mengenai perjalanan program perbahasan bagi
peringkat IPG.Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk
mengadakan aktiviti dan memahami prosedur pengendalian aktiviti.
Akhir kata, program ini sangat bermanfaat untuk dilaksanakan bagi melahirkan
insan guru yang berkualiti dan berketerampilan tinggi. Oleh itu, kertas kerja ini akan
menjelaskan dengan secara teliti tentang aktiviti yang bakal dijalankanserta garis
panduan dan peraturan bagi pertandingan perbahasan.
2.0 RASIONAL
Melalui pelaksanaan aktiviti ini, para guru pelatih akan didedahkan
dengan seni perbahasan, teknik perdebatan yang betul, kemahiran berfikir
dengan pantas, dan sebagainya. Melalui aktviti ini, potensi yang ada pada diri
guru pelatih akan dapat dicungkil dan digilap bagi melahirkan guru yang
berkualiti dan serba boleh. Selain itu, aktiviti ini juga mampu membentuk para
guru yang berfikiran kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan mempunyai
teknikberkomunikasi yang baik.Bukan setakat itu sahaja, program ini juga
merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan
guru-guru pelatih dalam mengendalikan sesuatu organisasi dengan cekap.
Dengan mengikuti projek ini, para guru pelatih dapat meningkatkan keyakinan
diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang positif sebagai suatu proses
membentuk keterampilan ikhtisas keguruan.
3.0 OBJEKTIF
3.0 Mendedahkan kepada pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun pengetahuan
dalam membuat keputusan pembelian barangan dan perkhidmatan
melalui pendebatan.
3.1 Mencari pasukan pelapis debat IPG Tuanku Bainundan sekaligus
bertindak sebagai sukarelawan bagi membantu melindungi hak pengguna.
3.2 Mencungkil bakat dan potensi yang ada pada diri para guru pelatih bagi
mewujudkan gerakan kepenggunaan yang berinformasi, rasional, dan
peka.
3.3 Membentuk keyakinan diri yang tinggi supaya dapat melaksanakan
pelbagai program dan aktiviti penggunaan.
3.4 Menambahkan ilmu pengetahuan para guru pelatih mengenai hak mereka
sebagai seorang pengguna.
4.0 NAMA PROGRAM
Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan ala Parlimen Peringkat IPG Kampus
Tuanku Bainun.
5.0 ANJURAN BERSAMA
Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Kelab Gerakan Pengguna Siswa
6.0 TARIKH
9 hingga 12 April 2013
7.0 TEMPAT
Dewan Aminuddin Baki
8.0 SASARAN
Semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun
9.0 ORGANISASI PELAKSANA
Penaung : Cik Khor Ceek Vung
Penasihat : En. Wang Hong Chee
: En. Abdul Halim bin Abd Rahman
9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Chen Peck Lian
Naib Pengerusi : En. Faez Mohamad Abdullah
Setiausaha : Pn. Chai Jia Zhi
Bendahari : En. Teh Khai Yang
Ahli Jawatankuasa : Pn. Norshabihah binti Ahmad
: En. Fihat bin Salleh
: Pn. Mozlina binti Othman
: En. Mat Nasir bin Che Ali
: Pn. Chan See See
: En. Ahmad bin Omar
: En. Hamdan bin Yaakub
: En. Mohamad Riyad bin Mohd Isa
9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Muhammad Faizal bin Abdullah
Naib Pengerusi : Tieu Souk Hui
Setiausaha : Siti Intan Badariah binti Abd Latif
Bendahari : Muhamad Fuad bin A.Hamid
Urusetia : Norhidayah binti Ishak
: Mohammad Norhisham bin Wahab
Tempat : Hafizulizwan bin Ngah Temin
: Norshafiza binti Kamaruddin
Peralatan : Mohamad Bukhari bin Mat Zain
: Junaida binti Shukor
Publisiti : Akmal Hakim bin Abdul Majid
: Nor Zafirah binti Ibrahim
Siaraya : Mohd Syamim bin Abdullah
: Mohamad Sofian bin Husin
Penghakiman : Rosnazifa binti Romli
: Noor Izzati binti Abdul Hanid
Hadiah : Siti Aisyah binti Roslan
Dokumentasi : Zuziatie Anisha binti Zain
: Nor Farahana binti Mohd Bakri
Buku Program : Nor Munirah binti Abdul Malik
: Kuan Yew Keat
10.0 ANGGARAN KEWANGAN
Belanjawan adalah berdasarkan kepada perkara berikut:
1. Jangka masa program ini dijalankan iaitu selama empat hari.
2. Bilangan hakim yang terlibat.
3. Sasaran yang ditetapkan iaitu semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun.
BIL. PERKARA JUMLAH
1. Makanan dan minuman peserta/hakim
RM 300.00
2. Fotostat bahan edaran dan nota
RM 50.00
3.
Hadiah dan cenderahati
- Pertandingan
- Hakim
- Tetamu kehormat
- Hamper
RM 160.00
RM 50.00
RM 70.00
RM 200.00
4. Banner
RM 120.00
5.
Poster
RM 40.00
6.
Lain-lain
- Alat tulis
- Perhiasan Pentas
- Kain Rentang
- Tanda nama
( Peserta, Urusetia, Hakim)
- Air Mineral
RM 160.00
7. Tabung kecemasan RM 150.00
JUMLAH BESAR
RM 1300.00
11.0 TENTATIF PROGRAM
2 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Taklimat kepada semua peserta dan AJK
9 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat awal
Pusingan pertama dan kedua
10 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat suku akhir
Pusingan pertama dan kedua
11 April 2013
6.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat separuh akhir
Pusingan pertama dan kedua
12 April 2013
5.00 hingga 9.00 malam
Pertandingan perbahasan kepenggunaan peringkat akhir
Majlis penyampaian hadiah
12.0 PENUTUP
Semoga rancangan aktiviti ini akan menjadi satu platform bagi kami sebagai guru
pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menimba pelbagai ilmu dan
pengalaman baharu yang boleh dimanfaatkan untuk kerjaya kami sebagai
seorang pendidik yang bertaraf dunia pada masa hadapan kelak. Akhir sekali,
diharapkan agar segala objektif yang telah dirancang dan nilai-nilai murni yang
cuba diterapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian
para peserta dan juga pihak yang terlibat.
Disediakan oleh:
………………………………………
(SITI INTAN BADARIAH BT ABD LATIF) Setiausaha,
Pertandingan Perbahasan Bahasa Melayu,
PPISMP Semester 2,
Bahasa Melayu
Disemak oleh : Disemak oleh :
…………………………… ………………………………
( TN. HJ. ZUBAIDI BIN AHMAD) (EN. ABD HALIM B. ABD RAHMAN)
Pensyarah Penasihat, Pensyarah Penasihat,
Timbalan Ketua Jabatan, Gerakan Pengguna Siswa.
Jabatan Pengajian Melayu.
Disahkan oleh :
……………………………..
(EN. IBRAHIM BIN ISMAIL)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu.
Diluluskan oleh :
……………………………
(TN. HAJI DAUD BIN MD SAMAN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.
ULASAN
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 2
BIL. NAMA NO. TELEFON NO. KP
1. Aina Mardhiah Binti Abdul Rashid 012-5416857 920513-02-5070
2. Akmal Hakim Bin Abdul Majid 013-4639392 920530-08-5809
3. Hafizulizwan Bin Ngah Temin 017-5895117 920520-08-6453
4. Junaida Binti Shukor 014-8908452 910305-13-5453
5. Mohamad Sofian Bin Hj Husin 013-5312647 920929-02-6069
6. Mohd Syamim Bin Abdullah 013-4434101 920307-02-5141
7. Muhamad Bukhari Bin Mat Zain 013-4158141 920811-02-5503
8. Muhamad Fuad Bin A.Hamid 013-5085484 920612-02-5543
9. Muhammad Faizal Bin Abdullah 013-5205373 920422-02-6211
10. Mohammad Norhisham Bin Wahab 019-4382562 910525-13-6481
11. Noor Farahana Binti Mohd Bakri 017-4685354 920302-05-5050
12. Noor Izzati Binti Abdul Hanid 013-4854016 920124-14-5888
13. Nor Munirah Binti Abdul Malik 019-4499178 920305-08-6178
14. Nor Zafirah Binti Ibrahim 012-5357283 920510-02-5374
15. Norhidayah Binti Ishak 019-5269544 920818-06-6068
16. Norshafiza Binti Kamaruddin 019-5157057 920421-02-5962
17. Nur Aziman Bin Di@Abdul Gani 019-8475244 920817-13-5631
18. Rosnazifa Binti Romli 017-4177060 920617-02-5016
19. Siti Aisyah Binti Roslan 014-5402506 920520-11-5306
20. Siti Intan Badariah Binti Abd Latif 013-4907181 920809-02-5934
21. Zuziatie Anisha Binti Zain 014-2413143 920523-09-5128
LAMPIRAN 2
PERATURAN UMUM PERTANDINGAN PERBAHASAN
1.0 STRUKTUR KEJOHANAN
1.1 Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu.
2.0 PENYERTAAN
2.1
Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit (15 minit) sebelum masa pengundian.
2.2 Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan.
2.3
Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur.
2.4
Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, seperti mengucapkan perkataan kasar dan keji.
2.5
Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta, majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama sekali.
2.6 Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.
3.0 SISTEM PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah system „power match berkumpulan‟ (kaedah „Swiss Bracket‟) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (pencadang / pembangkang).
3.2 Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan secara undian. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan ditentukan kedudukan mereka. Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti yang berikut : a) menang / kalah b) juri c) margin d) markah
3.3 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan pertama akan ditentukan secara undian.
3.4 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan yang seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah sesebuah pasukan itu menjadi pencadang atau pembangkang.
3.5 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan bagi pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan masing-masing.
3.6 Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai pusingan awal. Ini adalah untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut : a) Menang / kalah b) Juri (jika sesuai) c) Margin d) Markah
3.7 Pertandingan pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan mengikut sistem kalah mati.
4.0 STRUKTUR DEBAT
4.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-Parlimen Malaysia.
4.2
Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan pencadang dan pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang pendebat simpanan.
4.3
Pasukan Pencadang terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota pencadang manakala pasukan pembangkang terdiri daripada Ketua pembangkang dan dua orang anggota pembangkang.
4.4
Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi pihak pencadang dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat pertama atau kedua dari pihak masing-masing.
4.5
Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut :
Ucapan Substantif :
Perdana Menteri / pencadang pertama 7 minit
Ketua Pembangkang / pembangkang pertama 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pencadang kedua 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pembangkang kedua
7 minit
Anggota Kedua Pencadang / pencadang ketiga 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga
7 minit
44 minit
Ucapan Gulungan :
Gulungan Pembangkang 4 minit
Gulungan Pencadang 4 minit
Keseluruhan 52 minit
4.6
Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan / meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
4.7
Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit terakhir dan dua kali apabila masa tamat.
4.8
Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan ucapan dan boleh dikenakan penalti.
5.0 PERANAN SETIAP PASUKAN
5.1
Peranan pihak pencadang adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap usul mereka.
5.2
Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu menjawab definisi yang dikemukakan pihak pencadang dengan hanya samada MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah TIDAK DIBENARKAN.
6.0 PENGHAKIMAN
6.1
Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim yang terdiri daripada tiga (3) anggota. Bilangan ahli panel mestilah ganjil.
6.2
Pada pusingan awal kebiasaannya, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang Dipertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang Dipertua. Dalam pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang Dipertua tidak semestinya dilantik dari kalangan hakim.
6.3
Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap, menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang mungkin dipertikaikan.
6.4
Para Hakim mestilah : a) Mencapai keputusan menang/ kalah, keputusan seri tidak dibenarkan. b) Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa perdebatan berjalan.
6.5
Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding dan memberi alasan / ulasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam komentar yang tidak melebihi 5 minit.
6.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan
sendiri.
6.7
Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan dibenarkan selepas penyerahan undi.
6.8
Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan.
6.9 Keputusan hakim adalah muktamad.
7.0 PEMARKAHAN
7.1
Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 bagi setiap kepakaran penghakiman berdasarkan kepada :
Hakim Isi
Isi 50 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 25 markah
Hakim Gaya / Penyampaian
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 50 markah
Bahasa 25 markah
Hakim Bahasa
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 50 markah
7.2
Isi i) Diadili dari segi hujah yang dibentangkan atau dihuraikan, pengembangan dan kekuatan fakta yang disokong dengan bukti sama ada dari segi contoh atau data bagi hujah yang dibentangkan itu. ii) Setiap hujah yang dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk debat.
iii) Isi yang diketengahkan juga boleh memasukkan bidasan yang hendaklah dikemukakan dengan tepat dan berkesan. Bidasan boleh dilakukan oleh setiap pendebat sama ada pada permulaan atau pada akhir perdebatan ATAU diselang-selikan semasa berdebat ATAU dengan merangkumkan bidasan tersebut dalam hujahnya ATAU ketika menyuarakan bantahan (menolak) bagi sebarang pandangan yang bertentangan dengan pendirian pasukannya. iv) Penggulung haruslah memberikan ulasan yang ringkas, tetapi menyeluruh tentang hujah-hujah yang telah dikemukakan terdahulu oleh pasukannya. v) Penggulung juga dibenarkan membentangkan “isi yang baru”, iaitu hujah yang tidak pernah dikemukakan oleh pasukannya sebelum masa penggulungan. Walau bagaimanapun, contoh baru bagi menguatkan hujah asal atau bagi menolak hujah lawan dibenarkan. vi) Aspek bahasa dan gaya penyampaian semasa membuat penggulungan akan diambil kira dalam pemarkahan. vii) Markah untuk penggulung tidak akan diambil kira sebagai markah penilaian pendebat terbaik.
8.0 FAKTA BARU
Tiada sebarang „fakta baru‟ dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira „baru‟ kecuali:
a) ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu. b) ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.
9.0 DEFINISI
9.1
Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan adalah hak dan tangggungjawab pihak pencadang.
9.2 Pihak pembangkang boleh :
a) menerima definisi pencadang secara keseluruhan / mutlak, atau b) menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi alternatif.
Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak pencadang secara keseluruhannya hanya jika; a) definisi pihak pencadang tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan maksud sebenar usul. b) Definisi pihak pencadang adalah „truistik : iaitu tidak boleh dibangkang dengan hujahan rasional‟.
10.0 PENJELASAN
10.1
Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif.
10.2
Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun, penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan.
10.3
Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan hendaklah duduk serta-merta.
10.4
Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.
10.5
Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan sebagainya).
10.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak,
pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu peluang yang lain.
10.7
Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahalu). Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan apabila penjelasan telah diterima.
11.0 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG
11.1
Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan seperti :
a) penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan, atau b) pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga dan / atau ucapan gulungan, atau c) mana-mana pendebat yang melebihi had masa daripada 30 saat.
11.2
Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Dipertua Dewan sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah muktamad.
11.3
Jika bantahan diterima, Yang Dipertua Dewan boleh mengarahkan pendebat yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang sedang berucap.
12.0 RAYUAN
12.1
Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
12.2
Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang.
LAMPIRAN 3
USUL PERDEBATAN
1. Produk mesra alam adalah mahal.
2. Tanggungjawab sosial korporat ringankan
penguatkuasaan undang-undang.
3. Kebajikan komuniti persekitaran tangungjawab syarikat.
4. Pengguna Malaysia tidak pentingkan keselamatan
makanan.
5. Graduan Malaysia tidak peka penggunaan lestari.
6. Institusi kewangan wajar didik perbelanjaan berhemat.
7. Iklan makanan ringan untuk kanak-kanak wajib
diharamkan
8. Pendidikan kepenggunaan perlu bermula di rumah
9. Jenama popular tidak jamin keselamatan dan kualiti
produk pengguna.
10. Hapuskan subsidi minyak: tingkatkan pengangkutan
awam.